RSS

Nuffnang

OHBULAN!

sumber :-

OHBULAN!


Dato’ AC Mizal Mengamuk, Patrick Teoh Minta Maaf

Posted: 15 Jan 2013 08:32 PM PST

Screen Shot 2013-01-16 at 12.35.24 PMRasanya tak habis lagi dengan isu Sharifah Zohra Jabeen kan?  Oh ya, pada yang tidak tahu, anda boleh masuk ke laman Youtube dan cari "Forum Mahasiswa Part 4″. Jawapan anda ada disana.

Kini, timbul pula isu terbaru apabila seorang selebriti dan juga aktor dari Malaysia iaitu Patrick Teoh telah mengeluarkan kenyataan sensitif sehingga menimbulkan kemarahan para peminat dan artis-artis lain.

Melalui laman Twitter rasmi AC Mizal, beliau secara terbuka mengecam dan memarahi Patrick Teoh yang telah menimbulkan kontroversi menerusi kenyataannya yang menyentuh sensitiviti penganut agama Islam negara ini.

Untuk pengetahuan, Patrick Teoh pernah berlakon bersama AC Mizal dalam filem "Baik Punya Cilok" dan juga Awie dalam filem "Sumolah".

Screen Shot 2013-01-16 at 12.14.53 PM

Screen Shot 2013-01-16 at 12.14.32 PM

Selain AC Mizal, antara artis-artis lain yang turut mengecam kenyataan Patrick Teoh termasuklah Tomok dan juga Danny X-Factor. Anda boleh baca kenyataannya disini.

Screen Shot 2013-01-16 at 12.15.07 PM

Walau bagaimana pun, atas nasihat individu yang dipercayainya, Patrick Teoh telah mengambil keputusan untuk memadam kenyataan tersebut yang ditulis di laman Facebook-nya. Dia kemudian meminta maaf dan menjelaskan tidak mempunyai niat lain selain bergurau.

Screen Shot 2013-01-16 at 12.51.36 PM

Sebagai rakyat Malaysia, Patrick Teoh sepatutnya memahami sensitiviti agama yang ada pada masyarakat kita. Dia tak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang boleh mengguris hati orang lain.

Tags: , , ,

Berhenti Berlawak Sebelum Orang Tak Suka Dengan Diri Kita – Abon

Posted: 15 Jan 2013 08:32 PM PST

Abon

Siapa tidak kenal dengan Abon, pelawak 'otai' yang pernah memenangi pertandingan 'Maharaja Lawak Mega' (MLM) musim pertama dengan kumpulan OSBON. Namun begitu, Abon ketika ditemui di majlis pratonton media 'Teater Raja Lawak" semalam telah menyatakan bahawa dia menerima pelawaan untuk terlibat dalam pementasan teater pada kali ini adalah disebabkan jalan ceritanya berkait rapat dengan dirinya sendiri.

Oleh itu, OHBULAN! telah mendapatkan kenyataan daripada Abon sendiri apakah maksud sebenar disebalik kata-kata tersebut? Adakah mesej yang berbunyi, "berhenti berlawak sebelum orang tak suka dengan diri kita" itu tepat menceritakan tentang diri Abon?

"Ya, memang perkara itulah yang akan saya lakukan. Cuba tengok sebelum ini saya pernah johan untuk MLM musim pertama dengan nama kumpulan OSBON dan untuk musim kedua ini saya tak nak bawa nama OSBON buat kali kedua sebab kumpulan tersebut pernah menang dan bagi saya biarkan kemenangan tersebut jadi sejarah. Biar orang ingat sampai bila-bila."

"Dalam pementasan ini ia kena dengan apa yang saya marahkan dalam hati. Tonton teater ini dan tengoklah sendiri macam mana orang lama berlawak berbanding generasi muda yang sekarang."

Berkongsi lebih lanjut mengenai teater Raja Lawak ini, Abon menyifatkan pementasan ini adalah yang terbaik kerana ia mengandungi nasihat serta mesej yang mampu menaikkan maruah Raja Lawak itu sendir.

"Raja lawak yang ini adalah maruah serta nilai raja lawak yang sebenar. Kalau nak tahu yang kat luar semua itu adalah topeg semata-mata dan di sini adalah realitinya yang sebenar."

"Kalau kita tengok dalam pertandingan MLM itu sendiri pun kita dah tahu ramai penonton mahukan pelawak yang masih muda dan populariti pelawak itu sendiri yang membuatkan penonton suka. Kalau diikutkan lawak mereka adalah lawak yang biasa dan langsung tiada apa-apa mesej."

"Cuba tengok kenapa pelawak-pelawak otai dalam MLM ramai yang dah terkeluar awal? Itu sebabnya mereka berlawak dan dalam masa yang sama ingin sampaikan mesej serta nasihat yang baik. Akan tetapi anak-anak muda sekarang lebih suka pelawak muda sebab sama generasi dengan mereka," tegas Abon.

Tags: , , , , ,

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan