Zon Artis |
| (Gambar) Azza Elite Kini Bertudung, Dapat Hidayah Ketika Berlakon Posted: 29 Jan 2013 04:44 AM PST
Alhamdulillah, nampaknya semakin ramai selebriti yang mula berhijab. Terbaru, pelakon dan penyanyi iaitu Azza (Elite) atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari. Azza dikatakan telah berhijab sejak 6 Januari lalu. Menurut Azza, pintu hatinya terbuka untuk bertudung ketika berlakon dalam sebuah drama berjudul Mujahid yang mana dalam drama tersebut Azza memegang watak sebagai seorang wanita muslimah yang bertudung.
Tambah Azza menerusi laman Twitter'nya pula, dia turut menyatakan bahawa perubahannya berhijab turut dibantu oleh pelakon dan penerbit terkenal Shiela Rusly yang menghadiahkannya dengan pelbagai jenis tudung.
|
| You are subscribed to email updates from Zon Artis To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |









0 ulasan:
Catat Ulasan