RSS

Nuffnang

OHBULAN!

sumber :-

OHBULAN!


Rita Rudaini & Fauziah Latiff Hiasi Muka Depan Nona, Mac 2013

Posted: 20 Feb 2013 09:29 PM PST

221927_10151313622574724_1864462293_n

Bagi edisi Mac 2013, pihak majalah NONA bakal menampilkan satu kelainan, di mana pihak karangkaraf telah memilih dua pelakon jelita iaitu Rita Rudaini dan Fauziah Latiff sebagai penghias muka depan majalah mereka, manakala untuk penghias muka belakang majalah pihak NONA telah menampilkan pasangan artis Bollywood terkenal, iaitu Datuk Shah Rukh Khan dan Datin Gauri.

Menerusi foto yang dipaparkan, Rita Rudaini dan Fauziah Latiff kelihatan sungguh anggun dengan busana rona hijau turquoise, manakala pasangan Datuk Shah Rukh Khan dan Datin Gauri juga tidak kurang hebatnya apabila kedua-duanya kelihatan sungguh bergaya dengan salinan pakaian yang sedikit formal dan sofistikated.

Terdapat pelbagai isu menarik yang bakal dibincang untuk edisi bulan Mac kali ini, antaranya adalah ketahui siapakan antara 20 wanita terkaya di dunia, apakah cerita disebalik kehidupan berkeluarga Datuk Shah Rukh Khan bersama Datin Gauri, serta ketahui aura glam dua selebriti popular, Rita Rudaini dan Fauziah Latiff.

Bagi ketahui lebih lanjut, jangan lupa untuk dapatkan majalah NONA di pasaran!

Di sini kami tampilkan sedikit video sewaktu berlangsungnya sesi fotografi Rita Rudaini & Fauziah Latiff.

Kredit Video : Facebook NONA

Tags: ,

Thursday Trailer : “Beautiful Creatures” Mampukah Lari Dari Dunia Kegelapan?

Posted: 20 Feb 2013 08:21 PM PST

Beautiful Creatures

Bagi peminat filem di luar sana yang gemarkan cerita bergenra fantasi romantik serta mistik, ini ada cerita terbaru yang ingin kami syorkan kepada anda, iaitu filem "Beautiful Creatures."

Filem yang diadaptasi daripada sebuah novel tulisan Kami Garcia dan Margaret Stohl ini bakal menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Alden Ehrenreich, Alice Englert, Jeremy Irons, Emma Thompson serta Viola Davis.

Filem "Beautiful Creatures" ini menceritakan tentang kehidupan seorang gadis bernama Lena Duchannes (Alice Englert), yang berasal daripada sebuah keluarga ahli sihir. Sewaktu Lena ingin menyambut ulangtahunnya yang ke 16 tahun, dia bakal berhadapan dengan 'Caster' (sihir untuk orang biasa), di mana pada waktu itu nasib akan menentukan sama ada Lena bakal berada di dalam dunia kegelapan ataupun dunia yang penuh dengan cahaya terang.

Namun begitu, sebelum menjelang ulang tahun Lena yang ke 16, gadis ini telah berteman dengan seorang rakan sekelasya, Ethan Wate (Alden Ehrenreich) dan mereka telah mula menjalinkan hubungan cinta. Antara cinta dan keluarga siapakah yang bakal Lena pilih?

Untuk ketahui lebih lanjut, jangan lupa untuk saksikan filem ini di pawagam berhampiran anda sekarang! Pastinya peminat filem "Twilight Saga" tidak melepaskan untuk menonton filem "Beautiful Creatures" ini bukan? Tambahan pula genra cerita kedua-dua filem ini lebih kurang sama.

Di sini ada sedikit sedutan trailer filem "Beautiful Creatures." Jom serbu pawagam berhampiran anda selepas waktu kerja nanti!

Tags: ,

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan