OHBULAN! |
| Twin Towers @Live 2013 : Backstreet Boys Turun Malaysia, Sertai Demi Lovato Posted: 26 Feb 2013 10:27 PM PST
Sebelum anda semua menjerit kegembiraan, terlebih dahulu OHBULAN! ingin memberitahu bahawa pihak penganjur telah mengesahkan bahawa kumpulan k-pop Rainbow dan Girls Day tidak dapat menyertai konsert "Twin Towers @Live" untuk tahun ini (2013). Senarai artis antarabangsa yang sepatutnya dibarisi oleh Demi Lovato, U-Kiss, Rainbow dan Girls Day kini telah pun berubah. Masih mengekalkan Demi Lovato dan kumpulan U-Kiss, pihak penganjur kemudiannya telah menggantikan Rainbow dan Girls Day dengan artis yang lebih popular iaitu kumpulan Backstreet Boys dan juga IU. OHBULAN! pasti, kehadiran Backstreet Boys pasti akan mengimbau kenangan para peminat diluar sana, kan? Kesemua mereka akan beraksi di Plaza KLCC, Menara Berkembar Petronas pada 22 & 23 March ini.
Turut sama memeriahkan konsert percuma Twin Towers @Live 2013 yang diadakan setiap tahun ini ialah Mizz Nina, Caprice, Atilia dan juga K-Town Clan. Anda boleh layari laman Facebook rasmi Twin Towers @Live 2013 untuk maklumat lanjut! |
| Rita Rudaini Sangkal Dakwaan Aibkan Aidil Di Media Posted: 26 Feb 2013 08:08 PM PST
Berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon cantik, Rita Rudaini Isnin lalu yang menyatakan dirinya masih lagi menyayangi Aidil Zafuan selagi pemain bola sepak tersebut sah sebagai suaminya, Aidil telah tampil mempersoalkan kenyataan tersebut menerusi sebuah portal online.
Namun begitu, menerusi sebuah laporan yang berlainan hari ini, Rita telah menyangkal dakwaan tersebut dan mempersoalkan mengenai gosip Aidil dengan beberapa wanita lain sebelum ini.
|
| You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |









0 ulasan:
Catat Ulasan