RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Rita Rudaini Tidak Patah Semangat Dengan Krisis Rumah Tangga

Posted: 16 Jan 2013 08:56 PM PST

Rita Rudaini
KUALA LUMPUR: Aktres Rita Rudaini berkata dia tidak terjejas atau patah semangat dalam menghadapi konflik rumah tangga yang masih berlanjutan sehingga kini.
Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar, 37, berkata, tekanan dan kesulitan menghadapi kes-kes perbicaraan di mahkamah sejak setahun lalu membuatkan dia semakin kuat.
"Saya tidak akan mengalah atau berasa lemah semangat dengan apa yang berlaku. Saya tidak jadikan kesulitan ini sebagai tekanan tetapi cuba melaluinya dengan tenang dan relaks," katanya kepada mStar Online.
Krisis rumah tangga Rita dengan pemain bola sepak kebangsaan Aidil Zafuan Abd. Radzak bermula apabila lelaki berusia 26 tahun itu bertindak keluar dari rumah mereka di Damansara dekat sini ketika aktres itu pulang ke kampung halamannya di Perlis bersama anak-anak.
Rita dan Aidil bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki sehingga menyebabkan perkahwinan tersebut menimbulkan masalah.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 2.
Ditanya adakah hatinya bersedia untuk menerima lelaki semula sekiranya konflik perkahwinan itu berakhir dengan perceraian, Rita berkata, dia tidak pernah serik jika ditakdirkan bertemu dengan lelaki lain.
"Bukan semua lelaki tidak baik. Pasti ada (lelaki) di luar sana yang bertanggungjawab dan menyayangi sepenuh hati.
"Jika pada masa akan datang ditakdirkan bertemu lelaki lain, orang itu mesti lebih menyayangi anak-anak berbanding diri saya," katanya yang sedang sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri Kerana Sarah untuk TV3.

Hampir Sebulan Nikah, Anne Ngasri Dapat Petanda Hamil

Posted: 16 Jan 2013 08:55 PM PST

Anne berharap agar segera berbadan dua selepas hampir sebulan bernikah dengan Mohd Sumali.
KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara Anne Ngasri mengakui dia mungkin telah berbadan dua berdasarkan beberapa petanda seperti mula mual dan loya yang dialaminya sejak kebelakangan ini.
Anne atau nama sebenarnya Nasriah Ngasri, 29, berkata, dia berharap simptom-simptom memberi mesej baik iaitu sedang hamil selepas mendirikan rumah tangga dengan Setiausaha Kerja, Pergerakan Pemuda UMNO Mohd Sumali Reduan, 41, pada 22 Disember lalu.
"Rasa mual itu kerap juga berlaku sejak beberapa hari lalu. Saya pun tidak pasti sama ada mengandung ataupun tidak kerana saya belum membuat pemeriksaan kesihatan lagi.
"Tapi harapan saya mudah-mudahan ada rezeki (hamil) itu," katanya ketika ditemui mStar Online pada sesi ramah mesra program bual bicara kendaliannya iaitu Semangat Intelek Swadaya (SIS) di Jalan Kampung Pandan di sini, Rabu.
Turut diperkenalkan pada majlis santai itu adalah dua lagi pengacara SIS iaitu pelakon Diana Amir dan Shabana, pengacara Hijab Stailista Ameera Zaini dan pengacara Saffiya, Liyana Hisham.
Ditanya mengenai perkahwinannya, Anne berkata, suaminya seorang yang ringkas dan berfikiran terbuka kerana tidak meletakkan sebarang sekatan untuk dia terus bergiat dalam bidang seni.
Anne di samping dua teman pengacara program SIS iaitu Shabana (kiri) dan Diana Amir.
"Alhamdulillah, kami bahagia dengan pengalaman baharu ini. Dia sangat memahami kerjaya saya.
"Kerjaya seni saya berjalan seperti biasa. Kami saling menyokong dan membantu antara satu sama lain," katanya yang memiliki tiga anak Abdul Warits, 5, Abdul Wafri, 4, dan Nazharah Afrozah, 3, daripada perkahwinan terdahulu.
Mengenai tanggungjawab sebagai pengacara SIS, Anne berkata, ia adalah kerjasama pertama dengan TV9 walaupun dia pernah mengacarakan pelbagai program televisyen lain sebelum ini.
"Pengalaman mengacara memang ada tetapi bersama TV9, ini adalah kerjasama yang pertama kali.
"Saya teruja untuk mengendalikan program ini kerana ia mengupas isu-isu yang dialami wanita dalam kehidupan semasa," katanya.
Program itu bakal disiarkan selama setengah jam bermula 26 Januari ini pada setiap Sabtu pukul 11 pagi.
Sebuah lagi program terbaharu TV9 untuk tahun ini iaitu Hijab Stailista juga bakal ditayangkan bermula tarikh yang sama pada pukul 11.30 pagi.
Manakala program Safiyya yang memasuki tahun ketiga disiarkan bermula 13 Januari lalu pada setiap Ahad pukul 11 pagi.

Ibu Minta Liyana Jasmay Banyak Berdoa Selepas Jadi Isteri

Posted: 16 Jan 2013 08:54 PM PST

Liyana Jasmay
PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay meminta petua daripada ibunya, Datin Habsah Simpon mengenai cara-cara untuk menjaga keharmonian alam rumah tangga yang bakal dilaluinya tidak lama lagi.
Liyana, 24, yang akan bernikah dengan usahawan, Fathuddin Mazlan, 28, berkata, ibunya telah memberikan pelbagai nasihat selain dia perlu berdoa demi kebahagiaan perkahwinan.
"Sebagai seorang anak perempuan, semestinya saya akan meminta pandangan atau nasihat daripada ibu tentang alam perkahwinan.
"Saya bertanyakan tentang bagaimana cara-cara untuk bertolak ansur dan bagaimana nak kekalkan perhubungan dengan penuh rasa cinta.
"Ibu juga berkata yang saya sebagai isteri mestilah berdoa selalu untuk suami, perkahwinan kami serta keluarga. Itu antara yang paling penting," katanya ketika dihubungi mStar Onlinedi sini pada Rabu.
Inilah kad jemputan kahwin Liyana yang akan berlangsung pada 2 Februari depan.
Majlis akad nikah di antara Liyana dan Fathuddin akan berlangsung di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur pada 2 Februari depan kira-kira pukul 9.30 pagi manakala majlis persandingan pula akan diadakan pada sebelah malamnya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Pasangan itu akan menggunakan khidmat pereka fesyen Jovian Mandagie untuk persalinan majlis pernikahan dan resepsi.
Pelakon filem Papadom itu menambah, dia juga berhasrat untuk menghasilkan sebuah drama atau telefilem berkenaan kisah cintanya dengan Fathuddin menerusi syarikat produksi miliknya iaitu Mermaid Studios.
"Saya nak sangat kongsi kisah hubungan kami menerusi telefilem. Insya-Allah ia akan di terbitkannya satu hari nanti.
"Apa-apa pun selepas kahwin, saya akan berdebar menantikan kemunculan tiga filem lakonan saya pula yang akan ditayangkan pada tahun ini iaitu Papadom 2, Tokan dan Isyarat Cinta," ujarnya.

Fauzi Nawawi Anggap Rita Rudaini Tidak Matang

Posted: 16 Jan 2013 08:53 PM PST


Fauzi menganggap permintaan Rita tidak matang namun menghormati keputusan aktres itu.
PETALING JAYA: Pelakon Fauzi Nawawi menganggap tindakan aktres Rita Rudaini yang tidak mahu dirinya berada di set penggambaran drama bersiri Kerana Sarah sebagai tidak matang.
Harian Metro melaporkan, suami kepada pelakon Lisdawati itu berkata, dia tidak faham dengan permintaan tersebut yang tidak membenarkannya berada bersama ketika penggambaran dijalankan.
"Sikap dia seperti budak belum matang. Saya sendiri tidak faham apa masalahnya sampaikan tidak mahu saya berada di lokasi penggambaran ketika dia ada," katanya.
Fauzi bersama isteri, Lisdawati dan Rita terbabit sama dalam penggambaran drama arahan Murali Abdullah yang kini menjalani penggambaran sekitar Lembah Klang.
Dalam pada itu, Fauzi berkata, dia bersikap profesional berdepan situasi itu dan menghormati permintaan Rita kepada pihak produksi yang tidak membenarkan dia berada bersama ketika penggambaran dijalankan.
Rita dan Fauzi sama-sama terlibat dalam drama bersiri terbaru Kerana Sarah arahan Murali Abdullah.
"Saya tiada masalah dengannya dan boleh bekerja dengan sesiapa saja. Lakonan adalah karier saya, jadi apa jua situasi yang berlaku, saya kena menempuhnya," ujarnya.
Katanya, skrip asal menampilkan mereka bertiga dalam drama itu tetapi ia dipinda atas permintaan Rita. Sebagai pelakon dan suami, dia berharap tiada kejadian tidak diingini berlaku antara Rita dengan isterinya.
Lisdawati pula berkata, dia tidak mempunyai masalah untuk memberikan komitmen pada lakonan dalam drama ini. Malah, penggambaran berjalan lancar membabitkan adegan dia bersama Rita.
"Kami hanya terus berlakon apabila di lokasi penggambaran. Suatu ketika dulu kami memang rapat seperti belangkas, tetapi sampai sekarang, saya tidak tahu apa punca kami bersengketa," katanya.
Lisdawati dan Rita pernah mencetuskan kontroversi apabila mereka bergaduh dalam satu adegan di kolam renang ketika bersama membintangi drama Kau Yang Ku Sayang arahan Rashid Sibir, tujuh tahun lalu.
Akibat kejadian itu, Lisdawati membuat laporan polis kerana mendakwa dicederakan Rita ketika penggambaran di sebuah hotel di Tanjung Tokong, Pulau Pinang.

Celcom sedia peluang untuk pemaju aplikasi

Posted: 16 Jan 2013 08:50 PM PST


Celcom sedia peluang untuk pemaju aplikasi
Celcom ketika menganjurkan bengkel percuma pembangunan aplikasi di Pulau Pinang baru-baru ini.
Celcom Axiata Bhd (Celcom) bekerjasama bersama Nokia (M) Sdn Bhd dan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) bagi memberi peluang kepada pemaju aplikasi di seluruh negara untuk mengkomersialkan kreativiti melalui Cabaran Nokia S40.

Cabaran yang dilancarkan 21 Disember tahun lalu menawarkan pemaju aplikasi untuk menyerlahkan potensi pasaran platform mudah alih siri 40 Nokia yang digunakan secara meluas dengan membangun dan menghantar aplikasi sekali gus berpeluang memenangi hadiah lebih RM30,000.

Sehingga kini, terdapat lebih 400,000 aplikasi dimuat turun sebulan menerusi peranti Nokia Asha di Malaysia yang menggunakan siri 40.

Ketua Pegawai Perkhidmatan Digital Celcom, Afizulazha Abdullah berkata, sejak beberapa tahun lalu, persaingan antara pemaju aplikasi dilihat sangat sengit di mana masing-masing cuba menguasai platform telefon pintar terkemuka dengan kemunculan aplikasi terbaru setiap hari.

Menurutnya, terdapat banyak peluang pendapatan yang belum diterokai dalam platform Nokia siri 40 dengan lebih 1.6 juta pengguna dalam rangkaian Celcom sahaja, yang mewakili 17 peratus daripada pelanggan telefon mudah alihnya.

"Berbanding platform terkenal lain, wujud sebahagian kecil aplikasi baru yang tersedia untuk pengguna Nokia siri 40. Kami melihat Cabaran Nokia S40 ini adalah sebagai peluang keemasan untuk pemaju mempamerkan bakat dan mengkomersialkan idea dengan sokongan Nokia dan MDeC," katanya.

Nokia akan menyediakan latihan untuk pembangunan aplikasi platform siri 40 dan menaja hadiah serta telefon mudah alih sebagi hadiah.

Manakala, MDeC yang merupakan pendukung rasmi akan mempromosikan inisiatif ini di bawah Program Pembangunan Kandungan Bersepadu (ICON).

Palsukan dokumen besi lusuh

Posted: 16 Jan 2013 08:48 PM PST


Palsukan dokumen besi lusuh
Empat lelaki ditahan, dibawa ke Mahkamah Majistret untuk mendapatkan reman bagi membantu siasatan kes pemalsuan dokumen, semalam.
IPOH – Dua pengusaha barangan lusuh dan dua pekerja sebuah kilang penapis air ditahan reman selama tujuh hari berkuat kuasa semalam, bagi membantu siasatan kes pemalsuan dokumen besi lusuh di Menglembu di sini.

Perintah tahanan reman terhadap keempat-empat suspek berusia 20 hingga 40 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Shamsol Azwa Martadza mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah di Mahkamah Majistret Ipoh, di sini pada jam 11 pagi, semalam.

Kesemua suspek yang diiringi empat pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup muka masing-masing bagi mengelak wajah mereka dirakam oleh jurugambar.

Difahamkan, enam suspek termasuk empat pekerja kilang terbabit ditahan dalam satu operasi di premis masing-masing di Menglembu, kira-kira jam 2 petang, kelmarin.

Bagaimanapun, dua pekerja kilang termasuk seorang wanita dilepaskan dengan jaminan.

Dalam kes itu, pengusaha barangan lusuh berkenaan berpakat dengan pekerja untuk mengeluarkan resit timbangan palsu kurang dari timbangan sebenarnya dengan tujuan mengurangkan bayaran.

Siasatan mendapati kes berkenaan berlaku sejak enam tahun lalu dipercayai melebihi RM1 juta ekoran pembelian selama dua tahun lalu melibatkan lebih RM200,000.

Bagaimanapun, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 iaitu mengemukakan dokumen palsu.

Ibu rayu bantu pembedahan anak

Posted: 16 Jan 2013 08:46 PM PST


Ibu rayu bantu pembedahan anak
Nor Saparinat menunjukkan kesan pembedahan di badan anaknya.
KUBANG PASU - Seorang bayi memerlukan RM35,000 untuk menjalani rawatan perubatan apabila disahkan menghadapi komplikasi jantung selepas seminggu kelahirannya, di Kampung Telaga Batu, dekat sini, semalam.

Nur Amiera Aleiyana Abdul Syukur berusia 5 bulan terpaksa menanggung penderitaan apabila mengalami masalah injap jantung tidak mencukupi dan saluran darahnya besar serta terbalik.
Ibunya, Nor Saparinat Nordin, 30, berkata, anaknya itu memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi untuk menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Menurutnya, sebelum itu, anaknya telah menjalani satu pembedahan yang mana menelan kos sebanyak RM29,000 ringgit untuk mengecilkan saluran darah.

"Saya bernasib baik kerana perbelanjaan pembedahan pertama yang dilakukan turut dibantu oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Sehingga kini kakak membawa anak untuk menerima rawatan setiap bulan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) menemui pakar bagi memulihkan keadaannya," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, dengan pendapatan suaminya Abdul Syukur Suid, 36, yang hanya RM700 sebulan perbelanjaan untuk menjalankan pembedahan untuk kedua kalinya dilihat kurang berkemampuan.

"Kami memerlukan wang sebanyak RM35,000 untuk memastikan pembedahan dilakukan dan jumlahnya dilihat begitu besar.

"Namun segalanya bergantung terhadap keputusan pakar di IJN sama ada pembedahan tersebut perlu dilakukan segera ataupun tidak untuk janji temu pada 29 Januari ini," katanya.

Nor Saparinat berkata, sebelum itu ada pihak tertentu menjanjikan untuk membantunya dalam menyelesaikan kos pembiayaan pembedahan anaknya itu namun ia hanya sekadar janji kosong.

"Kakak tidak berdendam atau marah dengan tindakan mereka itu tetapi sekiranya pihak tertentu tidak dapat mengotakan janji tersebut mereka tidak perlu meletakkan harapan.

"Paling menyedihkan kakak menerima berita mengenai masalah yang dihadapi anak itu ketika tarikh hari lahir namun kakak reda dengan apa ujian yang diberikan," katanya.

Orang ramai yang berminat menghulurkan sumbangan kepada adik Nur Amiera Aleiyana Abdul Syukur boleh menghubungi di talian 012 5586094 ataupun disalurkan menerusi akaun Bank Islam 02105020110302 yang bernama Abdul Syukur Suid.

Tatiuc cipta robot pintar

Posted: 16 Jan 2013 08:45 PM PST


Tatiuc cipta robot pintar
Dr Zunaidi (empat kanan) bersama kumpulan penyelidik Tatiuc dan kumpulan penyelidik Universiti Mie melihat robot pintar yang berjaya dicipta mereka di Kampus Tatiuc di Teluk Kal
Tatiuc cipta robot pintar
Penuntut program pengajian PhD Universiti Mie, Takashi Hoshino menunjukkan robot pintar yang turut dilengkapi 'mata'.
Tatiuc cipta robot pintar
'Mobile robot' membawa set alatan golf dan mengikut pemain dengan mengecam warna pakaian yang dipakai pemain golf berkenaan.
KEMAMAN – Kolej Universiti Tati (Tatiuc) berjaya mencipta robot pintar dengan perkongsian kepakaran bersama Universiti Mie, Jepun sekali gus menjulang nama Tatiuc dalam bidang teknologi robotik di negara ini.

Pemangku Rektornya, Dr Zunaidi Ibrahim berkata, robot penyelidikan itu dihasilkan khas untuk menjadi pembantu dalam sukan golf atau sebagai kedi robot.

Katanya, sebanyak tiga robot dihasilkan di mana dua daripadanya diberi nama robot pintar dan 'mobile robot' telah siap sementara satu lagi dalam proses disiapkan.

"Robot ini dicipta pensyarah dan pelajar Tatiuc dengan bantuan pensyarah, Profesor Hirokazu Matsui dan pelajar dari Universiti Mie. Universiti dari Jepun ini amat serius membantu kita menghasilkan robot serta bangunkan pelajar.

"Kos setiap robot ini dianggarkan bernilai antara RM5,000 hingga RM10,000 dibiayai Universiti Mie dan mereka membawa sendiri komponen-komponen berteknologi tinggi ke sini. Robot ini juga akan dikomersialkan nanti," katanya ketika meninjau perkembangan penghasilan robot itu di Kampus Tatiuc, dekat sini, semalam.

'Mobile robot' boleh mengenal warna serta akan mengikut tuannya yang dikenalpasti melalui warna pakaian dan seterusnya 'mobile robot' akan digabungkan dengan robot pintar bagi mewujudkan kedi robot.

Katanya, khidmat kedi robot itu sesuai bagi pemain golf yang lebih suka berjalan dalam padang dan tidak menaiki 'buggy'.


Tatiuc pacu teknologi terkini

Mengulas lanjut, Dr Zunaidi berkata, penghasilan robot itu selari dengan tema Tatiuc untuk memacu teknologi terkini.

"Dulu kita lebih kepada guna teknologi tetapi sekarang kita lebih kepada hasilkan teknologi kerana Tatiuc mempunyai banyak kepakaran," katanya.

Dalam perkembangan sama, kata beliau, penghasilan robot itu juga susulan memorandum persefahaman yang ditandatangani bersama Universiti Mie yang menjadi salah satu kejayaan program pengantarabangsaan Tatiuc bagi 2012.

Menerusi kerjasama itu juga, Tatiuc memperoleh kebaikan kerana diadakan pertukaran pelajar selama enam bulan antara kedua-dua institusi pengajian tinggi (IPT) itu.

"Pada April depan, seramai empat pelajar kita akan ke Jepun dan pelajar Jepun juga turut datang ke sini. Universiti Mie turut membiayai yuran pengajian pensyarah Tatiuc yang melanjutkan pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) di universiti mereka," ujarnya.


Susah Cipta Robot

Sementara itu, bagi tujuan penciptaan robot itu, kumpulan penyelidik termasuk pelajar dari Universiti Mie itu datang ke negara selama sebulan, sejak 19 Disember lalu di mana pelajar Jepun yang datang juga silih berganti.

Menurut Matsui, kerja-kerja mencipta robot sebenarnya susah dan rumit namun dengan kepakaran dan usaha yang dilakukan, akhirnya mereka berjaya menghasilkan robot tersebut.

Tertidur di landasan, maut digilis kereta api

Posted: 16 Jan 2013 08:44 PM PST


Tertidur di landasan, maut digilis kereta api
Harun (kanan) menunjukkan kesan darah, sisa daging dan cebisan otak mangsa dekat landasan kereta api Kampung Padang Tok La, semalam.
PASIR MAS - Seorang wanita dipercayai mengalami masalah mental maut selepas dilanggar kereta api, dekat Kampung Padang Tok La kira-kira jam 4.26 pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, berdasarkan kenyataan saksi iaitu pemandu kereta api berkenaan, mangsa, Che Esah Mohamed, 53, tidur di atas landasan.

Menurutnya, meskipun siren dibunyikan beberapa kali, mangsa tidak berganjak daripada tempat kejadian.

"Berdasarkan kedudukannya yang berlunjur di atas batu manakala kepalanya di atas landasan, kita percaya mangsa tertidur di situ.

"Berdasarkan hasil bedah siasat, kepala mangsa pecah manakala tangan kanannya patah dan maut di tempat kejadian," katanya, semalam.

Beliau berkata, mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah.

Sementara itu, penduduk, Ku Yahya Ku Tengah, 61, berkata, dia menyedari bunyi bising di luar rumahnya, namun tidak mengesyaki sebarang kejadian tidak diingini.

"Saya dapati ramai anggota polis sedang memeriksa landasan kereta api, maka saya beranggapan mereka cuba mencari bahan bukti ketika menangkap penjenayah.

"Saya hanya mengetahui kejadian sebenar selepas subuh, apabila penduduk mengerumuni tempat kejadian," katanya, semalam.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Pengkalan Pasir, Harun Daud berkata, Che Esah banyak menghabiskan masa di bandar dan semua penduduk mengenalinya.

"Sikapnya juga disenangi masyarakat kerana tidak mengganggu penduduk mahupun peniaga," katanya.

Ini merupakan kejadian kedua membabitkan kemalangan kereta api, di Pasir Mas, dalam masa sebulan.

Sebelum ini, seorang pekerja sambilan Telekom Malaysia maut selepas terpelanting akibat dilanggar kereta api dari arah Pasir Mas ke Tanah Merah Pada 15 Disember lalu.

Mangsa dikatakan cuba melintas landasan sambil memegang telefon bimbit, namun tidak mendengar laungan jiran dan penduduk yang berada berdekatan.

Mangsa maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.

Pelajar UUM: 'Saya tidak sangka video itu akan letup'

Posted: 16 Jan 2013 08:43 PM PST


KS Bawani
KS Bawani
SHAH ALAM - Pelajar jurusan undang-undang, Universiti Utara Malaysia (UUM), KS Bawani terkejut dan tidak menyangka video kontroversi yang  melibatkan dirinya dan Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin, kini menjadi perbualan hangat di internet.

Bawani mendakwa, forum itu pada asalnya bertajuk 'Seiringkah Mahasiswa dan Siswi dengan Politik', namun ditukar kepada tajuk 'Wanita dan Politik' pada hari berkenaan.

Menurutnya, soalan yang diajukan kepada pihak penganjur itu diberikan setelah program tersebut hampir selesai kerana sesi soal jawab hanya mengambil dua soalan sahaja.

"Sepatutnya penganjur bagi peluang kepada pelajar untuk beri pandangan dan bukannya tutup sesi soal jawab setelah ambil soalan daripada dua pelajar sahaja.

"Dalam dewan itu ada lebih 2,300 pelajar, mengapa hanya dua soalan sahaja yang diambil," katanya.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai klip video 24 minit yang menunjukkan pertikaman lidah antara dia dengan Sharifah Zohra Jabeen yang disiarkan di laman Youtube.

Difahamkan, klip video terbaru ini dibuat atas inisiatif Dewan Pemuda Pas Perak yang datang ke rumah Bawani untuk mendapatkan penjelasan.

Bawani berkata, antara perkara yang menjadi persoalan dalam program itu adalah pengisiannya yang khusus mengkritik perhimpunan jalanan termasuk Bersih 3.0 dan Himpunan Bantah PTPTN di Dataran Merdeka.

"Selepas program itu berakhir, saya mendapat tahu program yang sama pernah dibuat di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Oktober tahun lalu dan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada November tahun lalu," katanya.

Katanya, video yang diambil bulan lalu itu hanya memaparkan bahagian soalan dan jawapan daripada Sharifah.

"Jika boleh lihat bahagian satu dan dua video itu, pastinya anda akan lihat keseluruhan program itu bertujuan untuk 'membasuh pemikiran pelajar'," katanya.

Klip selama 24 minit itu memaparkan Sharifah sebagai ahli panel forum menegur Bawani, yang bangun bercakap dalam forum terbabit.

Dalam forum tersebut, barisan ahli panel terdiri daripada Sharifah Zohra Jabeen, Peter Yap, Gulam Muszaffar Gulam Mustakim dan Mazli Mutazam.

Janda ditipu 'jemaah tarik duit'

Posted: 16 Jan 2013 08:42 PM PST


Janda ditipu 'jemaah tarik duit'
Salina menunjukkan isi kandungan sampul surat yang yang kononnya berisi wang sebanyak RM300,000, diberika Bujal selepas upacara 'tarik duit'.
JOHOR BAHRU – "Siapa yang tidak gelap mata apabila ternampak timbunan wang sebegitu banyak, lebih-lebih lagi seorang janda beranak tiga seperti saya yang memerlukan duit untuk menanggung persekolahan anak-anak."

Itu pengakuan Salina, 30-an (bukan nama sebenar) saat menceritakan pengalamannya menyertai kumpulan jemaah 'tarik duit'.

Menurut Salina, jemaah berkenaan diketuai oleh seorang lelaki dikenali sebagai Bujal 40-an yang mendakwa mampu menghasilkan wang jutaan ringgit.

"Jemaah turut disertai tujuh individu lain termasuk seorang doktor yang sanggup melabur sehingga puluhan ribu ringgit," katanya.

Menceritakan detik perkenalannya dengan Bujal ketika menjalankan urusan perniagaannya, Salina mengakui lelaki itu mempunyai perwatakan alim selain pandai mempengaruhi orang lain dengan tutur kata sopannya.

"Disebabkan seorang rakan baik turut menyertai jemaah ini, membuatkan saya turut terpengaruh, apatah lagi saat saya dan anak-anak memerlukan wang.

"Disebabkan begitu percaya dengan pujukan Bujal, saya sanggup laburkan semua wang simpanan yang ada asalkan hasilnya berlipat kali ganda.

"Akibat terlalu taksub dengan kebolehan Bujal itu jugalah saya tergamak menggunakan wang untuk perbelanjaan persekolahan anak-anak," katanya.

Selain menyerahkan wang, Salina juga diarahkan untuk menyediakan pelbagai barangan ketika 'upacara' menarik duit seperti tujuh helai kain satin berlainan warna, bekas bara, jarum, air mawar dan wang sebanyak RM180 atas nama bayaran fidyah.

Menurut Salina, aktiviti sesat itu dijalankan di beberapa hotel sekitar bandar raya ini di mana ahli jemaah diarahkan untuk membaca surah lazim al-Quran ketika Bujal sedang menjalankan upacara.

"Ia berlarutan selama empat bulan dan dijalankan pada 10 malam hingga awal pagi, Bujal akan menggunakan sehelai kain hitam dan kira-kira setengah jam kami membaca surah dia akan tunjukkan hasil wang diperolehi.

"Jumlah wang diperolehi memang banyak. Bayangkan daripada sehelai kain berwarna hitam kemudiannya ada duit sebanyak itu.

Menurut Salina, kemuncak aktiviti mereka berlaku sebelum Aidilfitri tahun lalu apabila pembahagian wang bermula.

Salina mengakui dalam pembahagian itu, dia memperolehi 500 keping RM50 untuk dijadikan ibu duit yang boleh menghasilkan wang sehingga RM6 juta.

"Bujal tidak membenarkan saya mengambil kesemuanya, dia hanya menyerahkan dua sampul surat, kononnya berisi sebanyak RM300,000. Namun, saya perlu mematuhi beberapa syarat sebelum melihat isi kandungan sampul surat itu apabila sampai di rumah.

"Bujal minta saya membaca surah Al-Fatihah, Al-Kausar dan Ayat Kursi, semuanya mesti dibaca sebanyak 100 kali pada tengah malam.

"Bagaimanapun belum sempat menyudahkan bacaan surah berkenaan, rakan baik menelefon dan memaklumkan apa yang diperolehi di dalam sampul surat yang diberi Bujal," katanya.

Tanpa berlengah Salina pun melihat isi kandungan sampul surat itu dan dia terkejut apabila mendapati sampul surat berkenaan berisi kertas putih yang dipotong dan seberkas resit yang saiznya seperti wang kertas.

"Siapa yang tidak terkejut, malah salah seorang daripada jemaah kami turut meninggal dunia akibat serangan jantung selepas mengetahui keadaan sebenar.

"Bagaimanapun Bujal memberi alasan wang yang ditarik telah 'rosak' menyebabkan ia bertukar menjadi kertas kosong.

"Bujal berjanji jika saya serahkan RM500 dia akan menjalankan upacara itu sekali lagi. Akibat terpedaya dengan janji manis saya sanggup meminjam wang daripada ah long kerana yakin akan dapat pulangan berlipat kali ganda," ceritanya.

Bagaimanapun kira-kira seminggu kemudian, Salina akhirnya tersedar dia sebenarnya telah ditipu Bujal dan dalam masa yang sama ah long pula memburunya kerana wang RM500 yang dipinjamnya telah naik kepada RM1,500.

Bujal pula menghilangkan diri, mujur seorang rakan baiknya bersimpati dan melangsaikan hutang berkenaan.

"Walaupun saya hanya rugi sekitar RM3,000 namun ia begitu memberi pengajaran, selama empat bulan menyertai jemaah itu, perniagaan saya merudum kerana hilang fokus. Saya berkongsi cerita ini sebagai pengajaran kepada masyarakat supaya tidak mudah tertipu.

"Akibat terlalu tertekan saya masih belum melaporkan kes ini kepada polis. Mungkin dalam masa terdekat saya dan rakan lain yang ditipu akan membuat laporan supaya lelaki penipu seperti Bujal menerima hukuman setimpal," katanya.

Tawar gaji ribuan ringgit

Posted: 16 Jan 2013 08:40 PM PST


Tawar gaji ribuan ringgit
Abdul Aziz (tengah) bersama pegawainya meninjau sebahagian komputer dirampas dalam beberapa operasi di sekitar Temerloh dan Mentakab pada sidang media, semalam.
TEMERLOH – Polis harap orang ramai tidak terpengaruh dengan tawaran gaji lumayan sebagai penjaga mesin judi kerana perniagaan itu salah di sisi undang-undang sekali gus boleh menyebabkan mereka didenda dan dipenjarakan.

Ketua Polis Daerah, Pemangku Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, belakangan ini semakin ramai anak muda terjebak dengan tawaran dibuat tauke premis judi internet sehingga mencecah ribuan ringgit sebulan.

Menurutnya, berdasarkan rekod, kebanyakan individu ditahan dalam operasi judi di sekitar Temerloh berusia 20 hingga 30 tahun.

"Tahun ini kita mendakwa empat lelaki dipercayai penjaga mesin judi.

"Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda minimum RM10,000 bagi setiap mesin judi atau komputer dirampas dan dipenjarakan tidak lebih lima tahun," katanya pada sidang media, semalam.

Abdul Aziz berkata, bermula September hingga penghujung tahun lalu, polis merampas komputer dan tunai disyaki sebagai pertaruhan dengan nilai hampir mencecah setengah juta ringgit.

Menurutnya, sepanjang tempoh itu, sebanyak 83 serbuan dijalankan dengan menahan 91 penjaga premis berusia dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun.

"Walaupun kerap diserbu, mereka masih tidak serik menjalankan perniagaan haram itu untuk mengaut keuntungan berlipat ganda.

"Ibu bapa dan masyarakat sekitar perlu mengambil berat mengenai kerjaya anak mereka supaya tidak terjebak dengan kegiatan tidak bermoral seperti ini," katanya.

Adi cium, peluk Rita

Posted: 16 Jan 2013 08:37 PM PST



BERTEMU dengan pelakon Rita Rudaini pada majlis pelancaran drama terbaharu lakonannya berjudul Sehangat Asmara di Publika Solaris Dutamas, Kuala Lumpur, dia tetap kelihatan jelita biarpun usianya sudah mencecah 37 tahun.
Jadi, tidak hairanlah ada gosip nakal yang mengatakan ada seorang isteri kepada aktor terkenal cemburu dengan Rita dan tidak membenarkan pelakon wanita itu berlakon dengan suaminya.
Beralih pada pelakon bertubuh sasa Adi Putra pula, hubungannya bersama isteri, Zuhaida Yusof dikhabarkan semakin intim selepas kehadiran anak perempuan Zara Adelia, 3 bulan.
Kedua-dua figura hebat itu digandingkan dalam drama tersebut yang diadaptasi daripada sebuah novel karya Sofea Aisya yang juga penulis novel Adam & Hawa - sebelum juga turut dijadikan drama bersiri dan sudah disiarkan di TV3.
Rita profesional - Adi
Adi atau nama sebenarnya, Mohamed Hadi Putera, 32, dalam pada itu mengakui selesa dengan sikap Rita kerana aktres itu bersikap terbuka dan memberi kerjasama bagi menjayakan babak-babak romantis.
"Rita profesional, jadi tidak ada masalah apabila ada babak memerlukan saya mencium dahi dan mendukungnya. Ia memudahkan kerja saya menjayakan watak suami isteri bersamanya," akui Adi Putra mengenai gandingannya dengan Rita dalam drama bersiri Sehangat Asmara.
Ditebak soalan sama ada drama gandingannya bersama Rita itu dapat memecahkan tembok fenomena naskhah Adam & Hawa lakonan aktor terkenal Aaron Aziz dan Nadiya Nisa, ujar Adi, dia yakin dengan kejayaan Sehangat Asmara. Ini kerana novel dengan judul yang sama itu sememangnya popular dan mempunyai pengikut tersendiri.
"Saya yakin Sehangat Asmara akan menjadi fenomena kerana ia diadaptasi daripada novel terkenal," jelas Adi yang membawakan watak pelajar dan kemudiannya suami kepada Rita itu.
Mengulas mengenai peranannya sebagai pelajar bersama Rita dalam drama tersebut, ungkap Adi, ia tidak menjadi masalah buat mereka.
"Usia tidak tertakluk kepada watak yang kita bawa. Asalkan ia boleh meyakinkan penonton. Jika beri watak itu kepada orang muda, kalau dia tidak dapat warnakan watak itu pun tiada guna. Disebabkan itu Rita dipilih sebab dia berpengalaman.
"Cara dia menggalas beg dengan postur tubuh yang pandai dimainkannya sudah berjaya menampakkan keremajaan dia," ulasnya yang turut memberitahu, tidak akan mengubah bentuk tubuhnya untuk membawa watak sebagai pelajar.

ADI PUTRA dan Rita bersama pelakon cilik, Fureena Ezlyn yang turut berlakon dalam Sehangat Asmara.


Di luar lapangan seninya, Adi kini mengakui kehadiran Zara Adelia yang dipelihara kira-kira tiga bulan lalu menjadi pengikat kepada rumah tangganya yang hampir-hampir musnah pada tahun lepas.
Ditanya adakah kehadiran anak itu merapatkan semula perkahwinannya dengan Zuhaida yang dikatakan berantakan sebelum ini, ungkap Adi, dia menyerahkan soal jodoh kepada Tuhan.
"Tidak boleh kata sejauh mana (kehadiran anak) akan mengekalkan rumah tangga saya. Kami biarkan ia berjalan secara semula jadi. Apa yang penting, doa daripada kami berdua kepada Tuhan agar dipermudahkan segala urusan," tuturnya mengenai perkahwinan yang dibina sejak 14 April 2006 itu.
Gembira dengan kehadiran Zara, kongsi Adi, setiap kali keluar berlakon dia tidak sabar untuk pulang semula ke rumah malah akuinya, rutin sebagai bapa seperti membuat susu sudah dipraktikkan setiap hari walaupun Zara berjaga pada pukul 4 pagi.
"Ketika ambil dia umur empat hari, saya takut lagi mahu dukung tetapi sekarang bila umur dia sudah tiga bulan saya sudah berani dukung. Kehadiran Zara memang menggembirakan kami (Adi dan isteri). Ia adalah pengalaman baharu buat kami," jelasnya lagi.
Rita dan Lisdawati
Masih lagi tidak selesai dengan kes rumah tangganya, Rita Rudaini mengakui tertekan membaca novel Sehangat Asmara yang mengisahkan kesengsaraan seorang isteri menunggu suaminya selama sembilan tahun.
"Sebenarnya saya memang suka baca novel dan Sehangat Asmara merupakan salah satu koleksi novel yang saya ada. Cuma, saya tertekan baca novel itu kerana ceritanya sedih," ujarnya yang mengakui dengan membaca novel tersebut membantunya menjayakan drama Sehangat Asmara itu.
Tidak hanya tertekan membaca novel, Rita juga mengakui mengalami tekanan kerana menjayakan babak yang banyak menangis sehingga menyebabkan air matanya kering. Mujur, pihak produksi faham dan tidak memaksa Rita untuk menjayakan babak menangis sehingga dia memperoleh mood semula.
Ditebak soalan tidakkah tawaran berlakon dalam Sehangat Asmara itu mengguris perasaannya kerana ia kelihatan serupa dengan kehidupan sebenarnya, ungkap Rita, dia tidak berasa sedemikian.
"Saya tidak terguris. Apa yang boleh saya cakap, ia memudahkan lagi untuk saya menjiwai watak tersebut kerana pernah melaluinya," jelasnya yang membawakan watak sebagai Kamilia Najwa itu.
Mengulas mengenai gandingannya bersama Adi, tutur Rita, Sehangat Asmara bukan merupakan gandingan pertamanya bersama Adi kerana sebelum ini dia pernah berlakon dengan Adi dalam filem Balistik.
Begitupun, pelakon drama Kutub Utara Kutub Selatan itu mengakui agak sukar untuk mendekati Adi pada mulanya.
"Ini kali ketiga berlakon bersama Adi. Cuma, sebelum ini adegan bersama Adi tidak banyak tetapi dalam Sehangat Asmara kami berlakon sebagai suami isteri.
"Mula-mula susah juga nak dapatkan keserasian dengan Adi kerana saya tidak mengenalinya dengan rapat. Lainlah dengan Rosyam dan Aqasha sebab kami memang berkawan jadi untuk membina keserasian di set penggambaran adalah mudah," jelasnya.
Melihat karakter Adi yang pendiam, Rita pada mulanya gentar untuk menyapa Adi kerana takut dituduh 'gatal.'
"Mula-mula memang rasa canggung tetapi selepas seminggu penggambaran baru boleh 'masuk' dengan dia (Adi)," ujarnya mengenai gandingannya bersama Adi dalam drama yang sebahagiannya menjalani penggambaran di Sydney, Australia itu.
Usai lakonannya dalam drama Sehangat Asmara diceritakan, Rita berkongsi cerita pula mengenai hubungannya bersama aktres Lisdawati yang dikatakan sudah berdamai itu selepas hampir tujuh tahun bermusuhan.

ADILA (tiga dari kanan) bersama barisan karyawan drama bersiri, Sehangat Asmara.


Semuanya gara-gara selepas ditawarkan berlakon bersama dalam drama bersiri Kerana Sarah.
Ujarnya, dia dan Lisdawati tidak lagi bermusuh dan tiada isu yang perlu timbul antaranya dengan isteri kepada pelakon Fauzi Nawawi itu.
"Saya dan Lisdawati tidak mempunyai masalah. Saya boleh berlakon dengannya asalkan tiada Fauzi. Kami juga bertegur sapa di set penggambaran cuma dengan apa yang telah berlaku, saya mengambil pendekatan untuk lebih berhati-hati," jelasnya yang enggan berkongsi sebab-sebab mengapa dia tidak mahu berlakon dengan Fauzi Nawawi.

Isu kes duit hilang, Lisa masih keliru.

Posted: 16 Jan 2013 08:36 PM PST


LISA menanggung kerugian kehilangan wang tunai sebanyak RM51,000 tanpa diketahui pihak yang melakukannya.


MALANG tidak berbau. Begitulah nasib yang menimpa aktres terkenal, Lisa Surihani yang mana baru-baru ini, duit di dalam akaun bank miliknya lesap begitu sahaja. Ditambah pula jumlah wang yang hilang bukan sedikit, tetapi sebanyak RM51,000 dan dia mula mengesyaki ia berkaitan dengan kes penipuan yang semakin berleluasa kini.
Sehubungan dengan itu, Lisa dan ibunya, Siti Amira Ahmad, 62, terus merujuk dengan pihak bank berkenaan. Apa yang pelik dan mengejutkan, pihak bank tersebut memberitahu, kad pengeluaran wang automatik (ATM) milik Lisa itu sudah tidak boleh digunakan lagi kerana ada pihak tidak bertanggungjawab sudah membuat kad ATM baharu atas namanya. Sehubungan itu, Lisa telah pun membuat laporan polis.
Lisa mengakui dirinya masih terkejut dengan apa yang berlaku, namun pada masa yang sama dirinya perlu tenang menanganinya.
Ikuti temu bual bersama Lisa yang ditemui pada majlis Pelancaran Peraduan Gerbang Cinta Utusan Malaysia Musim Keempat di Kampung Pengantin, Jalan Genting Klang, Setapak, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Kosmo!: Lisa, bolehkah komen tentang kejadian duit hilang yang terjadi pada anda baru-baru ini?
Lisa : Saya bukan tidak mahu memberi penjelasan kepada pihak media, namun saya tidak boleh berkata apa-apa memandangkan kes ini telah menjadi kes polis. Saya juga masih menunggu jawapan daripada pihak bank dan polis kerana kes ini masih disiasat. Jika ada apa-apa perkembangan, pihak polis akan memberitahu saya.
Wang yang hilang bukan sedikit. Adakah pihak bank berjanji akan membayar semula wang yang telah hilang?
Saya belum mendapat apa-apa respons tentang perkara ini kerana ia masih dalam siasatan. Belum dapat sebarang keputusan. Maafkan saya, bukan tidak mahu berkongsi, tetapi risau mengganggu siasatan. Jika sesiapa yang mendapat maklumat sebelum ini bermakna mereka perolehinya dari polis kerana memang Lisa tidak beri sebarang komen tentang perkara ini.
Bagaimanakah perasaan Lisa ketika ini setelah mengetahui duit simpanan selama ini hilang begitu sahaja?
Saya kini memang sedang keliru dan tidak tahu bagaimana perkara ini terjadi sebenarnya. Ini kerana ia secara tiba-tiba berlaku pada saya. Daripada saya berkata-kata tanpa ketahui apa yang benar dan salah, baik saya diam. Bila setelah kes ini selesai kelak, saya juga lebih selesa untuk bercerita.
Nampaknya Lisa kini kurang terlibat dengan drama. Boleh ceritakan perkembangan Lisa kini?
Saya memang kurang terlibat dengan drama dan filem. Drama terakhir saya berjudul Mana Hilangnya Juwita yang disiarkan di Astro. Kini saya sedang menjalani penggambaran drama bersiri untuk RTM iaitu Maskara.
Selain itu, perancangan saya pada tahun 2013 ialah saya ingin melibatkan diri dengan banyak aktiviti kemasyarakatan. Saya mahu buat perkara yang dekat di hati masyarakat seperti kerja amal dan sebagainya.

Bagaimanakah pula dengan perancangan keluarga. Bilakah mahu memiliki anak sendiri?
Saya tidak punya perancangan dan kini hanya tunggu pada rezeki. Harap peminat dan anda semua dapat doakan rezeki saya untuk menimang cahaya mata. Namun, saya tidak pasti lagi dengan perancangan sama ada mahu berehat atau teruskan aktiviti seni ketika mengandung. Terpulang kepada kudrat diri saya kelak, insya-Allah.

Aku sudah tua! - Seohyun

Posted: 16 Jan 2013 08:36 PM PST


SEOHYUN


PENYANYI dan pengacara, Seohyun yang merupakan ahli kumpulan Girls' Generation baru-baru ini terkejut apabila menyedari jurang usia antara dirinya dan artis baharu cukup besar.
Kata Seohyun yang berusia 22 tahun: "Saya sedar cukup lama masa berlalu sejak kemunculan pertama saya sebagai artis. Ketika sibuk dengan kerja sebagai pengacara program muzik, saya akan berjumpa ramai artis baharu setiap minggu.
"Saya merupakan ahli termuda dalam kumpulan Girls' Generation tetapi apabila saya melihat artis muda yang lahir pada tahun 1996 saya berasa diri saya sangat tua kerana mereka begitu muda.
"Sekarang baru saya faham perasaan artis yang lebih senior apabila mereka bertanya tentang usia saya. Dahulu jika senior bertanya berapa usia diri ini, saya akan jawab, 'saya lahir pada tahun 1991'."
Tambahnya, jumlah artis baharu yang semakin bertambah setiap hari membuatkan dia tidak kenal dan ingat nama kesemua artis baharu dalam program muzik kendaliannya.
"Ketika Girls' Generation mula-mula muncul saya tidak faham kenapa orang ramai sukar membezakan kami sedangkan kami mempunyai wajah dan personaliti yang jauh berbeza.
"Sekarang, saya faham situasi itu kerana sekarang pun saya susah untuk mengingati nama kumpulan baharu apatah lagi nama setiap ahli kumpulan tersebut," jelasnya.
Apabila disoal adakah mereka bukan lagi sebuah kumpulan gadis remaja kerana kesemua mereka kini berusia sekitar 20-an, balas Seohyun mereka masih lagi sama seperti dahulu.
"Belum ada ahli kumpulan yang berkahwin atau melahirkan anak, jadi kami masih lagi kumpulan gadis remaja," katanya.
Perkembangan terbaharu, Girls' Generation kini sedang mendaki carta lagu popular Korea dengan single terbaharu mereka berjudul I Got A Boy.

Malaysia destinasi paling popular

Posted: 16 Jan 2013 08:34 PM PST

SAJIAN makanan halal memenuhi keperluan para pelancong beragama Islam ke Malaysia.


SINGAPURA - Malaysia menduduki kedudukan nombor satu daripada 50 buah negara untuk menjadi destinasi pelancongan mesra pelancong Islam menerusi satu kaji selidik yang disiarkan semalam.
Firma perunding pelancongan di sini, Crescentrating, mengendalikan kaji selidik itu.
Ia memberikan penarafan kepada negara-negara berkenaan berdasarkan layanan yang disediakan kepada pelancong-pelancong Islam seperti makanan dan perkidmatan halal.
Kaji selidik itu menggunakan beberapa kriteria seperti tahap keselamatan sesebuah negara, kemudahan mendapatkan makanan halal, mengerjakan solat dan sama ada hotel-hotelnya dapat memenuhi keperluan para penginap beragama Islam.
Berdasarkan skala satu hingga sepuluh, Malaysia menduduki tempat pertama dengan memperoleh gred 8.3.

Perodua lancar kempen ganti stereng Myvi

Posted: 16 Jan 2013 08:34 PM PST

MODEL Perodua Myvi baharu.


KUALA LUMPUR - Perodua melaksanakan kempen langkah pencegahan bagi menggantikan bahagian stereng kuasa elektronik (EPS) terhadap 74,000 varian Myvi baharu yang dibina antara Mac 2011 dan Mac 2012.
Pembuat kereta kompak itu berkata, kempen itu bertujuan memastikan pemilik Perodua Myvi baharu itu menikmati prestasi optimum kenderaan masing-masing.
Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, kempen itu perlu memandangkan prestasi kereta mungkin tidak berada pada kedudukan terbaik dan mungkin menjejaskan sebahagian respons semasa pemandu memandu pada kelajuan rendah.
"Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Perodua, masalah itu boleh dikesan apabila penunjuk EPS menyala dan pemandu mendapati rasa berat pada kelajuan antara 30 dan 40 kilometer sejam.
"Ini boleh dibaiki sementara dengan mematikan enjin dan menghidupkan semula kereta, namun untuk pembaikan kekal dan mengurangkan kemungkinan risiko ke atas pelanggan, kami meminta mereka membuat temu janji di mana-mana 170 pusat servis kami di seluruh negara untuk penggantian EPS itu," katanya menerusi satu kenyataan di semalam.

87 orang maut di universiti Syria

Posted: 16 Jan 2013 08:31 PM PST

BEBERAPA kakitangan keselamatan dan orang awam meninjau kemusnahan di universiti itu kelmarin.


ALEPPO - Angka kematian akibat dua letupan kuat yang memusnahkan kampus sebuah universiti di sini meningkat kepada 87 orang, kata sebuah kumpulan pemerhati semalam sekali gus menjadikan serangan tersebut antara paling berdarah dalam konflik 22 bulan di Syria.
Setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan letupan itu ketika para pelajar menduduki peperiksaan kelmarin dengan pemerintah dan pihak penentang kini saling menuding jari.
"Jumlah mangsa dalam letupan berkembar kelmarin meningkat kepada 87 orang," kata kumpulan Pemerhati Syria Untuk Hak Asasi Manusia.
"Angka kematian juga dijangka meningkat kepada 100 orang berikutan proses mengenal pasti cebisan badan manusia yang berkecai masih dilakukan," tambahnya.
Menurut kumpulan tersebut, sekitar 150 orang cedera dalam serangan itu dengan sebahagian mereka kini kritikal.
Universiti berkenaan terletak di kawasan yang dikuasai tentera rejim Presiden Bashar Al-Assad di sini, utara Syria.
Lokasi tersebut menjadi medan pertempuran sengit melibatkan kedua-dua belah pihak sejak musim panas tahun lalu apabila tentera Bashar melancarkan serangan besar-besaran untuk mengekang kemaraan pihak penentang.
Aktivis-aktivis penentang memberitahu, beberapa jet pejuang pemerintah membedil kampus tersebut tetapi seorang pegawai tentera berkata, letupan berkembar itu berpunca daripada peluru-peluru berpandu penentang yang tersasar daripada sasaran.
Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melaporkan, lebih 60,000 orang dengan kebanyakan mereka orang awam terbunuh dalam konflik di Syria setakat ini.
Konflik di Syria berlaku sejak Mac 2011 selepas para penentang yang terdiri daripada penduduk tempatan bertempur dengan tentera Bashar bagi menuntut beliau meletakkan jawatan.
Bashar dituduh penduduk gagal membawa pembaharuan dalam demokrasi dan kebebasan bersuara.

Boeing 787 dilarang terbang

Posted: 16 Jan 2013 08:30 PM PST


BEBERAPA penumpang meninggalkan pesawat Boeing 787 Dreamliner milik syarikat All Nippon Airways di Lapangan Takamatsu, wilayah Kagawa semalam.


TOKYO - Semua pesawat Boeing 787 Dreamliner milik dua syarikat penerbangan utama Jepun dilarang berlepas untuk tujuan pemeriksaan keselamatan selepas sebuah pesawat itu terpaksa mendarat cemas di sebuah lapangan terbang di negara ini semalam dalam insiden terbaharu yang menimpa jet tersebut.
Kementerian Pengangkutan Jepun menyatakan, pihaknya menerima notis daripada All Nippon Airways (ANA) dan Japan Airlines bahawa semua pesawat 787 milik kedua-dua syarikat penerbangan itu tidak dibenarkan untuk melakukan penerbangan.
Kenyataan yang sama memberitahu, langkah tersebut dilaksanakan secara sukarela oleh ANA dan Japan Airlines.
Pihak ANA mengendalikan sebanyak 17 pesawat Boeing 787 Dreamliner manakala Japan Airlines pula mempunyai 17 pesawat berkenaan.
Pihak kementerian itu menyifatkan masalah pada pesawat Boeing 787 itu semalam sebagai insiden serius yang boleh membawa kepada kemalangan.
"Kami memohon maaf kerana menyebabkan para penumpang dan keluarga mereka berasa amat bimbang," kata Timbalan Presiden Eksekutif Kanan ANA, Osamu Shinobe.
Seorang penumpang lelaki berusia dalam lingkungan 60-an dikejarkan ke sebuah hospital akibat kecederaan kecil pada paha dalam pendaratan cemas tersebut.
Menurut ANA, sejumlah 128 penumpang lain dan enam kru penerbangan berkenaan tidak cedera dalam kejadian itu.
ANA menyatakan, mesej kokpit menunjukkan terdapat masalah bateri dengan bau terbakar dikesan di dalam kokpit dan kabin pesawat sekali gus memaksa Boeing 787 itu yang dalam penerbangan domestik mendarat di Lapangan Terbang Takamatsu, wilayah Kagawa, barat Jepun.
Pesawat tersebut sepatutnya mendarat di sebuah lapangan terbang di Tokyo selepas berlepas dari Lapangan Terbang Yamaguchi Abe di wilayah Yamaguchi.
Boeing sebelum ini meletakkan harapan tinggi pada pesawat itu.
Boeing 787 Dreamliner merupakan pesawat terbaharu dan paling canggih buatan firma berkenaan.
Beberapa pesawat berkenaan dibelenggu pelbagai masalah termasuk kebakaran bateri dan kebocoran minyak baru-baru ini.
Pihak ANA dan Japan Airlines merupakan pelanggan utama Dreamliner dan antara yang pertama menggunakan pesawat Dreamliner.
Sebelum ini, ANA membatalkan penerbangan domestik ke Tokyo pada 9 Januari lalu ekoran masalah brek sebuah pesawat Boeing 787.
Dua hari kemudian, dua kes dilaporkan berhubung kebocoran minyak pada pesawat berkenaan dan masalah rekahan pada tingkap kokpit.

Restoran robot di Harbin, China

Posted: 16 Jan 2013 08:30 PM PST


GAMBAR menunjukkan sebuah robot menghantar mangkuk berisi nasi kepada pelanggan.


HARBIN, China - Sebuah restoran di sini menggunakan 20 robot untuk melakukan pelbagai tugas termasuk memasak.
Terdapat robot yang menjadi penyambut tetamu dan pelayan.
Setiap robot boleh bekerja selama lima jam tanpa rehat.
Restoran tersebut menyediakan lebih 30 menu.
Ia dibuka sejak Jun tahun lalu.

Wanita ditanduk badak selepas bergambar

Posted: 16 Jan 2013 08:29 PM PST


BEYER (kanan) dan suaminya bergambar di depan dua ekor badak sumbu di Taman Semula Jadi Aloe Ridge dekat Johannesburg baru-baru ini.


JOHANNESBURG - Seorang wanita, Chantal Beyer ditanduk seekor badak sumbu selepas dia bergambar dengan suaminya, Sven Fouche di depan dua ekor haiwan itu baru-baru ini di Taman Semula Jadi Aloe Ridge dekat sini.
Sebelum gambar itu dirakamkan, seorang pemandu pelancong mengarahkan mereka berdiri di depan haiwan berkenaan.
Beyer yang berusia 24 tahun ditanduk dari arah belakang menyebabkan tulang rusuk dan parunya patah.
Dia kini dirawat di sebuah hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Helikopter terhempas di London

Posted: 16 Jan 2013 08:27 PM PST


LOKASI helikopter itu yang terhempas di pusat bandar raya London.


LONDON - Sebuah helikopter melanggar sebuah kren dan terhempas di sebatang jalan raya di pusat bandar raya ini semasa waktu puncak semalam dengan dua terbunuh serta sembilan orang lagi cedera, kata pihak berkuasa semalam.
Helikopter tersebut terhempas di selatan Sungai Thames berhampiran stesen kereta api bawah tanah di Vauxhall dekat bangunan agensi perisikan Britain, MI6.
Polis berkata, seorang mangsa mengalami kecederaan yang serius.
Perkhidmatan Ambulans London memberitahu, beberapa orang yang cedera ringan pula dirawat di sebuah hospital berdekatan.
Seorang pegawai polis, Neil Basu mengesahkan juruterbang helikopter itu mati termasuk seorang orang awam.
Mengulas nahas berkenaan, Kementerian Pertahanan menyatakan, helikopter berkenaan bukan milik tentera manakala kemalangan itu juga dipercayai bukan serangan pengganas.
Rakaman saluran berita Sky News menunjukkan bangkai helikopter itu sedang terbakar di atas jalan raya dengan kawasan sekitarnya dipenuhi asap hitam.
Beberapa saksi berkata, helikopter itu melanggar sebuah kren yang berada di atas bumbung bangunan penginapan setinggi 50 tingkat iaitu Menara Dermaga St. George.
Seorang pekerja di kawasan berdekatan, Allen Crosbie berkata, letupan yang berlaku menyebabkan dia dan beberapa orang lain yakin bahawa bandar raya ini sedang diserang.
"Saya 100 peratus yakin bahawa kejadian itu adalah serangan pengganas," kata lelaki tersebut.
"Terdapat serpihan bangkai helikopter dan asap hitam berkepul-kepul," tambahnya.
Punca nahas masih disiasat tetapi seorang pakar penerbangan, Chris Yates memberitahu, cuaca berkabus mungkin menjadi faktor kemalangan itu berlaku.
Pihak berkuasa juga akan memeriksa sama ada kren tersebut mempunyai lampu navigasi.

Hiasan tradisi raja sehari

Posted: 16 Jan 2013 08:26 PM PST



PEMASANGAN sanggul lintang memerlukan nilai kesabaran dan ketelitian yang tinggi.KETIKA menghadiri majlis perkahwinan anak saudara perempuannya yang memilih konsep ala Barat sebagai tema, nostalgia dan detik-detik manis kala persandingannya tidak semena-mena menerjah minda.
Pada waktu itu, Noraini Ahmad, 53, tampak anggun dalam persalinan kurung broked merah bersulam emas dan bersanggul lintang di kepala.
Jauh di sudut hati wanita kelahiran Teluk Intan, Perak itu berputik sekelumit rasa bangga. Bangga dan bertuah kerana berpeluang menggayakan perhiasan tradisi yang suatu ketika dulu cukup popular. Bahkan, pernah menjadi kebanggaan kaum wanita Melayu di Melaka.
"Walaupun saya berasal dari Perak, ahli keluarga sebelah suami yang menetap di Melaka sangat kuat berpegang kepada adat dan tradisi.
"Selepas dicadangkan oleh arwah ibu mertua supaya menggayakan sanggul lintang pada hari persandingan, saya terus bersetuju," katanya mengimbau saat-saat indah sewaktu bergelar raja sehari tiga dekad lalu.

PEMASANGAN sanggul lintang memerlukan nilai kesabaran dan ketelitian yang tinggi.


Menceritakan pengalamannya memakai sanggul lintang Noraini memberitahu, selain perlu menempuh proses yang panjang, dia terpaksa menahan kesakitan dari awal proses pemakaian sehinggalah selepas sanggul itu ditanggalkan.
"Proses pemakaian sanggul lintang mengambil masa yang agak lama kerana banyak cucuk sanggul dan berutas-utas bunga pelbagai warna digunakan untuk mencipta lapisan demi lapisan supaya ia nampak bertingkat-tingkat," katanya menyifatkan pengalaman memakai sanggul lintang itu sebagai sesuatu yang sangat berharga.
Adat Melayu
Menurut Noraini, pada peringkat awal mak andam meletakkan sanggul lintang, kulit kepala saya terasa seperti ditarik-tarik. Jelasnya, batang pisang seberat 500 gram dan panjang 38 sentimeter disalut dengan rambut palsu. Kemudian ia diikat kemas pada rambut sebelum cucuk sanggul disemat kemas.
Akibat terlalu berat, kulit kepala Noraini sedikit bengkak dan kemerahan selepas sanggul itu ditanggalkan.
Bagi anak jati negeri Melaka, Suriani Muhammad, 23, yang akan melangsungkan majlis perkahwinannya awal tahun ini, bakal menggayakan sanggul lintang sebagai hiasan di kepala pada majlis malam berinai besar.
"Ibu bapa saya sangat mengutamakan adat Melayu lama.
"Dua orang kakak saya juga pernah menggayakan sanggul lintang pada hari perkahwinan mereka. Jadi, sebagai anak kelahiran Melaka, tidak salah rasanya bagi saya untuk meneruskan tradisi pemakaian sanggul lintang," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

SANGGUL yang dijadikan perhiasan oleh kerabat Kesultanan Melayu Melaka ini menjadi simbol raja sehari.


Suriani mengakui dia berasa bangga kerana menjadi salah seorang daripada generasi muda yang bakal menggayakan perhiasan kepala itu pada majlis perkahwinannya.
"Bagi saya, sifat sanggul itu yang sarat dengan pelbagai aksesori dan motif bunga-
bungaan boleh menutup bahagian depan rambut saya.
"Saya hanya perlu meminta mak andam supaya menutup bahagian belakang rambut dengan hiasan lain seperti bunga kertas cina ataupun bunga melur segar," tambah Suriani.
Di Melaka, kelompok individu yang arif tentang pemakaian sanggul lintang boleh dibilang dengan jari. Justeru, perkakasan dan cara-cara pengendaliannya perlu diturunkan kepada waris yang sesuai agar ia tidak pupus di telan zaman.
Norazlinda Husin, 37, yang aktif dalam industri andaman di Melaka cukup sinonim dengan proses andaman secara tradisional terutama pemakaian sanggul lintang.
"Saya mula belajar mengandam selepas tamat zaman persekolahan kerana minat yang sangat mendalam terhadap dunia solekan dan kecantikan.
"Selepas tamat belajar, saya mengikuti kursus andaman yang dianjurkan oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) pada tahun 1993, lalu mengusahakan perniagaan andaman sendiri," ujarnya.
Warisi kepakaran
Ibu kepada lima orang cahaya mata itu menambah, ibu mertuanya yang juga pemilik sanggul lintang asli Melaka menjadi punca dia tertarik untuk mewarisi kepakaran andaman dan cara-cara memasang sanggul lintang mengikut teknik yang betul.
"Kebetulan ibu mertua saya memiliki set andaman sanggul lintang asli dan dia juga ada meminta saya untuk menjadi pewaris bagi ilmu mengandam menggunakan sanggul lintang. Disebabkan minat yang terlalu mendalam, saya bersetuju untuk mewarisi pusaka hiasan kepala itu," ujarnya yang ketika ini menjadi pembantu tetap ibu mertuanya.
Sementara itu, pengarah butik perkahwinan dan perancang majlis Lumiere Concept Wedding Planner, Anwar Arshad menjelaskan, pemilihan sanggul lintang yang lebih moden dan ringan menjadi trend masakini kerana ia mudah didapati, lebih murah dan menjimatkan masa.

NORAINI dalam persalinan kurung broked dan bersanggul lintang ketika persandingannya tiga dekad lalu.


"Ramai bakal pengantin yang mahu kelihatan anggun tanpa melalui proses andaman yang panjang, justeru pemilihan sanggul lintang moden sering menjadi ikutan sejak kebelakangan ini.
Bagaimanapun, menurut Anwar, dia turut mencadangkan kepada mereka untuk memakai sanggul lintang asli bagi memperlihatkan aura sebenar ketika memperagakannya pada hari perkahwinan.

Pupuk minat bidang astronomi

Posted: 16 Jan 2013 08:24 PM PST



SESEKALI apabila mendongak ke dada langit pada waktu malam dan melihat cahaya rembulan yang ditemani kerlipan bintang-bintang, pasti membuatkan kita terfikir betapa hebatnya Allah yang menciptakan alam cakerawala ini.
Justeru, tidak hairanlah jika ada anak-anak kecil yang bercita-cita untuk menjadi ilmuwan dalam bidang astronomi kerana kagum melihat keindahan alam semesta.
Astronomi merupakan salah satu daripada cabang ilmu sains berkaitan bintang, planet, bulan dan matahari. Ia juga dikenali sebagai ilmu falak dari segi bahasa etimologi yang membawa maksud peraturan bintang.
Apabila berbicara tentang bidang yang turut dikenali sebagai sains angkasa itu, ruang lingkupnya terlalu luas. Malah, adakalanya ia menjangkau tahap pemikiran manusia itu sendiri.
Namun, seiring peredaran zaman yang semakin canggih, maka semakin banyak maklumat berkaitan ilmu astronomi atau sains angkasa boleh didapati dengan mudah.
Salah satu daripadanya ialah melalui Portal Pendidikan Sains Angkasa, www.astronomi.angkasa.gov.my di bawah kendalian Agensi Angkasa Negara (Angkasa) yang disediakan dalam bahasa Melayu sepenuhnya.
Pegawai Penyelidik Angkasa, Mohammad Redzuan Tahar, 30, berkata, portal itu merupakan salah satu medium untuk mereka menyebarkan maklumat berkaitan perkembangan bidang sains angkasa di Malaysia.
"Portal Pendidikan Sains Angkasa mula diwujudkan pada bulan Mac 2011. Ia bertujuan untuk menyampaikan ilmu berkaitan astronomi kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira had usia.
"Ini bermakna, kanak-kanak, pelajar mahu pun golongan dewasa boleh melayari portal ini sebagai platform untuk menambah ilmu pengetahuan masing-masing," ujar Mohammad Redzuan kepada Kosmo!.
Tambahnya, portal tersebut diharap mampu menjadi wadah dalam pembentukan generasi yang celik ilmu sains angkasa sekali gus menyuntik minat mereka terutama pelajar terhadap bidang berkaitan astronomi.

ILMU berkaitan alam cakerawala terlalu luas ruang lingkupnya namun dengan kemajuan sains dan teknologi ia boleh dipelajari setiap lapisan masyarakat.


"Bagi golongan dewasa yang mungkin terdiri daripada guru atau ibu bapa, mereka juga boleh terlibat sama mendalami ilmu sains angkasa di samping berkongsi pendapat melalui medium forum yang disediakan di portal ini," jelas beliau lagi.
Apa yang pasti, setiap maklumat yang disalurkan di portal itu adalah terkini dan tepat semata-mata untuk membantu pengunjung portal mendapatkan maklumat yang diingini dengan berkesan.
Empat segmen
Menurut Penolong Pegawai Penyelidik Angkasa, Rahayati Ali, 34, yang bertanggungjawab menyediakan bahan dan maklumat, terdapat empat segmen utama dalam portal itu yang dinamakan Teroka, Kamus, Galeri dan Pautan.
"Bagi segmen Teroka, ia mengandungi sembilan topik yang diolah untuk memberi pengetahuan asas berkaitan sains angkasa khususnya kepada golongan pelajar.
"Setiap topik disertakan dengan aktiviti menarik bagi meningkatkan tahap kefahaman mereka, malah ia turut dipaparkan dengan penggunaan multimedia interaktif," kata Rahayati.
Tajuk yang boleh diteroka dalam segmen ini ialah Sistem Suria, Skala dan jarak antara Bumi, Bulan dan Matahari.
Bagi segmen Kamus pula, ia mengandungi 200 istilah terpilih berkaitan ilmu astronomi dan sains angkasa yang disusun mengikut turutan abjad bagi memudahkan pengguna mengakses maklumat yang berkaitan.
"Setiap istilah disertakan dengan maksud atau penerangan ringkas tetapi padat. Di samping itu, jika perkataan yang dicari tidak ditemui, pengguna boleh terus menghantar pertanyaan kepada pengendali portal melalui emel yang disediakan," terang Rahayati lebih lanjut.
Tidak ketinggalan, pengguna juga boleh melayari segmen Galeri yang terdiri daripada empat bahagian iaitu Foto, Video, Muat Turun dan Arkib.
Di ruangan itu, pelawat atau pengguna berpeluang menyaksikan koleksi gambar, menonton video serta memuat turun wall paper untuk kegunaan peribadi.
Selain itu, Galeri video pula memaparkan tentang kajian serta pengalaman angkasawan pertama negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukur Sheikh Mustapha ketika berada di Stesen Penyelidikan Angkasa Lepas (ISS) pada Oktober 2007.

SELAIN menggunakan multimedia yang menarik, portal ini turut menawarkan pelbagai aktiviti interaktif bersama pengunjung laman tersebut.


Menerusi segmen Pautan pula, orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini dengan melayari laman web pautan yang turut disediakan termasuk dari dalam dan luar negara.
Antara laman web tempatan termasuklah www.falak-online.net/falakportal, www.islam.gov.my/e-falak, www.al-azim.com/khawarizmi dan www.angkasa.gov.my, manakala laman web antarabangsa terdiri daripada www.exploratorium.edu, www.nasa.gov, www.haydenplanetarium.org dan www.kidsastronomy.com
"Kesemua maklumat yang disediakan melalui portal ini diharap secara tidak langsung dapat menambah pengetahuan masyarakat dan membuatkan mereka lebih meminati bidang sains angkasa.
"Apatah lagi, bidang ini semakin mendapati tempat di hati masyarakat di Malaysia terutama selepas mencatat kejayaan dalam melahirkan angkasawan pertama negara pada tahun 2007," ungkapnya sambil menunjukkan beberapa maklumat menarik di portal tersebut.

Membersih serpihan tsunami Jepun

Posted: 16 Jan 2013 08:24 PM PST


BADAI tsunami membawa kemusnahan yang dahsyat di Jepun.


SEBELUM ini, sukarelawan yang membuat rondaan di sekitar pantai California biasanya akan mengutip sampah seperti puntung rokok, plastik atau bekas makanan yang ditinggalkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Bagaimanapun, pada penghujung Disember lalu, mereka berdepan situasi yang jauh lebih besar daripada tugas yang sering mereka lakukan.
Ia berpunca daripada serpihan sampah sarap bawaan arus bencana tsunami yang pernah melanda Jepun hampir dua tahun lalu. Sampah sarap itu mula memenuhi kawasan sekitar pesisiran pantai barat Amerika Syarikat (AS) tersebut.
Bencana yang berlaku pada Mac 2011 itu telah menghanyutkan lebih lima juta tan serpihan sampah sarap ke Lautan Pasifik Utara. Kebanyakannya tenggelam manakala selebihnya berjumlah kira-kira satu setengah juta tan terapung di lautan.
Hakikatnya, tiada siapa yang tahu berapa banyak puing-puing hanyut yang dianggarkan tiga kali ganda saiz AS masih hanyut di lautan.
Hujung Disember lalu, Pengawal Pantai AS mengesan timbunan sampah besar-besaran yang berkemungkinan datang dari Jepun ke arah pantai terbiar di negeri Washington.
Kawasan Pantai Barat pula sudah bersedia untuk berhadapan lebih banyak sampah sarap pada bulan-bulan berikutnya memandangkan angin bermusim dan arus pantai cenderung menolaknya ke daratan.
Dalam pada itu, Pentadbiran Atmosfera dan Lautan Kebangsaan (NOAA) baru-baru ini menerima sumbangan bernilai AS$5 juta (RM15 juta) dari Jepun untuk mengesan dan menghapuskan puing-puing tsunami tersebut.
Secara rutin, serpihan sampah sarap dari Asia akan terapung dan menghala ke AS. Daripada 1,400 puing-puing tsunami yang ditemui dan dilaporkan kepada NOAA, agensi tersebut hanya mengesan 17 jenis kepingan.
Ia terdiri daripada bot nelayan kecil, bola sepak, dok dan kontena kapal yang mengandungi sebuah motosikal Harley Davidson dengan nombor plat Jepun.
Lonjak kesedaran
Pengurus wilayah Oregon, Charlie Plybon dari Yayasan Surfrider berkata, tsunami telah meningkatkan kesedaran individu penggemar pantai tentang serpihan tsunami yang melanda pesisir pantai dunia.
"Boleh dikatakan terdapat sedikit 'demam' serpihan tsunami. Ia seperti memburu telur Easter. Dahulu, mereka melihat sahaja tetapi kini golongan ini mahu terlibat sama untuk membersihkannya," kata Plybon yang telah membersihkan pesisir pantai Oregon selama lebih satu dekad.
Gelombang tsunami yang membanjiri loji tenaga nuklear Jepun telah membawa serpihan sampah ke lautan. Bagaimanapun, pakar-pakar kesihatan mengatakan, serpihan tsunami yang tiba di pantai barat AS itu tidak mungkin dicemari bahan radioaktif.
Ia disebabkan puing-puing tersebut telah melalui satu perjalanan yang panjang dan hanyut beribu-ribu batu di lautan.
Menurut laporan berita stesen televisyen ABC pada April 2011, anggota-anggota Tentera Laut Armada Ketujuh AS telah mengesan serpihan yang terapung itu sekali gus menjadi ancaman kepada kapal.
Dalam tempoh tiga tahun, serpihan itu akan tiba dekat dengan pantai barat AS dan kemudian bergerak ke arah Hawaii dan berpusing semula ke arah Asia. Putaran serpihan itu dikenali sebagai lingkaran Asia Pasifik.
Sukarelawan Julie Walters telah mengikuti program membersihkan serpihan tsunami di Pantai Mussel Rock yang terletak di selatan San Francisco.
Ujarnya, apa yang ditemui setakat ini hanya bahagian bot pecah dan kepingan kayu yang tidak diketahui asalnya.
"Namun, saya dapati serpihan tsunami yang ditemui agak menarik terutamanya apabila mengetahui ia telah mengharungi pengembaraan yang luar biasa di seluruh Pasifik. Tetapi, bila berfikir tentang tragedi kemanusiaan dalam bencana tersebut, ia membuatkan saya sedih," kata Walters, sukarelawan dari organisasi Pacifica Beach Coalition.
Serpihan tsunami berkenaan turut memenuhi pesisir pantai British Columbia termasuk di Haida Gwaii, Kanada atau sebelum ini dikenali sebagai Pulau Queens Charlotte yang terletak kira-kira 800 kilometer ke barat laut Vancouver.

PAKAR alam sekitar AS bertungkus-lumus dalam usaha menyelamatkan pantai negara itu daripada pencemaran yang berlarutan.


"Ia (serpihan tsunami) sudah terlalu banyak dan ini hanya permulaan untuk musim panas tahun ini," kata seorang nelayan, Bruce Stewart Burton yang bimbang akan nasib mereka pada masa akan datang.
Tragedi tsunami berlaku pada 11 Mac 2011 akibat gempa berukuran 8.9 pada skala Richter yang berpusat 130 kilometer dari pantai timur laut Sendai, Honshu, Jepun. Ia mengakibatkan lebih 27,500 orang hilang dan terbunuh.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan