Zon Artis |
| Gambar Pra Perkahwinan Liyana Jasmay & Fathuddin Posted: 20 Jan 2013 09:40 PM PST Berikut beberapa gambar pra perkahwinan Liyana Jasmay dan Fathuddin yang akan melangsungkan pernikahan pada 2 Februari nanti. Gambar-gambar dengan shot yang bagi kami sungguh awesome ini telah diambil oleh CandidSyndrome. Thumbs up guys!
Dari info yang diberi, sesi fotoshot untuk gambar-gambar pra perkahwinan Liyana Jasmay dan Fathuddin ini dilakukan di Hyatt Regency Kuantan Resort pada hari Isnin minggu lepas. Dengan background langit biru dan pantai, sedap je mata memandang.
Gambar kredit penuh kepada FB Saiful Nang dan CandidSyndrome. |
| Kalau Ada Rezeki, Saya & Rozita Akan Kahwin Tahun Ini – Zain Saidin Posted: 20 Jan 2013 05:52 AM PST
Mula-mula tersebarnya cerita yang Zain Saidin akan meminang Rozita Che Wan beberapa hari lalu, kami anggap ianya satu lagi drama swasta dunia hiburan yang melibatkan mereka. Maklum sajalah, sebelum ini pun banyak gosip mengenai hubungan mereka tapi akhirnya senyap begitu saja. Tiada kesudahan. Tapi kini, cerita itu mendapat respon daripada Zain Saidin dan tanpa berselindung mengiyakan'nya malah mengakui yang hubungannya dengan Rozita Che Wan adalah hubungan cinta yang serius. Woot! Zain Saidin turut memberi tahu yang dia akan berkahwin dengan Rozita pada tahun ini, kalau ada rezeki. Seperti kata Zain kepada Gua:-
Rasanya anda sedia maklum yang Rozita Che Wan adalah ibu kepada 2 orang anak lelaki. Bercakap mengenai hal tersebut, Zain Saidin menyatakan yang hubungannya dengan kedua-dua anak Rozita Che Wan adalah sangat baik. Menurut Zain:-
Jika benar bagai dikata dan masing-masing serius untuk hidup bersama sebagai suami isteri, kami doakan semoga dimurahkan rezeki dan segala perancangan yang telah dibuat akan terlaksana. Jika terlaksana, jangan lupa berikan kad jemputan kepada kami yer. |
| You are subscribed to email updates from Zon Artis To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
















0 ulasan:
Catat Ulasan