Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Anne Ngasri & Sumali Sah Suami Isteri
- Kontroversi Hidup Hattan Beri Kesan Kepada Anak
- Cecah 1 Bilion Tontonan Di Youtube, Psy Kalahkan Justin Bieber
- Usop Wilcha Jadi Hero Filem Bukan Perkara Pelik
- AirAsia Terima Pesawat Pertama Airbus A320 Guna Sayap 'Sharklet'
- KFH Malaysia Wujud Program Kesedaran Urus Kewangan Untuk Pelajar
- Adira mula kecut perut
- Derita lembik
- Huawei sasar kuasai 10%
- Tetap anggun dipakai
- Keterujaan Ayu, Zaquan, bakal timang putera
- Sunti@Facebook, Pertemukan Izzue, Syazwan & Lufya
- Dividen 7.75 sen, bonus 1.15 sen
- Meringkuk dalam penjara hingga tua
- Berkain sarung ke mahkamah
- Gangnam Style cecah satu bilion tontonan YouTube
- Nicol raih gelaran ketujuh Skuasy Terbuka Dunia
- Berhenti berlakon filem aksi
- Maia enggan bermadu
- Perkenal konsep realiti dan turun padang
- Datuk K pulih cepat
- Mayat bayi rentung ditemui
- Bom tentera Syria tidak meletup
- Terperangkap di kawasan banjir di utara England
- Bina rumah berbentuk kapal angkasa lepas
| Anne Ngasri & Sumali Sah Suami Isteri Posted: 22 Dec 2012 12:30 AM PST Anne Ngasri dan Mohd Sumali Reduan akhirnya sah bergelar suami isteri. Pasangan ini telah dinikahkan oleh Ustaz Abdul Mutalib Abdul Rahim berwakil wali bapa pengantin, Ngasri Sain dengan mas kahwin RM 22.50 pada pukul 11 pagi Sabtu. Anne yang mengenakan busana rona krim berkata, dia berharap perkahwinan kali kedua itu dapat berkekalan dan berdoa agar cabaran dan dugaan yang bakal diterima boleh diatasi dengan baik. ![]() Sumali pula berkata, dia bersyukur kerana memiliki Anne yang mempunyai banyak persamaan karakter dengannya dan paling penting, anak tunggal lelaki itu serta tiga anak Anne serasi untuk hidup bersama. "Sebenarnya banyak persamaan di antara kami dan saya harap ia dapat mengikat kasih kami sehingga akhir hayat. "Dalam pada itu, saya juga tidak akan menghalang Anne untuk melakukan aktiviti-aktiviti lakonannya seperti biasa," ujarnya. ![]() Sumali yang juga merupakan Setiausaha Kerja, Pergerakan Pemuda UMNO menerima berupa set wangian Bvlgari, jam tangan enama Cerruti 1881, sepersalinan baju dan sebentuk cincin. Pada majlis tersebut, lebih 100 tetamu jemputan telah hadir. Mereka turut menerima kunjungan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, ahli parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan. Pasangan tersebut akan mengadakan majlis persandingan pada hari esok (Ahad) di kediaman pihak lelaki. | |||
| Kontroversi Hidup Hattan Beri Kesan Kepada Anak Posted: 22 Dec 2012 12:29 AM PST Hattan enggan memalukan anaknya, Adam, dengan berita-berita sensasinya.Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Sahabuddin berkata, keadaan itu berlaku apabila anaknya sering disoal guru sekolah dan diejek segelintir murid-murid sehingga membuatkan anaknya itu berasa malu dengan kontroversi tersebut. "Kesian juga dengan dia (Adam). Disebabkan saya, Adam diejek kawan-kawan sekolah. Bukan setakat kawan-kawan, cikgu pun bertanya juga. "Setiap berita dan kontroversi yang dikeluarkan benar-benar mengganggu emosi dia. "Sampaikan dia cakap 'Adam malulah dengan kawan-kawan'..." katanya kepada mStar Online. Dalam pada itu Hattan berkata, selepas dua kali gagal dalam alam rumah tangga, perasaannya menjadi lebih risau. Bagaimanapun, jauh di sudut hatinya, dia menginginkan seorang wanita yang dapat menjadi pelengkap dalam hidupnya. "Seperti semua tahu, saya dah malas nak cari sesiapa untuk dijadikan isteri. tetapi siapa yang tak mahu beristeri bukan? "Malah setiap hari selepas melakukan solat, saya minta kepada Allah supaya dijodohkan dengan wanita yang sesuai. "Rasa sayu sahaja apabila melihat orang lain yang bahagia bersama keluarga, pergi bercuti di hujung tahun, manakala saya dan Adam terkontang-kanting bercuti berdua sahaja. Saya hanya inginkan sebuah keluarga yang lengkap," tuturnya. Dalam pada itu, Hattan mengakui hubungannya dengan bekas isteri pertamanya iaitu Arianie Mohd Abidin masih rapat sebagai rakan baik demi kepentingan anak lelaki mereka itu. Hattan dan Arianie berkahwin pada 17 Disember 1996 sebelum bercerai talak satu secara rasmi pada 10 Mac 2005 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya. Beliau juga pernah berkahwin untuk kali kedua dengan Noorfarashikin Othman pada 11 November 2011 tetapi berpisah pada 12 Januari lalu iaitu dua bulan selepas bergelar suami-isteri. | |||
| Cecah 1 Bilion Tontonan Di Youtube, Psy Kalahkan Justin Bieber Posted: 22 Dec 2012 12:27 AM PST ![]() Ia sekaligus telah menumpaskan jumlah tontonan video lagu Justin Bierber iaitu Baby yang hanya mencapai tontonan 827 juta sahaja. "Saya tidak sangka lagu itu menjadi begitu hit. Sebelum ini saya agak terkejut apabila ia mencecah 1 juta tontonan, tetapi apabila ia menjadi 1 bilion, tiada kata-kata yang boleh saya cakapkan," katanya kepada Reuters. Demam lagu Gangnam Style sudah pun reda namun peminat-peminat lagu tersebut nampaknya masih lagi menonton klip video tersebut. Angka tersebut masih lagi meningkat dan masih mendapat tempat pertama di iTunes Top Music Videos. Sementara itu, kejayaan Gangnam Style sehingga menjadi fenomena membuatkan penyanyi dan komposer itu dilaporkan baharu membeli sebuah kondominium bernilai RM3.8juta (AS$1.25juta) di kawasan kediaman elit Beverly Hills, Amerika Syarikat. Portal AllKPop pada Jumaat melaporkan, bintang dari Korea Selatan itu melakukan transaksi pembeli kondominium mewah itu secara tunai dengan ditemani beberapa pengawal peribadi. Gambar kondomonium yang baharu dibeli Psy bernilai RM3.8juta (AS$1.25juta). Apartmen yang terletak di kawasan kompleks Blair House itu memiliki dua bilik tidur dengan keluasan 250 meter persegi. Difahamkan, Psy memperoleh pendapatan berjumlah RM24.5j (AS$8 juta) kerana populariti lagu itu. | |||
| Usop Wilcha Jadi Hero Filem Bukan Perkara Pelik Posted: 22 Dec 2012 12:26 AM PST Usop WilchaUsop atau nama sebenarnya Syed Mohammed Asri Syed Osman Jamalulail, 47, berkata, peluang diberikan penerbit KRU adalah keputusan yang logik dan tepat dengan tuntutan watak serta konsep filem komedi tersebut. "Ini (filem) adalah cerita kekeluargaan. Kalau orang muda jadi hero tentulah kurang sesuai. Ada logiknya pelakon berusia seperti saya ditawarkan watak utama. "Bagi saya, tidak menjadi masalah (pelakon berusia jadi hero) kerana ia mengikut kesesuaian cerita," katanya kepada mStar Online. Usop berkata, dia juga berharap keberanian penerbit mengetengahkan hero yang berusia akan membuka lebih banyak peluang kepada pelakon berusia lain menggalas watak utama filem kelak. "Mungkin kalau formula ini berjaya dan diterima penonton, ia akan membuka peluang kepada aktor berusia lain bergelar hero filem pada masa akan hadapan. "Saya harap penonton akan bersikap terbuka untuk menerima pelakon berusia sebagai hero sebab kita mempunyai ramai pelakon lama yang bagus," katanya. Mengenai perkembangan terbaharu, Usop berkata, kerjaya seninya semakin berkembang sejak dia berundur daripada tugas penyampai stesen Hot FM pada hujung November lalu. "Apabila sudah tidak terikat sebagai deejay radio, pergerakan saya lebih bebas. "Selain berlakon, saya juga bakal mengeluarkan lagu lama yang diberikan nafas baru iaitu Wan Lebar tidak lama lagi," katanya. Terbaru, Usop bakal memulakan penggambaran filem Zombi Kilang Biskut pada Sabtu ini dan disusuli Werewolf Dari Bangladesh pada Februari 2013. Filem Kahwin 5 yang turut menampilkan antaranya Fizz Fairuz, Dian P. Ramlee, Norish Karman dan Anzalna Nasir akan ditayangkan bermula 27 Disember ini. | |||
| AirAsia Terima Pesawat Pertama Airbus A320 Guna Sayap 'Sharklet' Posted: 22 Dec 2012 12:25 AM PST Majlis penyerahan Airbus A320 kepada AirAsia di PerancisKetua Pegawai Eksekutif AirAsia Aireen Omar berkata hujung sayap itu, yang menjimatkan bil fuel sebanyak 4.0 peratus, akan membolehkan syarikat penerbangan itu mengoptimumkan kos, sebelum berlaku kenaikan harga fuel yang tinggi. Penjimatan itu kemungkinan boleh diterjemahkan kepada tambang lebih rendah bagi pelanggan AirAsia, katanya, sambil menyatakan sayap itu boleh dipasang pada pesawat Airbus A320 AirAsia yang ditempah sebelum itu. "Peranti yang baharu direka bentuk itu mengurangkan pembakaran fuel dan pelepasan asap dengan meningkatkan aerodinamik pesawat secara signifikan," katanya kepada pemberita selepas menerima pesawat Airbus A320 yang baharu di Pusat Serahan Airbus di Toulouse, Perancis di sini Jumaat. Yang turut hadir menyerahkan pesawat itu ialah Ketua Pegawai Operasi bagi pelanggan Airbus John Leahy. Airbus A320 menggunakan sayap 'Sharklet'Pesawat Airbus A320 itu menawarkan kefleksibelan sama ada menambah sekitar jarak 100 batu nautika atau membolehkan ditambah pengangkutan muatan sehingga 450 kg. "Kos sentiasa menjadi fokus utama Kumpulan AirAsia yang melihat inisiatif utama yang lain sepanjang tahun ini, seperti pemindahan semula operasi kami baru-baru ini di Thailand ke terminal kos rendah khusus," kata Aireen. Kumpulan AirAsia di Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan Jepun menggunakan 100 peratus kumpulan pesawat Airbus A320 dan terdapat 33 lagi pesawat yang akan diserahkan kepada kumpulan AirAsia di beberapa negara pada tahun depan. Baru-baru ini, AirAsia mengumumkan tempahan kukuh tambahan 100 pesawat Airbus A320, yang termasuk 36 A320ceo (opsyen enjin semasa), yang disertai "Sharklets." Keseluruhannya, AirAsia telah menempah 475 pesawat satu lorong dari Airbus, yang terdiri daripada 264 A320neo (opsyen enjin baharu) dan 211 A320ceo. Slot serahan tambahan bagi pesawat ini dijadualkan sehingga 2021. | |||
| KFH Malaysia Wujud Program Kesedaran Urus Kewangan Untuk Pelajar Posted: 22 Dec 2012 12:24 AM PST Ketua Pegawai Eksekutif KFH Malaysia, Datuk Jamelah Jamaluddin berkata, program itu bermatlamat untuk memberikan ilmu mengenai perbankan Islam di peringkat sekolah di samping mendidik para pelajar terlibat dalam aktiviti perbankan dan kewangan. "Program 'Smart Money Challenge' ini telah pun selesai di mana tujuan utamanya untuk berkongsi pengetahuan kami sebagai sebuah bank Islam di peringkat sekolah. "Kami berharap untuk mewujudkan kesedaran mengenai pengurusan kewangan pada usia muda dan memberi nasihat mengenai aktiviti perbankan dan kewangan yang akan memanfaatkan mereka kelak," katanya dalam satu kenyataan. Baru-baru ini, KFH Malaysia mengadakan majlis penutup bagi program 'Smart Money Challenge' di Kuala Lumpur. Majlis itu turut dihadiri Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran, Mahamad Amran Kamsi. Program berkenaan yang turut memberi maklumat tentang pelaburan emas dilaksanakan di 18 sekolah menengah di Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Kelantan. Menerusi persekitaran yang mempunyai pengisian menarik dan menyamai dengan keadaan sebenar, Jamelah berkata, ia dilihat membantu memperkasakan pengalaman pembelajaran para pelajar. Menurut Jamelah, inisiatif Program 'Smart Money Challenge merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) bertemakan 'Creating Footsteps'. Beliau menambah, KFH Malaysia banyak melaksanakan pelbagai inisiatif CSR termasuk mempromosikan pendidikan, menyediakan bantuan kepada masyarakat, memberi sokongan terhadap aktiviti-aktiviti berkaitan dengan Islam dan menganjurkan aktiviti ke arah persekitaran lebih sihat. "KFH Malaysia melancarkan 'Creating Foosteps' pada Ogos 2011 seiring dengan pengalaman terbaik bank kami dalam CSR dan memperlihatkan komitmen kami untuk mewujudkan masyarakat lebih baik," kata Jamelah. Majlis itu turut menyaksikan Sekolah Menengah Taman Melawati sebagai pemenang utama bagi program tersebut di mana setiap peserta kumpulan menerima sebuah i-Pod Nano. Sehingga kini, KFH Malaysia mempunyai 12 cawangan di seluruh negara iaitu Kuala Lumpur, Shah Alam, The Pavillion, Klang, Johor Baru, Pulau Pinang, Kuching, Kota Bharu, Kota Kinabalu, Batu Pahat, Kota Damansara dan Taman Permata. | |||
| Posted: 22 Dec 2012 12:22 AM PST Adira Tahun ini saja, nama Adira tercalon dalam dua anugerah berprestij iaitu Anugerah Juara Lagu 27 (AJL27) menerusi lagu duetnya bersama Hafiz (Ombak Rindu) dan pencalonan awal, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 melalui kategori Penyanyi Wanita Popular. Secara peribadi, pemilik nama sebenar, Siti Adira Suhaimi, 22, mengakui bersyukur dengan apa yang dikecapinya hari ini. "Sepanjang lebih tiga tahun berkecimpung dalam bidang seni, sudah bermacam ujian, gosip mahupun kontroversi sudah dilalui untuk berada pada tahap ini. Berkongsi persiapannya pada AJL27 yang hanya tinggal lagi tiga minggu, kata Adira, debaran semakin dirasainya ketika ini. "Apabila berdebar, saya akan kerap ke tandas untuk menghilangkan perasaan gemuruh itu. Debaran sudah dirasai sekarang itu belum lagi berada di pentas nanti. "Dari segi persiapan pula, paling penting adalah aspek vokal dan tahap kesihatan dengan mendapat rehat yang cukup sekali gus memberikan yang terbaik pada persembahan nanti. "Selain itu, saya dan Hafiz juga perlu mencari masa sesuai untuk berlatih kerana agenda masing-masing padat. Kami juga ada gimik dalam persembahan nanti tapi saya tidak boleh beritahu sekarang," katanya. Ditanya kekuatan lagu ciptaan Zaidi itu, Adira sendiri mengakui tarikan yang ada pada lagu berkenaan. "Lagu ini sendiri meninggalkan kesan mendalam pada diri saya selaku penyanyi. Lagu ini memang 'berhantu'. Setiap kali memenuhi undangan persembahan termasuk meraikan majlis resepsi perkahwinan rakan artis, Diana Danielle dan Farid Kamil baru-baru ini, lagu Ombak Rindu juga yang diminta peminat. Saya pun tak mampu untuk menolak. "Justeru, saya sangat gembira apabila lagu Ombak Rindu berjaya mara ke peringkat akhir AJL27. Lagu dan lirik Ombak Rindu memang kuat kerana jika tidak pasti lagu ini tidak akan menonjol seperti sekarang. "Sebagai penyanyi kami janjikan yang terbaik atau 'all out' kerana ingin melihat semua orang gembira nanti," katanya. Kalah atau menang, adalah adat dalam mana-mana pertandingan pun. Justeru kata Adira, dia hanya menyerahkan perkara itu pada soal rezeki. Saya tak nak letak harapan terlalu tinggi pada lagu Ombak Rindu kerana kalau kalah, saya juga yang akan kecewa nanti. "Sebagai penyanyi, tanggungjawab saya buat 'all out' dan jika tewas pun kita tak berasa terkilan. Pada masa sama, semua 12 finalis yang bertanding pada AJL27 memiliki kekuatan tersendiri dan ada peluang untuk menang. Saya pun suka semua lagu yang bertanding kali ini kerana semuanya bagus," katanya. Adira pernah dua kali mara ke AJL menerusi single pertamanya, Ku Ada Kamu pada 2011. Begitu juga pencalonan dalam ABPBH 2012, kata Adira, dia juga hanya menyerahkan keputusan pada soal rezeki. "Tercalon dalam ABPBH pada tahun ini membuktikan peminat masih menyokong karier seni saya. Itu sudah cukup. Kalah atau menang ketentuan Tuhan. "Kalau menang, ia adalah bonus untuk menyuntik semangat artis terus memberikan yang terbaik selepas ini." katanya. Dalam perkembangan lain, kata Adira, album penuhnya juga masih dalam proses pembikinan lagi dan dijangka siap pada tahun depan. Adira tidak mencari cinta WANITA secantiknya pasti tidak terlepas daripada dikaitkan dengan mana-mana artis lelaki terutama yang digandingkan dengannya dalam lagu atau drama. Selepas Hafiz, kisah cintanya dengan AG (Coco) juga dikatakan menemui noktahnya, baru-baru ini. Menyusul selepas itu, Adira dikaitkan pula dengan pasangannya dalam drama Tiara iaitu pelakon Aliff Aziz sedangkan mereka sekadar 'bercinta' dalam drama untuk Astro Prima itu saja. Adira dan Aliff juga rapat kerana mereka juga berduet menerusi lagu Keabadian Cinta yang juga lagu tema drama Tiara ciptaan Manusia Putih. Hakikatnya, sampai saat ini, Adira masih belum ada teman istimewa lagi. Ditanya kenapa dia masih solo tanpa pengganti, kata Adira, sampai sekarang dia belum bertemu lelaki yang sesuai untuk mengisi kekosongan hatinya. "Bukan mudah untuk mencari lelaki yang baik untuk dijadikan teman istimewa atau calon suami. Bagi saya cinta itu tidak boleh dipaksa, biarlah ia datang dengan sendirinya. "Saya juga tidak pandang dari segi paras rupa kerana yang penting dia calon yang tepat untuk menjadi teman hidup kita," katanya. Bagaimanapun, kata Adira, dia tidak menolak jika ditakdirkan bercinta semula dengan Hafiz selepas ini. "Namun buat masa ini, kami lebih selesa berkawan rapat saja dan fokus pada karier seni masing-masing," katanya. | |||
| Posted: 22 Dec 2012 12:20 AM PST KASIHAN...Adli memegang anaknya yang menghidapi masalah saraf. "Memang sedih melihat anak tidak ceria seperti kanak-kanak lain, tapi saya reda dengan ketentuan Ilahi yang mengurniakan kami dengan anak yang kurang sempurna." Begitu luahan Norliyana Abdullah, 25, mengenai anak tunggalnya, Ahmad Wafiy Adli Hisham yang menghadapi penyakit saraf sejak berusia empat bulan. Menurutnya, anaknya itu tidak boleh duduk atau berdiri sebaliknya hanya berbaring. "Ketika melahirkannya di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), Ahmad Wafiy berkeadaan normal, tetapi dikesan menghadapi masalah saraf ketika usianya empat bulan. Dia diberikan rawatan di hospital berkenaan termasuk dengan doktor pakar, namun sehingga kini keadaannya tidak berubah," katanya ketika ditemui di rumah mentuanya di Rumah Rakyat Panchor, dekat sini, semalam. "Sebelum ini kami membawanya ke HTJS setiap sebulan sekali tetapi sudah hampir setahun tidak membawanya kerana masalah kenderaan dan beberapa halangan lain," katanya ketika ditemui di rumah mentuanya di Rumah Rakyat Panchor, dekat sini, semalam. Norliyana berkata, dia menggunakan sepenuh masa menjaga Ahmad Wafiy yang memerlukan perhatian serius dari segi pemakanan dan kesihatan bagi memastikan anaknya tidak ditimpa masalah lain. "Anak saya memerlukan makanan tambahan iaitu sejenis vitamin khusus untuk saraf seperti disyorkan doktor pakar yang boleh didapati di beberapa farmasi pada harga RM175 bagi 30 biji. Katanya, suaminya hanya bekerja sebagai pembantu kedai di Paroi dengan pendapatan RM25 sehari, justeru itu dia pasrah dan mengharapkan anaknya dapat dibantu bagi membolehkannya membesar seperti kanak-kanak normal lain. "Ibu mana yang tidak inginkan anaknya cergas dan sihat seperti kanak-kanak lain. Semuanya ini dugaan yang terpaksa saya tempuh dan berdoa supaya Ahmad Wafiy dapat pulih seperti biasa," katanya. | |||
| Posted: 22 Dec 2012 12:18 AM PST MASUK PASARAN...Huawei sasar jual 5,000 telefon pintar baru. Menerusi pengenalan itu, Huawei merancang menjual 5,000 unit bagi ketiga -tiga model berkenaan sebulan bersandarkan pasaran telefon pintar yang luas. Pengarah Negara Kumpulan Perniagaan Konsumer Huawei, Wong Wey Hwa berkata, ketiga-tiga model berkenaan beroperasi di atas platform Android. Bagi model D1 Quad yang mempunyai ciri prosesor K3V2 quad-core 1.4GHz ditawarkan pada harga RM1,239 seunit, G600 dilengkapi prosesor Dual-core 1.2 GHz Qualcomm Snapdragon S4 berharga RM799 seunit dan G330 mempunyai spesifikasi Dual-core 1GHz Cortex-A5 Qualcomm MSM8225 Snapdragon, RM599 seunit. Semua model berkenaan sudah berada di pasaran. | |||
| Posted: 22 Dec 2012 12:17 AM PST MODEN...teknik lipatan pada baju memberikan keunikan serta gaya moden kepada wanita. Jika dulu, pakaian pendek dan ketat ini dipadankan kain belah belakang atau hadapan, kini seiring dengan perkembangan fesyen semasa kebaya mula melalui zaman peralihan dengan diberi suntikan moden menerusi penggayaan yang sesuai dipadankan seluar, legging, skirt dan palazo. Malah pakaian tradisi ini anggun ditampilkan menerusi tambahan perhiasan seperti kerongsang, anting-anting dan rantai. "Saya melihat ramai yang suka mempelbagaikan pemakaian kebaya bukan saja dengan kain tetapi seluar untuk ke pejabat dan majlis rasmi. Justeru, tercetus inspirasi untuk mengetengahkan rekaan kebaya moden untuk semua," katanya. Selain tradisional, Safura turut mengambil inspirasi warna daripada Coco Chanel dan Valentino yang menghasilkan koleksi terawal dan tidak lapuk ditelan zaman seperti Little Black Dress dan The White Collection. Untuk himpunan kali ini, dia mengetengahkan konsep jahitan menggunakan lipatan atau pleats bagi menggambarkan nilai sentimental klasik dan pada masa sama mengekalkan identiti seiring peredaran semasa. "Keistimewaan rekaan kebaya pada potongan yang unik dan pelbagai serta perincian seperti perhiasan manik, fabrik, warna dan elemen kemasan. Saya menggemari potongan ringkas, unik dengan jahitan manik dan sulaman bersesuaian. Selain itu, saya juga menitikberatkan pemilihan fabrik dan warna yang tepat," ujarnya. Bagi mewujudkan nilai eksklusif dan mewah, Safura menggunakan tiga rona asas seperti hitam, putih dan kelabu yang ditampilkan secara kreatif bagi menghasilkan himpunan yang tidak lapuk ditelan zaman. Secara ringkas, ia penghargaan kepada perjalanan fesyen itu sendiri. Bagi memberikan sentuhan segar dan menawan, Safura menggunakan fabrik satin duchess, sifon, renda, crepe dan net. Setiap rekaan mempunyai cerita tersendiri di sebalik penggunaan fabrik masing-masing. "Umpamanya, satin duchess ialah fabrik yang sering digunakan dalam pakaian perkahwinan, jadi saya melakarkan idea menggunakan fabrik ini dengan rekaan yang menampakkan ciri kemewahan seorang puteri di samping mengekalkan ciri-ciri kebaya," katanya. Pereka ini antara lain pernah mengadakan pertunjukan fesyen YODA sempena Hari Belia Malaysia 2010, YODA Harajuku 2010, Minggu Fesyen Antarabangsa Malaysia 2010 dan 2011 (MIFW) serta Minggu Fesyen Musim Panas dan Bunga 2011 (MSFW) di Melbourne, Australia. Menceritakan bagaimana dia boleh meminati bidang fesyen, Safura yang berkelulusan dalam jurusan kejuruteraan daripada Universiti Melbourne, Australia ini memberitahu, sejak berusia tujuh tahun dia sudah bercita-cita bergelar pereka. "Saya memiliki ahli keluarga yang gemar berfesyen. Ini sedikit sebanyak mempengaruhi penghasilan rekaan segar dan kreatif. Selain itu, rakan turut memberi galakan serta membantu dalam memberikan idea terutama fesyen beridentiti unik seperti gaya klasik, bohemian dan vintaj," jelasnya yang berterima kasih kepada keluarga kerana memberi peluang menghasilkan pakaian untuk perayaan dan majlis tertentu sekali gus meningkatkan keyakinan dalam rekaan. Jelas Safura, rekaan pakaian pertama ketika pertunjukan fesyen sempena Hari Belia Malaysia 2010 paling indah dan sukar dilupakan. "Saya berasakan segala usaha serta penat lelah menghasilkan koleksi ketika itu cukup menggembirakan kerana mendapat penghargaan. Ia juga sesuatu yang tidak dapat dilupakan kerana memberi perasan baru yang sukar digambarkan. "Selain itu ia menjadi titik permulaan dan pembakar semangat untuk menghasilkan rekaan yang lebih menarik," ujarnya yang meminati rekaan Coco Chanel, Valentino, Giorgio Armani, Georges Chakra, Nicholas Jibran dan Victoria Beckham kerana mempunyai identiti tersendiri serta bersesuaian dengan jiwa kreatifnya. | |||
| Keterujaan Ayu, Zaquan, bakal timang putera Posted: 22 Dec 2012 12:15 AM PST Ayu Raudhah dan suami Zaquan Adha Ayu yang kini hamil enam bulan turut mendedahkan, hasratnya untuk menimang anak lelaki akan terlaksana dan dia amat teruja dan berdebar menanti kelahiran putera mereka. "Alhamdulillah, saya dah pergi 'scan' kandungan dan doktor sahkan lelaki. Saya memang seronok bila dapat tahu jantina bayi kerana memang saya mahukan anak lelaki. Tapi, suami lebih teringin anak perempuan. Bagi saya, tidak kisah perempuan atau lelaki, yang penting adalah didikan yang sempurna. "Kalau suami mahukan anak perempuan juga, mungkin untuk anak kedua atau ketigalah pula. Insya-Allah, dengan izinnya," kata Ayu sambil ketawa kecil. Berehat demi kandungan Mengambil pengajaran daripada insiden keguguran lalu, Ayu membuat keputusan berehat sementara untuk menumpukan perhatian pada kandungan. Enggan melalui episod duka itu lagi, Ayu berharap agar kandungannya berada dalam keadaan baik. "Alhamdulillah, setakat ini, kandungan dan kesihatan saya tiada masalah. Cuma, sejak mencecah usia enam bulan ini, berat badan semakin naik. Tapi, tak ada mendadak sangat. Cuma, saya semakin mengah dan cepat penat. Jalan sikit saja, dah termengah-mengah. Sebab itulah, di awal kandungan, saya tidak mengambil sebarang tawaran lakonan. "Saya ingin memastikan, tiada kemudaratan pada kandungan dan saya sendiri kerana saya pernah keguguran akibat terlalu banyak bekerja. Bila dah bersalin nanti, saya akan kembali aktif dalam lakonan," katanya adik kepada aktres jelita, Rozita Che Wan ini. Semakin tenang Mula mengenakan hijab setelah pulang dari menunaikan ibadah umrah pada 4 Ogos lalu, Ayu akui semakin selesa dan tenang dalam penampilan barunya itu. Menurut Ayu, hasrat untuk berhijab sudah lama terdetik di hatinya, namun niat itu semakin jelas setelah pulang dari kota suci. "Insya-Allah, penampilan ini akan kekal untuk selamanya. Lagipun, semasa membuat keputusan untuk berhijrah, saya memang nekad dan tiada sangsi lagi. Suami dan keluarga merupakan pendorong kuat saya untuk kekal begini. Lagipun, suami pernah meluahkan rasa yang dia lagi suka kalau saya bertudung. "Perubahan ini mungkin secara tidak langsung kerana faktor watak yang sering saya bawa sebagai wanita Muslim yang berhijab. Jadi, pintu hati saya dibuka dengan cara itu," kata pemilik nama sebenar, Raudhah Abu Bakar@Che Wan. Kepercayaan kunci kebahagiaan Menyedari tuntutan karier suami yang sukar menghabiskan masa panjang bersamanya, Ayu tetap positif dan memahami tugas pemain bola sepak. Mengakui sikap saling memahami dan mempercayai antara satu sama lain amat penting dalam meniti alam rumah tangga, Ayu sedia maklum mengenai hal itu. "Sebelum kami kahwin lagi, suami memang pemain bola. Jadi, saya harus menerima dia seadanya dan memahami jadual kerjanya. Jika tiada 'game', dia akan menemani saya, malah jika perlawanan itu berlangsung berdekatan, dia akan pulang menjenguk saya setiap hari untuk memastikan saya selamat. "Dia terlalu risaukan saya dan kandungan. Bila dia terpaksa ke luar negara atau daerah, dia akan hantar saya ke rumah Kak Ta (Rozita)," katanya mengakhiri perbualan. Zaquan bawa Ayu ke Johor Umum mengetahui, penglibatan Zaquan dalam arena bola sepak sememangnya menyukarkan bintang ini memberi ruang khusus buat keluarga. Setelah mengikat kontrak bersama Pasukan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Zaquan diarahkan untuk berpindah ke negeri itu untuk memudahkan proses latihan. "Buat masa ini, memang saya memang sibuk berpindah rumah. Saya juga membawa Ayu bersama kerana saya lebih selesa jika dia berada dekat dengan saya. Lagipun, dia sedang sarat dan saya tidak sampai hati nak tinggalkan dia seorang diri. Sehingga kini, kami masih belum membeli kelengkapan bayi. Hanya beberapa helai baju sahaja yang dibeli Ayu ketika bercuti di London baru-baru ini. "Saya bertuah kerana memiliki isteri yang sangat memahami dan tidak pernah mempersoalkan tugas saya. Malah, saya lebih risaukan dia bila saya terpaksa berada di luar daerah," katanya yang masih belum memilih nama anak. Sukar mendapatkan cuti dan waktu khas untuk bersama keluarga, Zaquan bagaimanapun berharap agar dapat menemani Ayu ketika melalui proses bersalin nanti. "Kami memang susah nak dapat cuti, apatah lagi cuti panjang kerana ia boleh menjejaskan stamina. Tapi, saya berdoa agar dapat menemani Ayu nanti. Kebetulan pada ketika itu, saya sibuk dengan perlawanan Liga Super Malaysia. Jadi, saya tidak pasti lagi dapat cuti atau tidak. Perkara ini telah dibincangkan bersama Ayu dan Ayu sentiasa positif. "Mujurlah mertua saya akan datang menemani Ayu sehingga proses berpantang nanti. Namun, jika mertua tidak dapat datang, saya akan hantar Ayu ke rumah mereka," katanya yang berjanji akan memberi yang terbaik buat keluarganya. | |||
| Sunti@Facebook, Pertemukan Izzue, Syazwan & Lufya Posted: 22 Dec 2012 12:14 AM PST Izzue Islam, Syazwan Zulkifly dan Lufya Omar Itulah antara mesej yang digunakan menerusi filem terbaru, Sunti@Facebook The Movie, arahan James Lee selepas Histeria, Sini Ada Hantu, Tolong Awekku dan The Collector. Menampilkan barisan pelakon popular seperti Fauziah Gous, Izzue Islam, Lufya Omar, Syazwan Zulkifly, Diddy Hirdy, Anas Mentor dan ramai lagi filem ini adalah terbitan Nusantara Seni Karya Sdn Bhd (NSK). Berkesempatan meninjau set lokasi penggambaran filem ini, Zass menemu bual tiga pelakonnya, iaitu Izzue Islam (Asyiq), Lufya Omar (Jiji) dan Syazwan Zulkifly (Adan) mengenai pengalaman dan perkembangan seni mereka. Izzue buat kajian Tidak pernah menerima tawaran berlakon filem mahupun drama seram antara faktor anggota kumpulan Forteen, Izzue Islam tertarik menjadi sebahagian filem ini. Menurutnya, pertama kali membaca skrip filem ini dia sudah mula teruja untuk melakonkannya. "Ini lakonan filem ke-9 dan ini juga kali pertama saya menjalinkan kerjasama dengan syarikat produksi ini. Melihat pelakon yang terlibat juga, saya yakin kami memiliki keserasian untuk menjayakan filem ini. Katanya, walaupun tidak berpengalaman berlakon filem seram, ia bukan penghalang untuknya memberi yang terbaik. "Sebelum ini saya pernah terlibat dengan lakonan drama seram, tapi ketika itu saya cuma memegang watak 'cameo'. "Untuk hasil lakonan lebih berkesan, saya cuba buat kajian untuk mendalami watak. Walaupun pengalaman tidak banyak, saya akan lakukan yang terbaik dan mengharapkan ia dapat memberi kesan buat penonton," ujarnya. Tak lupa Forteen Walaupun rezeki bidang lakonan lebih menyebelahinya, namun Izzue akui dirinya masih memerlukan Forteen untuk meneruskan karier nyanyiannya. Dia juga memberitahu tidak pernah terfikir untuk keluar daripada kumpulan itu untuk member fokus kepada bidang lakonan yang diceburinya. "Alhamdulillah, tawaran lakonan tidak pernah putus dan sebagai pendatang baru, saya sangat bersyukur dengan rezeki yang ada. Tetapi itu tidak bermakna saya akan mengabaikan rakan-rakan kumpulan yang lain dan sehingga hari ini saya masih memerlukan mereka kerana muzik adalah minat saya," jelasnya. Walaupun jadual aktiviti hariannya padat, Izzue mengatakan dia selesa menjalani kedua kariernya itu. "Memang sukar untuk saya bahagikan masa untuk kedua-dua karier ini dan pembahagian masa yang bijak amat penting. Mujurlah saya memiliki pembantu yang banyak menolong saya untuk menguruskan masa dengan baik," katanya. Dalam perkembangan lain, Izzue bakal tampil dengan lakonan drama bersiri Duri yang bakal ditayangkan di saluran Astro Prima. Menerusi karier nyanyian pula, Forteen bakal mengeluarkan single ketiga dan menampilkan album penuh awal dan pertengahan tahun depan. Keluar dari sisi gelap: Syazwan Sama seperti Izzue, pelakon meningkat naik, Syazwan Zulkifly memberitahu, skrip menarik tarikan utama dia bersetuju menerima tawaran. Kata Syazwan, karakter watak yang ditawarkan kepadanya juga berbeza daripada watak lakonannya sebelum ini. "Dalam filem ini saya berperanan sebagai Adan yang merupakan seorang remaja kaya yang lebih moden dan ia sedikit berbeza dengan watak lakonan saya sebelum ini. Kali ini saya cuba untuk lari daripada karakter jahat seperti lakonan saya sebelum ini kerana watak Adan ini lebih cenderung terhadap keganasan menerusi dunia cyber," katanya. Tambahnya, sepanjang menjalani penggambaran dia tidak mengalami sebarang masalah malah selesa bekerjasama dengan krew yang terlibat. "Semuanya berjalan dengan baik saya bertuah kerana dapat sama-sama menjayakan filem ini bersama rakan pelakon yang lain. Pengarah juga beri banyak tunjuk ajar dan sebagai pendatang baru saya akui masih banyak yang perlu diperbaiki," katanya. Kejar populariti? Menyentuh mengenai kepuasan yang diperolehnya sepanjang melibatkan diri dalam bidang lakonan, Syazwan yang lebih dikenali dengan watak 'Apek' menerusi drama bersiri Juvana ini akui masih belum sampai pada tahap itu. Katanya, kepuasan berkarya dianggap virus yang berbahaya yang akhirnya akan merosakkan diri sendiri. "Sebagai seorang pelakon, saya tidak mahu terlalu cepat untuk puas dengan pencapaian yang ada dan setakat ini saya belum merasainya. "Apa yang penting bagi saya adalah kualiti lakonan dalam setiap watak yang diberikan kerana ia mampu mengekalkan nama dalam industri dan bukannya populariti," katanya. Bercakap mengenai karakter pilihannya, Syazwan tidak meletakkan watak lebih spesifik pilihannya. "Setakat ini saya hanya melihat kesesuaian karakter dengan lakonan saya. Selagi saya rasa yakin dan sesuai, itu tidak menjadi masalah buat saya," katanya yang bakal tampil dengan lakonan filem Laga dan drama bersiri Carlos pada 2013 nanti. Tuah 'Tengku Suraya' Bersyukur dengan respons penonton menerusi lakonan sebagai Tengku Suraya menerusi drama bersiri Putera Rayyan, bekas bintang Akademi Fantasia musim ke-6, Lufya Omar akui kini lebih bersemangat meneruskan lakonannya. Memegang watak sebagai Jiji, Lufya teruja diberi peluang menjayakan filem Sunti@Facebook The Movie ini. "Walaupun menerusi filem ini watak saya pengang bukanlah penampilan utama, namun itu bukanlah alasan untuk saya lakukannya dengan sambil lewa. Kepercayaan produksi dan pengarah tidak akan saya sia-siakan. Saya akan lakukan sebaik mungkin," katanya. Selain itu, Lufya memberitahu sepanjang penggambaran, dia selesa dan serasi dengan pelakon yang terlibat. "Mereka semua beri komitmen yang baik dan tidak lokek berkongsi ilmu bagi menghasilkan filem yang berkualiti. Saya harap filem ini bakal diterima baik oleh penonton dan lakonan saya membantu filem ini untuk menambat hati penonton," katanya. Nyanyian kurang sambutan? Sanggup berhabis demi minat dalam bidang nyanyian adalah antara pengorbanan besar pelakon kelahiran Johor Bahru ini. Menurut Lufya, dia yakin pengorbanannya itu bakal terbalas satu hari nanti dengan penerimaan peminat. "Sebenarnya selepas keluar AF, saya rancak berlakon dan ada satu masa saya menghilangkan diri dalam industri. Sehinggalah tahun lalu, saya muncul single Diam bersama muzik video. Semua usaha itu saya lakukan dengan modal saya sendiri dan bagi saya, ia satu pengorbanan. "Namun saya akui agak kecewa dengan sambutan stesen radio tempatan yang kurang beri peluang terhadap lagu itu untuk dimainkan di corong radio. Dan sebab itu saya kembali rancak berlakon untuk membantu karier muzik saya untuk dikenali umum," jelasnya. Bagaimanapun, Lufya mengatakan kekangan itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus memperjuangkan bakat nyanyiannya. | |||
| Dividen 7.75 sen, bonus 1.15 sen Posted: 22 Dec 2012 12:13 AM PST Tun Ahmad Sarji (kiri) bersama Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah menunjukkan jumlah pengagihan pendapatan dan bonus untuk ASB. Sejumlah 7.82 juta pemegang unit, yang kini memiliki sejumlah 110.2 bilion unit ASB, juga akan menerima bonus sebanyak 1.15 sen seunit. Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB) Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, bahagian agihan pendapatan membabitkan jumlah pembayaran sebanyak RM8.13 bilion manakala bayaran bonus sebanyak RM712.21 juta. "Malah, ia merupakan pembayaran tertinggi sejak lima tahun lalu iaitu mulai 2008 hingga 2012, tujuh sen pada 2008, 7.30 sen pada 2009 dan 7.50 sen pada 2010," katanya kepada pemberita pada pengumuman agihan pendapatan ASB di sini semalam. Sehingga Rabu lalu, beliau berkata skim itu mencatat pendapatan kasar sebanyak RM8.54 bilion. "Pendapatan dividen daripada syarikat pelabur menyumbang RM4.80 bilion atau 56.21 peratus daripada pendapatan kasar dan keuntungan daripada jualan saham menyumbang RM2.68 bilion atau 31.38 peratus," katanya. Beliau berkata, baki 12.41 peratus atau RM1.06 bilion dikumpul daripada pendapatan lain. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata tahun ini jumlah baru pemegang unit seramai 543,000 bagi kesemua skim dan 472,821 pemegang unit ASB. Mengenai prospek tahun depan beliau berkata memandangkan ekonomi Malaysia stabil, prestasi dana itu dijangkakan lebih baik. | |||
| Meringkuk dalam penjara hingga tua Posted: 22 Dec 2012 12:11 AM PST Kedua-dua tertuduh dibawa keluar dari pekarangan Mahkamah Temerloh selepas masing-masing dijatuhi hukuman penjara 47 tahun dan 55 tahun. Hakim Mahkamah Sesyen, Dazuki Ali turut menjatuhkan hukuman 19 sebatan ke atas Ahmad Faqis Ismail, 22, dari Selama, Perak dan rakannya, Suhairi Yusuf, 42, dari Temerloh Jaya, di sini, 15 sebatan. Dazuki mengarahkan Ahmad Faqis yang disabitkan 11 pertuduhan ragut dan Suhairi 10 pertuduhan menjalani hukuman penjara secara berturutan bagi setiap kes yang disabitkan ke atas mereka. Ini bermakna Ahmad Faqis yang kini berumur 22 tahun akan menjalani 55 tahun hukuman penjara, manakala rakannya, Suhairi yang berusia 42 tahun akan menjalani 47 tahun hukuman penjara. Berdasarkan rekod, kedua-dua rakan terbabit mula melibatkan diri dalam jenayah ragut sejak Oktober lalu sehinggalah kejadian terakhir apabila mereka meragut beg tangan seorang wanita di Jalan Selayang berhadapan Bank Agro Temerloh. Bertindak atas maklumat, sepasukan polis kemudian berjaya menjejak kedua-dua penjenayah terbabit dan menangkapnya di hadapan stesen minyak Esso Jalan Triang. Siasatan polis kemudian memperoleh beberapa barang kes ragut disimpan di sebuah rumah sewa tidak bernombor di Kampung Buntut Pulau. Kes semalam dibicarakan di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama di bawah Seksyen 34 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga boleh dikenakan sebatan. Kesemua 11 kes semalam dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Mustafa. | |||
| Posted: 22 Dec 2012 12:09 AM PST Md Rezaul (kanan) diiringi polis keluar dari mahkamah. Namun, pertanyaan mereka akhirnya terjawab apabila mendapati lelaki itu didakwa di Mahkamah Sesyen 3 di sini, atas tuduhan meliwat seorang kanak-kanak berumur sembilan tahun. Suspek, seorang jurukimpal warga Bangladesh dituduh mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan iaitu melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap seorang kanak-kanak lelaki, Oktober lalu. Md Rezaul, akhir 40-an, dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Taman Merak Jaya, Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan (SPS), pada jam 12 tengah hari. Semasa pertuduhan dibacakan, jurukimpal yang sudah lebih lima tahun bekerja di sebuah kedai besi di Pekan Simpang Ampat itu berkata, dia kurang jelas dengan pertuduhan yang dikenakan kerana kurang memahami bahasa Melayu. Memandangkan ketiadaan jurubahasa, Hakim, Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi menetapkan 23 Januari depan untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan seorang jurubahasa. Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Fauziah Md Daud, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Jika didapati bersalah tertuduh bakal berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan dikenakan sebat. Selepas tiada pengakuan direkodkan, tertuduh yang tidak dibenarkan ikat jamin kemudiannya ditahan sementara menantikan tarikh baru sebutan kes berkenaan. | |||
| Gangnam Style cecah satu bilion tontonan YouTube Posted: 22 Dec 2012 12:07 AM PST Tarian Gangnam Style semakin mendapat perhatian lebih daripada 90 juta penonton sejak dilancarkan Julai lalu. Trek tarian dari Korea Selatan itu disiarkan dalam talian pada Julai lalu telah membawa kemasyhuran kepada bintang pop, Psy di seluruh dunia. Malahan, klip video itu telah memberi inspirasi kepada ratusan klip parodi bermula daripada anggota tentera British, tentera laut Thailand hinggalah kepada pemain Minecraft. Pemilik YouTube dan Google berkata, secara purata video tersebut telah ditonton tujuh hingga 10 juta kali sehari. Ia mendahului pemegang rekod sebelumnya - muzik video Baby Justin Bieber yang dimuatnaik pada 24 November tahun sebelumnya. "Kejayaan Psy membuktikan bahawa muziknya yang menarik mampu menarik perhatian masyarakat sejagat dan unik termasuk aksi pergerakan tarian kuda," kata Pengurus Trend YouTube, Kevin Allocca yang dipetik dari blog media berkenaan. | |||
| Nicol raih gelaran ketujuh Skuasy Terbuka Dunia Posted: 22 Dec 2012 12:06 AM PST Datuk Nicol David Nicol, 29, mengambil masa 44 minit untuk mengatasi Laura 11-6, 11-8 dan 11-6 di gelanggang kaca yang didirikan khas di Camana Bay. "Sukar untuk dipercayai, Laura bermain dengan sangat baik, beliau juga berjaya memberi saingan hebat kepada saya. "Saya sangat berpuas hati dan gembira dengan corak permainan tadi. "Saya cuma mahukan kemenangan ini dan sekali gus merangkul kejuaraan ketujuh di Cayman," kata Nicol dipetik dalam laman sesawang rasmi pertandingan www.worldopen.squash.com. Berdasarkan rekod, Nicol telah merangkul enam gelaran Juara Terbuka Dunia, bermula di Hong Kong pada tahun 2005, Ireland Utara (2006), England (2008), Mesir (2010) dan Belanda (2009 and 2011). Beliau menjuarai Terbuka Kepulauan Cayman untuk tiga tahun berturut-turut 2009 hingga 2011. | |||
| Posted: 22 Dec 2012 12:03 AM PST
KEPUTUSAN yang dibuat oleh pelakon kelahiran Hong Kong yang terkenal di seluruh dunia, Jackie Chan yang mahu bersara daripada lakonan pastinya mengejutkan ramai pihak terutama peminat setianya. Bagaimanapun, Jackie Chan yang ditemui semasa majlis promosi filem terbaharunya berjudul Chinese Zodiac 2012 atau tajuk ringkasnya, CZ12 di Hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur baru-baru ini menegaskan dia bukan mahu meninggalkan dunia seni buat selama-lamanya. "Sebelum ini ramai yang salah sangka dengan kenyataan yang telah saya buat. Ingin saya nyatakan bahawa saya cuma mahu bersara daripada berlakon dalam filem aksi. "Selepas ini saya akan terus terbabit dalam bidang lakonan dan peminat masih boleh menyaksikan aksi saya di layar perak. Walaupun sudah 52 tahun menjadi pelakon, saya sendiri tidak pasti bila saya akan berhenti berlakon," jelas pelakon berusia 58 tahun itu. Mengulas dengan lebih lanjut mengenai persaraannya itu, Jackie mendedahkan bahawa sebenarnya pernah terlintas dalam fikirannya untuk bersara sepenuhnya daripada bidang lakonan. Meskipun dia hampir-hampir membuat keputusan berhenti berlakon, namun disebabkan rasa cintanya yang sangat mendalam terhadap bidang lakonan menyebabkan dia akhirnya bertindak mengubah fikiran. "Saya mengambil keputusan yang agak lama mempertimbangkan keputusan yang ingin dibuat. Kemudian, setelah berfikir panjang akhirnya saya bertekad untuk berhenti berlakon filem aksi. "Usia merupakan salah satu faktor yang menyebabkan saya membuat keputusan ini. Pada usia sekarang saya perlu memikirkan keselamatan diri memandangkan semua aksi bahaya dilakukan oleh saya sendiri," ujarnya. Memandangkan CZ12 merupakan filem aksi terakhir lakonannya, Jackie atau nama sebenarnya Chan Kong Sang menyifatkan filem berkenaan sangat istimewa buat dirinya. Pertama kali menangis Bercerita mengenai filem terbaharunya itu, pelakon berkenaan menyatakan, dia terpaksa mengambil masa sehingga tujuh tahun menyiapkan skrip serta melakukan banyak kajian untuk menghasilkannya. "Mungkin ramai yang tidak tahu sewaktu selesai menjalani penggambaran CZ12 pada hari terakhir di Latvia, secara tiba-tiba saya telah menangis. "Pada masa itu memang ramai yang bertanya kenapa saya menangis, tetapi saya sendiri tidak ada jawapannya. Itulah kali pertama saya menangis di lokasi penggambaran sepanjang bergelar pelakon," dedahnya. ![]() FIGURA yang sinonim dengan filem aksi ini mengakui sangat mencintai dunia lakonan yang sudah 52 tahun diharunginya. CZ12 mengisahkan tentang misi sebuah kumpulan yang ditugaskan untuk menghantar semula kepala patung 12 haiwan zodiak Cina yang telah diambil dari Old Summer Palace di Beijing, China oleh tentera Perancis dan British semasa Perang Candu yang berlangsung dari 1856 hingga 1860. Dalam misi berkenaan terdapat pelbagai halangan yang terpaksa ditempuhi oleh Jackie menerusi watak sebagai JC dengan bantuan beberapa orang rakannya. Selain Jackie, turut membintangi filem tersebut, antaranya Yao Xing Tong, Liao Fan, Zhang Lan Xin, Steve Yoo Seung Jun, Laura Weissbecker dan Kwone Sang Woo. Menjalani penggambaran selama 50 hari di beberapa buah negara seperti Hong Kong, Taiwan, China, Perancis dan Latvia, CZ12 sudah mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia sejak kelmarin, 20 Disember. Sylvester Stallone Di sebalik kenyataan berhubung persaraannya itu, tiba-tiba terdapat pula khabar angin yang mengatakan Jackie kini sedang dalam proses perbincangan untuk berlakon dalam filem Rush Hour 4. Bagaimanapun, pelakon yang pernah menjalani penggambaran filem Police Story 3 di Malaysia pada tahun 1992 lantas menyangkal cerita yang mengatakan dia akan membintangi filem berkenaan. "Baru-baru ini saya pergi ke Amerika Syarikat untuk berbincang tentang sebuah projek filem, tetapi bukan tentang Rush Hour 4. Sebaliknya, saya akan menghasilkan sebuah filem yang memaparkan kisah mengenai persahabatan berjudul Skip Tracers. "Dalam filem berkenaan mungkin saya akan bergandingan dengan Chris Tucker dan Owen Wilson sehinggakan ramai yang bertanya kenapa saya masih mahu bekerjasama dengan kedua-dua pelakon terkenal Hollywood itu. Jawapannya cukup mudah iaitu saya selesa berlakon dengan mereka berdua," jelasnya. Biarpun tidak lagi melakonkan watak aksi dalam filem-filem lakonannya selepas ini, Jackie memberitahu, dia sudah memberi persetujuan untuk terbabit dalam filem aksi The Expendables 3. "Sebelum ini saya ada mendapat tawaran berlakon dalam The Expendables 2, namun terpaksa menolaknya kerana sedang sibuk dengan penggambaran CZ12. "Kemudian saya sekali lagi ditawarkan oleh Sylvester Stallone untuk siri The Expendables yang ketiga. Saya akhirnya bersetuju dengan beberapa syarat iaitu diberi watak kecil tanpa sebarang aksi serta cuma beberapa babak yang membabitkan diri saya," ujarnya. Bonnie Dalam pada itu, selain Jackie Chan, turut hadir ke Kuala Lumpur untuk promosi CZ12 ialah dua aktres jelita China yang turut membintangi filem itu iaitu Zhang Lan Xin dan Yao Xing Tong. Salah seorang pelakon iaitu Zhang yang membawakan watak sebagai Bonnie berkata, sepanjang penggambaran Jackie memang banyak membantunya dan pelbagai ilmu dan pengalaman yang diperoleh terutamanya tentang dunia lakonan.
"Watak sebagai Bonnie memang agak mencabar, tetapi saya tiada masalah melakukan babak aksi terutamanya ketika berlawan memandangkan saya aktif dalam seni mempertahankan diri," ujarnya selaku pemenang pertandingan Taekwando peringkat kebangsaan di China pada tahun 2004. Sementara itu, Yao pula tidak dapat menyembunyikan rasa terujanya apabila berpeluang berlakon dengan seorang aktor yang hebat dan terkenal di seluruh dunia seperti Jackie Chan. Mengakui pada mulanya berasa agak takut kerana tidak ada pengalaman berlakon dalam filem aksi, aktres itu meluahkan rasa lega kerana tidak mengalami sebarang kecederaan sepanjang penggambaran. "Sehingga kini CZ12 merupakan satu-satunya filem saya yang agak besar. Jadi, saya berharap menerusi filem ini saya akan mendapat lagi tawaran berlakon pada masa akan datang," ujarnya. | |||
| Posted: 22 Dec 2012 12:02 AM PST ![]() MAIA memahami kehendak anak-anaknya yang mahu dia merujuk kembali dengan Ahmad Dhani. BEKAS isteri penyanyi dan komposer terkenal, Ahmad Dhani, Maia Estianty, atau lebih dikenali sebagai Maia mengakui bahawa anak-anaknya iaitu Ahmad Gazali, El Jalaluddin Rumi, dan Ahmad Abdul Qodir Jaelani masih mengharapkan agar dia dan Ahmad Dhani kembali bersama. Maia yang merupakan bekas anggota kumpulan Ratu itu bagaimanapun tidak mampu memenuhi keinginan anak-anaknya. "Saya tidak boleh lagi kembali bersama Ahmad Dhani kerana dia sekarang sudah ada yang punya, dan saya tidak mahu bermadu," ujarnya sambil tertawa. Maia turut mengakui bahawa sehingga saat ini dia masih belum mempunyai niat untuk berkahwin semula disebabkan masih belum mendapat keizinan daripada anak-anaknya selain ingin memberikan tumpuan kepada kerjayanya. | |||
| Perkenal konsep realiti dan turun padang Posted: 22 Dec 2012 12:01 AM PST
PROGRAM Nasi Lemak Kopi O di TV9 yang telah masuk musim keenam sejak diperkenalkan pada tahun 2008 akan membuat pembaharuan dari segi pengisian terhadap konsep yang telah sedia ada. Beberapa segmen baharu turut diperkenalkan selain segmen yang sedia ada ditambah baik supaya lebih segar dan santai. Nasi Lemak Kopi O disiarkan setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad pada pukul 8 pagi hingga 10 pagi, dihoskan oleh selebriti seperti Bienda, Farah Diana, Fizo Omar, Luqman Hakim Abd. Malik dan AG (penyampai radio Hot FM) Kata Penerbit Eksekutif program itu, Wan Sabariah Shikh Ali, segmen Mutiara Hati akan yang memperkenalkan seorang ustaz baharu iaitu Syed Abdul Kadir Al-Joofre yang juga guru agama kepada ustaz terkenal Don Daniyal di Mesir. "Segmen ini akan lebih santai, ustaz Syed Abdul Kadir akan mengajar tertib dan adab kita sebagai seorang Islam dengan santai dan ringkas seperti tertib memakai baju dan keluar dari rumah yang tidak pernah kita semua tahu," ujarnya ketika ditemui di Sri Pentas, Bandar Utama, Kuala Lumpur di sini baru-baru ini. Tambah Wan Sabariah, segmen Skuad Foo juga merupakan satu pembaharuan yang dibuat apabila Pegawai Penyelaras Suksi Universiti Malaya, Asisten Supritendan (ASP) Foo Chek Seng akan membuat segmen luar studio. "ASP Chek Seng akan ke kawasan operasi polis dan bercakap dengan suspek yang ditahan seperti mat rempit dan sebagainya dan berkongsi pengalaman itu di studio nanti," jelasnya. Dalam pada itu, Wan Sabariah memberitahu, trio hos pada hari Ahad iaitu Fizo, Luqman dan AG pula akan turut turun padang bagi menjayakan segmen Permotoran, Sesuka Hati Chef dan Dirty Job. "Bagi segmen permotoran, trio hos itu akan mencuba kenderaan yang dijual dengan harga yang paling mahal di pasaran dan Sesuka Hati Chef pula mereka akan memasak dengan bahan-bahan makanan yang tidak sesuai seperti santai dengan coklat. "Dirty Job pula, mereka akan ditugaskan untuk mencuba pekerjaan yang tidak pernah dilakukan mereka seperti membuat tar jalan, jadi jurujual pasar malam dan sebagainya," jelasnya. Ujarnya lagi, rating program itu semakin meningkat setiap tahun dengan hampir 400,000 penonton dan umur penonton yang tertinggi antara 18 tahun hingga 24 tahun. "Sebab itu kami ambil pengacara muda dan ibu muda agar penyampaian mereka lebih dekat dengan hati penonton," jelasnya. Bagi Bienda yang baru enam bulan menjadi hos program itu cukup teruja dengan penambahbaikan segmen sedia ada kerana ia akan lebih dekat dengan penonton. "Contohnya segmen Bantu Mama ia banyak bagi petua kepada ibu muda macam saya di samping berkongsi pengalaman dengan ibu-ibu lain dalam hal menjaga anak," katanya yang mempunyai anak berusia sembilan bulan. Fizo pula menambah, dia sudah tidak sabar lagi untuk tampil dalam segmen permotoran kerana itu adalah minatnya untuk mencuba memandu kenderaan agak mahal di pasaran. Walaupun sibuk dengan jadual penggambaran dan komitmen lain, dia yang telah setahun menjadi hos Nasi Lemak Kopi O tetap komited untuk memberikan komitmen dan membahagi masa untuk semua segmen kendaliannya pada setiap Jumaat dan Ahad. | |||
| Posted: 22 Dec 2012 12:00 AM PST ![]() GAMBAR terbaharu dalam laman Twitter Siti Nurhaliza menunjukkan jambangan bunga dengan mesej agar Datuk K cepat sembuh. KUALA LUMPUR – Selepas empat hari menjalani pembedahan, suami penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih terkenal dengan panggilan Datuk K kini sudah boleh berjalan di sekitar wad Hospital Southland, Invercargill di New Zealand tempat beliau menjalani pembedahan. Perkara tersebut dimaklumkan oleh anak keempat Datuk K, Muhammad Aazief, 14, dalam laman Twitternya semalam. Dalam laman Twitter berkenaan Aazief berasa gembira apabila mendapati ayahnya itu sudah boleh berjalan sedikit demi sedikit. "Papa beransur-ansur dapat berjalan semula," tulis Aazief dalam laman Twitter miliknya itu lebih kurang pukul 1 petang waktu New Zealand (pukul 5 petang waktu Malaysia). | |||
| Posted: 21 Dec 2012 11:59 PM PST ![]() BEGINILAH keadaan mayat seorang budak perempuan yang ditemui rentung dengan perut terburai di Bukit Chagar, Johor Bahru semalam. JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun dijumpai mati dibakar dengan perut terburai sebelum dibuang di kaki sebuah bukit di Jalan Salleh, Bukit Chagar di sini semalam. Timbalan Ketua Polis Johor Bahru Selatan (JBS), Superitendan Abdul Samad Salleh berkata, anggota badan mangsa didapati rentung 80 peratus. Pihaknya juga percaya, kanak-kanak malang itu dibakar dengan sejenis minyak dan kemudian dibungkus dalam plastik. Bagaimanapun, identitinya masih belum dikenal pasti. "Mayat itu dipercayai berada di kawasan ini kira-kira 12 jam yang lalu dan perut kanak-kanak terbabit juga didapati terburai," katanya kepada Kosmo!. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. | |||
| Bom tentera Syria tidak meletup Posted: 21 Dec 2012 11:54 PM PST
DAMSYIK - Beberapa butir bom yang digugurkan di Ain Terma, timur Damsyik dalam peperangan saudara di Syria didapati tidak meletup pada 19 Disember lalu. Bom-bom tersebut jatuh di beberapa batang jalan raya tetapi ia tidak meletup sekali gus menjadi tontonan penduduk dan para penentang Presiden Bashar Al-Assad. Kawasan di Ain Terma itu merupakan lokasi serangan tentera Syria terhadap askar-askar Tentera Pembebasan Syria yang menentang rejim Bashar. Pertempuran itu meletus sejak Mac tahun lalu dan lebih 43,000 orang dilaporkan telah terkorban. Para penentang itu terdiri daripada penduduk tempatan yang mahu menggulingkan rejim Bashar. Bashar dianggap gagal membawa pembaharuan dalam bidang pentadbiran dan kebebasan hak asasi manusia. Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam menyatakan pihaknya akan menyediakan bekalan makanan kepada lebih 100,000 orang yang melarikan diri dari kem pelarian Palestin di Syria. Kem itu terletak di Yarmuk, lapan kilometer dari Damsyik. Ia turut menempatkan penduduk Syria yang menjadi mangsa peperangan tersebut. Para pelarian itu melarikan diri ekoran serangan pesawat tentera Syria di kawasan berdekatan kem itu. Kelmarin, konflik di Syria telah menjadi pertempuran antara fahaman Syiah dengan Sunni. Ia diumumkan oleh agensi penyiasat PBB, Suruhanjaya Siasatan Syria selepas melakukan lawatan ke negara ini. Bashar merupakan penganut Islam fahaman Syiah Alawi manakala ramai penduduk di negara ini berfahaman Sunni. | |||
| Terperangkap di kawasan banjir di utara England Posted: 21 Dec 2012 11:53 PM PST ![]() SEORANG lelaki menjenguk keluar dari tingkap keretanya yang terperangkap akibat banjir di Milby, utara England semalam. MILBY - Seorang lelaki keluar dari tingkap sebuah kereta yang terperangkap dalam banjir di Milby, utara England semalam. Dia keluar dari tingkap kereta tersebut dengan bantuan sebuah jentera penyelamat seperti sebuah traktor yang diletakkan di sebelah kenderaannya. Lelaki tersebut memegang pintu jentera berkenaan semasa dia keluar dari tingkap kereta itu. | |||
| Bina rumah berbentuk kapal angkasa lepas Posted: 21 Dec 2012 11:52 PM PST ![]() RUMAH berbentuk seperti kapal angkasa lepas yang dibina oleh Vinholis di Alto Paraiso De Goias, Brazil. ALTO PARAISO DE GOIAS, Brazil - Seorang pengamal perubatan alternatif, Agusto Vinholis membina sebuah rumah berbentuk seperti kapal angkasa lepas di sini. Dia percaya rumah tersebut akan dapat melindungi keluarganya daripada kemusnahan akibat hari kiamat yang dipercayainya berlaku semalam. Hari kiamat tersebut dipercayai berlaku berdasarkan tafsiran kalendar kaum Maya yang berakhir pada 21 Disember 2012. Bagaimanapun, hari kiamat itu tidak berlaku seperti ramalan sebahagian pihak yang fanatik dengan kalendar tersebut. |
| You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






















0 ulasan:
Catat Ulasan