RSS

Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Shila Amzah Mencari Ketenangan Berjaya Ditemui di Kemaman Terengganu

Posted: 10 Feb 2013 03:08 PM PST

Dalam Astro Awani pagi ini, ayah kepada penyanyi Shila Amzah, ND Lala telah mengesahkan anak sulungnya telah berjaya ditemui di Kemaman, Terengganu dan dalam keadaan selamat. ND Lala semalam telah membuat laporan polis berhubung kehilangan Shila selepas penyanyi itu dikatakan tidak pulang ke rumah sejak pulang dari Shanghai, minggu lalu.

Sementara itu dalam twitter Shila Amzah, yang terbaru dia menulis bahawa dia tidak melarikan diri tetapi hanya mahukan ketenangan minda. Beberapa hari lalu, Shila telah menulis di akaun Twitternya yang dia berada bersendirian di suatu tempat untuk mencari ketenangan.

"Sha sendirian sekarang di sesuatu tempat mencari ketenangan. Tidak bersama keluarga lagi ataupun abang (Sharnaaz). Doakan Sha selamat." – Shila Amzah

Sha sendirian sekarang di sesuatu tempat mencari ketenangan ..Not with my family anymore or with abang..doakan sha selamat..#shilalas
— NurShahilaAmirAmzah (@Shilaamzah) February 6, 2013

Kemelut antara teman lelakinya, Sharnaaz Ahmad dan ND Lala dikatakan antara penyebab kehilangannya bila ayahnya dikatakan menentang hubungan cinta mereka. Sebelum itu juga Shila telah membuat kenyataan melalui emel mengenai kontroversi antara ayahnya dan Sharnaaz.

Shila juga telah memuatnaik videoklip berdurasi empat minit yang menggambarkan perasaannya di Youtube.

Shila juga dijangka akan berada di Pulau Pinang pada hari ini (11 Februari 2013), untuk bersama penyanyo Korea Selatan Psy mengadakan persembahan sempena Tahun Baru Cina.

Shila Amzah Sharnaaz AIM19

Komen via Facebook

Komen

Sharnaaz Ahmad Malas Komen Pasal Shila Amzah

Posted: 10 Feb 2013 03:04 PM PST

Dalam Mstar Online pada hari ini pula telah memapatkan kenyataan kekasih kepada penyanyi Shila Amzah iaitu aktor Sharnaaz Ahmad di mana beliau enggan memberikan komen lanjut berhubung status terkini konflik hubungan mereka.

Sharnaaz Basir Ahmad, 28, berkata, dia mengambil pendekatan itu selepas timbul pelbagai kekecohan termasuk tindakan Shila yang melarikan diri daripada keluarga ekoran tertekan dengan pergeseran antara dirinya dan bapa penyanyi itu, ND Lala.

"Saya sudah tidak mahu cakap apa-apa. Selepas apa yang berlaku, saya sudah malas hendak komen lagi."

Terbaharu, ND Lala tampil membuat kenyataan pada rancangan Melodi yang disiarkan pada Ahad di TV3, melarang aktor itu mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenainya dan Shila bagi mengelakkan prasangka dan fitnah yang berterusan.

ND Lala berkata, kenyataan Sharnaaz, selama ini bukan sahaja mencemarkan namanya tetapi turut memalukan keluarga. Kisah cinta Shila dan Sharnaaz menjadi tegang apabila ND Lala dikatakan tidak merestui hubungan pasangan terbabit.

Malah Sharnaaz sebelum ini yang berhajat untuk merisik Shila pada Mac depan terpaksa membatalkan niatnya kerana masalah tersebut. Shila yang 'melarikan' diri selepas pulang dari Shanghai, China minggu lalu akibat tertekan dengan konflik itu bagaimanapun sudah kembali ke pangkuan keluarga pada Sabtu.

Ditanya adakah dia menghubungi atau berjumpa dengan penyanyi itu, Sharnaaz berkata, dia lebih senang menjauhkan diri selepas apa yang berlaku.

"Memang sudah malas (berhubung) selepas apa yang berlaku. Saya tidak jumpa atau hubungi dia sebab saya sudah jauhkan diri."

Pada Jumaat lalu, Shila memuat naikkan rakaman kesedihannya sambil menangis teresak-esak ketika menyanyikan lagu Ombak Rindu dalam YouTube selain mengharapkan kejernihan terhadap kemelut yang melanda.

Shila Amzah Sharnaaz AIM19

Komen via Facebook

Komen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan