Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
| Gambar Nazim Othman & Bella Dally di Anugerah Juara Lagu 27 Posted: 07 Jan 2013 08:32 AM PST Pasangan yang dulunya kawan rapat dan kini dah sah pun sebagai pasangan bercinta ini hadir menjejakkan kaki di karpet merah Anugerah Juara Lagu 27. Sangat sesuai, sangat secocok, itu yang Budiey boleh cakap. Nazim Othman minat K-pop dan Bella Dally pula orangnya sangat urban dan wajahnya sangat molek. Bella Dally dilihat bakal menghiasi drama TV dan seni hiburan untuk tahun 2013. Nazim pula kini semakin mengukuhkan namanya dalam industri.Oh ya, menurut kata Bella, dia mengenakan busana dari pereka jenama Mimpi Kita. Sebuah butik yang terkenal di Bangsar. Cantik dan gojes! Wajah Bella mengingatkan Budiey pada Siti Saleha. Mungkin wajah diorang ni ada mirip-mirip sikit kot. Walaupun dengan pengakuan bercinta tersebar di merata, tapi Budiey lihat pasangan ini nampaknya begitu matang dalam bercinta. Tak perlu menunjuk-nunjuk atau bermanja-manja di Twitter. Nazim sebelum ini pernah beberapa kali kecewa bercinta. Bertemu dengan Bella Dally sejak 6 bulan lalu dan mengenali hati budinya, Nazim jatuh hati dengan perwatakan Bella yang matang, tenang dan tidak tergedik-gedik seperti wanita lain.Diberitakan, cinta Nazim Othman dan Bella Dally ini mula berputik sejak mereka berlakon bersama dalam satu drama muzikal terbitan RTM iaitu Inspirasi Varsiti. Nazim Othman yang merupakan jurucakap jam tangan Ellese juga menyifatkan Bella seorang yang taat dan boleh menerima teguran dengan hati yang terbuka bukan sahaja dari segi profesional malahan hal-hal peribadi. Beliau amat bersyukur kerana dapat bertemu dengan Bella Dally dan berharap hubungan mereka berkekalan.
Terbuktilah khabar angin tentang Nazim Bercinta Dengan Bella Dally bukan lagi gosip liar! Tahniah buat Nazim & Bella. Semoga hubungan aman sehingga ke fasa yang seterusnya. Komen via Facebook |
| Gambar Fida Ibrahim di Karpet Merah Anugerah Juara Lagu 27 Posted: 07 Jan 2013 06:59 AM PST Nama Fida semakin dihangatkan dengan terlancarnya single version terbaru Apo Kono Eh Jang bergandingan bersama Dato' AC Mizal dan Stellar Band. Tampil manis dengan warna merah jembu lembut di Anugerah Juara Lagu 27, Fida keseorangan tanpa ditemani oleh teman rapatnya, Zalif Sidek. Dengarnya, hubungan Fida & Zalif Sidek agak renggang. Dulu elok-elok je diorang berkawan. Masing-masing dah selesa dan mengakui suka berkawan. Tapi ada benda yang tak enak didengari dah berlaku. Budiey ada dengar tentang khabarnya ada orang yang tak suka melihat mereka berkawan rapat. Fida ada menerima mesej SMS yang memberi amaran supaya tidak berkawan dengan Zalif. Mmm… apa-apa pun yang berlaku, Budiey doakan agar hubungan mereka kembali jernih la ya.Gambar Fida Ibrahim di Karpet Merah Anugerah Juara Lagu 27 Komen via Facebook |
| You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






0 ulasan:
Catat Ulasan