OHBULAN! |
| Tahniah! Uchop Juara Vokal Musim Ke-2 Posted: 26 Dec 2012 09:31 PM PST
Tahniah diucapkan untuk peserta Vokal musim ke 2, Uchop atau nama sebenarnya Mohamad Yusof Ahmad, 28, atas kejayaannya menyandang gelaran juara untuk pertandingan realiti program tersebut. Menerusi pentas konsert Vokal 2 akhir semalam, Uchop telah membawakan single terbarunya yang dicipta oleh Yuzai berjudul 'Jujurlah Padanya' serta lagu rock nyanyian Awie dan kumpulan Wings berjudul 'Dipenjara Janji' medley bersama lagu 'Opera Hidup'. Dalam pada itu, naib juara Vokal pula, Mar telah membawakan lagu 'Semua di Hatiku' medley bersama lagu 'Sesuatu Janji' serta single terbarunya ciptaan Ajai berjudul 'Maafkanlah Cinta'. Untuk pusingan 'battle', Mar dan Uchop masing-masing telah memilih lagu 'Stand Up For Love' nyanyian kumpulan Destiny's Child serta 'Bujang Senang' nyanyian kumpulan Wings. Nampaknya ketika diumumkan sebagi juara Vokal untuk musim kedua, Uchop terlalu gembira sehingga menitiskan air mata kegembiraan dan menerusi ucapannya, Uchop menyatakan yang dia sudah lama mengidamkan detik-detik indah sebegitu. Untuk pertandingan Vokal ini, Uchop telah membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 berserta trofi dan set muzik bernilai RM10,000. Manakala naib juara Vokal 2, Mar telah membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000 berserta trofi. Foto Kredit : BM |
| Foto Percutian Fouziah Gous Dan Keluarga Di Chiang Mai Posted: 26 Dec 2012 08:41 PM PST
Menerusi foto-foto yang dimuat naik melalui Instagramnya. Jelas keakraban diantara adik-beradik, anak saudara, dan ibunya dapat dilihat melalui foto-foto sepanjang percutian mereka di Chiang Mai. Setakat ini sudah beberapa kali Fouziah dan keluarganya ke Thailand untuk bercuti. Antara lokasi-lokasi menarik yang dilawati mereka, adalah Chiang Mai Zoo, Chiang Rai White Tample, Elephant Camp dan banyak lagi. Hari ini Fouziah berangkat ke Abu Dhabi untuk penggambaran telemovie "Cinta Di Sa'adiyat". Nampaknya sambil bekerja sambil bercutilah Fouziah di Abu Dhabi. Jom kita tengok foto-foto percutian Fouziah bersama keluarganya di Chiang Mai baru-baru ini. |
| You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Semalam telah berlangsungnya pertandingan akhir Vokal musim ke 2 yang bertempat di Plaza Alam Sentral Shah Alam, Selangor.





0 ulasan:
Catat Ulasan