OHBULAN! |
| Foto Fasha Sandha Menghabiskan Waktu Hujung Minggu Posted: 07 Jan 2013 09:07 PM PST
Nampaknya kandungan pelakon jelita, Fasha Sandha semakin hari semakin sihat dan menerusi laman Facebook miliknya, ramai peminat yang memberikan pujian dan menyatakan Fasha kini kelihatan semakin berseri-seri dan comel. Maklumlah mungkin itu semua aura ibu mengandung. Meskipun kandungan Fasha semakin membesar, akan tetapi pelakon wanita ini masih lagi aktif melakukan aktiviti hariannya dan tidak menjadikan kandungannya sebagai penghalang untuk dirinya terus aktif keluar bersia-siar bersama suami tercinta. Menerusi laman Facebook 'We Love Fasha Sandha,' pelakon ini banyak berkongsi segala aktiviti harian dan aktif memuat naik segala foto-fotonya untuk dikongsikan kepada peminat-peminat. Ahad lalu, Fasha Sandha baru sahaja memuat naik beberapa fotonya ketika berada di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort. Menerusi foto tersebut Fasha kelihatan sungguh comel dan terserlah sifat keibuan di dalam diri aktres cantik ini. Jom layan foto Fasha Sandha selepas ini : |
| Saya Sudah Malas Nak Ditemuramah Wartawan – Wan Norazlin Posted: 07 Jan 2013 08:05 PM PST
Namun begitu, menerusi laporan Berita Harian hari ini, Wan Norazlin didakwa telah menolak untuk ditemubual oleh pihak media dan mengeluarkan kenyataan yang dirinya tidak memerlukan publisiti dalam kerjaya seninya. "Temuramah untuk apa? Tak apalah, kalau boleh, saya sudah malas untuk keluar mana-mana akhbar. Saya sudah malas nak ditemuramah wartawan sebab mereka pasti hendak bertanya mengenai status saya." "Saya sekarang ini hendak low-profile saja dan tak perlukan publisiti. Apa yang penting, saya masih menerima tawaran berlakon dan mahu fokus pada kerja lakonan saya." Dalam pada itu, Wan Norazlin turut meminta maaf dan menyatakan yang dirinya tidak mahu lagi bercerita mengenai hal-hal yang tiada kaitan dengan kerjayanya sebagai pelakon. "Maaf sangat-sangat kerana tidak mahu bercakap soal peribadi. Ini kerana rasanya sudah terlalu banyak cerita hidup saya keluar (dalam media) sebelum ini." "Saya tidak mahu lagi mencari publisiti dengan bercerita mengenai hal-hal yang tiada kena mengena dengan kerjaya saya sebagai pelakon." |
| You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Sejak kembali berlakon, Wan Norazlin yang dahulunya anggun dan sopan berhijab, kini dikatakan telah kembali kepada imej lama.




0 ulasan:
Catat Ulasan