OHBULAN! |
| Justin Bieber Pegang Dada Peminat Wanita? Posted: 29 Jan 2013 10:13 PM PST Wah!! apa perkataan pertama yang akan keluar daripada mulut anda apabila melihat gambar di atas? Untuk makluman, gambar tersebut telah dirakamkan sewaktu acara 'meet-and-greet' di Miami, Florida baru-baru ini. Menerusi foto yang dipaparkan, kita boleh lihat tangan Justin Bieber seolah-olah sedang memegang payudara peminat wanitanya dan penyanyi ini turut mencium pipi wanita tersebut. Namun begitu, menurut laporan Perezhilton.com, Justin Bieber telah menolak tuduhan tersebut dan menyatakan bahawa perkara seperti ini adalah sangat tidak masuk akal. Dalam pada itu, menurut laporan Justin Bieber Zone, wanita tersebut telah mengeluarkan kenyataan bahawa hanya dia dan Justin Bieber sahaja yang tahu apa yang sebenarnya yang berlaku ketika itu. "IM DYING HAHAHAHHAHA IT LOOKS LIKE JUSTIN'S TOUCHING MY BOOB IN THE PICTURE AHAHAHAHHA." "People can think what they want but I know what really happened & Justin does too – so everyone else's opinions don't matter to me." Hmm..kalau sekali imbas wajah wanita tersebut ada juga iras-iras Selena Gomez. Apa pun hanya mereka sahaja yang tahu sejauh mana kebenaran tersebut. |
| Saya Akan Cakap Saya Nak Awak – Pekin (Cerita Kita, 2013) Posted: 29 Jan 2013 08:51 PM PST
"Kalau awak tanya dalam dunia ni apa yang saya nak, saya akan cakap saya nak awak." Tersentuh hati OHBULAN! tatkala mendengar sepotong ayat ini dari Pekin kepada Yana Samsudin. Bila cinta sudah berputik, yang besar dilihat halus, yang halus hilang terus. Tiada lagi penghalang bagi sebuah cinta untuk terus berputik selain dari hati yang sudah tertutup. "Cerita Kita" adalah sebuah filem arahan Pierre Andre yang menceritakan mengenai kisah seorang lelaki yang sanggup melakukan apa saja demi cinta. Kamal (Pekin Ibrahim) yang sebelum ini hanyalah seorang pencuci kereta, kini berubah atas nasihat Ika (Yana Samsudin), gadis yang dicintai Kamal dalam diam. Kerana terlalu sayangkan Ika, Kamal sanggup mengambil risiko dengan meminjam ceti haram untuk membuka sebuah kedai burger tanpa pengetahuan Ika. Namun, cinta menjadi buta dengan tibanya seorang lelaki penuh gaya dan kaya. Apakah yang akan terjadi selepas ini? Adakah Ika akan terus dengan cinta setianya atau berubah hati? Filem ini menggandingkan Pekin Ibrahim, Fezrul Khan dan juga Yana Samsudin sebagai teraju utama. Bagi yang sudah tidak sabar, "Cerita Kita" bakal ditayangkan di pawagam pada 7 Mac 2013. Mari saksikan trailer rasmi "Cerita Kita" selepas ini. |
| You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |








0 ulasan:
Catat Ulasan