Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
| Cinta Shahrizal Jaszle & Christina Suzanne Dalam Drama Jiwang Karat Posted: 24 Jan 2013 11:04 PM PST Cinta Shahrizal Jaszle Dan Christina Suzanne Dalam 13 Episod Jiwang Karat di TV1 13 episod "Jiwang Karat" yang menggandingkan pelakon Shahrizal Jaszle dan pelakon baru Christina Suzanne sebagai pasangan kekasih di samping menjadi tarikan terbaharu slot Cindai yang mula meniti d bibir peminat drama bersiri di TV1. Nyata percaturan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan drama berlatarkan cinta remaja di samping turut menyelitkan unsur bila mana perasaan cinta mengundang rasa positif dalam diri seseorang ini menarik untuk hiburan santai petang hari anda setiap Isnin hingga Khamis, jam 2.05 petang di TV1. Ia mengisahkan Shazlin anak tunggal Dato Amran dan Datin Kalsomyang bersikap keanak-anakkan dan lebih suka membuang masa serta membuat keputusan sendiri. Situasi ini amat merisaukan Dato Amran apatahlagi Shazlin yang degil enggan bekerja di syarikat Dato Amran sedangkan Dato Amran mengharapkan Shazlin untuk mengambil alih perniagaannya itu setelah Shazlin tamat belajar di luar negara.Shazlin masih bersikap acuh tak acuh apabila papanya, Dato Amran mengugut untuk menyekat perbelanjaannya jika dia tidak ke pejabat. Shazlin tetap keluar dengan kawan baiknya Kamalia untuk berseronok dan membeli belah. Akibat marah dan kecewa, Dato Amran menyekat perbelanjaannya. Hal itu menyebabkan Shazlin tersekat di sebuah restoran kerana dia tidak mempunyai wang tunai untuk membayar makanannya apabila kredit kadnya di sekat. Bermula dari situ, Shazlin telah berkenalan dengan Nor Aiman, jejaka kampung yang kebetulan sedang duduk makan di situ. Meskipun perkenalan mereka bermula agak dingin namun, Nor Aiman sudi membayar makanannya malah sanggup membayar wang denda kerana Shazlin meletakkan keretanya di petak OKU. Ketika itu, Kamalia iaitu sahabat baik Shazlin tidak mempedulikannya kerana sibuk berkenalan dengan Azril, senior di kolejnya yang sudah lama diminatinya. Perkenalan sehari Shazlin dengan Nor Aiman cukup memberi kesan dalam hidup Shazlin. Sikap matang Nor Aiman dan nasihat Nor Aiman kepadanya membuatkan dia berubah dan mahu membantu papanya di syarikat. Dia baru sedar yang itu adalah tanggungjawabnya dan dia tak mahu hidup tanpa arah. Shazlin ingin berjumpa Nor Aiman sekali lagi, tetapi Shazlin telah menghilangkan kad nama pemberian Nor Aiman dan menyebabkan Shazlin terputus hubungan dengan Nor Aiman malah hutang Nor Aiman juga tidak dapat dibayar Shazlin. Shazlin agak kecewa. Drama Jiwang Karat setiap Isnin hingga Khamis, jam 2.05 petang di TV1.5 tahun telah berlalu, Shazlin benar-benar berubah. Dia kini menjadi anak yang cukup dibanggai Dato Amran dan Datin Kalsom. Shazlin mampu untuk mengendalikan syarikat dan tidak lagi dipandang rendah oleh pekerja syarikatnya. Shazlin menjadi ikon usahawanita muda yang berjaya. Dalam pada itu, Datin Kalsom dan Dato Amran berikhtiar mencari jodoh untuk Shazlin. Shazlin naik rimas dengan pilihan dan desakan ibubapanya sehingga dia terpaksa menipu kononnya dia sudah mempunyai teman lelaki. Tanpa disedari Shazlin, penipuannya itu mendesak dia mencari teman lelaki dan takdir tuhan dia telah terjumpa kembali kad nama Nor Aiman yang sekian lama dicarinya. Shazlin menghubungi Aiman menggunakan maklumat di kad. Ketika itu, Aiman (Nor Aiman) yang dicari tidak lagi bekerja di syarikat itu namun apabila dihubungi Shazlin, Aiman (Mohammad Aiman) yang bekerja di situ menjawab panggilan dan mengaku yang dia adalah Aiman yang dicarinya. Mereka berjanji untuk berjumpa kerana Shazlin mahu membayar hutang lapuknya 5 tahun dahulu. Shazlin teruja. Shazlin cuba mengingat kembali wajah Aiman yang dikenalinya 5 tahun dahulu. Apabila dia berjumpa Muhammad Aiman ternyata Aiman yang datang berjumpanya lebih kacak dan bergaya. Shazlin jatuh hati pandang pertama. Namun, setelah lama dia berkenalan dengan Mohammad Aiman hatinya langsung tak terpikat dan mula rasa Muhammad Aiman langsung tidak serupa dengan Nor Aiman yang dikenalinya dari segi sikap. Namun, disebabkan sikap terburunya Muhammad Aiman telah diperkenalkan kepada Dato Amran dan Datin Kalsom sebagai teman lelakinya. Dari situ Muhammad Aiman yang tamakkan harta Shazlin mula memasang strategi jahat untuk mempergunakan Shazlin demi mendapat harta dan projek. Shazlin masih lagi mahu mencari Aiman yang sebenar kononnya masih tidak tenang selagi tidak membayar hutang Aiman. Dengan bantuan sahabat baiknya Kamalia yang sudah pun berkahwin dengan Azril, dia telah berjaya menjejaki Aiman sebenar di Pulau Pinang. Pelbagai insiden lucu berlaku apabila Kamalia yang mengaku bujang dan menyamar sebagai Shazlin atas permintaan Shazlin menjadi perkara besar apabila Azril naik angin dan mencari Kamalia. Dalam pada itu, Shazlin tak sangka Aiman yang selekeh dan tidak pandai bergaya 5 tahun dahulu kini cukup berbeza. Shazlin dalam diam menaruh hati pada Nor Aiman. Shazlin cuba berterus terang kepada Nor Aiman akan perasaannya tetapi terhalang kerana Muhammad Aiman. Muhammad Aiman enggan melepaskan Shazlin malah dia dalam diam telah melakukan pelbgai penganayaian kepada Nor Aiman sehingga syarikat percetakannya muflis. Dalam pada itu, Muhammad Aiman telah menambat hati Dato Amran dan Datin Kalsom sehingga Shazlin dipaksa untuk berkahwin. Nor Aiman yang mengetahui Shazlin sudah bertunang amat kecewa dan memilih untuk kembali ke kampung meskipun pada awalnya dia baru hendak memulakan perniagaan baru di KL. Kamalia dan Azril bertindak menyelamatkan keadaan dengan menceritakan perkara sebenar kepada Dato Amran dan Datin Kalsom dengan mengumpulkan segala bukti kejahatan Muhammad Aiman selama ini. Dari situ, Dato Amran tahu yang Muhammad aiman dalam diam cuba mengawal asetnya. Shazlin gembira Dato Amran dan Datin Kalsom tidak lagi memaksanya berkahwin dan setuju dengan pilihan hatinya Nor Aiman. Dia segera mencari Nor Aiman di kampung. Apabila tiba di rumah Nor Aiman, Shazlin terkejut melihat rumah Aiman sedang mengadakan kenduri kahwin. Tambah mengejutkan apabila melihat Aiman sedang bersanding. Shazlin menangis dan mahu segera pulang ke KL. Namun langkahnya disekat Aiman. Shazlin terkejut melihat Aiman yang berbaju melayu bukan berbaju pengantin seperti yang dilihatnya. Rupanya, bukan Aiman yang bersanding tetapi adik kembarnya. Shazlin lega. Nor Aiman juga gembira melihat kedatangan Shazlin kerana dia sudah tahu segala apa yang berlaku. Kali itu, dia tak akan melepaskan Shazlin lagi. Komen via Facebook |
| Mahu Menang Kereta Chevrolet Manchester United Jom Sertai Peraduan Snack&Win Mister Potato Posted: 24 Jan 2013 04:09 PM PST Mister Potato Mempersembahkan Rangkaian Kereta Chevrolet Manchester United Pertama di Asia Tenggara Pada 22 Januari yang lalu, Budiey berkesempatan untuk hadir di Majlis Pelancaran Peraduan Snack&Win Mister Potato yang diadakan di Kompleks BUSANA Mall, Menara MARA, Kuala Lumpur. Kiranya, ini adalah kali pertama Budiey menjejakkan kaki di BUSANA yang terletak berhampiran dengan Pertama Kompleks. Rakan-rakan media dari meja hiburan pun turut hadir di majlis ini kerana selain mengumumkan tentang pelancaran kereta Chevrolet versi Manchester United, seorang pelawak terkenal, siapa lagi kalau tak Zizan Razak, turut hadir memeriahkan majlis. Budiey lihat, suasana majlis ini terbuka ini sangat meriah dengan kehadiran ramai penyokong Kelab Peminat Manchester United turut bersemangat berkumpul untuk meraikan satu lagi kejayaan Mister Potato. Ini adalah usahasama yang pertama dijalinkan di antara gergasi bolasepak dunia Manchester United dan jenama automobil Chevrolet. Paling bersejarah, Mister Potato mempersembahkan rangkaian kereta Chevrolet Manchester United pertama di Asia Tenggara. Memang Budiey rasa ianya satu edisi terhad dan kereta ni korang tak boleh dibeli di mana-mana cawangan Chevrolet pun. Eksklusif la kiranya, kan? Menang takde kat mana-mana. Ini adalah seiringan dengan kemunculan Chevrolet sebagai Rakan Automotif Rasmi bagi Manchester United. Tahniah, Budiey ucapkan. Sebanyak tiga jenis model rangkaian kereta Chevrolet diperagakan dengan logo gergasi bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United bakal dijadikan habuan lumayan buat anda yang menyertai Peraduan Snack&Win Mister Potato yang bermula 4 Februari ini. Budiey memang peminat tegar Red Devils dan rasa terliur untuk mendapatkan kereta ini. Memang cantik giler. Kalau drive ni memang syiok habis la ni sebab semua orang pandang, kereta lain macam je, kan? Ketiga-tiga kereta Chevrolet iaitu Captiva, Sonic dan Cruze disertakan autograf pemain Manchester United ditawarkan sebagai Hadiah Utama bagi Peraduan Snack & Win Mister Potato. Pergh! Siap dengan sign autograph player MU lagi tu! Mana nak dapat nih! Kesemua hadiah berjumlah RM450,000 menanti untuk dimenangi. Ini termasuk hadiah wang tunai mingguan berjumlah RM136,800 di sepanjang dua belas minggu. Pergh! Mantap! Budiey rasa nak join peraduan ni la. Korang macamana pulak? Jadi, Budiey rasa peminat Red Devils yang lain juga akan join sekali sebab rangkaian kereta Chevrolet Manchester United merupakan ganjaran terbaru yang disediakan oleh Manchester United untuk para peminat setia MU. Rangkaian kereta ini merupakan di antara ganjaran paling hebat pernah ditawarkan, dalam usaha menawarkan hadiah yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Kata Penolong Pengurus Penajaan dan Aktiviti Mamee – Double Decker, Faiz Zainal Abidin kepada media:
Ia bermula dengan Ultimate Manchester United Experience pada 2011 di mana para peminat berpeluang untuk bertemu secara peribadi dengan pemain kesayangan mereka dan menyaksikan mereka beraksi. Selepas itu, Mister Potato menawarkan kemeriahan berparti di Old Trafford (stadium Manchester United) dengan peluang sekali seumur hidup untuk menyaksikan perlawanan secara langsung di samping berhibur dengan persembahan eksklusif kumpulan rock terkenal Indonesia, Nidji. Menurut Ketua Pengarah Eksekutif Mamee-Double Decker, Datuk Wira Pang Tee Chew:
Datuk Wira SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin, Pengerusi Eksekutif Bersama, Kumpulan Syarikat NAZA pula berkata:
Majlis ini juga menawarkan sebuah Mini iPad sebagai hadiah kepada pengunjung bertuah yang dipilih menerusi cabutan bertuah. Begitu juga dengan pihak media yang hadir, berpeluang untuk menang sebuah Mini iPad di majlis ini. BAGAIMANA UNTUK SERTAI PERADUAN INI? Menyertai Peraduan Snack & Win adalah semudah membeli pek peraduan Mister Potato dan menjawab beberapa soalan mudah untuk mendapatkan mata ganjaran. Sepuluh mata ganjaran juga boleh diperolehi dengan mengunjungi bilik pameran sah Chevrolet untuk pandu uji. Pemenang akan dipilih berdasarkan mata ganjaran tertinggi yang berjaya dikumpul di penghujung tempoh peraduan. Dibuka hanya untuk rakyat Malaysia, peluang sekali seumur hidup ini tidak harus dilepaskan oleh para peminat. Pemenang hadiah utama akan diumumkan pada 30 Mei ini. Jom kita join peraduan ni sama-sama orait? Sikit info berkenaan dengan Zizan Razak, Budiey dikhabarkan Zizan Razak bakal dilantik menjadi duta bagi produk Mamee tak lama lagi. Wow! Sekalung tahniah buat Zizan. Terdekat ini, Zizan Razak akan terbang ke London dan Manchester United bersama dengan Kaka Azraf untuk bercuti sambil merakam video untuk satu kempen. Dengarnya, mereka akan terbang ke sana pada 3 Februari ini. Nak tahu kempen apa, Budiey akan kasi tau kemudian ya. Okay kat bawah ini, Budiey paparkan antara gambar-gambar menarik yang sempat dirakam: MENGENAI MISTER POTATO Australia, Singapura, Russia, Belanda dan Kepulauan Maldives adalah pasaran utama Mister Potato dan Mamee berharap untuk mengembangkan penguasaan pasaran snek di Asia Tenggara dan Asia secara keseluruhan termasuk Korea, Jepun, Hong Kong dan China. Ia juga berharap untuk meningkatkan penguasaan pasaran di Afrika dan Amerika Selatan malah juga Eropah di mana ia telahpun mencipta nama. Mister Potato menyumbang lebih 30 peratus daripada perniagaan Mamee-Double Decker dan memiliki hampir 15 peratus penguasaan pasaran dalam kategori snek yang semakin berkembang. Menurut syarikat, rahsia kejayaan Mister Potato dibantu oleh pelbagai faktor. Ini termasuk usaha mengukuhkan jenama dan keunggulan mutu agar setanding dengan standard antarabangsa selama 21 tahun dan penggunaan kentang segar bermutu tinggi yang dipilih khusus daripada kentang jenis Atlanta, Dakota Pearl dan Hermes. Di samping kadar gula yang rendah dan kandungan kering yang tinggi; warna, rasa, saiz dan tekstur yang ideal juga adalah ciri-ciri yang perlu dipatuhi dalam memastikan prinsip "Tiada Kompromi". Snek ini juga terkenal bebas daripada lemak trans dan hanya minyak sayuran digunakan dalam penyediaannya. Menerusi usahasama yang dijalin dengan Manchester United, Mister Potato sedang dalam usaha menakluki rantau baru di Asia dan di serata dunia. Dikenali sebagai jenama yang meriangkan dengan maskot Mister Potato dan Amigo yang ceria dan nakal, para peminat dihidangkan kerepek kentang yang rangup, bermutu tinggi dan pelbagai lagi perkembangan menarik di masa akan datang. Para peminat Mister Potato boleh melayari www.misterpotato.com.my dan www.facebook.com/misterpotatocrisps atau mengikuti @mymisterpotato untuk promosi terkini. MENGENAI NAZA QUEST SDN BHD Operasi bermula pada awal Mac 2010 dan buat masa ini, syarikat mengedar rangkaian kereta Chevrolet seperti Cruze, Captiva, Colorado dan Sonic. Rangkaian yang terdiri daripada 26 wakil sedia ada sedang dipertingkatkan untuk menguasai lebih banyak kawasan bagi menghadapi permintaan yang lebih luas dan membolehkan pelanggan menikmati perkhidmatan yang lebih cemerlang. Maklumat lanjut mengenai Chevrolet Malaysia boleh diperolehi di www.chevrolet.com.my dan www.facebook.com/MYChevrolet. Ikuti @Chevrolet_MY untuk perkembangan dan tawaran terbaru Chevrolet Malaysia. Komen via Facebook |
| You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |











0 ulasan:
Catat Ulasan