RSS

Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Anuar Zain di Konsert My 2013 di Dataran Merdeka

Posted: 30 Dec 2012 05:09 PM PST

Konsert My 2013 Meriahkan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Budiey percaya, anda semua pembaca sekalian sudah ada perancangan untuk menyambut kedatangan 2013 pada malam ini. Di jadual Budiey sendiri sudah banyak agenda yang bersusun rapi. Cuma Budiey khuatir dan tertanya-tanya, events mana satu yang Budiey akan hadir pada malam ini?

Selain Konsert Ambang 2013 anjuran AmBank di Putrajaya, pada malam ini juga, bagi anda yang tinggal berdekatan dengan Kuala Lumpur, bolehlah datang ke Dataran Merdeka untuk Konsert My 2013.

Meneruskan tradisi kiraan detik meraikan Tahun Baru, kongsikan kemeriahan bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi sambutan Konsert My 2013 pada hari ini bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur yang bakal menjadi salah satu acara terunggul untuk menyambut tahun baru ini.

Konsert yang disiarkan secara langsung menerusi saluran TV1 seawal jam 10.05 malam sehingga jam 12.30 tengah malam ini menyaksikan penghargaan RTM kepada pendengar dan penonton setia RTM sepanjang tahun.

Ramai artis yang akan menjayakan Konsert My 2013 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada malam ini

Sebagai menyokong semangat perpaduan dan muhibah di antara warga bandar raya Kuala Lumpur dan seluruh rakyat negara ini, Konsert My 2013 mempamirkan kepelbagaian etnik dalam menyemarakkan semangat 1Malaysia dengan penonton dijanjikan dengan variasi persembahan hiburan dan pertunjukkan bunga api yang menghiburkan.

Menampilkan Azad Jasmin, Stephen Chiang, Ratna G dan Jasmin Hamid sebagai pengacara, penonton akan dihiburkan dengan pelbagai jenis lagu dalam bahasa Malaysia, Inggeris, Cina dan Tamil daripada artis popular yang bakal membuat persembahan.

Antara artis popular yang akan membuat persembahan termasuklah Anuar Zain (Sedetik Lebih), Carefree (Rindu Bayangan, Belaian Jiwa, Dengdang Laguku dan Bayang Tari Mu), Alif Satar (Lelaki Seperti Aku), Mas Idayu Senggol-Senggolan, Cintaku 100% dan Goyang Bali), Black (Dewi Alia), Bunkface (Revolusi dan We Are Young) , Noraniza Idris (Selamat Datang), Adam & Vip (Lagu Sedih), The Fabulous Cat dan Max 24:7 (Gadis & Bunga).

Selain itu saksikan kemunculan Karen Tan (Ai Se Me Xi Han), Megaboys (Dengarkan), Darshini (Ponnu Bombay), Stomp The Rhythm (Dum Tak Dum Dum Tak Dum) dan Jimmy Palikat (Tanak Kampung)

Persembahan artis Budaya JKKN dan Wakaka Crew juga bakal turut mengambil tempat menghiburkan penonton selain drumline oleh ATM. Begitu juga lawak jenaka dari Angelina Tan, Ali Mamak dan Azrul.

Tetamu kehormat yang memeriahkan Konsert My 2013 adalah YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri dan YB Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

See you all tonite!

Anuar Zain Konsert Muzik Video Ajari Aku

Komen via Facebook

Komen

Raja Azmi Tidak Perlu Ragu Dengan Kemampuan Penganjuran AIFFA2013

Posted: 30 Dec 2012 04:48 PM PST

Ramai Penggiat Filem Teruja Menantikan AIFFA2013. Usah Ragu-Ragu Dengan Penganjuran AIFFA2013

Raja AzmiSidang media Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa Asean 2013 atau hashtagnya, #AIFFA2013 telah pun berlangsung pada hari Jumaat lalu. Syukur, segalanya berjalan lancar. Budiey lihat, ramai sekali media yang hadir buat liputan untuk acara festival terbesar ini. Budiey sebut 'terbesar' di sini adalah kerana festival ini melibatkan negara Asia yang mana kita sedia maklum, industri filemnya sangat berkembang maju. Selain Malaysia, AIFFA2013 akan disertai oleh penggiat filem dan seniman dari Singapura, Indonesia, Brunei, Filipina, Thailand, Myanmar, Kemboja, Laos dan Vietnam

Budiey juga sudah pun membaca banyak siaran di blog-blog dan juga portal tentang AIFFA2013.

Budiey tidak terkejut jika ada pengarah, penerbit filem atau pelakon yang terkejut bahawasanya, Malaysia akan menjadi tuan rumah AIFFA2013. Mereka baru tahu kot sebab sebelum ini, AIFFA2013 ini tidak mendapat liputan meluas dari media di Semenanjung. Budiey dikhabarkan, sidang media AIFFA2013 sebelum ini dibuat di Kuching, Sarawak. Jadi, yang hadir di sidang media itu adalah wartawan di sekitar Kuching sahaja.Budiey pun baru je tahu tentang AIFFA2013 selepas menerima tawaran untuk menjadi Blog Rasmi AIFFA2013 dua minggu lepas.

Antara pengarah dan penerbit yang terkejut tentang kewujudan dan penganjuran AIFFA2013 ialah Raja Azmi yang agak ragu-ragu dengan kemampuan Kementerian Pelancongan Sarawak melaksanakan AIFFA2013. Pendapat beliau telah disiarkan di portal Malaysian Digest. Menurut Raja Azmi, beliau sangat terkejut sebab pihak penganjur langsung tiada pengalaman.

"Saya terkejut sebab tiba-tiba saja festival ni diadakan. Terkejut kerana pihak penganjur langsung tiada pengalaman, jadi bagaimanakah agaknya pelaksanaan anugerah ni nanti. Tapi apa pun, saya tidak sabar mahu menyaksikan apa yang akan berlaku di malam anugerah ini nanti."

Budiey rasa, dalam hal ini, Raja Azmi perlu berfikiran positif dan berbaik sangka kerana AIFFA2013 bukan sahaja didokongi oleh Kementerian Pelancongan Sarawak semata-mata kerana di belakangnya, ada ramai lagi pihak yang akan menjayakan festival ini. Usah perkecilkan tahap kemampuan pihak penganjur atau kurang yakin dengan kredibiliti mereka kerana apa yang perlu kita tahu, AIFFA2013 bukan hanya festival dan anugerah semata, jauh dari itu, ia bertujuan untuk menyatukan penggiat seni.

Budiey dah agak dah, pasti ramai yang tertanya-tanya, mengapa Festival Filem Malaysia asyik ditangguhkan sedangkan AIFFA2013 pula boleh dijayakan dengan sebaiknya dengan dokongan dari Finas dan beberapa badan-badan lain.

Budiey akur, tiada satu pun dalam dunia ini yang sempurna. Pasti ada kelemahan. Apa yang penting kat sini, kita perlu belajar dari pengalaman dan tidak mengulangi kesilapan.

Apa yang Budiey lihat, kerjasama semua pihak bergabung untuk AIFFA harus dipuji atas sikap berani dan semangat mereka untuk terus bekerja keras sehingga tarikh 28 Mac depan. Insyaallah, dengan sokongan semua pihak AIFFA2013 akan berjaya dilangsung. Budiey pun harap semoga AIFFA berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang isu atau kontroversi berbangkit.

Menurut Raja Azmi lagi:

"Sejujurnya saya tak berapa yakin dengan AIFFA ni. Sedangkan pelaksanaan festival filem kita sendiri iaitu Festival Filem Malaysia (FFM) yang melibatkan orang-orang berpengalaman dalam industri perfileman pun masih kucar-kacir, inikan pula pihak yang tiada pengalaman serta ia akan melibatkan kehadiran ramai penggiat filem dari luar. Tapi pujian harus diberikan kerana mereka berani anjurkan anugerah ini. Ini juga satu tamparan hebat dan cabaran kepada FFM."

Festival dan Anugerah yang akan berlangsug di Sarawak pada 28 hingga 30 Mac ini itu akan mengiktiraf filem-filem cereka dan pendek karya para penggiat seni 10 negara Asean. Budiey difahamkan ramai sekali selebriti popular dari semua negara terlibat akan hadir. Nak tahu siapa? Haa, tunggguuuu! Yang penting, macam-macam aktiviti menarik akan dilangsungkan melibatkan para penggiat filem terkenal dari negara ASEAN, Bollywood dan Hollywood. Aktiviti untuk orang Kuching pun ada, jangan risau. Sama-sama kita meriahkan AIFFA2013 nanti ya.

Tak sabar nak jumpa orang Kuching sekali lagi. Jumpa korang bulan 3 nanti ya.

Raja Azmi

Raja Azmi

Komen via Facebook

Komen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan