RSS

Nuffnang

OHBULAN!

sumber :-

OHBULAN!


Lima Jam Tahan Sakit, Ning Bersalin Secara Pembedahan

Posted: 31 Jan 2013 09:41 PM PST

Ning Baizura

Setelah hampir lima jam bergelut dengan kesakitan serta kesusaham melahirakn anak, akhirnya Ning Baizura selamat melahirkan anak sulungnya dan bayi comel tersebut diberi nama sebagai Ryan Sky Dalton.

Menurut kenyataan pembantu peribadi Ning menerusi laporan Harian Metri hari ini, Ning dikatakan telah melahirkan bayinya secara kaedah pembedahan.

"Selepas lima jam mencuba, keadaan kepala bayi yang tidak berada pada kedudukan atau laluan yang tepat menyebabkan doktor mencadangkan supaya Ning bersalin melalui pembedahan kerana bimbang kelahiran normal boleh memudaratkan keadaan Ning dan bayinya." 

Meskipun pada awalnya Ning ingin merasai sendiri perasaan bersalin secara normal, akan tetapi dia akur dan tidak kecewa dengan keputusan yang dilakukan oleh doktor.

"Ning tidak kecewa meskipun dia cekal dan memang mahu merasai pengalaman bersalin secara normal. Namun demi memikirkan keselamatan bayi dan dirinya adalah lebih penting, jadi dia akur," terang pembantu peribadi Ning, Aylwin.

Untuk makluman, Ning Baizura dan suaminya, Omar Shariff Christopher Layton Dayton telah bernikah pada 31 Januaru 2008 di Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar.

Sumber : Harian Metro

Tags: , , ,

Erra Fazira Hiasi Muka Depan Majalah InTrend

Posted: 31 Jan 2013 08:58 PM PST

Erra Fazira

Untuk edisi bulan Februari tahun ini, majalah InTrend telah memilih pelakon dan model terkenal, Erra Fazira sebagi penghias muka depan majalah mereka.

Erra Fazira yang kelihatan 'vogue' telah menggayakan set busana berwarna biru elektrik dan penampilan selebriti ini menjadi lebih menyerlah dengan adanya elemen 'glitter' di bahagian skirt.

Meskipun penampilan Erra kelihatan sedikit ringkas, akan tetapi dengan adanya selitan aksesori berupa gelang tangan serta calitan solekan mata yang sedikit memukau, ia mampu menaikkan aura pesona dan anggun diwajah aktres terkenal ini.

Menerusi foto yang dipaparkan, nampaknya begitu banyak isu-isu menarik yang bakal dikupas oleh majalah InTrend, antaranya adalah 178 Romance with style, Asmara Luar Tabii serta yang paling menarik adalah luahan hati Erra Fazira sendiri menerusi isu 'Superstar Erra Fazira – Usah Tanya, Doakan Sahaja..'

Oleh itu, bagi mengetahui lebih lanjut mengenai isu-isu menarik ini, jangan lupa untuk dapatkan majalah InTrend edisi Februari 2013 di pasaran sekarang!!

Tags: , , , , ,

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan