RSS

Nuffnang

OHBULAN!

sumber :-

OHBULAN!


Caras : Selebriti Biadap Hina Ibu Sendiri

Posted: 20 Jan 2013 11:18 PM PST

batu_belah_batu_bertangkup

Baru baru ini adik salah seorang pengacara, pelakon dan penyampai radio terkenal telah melangsungkan perkahwinan di sebuah tempat terkemuka sekitar Kuala Lumpur.

Secara umumnya memang tak salah untuk melangsungkan perkahwinan, akan tetapi apa yang menjadi masalah besar di sini adalah apabila OHBULAN! difahamkan si selebriti ini dengan adiknya sudah lama tidak bertegur sapa dan sewaktu majlis berlangsung dia langsung tidak hadir ke majlis tersebut.

Sudahlah tidak hadir, lepas itu boleh pula dia menghebohkan cerita kononnya majlis perkahwinan adiknya itu mendatang bala dan menceritakan perkara-perkara yang tidak elok di laman sosial miliknya.

Pada mulanya memang agak pelik juga, bala apakah yang menimpa majlis perkahwinan adiknya itu? Setelah diselidik dengan teliti rupa-rupanya sewaktu majlis berlangsung ibu selebriti ini difahamkan telah mengalami kecederaan parah apabila terjatuh di rumah selepas selesai majlis perkahwinan dan akibat daripada insiden tersebut si ibu mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, lalu dimasukkan ke hospital.

Apa yang mengecewakan di sini apabila si selebriti yang tak kenang dek budi ini dikatakan sampai sekarang masih lagi belum bertanya khabar atau melawat ibunya yang sedang terlantar di hospital. Lagi bertambah sadis apabila dia tidak habis-habis memperlekehkan perkahwinan adik perempuannya dan seolah-olah mentertawakan ibunya yang sedang ditimpa musibah.

Hmm..tak tahulah anak jenis apa selebriti ini sampai tidak mengambil berat dan mengaku ahli keluarga sendiri. Mungkin suatu hari nanti Allah akan beri pertunjuk pada selebriti ini. Sama-samalah kita doakan semoga dia sedar dengan kesilapannya.

Kredit Foto : Suara Kayangan

Tags: , , ,

Foto (Hi-Res) Pra-Perkahwinan Liyana Jasmay & Fathuddin

Posted: 20 Jan 2013 08:41 PM PST

Foto Liyana Jasmay & Fathudin-7

Nampaknya Liyana Jasmay & Fathuddin bakal melangsungkan majlis pernikahan mereka tidak lama lagi. Seperti selebriti-selebriti yang lain, Liyana Jasmay & Fathuddin telah merakamkan sesi foto pra-perkahwinan mereka.

Sedikit santai dan kelihatan bersahaja, gambar pra-perkahwinan Liyana Jasmay dan bakal suaminya telah diambil di Hyatt Regency Kuantan Resort. Dibawah ialah 11 keping foto yang telah diambil khas oleh jurugambar dari Candid Syndrome dan kredit kepada Saiful Nang.

Liyana Jasmay bakal diijabkabulkan pada 2 Februari ini di Dewan Merdeka PWTC.

Tags: , ,

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan