RSS

Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Yunalis Zarai Nafi Bercinta Dengan Jurugambar Julian Schratter

Posted: 21 Jan 2013 03:45 PM PST

Hari ini dah pun hari Selasa. Kalau minggu lepas ni, masa ni, Budiey sibuk dengan GDA. Demam GDA la katakan masa tu. Tapi minggu ini sibuk dengan story pasal Yuna pulak. Bayangkan, kalau nak kira la, rasanya dekat 5 story atau entri pasal Yuna sahaja. Kira berbaloilah Yuna diterbangkan balik ke Malaysia sebab dapat banyak jawab soalan dari media. Itu tak termasuk dengan story pasal Yuna Galaxy Wonderland lagi tu.

Satu perkara lagi yang diperjelaskan oleh Yuna semasa Majlis Kesyukuran sempena kemenangan lagu ciptaanya, Terukir Di Bintang di AJL27 ialah Yuna menafikan dia bercinta dengan jurugambar profesional, Julian Schratter. Budiey kira ramai yang tahu pasal Julian Schratter ni. Spekulasi kata Yuna dan Mat Salleh tu bercinta sebab kitaorang ada nampak Yuna selalu upload gambar dia dengan Mat Salleh ni di Instagram.

Umum dah tahu rasanya, Mat Salleh bergelar Julian Schratter ni sebenarnya telah dilantik oleh Yuna sebagai jurukamera peribadinya dan bertanggungjawab merakamkan segala aktiviti seni penyanyi yang kini bernaung di bawah syarikat rakaman antarabangsa, Verve Music Group itu.

Tapi lain pulak rasanya bila tengok kemesraan mereka berdua menerusi gambar di blog Julian juga di instagram Yuna membuatkan ramai percaya mereka berdua mempunyai 'hubungan istimewa'.

Apa-apa pun, Yuna dah nafi pasal benda ni dan dia dengan Julian hanya kawan baik. Tiada soal hati dan perasaan. Yuna menegaskan dia kini masih lagi solo dan tak bercinta dengan sape-sape.

"Dia kawan saya. Sebenarnya dia dah lama nak datang ke Malaysia tapi dia tak kenal sesiapa kat sini. Jadi masa bulan November tahun lalu saya balik ke sini dan kebetulan saya terlibat dengan banyak acara hiburan seperti Konsert Urbanscape, konsert jelajah Yuna Homecoming dan persembahan saya yang lain. Memang Julian pernah ikut saya pulang ke Malaysia tahun lepas sebab dia juga mahu tahu dan kenal dengan negara Malaysia."

"Jadi saya katakan padanya, dia boleh jadi jurugambar saya. Memang sepanjang dia kat sini, tugas dia ambil gambar saya. Secara tak langsung jugak, dia boleh tengok macamana perkembangan muzik dan senario peminat kat Malaysia. Saya pun boleh dapat gambar nanti. Sepanjang Julian berada di Malaysia, saya nampak dia seronok dan enjoy ikut saya."

Walaubagaimanapun, haaa… Yuna tak menolak jika seandainya dia ditakdirkan ada jodoh dengan Julian dan menegaskan dia mahu pun ahli keluarganya tak pernah melihat atau menilai seseorang itu daripada latar keturunan, malah menegaskan Islam agama yang indah dan mudah dipelajari. Ye la, jodoh Tuhan manalah kita tahu kan.

Yuna turut menegaskan buat masa ini dia tidak mahu memikirkan soal cinta kerana fokusnya hanya pada karier.

"Jodoh kita tak tahu… Saya pun single. Walaupun berlainan agama, bagi saya kita semua sama. Saya tak judgemental, begitu juga dengan keluarga saya. Tapi buat masa sekarang, saya nak fokus pada karier. Umur saya dah 27 tahun, saya tak boleh nak buang masa lagi. Banyak lagi perkara yang saya nak capai dalam karier."

Elok jugak Yuna berkahwin dengan Julian ni, senang sikit nak balik Amerika Syarikat dan kerja kat sana. Ada la sikit orang jaga dia.

Yunalis Zarai Nafi Bercinta Dengan Jurugambar Julian Schratter

Komen via Facebook

Komen

Status Twitter Lisdawati Bukan Dituju Kepada Rita Rudaini

Posted: 21 Jan 2013 09:30 AM PST

Pelakon Lisdawati Nazaruddin yang juga isteri kepada pelakon Fauzi Nawawi telah menafikan sekeras-kerasnya bahawa status twitter yang disebarkannya pada pagi kelmarin adalah ditujukan buat pelakon Rita Rudaini.

Pada pagi 21 Januari yang tenang itu, ramai yang tertanya-tanya kepada siapa status di Twitter milik pelakon Lisdawati Nazaruddin ini ditujukan. Adakah ia ditujukan kepada Rita Rudaini? Andaian atau spekulasi  ini mungkin timbul selepas isu yang bergolak antara mereka sebelum ini.

@lisdawati15: Hope hati2 dgn berita fitnah melibatkan Fauzi Nawawi. Anything direct to polis report Bukan publisiti murahan or giler glamour.

Sebaliknya, pelakon yang berusia 34 tahun itu memberitahu bahawa status berkenaan sebenarnya ditujukan kepada seorang wanita (bukan selebriti) yang sekarang ini tidak henti-henti mengugut suaminya. Mmm… kes apa pulak ni? Ni mesti ada kes terbaru ni.

"Statement di Twitter tu bukan dituju kepada Rita Rudaini, tapi kpd orang lain. Status tu takde kena mengena dgn dia." - Lisdawati

Begitulah lebih kurang penjelasan diberikan Lisdawati berhubung dengan kenyataaan yang dipaparkannya di Twitter pagi kelmarin sejurus dia kesal dengan tindakan individu tertentu yang dikatakan memfitnah suaminya, Fauzi Nawawi, 40 tahun.

Status Twitter itu tiada ada kena mengena langsung dengan pelakon Rita Rudaini. Buat masa sekarang Lisdawati tak dapat bagitau siapa gerangan orang tersebut. Namun, dia bukanlah artis seperti yang diramal oleh sesetengah pihak. Spekulasi dan maklum balas di beberapa buah blog dan halaman sosial menyaksikan ramai yang anggap kenyataan itu ditujukan kepada Rita Rudaini berikutan konflik yang melanda antara mereka bertiga.

Pasangan ini akan buat laporan polis dalam masa tedekat dan mereka tak nak menghebohkan perkara ini.

Apa-apa pun kita tunggu berita seterusnya selepas laporan polis dibuat nanti.

Lisdawati & Fauzi Nawawi

Komen via Facebook

Komen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan