OHBULAN! |
| Rebut 150 Buah iPhone 5 & iPad Mini Semurah RM10! Posted: 16 Jan 2013 08:30 PM PST Selalu mengimpikan iPhone 5 anda sendiri? Atau mungkin anda mahukan iPad Mini yang akan membuatkan anda kelihatan lebih bergaya? Dengan Hotlink, anda bukan sahaja mampu memiliki iPhone ataupun iPad anda sendiri, tapi anda mampu memilikinya apabila anda menambah nilai kredit anda serendah RM10. Tak percaya kan? Bukan itu sahaja, malah Hotlink juga telah menyediakan sejumlah 150 buah iPhone 5, iPhone 4S, iPad terkini dan iPad Mini untuk menjadi hakmilik anda. Mudah saja. Anda hanya perlu menjadi pelanggan Hotlink yang ke-10 menambah nilai kredit untuk telefon bimbit anda. Dengan nilai minimum tambah nilai serendah RM10, anda akan dipilih Hotlink untuk menjawab 5 buah soalan mudah melalui SMS. Ingat! Anda hanya perlu menjawab 5 buah soalan dengan betul dan terpantas dan sebuah iPhone 5, iPhone 4S, iPad terkini atau iPad Mini bakal menjadi milik anda. 5 pemenang akan dipilih setiap hari sepanjang bulan Januari. Adakah anda salah seorang dari mereka? Mahu tahu maklumat lanjut? Layari Portal Hotlink sekarang dan rebut hadiah anda sekarang! |
| Abang Edry Yang Bagi Nama Baby Posted: 16 Jan 2013 06:42 PM PST
Siapa Baby Shima ini? Mungkin masih ramai yang belum mengenali gadis berusia 21 tahun ini, di mana untuk makluman Baby Shima atau nama sebenarnya Ashima merupakan penyanyi baru dibawah naungan pihak pengurusan KRU Music Sdn Bhd serta perjalanan karier hariannya diuruskan oleh AiCO Empire Group. Baby Shima atau lebih mesra dipanggil sebagai Shima bagaimanapun baru sahaja melancrarkan video klip untuk single terbarunya berjudul 'Tak Sabar.' Lagu ini secara umumnya berkonsepkan 'happy dan catchy' bersesuaian dengan karakter Shima yang manja. Namun begitu, Shima ketika ditemui di majlis pelancaran video klipnya petang semalam telah melahirkan rasa gembira kerana dipilih untuk bernaung dibawah pihak KRU Music dan menurutnya konsep asal yang dibawa olehnya adalah ala-ala K-Pop dan 'barbie doll' ini merupakan pilihan Edry Abdul Halim sendiri. "Shima tahu KRU adalah sebuah nama besar, oleh itu Shima rasa bangga apabila dapat tawaran daripada KRU sendiri." "Menerusi hasil perbincangan pihak pengurusan, akhirnya mereka bersetuju untuk imej ceria yang dibawakan oleh Shima dan Shima pun memang minat dengan konsep ala-ala 'dolly' ini." "Dari segi pakaian memang agak susah juga untuk cari yang sesuai dengan imej macam ini, tapi Shima banyak tanya pendapat dari orang di sekeliling." "Shima ingin tonjolkan kelainan, sebab itu Shima bawakan imej seperti ini. Lagipun orang sekarang memang ramai yang meminati K-Pop. Walaupun Shima ada juga bawakan konsep menari, akan tetapi kalu boleh Shima tak nak selincah Stacy sebab tak nak tiru dia,"ujar Shima sambil tersenyum manja. Memandangkan nama Shima diselitkan dengan perkataan 'Baby,' jadi timbul juga persoalan dikalangan pihak media, bagaimanakah nama 'Baby Shima' itu boleh muncul. Adakah gelaran tersebut adalah panggilan manja Shima dikalangan ahli keluarga dan teman-teman rapat? "Sebenarnya nama 'baby' tu abang Edry yang bagi. Mungkin sebab dia tengok karakter Shima yang manja dan mungkin ini adalah satu strategi kreatif untuk imej Shima dalam industri ini." "Shima pun belum terfikir lagi sampai bila akan guna nama baby ini, sebab usia Shima pun akan meningkat. Mungkin akan datang nama Shima ditukar kepada 'Mummy Shima' pula, siapa tahukan?" ujar Shima sambil tergelak. Jom layan video klip Baby Shima yang comel selepas ini. Apa kata anda?? |
| You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |








0 ulasan:
Catat Ulasan