Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
| Pelakon Anne Ngasri Selamat Bernikah Dengan Sumali Posted: 22 Dec 2012 07:04 PM PST Pada jam 11 pagi, hari Sabtu lalu (22 Disember), pelakon Anne Ngasri, 28, dan pasangannya, Mohd Sumali Reduan, 40, akhirnya telah selamat dinikahkan di rumah keluarga pihak lelaki di Kampung Sungai Pinang, Pontian, Johor. Tahniah dan selamat pengantin baru Budiey ucapkan kepada pasangan ini. Semoga bahagia hingga berkekalan selama-lamanya. Pasangan ini telah dinikahkan oleh Ustaz Abdul Mutalib Abdul Rahim berwakil wali bapa pengantin, Ngasri Sain dengan mas kahwin RM 22.50.Anne yang mengenakan busana rona krim berkata, dia berharap perkahwinan kali kedua itu dapat berkekalan dan berdoa agar cabaran dan dugaan yang bakal diterima boleh diatasi dengan baik.
Sumali pula berkata, dia bersyukur kerana memiliki Anne yang mempunyai banyak persamaan karakter dengannya dan paling penting, anak tunggal lelaki itu serta tiga anak Anne serasi untuk hidup bersama.
Anne atau nama sebenarnya Nasriah Ngasri turut menerima wang hantaran sebanyak RM11,111 serta lima buah dulang hantaran iaitu seutas beg tangan Burberry, set wangian Chloe, jam tangan Cerruti 1881, seutas gelang emas, dan sepersalinan baju. Sumali yang juga merupakan Setiausaha Kerja, Pergerakan Pemuda UMNO menerima berupa set wangian Bvlgari, jam tangan enama Cerruti 1881, sepersalinan baju dan sebentuk cincin. Pada majlis tersebut, lebih 100 tetamu jemputan telah hadir. Mereka turut menerima kunjungan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, ahli parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan. Pasangan tersebut akan mengadakan majlis persandingan pada hari esok (Ahad) di kediaman pihak lelaki. Kredit: Mstar Online Komen via Facebook |
| TV3 Siar Program Menarik Hujung Tahun 2012 Posted: 22 Dec 2012 07:00 PM PST PADAT DENGAN AKSI DAN GELAK TAWA AKHIR TAHUN INI! Buat penonton setia saluran nombor satu negara, stesen TV3 bakal menyajikan program-program terbaik istimewa sempena hujung tahun dan tahun baru yang akan menjelang bermula 25 Disember ini sehingga 1 Januari hadapan.Raikan sambutan hujung tahun dan tahun baru dengan sajian menarik pelbagai genre dan sesuai untuk tontonan semua peringkat umur menerusi himpunan filem-filem hebat tempatan dan antarabangsa. Antara yang akan ditayangkan, 'Hantu Kak Limah Balik Rumah', 'Chori Chori Chupke Chupke', 'I Am Legend', 'Kung Fu Hustle', 'The Karate Kid' serta rancangan hiburan popular seperti 'Vokal 2 – Akhir' dan 'Konsert Jom Heboh Bukit Jalil'.Bukan itu sahaja, jangan lepaskan peluang untuk menonton telefilem terbaru iaitu 'Ady Valentino' menampilkan nama popular seperti Hazama, Eina Azman, Bella Daly, Zachery Francis dan Taiyuddin Bakar. Ia mengisahkan tentang pemuda berusia awal 20an bernama Ady yang bekerja sebagai 'mat-despatch' tetapi mempunyai impian untuk berkahwin dengan wanita berpangkat tinggi. Sementara itu, penonton turut berpeluang memenangi hadiah hebat melalui 'Peraduan Terbaik Akhir Tahun'. Cara-caranya, sebaik sahaja menonton setiap rancangan, hantarkan SMS "Terbaik" ke 33399 dan jawab tiga soalan mudah. Setiap jawapan yang betul akan mendapat 5 markah. Penonton yang berjaya mengumpulkan markah tertinggi akan membawa pulang gajet-gajet terkini. Teruskan menonton program-program terbaik menerusi TV3 dan dari kami, Selamat Menyambut Tahun Baru 2013! TERBAIK AKHIR TAHUN DI TV3 'Hantu Kak Limah Balik Rumah', Selasa, 25 Disember, 10.00 malam 'VOKAL 2 – Akhir', Rabu, 26 Disember, 9.00 malam 'I Am Legend', Jumaat, 28 Disember, 10.00 malam 'Chori Chori Chupke Chupke', Sabtu, 29 Disember, 2.00 petang 'Ady Valentino', Sabtu, 29 Disember, 10.00 malam 'Konsert Jom Heboh Bukit Jalil', Ahad, 30 Disember, 9.00 malam 'Kung Fu Hustle', Isnin, 31 Disember, 10.00 malam 'The Karate Kid', Selasa, 1 Januari 2013, 10.00 malam Komen via Facebook |
| You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

















0 ulasan:
Catat Ulasan