OHBULAN! |
| Video : Daphne Iking Goyang Harlem Shake Posted: 18 Feb 2013 11:20 PM PST
Ah, demam Harlem Shake makin melarat sehinggakan ia turut menjangkiti keluarga personaliti TV terkenal, Daphne Iking. Video berdurasi 30 saat ini turut menyaksikan suami, anak-anak dan pembantu rumah Daphne Iking ber'Harlem Shake'. Nampaknya 'Gangnam Style' sudah ketinggalan zaman. Anda bila lagi mahu ber'Harlem Shake'? Sekadar hiburan, rakan kerja pejabat OHBULAN! turut tidak ketinggalan dengan 'Harlem Shake' edisi pilot kami. Jom layan! |
| FFM 25 : Grand Brilliance Dominasi ‘Anugerah Perdana’ Melalui Filem Songlap Posted: 18 Feb 2013 10:50 PM PST
Sidang akhbar bagi Festival Filem Malaysia 25 (FFM) yang berlangsung hari ini telah melaporkan bahawa Erra Fazira & Fahrin Ahmad bakal digandingkan bersama sebagai hos. Namun apa yang lebih menarik ialah, produksi Grand Brilliance Sdn Bhd telah mendominasi senarai pencalonan Anugerah Perdana dengan 9 pencalonan dari filem 'Songlap' sahaja. Antara kategori anugerah yang turut mencalonkan 'Songlap' ialah Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Sinematografi Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Penyunting Terbaik dan juga Skor Muzik Asal Terbaik. Manakala, filem 'Bunohan' pula menduduki tangga kedua senarai dominasi dengan 8 pencalonan. Dijangkakan saingan-saingan untuk FFM 25 kali ini lebih sengit. Berikut adalah senarai penuh pencalonan Festival Filem Malaysia ke 25. Anugerah Perdana: Filem Terbaik Filem Bukan Bahasa Melayu Terbaik Pengarah Terbaik Pelakon Lelaki Terbaik Pelakon Wanita Terbaik Sinematografi Terbaik Lakon Layar Terbaik Cerita Asal Terbaik Penyunting Terbaik Skor Muzik Asal Terbaik Anugerah Cipta: Filem Pendek Terbaik Filem Animasi Terbaik Pengarah Harapan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Penataan Seni Terbaik Penataan Bunyi Terbaik Lagu Tema Terbaik Pelakon Harapan Lelaki Pelakon Harapan Wanita Pelakon Kanak-Kanak Terbaik Pereka Kostum/Busana Terbaik Poster Terbaik |
| You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |








0 ulasan:
Catat Ulasan