OHBULAN! |
| 17 Foto Majlis Persandingan Khairul Fahmi (Apex) & Leuniey Posted: 30 Dec 2012 07:30 PM PST
Selepas melangsungkan majlis pernikahan mereka pada hari Jumaat (28 Disember) yang lepas, pasangan Khairul Fahmi & Leuniey semalam telah melangsungkan majlis persandingan yang dihadiri oleh rakan-rakan dan keluarga bertempat di Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan. Mari lihat beberapa keping foto dari Thr.fm selepas ini. |
| Zul Ariffin Tidak Mahu Persepsi Negatif Terhadap Hubungannya Bersama Gayatri Posted: 30 Dec 2012 06:53 PM PST
Zul berharap keterbukaannya terhadap kisah hubungan cinta dengan Naib Presiden Astro Shaw, Gayatri Su-Lin Pillai tidak akan menjejaskan kerjaya mereka di masa akan datang. Dia mengambil keputusan untuk berkongsi perkara itu dengan khalayak kerana tidak mahu timbul sebarang salah faham atau kekeliruan terhadap keabkrapannya bersama Gayatri. Menurutnya, hubungan cintanya dengan Gayatri adalah atas dasar suka-sama suka dan tiada niat lain walaupun mereka berdua mempunyai jarak umur yang agak jauh berbeza. "Tiada faedah pun kalau saya hendak sorok hubungan kami ini. Perkara ini sudah kami bincangkan beberapa kali sebelum saya membuka mulut mengenai hubungan kami sekarang. Saya harap hubungan kami tidak akan menjejaskan kerjaya masing-masing," ujar pelokon muda ini. Zul menceritakan bibit cinta mereka bermula sejak tujuh bulan yang lalu, selepas mereka bekerjasama dalam penggambaran filem 'Penanggal' dan Zul sudah pun memperkenalkan Gayatri kepada keluarganya. Apa-pun dia tidak meletakkan sebarang sasaran dalam masa terdekat ini bagi menumpukan perhatian terhadap kerjayanya buat masa sekarang.
|
| You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |








0 ulasan:
Catat Ulasan