RSS

Nuffnang

Zon Artis

sumber :-

Zon Artis


Aznil Nawawi Dianugerahkan Gelaran Datuk

Posted: 31 Jan 2013 05:53 PM PST

GAMBAR AZNIL NAWAWI DIANUGERAHKAN GELARAN DATUK

Pengacara yang bagi kami cukup hebat, Aznil Nawawi akan dianugerahkan pingat Panglima Mahkota Wilayah sempena Hari Wilayah Persekutuan pada hari ini. Anugerah tersebut membawa gelaran Datuk. Ini bermakna, Pak Nil kini sudah bergelar Datuk Aznil. Tahniah!

Mungkin ada yang tertanya-tanya, apa sumbangan beliau pada negara sehingga menerima anugerah tersebut? Seperti dinyatakan, pengiktirafan tersebut diberi atas sumbangan Aznil sebagai Duta Sihat 1Malaysia.

Menurut laporan BERNAMA, Aznil merupakan antara 283 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat dalam upacara yang berlangsung di Istana Negara pagi ini. Istiadat penganugerahan akan disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Related Posts with Thumbnails

(Tahniah!) Ning Baizura Selamat Lahirkan Baby Boy

Posted: 31 Jan 2013 05:23 PM PST

GAMBAR ANAK NING BAIZURA

Straight to the point – Ning Baizura telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 31 Januari 2013 kira-kira pada pukul 3.06 pagi di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur. Bayi dilahirkan secara normal dengan berat 3.5 kilogram. Diberi nama yang agak Mat Salleh iaitu Ryan Sky Dalton.

Menariknya, kelahiran cahaya mata sulung Ning Baizura ini jatuh pada tarikh yang sama dimana Ning dan suami, Omar Sharif Christopher Dalton disatukan sebagai suami isteri. Ini bermakna, kelahiran Ryan Sky Dalton adalah hadiah istimewa sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

Apa-apa pun, tahniah kami ucapkan kepada Ning dan suami diatas kehadiran cahaya mata sulung ini. Pasti hari-hari yang akan dilalui selepas ini akan lebih ceria dengan adanya insan baru yang bergelar anak.

Related Posts with Thumbnails

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan