Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
| Konsert Wings Rockestra di Istana Budaya Posted: 20 Feb 2013 11:02 PM PST Wings Mendarat Lagi Di Istana Budaya Nama Konsert: Wings Rockestra 2013 SAYAP jentera grup dengan nama Wings ini berkibar lagi. Setelah lebih dua dekad menyalurkan kibar lagu, berdendang siulan dan berkelana ke genap sanubari pendengar dalam atmosfera muzik tempatan, grup yang dianggotai oleh Awie, Joe, Eddie dan Black ini bakal sekali lagi menjelajah pentas Istana Budaya yang cukup berprestij. Penakluk angkasa raya rock n roll ini pernah memberikan persembahan yang cukup mantap dan mendapat respons cukup positif daripada peminat mereka. Dengan telah memberikan satu tanda aras buat grup rock di Istana Budaya pada April 2011, Wings sekali lagi diberikan penghormatan oleh ketua Pengarah Istana Budaya, Dato' Mohamed Juhari Shaarani untuk kembali beraksi dan menjadi salah satu tentatif penting dalam jadual persembahan Istana Budaya 2013. Empat kepala dan jiwa menjadi satu, persembahan perdana mereka di Istana Budaya telah diiktiraf sebagai persembahan artis berkumpulan yang mendapat kutipan tertinggi di pentas berprestij tersebut. Untuk sebuah persembahan segar dan atas peluang kali kedua, Wings kembali tanpa Superfriends kali ini. Tiada juga bekas anggota Wings sepertimana dalam konsert Opera Hidup yang lalu. Semuanya atas nama penyegaran konsert kali kedua. Seperti membukukan sejarah, Wings kali ini muncul dengan konsep dan persembahan yang wajar dijadikan sebuah momen lagi buat para peminat tegar mereka. Bersilih ganti lagu dengan senarai yang lebih segar daripada 17 buah album studio, Wings juga bakal menjamah telinga khalayak dengan lagu-lagu baru mereka yang bertajuk MENAKLUK KOSMOS. Bukan hanya enak di telinga, konsep yang segar dan meyakinkan visual akan mengiringi senarai repertoire Wings yang luas. Kumpulan ini akan beraksi, menjelajah jiwa dan rasa khalayak selama 2 jam 30 minit dengan sorotan lagu yang berisi momen-momen tersendiri buat khayalak yang sudah sekian lama mengikuti perjalanan seni mereka. Grup rock pertama yang masuk ke dalam istana ini sekali lagi akan memalu gendang irama rock selama 4 hari iaitu pada tanggal 26, 27, 28 dan 30 April kelak. Bermula pukul 8.45 malam, Panggung Sari juga turut dimantapkan dengan persembahan 43 pemuzik Orkestra Simfoni Kebangssan. Membentuk kembali sebuah atmosfera rockestra, Wings sekali lagi bergandingan mantap dengan Orkestra Simfoni Kebangsaan di bawah pimpinan Mustafa Fuzer, dimantapkan lagi dengan Pengarah Muzik (Musical Director) galasan Joe Wings dan penggubah muzik orkestra (orchestra music arranger) Miss Lee Tse Wan. Saksikan visual hikayat penuh ranjau Wings daripada Belenggu Irama hinggalah Menakluk Kosmos di pentas berprestij buat kali keduanya. PROFIL WINGS Album pertama Wings diterbitkan pada tahun 1987 dengan tajuk Belenggu Irama yang terangkum lagu-lagu seperti Intanku Kesepian, Peronda Jaket Biru, Biarkan Berlalu dan Inspirasi Taming Sari. Ini diikuti dengan album Hukum Karma yang memberikan lagu-lagu hits seperti Misteri Mimpi Syakila, Hukum Karma, Taman Rashidah Utama dan Orang Kita. Dalam histori perjalanan Wings, album studio Wings dengan tajuk Bazooka Penaka pernah menerima pencalonan paling banyak dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) 93. Album ini memenangi anugerah Rakaman Album Terbaik pada tahun tersebut. Antara lagu-lagu yang terkandung dalam album tersebut ialah Di Ambang Wati, Bernafas Dalam Lumpur dan Suara Kita. Album Naga Kramat diterbitkan pada tahun 2002 dan buah tangan akhir tersebut telah membuahkan kerinduan buat para peminat Wings. Kumpulan ini dengan secara rasminya telah menjadi artis naungan KRU Music Group pada tahun lalu dan akan keluar dengan sebuah album studio baru yang diberi judul Menakluk Kosmos. Tiket Konsert Wings Rockestra boleh dibeli secara online melalui http://www.ticket2u.biz pada harga : RM499 (Golden Seat), RM399 (Front Stall), RM299 ; Middle Stall), RM249 ; Grand Circle Centre), RM199 (Grand Centre L&R), RM149 (Grand To End), RM99 (Upper Circle/Center), RM69 (Upper Cirlce) Komen via Facebook |
| Komen Almy Nadia Bila Fizz Fairuz Putus Tunang Posted: 20 Feb 2013 09:11 PM PST Pelakon Almy Nadia menasihati pasangan bercinta agar tidak sesekali mengabaikan kekasih masing-masing kerana ia boleh "memakan diri". Beliau percaya dengan hukum karma di mana jika kita buat baik, Tuhan akan balas baik kepada kita. Begitulah sebaliknya. Budiey petik kenyataan Almy Nadia yang diberikan kepada Mstar Online: Almy atau atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 27, berkata, pertunangan sorok-sorok kekasihnya Fizz Fairuz dengan seorang wanita yang merupakan isteri orang wajar dijadikan pengajaran buat semua pihak.
Pertunangan Fizz hanya bertahan selama seminggu apabila mendapat tahu tunangnya itu merupakan isteri orang. Kontroversi mengenai status hubungan antara Almy dan Fizz Fairuz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 34, tercetus apabila foto majlis pertunangan pemuda itu dengan seorang wanita telah tersebar di Internet. Bagaimanapun ketika heboh majlis pertunangan rahsia Fizz yang berlangsung pada 10 Februari lalu, pelakon tersebut sebenarnya telah bertunang dengan isteri orang. Rahsia wanita yang berasal dari Kuantan, Pahang tersebut terbongkar apabila Fizz sendiri dimaklumkan oleh kawan kepada adik wanita tersebut mengenai status "tunangnya" itu. Sementara itu, ditanya adakah dia ada menghubungi Fizz berhubung perkara itu Almy berkata, dia tidak mahu berbuat demikian kerana enggan mencampuri urusan pemuda itu. Malah pelakon drama Cermin Kasih Amira (RTM) ini juga tidak menyimpan dendam terhadap Fizz dan sentiasa mendoakan terbaik buat semua orang. "Saya hanya menerima takdir dengan reda," ujarnya. Komen via Facebook |
| You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |











0 ulasan:
Catat Ulasan