Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
| Senarai Pencalonan Finalis Top 5 Anugerah Bintang Popular 2012 Posted: 08 Jan 2013 09:25 PM PST Seperti yang anda sedia maklum, hari ini 9 Januari adalah hari pengumuman senarai pencalonan kedua Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH2012) atau lebih senang Budiey sebutkan Finalis Top 5 ABPBH2012. Dengarnya, pola undian kali ini sungguh sukar untuk diramal. Budiey berdebar, peminat berdebar, pengundi lagi berdebar dan semestinya selebriti yang tercalon pun berdebar. Tapi rata-rata dah pun mendapat jemputan untuk ke majlis sidang media pada petang ini, kiranya dah tahu mereka akan tercalon. Budiey juga turut diundang untuk buat liputan pada majlis tahunan anjuran akhbar popular ini yang akan diadakan di Holiday Villa Subang Jaya pada jam 3 petang ini. Sebelum ini, beberapa pihak telah pun buat ramalan dan kita dah dengar ada beberapa selebriti yang dah bersiap sedia untuk melihat apa kejutan yang akan berlaku pada hari ini. Budiey dapat tahu, ramai peminat dan pengundi khususnya tak sabar untuk mengetahui senarai keputusan Top 5. Tengoklah nanti, ada ke tak artis yang anda undi tu, kalau takde tak pela kan, cuba undi lagi pada tahun depan. Seperti tahun lalu, ada peminat yang tak puas hati, selebriti pujaan mereka tak berjaya memboloskan diri ke barisan artis paling ngetop 5 nih. Kepada artis yang dah dipilih untuk ke Top 5, okay ini masanya yang anda nantikan untuk menggunakan khidmat pengundi anda bagi memangkah nama anda sekali lagi.Pola undian kali ini sukar dijangka. Ada selebriti baru yang memasuki pencalonan buat kali pertama dengan menyingkirkan artis sedia popular dan ada yang selebriti yang dah berkurun berada di dalam pencalonan tapi kali ini namanya dah didelete dari senarai gara-gara kurang undian. Persaingan yang sengit dan juga peminat kini dah beralih arah, sudah tentu memberi warna pada penganjuran ABP 2012 ini. Seperti tahun lepas, ada nama artis yang glamor giler tapi tak berjaya mendapat tempat di Top 5. Tapi tahun ini, lebih mengejutkan ada nama selebriti wanita popular giler dengan kontroversi yang selama ini sering sahaja terukir namanya di bintang Top 5, kali ini tiada lagi. Korang mesti dapat tangkap siapa yang Budiey maksudkan. Budiey tak nak kasi tau takut nanti ada pulak pihak yang marah-marah kat Budiey. Apa-apa pun Budiey akan berikan jawapanya pada petang ini. Tunggu! Sudah tentu, bila tiada artis popular dalam senarai, beberapa wajah baru bakal mewarnai senarai pencalonan. Ini mewujudkan persaingan sengit dan sihat antara artis lama dan baru. Apa-apa pun, korang undilah artis yang berbakat dan dari situ, kita boleh iktiraf mereka sebagai seorang selebriti yang popular. Budiey harap sangat tahun ini, kita mampu mengangkat artis atau bintang-bintang yang betul-betul berkualiti dari segi bakat, bukan dari segi glamor semata-mata. Apa yang Budiey dapat tahu, ada peningkatan dari segi borang undian. Bermakna tahun ini, ramai yang hantar undian. Budiey pun ada hantar. Tapi semata-mata nak hadiah yang ditawarkan oleh Berita Harian. Lumayan woooo sape tak nak kan? Peningkatan sebanyak 50% borang undian yang diterima dianggap satu impak yang sangat memberangsangkan. Tahun ini, format baru diperkenalkan dan rata-rata peminat cakap, ia memudahkan mereka untuk memangkah atau mengundi. Kalau dulu syarat supaya mengumpul 7 borang undian agak sukar. Nampaknya, format baru yang diperkenalkan sangat berkesan. Mungkin sebab itulah ada peningkatan dari segi undian. Jadi, siapa selebriti yang anda rasa akan berada dalam senarai Top 5 ABPBH pada petang ini? Penyanyi Lelaki Popular: Penyanyi Wanita Popular: Artis Duo / Berkumpulan Popular: Artis Baru Lelaki Popular: Artis Baru Wanita Popular: Pelakon Filem Lelaki Popular: Pelakon Filem Wanita Popular: Pelakon TV Lelaki Popular: Pelakon TV Wanita Popular: Artis Komedi Lelaki Popular: Artis Komedi Wanita Popular: Pengacara TV Lelaki Popular: Pengacara TV Wanita Popular: Penyampai Radio Lelaki Popular: Penyampai Radio Wanita Popular: Komen via Facebook |
| Video & Gambar Fesyen Selebriti Di Karpet Merah Anugerah Juara Lagu 27 Posted: 08 Jan 2013 07:31 PM PST Sekali lagi, Budiey ingin ucapkan jutaan tahniah buat Yunalis Zarai atas kejuaraannya di Anugerah Juara Lagu 27 pada hari Ahad yang lepas. Untunglah 6 juta penonton yang menonton kemenangan Yuna. Berbaloi Yuna pilih Aizat sebab gaya penyampaian sempoi bersahaja Aizat berjaya membantu Yuna mengukir bintang di AJL27. Laluan karpet merah pula Budiey merasakan tak ramai selebriti yang lalu. Sebaiknya, semua finalis yang bertandang mengambil masa sekejap untuk bergambar di karpet merah. Barulah best dapat tengok gambar finalis yang bertanding. Baik, buruk, busuk atau wangi, orang masih memperkatakan fesyen yang digayakan selebriti di AJL27. Macam-macam fesyen dapat kita saksikan. Ada yang ikut tema Ekspresi Seni, ada juga yang pakai baju asal sempat je. Dalam ramai-ramai, Budiey suka tengok kekasih Nazim Othman, Bella Dally yang memakai busana dari MimpiKita yang menggunakan sarung songket dipadankan dengan korset kain kapas serta jaket menampakkan dia lebih segar dan elegan. Legenda rock Amy Search begitu memukau dengan aura rock otainya yang begitu menepati nilai-nilai rock semasa. Eina Azman pula nampak comel macam anak patung dengan gaun shocking pink sentuhan Qudin. Afiq Muiz juga menggayakan fesyen dari rekaan Qudin. Comeback Sherry Ibrahim ternyata ada umppph, pengalaman mengembara seluruh dunia dengan Qater Airways ternyata memberi imput dan inspirasi untuk beliau menggayakan fesyen yang agak funky dengan high low skirt dan blaus corak tribal tanpa lengan. Kekasih hati Awi Rafael, Hanez Suraya ini nampak lebih energetik dengan gaun potongan peplum rekaan Jefri Raziman. Wan Sharmila pula anggun dengan koleksi peribadinya sendiri iaitu Clutter Font Print Dress dari jenama Top Shop. Imej Kaer pula menggabungkan dua elemen iaitu formal dan kasual. Fesyen genius ni! Pelakon Intan Ladyana kelihatan seperti puteri remaja yang riang ceriadengan menyarungkan gaun jingga muda. Dafi antara selebriti yang menitik beratkan imej dan gaya. Selain risau dirinya nampak gemuk, Dafi juga dikatakan antara artis yang tahu apa yang perlu dipakai dan baju mana yang sesuai dengan tubuhnya. Amir Jahari nampak persis penyanyi 70 an dengan kemeja yang bercorak ini. Selain pasangan kekasih Nazim & Bella, pasangan paling sweet AJL27 Budiey kasi kepada Afiq Muiz dan Eina Azman. Komen via Facebook |
| You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





















0 ulasan:
Catat Ulasan