OHBULAN! |
| Foto Anzalna Nasir Dan Bakal Suami? Posted: 21 Jan 2013 10:49 PM PST
Sekali-sekala tajuk nakal-nakal begini, apa salahnya kan? Wajah cantik dan juga sentiasa menawan hati peminat dengan lakonannya, Anzalna sememangnya mempunyai aura sebagai seorang selebriti yang berjaya. Biasalah kalau sudah menjadi perhatian ramai, dari pakaian, keluarga, teman lelaki dan macam-macam lagi pasti peminat mahu tahu kan? Tentang teman lelaki, Anzalna memang tidak pernah berselindung malah sentiasa berterus-terang jika ditanya mengenai hubungan cintanya. Terbaru, beberapa keping foto Anzalna dan kekasihnya iaitu Hanif Zaki telah dimuatnaik oleh sebuah blog hiburan tempatan. Tak salah kiranya jika OHBULAN! berkongsi untuk anda pula kan? Jom lihat foto Anzalna bersama kekasihnya dan dijangkakan bakal suami, kan? |
| Doakan Kebahagiaan Kami – Rozita Che Wan Posted: 21 Jan 2013 09:49 PM PST
Hari ini, menerusi sebuah tabloid tempatan, Rozita yang ditemubual tidak menolak kenyataan Zain, tetapi hanya menjelaskan hubungan mereka sudah sampai ke tahap serius. Walau bagaimana pun, Rozita menafikan dakwaan mengatakan dia dan Zain sudah pun bertunang. "Pada saat ini hubungan kami masih lagi di peringkat mengenali hati budi masing-masing, biarpun sudah lama berkawan. Kalau ada jodoh, adalah. Biar Allah yang tentukan semuanya." Selebriti berusia 41 tahun ini juga berharap agar peminat sentiasa mendoakan kebahagiaannya dan tidak menolak jika jodoh berpihak kepada dirinya dan Zain. "Seperti yang peminat tahu, itu merupakan pendapat Zain secara peribadi. Harapan saya agar peminat sentiasa mendoakan kebahagiaan kami." Sumber : Utusan Malaysia |
| You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Beberapa hari yang lepas, Zain Saidin telah mengesahkan bahawa dia bakal mengahwini selebriti jelita, Rozita Che Wan. Namun, ramai yang masih membuat andaian bahawa itu hanyalah sekadar 'propa' dari Zain.




0 ulasan:
Catat Ulasan