Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Misi 2013 Najwa, Nazim, Izzue dan Hazama
- Gegar bandar raya bersejarah
- Naib Juara Vokal 2, Mar Utamakan Sabah Untuk Cipta Nama
- Faezah Elai Bimbang Dugaan Sakit Ketika Bersalin
- Kenangan 2012: Runtuhnya Bahtera Dalam Rumah Tangga
- Bayaran Program TV Ikut Standard RTM Pada 2013
- Perincian manik diperluaskan
- Agih tilam, bantal
- Nafkah air kosong
- Paling pengotor, warga asing dikompaun buang sampah
- Gadis cuba terjun selepas kelar tangan
- Halle Berry rai Krismas di Paris
- Bandung Jokers mahu fasih bahasa Melayu
- Bapa dijel 30 bulan dera 3 anak
- Buat laporan melalui internet
- 45,000 dapat sambung kontrak
- Apek-Leuniey bernikah hari ini
- Tuntut rebat telefon pintar mulai Selasa ini
- Dealmates.com semakin popular
- Paus finback terdampar di Queens
- Ariel disiasat polis jalin hubungan dengan isteri orang
- Kuil berusia 3,000 tahun ditemui di Baitulmuqaddis
- Kutipan box-office cecah RM33.1 bilion
- Reka bangunan ikonik bandar dunia
- Dulu suri rumah, kini usahawan
| Misi 2013 Najwa, Nazim, Izzue dan Hazama Posted: 27 Dec 2012 03:38 PM PST
TAHUN 2012 berlalu dengan penuh makna buat empat artis muda, Najwa Latif, Nazim Othman, Izzue Islam dan Hazama. Meskipun ada antara mereka terpalit kontroversi yang menjadi asam garam anak seni, namun, kecemerlangan kerjaya mereka berempat lebih menarik perhatian khalayak. Tidak dinafikan mereka berempat antara artis muda yang mempunyai potensi besar jika dinilai daripada segi bakat. Najwa baru berusia 17 tahun, tetapi sudah mempunyai deretan lagu popular yang sering diputarkan di radio. Nazim pula aktor yang semakin mendapat perhatian sejak muncul dalam drama arahan Erma Fatima, Dejavu di Kinabalu. Kini, tawaran lakonan yang diterimanya semakin banyak dan popularitinya juga semakin meningkat sehingga layak digelar hero televisyen. Izzue, jejaka kacak berasal dari Kelantan ini pula mempunyai dua kerjaya dalam masa yang sama iaitu nyanyian bersama kumpulan Forteen dan lakonan. Walaupun kumpulan Forteen mempunyai lagu yang hit tetapi Izzue dilihat lebih cemerlang dalam bidang lakonan dan diakui lakonannya cukup berkesan. Hazama, mempunyai bakat nyanyian yang bagus namun populariti yang diraih hari ini tidak datang dengan mudah. Gagal ketika menyertai program realiti TV Akademi Fantasia (AF) musim keempat, Hazama terus menyerlah selepas muncul juara program AF musim kesembilan. Kini, tidak hanya menyanyi, Hazama turut melebarkan sayapnya ke bidang lakonan. Najwa, Nazim, Izzue dan Hazama masing-masing mempunyai nilai yang tersendiri sehingga mampu menarik perhatian peminat untuk terus setia menanti kemunculan setiap karya mereka. Nazim Othman bakal penyanyi Nama penuh: Nushrul Alif Othman. Nama komersial: Nazim Othman. Umur: 28 tahun. Asal: Skudai, Johor. Kerjaya seni: Bermula sejak bulan April 2008 apabila muncul satu episod untuk drama berjudul Frontpage. Drama popular: Deejavu Di Kinabalu, Kau Yang Terindah dan Terlanjur Cinta. Telefilem: Tersalah Cinta, Kerana Aku Seorang Cikgu. Teater: Tun Dr. Siti Hasmah. Meminati: Faizal Tahir dan Yuna. Hobi: Mengembara dan ingin melawat Eropah sekitar awal tahun hadapan. Pencapaian tertinggi: Menjadi duta jam tangan antarabangsa, Ellesse selama setahun. Erti populariti bagi Nazim: "Popular maknanya dikenali ramai tetapi di Malaysia bagi saya tiada istilah benar-benar popular untuk artis. Jika seseorang itu benar-benar popular keluar rumah sahaja, dia akan dikelilingi pengawal peribadi dan aktiviti hariannya sentiasa menjadi tumpuan paparazi. Malaysia belum ada lagi orang yang menarik perhatian sebegitu rupa dan saya sendiri rasa diri belum popular."
Nama Nazim Othman tiba-tiba sahaja popular sejak dia memegang watak Bazli dalam drama Deejavu Di Kinabalu lakonan bersama aktres Tiz Zaqyah dan aktor Aqasha. Sejak daripada itu, jadual seninya semakin padat dengan aktiviti seni. Kata Nazim, dia cukup gembira kerana tahun 2012 merupakan tahun yang cukup produktif buat dirinya, namun belum puas untuk meneroka lebih banyak cabang dalam bidang seni. Tahun hadapan, Nazim akan memberi fokus kepada bidang nyanyian dan bersedia untuk bergelar seorang penyanyi. "Saya meminati kedua-dua bidang nyanyian dan lakonan. Kehidupan kita di dunia tidak lama, jadi saya tidak mahu mengehadkan diri saya dalam satu bidang sahaja. Bagi saya tidak salah untuk saya terokai bakat yang ada dalam diri. "Belum cuba, saya tidak tahu hasilnya bagaimana. Sebab itu saya cuba menyanyikan lagu Langit Menangis untuk drama Deejavu Di Kinabalu dan Cinta untuk drama Begitukah Cinta. Dua lagu itu saya tidak hantar ke radio tetapi selepas mendapat respons yang positif barulah saya berani untuk mencuba secara serius dalam bidang nyanyian," katanya yang meminati genre pop rock. Tahun 2013 dirasakan tahun yang cukup tepat untuknya melahirkan single terbaharu dan memberi fokus kepada kerjaya nyanyian. Menggunakan wang sakunya sendiri, Nazim yakin dengan pencaturan yang disusun untuk kelangsungkan kerjayanya dalam bidang seni. "Tahun hadapan saya akan lahir dengan sebuah single baharu dan akan mempromosikan lagu itu di radio seperti mana penyanyi yang lain. Judul lagu dan siapa komposernya belum boleh saya beritahu, rahsia (ketawa). Tunggu dan dengar sahaja nanti. "Kerjaya lakonan akan berjalan seperti biasa, cuma saya akan bertambah sibuk tahun hadapan. Mungkin bertambah penat tetapi saya suka sibuk kerana itu melambangkan saya seorang yang produktif. Filem belum ada rezeki kerana saya masih menunggu skrip yang bagus," katanya yang telah menolak tawaran 10 buah filem. Harapannya untuk tahun hadapan agar kerjayanya lebih cemerlang berbanding tahun ini meskipun belum ada sebarang projek yang ditandatanganinya. "Mestilah saya harap yang terbaik untuk diri dan kerjaya pada tahun 2013. Apa yang saya boleh lakukan sentiasa berusaha dan sentiasa memperbaiki diri, popular tidak bermakna terbaik, terbaik tidak bermakna seseorang itu hebat, jadi banyak ilmu lagi yang harus dicari sepanjang saya hidup dan bekerja dalam bidang seni, " tuturnya yang begitu mengambil berat soal penampilan diri. Pendakian Hazama Nama penuh: Hazama Ahmad Azmi Nama komersial: Hazama Umur: 28 tahun Asal: Kuala Lumpur Kerjaya seni: Bermula sejak tahun 2006 Lagu popular: Cinta Teragung, Simetri Meminati: Amy Search Hobi: Memandu kereta Pencapaian tertinggi: Juara Akademi Fantasia 9 Erti populariti bagi Hazama: Saya menganggap populariti sebagai satu sokongan moral buat diri saya untuk pergi lebih jauh dalam industri seni. Bercerita mengenai pencapaian yang diraih sepanjang tahun 2012, akui Hazama ia merupakan tahun yang paling memberikan kepuasan buat dirinya sepanjang bergelar artis. Selain tercalon dalam beberapa acara anugerah seperti Anugerah Bintang Popular dan Anugerah Planet Muzik, dia juga berpeluang tampil di layar perak menerusi filem sulung berjudul Apa Celop Toqq.
"Sambutan terhadap filem tersebut agak membanggakan buat pelakon baharu seperti saya, malah maklum balas yang diterima daripada penonton juga banyak yang positif. "Pada tahun ini sahaja, saya sudah mendapat tiga tawaran berlakon. Selain Apa Celop Toqq saya turut berlakon dalam filem Lari dan sebuah telemovie berjudul Ady Valentino yang akan disiarkan pada (esok) 29 Disember ini di TV3 slot Cerekarama, "jelasnya. Biarpun pembabitannya dalam dunia lakonan dilihat semakin menyerlah, penyanyi yang merupakan juara AF9 itu menyatakan dunia nyanyian tetap menjadi keutamaannya. Jelas Hazama, dia membuka ruang kepada dirinya sendiri untuk berlakon semata-mata mahu mendapat pengalaman yang lebih luas dan tidak pernah terfikir mahu serius menjadi seorang pelakon. "Masih banyak lagi kekurangan dalam lakonan yang boleh saya perbaiki. Saya beruntung kerana ada mendapat tip tentang lakonan daripada pelakon yang berpengalaman seperti Aaron Aziz. "Mengenai tawaran pula saya sedia mempertimbangkannya asalkan bersesuaian dengan watak dan sejujurnya saya lebih selesa berlakon filem atau telemovie. Sekiranya berlakon drama saya risau tidak dapat beri komitmen kerana perlu fokus pada bidang nyanyian, "ujarnya. Mengenai perancangan 2013 pula, kata Hazama, dia bakal muncul dengan sebuah album baharu, khusus buat para peminat yang banyak memberikan sokongan kepadanya. Menurutnya, terdapat sembilan buah lagu keseluruhannya dalam album tersebut, termasuk empat buah lagu bonus iaitu Cinta Teragung, Simetri, Majnun dan Nokhtah. Ujarnya, ketika ini ia masih dalam proses penerbitan dan tinggal dua lagu sahaja lagi yang belum dirakam dan menjangkakan disiapkan sepenuhnya menjelang hujung bulan ini. "Bagi saya, album ini mempunyai kelainan yang tersendiri kerana ada beberapa lagu yang diiringi dengan permainan alat muzik selain gitar dan dram seperti seruling dan gambus, "ujarnya. Memandangkan karier seninya yang semakin memuncak sekarang, Hazama menjelaskan tidak keterlaluan sekiranya dia sudah boleh bersikap sedikit demand pada masa akan datang. "Apa yang saya maksudkan ini adalah demand terhadap keperluan kerja supaya saya dapat memberikan yang terbaik. Dari segi bayaran pula saya tidak kisah sangat, asalkan ia berbaloi dengan hasil kerja yang saya lakukan, "ujarnya. Izzue mahu seimbang Nama penuh: Muhammad Izzul Islam Mazlan. Nama komersial: Izzue Islam. Umur: 22 tahun. Asal: Kota Bharu, Kelantan. Kerjaya seni: Bermula sejak tahun 2008 sebagai pelakon tambahan dalam drama Kampung Jaguh. Filem popular: 29 Februari dan Hantu Kapcai. Drama popular: Jangan Ambil Padang Kami, Mimpi Cinderella dan Duri. Telefilem: Tudung Tweet, Cik Paris Diva Kampung, Lepas Raya Harap Balas, Senyuman Di Kuala Lumpur, Sebelum Lima Perkara, Jidin Puasa Lagi dan Getaran Jiwa (Tribute P.Ramlee). Projek tahun 2013: Filem Ular, Hantu Toq Mudim, Sunti @ Facebook, Kami Histeria dan drama Aku Tak Percaya Cinta serta Bunga Merah Punya. Meminati: Allahyarham Tan Sri P. Ramlee Hobi: Berkebolehan bermain alat muzik, Izzue baru sahaja membeli gitar ukelele yang berharga RM400 dan berazam untuk mempelajari dengan baik. Pencapaian tertinggi: Kumpulan Forteen yang dianggotai Izzue, One, Ameer dan Ariz memenangi kategori Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu menerusi Seperti Dulu di Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-19. Erti popular bagi Izzue: "Popular bagi saya apabila semua orang bercakap tentang seseorang itu tidak kiralah baik atau buruk. Saya tidak rasa popular sebab masih boleh berjalan dengan bebas di mana-mana sahaja saya pergi." Izzue Islam terjun ke bidang seni dengan menjadi pelakon tambahan. Namun, kerjayanya semakin stabil selepas bersatu dengan kumpulan Forteen yang bernaung di bawah payung KRU. Populariti lagu Berdua Bersatu pantas menaikkan Forteen. Walaupun nama Forteen semakin stabil, Izzue pula semakin ligat berlakon drama dan filem. Bahkan bakat lakonan bersahajanya diakui ramai pihak. Sedar tumpuan semakin diberi kepadanya, Izzue tetap dengan pendirian, kerjaya muzik harus berjalan seiring dengan kerjaya lakonan. "Tidak pernah terlintas dalam fikiran saya untuk bergerak secara solo dalam muzik kerana saya cukup selesa bersama Forteen. Anggota Forteen yang lain cukup memahami minat saya terhadap dunia lakonan. Jadual saya dibahagikan cukup seimbang antara Forteen dan lakonan. "Ada peminat suka saya menyanyi sahaja, ada juga yang suka saya berlakon sahaja dan ada yang suka jika saya buat kedua-duanya sekali. Terpulang kepada mereka, saya hanya melakukan tugas yang diamanahkan sebaik mungkin, "katanya. Menjelang tahun depan, Izzue akan memberi tumpuan kepada bidang nyanyian kerana kumpulan Forteen bakal tampil dengan album sulung yang mengandungi lapan buah lagu. "Tahun hadapan saya akan sibuk di studio rakaman bersama Forteen untuk rakaman album sulung kami. Bagaimanapun, lakonan tetap diteruskan seperti biasa, saya tidak akan tinggalkan lakonan terus kerana itu juga periuk nasi saya, "balasnya. Tahun 2012 boleh dikatakan cukup cemerlang buatnya kerana setiap karya yang melibatkan Izzue pasti menarik perhatian ramai. Bersyukur dengan rezeki diberi kepadanya, namun akuinya dia belum puas untuk berkarya. "Saya tidak puas, tanyalah mana-mana artis mereka pasti tidak puas dengan hasil kerja sendiri kerana kalau boleh mahu beri yang lebih baik. Sungguhpun begitu, saya bersyukur dengan kepercayaan dan peluang yang diberikan, bukan mudah untuk saya sampai ke tahap seperti hari ini. "Selesa bukan bererti popular tetapi meraih kepercayaan peminat, pengarah dan penonton. Fokus seni Najwa Nama penuh: Imratul Najwa Abdul Latif Nama komersial: Najwa Latif Umur: 17 tahun Asal: Batu Pahat, Johor Kerjaya seni: Bermula sejak tahun 2010 Lagu popular: Cinta Muka Buku Meminati: Justin Bieber Hobi: Bermain gitar Pencapaian tertinggi: Layak ke final AJL 26 Erti populariti bagi Najwa: Merupakan satu platform untuk orang ramai lebih mengenali seseorang artis, tetapi mahu elak daripada terlalu hanyut dengan populariti. Seorang lagi artis muda yang dilihat mempunyai potensi sangat besar untuk pergi lebih jauh industri seni, Najwa Latif juga sebenarnya boleh berbangga dengan pencapaian yang diraihnya pada tahun ini. Sebagai contoh, lagu berjudul Untuk Dia yang dinyanyikan secara duet bersama kumpulan duo Sleeq mencatatkan kejayaan luar biasa apabila klip video lagu berkenaan telah ditonton sebanyak 10 juta kali di laman YouTube. Namun begitu, kariernya sebagai penyanyi sedikit terhalang pada tahun ini apabila dia mengambil keputusan untuk berehat sejak April lalu kerana mahu membuat persediaan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. "Sepanjang tempoh berehat semalam tujuh bulan saya memang tidak mengambil satu pun tawaran persembahan kerana tidak mahu fokus terhadap pelajaran akan terganggu. "Cuma pada setiap hari Sabtu saya akan menghadiri kelas gitar untuk mengasah lagi skil bermain gitar. Menerusi kelas tersebut juga saya berkesempatan menyanyi untuk melepaskan gian," ujarnya. Bagaimanapun, penyanyi kelahiran Batu Pahat yang baru berusia 17 tahun itu tetap berpuas hati kerana beberapa buah lagu nyanyiannya seperti Untuk Dia dan Adamu mendapat sambutan baik daripada peminat. "Jika sebelum ini kebanyakan lagu yang dihasilkan oleh saya dan kakak agak ringan dan sesuai untuk golongan remaja, tetapi lagu Adamu yang berunsur ketuhanan turut diminati. "Melihat kepada keadaan ini kami sudah merancang untuk menghasilkan lagu-lagu yang lebih matang pada masa akan datang dan berharap ia diminati oleh pendengar, "ujarnya. Menceritakan tentang perancangan untuk tahun 2013, Najwa memberitahu dia bakal melahirkan album kedua dan kini sedang mencari material untuk dimuatkan dalam album tersebut. Selain itu, dia juga merancang untuk mengadakan persembahan di beberapa buah negeri seperti Kelantan, Terengganu, Singapura dan Brunei. sebagai salah satu program siri jelajahnya yang akan bermula pada tahun hadapan. "Apabila keputusan SPM keluar nanti saya sudah membuat keputusan untuk menyambung pelajaran sama ada di universiti tempatan atau kolej swasta, tetapi pada masa sama saya akan tetap meneruskan karier nyanyian, "jelasnya. | |||||
| Posted: 27 Dec 2012 03:37 PM PST UNIK...barisan finalis AJL27 ketika dibawa berarak dengan bas dua tingkat atas bumbung di sekitar bandar Ayer Keroh. Insiden terbabit terlihat beberapa minit selepas finalis AJL27 tiba dari Kuala lumpur untuk menjayakan Jelajah AJL27 bertemakan Rasai kehangatan Ekspresi Seni di Kompleks Melaka Mall, Ayer Keroh, Melaka, petang Ahad lalu. Difahamkan, peminat berkenaan terpaksa diberi bantuan kecemasan dengan alat pernafasan oleh kakitangan paramedik yang ada. Ia dikatakan berpunca daripada terlalu ramai peminat yang datang dan mengerumuni ruang depan pentas. Semuanya gara-gara ribuan penonton mahu melihat persembahan artis finalis AJL27 seperti Stacy, Black & Rapper Jambang (RJ), Aweera Mojo, One Nation Emcees (ONE) & Jimmy Palikat, Azlan & Typewriter, Amir Jahari dan Hazama. Mimie ONE ketika ditemui Rap terkejut apabila mendengar berita ada peminat yang pengsan pada petang itu. "Panik sekejap kami dibuatnya, maklum sajalah keadaan ini jarang berlaku dalam mana-mana konsert promosi jelajah hingga ada peminat yang pengsan. Namun syukurlah keadaan kembali pulih dan konsert tetap diadakan seperti mana yang dirancangkan. "Keadaan ini membuktikan AJL memang gah dan ia acara yang paling ditunggu-tunggu peminat hiburan. Memandangkan hanya satu program promosi jelajah diadakan, tidak hairanlah ramai peminat di Melaka yang turun pada hari ini," katanya. Sebelum itu, artis yang terbabit ke Melaka diarak mengelilingi bandar Ayer Keroh bersama wakil media dan kru AJL27 dengan bas klasik dua tingkat yang tidak berbumbung. Masing-masing gembira kerana ia peluang untuk mengambil angin di sekitar bandar itu memandangkan sudah lama tidak berkunjung ke Melaka. Bagi Amir Jahari, selaku finalis yang pertama kali bertanding untuk AJL, dia sungguh terharu melihat ribuan peminat datang dengan besar hati. "Pertamanya, saya bersyukur kerana pihak Media Prima Berhad sudi mengundang saya bersama rakan artis untuk datang ke Melaka. Memang sambutan sungguh hangat di sini dan ternyata orang Melaka sangat 'sporting'. "Bagi saya, promosi jelajah sebegini adalah cara terbaik bagi TV3 membawa finalis AJL27 bertemu peminat masing-masing," kata Amir yang juga artis pertama yang membuka tirai pertandingan jelajah itu dengan lagu ciptaannya, Tanpamu. Bagi Black pula, dia sungguh seronok dapat ke Melaka lagi dan kali ini bergandingan bersama RJ untuk lagu Teman Pengganti. "Sambutan sungguh hebat di sini. Apabila datang ke Melaka saya terasa lain mungkin ia masih ada aura bandar raya bersejarah. Bagi saya sejarah Melaka juga ada kaitan dengan sejarah seni di negara kita. "Apatah lagi ini kali pertama kami merasa dibawa menaiki bas dua tingkat untuk mengambil angin dan sampai ke lokasi konsert, saya rasa agenda yang disusun cukup unik. "Apa yang penting, kami berkongsi pengalaman baru bersama peminat yang tidak henti-henti mahu bergambar dan menandatangani autograf. Saya rasa empat jam macam pantas dan tidak cukup!" ujarnya. Bagi Jimmy Palikat yang bergabung dengan ONE, dia sangat terharu dapat menyampaikan lagu Anak Kampung, Sayang Kinabalu, Cek Mek Molek & Goyang Inul. "Sejak menjadi artis, inilah kali pertama saya menjayakan konsert jelajah AJL," kata Jimmy. Hazama pula antara artis paling sibuk melayan kerenah peminat sebelum mendendangkan lagu Simetri dan Majnun. Rakannya, Aweera Mojo, tampil menghiburkan peminat dengan lagu Gemuruh dan Andai Ku Bercinta Lagi. "Saya bangga kerana pencapaian Mojo memberangsangkan selepas ditubuhkan setahun lalu. Saya akui masih mentah dan banyak perlu dipelajari kerana nama Mojo masih cukup gah seperti mana artis 'senior' lain. "Peluang berada dalam jelajah AJL27 saya manfaatkan dengan sebaik-sebaiknya. Sekalipun perasaan gemuruh ada, saya sangat teruja untuk bersaing bersama 11 finalis lain pada pada 6 Januari depan. Saya harap pertaruhan Mojo dengan muzik 'synth-rock' dapat diterima peminat," katanya. Penampilan Stacy antara yang menarik perhatian peminat remaja. Beberapa peminat tidak melepaskan peluang menari bersama artis terkenal dengan tarian lincah itu sewaktu dia menyampaikan lagu Pelangi Senja dan Kasanova. Petang itu tubuh Azlan nyata dibasahi peluh gara-gara melayan peminat. Bagaimanapun, dia tidak kurang hebatnya melontarkan vokalnya menerusi lagu Tanda Tanya dan Idola. "Selalunya saya muncul sebagai artis jemputan dalam AJL. Sekarang saya dan Typewriter pula akan bersaing dan sudah tentu kami mahu memberi persembahan terbaik. "Latihan rapi akan dibuat beberapa hari sebelum final. Kami masih memikirkan cara terbaik menonjolkan konsep persembahan dengan 'props' yang sesuai. "Apapun, sasaran utama kami adalah menonjolkan genre rock kami. Saya gembira kerana dibantu barisan pemuzik yang matang," katanya. | |||||
| Naib Juara Vokal 2, Mar Utamakan Sabah Untuk Cipta Nama Posted: 27 Dec 2012 03:35 PM PST Mar mahu mengukuhkan namanya sebagai penyanyi di negeri kelahiranya, Sabah. Mar atau nama sebenarnya Marlleynney Fane J.L Paul,25, berkata, dia ingin membalas jasa-jasa peminatnya yang menghabiskan wang mengundinya sepanjang menyertai program realiti itu. "Memang ramai yang suruh saya berpindah ke KL bagi memudahkan kerja-kerja nyanyian saya nanti. "Tetapi apabila difikirkan, biarlah saya berbakti kepada negeri kelahiran saya dahulu. Lagipun pasaran di sana juga amat bagus dan peminat-peminat tidak pernah berbelah bahagi menyokong penyanyi Sabah. "Saya percaya, di mana kita berada sekali pun, jika ada usaha dan strategi yang tersendiri, maka kejayaan akan menyebelahi kita," katanya. Mar berharap agar dia tidak menjadi seperti sesetengah penyanyi realiti Sabah lain yang hanya popular untuk sementara waktu dan kemudiannya terus terkubur. "Tidak semua penyanyi realiti Sabah yang terus tenggelam daripada bidang nyanyian kerana peminat-peminat negeri kami masih lagi menyokong mereka. "Namun, saya harap, langkah pertama saya selepas keluar daripada Vokal 2 tidak akan berhenti di tengah jalan sebaliknya akan terus maju ke depan dalam bidang yang saya sayangi," tuturnya. Dalam pada itu, selain bakal mempromosikan single lagu terbarunya berjudul Maafkanlah Cinta ciptaan Ajai, dia juga merancang untuk muncul single seterusnya selepas ini. Sementara itu, Mar berhasrat ingin menggunakan wang kemenangannya sebanyak RM30,000 itu untuk mengubah suai kediaman keluarganya. Dalam pertandingan Vokal 2 yang disiarkan di TV3 pada Rabu lalu, Uchop atau nama sebenarnya Mohmad Yusof Ahmad, 28, terpilih sebagai juara dan memperoleh wang tunai sebanyak RM100 ribu. | |||||
| Faezah Elai Bimbang Dugaan Sakit Ketika Bersalin Posted: 27 Dec 2012 03:34 PM PST Faezah ElaiFaezah atau nama sebenarnya Noor Faezahh Elai berkata, dia risau dengan kesakitan yang bakal dialami lebih-lebih lagi selepas bertanya kepada rakan-rakannya yang berpengalaman melahirkan anak. "Saya tak boleh bayangkan bagaimana nak bersalin nanti. Hampir setiap hari saya tanya kepada rakan-rakan yang dah berpengalaman melahirkan anak dan ia membuatkan saya lebih takut dan tak senang duduk. "Malah saya membaca pelbagai buku untuk ibu mengandung sebagai persediaan proses kelahiran nanti. "Selain itu saya turut menghadiri ceramah-ceramah anjuran rakan saya sendiri untuk bakal-bakal ibu. Harap-harap tiada kesulitan yang akan berlaku nanti, Insya-Allah," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Khamis. Dalam pada itu Faezah turut mengakui dia sudah mula rasa rindu untuk kembali berlakon dan tidak sabar untuk kembali beraksi pada April ini. Selain itu, isteri kepada pengarah drama Heykal Hanafiah itu bersyukur 'kehilangannya' buat sementara waktu tidak menjejaskan popularitinya lebih-lebih lagi dia bakal muncul dengan filem Tanda Putera dan KL Zombie pada tahun depan. Sementara itu, Faezah bakal membuka sebuah kafe di sekitar Sungai Buloh, dekat sini pada 2013 hasil daripada wang simpanannya sepanjang bergelar pelakon dengan menghabiskan modal lebih kurang RM50,000. "Sebenarnya, kafe itu dibuka khas buat ibu dan ayah di mana mereka akan menguruskannya. "Sebelum ini mereka pernah ada restoran di Pulau Pinang tetapi telah pun ditutup selepas berpindah ke sini (Kuala Lumpur). "Ini juga adalah salah satu cara saya menghargai jasa-jasa mereka," ujar pelakon berusia 30 tahun itu. | |||||
| Kenangan 2012: Runtuhnya Bahtera Dalam Rumah Tangga Posted: 27 Dec 2012 03:33 PM PST Sasha bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 10 Julai lalu dengan talak satu selepas lima tahun berkahwin.Rumah tangga yang dibina oleh sebahagian selebriti kita tidak mampu bertahan lama. Ada di antaranya belum sampai setahun melayari bahtera itu. Itulah dinamakan takdir. Jodoh, ajal dan maut tiada siapa yang dapat menolaknya. Bahagia Hattan hanya dua bulan Penyanyi yang popular dengan lagu Bisa Bonar, Datuk Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin, 48, melafazkan talak satu terhadap isterinya Farah Asyikin Othman di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 12 Januari 2012. Mereka bernikah pada 11 November 2011. Sepanjang dua bulan berkahwin, terdapat masalah yang akhirnya menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk berpisah secara baik. Hattan sebelum ini pernah berkahwin tetapi jodohnya tidak panjang selepas dikurniakan seorang anak lelaki, Adam Eiman yang berusia 13 tahun. Beliau menduda selama enam tahun sebelum berkahwin dengan Farah Asyikin. Sharifah Aleya & Ashraf punyai zuriat kembar Sesuatu yang amat bermakna terhadap perkahwinan Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid, 29, dengan Muhammad Ashraf Aasimidin, 32, apabila rumah tangga yang dibina pada 8 Disember 2007 membawa nikmat dengan zuriat kurniaan Allah. Hasil perkahwinan itu mereka memperoleh bayi perempuan kembar iaitu Aza Ameena dan Asha Ameena yang kini berusia tiga tahun. Tapi sayang, hubungan suami isteri itu tidak kekal lama apabila kedua-dua mereka mengambil keputusan untuk berpisah pada 29 Februari 2012. Ashraf melafazkan talak satu terhadap Aleeya di Mahkamah Rendah Syariah, Subang Bestari, Shah Alam, Selangor. Jimmy melakukan lafaz cerai secara khuluk iaitu tebus talak sebanyak RM1 terhadap Suhaila pada 10 Oktober lalu.Hasrat untuk kekal bahagia tidak terlaksana. Vokalis kumpulan Butterfly, Adda atau nama sebenarnya Nur Syuhada Baharuddin, 24, bercerai talak satu dengan Ridzuan Mohammad. Mereka bernikah pada 30 Mac 2012 tetapi sayangnya selepas 17 hari, rumah tangga mereka roboh. Ridzuan melafazkan talak satu terhadap Adda pada 17 April 2012 melalui satu panggilan telefon. Raja Azmi & Jalani Sidek berpisah selepas 28 tahun Angka 28 tahun bukannya satu jumlah yang singkat. Tapi apakan daya jika setakat itu sahaja jodoh di antara Raja Azmi Raja Sulaiman, 53, dengan bekas jaguh badminton negara Jalani Sidek, 49. Pasangan itu bernikah pada 22 Disember 1984 dan mengambil keputusan bercerai pada 27 Jun 2012. Lafaz cerai dilakukan Jalani atau nama sebenarnya Mohamed Jalani Mohamad Sidek di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur dengan talak satu. Tarikh 27 Jun itu juga merupakan tarikh ulang tahun kelahiran Raja Azmi yang ke 53 tahun. Hasil perkahwinan mereka, kedua-dua pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Puteri Suraya, 27, Puteri Suaida, 23, dan Megat Deli, 18. Ana Dahlia dan Chef Riz mempunyai sebab tersendiri merahsiakan kemelut rumah tangga mereka.Bekas penyanyi Elite iaitu Sasha Saidin, 36, berjaya menyembunyikan kemelut rumah tangganya dengan Salyo Priyanto, 37, yang dibina selama lima tahun. Pasangan itu bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 10 Julai 2012 dengan talak satu. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak iaitu Adam Aryasenna yang kini berusia tiga tahun. Ia merupakan perkahwinan pertama buat Salyo dan kedua untuk Sasha. Sasha pernah bernikah dengan Jason Skinner atau Johan Abdullah Skinner pada 21 Jun 2003 di Masjid Central Park, London. Sham (Kamikaze) & Farazila lakukan "muasyarah" Bekas anggota kumpulan Kamikaze iaitu Shamri Mohd Salleh, 36, atau Sham tidak lagi bergelar suami kepada Fazila Abdul Jabar, 31, sejak 1 September 2011. Pada akhir bulan Ogos lalu, Farazila telah memfailkan cerai terhadap Sham kerana sudah tiada persefahaman. Bagaimanapun Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam yang mendengar permohonan itu menjelaskan rujuk perbuatan yang dilakukan pasangan tersebut selepas lafaz cerai dibuat adalah tidak sah mengikut mazhab Syafie. Mereka juga telah melakukan "muasyarah" iaitu yakin hidup sebagai suami isteri tetapi pernikahan berkenaan sebenarnya sudah terbatal. Mereka juga ditegur kerana tidak melaporkan kepada mahkamah ketika lafaz cerai dibuat sebelum ini. Pasangan berkenaan bernikah pada 17 Ogos 2008 dan pada 30 Ogos 2012, mereka sudah tinggal secara berasingan. Raja Azmi dan Jalani berpisah selepas 28 tahun berkahwin.Perkahwinan yang penuh dengan kontroversi. Itulah rentetan hidup pelakon Jimmy Shanley Norjahan Salleh, 33, dengan anak jutawan kosmetik produk Natasya iaitu Nursuhaila Eliani Suhaimy, 26. Jimmy melakukan lafaz cerai secara khuluk iaitu tebus talak sebanyak RM1 di hadapan Hakim Syarie, Abd Halim Abu Samah di Mahkamah Rendah Syariah, Petaling Jaya, pada 10 Oktober 2012. Jimmy dan Nursuhaila diijabkabulkan pada 1 Oktober 2010 dengan hantaran sebanyak RM31,186 yang diambil bersempena tarikh lahir Nursuhaila yang jatuh pada 31 Januari 1986 Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Zahrah Shanley yang berusia lebih setahun. Punca Dirahsiakan antara Ana Dahlia & Chef Riz Pelakon Ana Dahlia dan Chef Riz mempunyai sebab tersendiri untuk merahsiakan kemelut rumah tangga mereka. Kedua-dua pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2011 tetapi pada 10 Disember 2012, Chef Riz atau Mohd Nadzri Redzuawan, 31, secara rasmi menceraikan Ana Dahlia dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah, Kajang. Ana Dahlia atau nama sebenarnya Diyana Mastura Jaafar , 29, dan Riz telah diijabkabulkan di Taiping, Perak, pada 11 Disember 2011 Ia merupakan perkahwinan kedua buat Ana. | |||||
| Bayaran Program TV Ikut Standard RTM Pada 2013 Posted: 27 Dec 2012 03:32 PM PST Kamaruddin pada Isnin lalu mengesahkan semua stesen TV di negara ini wajib mengikut harga pembelian program digunapakai Radio Televisyen Malaysia (RTM).Ketua Setiausaha (KSU) KPKK Datuk Seri Kamruddin Siaraf berkata, perkara itu akan berkuat kuasa pada tahun hadapan selepas pihaknya meneliti rayuan Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) berhubung bayaran yang masih rendah di stesen TV swasta. "Kita akan kekalkan (pembelian program) mengikut harga RTM. Kadar ini akan diguna pakai untuk Astro dan TV3 (Media Prima) mulai tahun hadapan," katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini. Menerusi pelarasan harga itu, sebuah telefilem akan dibeli stesen penyiaran dengan kadar antara RM100,000 hingga RM110,000, drama bersiri 60 minit (RM40,000 - RM45,000), drama 30 minit (RM20,000) dan program berbentuk majalah TV (RM22,000 - RM25,000). Sementara itu Pengerusi PTVM Jurey Latiff Rosli berkata, pihaknya berharap pelarasan harga standard yang dipersetujui semua stesen TV itu dapat dilaksanakan dengan segera. "Kementerian sudah bersetuju untuk menyelaraskan harga program TV bagi semua stesen swasta iaitu Media Prima dan Astro mengikut kadar RTM mulai tahun depan. "Tetapi masih belum ada hitam dan putih untuk kita kuatkuasakan. Kita perlukan surat rasmi agar ia boleh dilaksanakan secepat mungkin," katanya. Jurey berkata, pelaksanaan harga baru itu perlu disegerakan agar penerbit dan penggiat seni menikmati kadar standard itu bagi tempoh pembelian program 2013. Jurey mewakili Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) menggesa kementerian mengeluarkan surat rasmi berhubung pelarasan harga agar dapat dilaksanakan segera."Jadi, kita minta pelaksanaan harga standard ini dilakukan segera agar penerbit dan penggiat dapat menikmati kadar baru itu untuk pembelian program bagi tayangan separuh tahun kedua 2013," katanya. Jelas beliau, pelarasan harga mengikut kadar RTM itu menunjukkan peningkatan sebanyak 11 peratus bagi harga pembelian program stesen Media Prima dan Astro berbanding sebelum ini. Sejak 1995, harga pembelian program TV dikeluarkan mengikut kehendak stesen televisyen masing-masing. Bagi sebuah telefilem, sebut harga di RTM adalah di antara RM100,000 hingga RM110,000, Media Prima (RM85,000 hingga RM89,000) dan Astro pula meletakkan harga RM80,000 hingga RM90,000. Untuk drama 60 minit pula, penerbit akan mendapat bayaran sebanyak RM40,000 hingga RM45,000 bagi RTM, Media Prima (RM35,000 hingga RM40,000) dan Astro (RM35,000 hingga RM40,000). Pada awal Mac lalu, PTVM meminta kerajaan mengeluarkan garis panduan kepada semua pemilik stesen TV di negara ini supaya dapat menyelaraskan kadar pembelian program-program TV yang tidak pernah berubah sejak tahun 1995. | |||||
| Posted: 27 Dec 2012 03:30 PM PST ANTIK...jubah Lara peplum dengan potongan berlisu bersama tudung Syria Suraya. Bukan saja rekaannya lebih moden malah ia disuai padan dengan fesyen serta gaya Muslimah terkini agar rekaannya lebih versatil. Potongannya diberi sentuhan moden tetapi masih menuruti ciri-ciri Muslimah manakala setiap rekaan boleh disesuaikan dengan pelbagai majlis dan aktiviti harian. Penggunaan perincian manik turut diperluaskan bagi memberikan lebih gaya kepada jubah polos sama ada dengan memberikan penekanan kepada bahagian leher, lengan atau baju itu sendiri. Mengetengahkan bentuk potongan kain beropol, berlisu dan kembang juga makin digemari kerana ramai yang inginkan rekaan berbeza sebagai koleksi harian. Terdapat 1,000 rekaan jubah dan blaus dihasilkan untuk pilihan penggemarnya dan setiap rekaan dihasilkan secara edisi terhad. Tiada pengulangan corak yang sama tetapi bentuk dan rekaannya masih dikekalkan bagi memberikan lebih gaya eksklusif kepada pelanggan. Sementara itu, jenis kain digunakan pula lebih tertumpu kepada kain lycra dan denim kerana ia lebih selesa dan terletak cantik pada tubuh apabila digayakan. Selain itu, butik fesyen terbabit turut menyediakan pilihan koleksi tudung yang menarik antaranya selendang, syria serta tudung sedia dipakai bersengkuap. Pelbagai rekaan tudung boleh dimiliki pada harga berpatutan menggunakan jenis kain lycra bercorak, lycra polos, syria bintik polka, syria sulam serta sifon. | |||||
| Posted: 27 Dec 2012 03:28 PM PST HULUR BANTUAN...mangsa banjir mengambil tilam dan bantal yang diagihkan. Nasharuddin Mohd Nor, 61, berkata, walaupun keluarganya hanya mendapat satu set tilam dan bantal, tetapi ia sudah cukup untuk meringankan beban yang ditanggung akibat bencana alam itu. "Memang tidak cukup, tetapi sumbangan ini sudah cukup meringankan beban. Banjir menyebabkan saya kerugian RM12,000. "Bagaimanapun, saya bersyukur kerana keluarga selamat," kata pesara kerajaan itu ketika ditemui selepas menerima bantuan berkenaan. Pusat Khidmat Rakyat DUN Teruntum menyediakan peruntukan RM4,000 untuk program terbabit dan sumbangan disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teruntum, Datuk Chang Hong Seong. Hadir sama, Timbalan Ketua Umno Bahagian Kuantan, Datuk Abdul Hamid Mohd Nazahar. "Bukan saja tilam dan bantal, tetapi kami akan berusaha membekalkan dapur serta gas memasak kerana mereka tidak boleh menyediakan makanan dan minuman disebabkan peralatan dapur sedia ada sudah rosak akibat banjir. | |||||
| Posted: 27 Dec 2012 03:27 PM PST TAK MAMPU...Salmiah dan keluarga menyewa bilik di Flat Pandan Jaya. "Bagi mengelak berfikir mengenai makan, kami keluar bermain bersama rakan dan hanya akan balik ke rumah untuk minum air saja. Masuk hari ini, sudah dua hari kami tak makan," kata seorang daripada adik-beradik terbabit, Mohd Shahmin Azli Zul, 9. Mohd Shahmin bersama ibu, Salmiah Md Salleh, 40, lima beradik kandung dan seorang adik angkat kini tinggal dalam sebuah bilik kecil yang disewa di Flat Pandan Jaya, di sini. Salmiah berkata, kedaifan hidup selepas dia dan suaminya berpisah pada 2008 menyebabkan dirinya tidak mampu menyediakan keperluan yang sempurna untuk enam anak kandung dan seorang anak tirinya yang berusia tiga hingga 16 tahun. Menurutnya, hasil perkahwinan dia dan suami dikurniakan lapan anak, namun selepas perceraian, suami mengambil dua daripada anak untuk dijaga manakala enam lagi di bawah tanggungannya, selain seorang anak angkat. | |||||
| Paling pengotor, warga asing dikompaun buang sampah Posted: 27 Dec 2012 03:18 PM PST Ops Anti Litter yang dijalankan DBKL menumpukan lokasi tumpuan warga asing. Buktinya, 70 peratus daripada 6,189 kompaun dikeluarkan DBKL, menerusi 161 operasi dijalankan, dikenakan ke atas warga asing, terdiri daripada Myanmar, Nepal, Bangladesh dan Indonesia. Pengarah Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Mohd Saufi Mohamad, berkata, operasi dilaksanakan DBKL menumpukan kawasan 'kegemaran' warga asing untuk berkumpul, khususnya ketika cuti umum. Menurutnya, operasi dibuat setiap tiga kali seminggu di Jalan Silang (hadapan Mydin dan Kota Raya), Jalan Tun Tan Siew Sin, Jalan Bukit Bintang, dan Jalan Pudu. "Tindakan dibuat ke atas kesalahan membuang sampah seperti puntung rokok, dan juga meludah di tempat awam. Kompaun sebanyak RM30 dikenakan serta merta. "Sepanjang pemantauan dan tindakan yang dijalankan, kesalahan didapati banyak dilakukan oleh warga asing," katanya kepada Sinar Harian. Bagaimanapun, terdapat juga tindakan yang dikenakan ke atas warga tempatan yang kurang kesedaran siviknya. "Terdapat kes di mana, apabila penguatkuasa mengenakan kompaun kerana membuang puntung rokok, DBKL dikatakan sengaja mencari kesalahan mereka. "DBKL memandang serius hal ini dalam usaha memastikan bandaraya Kuala Lumpur lebih bersih," katanya. Untuk rekod, sebanyak 3120 kompaun dikeluarkan sejak Januari hingga Disember 2012 bagi kesalahan membuang sampah di tempat awam, dengan jumlah kutipan bayaran sebanyak RM195,278. Manakala, bagi kesalahan meludah di tempat awam, sebanyak 3069 kompaun dikeluarkan dengan jumlah kutipan bayaran sebanyak RM150,450. Kedua-dua kesalahan itu diperuntukkan di bawah 47(1) a Akta Jalan Parit dan Bangunan Bagi Kesalahan Membuang Sampah di Tempat Awam 1974, dan Undang-Undang Kecil Larangan Meludah (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1991. | |||||
| Gadis cuba terjun selepas kelar tangan Posted: 27 Dec 2012 03:10 PM PST Pihak bomba memujuk gadis Vietnam yang cuba terjun dari tingkat tiga Apartment Casaria, Taman Maluri, Cheras. Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, orang awam yang berada berhampiran lokasi bertindak menghubungi bomba sebaik melihat tindakan gadis berusia dalam lingkungan 20-an duduk di birai tingkap unit rumahnya dalam keadaan murung. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pudu, Suhaimi Mahmood, berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 2.56 petang sebelum tiga jentera termasuk jentera Turn Table Ladder (TTL) Magirus, dari Balai Pudu dan Hang Tuah bergegas ke lokasi. Menurutnya, pihak bomba yang tiba tujuh minit kemudian bertindak memasang beg udara sebagai persediaan mengelakkan kecederaan teruk pada gadis itu sekiranya dia terjun. "Dalam masa sama kita berusaha memujuknya dengan memasuki unit rumahnya. Ketika dia leka berbual-bual dalam usaha memujuk, pihak bomba bertindak menariknya ke dalam rumah. "Kita mendapati dia mengelar kedua-dua pergelangan tangannya dipercayai menggunakan pisau yang ditemui. Bagaimanapun, tidak dipastikan mengapa dia bertindak demikian," katanya kepada Sinar Harian. Seramai 17 anggota terlibat dalam operasi menyelamat itu, termasuk Unit Motosikal Gerak Cepat (RIM) dan Unit Emergency Medical Rescue Service (EMRS) bomba. Usaha menyelamat yang hanya mengambil masa 11 minit itu turut menarik perhatian orang awam yang berada di lokasi berhampiran. Gadis tersebut dipercayai tinggal bersama beberapa teman serumah yang lain, namun ketika kejadian tiada penghuni lain yang berada di rumah. Dia dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk rawatan lanjut. | |||||
| Halle Berry rai Krismas di Paris Posted: 27 Dec 2012 03:06 PM PST
PEMENANG anugerah Oscar, Halle Berry, 46, telah menghabiskan cuti Krismas dengan penuh romantik bersama tunangnya aktor Perancis, Olivier Martinez di kota Paris. Berry kelihatan santai dengan Martinez berjalan-jalan sekitar kawasan kejiranan Saint-Germain-des-Pres dan melihat beberapa gereja tempatan di situ. "Percutian itu bagi melepaskan tekanan selepas apa yang berlaku kepada dirinya," ujar sumber kepada laman portal US Weekly. Selepas berlaku pelbagai pertelingkahan berkaitan kehidupan Berry, dia telah membuat pilihan untuk berehat seketika di Paris. Sebelum ini, Berry juga terpaksa menangguhkan perancangan untuk melangsungkan perkahwinan Martinez kerana memberikan tumpuan pada perbicaraan kes hak penjagaan anaknya, Nahla Ariela Aubry, 4. Ariela merupakan anak hasil hubungan Berry sebelum ini dengan bekas kekasihnya, model Gabriel Aubry. Berry dikatakan bersedih selepas pertikaian hak penjagaan anaknya itu tidak berpihak kepada dirinya selepas Aubry memfailkan bantahan bagi menghalang rancangan Berry untuk berpindah ke Perancis kerana tindakan itu akan membataskan peluangnya bertemu dengan anak kecil itu. | |||||
| Bandung Jokers mahu fasih bahasa Melayu Posted: 27 Dec 2012 03:05 PM PST ![]() BANDUNG JOKERS gagal untuk meneruskan langkah ke peringkat final. SETELAH tiada penyingkiran yang dilakukan pada minggu kelima, saingan Maharaja Lawak Mega 2012 (MLM 2012) yang berlangsung minggu lalu menyaksikan kumpulan Bandung Jokers gagal meneruskan saingan. Melihat kepada persembahan peserta kumpulan yang berasal dari Bandung, Indonesia itu, sudah dapat dijangka jodoh mereka bersama rancangan tersebut tidak bertahan lama. Dengan tema rancangan TV yang ditetapkan pada minggu tersebut, Bandung Jonkers yang memilih untuk meniru rancangan Betul Ke Bohong bagi aksi komedi mereka ternyata gagal memikat juri dan penonton. Walaupun terpaksa bekerja keras memandangkan sebelum saingan mereka sudah berada di kedudukan terbawah, namun usaha yang dilakukan tidak membuahkan hasil serta persembahan mereka juga kelihatan hambar. Dengan penyingkiran tersebut bermakna ia merupakan kali kedua mereka gagal ke saingan akhir setelah percubaan pada musim pertama turut menerima nasib yang sama ketika bertanding dengan menggunakan nama Bawel tahun lalu. Salah seorang anggota kumpulan Bandung Jokers, Amin yang ditemui sewaktu sidang akhbar berkata, mereka bertiga akur dengan penyingkiran tersebut dan mengakui saingan daripada kumpulan lain amat sengit. "Meskipun tidak dapat lagi meneruskan saingan dalam pertandingan ini, tetapi ia sudah cukup membuatkan kami berasa bangga. Penyingkiran ini bukan bermakna kami sudah gagal kerana ia memberikan semangat untuk berusaha dengan lebih gigih lagi. "Apa yang perlu dilakukan sekarang kami akan mempertingkatkan lagi prestasi dan kualiti komedi yang dipersembahkan. Berpeluang menyertai pertandingan ini telah memberikan pengalaman yang sangat berharga," jelasnya yang terpaksa akur dengan penyingkiran kumpulannya itu. Ketika ditanya sama ada mereka akan menyertai lagi pertandingan MLM pada masa akan datang setelah dua kali gagal, Amin menyatakan mereka tidak mahu mengalah dan sedia menyahut cabaran sekiranya kembali bertanding. ![]() LAWAK kumpulan Boboi semakin menyerlah. Menurutnya, jika berpeluang dapat kembali menyertai MLM pada musim yang seterusnya, mereka berazam untuk lebih bersedia dengan persembahan yang lebih bermutu dan menghiburkan. "Bahasa merupakan salah satu faktor yang membuatkan kami sukar untuk bersaing. Jadi, salah satu langkah yang akan kami lakukan adalah belajar bahasa Melayu sehingga fasih supaya penonton lebih mudah memahami persembahan yang ditampilkan," ujarnya. Sementara itu, secara keseluruhannya kumpulan Jambu yang dianggotai oleh Yus dan Taukeh dilihat sebagai peserta yang paling menonjol pada saingan minggu keenam. Bagaimanapun, kumpulan Jozan masih terus mengungguli carta teratas dengan markah sebanyak 16 peratus dan diikuti Jambu (14 peratus), Shiro (13 peratus), Saywho (13 peratus), Boboi (12 peratus), Sabon (11 peratus), R2 (11 peratus) dan Bandung Jonkers (10 peratus). Tiada tarikan Mengulas lebih lanjut mengenai penyingkiran Bandung Jonkers, salah seorang juri tetap iaitu Najip Ali menjelaskan mereka tidak mempunyai sebarang tarikan tersendiri sehingga menyebabkan tidak ramai yang mengundi mereka. Berbanding dengan peserta lain seperti Jozan, Jambu, Saywho dan Boboi yang kelihatan semakin menyerlah setiap minggu, kumpulan tersebut juga masih lagi tercari-cari bentuk persembahan yang mampu memikat juri dan penonton. "Memandangkan pertandingan ini sudah memasuki minggu keenam, setiap peserta semakin bekerja keras untuk menampilkan persembahan yang lebih menarik dan bermutu, kecuali Bandung Jonkers masih di tahap yang sama tanpa sebarang peningkatan," jelasnya lagi. Salah seorang lagi juri tetap iaitu Awie pula terus mengingatkan para peserta terutama yang berada di atas supaya tidak berada dalam zon yang selesa. Ujarnya, dia menganggap semua peserta yang bertanding dalam MLM 2012 merupakan pelawak yang terbaik dan menganggap setiap penyingkiran yang berlaku sebagai adat pertandingan. "Tidak bermakna peserta yang tersingkir itu menandakan mereka tidak bagus dan saya mahu melihat kebangkitan peserta yang kini sedang berada di kedudukan paling bawah untuk persembahan minggu hadapan," ujarnya. | |||||
| Bapa dijel 30 bulan dera 3 anak Posted: 27 Dec 2012 03:04 PM PST ![]() NORDI (berkaca mata) dipenjara 10 bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas tuduhan mendera tiga anaknya, Safiza Fitri (kanan), Nurmasyita Amiera (depan) dan Muhammad Nurhan baru-baru ini. JOHOR BAHRU – Seorang bapa yang pernah mendapat simpati ramai melalui kisah empat anaknya dilarikan bekas isteri ke Lampung, Indonesia sebelum tiga daripadanya berjaya dibawa pulang, dihukum penjara 30 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan mendera tiga zuriatnya itu minggu lalu. Majistret Mohd. Azlan Shah Mohd. Allias memerintahkan Nordi Ali, 57, menjalani hukuman tersebut selepas mengambil kira pengakuan bersalah tertuduh. Beliau memerintahkan setiap pertuduhan dikenakan hukuman 10 bulan penjara dan memutuskan supaya ia berjalan serentak bermula dari tarikh dia ditangkap pada 21 Disember lalu. Ini bermakna, pengawal keselamatan itu hanya menjadi penghuni tirai besi selama 10 bulan sahaja. Mengikut kesemua pertuduhan, Nordi didakwa mencederakan Nurmasyita Amiera, 8; Nurul Safiza Fitri, 11, dan Muhammad Nurhan, 9, di rumah mereka di No. 07-03, Jalan Dataran 2/8, Flat Taman Kempas di sini antara pukul 6 pagi hingga 6 petang, 21 Disember lalu. Nordi didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama yang membawa hukuman denda RM20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Terdahulu, Nordi mengaku salah apabila memukul anak-anaknya menggunakan batang paip PVC dan tali pinggang. "Saya hanya berniat untuk mendidik anak-anak. Saya bimbangkan mereka kerap keluar rumah tanpa pengetahuan dan tidur di rumah jiran yang ada anak lelaki," katanya. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Goh Sze Han dan Mohd. 'Afif Ali manakala tertuduh tidak diwakili peguam. | |||||
| Posted: 27 Dec 2012 03:03 PM PST ![]() ORANG ramai kini lebih mudah untuk melaporkan sesuatu kes apabila PDRM memperkenalkan sistem membuat laporan dalam talian tahun depan. – Gambar hiasan. SABAK BERNAM – Bermula tahun depan, orang ramai boleh membuat laporan polis secara dalam talian melalui portal laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tanpa perlu ke balai polis, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. Beliau berkata, portal laporan dalam talian itu kini dalam peringkat akhir penyediaan, diperkenalkan oleh PDRM bagi memudahkan orang ramai membuat sebarang laporan kepada pihak berkuasa itu pada bila-bila masa sahaja. "Ini merupakan satu lagi usaha PDRM untuk memudahkan orang ramai serta menjamin keselamatan mereka. Mereka boleh buat laporan di mana sahaja mereka berada hanya dengan menggunakan internet," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Program Kesedaran Jenayah Peringkat Sabak Bernam di sini semalam. Khalid berkata, portal itu sedang dibangunkan oleh Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan dijangka boleh digunakan bermula tahun depan. Beliau berkata, beberapa perkara juga sedang diteliti termasuk menilai dari aspek perundangan dan keberkesanannya termasuk cara memastikan kesahihan laporan yang diterima. "Kita yakin portal laporan polis dalam talian ini akan memudahkan orang ramai kerana kini majoriti masyarakat menggunakan gajet dan telefon pintar yang mempunyai capaian internet selain ia menjimatkan masa," katanya. | |||||
| Posted: 27 Dec 2012 03:01 PM PST KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengumumkan kontrak seramai 45,000 kakitangan awam yang berstatus perkhidmatan kontrak akan disambung enam bulan lagi. Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kontrak mereka akan diperbaharui mulai 1 Januari hadapan sehingga hujung bulan Jun nanti. "Kita ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas kebenaran ini, kesemua mereka akan mendapat surat penyambungan kontrak tidak lama lagi," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Kongres di sini semalam. Beliau mendapat keputusan itu dalam minggu ini dan pengumuman itu akan memberi harapan baharu kepada 45,000 kakitangan kerajaan yang bimbang dengan masa depan mereka ekoran kontrak bakal ditamatkan pada hujung tahun ini. Omar juga meminta jasa baik kerajaan untuk membenarkan kakitangan kerajaan yang mempunyai rekod baik mengambil cuti tanpa rekod selama 10 hari. Katanya, selain itu, cuti tanpa rekod juga perlu diberi kepada ibu-ibu yang terpaksa menjaga anak yang sakit. "Setahun ada (cuti) 25 hari, kalau anak kena kuarantin 10 hari, kaum ibu kena ambil cuti 10 hari dan tinggal 15 hari sahaja, kalau tidak cukup cuti, kena ambil cuti tanpa gaji," katanya. | |||||
| Apek-Leuniey bernikah hari ini Posted: 27 Dec 2012 03:01 PM PST ![]() NUR EILUNIE menunjukkan kad majlis resepsi persandingannya dengan Khairul Fahmi di rumahnya di Pasir Pekan, Tumpat semalam. KOTA BHARU – Selepas melalui pelbagai episod kontroversi, penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, 23, dan gadis pilihannya, Nur Eilunie Natasha Jaafar, 21, akan diijabkabulkan hari ini. Majlis akad nikah Khairul Fahmi dan Nur Eilunie dijangka berlangsung di kediaman Nur Eilunie atau Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat pada pukul 10 pagi. Nur Eilunie ketika ditemui semalam, mengakui berdebar menanti detik pernikahannya dengan Khairul Fahmi atau Apek itu. "Semakin dekat hari pernikahan berlangsung, semakin berdebar hati ini. Saya rasa semua orang yang hendak berkahwin juga merasai debaran sebegini," katanya kepada Kosmo! semalam. Nur Eilunie turut memberitahu, dia sudah lebih seminggu tidak bersua dengan Apek dan hanya akan bertentang mata dengan jejaka itu pada hari pernikahan. "Sejak lebih seminggu lalu, saya tidak berjumpa dengan Apek kerana Apek menjalani latihan bola sepak di Pulau Pinang. Doakan majlis perkahwinan kami berjalan lancar," katanya. Kosmo! 22 November lalu melaporkan Apek bakal mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya, Leuniey pada 28 Disember ini pada majlis perkahwinan yang membabitkan kos RM300,000. Mereka akan mengadakan tiga majlis iaitu majlis resepsi pengantin perempuan di Hotel Renaissance, Kota Bharu pada 30 Disember diikuti persandingan di sebelah pengantin lelaki di rumah keluarga Apek di Kampung Chenang, Kota Bharu pada 5 Januari tahun depan. | |||||
| Tuntut rebat telefon pintar mulai Selasa ini Posted: 27 Dec 2012 03:00 PM PST KUALA LUMPUR – Belia yang berusia antara 21 dan 30 tahun boleh mula memohon rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G terpilih daripada pengedar berdaftar mulai Selasa ini. Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata, permohonan di bawah Pakej Komunikasi Belia itu boleh dibuat menerusi pendaftaran dalam talian di http://nbi.skmm.gov.my/. Skim itu berasaskan siapa cepat dia dapat dan khas bagi 1.5 juta belia yang layak mendapatkan telefon pintar itu selagi stok masih ada, katanya dalam satu kenyataan semalam. Mohamed Sharil berkata, belia yang layak menikmati rebat RM200 itu boleh membeli telefon pintar 3G terpilih berharga sehingga RM500 daripada pengedar terpilih dan ejen yang dilantik oleh penyedia perkhidmatan. "Tujuannya ialah untuk memperluaskan insentif itu merangkumi belia berpendapatan rendah yang masih belum menggunakan telefon pintar dan tidak mampu untuk menaik taraf telefon lama 2G mereka kepada telefon pintar 3G yang asas," katanya. | |||||
| Posted: 27 Dec 2012 02:58 PM PST KUALA LUMPUR – Dealmates.com, laman web jualan murah pantas utama di Malaysia, mencapai statistik pertumbuhan terbaik berbanding pesaing tempatan daripada segi tawaran produk dan trafik yang dijana pada dua suku sebelum ini. Semenjak Julai lalu, Dealmates telah menampilkan 700 unit produk secara purata sebulan dan menjadikannya sebagai laman jualan murah terpantas yang berada di senarai teratas dengan tawaran produk terbanyak kepada pelanggan . Tawaran utamanya ialah produk fesyen (39 peratus), elektronik dan peranti (24 peratus), produk kecantikan (14 peratus) dan keperluan rumah (13 peratus). Ketua Pegawai Eksekutif Dealmates, Erman Akinci berkata, laman web itu berkembang pesat selepas ia beralih daripada konsep belian berkumpulan kepada jualan murah pantas. Menurut beliau, perbezaan antara jualan murah pantas dengan pembelian dalam talian secara berkumpulan ialah pelanggan tidak perlu menunggu hingga tawaran itu diterima dan melaluinya tiada lagi konsep menunggu bilangan pembeli minimum. | |||||
| Paus finback terdampar di Queens Posted: 27 Dec 2012 02:54 PM PST ![]() PENDUDUK berjalan melintasi kawasan di mana ikan paus finback ditemui terdampar di Teluk Jamaica, Breezy Point, Queens pagi kelmarin. NEW YORK - Seekor ikan paus finback sepanjang 18.28 meter ditemui terdampar di Teluk Jamaica, Breezy Point, Queens pagi kelmarin, kata beberapa pegawai. Para penyelamat dari Yayasan Riverhead berkata, paus itu kelaparan dan bergelut untuk hidup. "Ia kelihatan amat kurus dan ini bukanlah situasi yang bagus," kata Pengarah Eksekutif yayasan itu, Rob DiGiovanni. Polis dan bomba terpaksa menggunakan hos getah untuk menyiram air ke atas ikan paus itu bagi memastikan ia terus hidup. Menurut Jabatan Pemuliharaan Alam Sekitar negeri, ikan paus finback merupakan spesies kedua terbesar selepas paus biru. Seekor ikan paus finback berukuran sepanjang 6.09 meter ketika lahir dan boleh membesar sehingga 21.3 meter panjang apabila dewasa. | |||||
| Ariel disiasat polis jalin hubungan dengan isteri orang Posted: 27 Dec 2012 02:53 PM PST
JAKARTA - Penyanyi kumpulan muzik Noah, Ariel (gambar) disoal siasat pihak polis kelmarin ekoran dakwaan dia menjalin hubungan dengan seorang pramugari, lapor akhbar dalam talian Kompas.com semalam. Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham, 31, dilaporkan disoal siasat selama lebih 90 minit di ibu pejabat polis Metro Jaya di sini. Pramugari berkenaan, Magdalena Awuy yang sudah bersuami dan mempunyai seorang anak didakwa berkenalan dengan Ariel sejak konsert jelajah kumpulan Noah di lima negara pada November lalu. Namun, bekas penyanyi kumpulan Peterpan itu menafikan dia menjalin hubungan dengan wanita tersebut dan mendakwa ada pihak sengaja menuduhnya. Berita hubungan sulit mereka mula tersebar di Internet pada 21 November lepas. Pada 31 Januari 2011, Ariel dihukum penjara tiga tahun setengah kerana terlibat dalam penerbitan pita video seks melibatkan wanita mirip dua selebriti Indonesia, Luna Maya dan Cut Tari. Dia dibebaskan dari Rumah Tahanan Kebon Waru, Bandung pada Julai lalu. | |||||
| Kuil berusia 3,000 tahun ditemui di Baitulmuqaddis Posted: 27 Dec 2012 02:51 PM PST ![]() TAPAK kuil purba yang ditemui di Tel Motza, Baitulmuqaddis kelmarin. TEL MOTZA, Israel - Beberapa ahli arkeologi Israel mendakwa telah menemui sebuah kuil dan patung-patung kecil keagamaan berusia kira-kira 3,000 tahun dan dipercayai wujud pada zaman empayar Judah, kata pihak berkuasa antikuiti negara itu kelmarin. Artifak itu ditemui di Tel Motza, di luar Baitulmuqaddis semasa kerja-kerja arkeologi dilakukan di hadapan sebuah kawasan pembinaan lebuh raya baharu di lokasi terbabit. "Struktur bangunan keagamaan yang ditemui amat luar biasa dan menarik," kata pengarah penggalian dalam satu kenyataan. Salah seorang pengarah penggalian, Anna Eirikh memberitahu agensi berita AFP, penemuan tersebut membuktikan terdapat amalan keagamaan ketika zaman empayar Judah. "Apa yang pasti semua patung kecil yang ditemui digunakan untuk tujuan keagamaan," katanya. Penemuan bertarikh 9 hingga 10 sebelum Masihi itu membuktikan terdapat kuil pertama dibina di kawasan Baitulmuqaddis. | |||||
| Kutipan box-office cecah RM33.1 bilion Posted: 27 Dec 2012 02:49 PM PST ![]() SATU adegan dalam filem Les Miserables yang dibintangi oleh Amanda Seyfried dan Eddie Redmayne. LOS ANGELES - Prestasi pecah panggung filem muzikal Les Miserables dan filem Django Unchained pada Hari Krismas lalu meletakkan kutipan tiket panggung wayang Hollywood bagi tahun ini meningkat kepada AS$10.8 bilion (RM33.1 bilion), kata firma Hollywood.com kelmarin. Filem Les Miserables dilaporkan memperoleh AS$18.2 juta (RM55.8 juta) di Amerika Syarikat dan Kanada apabila ia mula ditayangkan Selasa lalu. Filem Django Unchained yang dibintangi aktor Jamie Foxx and Leonardo DiCaprio pula meraih kutipan tiket sebanyak AS$15 juta (RM46 juta). "Beberapa studio filem tahun ini berusaha untuk mencipta rekod dengan catatan AS$10.8 bilion iaitu peningkatan sebanyak enam peratus berbanding tahun lalu," kata penganalisis Hollywood.com, Paul Dergarabedian. Filem The Hunger Games dan The Avengers turut membantu menambah pendapatan tahun ini. Sementara itu, filem The Hobbit: An Unexpected Journey mengaut AS$11.4 (RM34.9 juta) pada Krismas lalu selepas mendapat kutipan pecah panggung hampir AS$37 juta (RM113.4 juta) hujung minggu lalu. Berada di tempat keempat dan kelima ialah filem Parental Guidance dan filem lakonan Tom Cruise, Jack Reacher masing-masing memperoleh AS$6.4 juta (RM19.6 juta) dan AS$5.3 (RM16.2 juta). | |||||
| Reka bangunan ikonik bandar dunia Posted: 27 Dec 2012 02:48 PM PST
DUNIA mengenali Edison Arantes do Nascimento atau Pele sebagai seorang legenda bola sepak. Kemahiran dan kehebatannya beraksi di atas padang sememangnya dicemburui kawan dan lawan. Pele bukan sahaja berjaya mengangkat nama Brazil di pentas bola sepak dunia malah penyumbang kepada kejayaan pasukan negaranya menjulang Piala Dunia sebanyak tiga kali pada tahun 1958, 1962 dan 1970. Bagaimanapun, Brazil juga mempunyai seorang lagi legenda yang turut tidak kurang hebatnya, Oscar Niemeyer, seorang arkitek. Jika Pele dikurniakan kaki emas yang telah meledakkan ribuan gol sepanjang kariernya, Niemeyer pula memiliki tangan emas yang mempunyai sentuhan menakjubkan dan melangkaui imaginasi manusia. Namakan apa sahaja, bandar masa depan Brasilia, ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York dan ratusan bangunan ikonik di Rio de Janeiro, Sao Paulo, London, Paris dan Berlin, rekaannya sememangnya terkenal di seluruh dunia. Tidak hairanlah beliau diangkat sebagai salah seorang arkitek terhebat pada abad ke-20. Pada 5 Disember lalu iaitu 10 hari sebelum ulang tahun kelahirannya yang ke-105, Niemeyer disahkan meninggal dunia di Hospital Samaritano akibat jangkitan saluran pernafasan. Niemeyer dimasukkan ke hospital sejak 2 November lalu termasuk beberapa kali sepanjang tahun ini selepas menderita akibat penyakit buah pinggang, pneumonia dan penyahhidratan. Kematian beliau mengejutkan banyak pihak di dunia termasuk Presiden Brazil, Dilma Rousseff. Dalam kenyataannya Rousseff berkata, Niemeyer berjaya meletakkan apa yang dilihat sebagai mimpi kepada sebuah realiti. "Beliau seorang pejuang revolusi, mentor bagi seni bina moden pada hari ini iaitu kecantikan, logik dan seperti yang beliau sering takrifkan, kebolehan mencipta," katanya. Menyusuri kisah tokoh terhebat itu, Niemeyer atau nama sebenarnya, Oscar de Almeida Soares dilahirkan pada 15 Disember 1907 di Rio de Janeiro. Membesar dalam sebuah keluarga kelas atasan, beliau tidak pernah membayangkan dirinya bakal menjadi seorang arkitek biarpun meminati bidang lukisan sejak dari kecil. "Ketika bayi, ibu memberitahu saya sering menggerakkan jari ke udara seolah-olah sedang melukis. "Apabila saya berusia 10 tahun saya mula melukis dengan pensil. Saya akan melukis apa sahaja objek yang terlintas di depan mata," katanya. Selepas menamatkan pengajian di Barnabitas College pada tahun 1923, beliau mengahwini Annita Baldo, wanita dari Itali. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Anna Maria Niemeyer. Demi mengejar cita-citanya sebagai seorang arkitek, Niemeyer menyambung pelajaran di National School of Fine Arts dan berjaya memperoleh ijazah sarjana muda pada tahun 1934. Kariernya bermula selepas beliau bekerja di bawah firma Lucio Costa serta bekerjasama dengan Charles-Edouard Jeanneret-Gris atau lebih dikenali dengan nama penanya, Le Corbusier, arkitek terkenal Switzerland. ![]() KREATIVITI Niemeyer dalam menghasilkan setiap rekaannya membolehkan namanya tersenarai sebagai antara arkitek terhebat pada abad ke-20. Projek pertama Niemeyer ialah membina pejabat Kementerian Kesihatan dan Pendidikan Brazil yang kini menjadi mercu tanda di bandar raya itu. Tumpuan dunia Sebaik siap, ia menjadi bangunan awam pertama di Brazil yang mengetengahkan konsep moden dalam rekaan dan binaannya sehingga mencuri tumpuan masyarakat dunia. Pada tahun 1941, Niemeyer memulakan kariernya secara solo selepas ditugaskan merancang dan membangunkan kawasan baharu di Pampulha, pinggir bandar raya itu. Sejak itu, beliau mula dikenali dengan siri rekaan bangunan unik termasuk penggunaan konkrit berat dan kecenderungan terhadap konsep berkeluk yang dianggap masih baharu dalam teknologi pembinaan ketika itu. "Sudut kanan tidak menarik perhatian saya. Bukan juga garisan lurus, keras dan tidak fleksibel seperti yang sering kita lihat sebelum ini," katanya dalam memoir tulisannya, The Curves Of Time yang diterbitkan pada tahun 1998. "Apa yang menarik perhatian saya ialah rekaan yang bebas dan mempunyai bentuk. Ia mungkin berada di sekeliling kita tanpa disedari, misalnya bentuk gunung-ganang, ombak di lautan atau bahagian tubuh wanita yang kita sayangi." Status Niemeyer sebagai arkitek bertaraf dunia terserlah selepas beliau terpilih dalam pasukan khas yang bertanggungjawab mereka bentuk ibu pejabat baharu PBB di New York pada tahun 1953. Reka bentuk akhir bangunan itu dipilih berdasarkan ideanya, yang turut menerapkan beberapa elemen yang dipelajari daripada idola beliau, Corbusier. Pada tahun 1956, Juscelino Kubitschek, Presiden Brazil yang juga rakan baik Niemeyer, melantiknya sebagai ketua arkitek untuk merangka pembinaan Brasilia, sebuah metropolis moden yang bakal menjadi pusat pentadbiran kerajaan persekutuan menggantikan Rio de Janerio. Daya imaginasi Dibantu rakan baiknya, Costa, beliau menyahut cabaran itu menggunakan daya imaginasinya bagi menghasilkan rekaan yang luar biasa dan melangkaui zamannya. Pembinaan bangunan Metropolitan Cathedral misalnya, dibentuk melengkung seakan-akan sebuah khemah kaum Red Indian dengan ditutupi mozek di sekelilingnya. "Saya tidak mahu membina gereja ini seperti bentuk gereja lama, gelap seolah-olah seseorang itu telah berdosa. Saya mahu pengunjung berasa ceria," katanya. Sesiapa yang pernah berkunjung ke Brasilia akan mengakui magis Niemeyer. Dengan dataran yang luas dan bangunan yang dibina di kawasan terbuka seakan-akan arca gergasi, sukar untuk membayangkan ia merupakan sebuah bandar hidup. Dari zaman remaja, Niemeyer cenderung kepada fahaman komunis dan menjadi ahli Parti Komunis Brazil sejak tahun 1945. Selepas pemerintah digulingkan pada tahun 1964, beliau dianggap sebagai satu ancaman menyebabkan pejabatnya diselongkar. Kecewa dengan apa yang berlaku, beliau melarikan diri ke Perancis setahun kemudian.
Biarpun menjadi pelarian, beliau aktif berkarya di Perancis, malah sempat mencurahkan idea mereka bentuk ibu pejabat Parti Komunis Perancis. Di samping itu, beliau juga banyak menghasilkan rekaan di sekitar Eropah dan Afrika Utara. Pada tahun 1985, pada usia 70-an, Niemeyer kembali semula ke Brazil selepas kerajaan tentera digulingkan. Beliau dianugerahkan Pritzker Architecture Prize pada 1988, anugerah tertinggi dalam profesionnya, kerana rekaan Cathedral of Brasilia atas kecemerlangannya. Pada usia 100 tahun, Niemeyer masih aktif meneruskan minatnya itu. Antara bangunan yang sempat direka ialah Pusat Kebudayaan Antarabangsa Oscar Nimeyer yang terletak di Aviles, Sepanyol dan Perpustakaan Arab-Amerika Selatan di Algeria. Alfredo Brillembourg, seorang profesor arkitek dari Universiti Columbia yang pernah melawat Niemeyer pada tahun 2009 berkata, lelaki itu lebih bersemangat untuk mengetahui mengenai projek-projek terkini berbanding apa yang pernah direkanya dahulu. "Lazimnya, kebanyakan kritikan seni bina dilihat dari Barat. Bagaimanapun, hasil kerja beliau yang mengagumkan menyebabkan aliran ini berubah bagi membolehkan kita memahami Brazil sebagai pusat kebudayaan global," katanya. Kini Nemeyer yang diiktiraf sebagai Bapa Arkitek Moden telah pergi untuk selama-lamanya. Apa yang tinggal kini hanyalah buku-buku dan artikel mengenainya dan lebih 500 bangunan yang pernah dihasilkannya. Lebih membanggakan, separuh daripadanya terkenal di seluruh dunia. | |||||
| Dulu suri rumah, kini usahawan Posted: 27 Dec 2012 02:46 PM PST
TIADA siapa yang menolak prubahan jika itu akan membawa kepada kehidupan yang lebih selesa. Dalam menjalani rutin harian di kota besar yang berpaksikan kuasa berbelanja, keupayaan meneruskan kelangsungan hidup sememangnya menjadi taruhan. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk mengecapi kesenangan hidup. Selain ada yang memilih pekerjaan yang menyalahi norma masyarakat dan undang-undang, ada pula yang mengambil jalan mudah untuk cepat kaya tanpa perlu bersusah-payah memerah keringat dengan menyertai perniagaan skim cepat kaya. Malangnya, janji-janji manis untuk menuai hasil berganda berakhir dengan episod si mangsa berputih mata. Hakikatnya, amat sukar untuk percaya jika ada pihak yang mendakwa dirinya menjadi kaya dan hidup senang dalam sekelip mata tanpa berusaha. Begitu juga dengan kisah dua orang wanita cekal yang ditemui Kosmo!. Usaha gigih kedua-duanya untuk menikmati kehidupan yang lebih baik menjadi realiti. Semuanya kerana berkat jerih perih bersengkang mata menjahit. Jika dahulu Norhaniza Abu Hassan, 38, hanya memperoleh pendapatan kurang daripada RM500 sebulan hasil tempahan menjahit, namun segalanya berubah tiga tahun lalu selepas wanita berasal dari Seri Iskandar, Perak itu menyertai Program 1 Azam. Kemahiran niaga "Saya memang minat menjahit dan mengambil tempahan beroperasi dari rumah secara kecil-kecilan sebelum menyertai program tersebut. "Kini, banyak pengetahuan yang diperoleh. Saya mempelajari selok-belok berniaga seperti cara mempromosikan barangan dan kaedah mempelbagaikan produk jahitan terutamanya melibatkan jahitan kreatif," kata suri rumah yang mempunyai dua cahaya mata itu. Jika sebelum ini ada kenalan Norhaniza yang tidak yakin atau percaya pada kebolehannya, namun dia menjadikan kata-kata tersebut sebagai cabaran yang harus dibuktikan sebaliknya. Berbekalkan ilmu jahitan yang diperoleh daripada program tersebut, Norhaniza kini menerima pelbagai tempahan jahitan seperti langsir, pakaian, hantaran perkahwinan, cenderamata, tag nama sekolah, sarung kusyen dan banyak lagi.
Kini, Norhaniza mampu menjana pendapatan sebanyak RM2,000 sebulan atau lebih mengikut musim. "Dengan menggunakan mesin jahit berjenama Janome dan mengikuti program di Pusat Latihan Kraftangan Epal, apa yang kita hajati semuanya dapat dilakukan dengan mesin ini. "Buat masa ini, saya menjalankan operasi menjahit dari rumah dan dalam proses mencari kedai," ujarnya sambil memberitahu bahawa dulu dirinya tiada keyakinan diri untuk bercakap dengan orang ramai apatah lagi mahu mempromosikan hasil tangannya. Perubahan landskap kehidupannya sekeluarga kini bukan terjadi dalam masa sehari dua. Baginya, rezeki sentiasa ada bagi mereka yang terus berusaha. Tiada kata yang dapat diceritakan oleh wanita itu saat diminta mengimbas kembali saat kehidupannya dahulu yang cukup-cukup makan. Norhaniza bersyukur dan mengakui kehidupannya lebih baik berbanding sebelumnya. Tiada kemahiran Berkongsi kronologi cerita yang lebih kurang sama, Rohaya Shaari, 40, tidak segan mengaku bahawa dirinya tidak punya pengetahuan luas dalam bidang jahitan. Sebelum ini, dia sekadar mengambil tempahan membuat baju daripada saudara-mara. Namun, setelah mengikuti program tersebut selama tiga bulan, ibu kepada dua cahaya mata itu belajar asas jahitan hingga menguasai pelbagai kemahiran jahitan kreatif. "Daripada tiada apa-apa kemahiran, kini saya mampu membuka sebuah kedai jahit dan menerima pelbagai tempahan jahitan. "Sebelum ini susah untuk saya mendapatkan pelanggan kerana tidak tahu asas perniagaan apatah lagi menjahit. Program 1 Azam ini melatih segala-galanya mengenai jahitan dan cara untuk memasarkan produk," katanya yang menetap di Taman Sri Subang, Petaling Jaya.
Ceritanya, ketika dia meluahkan hasrat untuk membuka kedai jahit, ada dalam kalangan rakan-rakannya yang memperlekehkan niatnya itu. Oleh kerana mahu membuktikan dirinya mampu pergi lebih jauh dan berjaya, berbekalkan modal RM4,000, Rohaya nekad menyewa sebuah kedai kecil di Petaling Jaya. Bermula dengan operasi secara sendirian, Rohaya sejak lima bulan lalu sudah mempunyai dua orang pekerja dalam kalangan ibu tunggal. Walaupun penuh ilmu di dada, Rohaya yang kini memiliki sebuah butik di pusat beli-belah Amcorp Mall mendapat sokongan dan galakan sepenuhnya daripada suami tercinta yang tidak lokek berkongsi ilmu andai ada yang berminat untuk mempelajarinya. "Ia seperti satu kepuasan dapat berkongsi apa yang dipelajari dengan orang lain. Biasanya saya akan mengajar apa yang mereka mahukan. "Jika dulu hanya menjahit baju kurung, kini saya menerima pelbagai jenis tempahan seperti langsir, kotak pensil, tudung, cenderamata, tag nama sekolah dan sebagainya," ujarnya yang meraih pendapatan RM2,000 hingga RM5,000 sebulan mengikut musim. Bagi Rohaya, Program 1 Azam mampu membantu golongan susah dan kurang bernasib baik terutamanya ibu-ibu tunggal. "Apabila peluang sudah ada, mereka yang terlibat perlu ada kesungguhan untuk memajukan diri," katanya penuh makna. |
| You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





























0 ulasan:
Catat Ulasan