RSS

Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Ekin Rahman Lancar Album Pertama Berjudul Satu Percaturan

Posted: 30 Jan 2013 09:33 PM PST

Petang kelmarin, Budiey sempat singgah di Pelancaran Album Ekin Rahman yang berjudul Satu Percaturan di Red Box The Gardens, Mid Valley, Kuala Lumpur.

Tahniah kepada Ekin sebab beliau dah tunggu agak lama untuk kelahiran agak lama iaitu 8 tahun sehinggalah kini usaha kerasnya membuahkan hasil. Oh ya, jika Budiey sebut Ekin Rahman, pasti ada yang tak berapa ingat. Kalau Budiey sebut Ekin AF3, mungkin ada yang kenal. Nak kenal lagi, Ekin ni dulu pernah digossipkan bercinta dengan Yazer dan pernah membotakkan rambutnya. Haa kenal tak?

Tidak mengapa, kalau tak kenal dengan Ekin, sekarang ni jugak, Budiey ajak korang mengenali dengan penyanyi bersuara lunak ini.

Album Satu Percaturan adalah album pertama Ekin dan mengandungi sebanyak tujuh buah lagu pelbagai genre dan berkonsepkan universal. Pastinya, bakat dan kesungguhan Ekin telah memikat Stadium First untuk menerbitkan album Ekin ini. Antara lagu yang dimuatkan ialah:

  1. Satu Percaturan
  2. Mencari Cinta
  3. Ceritaku dan Dia
  4. Kekasih
  5. Zapin Budi
  6. Dengarkanlah Sayang
  7. Moment for Us

Ketika menyampaikan salah sebuah lagu terbaru di Pelancaran Album kelmarin, Budiey sempat merakamkan Ekin menangis kerana tersentuh dengan lagu yang sentimental itu. Memang Ekin ni seorang yang berjiwa sensitif dan dek terlalu menyelami perasaan dan menghayati lagunya, airmata Ekin tak dapat ditahan sehingga menganggu tumpuan beliau mendendangkan lagu itu.

Ekin berkata,

"Peluang ini adalah satu anugerah yang sangat membuatkan saya bersyukur. Bukan mudah nak keluarkan dengan album. Ekin cukup berterima kasih kepada kepada seluruh keluarga, rakan produksi Stadium First dan album ini sangat istimewa untuk peminat Ekin yang dah lama menunggu berita gembira ini."

Setelah mendengar semua lagu-lagu Ekin Rahman ini, dapat Budiey simpulkan suara Ekin memang lunak dan sedap didengar. Ekin bertuah sebab lagu-lagunya sangat catchy dan sesuai untuk zaman sekarang. Tak ketinggalan Ekin selitkan juga lagu irama etnik iaitu Zapin Budi. Memang best. Mungkin lagu ini akan dicalonkan dalam AIM nanti untuk kategori lagu etnik memandangkan tak ramai yang suka menerbitkan lagu bercotak irama etnik.

Lagu ditulis dan dicipta oleh komposer dan penulis lirik terkenal seperti Anjang, Rosli Ahmad, Alley Anuar, Amir Syawal, Ajak, Ireani Yaakob, Azahari dan Ekin Rahman sendiri ada menyumpang lirik untuk lagi Ceritaku dan Dia. Wah, mesti ada makna lagu ni pada Ekin kan?

Sasaran album bukan sahaja kepada golongan muda tapi ia adalah sebuah album universal. Muziknya sangat ringan dan mudah didengari . Yang penting, lagu Zapin Budi ni dialunkan dengan irama rap supaya lebih bervariasi.

Oh ya, Ekin tak lupa untuk menyelitkan album pertamanya dengan lagu ketuhanan iaitu lagu Kekasih. Liriknya sangat mendalam dan iramanya pula sangat mendamaikan serta menyentuh perasaan.

Album Ekin akan berada di pasaran bermula Februari 2013 dan akan diedarkan oleh Warner Music Malaysia.

Ekin Rahman

Ekin Rahman

Ekin Rahman

Ekin Rahman

Ekin Rahman

Ekin Rahman

Komen via Facebook

Komen

Nora Danish Nafi Gossip Bercinta Dengan Qi Razali

Posted: 30 Jan 2013 08:54 PM PST

Pelakon cantik manis, Nora Danish telah menafikan dakwaan yang mengatakan dia kini dikatakan sedang menjalin hubungan istimewa dengan bekas kekasih Yunalis Zarai, Qi Razali setelah gambar keakraban mereka berdua dimuat naik menerusi akaun Instagram Nora. Nora menegaskan lagi, tiada sebarang hubungan istimewa yang terjalin antara dia dan Qi. Sebaliknya mereka hanya bertemu di lokasi penggambaran filem 'Bencinta'.

Nora Danish @ ABP2007

"Tak salah bergambar dengan Qi memandangkan dia pun single. Kelakarlah apabila orang nak kaitkan saya dengan Qi kerana saya hanya jumpa dia di lokasi penggambaran. Apabila selesai kerja, masing-masing buat hal sendiri. Jadi, bagaimana boleh timbul gosip yang saya sedang bercinta dengan Qi."

Menurut Nora lagi, dia memang gemar bergambar bersama pelakon lain yang sedang bekerjasama dengannya untuk sesebuah filem. Tapi apabila ditanya kenapa tidak bergambar dengan Farid Kamil yang beraksi sebagai suaminya dalam filem tersebut, Nora memberitahu adalah lebih baik dia bersikap berjaga-jaga kerana bimbang timbul gosip liar.

"Tiada masalah pun kalau saya ingin bergambar dengan Farid. Tapi dia kan sudah berkahwin. Walaupun saya tahu Diana Danielle akan bersikap terbuka tapi lebih baik saya elakkan. Takut timbul pula gosip lain yang tidak elok untuk semua pihak."

Jelas Nora lagi, ini bukan kali pertama dia dikaitkan dengan pelakon lelaki yang digandingkan dengannya dalam sesebuah filem. Nora merasakan hal ini tidak patut diperbesarkan kerana dia tidak mahu timbul perasaan kurang senang antara mereka sekiranya harus bekerjasama sekali lagi untuk filem lain.

"Dulu saya dikaitkan dengan Shaheizy Sam dan kemudian, Adiputra. Sekarang dengan Qi pula. Saya rasa gosip seperti ini tidak patut timbul kerana susah untuk kami berhubung ketika atau di luar penggambaran kerana bimbang gosip tersebut lebih melarat."

Kata pelakon kecil molek ini, dia tidak pernah keluar bersama rakan-rakan selebriti lelaki kerana tahu orang ramai pasti akan membuat spekulasi bahawa dia dengan artis tersebut sedang bercinta.

"Saya tidak mahu anak saya membesar dengan cerita-cerita negatif mengenai saya. Saya berusaha menjaga tingkah laku saya agar dia tidak terkena tempias dengan segala gosip dan fitnah yang melibatkan diri saya."

Walaupun sudah hampir lima tahun hidup sendirian, namun menurut Nora, dia tidak kesunyian kerana sering ditemani anak lelakinya Rayqal dan juga teman-teman. Selain itu, dia sentiasa sibukkan diri dengan kerja.

"Setakat ni, saya tak rapat dengan siapa-siapa. Sekiranya satu hari nanti saya ingin berkahwin, pasti saya akan umumkan."

Nora impikan seorang lelaki yang mampu menyayangi anaknya seperti anak sendiri. – Portal GUA

Komen via Facebook

Komen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan