Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
| Didie Alias Bakal Buat Sidang Media Jadi Punca Konflik Max 24:7 Posted: 28 Jan 2013 06:05 PM PST Didie Alias Tak Mahu Layan Gosip Dikatakan Punca Konflik Max 24:7 & Aesar Mustaffa Semalam, Budiey ada siarkan gossip tentang pengunduran kumpulan Max 24:7 dari pengurusan Aesar Mustaffa gara-gara terpengaruh dengan hasutan orang luar yang memburukkan pengurusan. Apa yang Budiey dengar, antara punca kumpulan yang dianggotai oleh 10 orang anak muda K-Pop ini mahu mengurus sendiri kerjaya mereka adalah setelah berkolaborasi dengan calon Top 5 ABP iaitu Didie Alias dalam sebuah lagu berjudul Ping.Pada hari ini, Budiey nak siarkan pula kenyataan dari Didie Alias yang menjelaskan beliau tidak mahu melayan gossip-gossip merapu untuk publisiti murahan yang mengatakan beliau menjadi punca Max 24:7 keluar dari pengurusan Aesar. Setakat ini, Didie Alias rasa tak berbaloi untuk layan gossip karut yang sengaja dibuat untuk publisiti murahan. Namun sekiranya perlu dan gossip ini menjejaskan nama baik serta reputasi, Didie Alias akan buat penjelasan dalam satu sidang media khas untuk membersihkan namanya selepas dituduh menjadi punca konflik antara kumpulan Max 24:7 dengan pihak pengurusan mereka. Memetik dari berita yang disiarkan di Mstar Online, pemilik nama sebenar Fadzilah Mohd Ali, 40, berkata, dia akan memberikan penjelasan kemudian kerana beranggapan isu tersebut hanyalah satu publisiti murahan yang hendak diraih oleh bekas pengurusan kumpulan itu, Aesar Mustafa.
Dakwaan terbaharu itu timbul apabila pelawak popular berkenaan dituduh menjadi punca kerana mempengaruhi Max 24:7 berundur daripada pihak pengurusan mereka pada 20 Januari lalu. Ditanya mengenai dakwaan Aesar bahawa Didie adalah penyebab kumpulan yang ditubuhkannya itu meninggalkan syarikat pengurusannya, pelawak itu berkata, tuduhan itu tidak berbaloi untuk dilayan.
Dalam pada itu, bekas pengurus Max 24:7, Aesar Mustafa berkata, dia berasa terkilan dan tidak sangka dengan tindakan luar jangkaan 10 anak muda itu yang berundur tanpa alasan kukuh.
Aesar berkata, dia percaya keputusan mengejut itu dipengaruhi anasir luar termasuk beberapa individu iaitu pereka fesyen dan pemandu kumpulan itu serta Didie Alias. Katanya, kumpulan itu mula bertindak berani sejak mereka dan Didie bekerjasama dalam projek lagu terbaharu berjudul Ping.
Dalam perkembangan lain, Didie Alias baru sahaja menamatkan penggambaran drama bersiri Tanggang Ayu. Kumpulan Max 24:7 dianggap bekas pengurus sebagai lupa diri dan terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang mempunyai agenda tertentu. Aesar terkilan Max 24:7 menarik diri daripada pengurusannya tanpa alasan yang kukuh pada 20 Januari lalu. Komen via Facebook |
| Animasi ASK LARA Tercalon di International Emmy Kids Awards Posted: 28 Jan 2013 05:25 PM PST Kredibiliti Animasia Studio Malaysia Terbukti: Rakyat Malaysia kini boleh berbangga dengan kredibiliti Animasia Studio dalam produksi animasi bersiri ASK LARA yang berjaya mendapat pencalonan animasi di International Emmy Kids Awards 2012, yang akan berlangsung di New York pada 8 Februari ini. Nominasi ini mengiktiraf serta memilih program animasi yang mempunyai gaya inovatif serta dijurikan dengan cara terperinci. Mensasarkan kanak-kanak berusia sembilan hingga 13 tahun, siri ASK LARA mempamerkan pengembaraan sekumpulan remaja yang tinggal bersama di negara asing melalui program pertukaran bahasa. Siri animasi ini telah disiarkan di beberapa negara Eropah dan Amerika Latin seperti di saluran Canal+ (Perancis), NRK (Norway) dan Pop TV (Slovenia).Selain ASK LARA, Animasia Studio yang ditubuhkan sejak tahun 1996, sudah menghasilkan pelbagai produk animasi. Antaranya ialah Bola Kampung, ABC Monster, Chuck Chicken, Balla Bowl, Bola Kampung X, Supa Strikas, Harry Bunny dan Asian Folklores. Ia merupakan sebuah produksi dengan kandungan digital yang menawarkan hasil-hasil kerja animasi kreatif dan idea baharu nan bernas. Animasia Studio turut memberikan suntikan warna, keseronokan, penggembaraan dan menukarkan kehidupan statik kepada siri animasi dan kartun. Tidak dinafikan, selain pencalonan dalam International Emmy Kids Awards tahun ini, kredibiliti animasi Animasia Studio turut diiktiraf apabila pihak ini telah menjadi pemenang anugerah iPi Motion Capture August Challenge 2012. Dan terbaru, Animasia Studio dikatakan sedang sibuk dengan persiapan untuk melancarkan filem 3D "Bola Kampung The Movie" yang bakal ditayangkan di pawagam pada 21 Mac ini. Komen via Facebook |
| You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |











0 ulasan:
Catat Ulasan