Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Sharnaaz Ahmad Kunci Mulut, Jauhi Shila Amzah
- Tasha Shilla Enggan Ulas Permohonan Maaf Neelofa
- Konflik Dengan Bapa Buat Syamsul Yusof Tertekan
- Shila Amzah: Saya tidak hilang, cuma cari ketenangan
- Tutti Frutti UK bukti kejayaan anak Malaysia
- 2 suspek kes rompak maut, motosikal terbabas
- 'Kenapa tampar anak saya?’
- Kubur lama di tengah Masjid Razaleigh
- Black hormati permintaan keluarga tunang
- Wincci, Jojo kekal tradisi
- Shila Amzah nafi lari daripada keluarga kerana Sharnaaz
- Lelaki disamun ketika isi minyak
- Padah berlumba di Jalan Yam Tuan
- Royal Belum World Drums kembali
- Pelesit rempit semakin biadab
- Perkhidmatan kembali pulih
- Skandal daging kuda dijual di Perancis
- Psy saksikan perarakan samba
- Nelayan tangkap ikan yu paus gergasi di Pakistan
- Wain ular dijual di Kampung Zisiqiao
- Kenderaan robotik gerudi batu
- Asuh penghuni ke jalan Islam
- Kitar semula puntung rokok
- Terompah cara Giman
- Hidup dua kali
| Sharnaaz Ahmad Kunci Mulut, Jauhi Shila Amzah Posted: 10 Feb 2013 06:57 PM PST Sharnaaz (kiri) ambil pendekatan untuk mengunci mulut dan menjauhkan diri daripada Shila selepas pelbagai kekecohan pada hubungan mereka timbul.Pemilik nama sebenar Sharnaaz Basir Ahmad, 28, berkata, dia mengambil pendekatan itu selepas timbul pelbagai kekecohan termasuk tindakan Shila yang melarikan diri daripada keluarga ekoran tertekan dengan pergeseran antara dirinya dan bapa penyanyi itu, ND Lala. "Saya sudah tidak mahu cakap apa-apa. Selepas apa yang berlaku, saya sudah malas hendak komen lagi," jawabnya ringkas ketika dihubungi mStar Online di sini, petang Ahad. Terbaharu, ND Lala tampil membuat kenyataan pada rancangan Melodi yang disiarkan pada Ahad di TV3, melarang aktor itu mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenainya dan Shila bagi mengelakkan prasangka dan fitnah yang berterusan. ND Lala berkata, kenyataan Sharnaaz, selama ini bukan sahaja mencemarkan namanya tetapi turut memalukan keluarga. Kisah cinta Shila dan Sharnaaz menjadi tegang apabila ND Lala dikatakan tidak merestui hubungan pasangan terbabit. Malah Sharnaaz sebelum ini yang berhajat untuk merisik Shila pada Mac depan terpaksa membatalkan niatnya kerana masalah tersebut. Shila yang 'melarikan' diri selepas pulang dari Shanghai, China minggu lalu akibat tertekan dengan konflik itu bagaimanapun sudah kembali ke pangkuan keluarga pada Sabtu. Ditanya adakah dia menghubungi atau berjumpa dengan penyanyi itu, Sharnaaz berkata, dia lebih senang menjauhkan diri selepas apa yang berlaku. "Memang sudah malas (berhubung) selepas apa yang berlaku. Saya tidak jumpa atau hubungi dia sebab saya sudah jauhkan diri," jelasnya. Pada Jumaat lalu, Shila memuat naikkan rakaman kesedihannya sambil menangis teresak-esak ketika menyanyikan lagu Ombak Rindu dalam YouTube selain mengharapkan kejernihan terhadap kemelut yang melanda. | |||||
| Tasha Shilla Enggan Ulas Permohonan Maaf Neelofa Posted: 10 Feb 2013 06:56 PM PST Tasha enggan memberikan komen lanjut mengenai permohonan maaf Neelofa terhadapnya kerana tidak mahu memanjangkan hal.Tasha atau nama sebenarnya Natashasheila Abdul Razak, 26, berkata, dia tidak pernah menganggap hubungannya dengan Neelofa bermasalah walaupun timbul pelbagai spekulasi kononnya mereka bermasam muka sebelum ini. "Saya tiada apa hendak komen kerana memang tidak pernah anggap ada masalah antara kami. Saya seorang yang profesional dan terbuka," ulasnya ketika dihubungi mStar Online di sini, petang Ahad. Tasha berkata demikian sebagai respons kepada pengakuan Neelofa bahawa mereka bertembung buat pertama kali ketika siaran rancangan Wanita Hari Ini pada minggu lalu di TV3, sejak kes salah faham sebelum ini. Ujar Neelofa, dalam pertemuan singkat itu, mereka sempat berbual dan dia memohon maaf kepada Tasha atas komen yang diberikan berhubung kejayaan aktres itu sebagai Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH) menerusi sebuah akhbar mingguan. Ditanya mengenai hal itu, Tasha berkata, dia mengambil pendekatan untuk tidak mengulas lanjut kerana enggan kes itu berlanjutan. Neelofa mengakui bertembung dengan Tasha pada minggu lalu dan sempat memohon maaf atas kesilapan kenyataannya terhadap aktres itu sebelum ini.Beralih pada kerjaya, Tasha dia berharap drama bersiri terbaharu lakonannya iaitu Rindu Bertamu Di Abu Dhabi akan memberikan impak tersendiri. Tasha yang menggalas watak Ain Farohah berkata, sub-plot dan konflik yang berlainan pada setiap episod menjadikan jalan ceritanya menarik perhatian penonton kelak. "Saya tak nak anggap ia (drama) akan jadi fenomena atau pun tidak tetapi saya yakin jalan cerita yang menarik ini akan membuatkan penonton tertunggu-tunggu pada setiap episod," katanya. Drama bersiri 28 episod terbitan Zeel Production akan ditayangkan bermula hari ini pada setiap Isnin hingga Khamis, pukul 7 malam di TV3. Sebuah lagi telefilem lakonannya berjudul Cinta Burj Al Khalifa pula akan menyusul pada pukul 10 malam ini di Astro Prima (saluran 105). | |||||
| Konflik Dengan Bapa Buat Syamsul Yusof Tertekan Posted: 10 Feb 2013 06:54 PM PST Syamsul YusofSyamsul, 29, berkata, konflik tersebut adalah masalah dalaman keluarga yang tidak perlu diperbesarkan oleh mana-mana pihak kerana ia membabitkan hubungan anak dan bapa. "Ini bukan isu besar pun. Masalah dalaman keluarga adalah perkara biasa pada mana-mana orang pun. "Saya tidak mahu ia diperbesarkan kerana orang tidak tahu kedudukan sebenar saya dalam hal ini," luahnya ketika dihubungi mStar Online di sini, petang Ahad. Syamsul berkata demikian sebagai respons kepada dakwaan kononnya hubungan dua beranak itu semakin renggang akibat sikap Syamsul yang melenggahkan proses suntingan filem aksi arahannya berjudul KL Gangster 2. Bagaimanapun, dalam laporan sebuah akhbar harian pada awal minggu lalu, Yusof menafikan hubungan mereka berantakan seperti didakwa. Sebaliknya, dia sekadar menggertak anak lelakinya menyegerakan proses suntingan filem terbitan syarikat produksi mereka, Skop Production itu. Yusof Haslam"Terguran dan cara papa (Yusof) agak keras tetapi saya ambilnya dari sudut positif. Mungkin itu caranya untuk membakar semangat saya. "Namun, orang luar tidak tahu tekanan sebenar yang saya lalui dan ia terlalu peribadi untuk dikongsikan," katanya. Ditanya mengenai perkembangan filem KL Gangster 2, Syamsul berkata, dia tidak dapat memberikan tumpuan penuh pada suntingan filem itu kerana turut mempunyai komitmen lain dalam syarikat keluarganya. "Saya bukan setakat fokus pada suntingan filem itu sahaja. Kalau diikutkan, saya terlibat dalam beberapa komitmen produksi lain di bawah Skop juga. "Insya-Allah, saya akan terbang semula ke Bangkok, Thailand dalam masa terdekat. KL Gangster 2 akan dapat disiapkan dalam masa dua minggu lagi," hurainya. KL Gangster 2 dijangka ditayangkan pada pertengahan tahun ini. | |||||
| Shila Amzah: Saya tidak hilang, cuma cari ketenangan Posted: 10 Feb 2013 06:52 PM PST Shila semasa menghadiri sidang media AIM ke-19 di Kuala Lumpur bru-baru ini. Shila juga menegaskan, dia tidak melarikan diri, sebaliknya hanya mencari ketenangan. Semalam, ND Lala membuat laporan polis setelah gagal menemui anak gadisnya itu. Tengah hari tadi polis Kajang mengesahkan Shila sudah ditemui dengan selamat oleh bapanya. Shila menjelaskan serba sedikit tentang perkembangan dirinya dalam status laman mikro Twitter yang dikemas kini petang tadi. "Awak tidak tahu apa yang telah saya lalui. Saya tidak melarikan diri. Saya cuma perlukan ketenangan fikiran, jauh dari orang-orang ini. "Kenapa saya tak boleh? Beritahu saya," tulis Shila pada jam 4.32 petang tadi. Shila juga menegaskan sekali lagi bahawa dirinya tidak hilang. "Sekali lagi, Sha tak hilang," tulisnya lagi. Melalui tweetnya juga, Shila difahamkan kini berada di Pulau Pinang bagi persembahannya pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional (BN), esok. "Saya suka berada di Pulau Pinang... terasa seperti di rumah," tulisnya jam 10.04 malam tadi. Juara Asian Wave ini juga tidak bersetuju dengan tindakan ND Lala yang membuat laporan polis berhubung kehilangannya. "Laporan polis itu memang tidak seharusnya berlaku. Sigh (mengeluh)," tulisnya dalam mesej terbaru sekitar jam 10.20 malam. Berhubung kehilangannya, Shila dikatakan hanya menghantar satu pesanan kepada keluarganya yang mengatakan dirinya selamat. Namun, penyanyi ini menafikannya melalui interaksi dengan peminat. "Lebih baik jika awak menghubungi ibu bapa. Setiap ibu bapa akan melakukan perkara yang sama. Mereka cuma risaukan awak. Selamat, berada di rumah," tulis @dalyna88. Shila membalas, "saya melakukannya setiap hari." | |||||
| Tutti Frutti UK bukti kejayaan anak Malaysia Posted: 10 Feb 2013 06:50 PM PST Tutti Frutti Tutti Frutti UK bukti kejayaan anak Malaysia Konsep kedai Tutti Frutti yang berwarna-warni dan santai dapat menarik minat pelanggan untuk berkunjung. Idea tercetus ketika Iman Amanda Nasim menikmati ais krim tersebut di tanah air tetapi tidak dapat menikmatinya ketika di UK. Lantas, dia dan nekad mencari peluang untuk membuka perniagaan Tutti Fruitti di sana. Berbekalkan semangat yang tinggi, Amanda terbang ke Los Angeles, Amerika Syarikat bersendirian untuk menghadiri persidangan daripada wakil-wakil francais di seluruh dunia untuk membentangkan kertas kerjanya. Nyata, usahanya membuahkan hasil apabila kertas kerja yang dibuat diterima dan dia berjaya meyakinkan mereka bahawa makanan berkhasiat ini sesuai untuk semua peringkat umur. Mengusahakan perniagaan bersama abangnya, Andy Nasim dan dua lagi rakan kongsi Hashraf Hashim dan Ridzuan Nor, mereka membuka cawangan pertama Tutti Frutti di Covent Gardent, London pada 13 Disember 2011 sekali gus menjadi pemegang lesen utama jenama tersebut di UK di bawah pengurusan Tutti Frutti (UK) Ltd. Pengarahnya Andy Nasim berkata, kejayaan yang dicapai hari ini bukanlah semudah yang disangka. Pelbagai cabaran dihadapi demi untuk merealisasikan impian di negara orang. "Saya dan Hashraf menghabiskan masa sebulan di sekitar London untuk mencari lokasi terbaik dan memberi idea, namun semuanya ditolak dengan alasan kami masih muda dan tidak tahu apa-apa tentang perniagaan. "Tetapi Alhamdulillah, berkat usaha gigih kami berjaya membuka Tutti Frutti di sini dalam tempoh tiga bulan selepas itu," katanya. Lebih membanggakan apabila cawangan pertama mereka ini adalah yang pertama di UK dan Eropah serta terbesar di dunia dengan keluasan hampir 2000 kaki persegi di mana boleh memuatkan sehingga 50 orang dalam satu masa. Kejayaan empat anak muda ini juga sekali gus menaikkan nama negara di kota metropolitan, London. Sasar 15 cawangan francais Setelah lebih setahun beroperasi, Tutti Frutti UK kini memiliki tiga cawangan iaitu di Covent Garden, Whiteleys Bayswater dan Princes Street Edinburgh, Scotland serta sebuah francais di Brighton. Menurut Andy, Tutti Frutti UK menyasarkan untuk membuka 10 hingga 15 francais tahun ini bagi mengukuhkan lagi jenama perniagaannya di UK. Mereka juga diberi peluang untuk memasarkan produk keluaran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) selepas menerima kunjungan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar di cawangan Tutti Frutti tahun lalu. INFO -Tutti Frutti adalah jenama yang berasal dari California, Amerika Syarikat. -Sehingga kini, Tutti Frutti mempunyai lebih 600 cawangan di 24 negara seluruh dunia. -Di Malaysia, Singapura,Kemboja, Brunei,Thailand, Timur Tengahdan negara Afrika, Naza Tutti Frutti (M) Sdn Bhd adalah pemegang lesen utama untuk jenama tersebut. -Memiliki lebih 50 perisa, antara perisa paling laris di Tutti Frutti UK adalah laici dan keladi. -Tutti Frutti UK juga pernah menaja sebuah pasukan sempena perlumbaan motosikal antarabangsa Moto3. | |||||
| 2 suspek kes rompak maut, motosikal terbabas Posted: 10 Feb 2013 06:48 PM PST Dua perompak maut selepas dua motosikal ditunggangi mereka terbabas ketika cuba melarikan diri dari sepasukan anggota polis, semalam. Dalam kejadian 12.30 tengah hari itu, penjenayah berusia 21 dan 27 tahun baru selesai menyamun kedai kek di Batu 6 Telok Kemang dan Lukut, Port Dickson sebelum larikan diri ke arah Seremban. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Abd Wahab Harun berkata, sebaik saja kejadian samun itu, polis menerima maklumat orang awam menyebabkan polis bertindak mengesan kedua-dua suspek terbabit. "Polis mendapat maklumat kejadian itu dilakukan dua lelaki yang menunggang motosikal berkuasa tinggi warna hitam, menggunakan nombor pendaftaran palsu. "Jadi, kita telah buat hebahan kepada semua petugas untuk bertindak dan mengesan kedua suspek yang dipercayai berada tidak jauh daripada lokasi kejadian" katanya. Menurutnya, jam12.45 tengah hari, suspek berjaya dikesan di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) lebuh raya berkenaan sebelum kereta peronda polis, anggota cegah jenayah serta anggota trafik menghampiri suspek. "Bagaimanapun, kedua suspek terus memecut laju motosikal mereka untuk melarikan diri selepas menyedari kehadiran anggota polis. "Polis terus mengejar suspek selama beberapa minit sebelum motosikal ditunggangi suspek terbabas lalu melanggar pembahagi jalan di susur ke Mambau," katanya. Abd Wahab berkata, salah seorang suspek maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi tercampak dalam longkang, bagaimanapun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ). "Hasil pemeriksaan kita menjumpai dua bilah parang panjang pada beg sandang salah seorang suspek. "Selain itu, kita turut menjumpai barang kes yang dilaporkan hilang iaitu sebuah telefon bimbit berjenama iphone 4 dan Samsung SII," katanya. Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan Seksyen 395 Kanun Keseksaan. | |||||
| Posted: 10 Feb 2013 06:46 PM PST Omar bersama anak bongsunya ketika ditemui, di sini. Omar Yusof, 55, berkata, dia dimaklumkan insiden itu berlaku pada 30 Januari lalu dan mendakwa tindakan guru itu menyebabkan anaknya, Nur Natasha Aziera, 11, malu untuk ke sekolah. Menurut Omar, insiden itu dikatakan berlaku ketika Nur Natasha Aziera memohon untuk keluar sebentar dari kelasnya tetapi tidak dibenarkan oleh guru terbabit. "Memang tidak salah tindakan diambil terhadap murid yang melakukan kesalahan. Namun ia harus dengan cara yang betul agar tidak timbul perasaan benci. "Saya sendiri tidak pernah memukul anak-anak di bahagian muka jika mereka melakukan kesalahan," katanya kepada Sinar Harian. Dalam kejadian kira-kira jam 1.15 petang itu, Nur Natasha meminta kebenaran daripada guru berkenaan untuk keluar sebaik tamat sesi kelas kerana terikat dengan jadual ko-kurikulum pada sebelah petang. Namun, tindakan itu tidak disenangi guru berkenaan sebelum menampar murid tahun lima itu di hadapan rakan sekelas lain. Omar berkata, selepas kejadian, dia cuba mendapatkan penjelasan lanjut daripada pihak sekolah menyebabkan guru berkenaan tampil dan memohon maaf. Bagaimanapun katanya, sebagai seorang bapa, dia kesal dengan kejadian itu dan menanggap tidak seharusnya berlaku, hanya disebabkan masalah kecil. "Pada hari kejadian memang saya ada di sekolah untuk menghantar makanan, tetapi agak terkejut apabila anak saya datang dalam keadaan menangis dengan kesan merah di pipi. "Saya kalau boleh nak selesai cara baik dan cuma minta pihak sekolah atau guru terbabit keluarkan satu surat mohon maaf atas tindakan tersebut," katanya. | |||||
| Kubur lama di tengah Masjid Razaleigh Posted: 10 Feb 2013 06:40 PM PST Orang ramai melihat kubur kubur Nik Mah yang menjadi tanda tanya selama ini. Masjid Razaleigh di Bandar Lama Gua Musang ada menyimpan sejarah tersendiri. Kebanyakan mereka daripada kalangan ahli jemaah terutama yang datang dari luar daerah ini sudah tentu membuat pelbagai andaian tersendiri, berikutan tidak mengetahui sejarah sebenar yang berlaku apabila melihat kubur yang dianggap pelik itu. Diakui semakin sukar untuk menjejak sejarah serangan komunis di Bandar Gua Musang sebelum negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 kerana kebanyakan orang lama yang asal tinggal di bandar ini telah meninggal dunia. Bagaimanapun, mujur masih ada rujukan menerusi catatan sejarah dalam diari mengenai serangan komunis itu yang ditulis sendiri bekas Penggawa Hulu Kelantan ketika itu, Allahyarham Nik Jaafar Nik Soh. Mangsa sarat mengandung Catatan sejarah itu masih sulit untuk diedarkan kepada umum kerana masih disimpan anak tunggal lelakinya sebagai kenangan walaupun hanya orang tertentu sahaja boleh mendapatkan salinan daripadanya sebagai bukti sejarah itu benar-benar berlaku. Sebenarnya kubur lama yang berada di tengah-tengah Masjid Razaleigh itu adalah kubur seorang wanita sarat mengandung, Allahyarham Nik Mah Nik Soh, yang mati dibunuh komunis secara kejam di dalam longkang berhampiran jalan masuk masjid. Serangan komunis itu yang pernah berlaku di Gua Musang pada 4 Januari 1943 apabila ramai orang Melayu ketika itu mati dibunuh dan hanya seorang penggawa ketika itu, Allahyarham Nik Jaafar yang berjaya melepaskan diri dari kepungan komunis. Nik Mah juga adik kepada Nik Jaafar gagal melarikan diri pada masa serangan itu berlaku kerana sarat mengandung. Allahyarhamah itu terpaksa berselindung di dalam longkang tersebut namun diserang hendap pasukan komunis yang menyerbu ke kawasan terbabit. Dalam keadaan ketakutan ketika itu, penduduk yang masih selamat mengusung jenazah Nik Mah yang dalam keadaan berlumuran darah ke dalam kawasan masjid sebelum membuat keputusan tanam di bahagian tangga belakang masjid itu. Pada waktu itu masjid berkenaan dibina dengan kayu dan mampu menampung hanya kurang 100 jemaah sahaja sebelum diubah suai 50 tahun kemudian untuk menampung bilangan jemaah bertambah ramai menyebabkan kubur terbabit berada di tengah-tengahnya. Sejarah serangan komunis ketika itu juga menyebabkan kebanyakan penduduk tidak boleh tinggal setempat dan kerap berpindah dari satu tempat ke tempat lain untuk mencari perlindungan termasuk sanggup berjalan kaki dalam hutan. Berselindung dalam longkang Allahyarham Nik Jaafar seperti yang tercatat dalam tulisan sejarahnya beliau lari seorang diri untuk meminta perlindungan di Balai Polis Bertam. Ini kerana kebanyakan rumah penduduk ketika itu termasuk kuarters kereta api dan balai polis di Gua Musang dibakar komunis yang mengganas dan merosakkan semua harta benda penduduk. Nik Mah dibunuh kejam serangan komunis itu bersama 25 orang Melayu terperangkap ketika berselindung dalam longkang berkenaan. Ada juga yang dibunuh ketika cuba menyeberangi Sungai Galas di belakang kedai Jalan Besar untuk menyelamatkan diri. Walaupun Gua Musang telah lama diwujudkan, tetapi bilangan penduduk Orang Melayu tidak ramai. Tumpuan utama komunis berkampung di Kampung Pulai yang selalu memeras ugut Orang Melayu bagi merampas harta termasuk makanan. Pendapatan utama penduduk ketika itu hanya mengharapkan kepada hasil tanaman dan kerap meminta bantuan kerajaan menerusi pejabat daerah ketika itu terletak di Kuala Krai kerana tanaman dimusnahkan komunis. Dengan tersiarnya catatan sejarah mengenai kubur Allahyarham Nik Mah dalam Masjid Razaleigh itu dapat memperjelaskan lagi kepada orang ramai berhubung perkara itu dan menjadi kenangan sepanjang masa. | |||||
| Black hormati permintaan keluarga tunang Posted: 10 Feb 2013 06:36 PM PST
SETELAH putus cinta dengan kekasihnya pada akhir tahun lalu, penyanyi Hanifah Md. Hanafiah atau lebih popular dengan panggilan Black Mentor tidak mengambil masa yang lama untuk mencari teman pengganti. Namun begitu, lebih mengejutkan apabila tersebar berita yang menyatakan Black telah mengikat tali pertunangan dengan seorang gadis baru-baru ini. Kosmo! secara eksklusif pada 1 Februari lalu berjaya mendapatkan pengakuan Black mengenai pertunangannya pada 26 Januari lepas, namun dia enggan memberikan butiran terperinci termasuk identiti tunangnya itu. Ketika ditemui pada majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Anugerah Juara Lagu ke-27 yang berlangsung di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor pada 4 Februari lalu, Black masih enggan mendedahkan identiti tunangnya itu, meskipun telah diasak oleh pihak media. Kosmo!: Bolehkah jelaskan dengan lebih lanjut mengenai cerita pertunangan Black? BLACK: Pada kesempatan ini saya ingin menjelaskan bahawa berita tentang pertunangan saya itu memang benar. Saya telah bertunang pada 26 Januari lalu dalam sebuah majlis yang dibuat secara sederhana. Namun begitu, saya ingin memohon maaf kepada semua pihak, terutamanya rakan-rakan media dan peminat kerana merahsiakan perkara ini. Saya akui agak risau sekiranya ada mana-mana pihak yang berkecil hati. Siapakah individu yang telah bertakhta di hati Black itu? Buat masa ini, saya tidak boleh mendedahkan dengan lebih lanjut tentang tunang saya itu. Apa yang boleh saya katakan, kami sudah berkenalan selama dua bulan menerusi seorang rakan. Mengapakah Black sangat berahsia tentang pertunangan tersebut? Semuanya saya lakukan ini semata-mata atas permintaan pihak keluarga perempuan yang tidak mahu terlalu menjadi tumpuan ramai. Jadi, saya mengambil keputusan supaya lebih berahsia bagi menghormati permintaan mereka. Apatah lagi sepanjang tempoh pertunangan, pastinya pelbagai cabaran dan dugaan yang harus ditempuhi, maka kami perlu menjaga hubungan ini dengan sebaik-baiknya. Mengapakah Black mengambil keputusan untuk bertunang dengan begitu cepat? Memang perkenalan kami masih lagi agak baharu, namun keputusan ini dibuat setelah kami mencapai kata sepakat. Kalau ikut perancangan kami akan mengikat tali pertunangan selama setahun. Lagipun tiada apa yang perlu dibangkitkan tentang pertunangan saya ini, meskipun tempoh perkenalan kami agak singkat. Kalau kami terus membuat keputusan untuk berkahwin, sudah tentu akan timbul persepsi yang lain pula. Apakah yang membuatkan Black tertarik dengan gadis tersebut? Salah satunya kerana dia merupakan seorang gadis yang terpelajar, malah dia juga tidak tahu yang saya ini merupakan seorang penyanyi kerana dia menuntut di luar negara sebelum ini. Walaupun kerjaya saya sekarang sekadar sebagai penyanyi, dia langsung tidak kisah. Dia pernah memberitahu yang dia cuma inginkan seorang lelaki yang pandai mencari duit dan boleh menjaga dirinya. | |||||
| Posted: 10 Feb 2013 06:34 PM PST
SOO WINCCI dan Jojo Goh sama cantik dan sama menawan. Kedua-duanya sedang meningkat naik dalam bidang seni tempatan. Biarpun berbangsa Cina tetapi mereka nyata terlebih dahulu popular dalam bidang seni tempatan dan dikenali dalam kalangan masyarakat Melayu. Tidak dinafikan, bakat yang dimiliki mereka cukup besar. Wincci merupakan bekas ratu cantik yang kini bergelar penyanyi, pelakon dan chef popular, khususnys selepas muncul dalam program Masterchef Selebriti Malaysia. Lebih hebat, dia kini telah melebarkan sayap seninya ke Taiwan. Jojo pula mula terserlah bakatnya menerusi filem 29 Februari terbitan KRU Studios. Menariknya Jojo juga mula terlibat dalam bidang seni apabila menyertai pertandingan ratu cantik Miss Chinese International pada tahun 2006 dan mula berlakon pada tahun 2010. Tahun ini menyaksikan, Jojo bakal melebarkan kerjayanya di Hong Kong. Rahsia tuah Wincci Bercerita mengenai sambutan Tahun Baru Cina yang disambut pada semalam dan hari ini, wajah Wincci terus bertukar ceria. Matanya yang bundar bertukar bulat dan mulutnya tidak henti-henti berkongsi pengalaman dan tradisi wajib yang harus dipatuhi setiap kali menjelangnya Tahun Baru Cina. "Orang Cina memang suka warna merah dan biasanya saya memiliki pelbagai koleksi pakaian berwarna merah dan lebih suka baju moden asalkan semuanya berwarna merah. "Bagi kami orang Cina, memakai baju warna merah merupakan tuah. Kalau boleh, satu badan harus warna merah dan tidak boleh pakai baju berwarna hitam," ujarnya yang meraikan sambutan Tahun Baru Cina kali ini di Kuala Lumpur. Kata Wincci: "Hari pertama memang ada pelbagai tradisi ketat yang wajib dipatuhi seperti tidak boleh menyapu. "Selain itu, sembilan jenis hidangan yang merupakan simbolik kepada tuah serta kekayaan turut disediakan. "Bukan itu sahaja, saya harus mengawal emosi supaya tidak marah-marah. Jika tidak, dipercayai sepanjang tahun saya akan selalu marah atau dimarahi orang," tuturnya yang turut melawat neneknya yang tinggal di Kampar, Perak. Wincci yang baru pulang dari Taiwan mengakui terkejut apabila masyarakat di sana tidak kenal Yee Sang iaitu campuran sayuran yang menjadi menu wajib setiap kali sambutan Tahun Baru Cina di Malaysia. "Ketika di Taiwan saya terlibat dalam satu program tunjuk bakat, saya pun menghidangkan Yee Sang cara Malaysia kerana sangkaan saya orang di Taiwan juga makan Yee Sang. "Agak mengejutkan apabila saya selesai menyiapkan hidangan Yee Sang mereka bertanya kepada saya, apakah Yee Sang? Saya terangkan kepada mereka dan saya sangat terkejut kerana mereka tidak ada menu Yee Sang pada Tahun Baru Cina di Taiwan. "Selepas itu baru saya tahu, amalan menghidangkan Yee Sang yang dimakan bersama keluarga hanyalah amalan masyarakat Cina di Malaysia. Walaupun saya orang Cina dan orang Taiwan pun orang Cina tetapi amalan dan budaya antara dua negara sangat berbeza," katanya yang telah melancarkan album bahasa Mandarin di Taiwan. Disebabkan ingin meraikan Tahun Baru Cina bersama keluarga, Wincci pulang dari Taiwan pada 27 Januari lalu dan akan berada di Malaysia sehingga bulan Mac ini sebelum kembali terbang ke Taiwan untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai penyanyi di sana.
Mahu ke Hollywood Selepas empat tahun mencuba nasib, masyarakat Malaysia telah mengenali siapakah Wincci dan telah melahirkan album Melayu berjudul, Terus Teranglah. Kini, gadis berusia 28 tahun itu ingin dikenali seluruh Asia sebelum melangkahkan kakinya ke Hollywood. "Tahun ini saya berazam untuk dikenali di seluruh Asia selepas Malaysia. Percubaan saya ke Taiwan nampaknya semakin membuahkan hasil. "Walaupun agak penat kerana terpaksa berulang-alik antara dua negara tetapi demi kerjaya berjalan secara seiring saya tidak kisah. "Peluang keemasan tidak datang banyak kali. Di Taiwan saya harus menjual segala bakat yang ada - menyanyi, berlakon, memasak dan menari. Saya cuba semuanya dan tidak akan putus asa," katanya yang menyambung pelajaran peringkat ijazah kedoktoran di Universiti Terbuka dalam jurusan pengurusan perniagaan. Jojo suka ceongsam Pertama kali bertemu dengan Jojo dengan gaya santai dan kemeja-T, langsung tidak menyangka bahawa usianya sudah mencecah angka 30 tahun. Wajah, keletah dan cara pertuturannya menggambarkan dirinya jauh lebih muda daripada usia sebenar dirinya. Tersenyum apabila dikatakan kelihatan muda, anak kelahiran Kuala Lumpur yang membesar di Alor Star, Kedah itu mengakui sudah terbiasa ditegur begitu. "Mungkin cara saya membawa diri serta tidak berapa tinggi menyebabkan orang sangka saya masih muda. Memang tidak kisah malah, saya gembira disangka muda," ujarnya dalam tawa. Bercerita tentang sambutan Tahun Baru Cina, ujarnya, setiap tahun walaupun sibuk dia pasti akan cuba untuk pulang ke kampung halamannya. "Saya boleh dikatakan sebagai budak kampung. Saya dijaga oleh nenek sejak berusia dua minggu. Boleh dikatakan selain ibu, nenek merupakan orang paling rapat dengan saya. "Sekarang nenek saya sudah meninggal dunia. Jadi, setiap kali sambutan Tahun Baru Cina, saya pasti akan sedih kerana teringatkan dia," kata Jojo dengan mata sedikit berkaca. Sama seperti orang lain, Jojo juga tidak ketinggalan mengenakan baju berwarna merah pada hari pertama sambutan Tahun Baru Cina. Bagaimanapun, baju tradisional ceongsam merupakan busana wajibnya setiap tahun. "Orang lain mungkin suka dengan baju moden seperti gaun pendek tetapi saya tetap suka pakai ceongsam. Sebenarnya sukar untuk saya mencari baju ceongsam yang berkenan di hati. "Sebab itu apabila jumpa yang cantik saya akan terus beli, tidak kiralah jika sambutan Tahun Baru Cina lambat lagi. Saya tidak kisah berjenama atau tidak asalkan saya selesa dan nampak cantik, saya akan beli," tuturnya. Namun, sambutan tahun ini agak berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya kerana Jojo bersama 10 orang anggota keluarganya yang lain bercuti di Taiwan. Katanya, ini merupakan kali pertama mereka pergi melancong pada sambutan Tahun Baru Cina. "Kami sengaja pilih Taiwan kerana senang untuk ibu-ibu saudara saya yang tidak tahu bertutur bahasa Inggeris boleh melancong dengan selesa kerana di Taiwan mereka bertutur dalam bahasa Mandarin.
SOO WINCC "Tambahan, kebetulan itu sahaja tarikh cuti panjang yang ada untuk kami semua dan ramai antara keluarga saya yang belum pernah berkunjung ke Taiwan," balasnya. Berlakon filem Hong Kong Tidak mengejutkan apabila Jojo sering diberi watak gadis berusia awal 20-an. Akuinya tidak terlambat untuknya melebarkan kerjaya ke luar negara selepas berlakon dua buah filem The Loan Shark dan 29 Februari. Peluang dan usaha merupakan kunci utama buatnya. Terbaharu, Jojo akan berada di lokasi penggambaran filem dari Hong kong yang masih belum mempunyai judul pada April ini. "Saya bersyukur kerana masih ada produksi luar yang melihat bakat saya. Lakonan merupakan cinta pertama saya yang tidak akan pudar sampai bila-bila. "Kerjaya bukan bergantung pada usia sebaliknya bakat yang ada. Selepas ini saya teringin untuk berlakon lagi dalam filem Malaysia jika ada tawaran yang sesuai," katanya. Dalam pada itu, Jojo yang merupakan graduan Komunikasi Massa dari Kolej Taylor, Kuala Lumpur kini dalam proses membikin novel pertamanya dalam bahasa Mandarin. "Kalau ikutkan saya bercita-cita menjadi penulis sebelum ini tetapi rezeki lebih kepada lakonan. Tahun ini, saya telah mula menulis sebuah novel tentang wanita dan cinta. "Jika tidak ada aral melintang, mungkin keluar pada bulan April atau pada pertengahan tahun ini," tuturnya yang ingin menakluki pasaran Asia menerusi lakonan. | |||||
| Shila Amzah nafi lari daripada keluarga kerana Sharnaaz Posted: 10 Feb 2013 06:28 PM PST
KUALA LUMPUR - Penyanyi terkenal, Shila Amzah yang dilaporkan hilang selama seminggu menafikan dia cuba melarikan diri ekoran kemelut cinta yang mengaitkannya dengan pelakon Sharnaaz Ahmad. Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah, 23, sebaliknya menjelaskan, dia hanya ingin mencari ketenangan. Penyanyi itu dalam akaun Twitternya petang semalam berkata: "Kamu tidak tahu apa yang telah saya lalui. Saya tidak melarikan diri, saya hanya ingin tenangkan diri daripada semua orang. Kenapa tidak boleh? Beritahu saya." Shila bagaimanapun gagal dihubungi untuk penjelasan lanjut. Bapanya yang juga pelakon, ND Lala, 53, telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pagi kelmarin selepas hampir seminggu kehilangan anak sulungnya itu. Bagaimanapun, Shila yang popular dengan lagu Patah Seribu serta menjuarai pertandingan Asian Wave 2012 ditemui dalam keadaan selamat oleh bapanya di Kemaman, Terengganu malam kelmarin. Difahamkan, penyanyi itu menghubungi bapanya selepas berita kehilangannya disiarkan akhbar semalam. | |||||
| Lelaki disamun ketika isi minyak Posted: 10 Feb 2013 06:26 PM PST ![]() STESEN minyak yang menjadi tempat seorang lelaki disamun di Kajang baru-baru ini. KAJANG - Seorang lelaki mengalami detik cemas apabila dilibas dengan sebilah parang ketika sedang mengisi minyak dekat Plaza Tol Batu 9, Lebuh Raya Cheras-Kajang di sini baru-baru ini. Dalam kejadian pada pukul 1 tengah hari, 31 Januari lalu, mangsa berusia lingkungan 40-an diserang sebelum dua suspek yang menaiki sebuah motosikal melarikan beberapa barangan milik mangsa. Nilai kerugian dianggarkan RM3,000. Menurut sumber, suspek dikesan bijak mengambil kesempatan dengan memilih mangsa yang berada di luar kawasan pemantauan kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak tersebut. "Ketika sedang mengisi minyak, mangsa didatangi dua lelaki bersenjatakan parang yang menaiki sebuah motosikal. "Suspek yang memakai topi keledar menutup muka kemudian melibas kepala mangsa, merampas telefon bimbit dan meragut rantai lelaki itu sebelum melarikan diri. Ketika kejadian tiada pelanggan lain di situ," katanya ketika ditemui di sini. Tambahnya, mangsa yang cedera di kepala kemudian dibawa ke sebuah hospital swasta berdekatan dan terpaksa menerima beberapa jahitan. | |||||
| Padah berlumba di Jalan Yam Tuan Posted: 10 Feb 2013 06:25 PM PST ![]() SEBAHAGIAN daripada 10 pemandu bersama kereta masing-masing ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban 2 selepas terlibat dalam perlumbaan haram di Seremban semalam. SEREMBAN – Keghairahan 10 lelaki berlumba kereta di sekitar bandar ini tanpa mengendahkan keselamatan pengguna jalan raya lain membawa padah apabila mereka ditahan dalam satu operasi cegah lumba haram semalam. Kesemua pelumba itu ditahan dalam operasi hampir lima jam bermula pukul 1 pagi oleh sepasukan anggota dari Unit Khas Trafik Bukit Aman di sekitar Jalan Dato Bandar Tunggal dan Jalan Yam Tuan di sini. Menurut jurucakap unit berkenaan, kesemua individu tersebut berusia antara 21 hingga lewat 30-an. "Pemeriksaan lanjut turut mendapati kesemua enjin dan ekzos kenderaan tersebut telah diubah suai. "Lapan kereta juga didapati enjinnya telah ditukar namun tidak didaftarkan kepada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan," katanya di sini semalam. Tambahnya, ketika ditahan semua pemandu berkenaan sedang berlumba sesama mereka dan tidak mengendahkan keselamatan pengguna jalan raya yang lain. | |||||
| Royal Belum World Drums kembali Posted: 10 Feb 2013 06:23 PM PST ![]() KUMPULAN peserta dari luar negara mempersembahkan kemahiran mereka bermain dram ketika program Royal Belum World Drums Festival 2012 lalu. KUALA LUMPUR – Peminat muzik irama dram tanah air berpeluang menikmati persembahan dram bertaraf antarabangsa daripada 10 buah negara sempena Royal Belum World Drums Festival 2013 yang akan berlangsung pada 20 hingga 24 Februari ini di Perak. Festival yang memasuki edisi kedua itu bertujuan mengetengahkan keindahan Hutan Belum di Banding sebagai destinasi pelancongan selain menjadikan kesenian sebagai salah satu daya tarikan pelancongan di negeri tersebut. Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pelancongan dan Teknologi Maklumat Perak, Datuk Hamidah Osman berkata, selain Malaysia, negara-negara lain yang akan mengambil bahagian adalah Australia, Mesir, India, Indonesia, Azerbaijan, Singapura dan Thailand. Jelas beliau, kumpulan dram tersebut akan menjelajah ke beberapa tempat di Perak bagi membuat persembahan iaitu di Aeon Seri Manjung, Taiping Sentral Mall, Mydin RTC Gopeng dan Mydin Meru Raya, Ipoh. "Acara pembukaan dan penutup pula dijadual berlangsung di padang Lapangan Terbang Gerik dan Dataran Majlis Bandaraya Ipoh yang turut dihadiri Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah. "Kita jangkakan kehadiran lebih 50,000 pengunjung dari dalam dan luar negara pada festival yang berlangsung selama lima hari itu. Masuk adalah percuma," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam. | |||||
| Posted: 10 Feb 2013 06:22 PM PST ![]() SEBAHAGIAN pelesit rempit yang dikatakan mengganggu ketenteraman awam dengan membuat bising di Pusat Rekreasi Telaga Air Panas Selayang, Gombak baru-baru ini. GOMBAK - Perangai biadab golongan pelesit rempit bagaikan sukar dibendung lagi apabila mereka terus menjadikan kawasan awam di Pusat Rekreasi Telaga Air Panas Selayang di sini sebagai tempat menunjuk lagak dan berkelakuan sumbang walaupun ia pernah dibongkarkan Kosmo! bulan lalu. Lebih ketara apabila golongan yang rata-ratanya berusia awal 20-an 'menawan' kawasan itu pada cuti umum Tahun Baru Cina sekali gus menyebabkan ketidakselesaan kepada orang awam yang ingin beriadah bersama keluarga masing-masing. Apa yang dikesalkan, mereka bukan sahaja berbuat bising dengan memerah minyak motosikal masing-masing malah ada yang tanpa segan silu berasmara dengan pasangan yang dibawa. Insiden memualkan membabitkan sekumpulan 25 hingga 30 pelesit rempit itu berlaku antara pukul 1 pagi hingga 4 pagi semalam. Seorang pengunjung, Abdul Hakim Abdullah, 27, berkata, kumpulan itu sering berkunjung ke kawasan riadah tersebut tanpa mengira hari bekerja mahupun pada cuti hujung minggu. "Kita datang ke sini untuk berehat-rehat dengan ahli keluarga terutamanya sewaktu cuti umum namun, kehadiran mereka yang begitu ramai menyebabkan kami berasa kurang selesa. | |||||
| Posted: 10 Feb 2013 06:21 PM PST ![]() ANGGOTA Bomba dan Penyelamat memeriksa kesan kebakaran pada gerabak kereta api Ekspres Sinaran Utara yang terbakar kelmarin sebelum operasi pulih semula semalam. BUKIT MERTAJAM - Perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) antara bandar sektor utara yang terjejas selepas keretapi Ekspres Sinaran Utara tergelincir dan terbakar di Kampung Baru, dekat sini petang kelmarin pulih sepenuhnya semalam. Pengurus Kanan Pemasaran KTMB, Mohd. Noordin Kimi berkata, bermula pada pukul 9 pagi semalam, operasi KTMB dipulihkan mulai 9 pagi selepas gerabak kereta api Ekspres Sinaran Utara yang tergelincir dialihkan. "Kerja-kerja mengalih gerabak itu memakan masa hampir 19 jam, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam. Kelmarin lebih 150 penumpang kereta api Ekspres Sinaran Utara terkandas selepas tergelincir di Kampung Baru, di sini ketika dalam perjalanan dari Butterworth ke Kuala Lumpur. Dalam kejadian 2.20 petang itu, lokomotif kereta api milik KTMB yang membawa 10 gerabak penumpang turut mengalami kebakaran kecil dipercayai akibat kebocoran diesel. Noordin memberitahu, ekoran kejadian tersebut hampir 2,000 penumpang yang melibatkan beberapa perkhidmatan kereta api KTMB telah terjejas. | |||||
| Skandal daging kuda dijual di Perancis Posted: 10 Feb 2013 06:20 PM PST
PARIS - Skandal daging kuda merebak di Perancis apabila enam rangkaian pasar raya di negara ini menarik produk mengandungi daging itu. Kerajaan Britain dan pemerintah Perancis kelmarin berjanji untuk menghukum pihak yang terlibat menjual daging tersebut. Menteri Hal Ehwal Pengguna Perancis, Benoit Hamon berkata, siasatan mendapati daging haiwan itu berasal dari Romania. Dakwaan itu dibuat walaupun terdapat penglibatan firma di Perancis, Belanda dan Cyprus dan sebuah kilang di Luxembourg. Menteri Alam Sekitar Britain, Owen Paterson berkata, lebih banyak kes pencemaran makanan mungkin berlaku selepas pihak peruncitan di negaranya melakukan ujian terhadap produk daging yang telah diproses. Sebuah unit makanan beku Britain, Fundus mula menarik semula produk lasagne yang mengandungi daging tersebut dari pasar raya atas nasihat daripada pihak pembekal, Comigel dari Perancis. Penarikan itu dibuat ekoran terdapat kebimbangan bahawa produk berkenaan mempunyai daging kuda. Skandal itu mendapat kritikan di Britain kerana memakan daging kuda dianggap sebagai pantang larang dalam masyarakat. Pihak berkuasa Britain turut menyatakan, ujian dilakukan untuk memastikan sama ada daging tersebut mengandungi dadah yang boleh membahayakan manusia. | |||||
| Posted: 10 Feb 2013 06:19 PM PST ![]() PSY menyaksikan perarakan samba di Rio de Janeiro kelmarin. RIO DE JANEIRO - Penyanyi rap Korea Selatan, Psy menari tarian menunggang kuda bersama penyanyi Brazil, Claudia Leitte pada Karnival Brazil di Salvador pada Jumaat lalu, lapor portal hiburan kpopstarz.com. Kehadiran mereka menarik kira-kira dua juta orang yang menyaksikan Psy membuat persembahan menerusi lagu Gangnam Style. "Apa khabar Salvador, dengar kata saya sedikit terkenal di Brazil. Justeru, anda boleh beri sorakan kuat untuk saya," kata Psy kepada penonton. Bintang berusia 35 tahun itu membawa rombongan pengiring seramai 15 orang. Psy tiba di bandar raya ketiga terbesar di Brazil itu awal Jumaat lepas. Psy turut menyaksikan perarakan kumpulan samba pada Karnival Rio di sini kelmarin. Penyanyi itu dilaporkan berada di Brazil selama dua hari. | |||||
| Nelayan tangkap ikan yu paus gergasi di Pakistan Posted: 10 Feb 2013 06:19 PM PST ![]() BEBERAPA orang menyaksikan bangkai ikan yu paus di sebuah pelabuhan di Karachi pada 1 Februari lalu. KARACHI - Sekumpulan nelayan Pakistan menangkap seekor ikan yu paus gergasi sepanjang 3.65 meter pada 31 Januari lalu. Ikan seberat tiga tan itu ditangkap secara tidak sengaja oleh sekumpulan nelayan tersebut yang menaiki sebuah bot. Ia ditangkap 40 kilometer dari luar pantai Karachi. Bagaimanapun, ikan tersebut kemudian mati dan bangkai haiwan itu dibawa ke sebuah pelabuhan di sini pada 1 Februari lalu. Pihak Jabatan Perikanan Marin kemudian merampas ikan tersebut untuk tujuan kajian. Sampel ikan tersebut turut dihantar ke sebuah institut di Kanada bagi menentukan punca kematian dan umur haiwan itu. | |||||
| Wain ular dijual di Kampung Zisiqiao Posted: 10 Feb 2013 06:18 PM PST ![]() BEBERAPA balang yang mengandungi wain ular dijual di Kampung Zisiqiao pada Jumaat lalu. BEIJING - Seorang penternak ular, Gao Shuihua menjual wain kemaluan ular di kedainya di Kampung Zisiqiao, timur China. Menurutnya, wain tersebut diperbuat daripada keluarga ular tedung paling berbisa di negara ini. "Itu (wain tersebut) merupakan tonik untuk kesihatan. Ia baik terutamanya untuk lelaki," kata seorang sepupunya seperti dilaporkan agensi berita AFP semalam. Bagaimanapun, Shuihua memberi amaran dengan berkata: "Jika ular tersebut menggigit anda, anda akan mati dalam tempoh empat jam". | |||||
| Posted: 10 Feb 2013 06:17 PM PST ![]() KENDERAAN Curiosity di Marikh pada 3 Februari lalu. CAPE CANAVERAL - Kenderaan robotik Curiosity menggerudi permukaan batu yang diberi nama John Klein di planet Marikh pada 8 Februari lalu, kata Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) kelmarin. Gambar-gambar yang dihantar semula ke Bumi menunjukkan terdapat lubang selebar 1.6 sentimeter (sm) dan sedalam 6.4sm pada permukaan batu tersebut. "Penggerudian pertama di Marikh untuk sampel sains itu merupakan satu kejayaan," kata NASA di Twitter. Seorang saintis NASA, John Grunsfeld menyatakan, penggunaan gerudi itu merupakan kejayaan terbesar buat Curiosity. Kenderaan itu mendarat di planet tersebut pada Ogos tahun lalu. Ia melaksanakan misi selama dua tahun untuk mencari petunjuk kehidupan di planet berkenaan. | |||||
| Posted: 10 Feb 2013 04:56 PM PST
BERADA di tengah-tengah kehidupan serba moden hari ini setiap manusia diberi kebebasan serta pilihan untuk mencongak haluan kehidupan masing-masing bagi mencapai kesempurnaan dan matlamat yang diimpikan. Namun, dek godaan dunia terutamanya tatkala menjadi penghuni ibu kota besar, bukan sedikit umat Islam yang adakalanya tersungkur ke jalan tidak diredai Allah. Bagaimanapun, agama Islam tidak pernah meninggalkan umatnya dengan begitu sahaja, bahkan dibekalkan bersama kitab suci al-Quran serta as-Sunnah yang harus dijadikan pedoman bagi menjamin kehidupan yang kekal bahagia di dunia dan juga di akhirat. Justeru, penubuhan Yayasan Al-Jenderami sebagai salah satu badan bukan kerajaan (NGO) pada tahun 2003 yang berteraskan manhaj Islami adalah amat bertepatan bagi mengembalikan penghayatan masyarakat kepada pengamalan kehidupan Islam secara lebih menyeluruh (syumul) berlandaskan syariat. Terletak di kawasan yang strategik iaitu di Jenderam Hilir, Dengkil, Selangor kira-kira 45 kilometer (km) dari Kuala Lumpur menjadikan ia pusat setempat dan tumpuan kepada mereka yang dahaga dan cintakan ilmu agama. Yayasan Al-Jenderami bagaimanapun terlebih dahulu bermula sebagai sebuah pusat pengajian Islam (sistem tradisional pondok) pada tahun 1986. ![]() SELAIN ilmu agama, penghuni Al-Jenderami juga aktif dengan aktiviti kebudayaan berlandaskan Islam. Ia kemudian mengalami anjakan paradigma lantas mengubah pusat itu kepada sebuah yayasan yang mempunyai organisasi lebih sistematik dan profesional sebagai langkah untuk memastikan ia mengikuti peredaran masa. Kini, kompleks tersebut cukup bertuah kerana telah dilengkapi dengan prasarana lengkap seperti dewan serbaguna, masjid, Al-Jenderami Inn, rumah warga emas dan Pusat Kecemerlangan Insan Al-Jenderami (JISADANI). Bagi mereka yang pertama kali berkunjung ke kompleks berkenaan, pasti terpegun dengan kecantikan seni bina dan persekitaran kompleks yang begitu bersih. Siapa sangka seni bina masjid yang mirip kepada Masjid Nabawi di Madinah tersergam indah di kawasan seluas 1.6 hektar itu. Justeru, setiap kali mendengar suara azan berkumandang dan melihat sendiri suasana komunitinya ke masjid untuk bersolat jemaah mendatangkan kedamaian kepada diri. Benteng akidah Ketua Pegawai Operasi Yayasan Al-Jenderami, Shahirul Azmar Ishak berkata, matlamat membina kompleks tersebut adalah untuk membangunkan sebuah perkampungan contoh yang menjurus kepada pembentukan sahsiah serta jati diri masyarakat demi menjunjung perintah Allah dan mengamalkan sunnah Rasul. "Kompleks ini diharap menjadi kota dan benteng kepada akidah ahli Sunnah Wal Jamaah berbekalkan aspirasi peradaban ilmu dan amalan ulama salafussoleh. Malah, ia menjadi tonggak kekuatan rohaniah sebagai pertahanan menghadapi fitnah akhir zaman," jelas Shahirul. Bagi membuktikan kenyataan itu, Kompleks Yayasan Al-Jenderami sentiasa dipenuhi dengan pengisian aktiviti-aktiviti keagamaan, kebudayaan, kebajikan dan pendidikan yang berterusan kepada komunitinya. Malah, perkara yang jarang berlaku di tempat lain ialah kompleks itu sering dikunjungi ulama-ulama besar sama ada dari Nusantara mahupun dari Timur Tengah ketika majlis besar-besaran seperti sambutan Maulidul Rasul.
Ini sekali gus memberi peluang kepada masyarakat Islam untuk mengambil berkat dan mengenali lebih dekat ulama muktabar yang sudah tentu peluang keemasan itu sukar diperoleh. Pada masa sama, jelas Shahirul, yayasan tersebut juga mengadakan kunjungan silaturahim dan kembara ke beberapa tempat di dalam dan luar negara contohnya Aceh, Indonesia, Pattani, India, Iraq, Thailand dan beberapa kota di Mesir. "Tujuan diadakan ziarah ini adalah untuk menjalinkan silaturahim di samping melihat sendiri peninggalan warisan sejarah tamadun Islam," kongsi Shahirul. Istiqamah beribadat Seorang penghuni di rumah warga emas kompleks tersebut, Rahimah Osman, 68, memberitahu, begitu gembira menjadi salah seorang daripada warga Al-Jenderami. Menurutnya, walaupun terpaksa berjauhan daripada anak-anaknya, tetapi Al-Jenderami banyak memberi peluang kepada Rahimah untuk melakukan ibadat dengan betul pada kala usia yang semakin senja. "Ketika di rumah kita tetap boleh bersolat sebenarnya, namun jarang berpeluang bersolat secara berjemaah selain melakukan ibadat-ibadat sunat yang lain. Di sini, saya tidak rasa kesunyian. Saya rasa lebih bersemangat dan istiqamah bersama warga emas yang lain untuk beribadat, malah berpeluang menghadiri kelas pengajian al-Quran bagi membetulkan bacaannya. "Lebih manis, jika berkemampuan, kita boleh pergi menziarahi makam ulama silam dan tempat-tempat bersejarah seperti ke Baitulmaqdis dan Indonesia melalui program ziarah yang dianjurkan itu," ujar Rahimah lagi. Begitupun, Rahimah menjelaskan bahawa hubungan beliau dengan anak-anak sekeluarga tidak pernah putus. "Setiap hari, mereka akan menelefon saya untuk mengambil tahu dan jika ada kelapangan pada waktu hujung minggu, mereka akan datang menziarahi saya," kata Rahimah. Tidak pernah sunyi Seorang pelajar remaja sekolah di kompleks itu pula, Muhammad Akram Azmil, 14, memberitahu, beliau gembira dan bersyukur dihantar di situ walaupun terpaksa berjauhan dengan keluarganya di Perak. ![]() SEKUMPULAN wanita yang menghuni Al-Jenderami sedang membaca al-Quran. "Kami di sini bukan sahaja dibekalkan dengan ilmu agama semata-mata, tetapi diasuh supaya melakukan kerja harian seperti memasak, mengemas dan menjaga kebersihan persekitan. "Dengan melakukan kerja-kerja sedemikian, ia mampu menundukkan nafsu dan membentuk sahsiah serta akhlak seseorang," kata Muhammad Akram. Tambah Muhammad Akram, tinggal di kompleks berkenaan juga memberi ketenangan pada jiwanya. "Walaupun lokasinya berada di dalam kawasan perkampungan, namun segala aktiviti yang diadakan setiap minggu menyebabkan saya tidak berasa kesunyian. "Sebagai contoh, dengan mengadakan majlis seperti tahlil dan zikir pada waktu malam, ia mendatangkan ketenteraman kepada diri," ujar Muhammad Akram yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke Indonesia ataupun Asia Barat. | |||||
| Posted: 10 Feb 2013 04:55 PM PST ![]() Rajah menunjukkan sisa rokok yang dikitar semula TerraCycle. USAHAWAN kitar semula, Tom Szaky sedang berusaha untuk menghapuskan masalah sedunia iaitu pencemaran daripada rokok. Lelaki berusia 30 tahun yang mengambil keputusan untuk berhenti daripada meneruskan pengajian di Universiti Princeton semata-mata untuk bekerja di TerraCycle di Trenton, New Jersey, Amerika Syarikat itu memberitahu, tiada satu sampah pun terdapat di pejabat mereka walaupun puntung rokok. TerraCycle telah memulakan program kitar semula sejak Mei tahun lalu di Kanada. Kemudian, ia diperluaskan hingga ke Amerika Syarikat dan Sepanyol dengan memungut puntung rokok daripada sukarelawan. Ia kemudian boleh dikitar semula dan diproses menjadi pelbagai produk daripada bekas rokok, kotak dan sebagainya. Bagi rokok yang dibuang ia akan dipatahkan sebelum kertas dan tembakaunya dikitar semula. Puntung rokok dibuat daripada plastik dipanggil acetate cellulose pula akan dicairkan sebelum dicampur dengan bahan-bahan yang digunakan secara meluas oleh kilang-kilang untuk membuat plastik seperti palet iaitu bekas untuk menampung barangan berat. Pengilang tembakau membayar TerraCycle kerana program itu sekali gus memberikan mereka sumber kewangan untuk projek itu. Selain itu, duit yang diperoleh juga dapat disumbangkan kepada para sukarelawan menerusi sistem pungutan mata. Secara tidak langsung, program itu menjadikan kawasan siar kaki semakin bersih. Ia juga menyebabkan TerraCycle mendapat lebih banyak peluang perniagaan selain menjual barangan kitar semula kepada rangkaian kedai Walmart dan Whole Foods. TerraCycle mempunyai pandangan kreatif terhadap tabiat manusia yang sebelum ini disifatkan sebagai susah hendak diubah terutamanya mengajak mereka untuk mengitar semula. Kitar semua barang Uncang jus, botol plastik, pen, pembungkus kopi, pembungkus gula-gula, berus gigi dan papan kekunci komputer antara barangan kitar semula yang bernilai buat TerraCycle. Sebahagian barangan akan dihantar untuk dikitar semula secara klasik iaitu mereka menggunakan barangan tersebut sebagai barangan baharu. Sementara sesetengah yang lain dinaiktaraf iaitu dikekal dan dijenamakan semula sebagai bahan baharu. Sebagai contoh, pembungkus gula-gula lengkap dengan lambang digunakan untuk membalut buku. "Tujuan TerraCycle adalah untuk menghasilkan barang daripada tidak boleh dikitar semula kepada boleh dikitar semula," kata Szaky yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif TerraCycle kepada AFP. Tidak lama lagi, syarikat itu akan mengitar semula gula-gula getah dan lampin bayi yang telah digunakan namun Szaky lebih suka untuk mengitar semula rokok. "Habuk rokok, puntungnya atau kotak pembungkus, semuanya saya suka. Selepas dilancarkan tahun lalu, program ini telah berjalan dengan jayanya. "Kami telah mengumpulkan lebih sejuta rokok dalam tempoh yang singkat. Kami mempunyai organisasi yang hebat memungut sisa rokok dan kilang tembakau juga gembira dengan pelancaran program ini di AS dan Sepanyol," ungkap Szaky penuh teruja. Dalam pada itu, Szaky optimis program tersebut akan diperluaskan ke Eropah dan Mexico dalam tempoh empat bulan lagi. Menurut Szaky, untuk membuat tempat habuk rokok plastik, ia memerlukan 1,000 hingga 2,000 puntung rokok dan lebih 200,000 untuk membuat kerusi taman. Namun, ia tidak mungkin kekurangan bekalan kerana 37 peratus sampah dunia dipenuhi dengan puntung rokok dan hampir trilion dibuang setahun. Lebih 35 juta orang daripada 22 negara di seluruh dunia mengambil bahagian dalam program itu yang dibiayai oleh banyak syarikat korporat. "Apabila kami mencipta penyelesaian masalah rokok, kami pergi ke syarikat-syarikat besar dan tunjukkan kepada mereka barangan plastik yang dibuat daripada rokok terpakai. "Pada mulanya, mereka tidak mempercayai perkara tersebut, tetapi itu membuatkan kami bekerjasama sehingga kini," tambah Szaky. Syarikat Szaky bermula apabila dua individu mempunyai idea untuk menjadikan najis ulat sebagai baja di ladang. Sekarang ia mempunyai hampir 100 pekerja. "Saya ingin mengitar semula semua sampah yang terdapat di dunia ini. Matlamat utama saya adalah untuk membebaskan bumi ini daripada sampah. Sampah tidak wujud secara semula jadi," tegasnya. | |||||
| Posted: 10 Feb 2013 04:55 PM PST
BUKAN semua orang boleh bermain dengan seni halus dan dunia pertukangan jika tidak kena gurunya. Syarat pertama perlu ada keazaman, syarat kedua perlu ada usaha tetapi itu pun belum cukup. Bagi Giman Wakiran, 54, seni pertukangan tidak asing baginya sejak di bangku sekolah lagi. Bak kata pepatah, belakang parang kalau diasah lagikan tajam. Dia berjaya mengeksploitasi barangan kayu menjadi rak kasut, set perabot dan meja. Inginkan satu kelainan, lelaki eksentrik ini berjaya menghasilkan produk berasaskan kayu yang biasa dikenali sebagai terompah. Giman memberi nafas baharu kepada terompah yang selama ini hanya berwarna merah dan bertali hitam. "Mulanya sekadar suka-suka tetapi mula serius sejak empat tahun lalu," katanya ketika ditemui kru Jurnal Jumaat lalu. Bertempat di Kampung Ibrahim Majid, Simpang Renggam, Johor lelaki ini teruja menceritakan keunikan Terompah Mastor. Bapa kepada 13 anak ini menambah, kebanyakan terompah hasil tangannya dihias dengan corak menarik manakala warna ceria menjadikan ramai yang tertarik dengan keunikan barangan tersebut. "Mulanya sekadar cenderamata kepada rakan-rakan dan pembesar-pembesar negeri. "Saya cuba melarikan imej terompah yang berwarna merah dengan warna dan corak mengikut minat semasa seperti corak bermotif flora, gambar-gambar motosikal dan kereta," katanya. Tutur Giman, setakat ini sambutan yang diterima cukup menggalakkan sebaik sahaja produk dipromosi anaknya melalui laman web dan media sosial Facebook. "Sehingga ada rakyat negara lain seperti Australia, Belanda, Jepun dan Korea Selatan membelinya melalui internet," katanya. Mansor ditanya mengenai stigma pemakaian selipar yang boleh menyebabkan seseorang tergelincir atau jatuh. "Setakat ini jarang saya dengar individu terjatuh disebabkan terompah cuma sepatu itu terlucut daripada pergelangan kaki kerana permukaan tapaknya yang licin. "Tetapi, permukaan tapak bawahnya akan menjadi kasar apabila kerap digunakan menjadikannya lebih stabil. Tetapi, jika sudah terlalu haus buangkan sahaja beli yang baharu," kata Giman sambil ketawa. Tambah Giman, tidak sukar untuk menghasilkan terompah kerana dia hanya menggunakan kayu batang pokok durian dan getah. Katanya, dia boleh menghasilkan sepasang terompah dalam masa 15 minit. ![]() HARGA sepasang Terompah Mastor RM35 hingga RM45. "Mulanya, saya akan mereka coraknya dengan kertas ataupun grafik berkomputer. Selepas itu memotong blok kayu berbentuk empat segi kepada bentuk terompah. "Kemudian talinya menggunakan getah atau kulit. Proses corak bahagian sarung serta lapisan atasnya hanya menggunakan pelekat khas. Setakat ini, lebih 1,000 terompah dihasilkan setiap bulan untuk memenuhi keperluan pelanggan dalam dan luar negara. "Saya juga sedang bekerjasama dengan seorang doktor di Jeli, Kelantan menghasilkan terompah yang mempunyai nilai kesihatan untuk tubuh seseorang terutamanya di bahagian tapak kaki," ujarnya. Sepatu wajib Selain itu, Giman yang gemar memakai terompah untuk menghadiri program rasmi, kenduri-kendara, surau, masjid dan Hari Raya Aidilfitri ingin menghasilkan sepatu yang menggunakan plastik sebagai medium utama. "Harga sepasang terompah yang dijual sekitar RM35 hingga RM45, mungkin terompah plastik boleh dijual kurang RM10. "Saya inginkan semua orang mampu membeli kasut ini dan mengembalikan budaya tradisional yang semakin terhakis ini," terangnya jujur. Tutur Giman lagi, dia turut memperkenalkan Tarian Terompah. Tarian Terompah merupakan salah satu daripada tarian yang digarap daripada kehidupan seharian masyarakat lama. Diadaptasi daripada pergerakan kaki menggunakan terompah yang mengeluarkan bunyi dengan hentakan kaki si penari. Pemakainya mengenakan baju Melayu Johor bagi lelaki manakala wanita kebiasaannya baju kebaya sambil menari diiringi muzik terhasil daripada paluan gambus, rebana, gendang dan rebab. Tempoh tarian ialah selama 10 hingga 15 minit. Obses Giman bukan sekadar menghasilkan terompah tetapi mewajibkan pemakaian kasut itu semasa keluarganya mengunjungi sanak saudara dan rakan-rakan pada sambutan Hari Raya Aidilfitri dan semasa menghadiri kenduri-kendara. ![]() TEROMPAH Mastor mengambil masa 15 minit untuk disiapkan. Menunggang motosikal "Bukan apa, saya harus menunjukkan contoh kepada orang lain. Jika pembuatnya sendiri tidak mencuba, apatah lagi orang lain. "Syukur kerana anak-anak dan menantu dapat menerimanya dengan baik," katanya. Lelaki ini juga sering memakai topi dan terompah semasa menghadiri majlis rasmi sehingga menjadi 'trademark' jika individu lain ingin mengenalinya dengan lebih dekat. "Jika memandu kereta Mercedes E280 sekalipun saya akan memakai terompah termasuk menunggang motosikal jenis Harley-Davidson. "Penduduk di Simpang Renggam sudah kenal dan biasa dengan keadaan sebegitu. "Namun saya sering memakainya jika ke surau atau masjid," tambahnya. Dia juga pernah ditegur oleh kakitangan sebuah hotel di Kuala Lumpur kerana bunyi bising terompah yang dipakainya semasa ingin keluar minum di gerai makanan. "Kakitangan itu memberitahu perbuatan itu mengganggu tetamu hotel tetapi sebaik sahaja saya mengatakan ingin berjumpa dengan pengurusnya dia agak cuak. "Namun, sebaik sahaja berjumpa dengan pengurus tersebut dia mengatakan bagus kerana saya masih mengekalkan nilai-nilai tradisional penduduk negara ini," jelasnya. Terompah Mansor juga digunakan beberapa hotel di Johor menggantikan selipar untuk ke tandas dan bilik air bagi kegunaan tetamu. Dia juga berharap terompah yang dahulunya semakin tidak dikenali mula mendapat sambutan kembali dan menjadi salah satu produk untuk sektor pelancongan negara. "Bukan sekadar rekaan saya tetapi juga pembuat yang lain kerana sesuai untuk semua golongan, bangsa dan keturunan di seluruh dunia," katanya pengakhir bicara. | |||||
| Posted: 10 Feb 2013 04:54 PM PST
GADIS ini baru sahaja menginjak umur 15 tahun namun suara Malala Yousafzai cukup lantang dalam memperjuangkan hak pendidikan dalam kalangan wanita, terutamanya di kawasan tempat tinggalnya di Lembah Swat yang menjadi pusat aktiviti Taliban di utara Pakistan. Keberaniannya itu pernah memakan diri apabila dia ditembak di leher dan kepala oleh pejuang Taliban dalam satu cubaan membunuhnya pada 9 Oktober lalu. Ketika kejadian, Malala sedang dalam perjalanan pulang dari sekolah sebelum anggota Taliban menahan bas yang dinaikinya. Akibat daripada insiden itu, Malala tidak sedarkan diri selama berhari-hari. Bagaimanapun, nasibnya baik kerana dia mendapat rawatan intensif daripada sekumpulan pakar perubatan tempatan dan antarabangsa. Selepas peluru yang menembusi kepalanya berjaya dikeluarkan oleh pakar bedah di Pakistan, anak sulung daripada tiga beradik ini diterbangkan ke Hospital Queen Elizabeth, di Brimingham, Britain untuk menjalani beberapa siri pembedahan dan rawatan rapi. Keadaannya beransur pulih selepas menjalani pembedahan memasang plat titanium di tengkoraknya pada Januari lalu. Malala mula mendapat perhatian masyarakat dunia selepas muncul dalam media antarabangsa, mengutuk tindakan Taliban yang mengharamkan pendidikan ke atas wanita di kebanyakan kawasan pergunungan di wilayah utara Pakistan pada Januari 2012. ![]() SEKUMPULAN pelajar di New Delhi, India mengadakan rapat umum baru-baru ini untuk menyatakan sokongan kepada Malala. Tak endah Malala sekeluarga tidak mengendahkan amaran itu malah dia masih pergi ke sekolah setiap hari dan bermain dengan rakan-rakannya di padang sekolah. Bukan sekadar itu, dia juga tegas menyatakan pendiriannya terhadap hak pendidikan wanita dalam satu temu bual bersama CNN pada tahun 2009. "Saya ada hak untuk belajar, bermain dan menyanyi. Saya juga ada hak untuk ke pasar. "Saya tidak perlu takut menentang pihak yang menyekat hak saya dan kawan-kawan," ujarnya yang fasih berbahasa Inggeris. Sementara itu, menurut seorang wartawan New York Times yang pernah menemubualnya pada tahun 2009, Adam Ellick, Malala bukan budak perempuan biasa. "Saya boleh melihat karakter berbeza dalam dirinya. Dia seorang remaja yang riang, anak yang sangat patuh kepada ibu bapanya dan kakak yang bersifat pelindung terhadap adik-adiknya. ![]() SEORANG doktor menunjukkan plat titanium yang digunakan untuk menampal kerosakan di kepala Malala. Suka aiskrim vanila "Dia suka membaca novel cinta, menonton sitkom Amerika dan menggemari aiskrim vanila. "Namun dalam masa yang sama, Malala adalah seorang pejuang hak asasi manusia yang cukup saya kagumi. Walaupun umurnya masih mentah, dia tahu kemelut yang berlaku di sekelilingnya. "Percakapannya persis orang dewasa. Walaupun masih remaja tetapi dia seorang gadis berani. Malala tidak gentar bercakap di dalam mesyuarat berprofil tinggi ataupun duduk di meja rundingan dengan orang sebaya bapanya. "Andainya dia merasakan haknya dinafikan, dia tidak berdiam diri. Malala sebaliknya tegas mempertahankan hak tersebut, bukan sahaja untuk kepentingan dirinya tetapi juga sebagai suara yang mewakili rakan-rakan dan golongan wanita secara amnya," jelas Ellick yang pernah merakamkan dokumentari berkisar kehidupan kanak-kanak Pakistan di bawah kuasa Taliban. Tambah Ellick, karakter Malala banyak dipengaruhi bapanya, Ziauddin Yousafzai yang merupakan penyair yang juga pemilik sekolah swasta. "Biarpun usianya masih muda, persekitaran menjadikan dia mampu berfikiran jauh lebih matang daripada usia sebenarnya. "Malala seorang yang komited terhadap pelajaran. Dia juga gadis yang idealis. "Selain suka ke sekolah, dia juga akan pastikan waktu petangnya dihabiskan dengan mengulang kaji pelajaran bersama rakan-rakan. "Kalau terserempak dengannya di jalanan, begnya sentiasa penuh dengan buku," ujar Ellick. Pernah sekali Ellick bertanya dengan Malala, puak Taliban berjuang dengan senapang dan bom, sedangkan dia tidak mempunyai apa-apa. Jawab Malala: "Saya akan gunakan al-Quran dan beritahu tindakan mereka menidakkan hak pendidikan itu tidak betul. Ini kerana, tidak ada satu ayat pun dalam al-Quran yang mengharamkan wanita daripada menuntut ilmu." ![]() KESELAMATAN di kawasan pergunungan di utara Pakistan masih rapuh terutama membabitkan keselamatan wanita. Jadi presiden Malala juga ditanya, apa yang akan dilakukan sekiranya dia dilantik sebagai Presiden Pakistan, Malala menjawab: "Saya akan beritahu Taliban bahawa wanita ada hak untuk belajar." Menurut statistik yang dikeluarkan Pejabat Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Hak Asasi Manusia (OHCHR), antara 2007 hingga 2009, tentera Taliban telah menutup sebanyak 172 sekolah di Pakistan. Akibat pengharaman hak pendidikan itu, seramai 23,000 pelajar terpaksa berhenti bersekolah. "Sejak pelajar perempuan diharamkan bersekolah, ramai ibu bapa di kawasan ini mengambil keputusan untuk berpindah demi memberi peluang kepada anak-anak mereka untuk bersekolah di tempat lain. "Di sekolah saya, jumlah pelajar semakin lama semakin sedikit. Daripada ratusan pelajar, kini hanya tinggal 11 orang sahaja. "Kebanyakan ibu bapa terpaksa mengurung dan menyuruh anak gadis mereka membaca dan menelaah pelajaran di rumah. "Saya tidak faham mengapa Taliban mengharamkan pendidikan. "Mereka bukan sahaja menutup sekolah, bahkan sekolah kami turut dimusnahkan. "Ini abad ke-21, zaman di mana orang berlumba-lumba mencari ilmu. Saya tidak boleh bayangkan bagaimana ada orang boleh hidup tanpa pendidikan, " ujar Malala penuh matang. Hadiah Nobel Selain lantang bersuara di media, gadis bermata bundar ini juga menyuarakan pendiriannya itu melalui blognya yang banyak menceritakan dengan kehidupannya sebagai gadis Pakistan. Menulis dalam bahasa Urdu di blognya, Malala menegaskan, setiap kanak-kanak berhak untuk belajar, tanpa mengira lokasi mereka berada. "Kalau saya punya kuasa ajaib, saya akan pastikan setiap kanak-kanak mendapat pendidikan terbaik, walau apa pun keadaan mereka. "Saya juga mahu berkhidmat untuk orang ramai. Kalau Taliban menganggap kelantangan saya ini satu bentuk keingkaran, saya tidak kisah. Saya hanya jalankan tanggungjawab kepada Allah. "Taliban buat hidup kami susah. Saya reda kalau ditakdirkan mati di tangan mereka. Mungkin tidak ada lagi kematian yang lebih baik selain mati dalam memperjuangkan hak yang selama ini dinafikan. "Kesihatan saya bertambah baik. Allah makbulkan doa anda semua. "Selepas benar-benar sembuh, saya akan berkhidmat untuk masyarakat," ujar Malala. Kisah hidup dan perjuangan Malala membuka mata banyak pihak. Dia juga mengambil inisiatif menubuhkan Yayasan Malala yang memperjuangkan hak pendidikan dalam kalangan kanak-kanak perempuan. Selain menjadi inspirasi bagi kanak-kanak yang berada di negara bergolak, semangat Malala juga turut menarik perhatian selebriti seperti Angelina Jolie dan Tina Turner bergabung untuk menyokong usaha murni Malala. Rentetan daripada penubuhan yayasan berkenaan, Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari dan Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) berjaya mengumpulkan dana berjumlah AS$10 juta (RM31 juta) untuk merealisasikan hasrat Malala yang mahukan semua kanak-kanak perempuan dimasukkan ke sekolah pada tahun 2015. Kesungguhan gadis ini turut menarik perhatian ramai pemimpin negara-negara asing. Malah nama Malala Yousafzai turut dicalonkan sebagai penerima Hadiah Nobel Keamanan 2013. Malah, ketika Malala mendapatkan rawatan di Britain, lebih 30,000 orang menandatangani petisyen sebagai sebahagian daripada usaha global oleh pejuang hak-hak wanita yang mahu gadis tersebut diberi pengiktirafan bertaraf dunia. Selain di Britain, kempen yang sama turut diadakan di Kanada, Perancis dan Sepanyol. Di bawah peraturan Jawatankuasa Nobel, hanya tokoh seperti ahli-ahli perhimpunan-perhimpunan kebangsaan dan negara boleh dicalonkan. Setakat ini, Malala adalah calon penerima Hadiah Nobel Keamanan termuda dalam kalangan wanita. |
| You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
































0 ulasan:
Catat Ulasan