OHBULAN! |
| Konsert “Rockestra Wings” Muncul April Ini! Posted: 21 Feb 2013 08:49 PM PST
Ini ada berita baik untuk semua peminat kumpulan lagenda rock Wings, di mana untuk makluman anda semua kumpulan ini bakal muncul dengan konsert terbaru mereka yang dikenali sebagai "Wings Rockestra'" yang bakal berlangsung di Istana Budaya April ini. Menurut ketua Pengarah Istana Budaya, Dato' Mohamed Juhari Shaari, pihaknya sekali lagi mengundang kumpulan Wings buat kali kedua kerana konsert Wings "Opera Hidup" dua tahun lalu mendapat sambutan hangat di kalangan peminat dan Wings juga merupakan kumpulan rock pertama yang membuat konsert di IB dengan iringan muzik orkestra. "Wings dipilih sekali lagi pada tahun ini kerana kumpulan ini datang dengan pakej yang baru dan konsert 'Opera Wings' dua tahun lalu merupakan konsert yang paling berjaya mendaat kutipan tiket paling tinggi di Istana Budaya. Tambahan pula penonton yang datang adalah terdiri daripada golongan-golongan yang eksklusif." Dalam pada itu, vokalis kumpulan Wings, Awie turut melahirkan rasa gembira kerana kumpulan mereka sekali lagi mendapat tempat untuk membuat persembahan di Istana Budaya dan mengambil segala cabaran yang mendatang sebagai perkara yang positif. "Untuk konsert ini kami bakal persembahkan 20 buah lagu dan kesemua lagu tersebut saya akan nyanyi sorang-sorang. Memang agak sukar dan mencabar juga untuk kami pilih lagu, akan tetapi kami akan menyanyikan lagu-lagu yang belum pernah dinyanyikan dikhalayak ramai. "Lagipun cabaran untuk mendapatkan keserasian antara muzik orkestra dan rock adalah susah. Semua ini perlukan kerja yang banyak dan mencabar, tapi kami dapat rasakan kepuasannya." Berkongsi mengenai pengalaman konsert yang lalu, kumpulan Wings akui merasa kesian kepada peminat kerana mereka tidak boleh terlau 'histeria' sewaktu melayan konsert kumpulan lagenda rock ini. "Oleh kerana konsert ini diadakan di Istana Budaya, jadi penonton-penonton tidak dibenarkan berdiri. Mereka kena layan lagu sambil duduk dan siapa yang berdiri akan disuluh dengan laser. "Kadang-kadang kesian juga bila tengok ramai yang pegang kerusi dan tahan kaki mereka daripada berdiri, tapi nak buat macam mana memang Istana Budaya adalah tempat yang berprestij jadi kita kena hormat segala prosudernya." Bagi peminat-peminat Wings yang ingin menonton konsert "Orkestra Wings" pada 26, 27, 28 dan 30 April ini, jangan lupa untuk dapatkan tiket secara online di http://www.ticket2u.biz sekarang! Tiket boleh didapati pada harga RM499 (Golden Seat), RM399 (Front Stall), RM299 (Middle Stall), RM249 (Grand Circle Centre), RM199 (Grand Centre L&R), RM149 (Grand To End), RM99 (Upper Circle/Centre), RM69 (Upper Circle). Jom layan video konsert 'Opera Hidup' Wings selepas ini. |
| Jom Meriahkan Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang Ke-18 Posted: 21 Feb 2013 07:46 PM PST
Seronok bila mendengar Festival Layang-Layang Sedunia kembali ke Pasir Gudang sekali lagi! Buat kali ke-18 sejak dianjurkan pada 1995, ia sudah menarik hampir 2,000 peserta seluruh dunia. Tahun lalu jumlah terbesar dicatatkan Festival Layang-Layang Pasir Gudang Sedunia itu dengan jumlah 225 peserta dan dijangkakan jumlah ini bakal bertambah. Malah pada festival kali ini, lebih 600 peserta tempatan di peringkat sekolah, negeri dan badan-badan korporat dari 193 pasukan bakal menyertainya. Festival ini diadakan secara besar-besaran di Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang Johor dan ia sudahpun bermula Rabu lalu hingga Ahad ini. Ia adalah satu acara pelancongan anjuran Kerajaan Johor melalui Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dan Jabatan Pelancongan Negeri Johor serta mendapat kerjasama Majlis Pelayang Malaysia dan Persatuan Pelayang Johor.
Terdapat 36 negara dijangka menyertai festival ini dan negara baru yang sudah mengesahkan penyertaan ialah Zambia, Colombia, Russia dan Ukraine. Manakala antara negara lain yang terus menyokong festival ini ialah China, Jepun, England, Perancis, Belgium, Lebanon, New Zealand dan Australia. Yang Dipertua MPPG, Tuan Haji On Jabbar@Jaafar berkata pelbagai aktiviti sudah direncanakan khusus untuk pengunjung antaranya pertandingan layang-layang dan wau peringkat sekolah, korporat dan kebangsaan. "Kita juga akan mengadakan pertunjukan layang-layang dari peserta antarabangsa serta persembahan kebudayaan setiap malam dan antara artis jemputan termasuk Ayai, Saleem dan kumpulan Spider. Kehadiran peserta antarabangsa akan turut dimanfaatkan melalui bengkel yang dikendalikan mereka sepanjang festival ini," katanya.
Menurut beliau, julung-julung kalinya, akan berlangsung pertandingan Layang-Layang peringkat sekolah Asean dan kategori dipertandingkan ialah Layang-Layang Ciptaan 2D, Layang-Layang Train Kite dan Layang-Layang Rokkaku 5 kaki. "Tentunya sebagaimana tahun lalu, festival kali ini akan turut menampilkan pertunjukan layang-layang paling unik menggunakan cahaya pada waktu malam di mana ia bakal menggunakan teknologi lampu LED," katanya. Masuk adalah percuma dan maklumat lanjut boleh diperolehi dari capaian berikut: http://www.mppg.gov.my/documents/10124/f1906ec4-e730-4018-b31c-1097fd58940f
Turut diadakan ialah pelbagai gerai jualan layang-layang di tapak pertandingan bagi membolehkan orang ramai mencuba sukan ini. Jom kita turun beramai-ramai ke Pasir Gudang ! |
| You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |











0 ulasan:
Catat Ulasan