RSS

Nuffnang

OHBULAN!

sumber :-

OHBULAN!


“Mati La Saya” – Yana Samsuddin Respon Isu Cinta

Posted: 28 Jan 2013 08:51 PM PST

Yana Samsuddin & Fadzil Zahari

Menerusi program Melodi hujung minggu lalu, pelakon dan penyanyi terkenal Yana Samsuddin telah dikaitkan bercinta dengan adik Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari. Bagaimapun, Yana Samsuddin telah menafikan dakwaan tersebut dan memaklumkan mereka sekadar kawan biasa sahaja.

"Tak apa-apa. Saya rapat dengan dia macam biasa je. Dia masih lagi macam kawan-kawan saya yang lain," ujar Yana sambil tergelak.

Dalam pada itu, Yana turut diusik dengan soalan, adakah keluarga sudah berjumpa dengan Fadzil Zahari dan mungkinkah Yana malu nak mengaku bercinta dengan Fadzil sebab salah satu syarat di MIG adalah Yana tak boleh ada teman lelaki?

"Itu ayat pelik tu. Saya punya kawan, keluarga saya kenal."

"Tak adalah David Teo OK je. Dia dah cakap dengan saya daripada tahun lepas lagi. Dia cuma cakap, Yana kalau nak pilih jodoh, pilihlah yang OK. Bila nak kahwin?"

"Saya tak ada perancangan lagi, jadi dia agak risau dan dia tak bagi sebab diaorang nak sususn jadual semua."

Mengulas lebih lanjut mengenai hubungan rapatnya dengan Fadzil Zahari, timbul juga persoalan adakah Yana turut menghadiri kenduri Farid Kamil dan Diana Danielle di Kedah pada Disember tahun lalu dan apakah status sebenar hubungannya dengan Fadzil?

"Nikah saya datang la sebab saya dijemput."

"Kalau saya cakap saya suka dia, tiba-tiba takut nanti teman wanita dia dengar terasa pula. Mati la saya," komen Yana sambil tergelak besar.

Tags: , , , ,

“Lawak Ke Der 2″ Difilemkan, Bakal ‘Menggeletek’ Mac Ini!

Posted: 28 Jan 2013 08:11 PM PST

Lawak Ke Der 2-1

Tipulah kalau anda tidak tergelak apabila menonton 'Lawak Ke Der' musim pertama yang dipentaskan di Istana Budaya, Februari lepas. Gelagat dan lawak spontan dari pelawak-pelawak terkenal seperti Nabil, Jozan, Afdlin Shauki dan ramai lagi sentiasa mengusik hati dengan 'punchline' yang padu.

Disebabkan sambutan hangat, 'Lawak Ke Der' musim pertama yang telah dimuat-naik ke laman Youtube oleh peminat telah mencatat jumlah tontonan seramai 2.4 juta orang. Tak berhenti disitu, pementasan "Lawak Ke Der 2″ juga telah mencatat rekod jualan tiket 'sold out' dengan jumlah penonton yang hadir seramai 30,000 orang.

Mengambil peluang dari ini, Hans Isaac melalui syarikatnya, Tall Order Production telah memfilemkan pementasan ini untuk para peminat yang masih belum menontonnya.

"Sebabkan Lawak Ke Der 2 telah dijadikan filem, kami minta semua individu menarik balik video yang 'post' di blog dan juga di laman Youtube," ujar Hans Isaac selaku pengarah.

Bagi yang masih tak tahu, barisan pelawak yang turut terlibat dalam pementasan ini termasuklah juga Harun Salim Bachik dan Harith Iskandar.

Lawak Ke Der 2-2

Filem persembahan pentas "Lawak Ke Der 2″ di Istana Budaya ini adalah dalam bentuk filem berdefinisi tinggi dan boleh ditonton di 70 pawagam seluruh Malaysia pada 7 Mac 2013! Filem ini juga akan ditayangkan di Singapura dan Brunei.

Mari tonton trailer ringkas "Lawak Ke Der 2″ selepas ini!

Tags: , ,

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan