RSS

Nuffnang

borak kosong

sumber :-

borak kosong


Sejuknya Terowongan Cinta Di Ukraine

Posted: 08 Jan 2013 09:30 PM PST


[imagetag]

Banyak bangunan dan julukan kota romantis yangt ersebar di seluruh dunia. Masing-masing memiliki keunikannya sendiri-sendiri.Seperti Taj Mahal di India dan kota paling romantis di Paris. Bila Anda mengunjungi Ukraine, Anda boleh mendapati satu tempat romantis yang indah bernama terowongan cinta .

Anton Kozachuk, 18, dan Nastya Guz, 16, sedangberjalan menyusuri Terowongan Cinta di Klevan, Ukraine

[imagetag]

Lokasi terowongan berada di dekat kota Klevan,sebelah timur Ukraina. Terowongan cinta ini memiliki panjang sekitar tiga kilometer, dengan dahan pepohonan yang saling menyatu dan membentuk seperti pintu panjang berwarna hijau yang teduh.

Meski terlihat sangat romantis, Anda harus hati-hati saat berjalan di terowongan itu. Kerana, terowongan cinta itu sebenarnya jalur rel kereta api swasta, yang mengangkut bahan  kayu, yang akan beroperasi tiga kali dalam sehari.

[imagetag]

Terowongan Cinta ini sebenarnya adalah rel kereta api swasta sepanjang tiga kilometer

Setiap hari dilintasi kereta api, tidak membuat terowongan cinta itu menjadi gersang. Nuansa hijau yang teduh hadir hingga ke permukaan tanah, yang terlihat seperti permadani indah yang terhampar memanjang.

Terowongan hijau ini menjadi tempat favourite bagi kaum muda Ukraina yang ingin mencari suasana romantis bersama pasangannya.

[imagetag]

Menurut berita yang dilansir dari Dailymail,terowongan cinta itu akan terlihat indah saat musim semi. Pohon yang hijau, bunyi halus kereta api yang melintas, dan udara yang segar, menjadit empat favorit kaum muda Ukraine untuk berjalan-jalan bersama kekasihnya.

Dikatakan bahwa pasangan boleh datang kesini untuk membuat permohonan dan jika mereka tulus, permohonan mereka itu akan menjadi kenyataan


Pemain golf paling brutal di dunia

Posted: 08 Jan 2013 09:00 PM PST


memang dahsyat gila..lihat'kayu'dan 'bola' yang digunakan...

Ini dia Koala yang beruntung, selalu dipeluk selebrti Hollywood

Posted: 08 Jan 2013 08:30 PM PST




Sumber 

Wang $1 juta di tinggalkan di Restoran?

Posted: 08 Jan 2013 08:00 PM PST


Restoran khas Itali yang berada di Australia ini baru saja dikejutkan oleh penemuan wang dengan jumlah mengejutkan ditinggal begitu saja oleh seorang lelaki tak dikenal. Pihak polisSydney menyebutkan jika wang cash yang ditinggalkan itu sebesar $ 1 juta .
  
(Sumber:wordpress.com)
Wang Ditinggalkan di Restoran (Sumber:wordpress.com)
Seorang lelaki yang tak diketahui identiti nya ini telah membingungkan polis dan para saksi, ketika ia tiba-tiba meninggalkan restoran Marco Cafe sekitar jam 8 pagi, dan meninggalkan sebuah beg berisi lebih dari $ 1 juta dalam bentuk tunai.
Salah seorang pelanggan kafe – yang juga sebagai saksi, menyebutkan jika lelaki itu nampak seperti orang Asia, berusia 30-an, mengenakan pakaian pantai, dengan seluar pendek dan t-shirt.
Menurut saksi, saat tiba di restoran lelaki itu tampak gugup. Ia memesan kopi dan sempat berbicara kepada pelanggan di dekatnya. Beberapa orang mengatakan jika lelaki itu tampak ketakutan dan tak lama ia berlari keluar dengan meninggalkan sebuah beg misteri.
Beg itu pun diamankan oleh pemilik kafe, dan langsung melaporkan temuannya kepada polis – kerana yang ditakutkan beg itu berisi bom.
Mereka meletakan beg itu diluar jangkauan pelanggan sampai pihak berkuasa tiba untuk memeriksanya. Dan saat polis datang dan langsung menangani beg tersebut, para petugas dan banyak orang terkejut saat melihat isinya, kerana ternyata beg itu sama sekali bukan berisi bom, melainkan sejumlah besar wang tunai.
Polisi memperkirakan bahwa ada sekitar $ 1.280.000 lebih di dalam beg. Namun setelah itu, polis setempat mengklaim telah menangkap seorang lelaki sesuai dengan deskripsi lelaki tak dikenal tersebut. (**)
Sumber :  uniknya.com,

Aksi gagak yang cuba mencuri kuali kecil

Posted: 08 Jan 2013 07:30 PM PST


Video ini memperlihatkan seekor gagak yang cuba mencuri sebuah kuali kecil dengan cara mengalihkan perhatian dari sang pemilik . Sayangnya ia tidak berhasil dan kita tidak akan tahu untuk apakuali kecil ini akan dipakai oleh si gagak kelak. Tapi aksinya yang pintar dan pantang menyerah ini rasanya perlu kamu saksikan sendiri.
Haiwan ini benar-benar cerdas.

Hacker Jepun Membuat Pusing Polisi dengan Mengirimkan Teka-teki dan Ancaman Bom

Posted: 08 Jan 2013 07:00 PM PST


Cerita yang biasanya kita temukan dalam film superhero ini menjadi kenyataan di Jepun. Seorang hacker berilmu tinggi yang misteri telah membuat virus dan mengancam akan melakukan aksi pengeboman. Polis menyediakan sejumlah wang bagi siapapun yang berhasil menangkap sang kriminal.
Dalam sejarah negeri sakura, inilah kriminal cyber pertama yang benar-benar membuat polis begitu kewalahan. Saking frustasinya, pada bulan Disember kelmarin, polis mengumumkan bahawa siapapun yang berhasil membuka identiti hacker tersebut akan diberi hadiah wang sebesar 3 juta yen.
Hacker ini sudah beraksi semenjak berbulan-bulan yang lalu. Dalam aksinya, kriminal ini telah mengirimkan beberapa ancaman melalui email kepada polis serta organisasi media di seluruh Jepun. Isi ancaman tersebut berupa pengeboman di sekolah dan tadika-tadika, termasuk salah satu tadika yang dihadiri oleh cucu kaisar Akihito.
Pada tahun baru kelmarin, stesen televisyen dan surat khabar mengumumkan jika mereka menerima email yang berisi "ajakan untuk sebuah permainan yang baru". Jawaban dari permainan / teka-teki ini dikatakan akan dapat "membuka sebuah informasi yang besar".
Selain melalui email, si hacker juga mengumumkan aksi terornya melalui sebuah forum. Tapi sampai saat ini polii belum berhasil menemukan siapa dan dimana alamat si pengirim. Polis menduga jika si pengirim menggunakan teknik khusus yang seringkali digunakan para hacker untuk menghilangkan jejak mereka di internet. Teknik itu yang disebut dengan teknik "Kantor Surat Siberia", memungkinkan penggunanya untuk melompat dari IP blok satu ke yang lain melalui sejenis proxy.
Polis juga menduga jika si hacker adalah orang yang sama yang telah melahirkan sebuah virus bernama "iesys.exe". Sebuah virus yang ditulis dalam bahasa pemrograman C Sharp (C#). Virus ini digunakan oleh si hacker untuk menebar pesan terornya melalui berbagai komputer di seluruh negeri yang telah terinfeksi virus tersebut.
Tahun lalu polis sempat menahan 4 orang kerana diketahui menggunakan teknik penghilang jejak yang sama. Tapi setelah menyedari bahwa email teror itu terus berlanjut, polis terpaksa menahan malu dan mengakui bahwa mereka telah menahan orang yang salah dan memaksa orang-orang itu untuk mengaku sebagai penjahat yang mereka cari.
Sebuah teka-teki terkini didapatkan polisi dari sebuah memory card yang diikatkan pada leher seekor kucing. Isi memory card itu diketahui mengandung informasi mengenai virus iesys.exe, informasi yang hanya diketahui oleh sang kreator virus.
Walaupun motif asli si hacker belum diketahui, ada desas-desus dimana aksi teror ini terkait dengan adanya hukum anti pembajakan yang baru yang mulai aktif semenjak bulan Oktober 2012 di Jepun. Hukum tersebut memang sebelumnya mengundang kontoversi yang cukup besar kerana dirasa terlalu berlebihan dalam membatasi akses internet penduduk Jepun.
foto: DC Comics

Mengaku tembak rakan selepas dipersenda

Posted: 08 Jan 2013 06:30 PM PST


Kalasin: Seorang lelaki mengaku menembak mati rakannya dan mencederakan adik mangsa selepas mereka mempersendakannya dan mengetuk kepalanya berulang kali, kata polis semalam.
Polis menahan Krenkamol Chaweewong, 27, kerana menembak Kiat Phasdor, 28, dan Tortrakul Phasdor, 26 di kediaman mereka pada 5 Januari lalu.

Torttakul masih dalam keadaan kritikal di hospital.
Suspek yang mengaku menembak kedua-dua lelaki berkenaan memberitahu polis, mereka bertindak melampau apabila mengetuk kepalanya dan tidak menghormatinya di depan teman wanitanya pada satu majlis makan malam.

Menurutnya, dia merayu mereka supaya berhenti tetapi mereka terus mempersendakannya. Kerana hilang sabar, dia pergi ke traknya dan mengambil pistol lalu menembak kedua-dua beradik itu. Suspek berkata, dia menyesal terhadap tindakannya itu. - BP
sumber : mymetro

Kerja mengarut

Posted: 08 Jan 2013 06:00 PM PST


London: Tujuh anggota bomba bergegas menyelamatkan seekor tupai dalam satu operasi bernilai enam ribu pound (RM29,000).
Anggota bomba tiba di tempat kejadian dengan tiga jentera bomba selepas seorang penduduk melaporkan haiwan itu terperangkap dalam lalang di tengah kolam. Mereka membuat laluan ke tebing tasik menggunakan dua tangga dengan seorang anggota bomba masuk ke dalam air memujuk tupai yang ketakutan itu. Haiwan itu kemudian merapati "jambatan" sementara sebelum berlari menaiki anak tangga dan melompat ke tempat selamat.

Balai Bomba dan Penyelamat Herts, semalam mengesahkan insiden di Watford High Street itu. Jurucakapnya berkata: "Tiga jentera bomba dikejarkan ke tempat kejadian di mana seekor tupai terperangkap." Bagaimanapun, ahli Parlimen tempatan dari parti Konservatif, Richard Harrington mengkritik operasi menyelamat yang mengarut itu.
Harrington berkata: "Balai Bomba dan Penyelamat Herts melakukan tugas yang hebat - bagaimanapun, ia seolah-olah tindakan yang berlebihan dan membazir.

"Tidak pasti mengapa terlalu banyak jentera bomba dan anggota bomba yang dihantar ke tempat kejadian. "Persoalan yang serius perlu dijawab jika tindakan itu akan menyebabkan panggilan lebih serius lain tidak dapat dipenuhi," katanya.

Kaunselor daerah Herts, Steven Giles-Medhurst berkata: "Mereka biasanya menghantar tiga jentera bomba untuk kes melibatkan kemalangan jiwa.
"Ia keterlaluan bagi seekor tupai, tetapi mungkin soalan perlu dikemukakan," katanya.

Kos untuk menghantar sebuah jentera bomba bagi menangani panggilan palsu dianggarkan kerajaan bernilai 1,970 pound (RM9,600) pada 2008. Ia menyebabkan kos menyelamatkan tupai di daerah itu bernilai RM29,000. Haiwan berkenaan terperangkap kerana ia tidak dapat melompat menaiki tembok konkrit di kolam itu.
Pada Mac 2011 anggota bomba di Gosport, Hants, enggan memasuki tasik sedalam tiga kaki di mana seorang lelaki jatuh selepas mengalami serangan epilepsi. Peraturan keselamatan menggariskan mereka tidak boleh memasuki air lebih dalam daripada separuh paras but kecuali situasi mengancam keselamatan nyawa. Mereka percaya lelaki terbabit sudah mati. - The Sun
sumber:mymetro

Bapa, anak kantoi khalwat

Posted: 08 Jan 2013 05:30 PM PST


Melaka: Bapa borek anak rintik. Itu yang digambarkan terhadap dua beranak apabila si ayah ditahan kerana disyaki berkhalwat dengan seorang ibu tunggal dan pada masa sama anak gadisnya ditemui berkurung bersama teman lelakinya di bilik di rumah sama di Bukit Katil, di sini.
Dalam operasi jam 12.30 tengah malam, Sabtu lalu, sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menyerbu rumah didiami seorang ibu tunggal berusia 46 tahun dan anak lelakinya berusia 15 tahun. 
Dalam pemeriksaan dilakukan, anggota penguat kuasa menemui seorang lelaki berusia 48 tahun berstatus duda di ruang tamu rumah berkenaan dan siasatan mendapati dia kenalan rapat kepada wanita terbabit. 

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama JAIM, Rahimin Bani berkata, selepas menemui lelaki berstatus bukan muhrim itu anggotanya terus membuat pemeriksaan lanjut. Selepas soal tanya mendapati ada dua lagi individu iaitu anak kepada wanita terbabit dan anak perempuan lelaki itu yang berusia 14 tahun.

Katanya, ketika pintu sebuah bilik diketuk ia dibuka remaja perempuan berkenaan dan apabila diperiksa menemui seorang lelaki berusia 18 tahun menyorok di dalam almari.
sumber : mymetro

Wanita ‘tangkap’ suami, anak saudara berpelukan

Posted: 08 Jan 2013 05:00 PM PST


Kuala Lumpur: Luluh hati seorang wanita apabila 'menangkap' suaminya sedang tidur bersama anak saudaranya berusia 25 tahun dalam sebuah bilik di rumahnya di Bandar Baru Sentul, di sini, kelmarin.
Lebih menyedihkan apabila mangsa adalah individu yang menjaga dan membesarkan anak saudaranya itu sejak kecil selepas kehilangan ibu dan bapanya yang maut dalam nahas jalan raya.

Difahamkan, suami wanita itu sudah menjalin hubungan dengan anak saudara isterinya itu sejak lima tahun lalu, namun kejadian itu hanya disedarinya kira-kira jam 12 tengah malam, kelmarin.
Menurut isteri berkenaan yang mahu dikenali sebagai Tipah, 42, dia membesarkan anak saudaranya itu sejak berusia 15 tahun.

"Anak saudara saya itu menjadi yatim piatu pada 2003 selepas ibu dan bapanya maut dalam kemalangan jalan raya," katanya.

Katanya, skandal suami dan anak saudaranya itu terbongkar selepas dia terjaga dari tidur apabila mendapati suami tiada di sisinya.
"Saya kemudian menjalankan periksaan dan mendapati suami serta anak saudara itu berpelukan di bilik sebelah," katanya.

Menurutnya, susulan kejadian itu, dia mendesak anak saudaranya itu berterus terang mengenai hubungannya dengan suami dan akhirnya anak saudaranya itu mengaku menjalin hubungan sulit sejak lima tahun lalu.
"Bagi mengelak mereka meneruskan hubungan sulit itu, saya mencadangkan kepada suami untuk menghantar anak saudara saya itu ke rumah saudara lain tetapi dihalang.

"Akibatnya, saya pula dibelasah suami bagi menutup hubungan sulit mereka. Saya cedera di kaki dan kepala sebelum saya melarikan diri dari rumah bagi mengelak terus dibelasah suami," katanya.

Berikutan kejadian itu, Tipah membuat laporan polis di Balai Polis Sentul.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan. berhubung kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
sumber : mymetro

Kekasih 12 jam ugut gambar bogel

Posted: 08 Jan 2013 04:30 PM PST


Kampar: Seorang pemuda diburu kebimbangan dengan tindakan bodohnya yang menyerahkan gambar bogel kepada wanita yang baru dikenali tidak sampai 12 jam, menyebabkannya menjadi mangsa peras ugut selain dipaksa melakukan hubungan seks dengan suspek.
Mangsa yang hanya dikenali sebagai Wong, 20, mendakwa menjadi mangsa wanita itu selepas berkenalan melalui laman sosial.

Dia yang berasal dari Kranji, di sini, mengenali wanita itu melalui laman sosial VChat awal minggu lalu sebelum saling bertukar maklumat dan berbual di Internet.
"Ketika itu kami membuat perjanjian untuk saling bertukar gambar bogel masing-masing hanya sekadar untuk berseronok.

"Bagaimanapun, selepas saya menyerahkan gambar bogel saya kepadanya, wanita terbabit enggan menunaikan janji menghantar gambar bogelnya sebagai pertukaran," katanya.

Menurutnya, dia bimbang gambar bogel berkenaan disalahgunakan wanita terbabit jika ia disiarkan di Internet, malah dia lebih khuatir jika perkara itu diketahui ahli keluarganya.
"Walaupun saya merayu kepada wanita berkenaan supaya menyerahkan kembali gambar itu, wanita terbabit memberi pelbagai alasan tidak munasabah," katanya.

Menurutnya, wanita terbabit menghubunginya dan mengarahkan datang ke bandaraya Ipoh untuk berbincang selain memaksa memuaskan nafsu.
Dia mendakwa wanita terbabit turut memaksanya membayar wang RM500 jika tidak mahu gambar bogel itu disebarkan melalui Internet.

"Saya tambah tertekan apabila seorang lelaki yang mendakwa bapa kepada wanita terbabit tiba-tiba menghubungi saya sebelum memarahi kerana mendakwa saya sengaja menghantar gambar lucah kepada anaknya.

"Dia mengugut akan membuat laporan polis selain turut mengeluarkan pelbagai kata-kata kecaman. Saya tambah tertekan dan hampir membunuh diri kerana terlalu takut," katanya selepas membuat aduan kepada Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kranji, Chen Fook Chye di sini, semalam.

Menurutnya, dia kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Kampar, di sini, selain membuat pemeriksaan jika ada individu tertentu yang membuat laporan berhubung gambar bogelnya.
sumber : mymetro

Ayah sewa pembunuh, 'matikan' anaknya di video game

Posted: 08 Jan 2013 04:00 PM PST




Lelaki yang  disebut sebagai Feng, khuatir dengan waktu yang dihabiskan anaknya, seorang penganggur berusia 23 tahun, dalam permainan online.

Sang anak akhirnya bertanya kepada salah satu 'pembunuh' bayaran itu kenapa mereka selalu menyasarnya.

"Hal itu tidak akan membantu hubungan keluarga," kata Prof Mark Griffiths, seorang pakar judi dan kecanduan di Universitas Nottingham Trent pada BBC.

"Saya belum pernah mendengar intervensi seperti itu sebelumnya, tapi saya tidak yakin pendekatan bawah ke atas ini akan bekerja. Kecanduan permainan video biasanya adalah gejala dari masalah lain yang tersembunyi."

Prof Griffths mengatakan ia berbicara dengan banyak orang tua yang cemas dengan kebiasaan video game anak mereka tetapi hal itu kerap bukan merupakan sebuah kecanduan.

"Saya menghabiskan 25 tahun mempelajari kecanduan permainan video," katanya.

"Saya sudah bertemu dengan orang-orang yang bermain 10 hingga 14 jam sehari tetapi bagi sebagian besar dari mereka, hobi itu tidak mengakibatkan masalah jika mereka tidak bekerja, tidak terlibat dalam hubungan dan tidak memiliki anak.

"Bukan masalah waktu yang anda habiskan untuk melakukan sesuatu, tetapi dampaknya bagi hidup anda."

Ayah dan anak di China itu dilaporkan telah berbaikan tetapi pakar World of Warcraft Olivia Grace mengatakan ia tidak berfikir bahwa tindakan Feng akan berfungsi sebagai pencegah.

"Dibunuh oleh avatar lain dalam video game selalu terjadi," kata dia.

(BBC | DA)

Eixample, Sebuah Tata Kota Yang Rapi Dan Indah Di Barcelona

Posted: 08 Jan 2013 03:00 PM PST


Selain terkenal dengan kelab  bolanya, Bercelona juga memiliki desain tata kota yang sangat indah. Salah satu distrik di kota Barcelona yang terkenal dengan tata kotanya yang indah adalah Eixample. 

Eixample mulai dibangun pada abad ke-20. Desain Tata Kota Eixample ditandai dengan jalan-jalan lurus yang panjang, pola-pola garis yang ketat, jalan-jalan lebar dan blok persegi oktagonal dengan sudut yang dinamakan Chamfered. Desain ini merupakan rancangan Idedons Cerda, dengan ciri khas ruang terbuka hijau yang luas dan jalanan yang lebar. Bangunan pencakar langit sangat jarang di kota ini, sehingga memungkinkan cahaya matahari dapat masuk di setiap sudut kota dan menghadirkan pemandangan kota yang indah.
Beberapa bahagian dari Eixample banyak dipengaruhi oleh arkitek Modernista, seperti karya  kenamaan Antonio Gaudi. Salah satu karyanya di Eixample adalah Casa Mila dan Casa Batlo. Arsitektur terkenal lainnya di kota ini adalah karya Josep Puig i Cadafalch, Josep Domenech i Estapa, Josep Vilaseca i Casanovas dan Sagnier Enric Villavecchia, yang telah merancang lebih dari 500 bangunan.

barcelona spain aerial view 3

barcelona spain aerial view

Guru Di China Banting Dan Tendang Murid

Posted: 08 Jan 2013 08:45 AM PST


Sebuah rakaman video berdurasi 41 saat dari kamera pengintai di sebuah sekolah taman kanak-kanak di Provinsi Shanxi, China memperlihatkan seorang guru sedang menyiksa murid perempuan berumur empat tahun.

Dalam sebuah ruangan bermain dan berolah raga, guru perempuan itu tampak mengguncang-guncangkan tubuh muridnya yang sudah tergeletak di lantai. Dia lalu membanting dan menendang pelajar nahas itu. Murid-murid dan sejumlah guru lain di ruangan itu hanya melihat saja dan tak peduli dengan kejadian itu. Yang lain tetap bermain bola basket dengan acuhnya.

Media setempat menyebutkan murid perempuan itu memang cacat mental dan ketika disiksa dia sedang pengsan. Anak itu kini mengalami kerosakan otak.

Guru kejam ini awalnya membantah perbuatannya. Kini dia telah dihukum. Sejumlah komen di situs Youtube mengecam perbuatan guru itu. "Guru itu tak punya rasa kemanusiaan. Perbuatannya seperti binatang."

Gadis Cun Ini Adalah Pembaca Berita Berjilbab Pertama Di Amerika Syarikat (Foto)

Posted: 08 Jan 2013 08:30 AM PST


Noor Tagouri yang berasal dari Maryland, Amerika Syrikat berusia 19 tahun mencatat sejarah dengan menjadi News Anchor muslim pertama yang sekaligus berjilbab di Negara Uncle Sam.

Noor sedang bersiap membacakan berita di saluran ABC 7 News

Ia menjadi jurnalis dan pembaca berita di stesen TV ABC tepatnya di saluran berita ABC 7 News. Hal ini menjadi prestasi tersendiri di negara yang sebagian besar warganya membenci Islam.

Ia juga menjadi News Anchor di sebuah stesen radio

Noor sedang beraksi meliput berita

Dan ini menjadi bukti bahawa kehidupan antara agama di Amerika Syarikat selangkah lebih maju pada pemerintahan Presiden Barack Obama.

Salah satu fotonya di Instagram


(Chicago Monitor, Instagram, Hijabi Life)

Kegilaan Dan Fatalnya Perayaan Sambut Tahun Baru Di Singapura (Foto)

Posted: 08 Jan 2013 08:15 AM PST


Tahun baru 2013 disambut dengan gempita di seluruh dunia. Momen pergantian tahun sejatinya identik dengan pesta pora. Walau banyak kalangan mengemukakan agar pergantian tahun diisi dengan perayaan sederhana dan renungan namun itu tidak pernah dipedulikan oleh banyak orang khususnya generasi muda.

Di Singapura, perayaan pergantian tahun dirayakan dengan gegap gempita oleh generasi muda yang bahkan cenderung liar dan tidak terkendali seperti yang dapat dilihat pada gambar-gambar berikut ini:

Sampah menggunung di sepanjang sirkit lumba jalan raya Marina Bay

Pesta gila-gilaan disebuah disko

Pemandangan parah di pantai




Pesta yang gila, pengaruh minuman keras dan obat-obatan membuat mereka hilang kendali

Seorang gadis menjadi korban gilanya pesta


Lamborghini ini pemandunya mabuk dan tewas di tempat kejadian

Sungguh sangat disayangkan. Perayaan yang harusnya menjadi kegembiraan dan introspeksi banyak dihiasi oleh pemandangan negatif.

Hamil tapi kenapa pamer pay***ra?

Posted: 08 Jan 2013 08:00 AM PST


Seperti yang dilansir dari Dailymail si cantik Jessica Simpson punya hobi baru lohh.. Apa ya hobi baru dari wanita yang mempunyai dada besar itu?? Ternyata hobi baru dari Jessica itu adalah mengumbar bahagian payudaranya di berbagai acara.
Baru-baru ini Jessica berani berjalan-jalan santai di Hawaii, pada hari Khamis pekan lalu dengan sangat percaya diri ia tampil dengan menggunakan kaftan panjang. Tunangan dari Eric Johnson itu terlihat sangat mempesona dan sangat sensual dalam balutan kaftan panjang bermotif print hitam putih dengan potongan dada yang sangat rendah. Jadinya, payudaranya yang ekstra besar itu terlihat dengan sangat jelas.
 










Saat ini dirinya tengah hamil tiga bulan dan ia tetap elegan walaupun tanpa aksesoris tambahan yang berlebihan yang menempel di badannya.
 










Cara Unik Charge iPad di China

Posted: 08 Jan 2013 07:00 AM PST


Musim dingin yang "aneh" melanda daratan China. Sejak November 2012 hingga awal Januari 2013, suhu rata-rata di negeri Tirai Bambu tersebut berada di temperatur minus 4 darjah Celsius, paling dingin sejak tiga dekad yang lalu.


Sumber 

6 Operasi Plastik Paling Aneh

Posted: 08 Jan 2013 06:00 AM PST


Beberapa orang menjalani prosedur operasi plastik untuk mendapatkan penampilan yang lebih baik. Namun ada kalanya operasi plastik dilakukan dengan cara aneh. Ada 6 operasi plastik yang paling aneh di bawah ini :


Sumber 

Tato Alis Buat Wanita Ini Nyaris Buta

Posted: 08 Jan 2013 05:00 AM PST





Sumber 

Luar biasa, Ada 252 Tayar Terpasang Pada Trak Ini

Posted: 08 Jan 2013 04:00 AM PST


Trak memang menjadi kendaraan dengan penggunaan tayar yang banyak. Biasanya trak boleh menggunakan 8 hingga belasan tayar. Akan tetapi berbeda dengan trak satu ini. Trak ini memiliki tayar hingga 252 buah. Tayar tersebut terbagi 12 tayar dan bahagian tubuh 240 tayar. Banyaknya ban pada truk ini juga disebabkan oleh panjang trak yang mencapai 90 meter. Berikut foto-fotonya.

 







 







 

Ikan Ini Panjat Air Terjun dengan Mulutnya

Posted: 08 Jan 2013 03:00 AM PST


 VIDEO Gobi Nopoli Rock Climbing, Ikan Ini Panjat Air Terjun dengan Mulutnya


 

sumber


Jalan-Jalan ke Pasar Kejujuran di Jepun

Posted: 08 Jan 2013 02:00 AM PST


Ini dia pasar tradisional di Jepun. Kalau dilihat, tidak ada bedanya dengan pasar yang ada di sini kecuali satu perbezaannya iaitu tidak ada orang yang menjaga gerai mereka.
2836776_20121203060358
Sebenarnya ini bukan pasar seperti pasar biasa yang buka setiap hari kerana penjual disana adalah para petani yang membuka gerai sendiri-sendiri untuk menjual hasil kebunnya yang tersisa dari penjualan ke kota-kota.
2836776_20121203060335
Jadi bagaimana transaksinya? Mereka (si penjual) telah mencantumkan harga di setiap barang dagangannya dan apabila ada pembeli yang datang untuk membelinya, si pembeli cukup masukkan wang seharga barang yang dibeli ke tempat yang telah disediakan.
2836776_20121203060202
Dan percaya atau tidak, boleh dibilang hampir tidak ada satupun petani yang rugi kerana berdagang dengan cara seperti ini. Atau dengan kata lain, semua pembeli selalu membayar apa yang mereka ambil.
2836776_20121203060401
Sumber: GS

Akuarium Terbesar ke-2 di Dunia Ada di Jepun

Posted: 08 Jan 2013 01:00 AM PST


Churaumi sendiri adalah bahasa daerah Okinawa, Chura(美ら artinya indah, dan umi(海artinya laut yang indah. Akuarium Churaumi ini adalah akuarium terbesar ke-dua di dunia setelah akuarium Georgia di Atlanta.
800px-ChuraumiAkuarium ini mempamerkan beragam biota laut dimulai dari terumbu karang hingga makhluk laut yang berukuran besar. Kekayaan spesies laut di Okinawa disebabkan arus air hangat Kuroshio yang mengalir di sepanjang Okinawa. Akuarium Churaumi ini terdiri dari 77 tangki, dan yang terbesar berukuran 7.500m kubik, atau 3 kali ganada  dari ukuran kolam renang olimpiade.
abk01-1
Bangunan akuarium awalnya dirancang hanya untuk Expo waktu itu saja dan tidak dirancang untuk tahan lama. Lantas, bangunan menjadi cepat tua dan rusak, sehingga dikhuatirkan akan berbahaya bila terus dipakai. Akuarium ini pun pada waktu itu sudah kehilangan daya tarik kerana dibukanya akuarium yang lebih besar di Tokyo(Tokyo Sea Life Park), Osaka (Osaka Kaiyukan), dan Nagoya (Akuarium pelabuhan Nagoya.).
abo01-1
Oleh kerana itu, gagasan untuk membangun bangunan baru dibuat pada tahun 1989. Desain awal diselesaikan tahun 1994, dilanjutkan dengan desain yang terinci yang selesai pada tahun 1995. Pembangunan lahan dilakukan pada tahun 1996, diikuti dengan pembangunan fisik gedung. Gedung akuarium lama akhirnya ditutup pada tanggal 31 Agustus 2002. Setelah selesai, gedung akuarium baru dibuka dengan nama Akuarium Churaumi Okinawa pada tanggal 11 November 2002, bertepatan dengan 30 tahun pengembalian Okinawa. Di bawah ini ada beberapa galeri foto akuarium ini,
agi01-3
ao01-1
okinawa_churaumi_aquarium_04
okinawa_churaumi_aquarium_23
okinawa_churaumi_aquarium_35
Sumber: halojepang

Larva Pemakan Daging Masuk di Tubuh Pelancung Ini

Posted: 08 Jan 2013 12:00 AM PST




Sumber 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan