Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
| Anugerah Dan Festival Filem Antarabangsa Asean 2013 AIFFA 2013 Posted: 27 Dec 2012 06:16 PM PST Anugerah Dan Festival Filem Antarabangsa Asean 2013 AIFFA 2013 Kuala Lumpur dikunjungi The Asean Premiere Anugerah Dan Festival Filem Antarabangsa Asean 2013 (AIFFA 2013) adalah acara berprestij selama tiga hari yang akan diadakan di ibukota Kuching, Sarawak pada Mac 28 hingga 30, 2013. Festival ini melibatkan kehadiran penggiat filem dari negara ASEAN, Bollywood dan Hollywood berkumpul untuk berkongsi kemahiran mereka di dalam industri perfileman.Festival ini bertujuan untuk mempromosikan industri pelancongan serta mewujudkan ruang untuk semua penggiat filem ASEAN serta rakan-rakan Hollywood dan Bollywood untuk bertemu dan mengeratkan rangkaian dengan satu sama lain. Acara itu akan mengetengahkan Sarawak dan Malaysia sebagai destinasi unik untuk penggiat filem bagi lokasi penggambaran filem mereka. Anugerah Dan Festival Filem Antarabangsa Asean 2013 (AIFFA 2013) adalah acara berprestij selama tiga hari yang akan diadakan di ibukota Kuching, Sarawak pada Mac 28 hingga 30, 2013.Selain itu, AIFFA 2013 menyediakan platform yang kukuh bagi menjana ekonomi dan ini boleh dilihat dari usaha kesedaran dan promosi agresif di kalangan penggiat filem tempatan dan antarabangsa untuk memilih Sarawak sebagai lokasi penggambaran filem mereka. Menurut Livan Tajang, Pengarah Festival AIFFA 2013, acara itu bukan sahaja mewujudkan kerjasama dan kolaborasi antara penggiat filem, tetapi memberi pengiktirafan kepada filem-filem dengan pencapaian cemerlang di peringkat ASEAN.
AIFFA 2013 diendors oleh Kementerian Pelancongan Sarawak dan disokong sepenuhnya oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan Malaysia, Kementerian Luar Negeri Malaysia (Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia), serta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
Selain dari FINAS dan organisasi filem ASEAN yang lain, Steven Bernard, seorang perunding berpengalaman dari Hollywood akan bekerjasama dengan AIFFA 2013 untuk membantu dalam memastikan acara ini setanding dengan festival filem antarabangsa yang lain. AIFFA 2013 melibatkan seminar dan pameran untuk penggiat filem yang mempunyai latar belakang yang luas dalam industri filem.Antara yang dijemput untuk memberi taklimat tentang pembuatan filem adalah seperti produser terkenal Greg Levinsohn, yang telah dicalonkan untuk anugerah Oscar bagi kerja-kerja beliau seperti Saving Private Ryan. Antara karya beliau yang lain adalah The Patriot, Snakes on a Plane dan banyak lagi. Produser Hollywood seperti Kymber Lim yang telah menghasilkan filem-filem terkemuka seperti Tron: Legacy, 2012, Spider-Man2 dan juga Christopher Chen, produser untuk Iron Man-2, Harry Potter dan Deathly Hollows akan hadir untuk berkongsi kemahiran mereka semasa AIFFA 2013. FINAS serta penganjur AIFFA 2013 menggalakkan penglibatan penggiat filem tempatan dengan melancarkan AIFFA 2013 semasa pelancaran media. Feature films yang telah dihasilkan dan siap antara 1 Januari, 2012 dan 1 Februari, 2013 layak untuk dicalonkan. Selain dari pencalonan filem, AIFFA 2013 juga telah melancarkan pertandingan filem pendek pada bulan Julai 2012 dan maklumat lanjut mengenai AIFFA 2013 boleh didapati di laman web : www.aseanfilmfest.com. Pertandingan filem pendek dibahagikan kepada dua kategori, iaitu pertandingan filem pendek disediakan khusus kepada pelajar dan terbuka kepada orang awam. Bertemakan 'Naturally Beautiful ASEAN', pertandingan untuk Feature film dan filem pendek hendaklah menggabungkan elemen yang berkaitan dengan ASEAN. Acara 3-hari merangkumi pelbagai aktiviti, salah satu adalah tayangan filem "Movies in the Rainforest" pada 28 Mac 2013. Majlis itu akan diadakan di Kampung Budaya Sarawak dan peminat akan mendapat pengalaman yang berlainan dimana penayangan filem tersebut yang terletak di tengah-tengah hutan hujan yang menawan. Selain daripada itu, pengunjung akan berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan penggiat industri filem dari segenap rantau Asia. Hari kedua (29 Mac, 2013) akan melihat rentetan peristiwa seperti seminar dan pameran di mana gabungan usahasama dari pihak studio, produser, pengarah, pengurus lokasi dan ramai lagi akan hadir untuk berkongsi pandangan mengenai pembuatan dan pengeluaran filem. Seminar ini terbuka kepada para perwakilan dan pameran dibuka kepada orang awam. Kemuncak acara akan berlangsung di 'Gala Nite' pada 30 Mac, 2013 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching. Bertemakan 'Black & White Borneo', ianya merupakan majlis karpet merah yang berprestij dan penuh glamor. Penyampaian anugerah akan berlangsung pada malam tersebut dan banyak acara gilang gemilang dan penuh dengan debaran bagi filem-filem yang tercalon. Aktiviti-aktiviti yang diketengahkan daripada AIFFA 2013 termasuk: March 28, 2013 : Welcoming Dinner and 'Movies in the Rainforest' at Sarawak Cultural Village March 29 & 30, 2013 : Karnival Rakyat at Kuching Waterfront March 29 & 30, 2013 : Film Exhibition & Seminar at Pullman Hotel, Kuching March 30, 2013 : Golfing with the Stars in Borneo at Kelab Golf Sarawak March 30, 2013 : Gala Night at Borneo Convention Centre Kuching PRELUDE EVENTS FOR 2012 OFFICIAL LAUNCH OF AIFFA 2013 SHORT FILM COMPETITION LAUNCH WAYANG PACAK WATERFRONT FILM WORKSHOP SERIES PASSAGE TO MUMBAI FILM APPRECIATION WORKSHOP BY FINAS DOCUMENTARY FILM PRODUCTION WORKSHOP BY FINAS VISIT TO ASEAN EMBASSIES IN KUALA LUMPUR AIFFA 2013 PROMOTIONAL ROADSHOWS Kuala Lumpur, Malaysia Singapore Komen via Facebook |
| You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






0 ulasan:
Catat Ulasan