Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Leuniey Terkilan Isu Mengenai Bapa Kandung Menjelang Nikah
- Uchop Juara 'Vokal', Tewaskan Mar
- Imran Ajmain Kekalkan Genre Balada Kerana Lenggok Kemelayuan
- Derita Pelakon 80-an Radi Kerdil Tiada Siapa Peduli
- Noraniza nafi sara suami
- Bisa Super Junior M
- Fazurina hormati pendirian ibu
- Kahwin 5 tiada dialog lucah
- Murid naik bas sekolah dilindungi RM100,000
- Parah dilibas angkara dendam
- Mangsa banjir terus meningkat
- 20 terbunuh kereta kebal bedil kampung
- Dipukul sampai mati kerana kebakaran
- Landasan kereta api laju terpanjang beroperasi
- Bunga bangkai mekar pada Hari Krismas
- Terbaik,tercorot 2012
- Mampu bertahan, bakal menyerlah 2013
- CMCF kawal kandungan siaran Malaysia
- Kelangsungan hidup enggang di Thailand
- Lawak MLM Kurang Menyengat Hanya Strategi Jozan
- Pementasan Teater Muzikal Tan Sri Arshad Ayub 25 Januari 2013
- Siti Nurhaliza Jadi Pengacara 'Game Show' Pula
- Padah 'baham' dua beradik
- Simpulan 2012, sasaran 2013
- Suntikan elemen moden
| Leuniey Terkilan Isu Mengenai Bapa Kandung Menjelang Nikah Posted: 26 Dec 2012 03:42 PM PST Apek dan Leuniey bakal mendirikan rumah tangga pada Jumaat ini.Leuniey atau nama sebenarnya Nur Eilunie Natasha, 21, berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia merupakan hal dalaman keluarga. Malah dia juga terkejut apabila bapanya, Jaafar Mohamad, mendakwa tidak dijemput menghadiri majlis pernikahan itu. "Saya terkilan dengan kontroversi yang tidak sepatutnya menjadi tatapan ramai. "Tetapi saya cuma anggap hal itu berlaku kerana ayah mungkin terlalu beremosi pada ketika itu. Mungkin juga dia inginkan perhatian daripada saya sebagai seorang anak, entah saya tidak pasti. "Apa-apa pun, perkara ini benar-benar buatkan saya kecewa kerana banyak lagi urusan perkahwinan yang perlu diselesaikan," katanya yang dihubungi mStar Online dekat sini, petang Rabu. Pada Selasa lalu, , Jaafar telah meluahkan rasa terkilan tidak dijemput menghadiri majlis pernikahan anak sulungnya itu dengan Apek, 23. Dia juga mengatakan rasa sedih tidak dapat menyaksikan majlis akad nikah pasangan berkenaan yang akan berlangsung di kediaman Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan itu. Leuniey merupakan anak sulung Jaafar hasil perkahwinannya dengan Nor Laila Abu Bakar, 40, sebelum bercerai 10 tahun lalu. Lelaki itu kini tinggal bersama isteri baru dan dua anak lelakinya di mana seorang daripadanya merupakan adik Leuniey berusia 19 tahun. Sementara itu, tambah Leuniey, pada Selasa lalu, dia telah bertemu dengan Jaafar, namun kedua-dua mereka tidak membangkitkan isu tersebut bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku. "Kami ada berjumpa, tetapi masing-masing tidak buka cerita pun tentang kenyataan ayah itu. Biarlah. "Saya tidak mahu perkara itu menjadi bebanan dalam keluarga. Saya anggap ia sebagai dugaan kami sekeluarga," ujarnya. Pasangan itu akan bernikah pada Jumaat ini, pukul 9.00 pagi manakala majlis resepsi pengantin perempuan akan diadakan di Hotel Renaissance, Kota Baharu dua hari selepas itu. Persandingan di sebelah pengantin lelaki pula akan berlangsung di rumah keluarga Apek di Kampung Chenang, Kota Bharu pada 5 Januari 2013. Dalam pada itu, pasangan itu turut mengadakan satu lagi majlis resepsi di Hotel Royale Bintang, Damansara pada 13 Januari tahun depan, pukul 8 malam. Apek dan Leuniey mula menjalin hubungan selepas terlibat dalam pembikinan iklan minyak wangi SimplySiti Eau De Parfum milik penyanyi Siti Nurhaliza awal tahun ini. | |||
| Uchop Juara 'Vokal', Tewaskan Mar Posted: 26 Dec 2012 03:41 PM PST UchopKemenangan Uchop yang dikatakan mempunyai cara nyanyian yang versatil oleh juri, Hattan dan Ziana Zain sekaligus melayakkan peserta kelahiran Kuala Lumpur itu membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 beserta sebuah trofi. "Saya bersyukur dan tidak sangka dapat menjuarai pertandingan ini. "Moga menerusi wang tunai yang dihadiahkan, saya dapat menggunakannya sebaik mungkin, InsyaAllah," katanya selepas pertandingan tersebut. Gelaran naib juara pula dimenangi oleh Mar atau nama sebenarnya Marlleynney Fane J.L Paul,25 sekaligus menerima hadiah kemenangan sebanyak wang tunai sebanyak RM30,000 beserta sebuah trofi. Pada pertandingan tersebut, kedua-dua peserta perlu melalui tiga cabaran dimana yang pertama, Mar dan Uchop perlu membawakan persembahan solo. Mar membawakan lagu medley iaitu Semua Isi Hatimu nyanyian 3 Suara dan Sesuatu Janji (Taufik Batisah). Manakala Uchop menyanyikan lagu Dipenjara Hidup dan Opera Hidup nyanyian penyanyi asalnya, Awie. Seterusnya, tugasan kedua pula mereka membawakan lagu baru ciptaan khas oleh komposer Ajai iaitu Maafkanlah Cinta (Mar) dan Yuzai pula menghasilkan lagu buat Uchop berjudul Biar Jujurlah Padanya. Cabaran terakhir pula, Mar dan Uchop mengharungi segmen 'battle' dimana kedua-dua mereka akan membawakan lagu pilihan sendiri. Sementara itu, pentas Vokal turut dimeriahkan dengan persembahan penyanyi hebat iaitu Saleem, Zamani, Hattan dan Ziana Zain. Sepanjang 12 minggu pertandingan berlangsung, format permakahan Vokal dibahagikan kepada dua iaitu 50 peratus daripada juri manakala 50 peratus lagi menerusi SMS. Konsert tersebut bersiaran menerusi saluran TV3, setiap Rabu, pukul 9 malam. | |||
| Imran Ajmain Kekalkan Genre Balada Kerana Lenggok Kemelayuan Posted: 26 Dec 2012 03:40 PM PST Imran AjmainPemilik nama penuh Ahmad Imran Ajmain, 31, ini berkata, kelebihan itu membuatkan dia berasa selesa untuk terus menghasilkan genre itu pada album ketiganya yang bakal dipasarkan pada Mac 2013. "Saya selesa menyanyikan lagu genre balada. Julat vokal saya pada tahap sederhana dan tidak boleh tarik tinggi-tinggi seperti sesetengah penyanyi. "Kebetulan pula, saya mempunyai lenggok Melayu yang baik. Untuk kekalkan lenggok itu, balada adalah caranya," katanya kepada mStar Online. Penyanyi berasal dari Singapura itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran lagu dan muzik video terbaharunya berjudul Di Kalung Kasihan di RedBox The Gardens, di sini, petang Rabu. Bagaimanapun, Imran berkata, sentuhan balada pada album ketiganya nanti adalah berbeza dan lebih matang. "Kalau menerusi album pertama, muzik saya dipengaruhi hip hop dan R&B manakala album kedua, saya bereksperimen dengan elemen lagu-lagu lama. "Bagi album ketiga nanti, ia akan sepenuhnya mengikut haluan genre balada yang matang dan berbeza," katanya yang sudah merakamkan empat daripada lapan lagu untuk album ketiganya. Imran berkata, lagu-lagu balada seperti Seribu Tahun dan Selamat Ulang Tahun Sayang sebelum ini diterima ramai kerana formula khas yang diamalkannya dalam mencipta lagu. "Dari dulu saya berpegang kepada tiga rahsia dalam menghasilkan lagu yang berkesan."Melodinya mesti mudah diingati, tempoh satu minit sebelum korus harus menarik perhatian dan kekerapan menyanyikannya sehingga ia melekat dalam fikiran," katanya. Muzik video arahannya bersama pengarah muda Nasrullah Napi itu dirakamkan di Gunung Keriang, Alor Setar, Kedah dan Genting Highlands, Pahang selama tiga minggu. Ia diterbitkan syarikat produksi Fipro dan diedarkan Life Records. | |||
| Derita Pelakon 80-an Radi Kerdil Tiada Siapa Peduli Posted: 26 Dec 2012 03:39 PM PST Pelakon Radi menunjukkan bahagian perutnya yang terpaksa ditebuk untuk mengeluarkan nasjis.Radi atau nama sebenarnya Matrazhid Isa, 50, berkata, lebih malang lagi dia tidak dapat buang air besar secara normal kerana kesan penyakit berkenaan menyebabkan pihak hospital terpaksa menyalurkan usus pada bahagian perut yang ditebuk bagi mengeluarkan najis. "Sejak empat tahun lalu hidup saya amat derita kerana penyakit ini sehingga membuatkan saya terpaksa meminta bantuan pelbagai pihak bagi meringankan beban yang saya tanggung," katanya kepada mStar Online ketika ditemui di hospital daerah di sini. Radi berkata, segala-galanya berpunca ketika dia mengambil kesempatan untuk pulang ke kampungnya di Bagan Baharu di sini dari Kuala Lumpur pada tahun 2008 dengan hanya menaiki motosikal kapcai beroda empat untuk orang kelainan upaya (OKU). Katanya, ketika tiba di kampung yang mengambil masa selama sembilan jam itu, dia tiba-tiba jatuh sakit yang menyebabkan seluruh tubuhnya menjadi kebas. "Ketika itu saya ingatkan masalah ini tidak serius sehinggalah saya melakukan rawatan secara tradisional iaitu dengan membakar batu bagi tujuan memanaskan bahagian punggung saya untuk menghilangkan rasa kebas. Radi merupakan antara pengasas Pertubuhan Kebajikan Orang-Orang Kerdil Malaysia dengan nombor keahlian keempat. Jelasnya, tidak beberapa lama kemudian daging berkenaan menjadi lebam dan mula membusuk sehingga dinasihatkan oleh doktor agar melakukan pembedahan. Akibat daripada penyakit itu, dia yang sebelum ini membuka kedai menjual kad prabayar dan telefon bimbit di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, Setapak, Kuala Lumpur hanya bergantung hidup kepada bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Baitulmal masing-masing sebanyak RM300 sebulan. Katanya, jumlah itu tidak mencukupi untuk dia membeli plastik sarung najis yang perlu digunakan kira-kira lima kali sehari serta urusan makan minum dan kelengkapan lain yang mencecah lebih RM300 sebulan. Dia juga terpaksa menyara dua orang anaknya yang berusia 12 dan 17 tahun. Salah seorang anaknya tinggal dengan bekas isterinya dekat sini. Kata Radi, dia tidak pernah mendapat bantuan daripada mana-mana persatuan seni dan juga Pertubuhan Kebajikan Orang-Orang Kerdil Malaysia walaupun merupakan antara pengasas pertubuhan tersebut dengan memegang kad keahlian nombor empat. Radi sedih mengenangkan apa akan jadi dengan masa depannya. "Bagaimanapun saya amat berterima kasih kepada kakitangan hospital yang menjaga saya dengan baik seperti keluarga mereka sendiri sepanjang saya dirawat di sini," katanya. Dalam bidang seni, Radi yang mula berlakon di pentas-pentas Felda pada tahun 1974 pernah membintangi beberapa buah filem antaranya Tuan Badul, Panglima Badul dan filem Hongkong iaitu Angle Two pada awal 1980-an. Rakan-rakan seangkatannya adalah Amran Kerdil, Kamal Kerdil, Param, AR Badul, Zami Ismail dan juga Ahmad B. Dia juga pernah diberi penganugerahan Bapa Wiraku oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada tahun 2006 serta anugerah kerana menjadi Pengasas Pertubuhan Orang-Orang Kerdil Malaysia. Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan bagi meringankan beban Radi bolehlah menyalurkan sumbangan menerusi Maybank Islamic miliknya menerusi nombor akaun 1583-0533-5259. | |||
| Posted: 26 Dec 2012 03:29 PM PST
SETELAH tiga tahun menjalani kehidupan sebagai seorang ibu tunggal, penyanyi Noraniza Idris akhirnya telah mendirikan rumah tangga dengan seorang bilal yang berasal dari Singapura, Jeffri Hudi, 53, pada 29 September 2011. Lebih setahun menjalani kehidupan bahagia tanpa sebarang kontroversi, tiba-tiba ada khabar angin yang mendakwa peranan mencari rezeki telah digalas oleh Noraniza kerana suaminya didakwa tidak bekerja. Bagaimanapun, penyanyi berkenaan yang ditemui sewaktu majlis pelancaran pertandingan tarian Akar Kita Zapin 2012 di Panggung Bandaraya DBKL, Kuala Lumpur kelihatan tenang apabila diajukan pertanyaan mengenai cerita tersebut. "Sepanjang berumah tangga dengan bekas suami dahulu sudah bermacam-macam cerita yang ditimbulkan mengenai perkahwinan saya. Jadi, saya tidak terkejut sekiranya masih ada yang memperkatakan tentang kehidupan rumah tangga saya. "Mungkin cerita sebegini timbul apabila orang melihat saya yang lebih banyak menonjol, tetapi hakikatnya saya tidaklah menyara keluarga seperti yang diperkatakan sesetengah pihak," ujar penyanyi berusia 44 tahun itu. Menurut Noraniza, buat masa ini suaminya menjalani perniagaan sendiri iaitu menjadi pembekal barang-barang runcit, selain menjadi bilal bebas di sebuah masjid di Seri Kembangan, Selangor. Ujarnya, memandangkan suaminya merupakan seorang warganegara Singapura, mereka juga kini sedang berusaha membuat permohonan agar Jeffri mendapat kerakyatan Malaysia supaya lebih mudah menjalankan segala urusan di sini. "Sudah tentu orang tidak melihat apa yang suami saya telah lakukan kerana cerita mengenai kegiatannya tidak dikongsikan memandangkan dia bukanlah seorang artis seperti saya. "Lagipun, saya tidak kisah apa yang orang hendak kata mengenai rumah tangga kami. Lebih penting saya rasa lebih gembira dan bahagia dengan kehidupan sekarang," jelasnya. Pada masa yang sama, Noraniza meluahkan rasa syukurnya kerana usaha yang dilakukan untuk terus memperjuangkan etnik kreatif turut mendapat sokongan suami. Ujarnya, biarpun suaminya itu merupakan seorang bilal, tetapi dia beruntung kerana mendapat restu suami dalam melakukan pekerjaan sekarang dan menganggap ia merupakan perkara yang paling penting sekiranya mahu berjaya. "Walaupun suami merestui apa yang saya lakukan sekarang ini, dia juga ada meminta supaya saya kurangkan kegiatan seni. Namun begitu, saya meminta kepadanya supaya memberi sedikit lagi masa untuk mengejar impian saya," ujarnya. Konsert
Bercerita dengan lebih lanjut mengenai impiannya itu, Noraniza meluahkan sepanjang 15 tahun memperjuangkan irama etnik kreatif, dia sebenarnya mempunyai impian tersendiri. Menurutnya, sejak tahun 1997 lagi dia sudah mengimpikan untuk mengadakan sebuah konsert secara besar-besaran, namun sentiasa berhadapan dengan banyak halangan. "Itu merupakan impian saya yang paling tinggi sepanjang bergelar penyanyi. Seboleh-bolehnya kalau dapat mengadakan satu konsert sahaja pun ia sudah memberi kepuasan kepada saya. "Lagipun saya pernah memberitahu kepada suami sekiranya impian saya ini terlaksana, barulah saya akan terus mengurangkan aktiviti seni dan memberikan tumpuan kepada rumah tangga dan aktiviti keagamaan," jelasnya lagi. Ketika ditanya adakah dia akan terus bersara daripada bidang seni selepas impiannya itu terlaksana, penyanyi berkenaan menyatakan dia tidak akan bersara sepenuhnya. Sebaliknya, dia mahu mengurangkan aktiviti nyanyian dan lebih banyak melakukan kerja-kerja di belakang tabir. Sekiranya ingin menyanyi, dia akan mendedangkan lagu-lagu yang berunsur keagamaan. "Saya sudah merancang untuk menganjurkan sebuah konsert besar-besaran yang dikenali sebagai Konsert Masyhur 1Malaysia pada bulan September 2013 sempena hari pembentukan Malaysia. "Kalau diikutkan memang masa yang ada untuk merealisasikannya agak singkat, namun saya tetap yakin ia akan berjaya dan berharap mendapat sepenuh sokongan daripada semua pihak serta kerajaan," ujarnya. Risau Sebagai seorang penyanyi yang begitu dikenali kerana bergiat aktif memperjuangkan irama etnik kreatif, Noraniza meluahkan kerisauannya terhadap nasib dan masa depan irama berkenaan yang semakin terpinggir. Ujarnya, situasi berkenaan dapat dilihat apabila lagu-lagu irama sedemikian kurang mendapat tempat di stesen radio popular dan semasa acara Anugerah Industri Muzik ke-19 (AIM 19) yang berlangsung pada bulan lalu.
"Secara jujurnya saya memang agak terkejut apabila nama saya seorang sahaja yang tercalon dalam Top 5 untuk kategori Lagu Pop Etnik pada AIM 19 baru-baru ini. "Jadi ini membuktikan yang industri nyanyian di Malaysia sudah ketandusan penyanyi yang aktif menyanyikan lagu-lagu irama etnik kreatif dan pastinya ia memang sangat merisaukan saya," ujarnya. Dalam usaha mengatasi masalah tersebut, Noraniza telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan sebuah kumpulan yang dikenali sebagai Gagasan Anak Merdeka. Ujarnya, kumpulan tersebut ditubuhkan sebagai langkah untuk mencungkil bakat-bakat baharu sebagai penyanyi dan komposer lagu-lagu irama etnik kreatif yang terdiri daripada golongan belia. "Setakat ini saya sudah mengenal pasti beberapa individu yang boleh diketengahkan, antaranya Dr. Mohammad Ihab Ismail yang berkebolehan menyanyi dan mencipta lagu etnik kreatif serta diangkat sebagai Ikon Masyhur 1Malaysia. "Mengenai penciptaan lagu tidak dinafikan memang ramai anggota kumpulan Gagasan Anak Merdeka yang memiliki kebolehan, cuma mereka tiada keyakinan untuk mengetengahkan lagu ciptaan mereka itu," jelasnya. Menurut Noraniza, sebagai pengasas kumpulan berkenaan dia akan menilai setiap lagu-lagu yang dihasilkan oleh setiap ahli dan menyasarkan supaya ia akan dapat dipertandingkan pada AIM yang akan datang. | |||
| Posted: 26 Dec 2012 03:28 PM PST ![]() SUPER Junior M tetap menampilkan persembahan yang hebat biarpun tanpa kehadiran seorang anggotanya iaitu Siwon. KUMPULAN Super Junior M nampaknya masih berbisa apabila lapan ribu peminat hadir memenuhi dewan di Kenanga Wholesale City, Kuala Lumpur sempena konsert 2012 Asia Super Showcase In Malaysia baru-baru ini. Dikhabarkan juga tiket VIP berharga RM600 sehingga tiket berharga RM183 habis terjual dalam tempoh tidak sampai sebulan sejak penjualan tiket dilancarkan. Tiket laris terjual mungkin kerana peminat tidak hanya dihiburkan dengan persembahan Super Junior M tetapi juga mereka turut dapat menyaksikan persembahan kumpulan BTOB dan juga EXO-M yang sememangnya digilai ramai peminat terutamanya gadis remaja. Super Junior M merupakan hasil gabungan dua negara iaitu anggota Super Junior berasal dari Korea Selatan yang dianggotai Siwon, Donghae, Ryeowook, Sungmin, Kyuhyun dan Eunhyuk. Dua orang lagi ahli kumpulan itu iaitu Zhou Mi dan Henry pula berasal dari China disebabkan Super Junior M juga memberi fokus sepenuhnya pada pasaran lagu berbahasa Mandarin. Persembahan untuk konsert yang dibawakan oleh U Mobile dan anjuran bersama Marctensia Concerts serta Universal Music Malaysia itu dimulakan dengan persembahan pembukaan kumpulan BTOB yang mempersembahkan lagu pertama berjudul Born To Beat. Muncul dengan kostum yang lengkap BTOB yang dianggotai oleh Eunkwang, Minhyuk, Changsub, Hyungsik, Peniel, Ilhoon dan Sungjae turut mendendangkan enam buat lagu lain yang menjadi siulan para peminat. Antara lagu yang didendangkan ialah Irresistible Lips, Imagine, One Thinking I Know, My Girl, Insane dan Wow. Kehangatan konsert yang berlangsung selama dua jam setengah itu disambung oleh kumpulan EXO-M yang dianggotai oleh Tao, Lu Han, Chen, Lay, Xiu Min dan Kris. Lagu pertama yang berjudul History sudah cukup membuatkan para peminat bagai terkena histeria ditambah pula dengan tarian yang mantap. EXO-M turut menyanyikan tiga lagi lagu yang berjudul What Is Love, Angle dan Mama. Jeritan yang seakan-akan mahu memecahkan gegendang telinga oleh seluruh peminat berlaku apabila Super Junior M mengambil alih pentas persembahan. Dewan di tingkat 15 pusat beli-belah itu tiba-tiba bertukar wajah apabila lampu berwarna biru dan kain rentang dengan tulisan Korea memenuhi dewan. ![]() PERSEMBAHAN BTOB tidak kurang hebat yang menyebabkan penonton konsert berteriak penuh keterujaan. Memulakan persembahan dengan lagu hit mereka iaitu Super Girl, peminat turut menyanyi dan menari bersama mengikut rentak tarian kumpulan Super Junior M. Sesekali, mereka berbicara dengan peminat dan berjanji akan datang semula ke Malaysia dengan ahli yang lengkap kerana salah seorang ahli mereka Siwon tidak dapat hadir. "Kami berharap ini bukan kali terakhir kami di Malaysia, kami akan datang lagi dengan persembahan yang hebat bersama Siwon. Terima kasih kerana hadir, kami sayangkan anda semua," ucap Henry yang fasih berbahasa Inggeris. Siwon yang sempat memberi ucapan video kepada peminat di Malaysia ketika konsert berlangsung memberitahu, dia kini terikat dengan jadual penggambaran drama bersiri terbaharu lakonannya yang berjudul The Lord of The Drama. "Saya amat berharap saya dapat hadir bersama di konsert tetapi saya sibuk dengan penggambaran drama. Saya harap peminat terus memberikan sokongan kepada kumpulan Super Junior M dan dua kumpulan junior kegemaran saya EXO-M dan BTOB. "Harap anda semua nantikan drama terbaharu saya dan semoga terhibur dengan persembahan daripada Super Junior M," katanya ringkas daripasa sedutan video itu. Selain itu, Super Junior M turut menghiburkan peminat dengan barisan lagu At Least I Still Have You, Love Doesn't Come Alone, Lost dan Destiny. Too Perfect menjadi lagu penutup untuk konsert itu. Sepanjang persembahan nampaknya peminat yang menonton konsert itu cukup terhibur. Bagaimanapun, harga tiket yang agak mahal dirasakan tidak setimpal dengan sistem bunyi yang cukup menyiksakan telinga. | |||
| Fazurina hormati pendirian ibu Posted: 26 Dec 2012 03:28 PM PST
PERKAHWINAN adalah sesuatu yang sangat indah dan istimewa. Perjanjian di antara dua insan akan termeterai jika restu perhubungan diizinkan. Namun bagi pelakon drama bersiri menerusi slot Trilogi Cinta, Siti Fazurina Mohd. Famir, 30, atau lebih dikenali sebagai Siti Fazurina, dia tidak menyangka pernikahan dengan jejaka pilihan hatinya, Muhammad Hykal Zulkifli, 31, mengundang mimpi duka setelah didakwa tidak mendapat restu keluarga. Kontroversi kisah hidup Fazurina yang baru dua minggu mendirikan rumah tangga itu semakin tersebar luas menerusi laman sosial Facebook dan Twitter apabila mereka dikhabarkan 'kahwin lari' di Thailand. Persoalan mengenai status pernikahannya menjadi perbualan sehingga Fazurina pasrah dengan dakwaan yang timbul apatah lagi membabitkan ahli keluarganya sendiri. Bagaimanapun, segalanya terjawab sebaik Fazurina atau nama ringkasnya Nina mengadakan sidang akhbar di salah sebuah hotel di Bayan Baru, Pulau Pinang baru-baru ini dengan turut menjemput ibunya, Zubaidah Abu Bakar, 60, serta beberapa ahli keluarganya yang lain termasuklah abang tiri Fazurina, Shahzuri Shaharudin, 36, serta adik-beradiknya, Mohd. Fauzi, 24, dan Mohd. Firdaus, 22. Sidang akhbar tersebut bagaimanapun bertukar menjadi seolah-olah penggambaran sebuah drama Melayu apabila Zubaidah dan ahli keluarga Fazurina yang hadir hanya mendiamkan diri. 'Drama' air mata mula tercetus apabila Fazurina tiba-tiba bergegas mengejar Zubaidah sehingga ke tangga selepas ibunya itu dibawa oleh salah seorang daripada adik lelakinya itu untuk beredar dari sidang akhbar tersebut. Hanya sempat memeluk ibunya selama beberapa saat sambil meminta ampun, Fazurina dilihat amat sebak. Sementelah, Zubaidah kedengaran telah meluahkan kekesalannya dengan tindakan Fazurina (berkahwin secara senyap-senyap) sebelum dia ditarik adiknya itu meninggalkan lokasi sidang akhbar tersebut. Berikut sedutan temu bual bersama Fazurina selepas tamat 'drama' sebabak tersebut. Kosmo!: Bagaimanakah timbul isu Nina kahwin lari sehingga boleh diketahui umum? SITI FAZURINA: Isu ini timbul sebaik sahaja selesai majlis akad nikah pada 21 Disember lalu di Masjid Jamek Sungai Pinang di sini (Pulau Pinang). Ada pihak cuba hentam Nina. Saya kesal kerana pihak itu ialah keluarga sendiri. Adakah keluarga tidak merestui hubungan Nina dengan Hykal? Hal keluarga adalah peribadi. Apa yang boleh Nina beritahu sebenarnya banyak pihak berkecil hati. Mereka (keluarga) tidak pernah merasai apa yang Nina rasa. Nina tak kahwin lari. Nina berkahwin secara sah dengan berwalikan bapa saudara sebelah arwah bapa. Adakah Nina membuat keputusan berkahwin dengan Hykal secara terburu-buru? Kami sudah lama membuat perancangan untuk berkahwin dan sudah beberapa kali ibu saya tidak menerima keputusan saya untuk mengahwini Hykal. Namun kali ini, saya nekad memilih Hykal menjadi pilihan hati. Malah saya juga membuat solat Istiqarah selama tiga hari berturut-turut. Bagaimanakah sekiranya ada pihak membuat tohman mengatakan Nina telah menderhakai ibu sendiri? Sebelum bernikah, saya dan Hykal ada berjumpa dengan ustaz dan kami menghadiri kaunseling. Kami diberitahu perkahwinan adalah perkara wajib dan sunnah Rasulullah. Saya menghormati pendirian ibu walaupun dia tidak mahu terlibat dalam pernikahan saya dengan Hykal. Apakah perubahan yang ingin dikecapi di sebalik kemelut perkahwinan Nina ini? Ibu dan anak tidak boleh terpisah. Saya harap suatu hari nanti ibu akan menerima Hykal. Kalau dia terima perkahwinan ini, masalah sebegini akan selesai. Harapan masa depan Nina terhadap hubungan anda suami isteri dan keluarga masing-masing? Saya inginkan kebahagiaan yang bukan dicari kami berdua tetapi untuk kedua-dua belah keluarga. Harap kebahagiaan dapat dikongsi dengan ibu dan ahli keluarga lain. | |||
| Posted: 26 Dec 2012 03:27 PM PST
FILEM tempatan hanya untuk tontonan penonton berumur 18 tahun ke atas. Itu fakta utama filem berjudul Kahwin 5. Ia mengisahkan tentang seorang usahawan kaya bernama Dr. K yang telah berkahwin empat orang dan secara tidak langsung terlibat dengan komplot seorang gadis bernama Fara yang memaksanya untuk berkahwin lagi seorang. Apabila judulnya sudah memaparkan perkataan kahwin, sudah pasti isi kandungannya meliputi isu-isu berkaitan alam perkahwinan dan rumah tangga. Konteks yang lebih jelas, tentunya akan ada dialog atau aksi yang memaparkan hubungan intim atau romantis antara suami dan isteri. Disebabkan itu, klasifikasi filem Kahwin 5 juga diletakkan di bawah 18sx iaitu untuk tontonan 18 tahun ke atas. Menjawab mengenai keberanian mempertaruhkan sebuah filem tempatan berbahasa Melayu yang adakalanya dilihat melanggar norma penonton di Malaysia, kata pengarahnya, Nizam Zakaria, dia sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan selepas ini. "Saya akan menjawab sejujur mungkin dan bertanggungjawab atas tindakan ini. Mengambil kira pandangan pengkarya sebelum ini, saya berpegang pada prinsip jika kita tidak berani mencetuskan polemik janganlah berani berkarya kerana dari situ datangnya idea," jelasnya yang ditemui ketika tayangan perdana filem Kahwin 5 di Cineleisure, E@Curve, Mutiara Damansara baru-baru ini. Tambah Nizam, dia tidak melihat klasifikasi yang diberikan untuk filem kedua arahannya itu sebagai masalah atau suatu isu yang perlu diperbesarkan. "Sasaran saya adalah penonton golongan dewasa yang merasakan diri mereka terpinggir apabila kita selalu menerbitkan filem-filem yang fokusnya hanya untuk golongan remaja sahaja. "Saya tidak pernah fikirkan filem arahan saya untuk mendapat pulangan berlipat kali ganda atau dialog yang bersifat kontroversi, asalkan mampu menghiburkan penonton yang membeli tiket wayang," katanya yang kecewa dengan lambakan filem bercorak klise di pasaran semasa tempatan. Katanya, pelakon dan penerbit telah bersetuju mengenai skrip dan aksi yang terkandung dalam Kahwin 5 sebelum memulakan penggambaran sekitar awal tahun ini.
Biarpun tiada dialog yang secara langsung menyebut perkataan lucah atau terlalu sensitif, masih ada antara dialognya terkandung mesej dwi makna. Jelas Nizam, kebanyakan dialog yang dituturkan oleh barisan pelakon Kahwin 5 bersifat tokok tambah walaupun tiada dalam skrip agar babak tidak terlalu kaku dan mendatar. "Kalau kita letakkan kekangan dalam karya seni, sudah pasti daya kreativiti kita akan tersekat dan mesej tidak sampai kepada penonton. Jadi saya berikan kebebasan kepada para pelakon untuk mempersembahkan hasil terbaik. Sefaham saya tiada langsung dialog lucah yang dituturkan dalam filem Kahwin 5," ujar Nizam lagi. Menyokong hujah yang diberikan Nizam, kata Norish Karman yang merupakan salah seorang pendukung watak utama filem itu, Kahwin 5 merangsang orang luar untuk melihat mutu kerja pengkarya tempatan. "Tidak perlu timbul isu 18sx kerana filem ini dikhususkan untuk golongan ibu bapa yang akan masuk ke pawagam untuk menonton tanpa anak-anak dan pulang ke rumah menceritakan semula kepada anak-anak mereka," celahnya. Menarik mengenai filem Kahwin 5, pengarahnya turut mengetengahkan empat dialek berbeza dari negeri Kelantan, Perak, Sabah dan Negeri Sembilan bagi memperlihatkan kepelbagaian. Kahwin 5 menampilkan barisan pelakon seperti Usop Wilcha, Fizz Fairuz, Sofi Jikan, Anzalna Nasir, Dian P.Ramlee, Adrea Abdullah, Norish Karman dan Marsha Milan Londoh. Filem terbitan Showbiz Productions itu mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula hari ini, 27 Disember 2012. | |||
| Murid naik bas sekolah dilindungi RM100,000 Posted: 26 Dec 2012 03:25 PM PST
KUALA LUMPUR - Kira-kira 1.5 juta pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah akan diberi perlindungan skim insurans mulai Januari depan, kata Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar. Syed Hamid berkata, skim itu dikenali sebagai perlindungan insurans kemalangan diri, hilang upaya kekal dan kematian dengan had sebanyak RM100,000 seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Belanjawan 2013 September lepas di Parlimen. Katanya, SPAD telah membuka tender kepada syarikat insurans yang berminat untuk menghantar kertas cadangan yang disertakan dengan sebut harga untuk perlindungan skim insurans itu. "Kita akan memilih syarikat insurans yang mengemukakan kertas cadangan yang terbaik serta sebut harga yang munasabah bagi tujuan itu sebelum dilantik sebagai penyedia skim insurans. "Kita sasarkan apabila sekolah dibuka tahun depan, semua pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh negara akan diinsuranskan sebagai perlindungan sekiranya berlaku kemalangan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat antara SPAD serta Pengusaha Bas Bentong dan Temerloh di sini semalam. | |||
| Posted: 26 Dec 2012 03:24 PM PST ![]() SEORANG lelaki yang parah akibat dilibas diberi bantuan awal oleh pasukan penyelamat di George Town kelmarin. GEORGE TOWN - Perasaan dendam yang membuak-buak mendorong sekumpulan lima samseng bertindak nekad menyerang, menetak dan menghentak seorang lelaki hingga parah dalam kejadian di Gat Lebuh Macallum di sini kelmarin. Kejadian pukul 11 malam itu mengakibatkan mangsa yang berusia 40 tahun cedera di kepala, tangan dan lengan kiri selepas dilibas dengan parang sebanyak lima kali selain dihentak dengan kerusi plastik. Kejadian berlaku apabila kesemua suspek yang berjalan kaki menyerang lelaki itu sebelum melarikan diri sebaik melihat mangsa rebah. Difahamkan, mangsa terpaksa menanggung sakit selama setengah jam sebelum ditemui oleh orang awam yang terus menghubungi pihak berkuasa. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, siasatan awal mendapati punca serangan adalah bermotifkan dendam. | |||
| Posted: 26 Dec 2012 03:23 PM PST ![]() ZAINUN Ali yang hamil dibantu untuk berpindah ke tempat selamat oleh anggota bomba dan tentera setelah rumahnya dinaiki air di Kampung Jelujok Bendang Pak Yong, Tumpat semalam. KUALA LUMPUR - Keadaan banjir semakin buruk dengan jumlah mangsa di pusat pemindahan di Kelantan, Pahang dan Terengganu meningkat kepada 17,443 orang petang semalam berbanding 13,746 pada sebelah pagi. Di Terengganu, jumlah mangsa meningkat kepada 10,412 orang berbanding 6,550 orang pada sebelah pagi. Menurut portal banjir negeri, mangsa paling ramai dipindahkan sehingga pukul 6 petang adalah daerah Besut seramai 2,666 orang diikuti Kemaman (2,272), Dungun (1,983), Hulu Terengganu (1,390), Besut (1,088), Kuala Terengganu (807) dan Marang (206). Sehingga tempoh itu, 30 pusat pemindahan dibuka di Setiu, Kemaman (23), Dungun (29), Hulu Terengganu (16), Besut (10), Kuala Terengganu dan Marang (masing-masing tujuh). | |||
| 20 terbunuh kereta kebal bedil kampung Posted: 26 Dec 2012 03:19 PM PST
DAMSYIK - Seramai 20 orang termasuk lapan kanak-kanak terbunuh selepas kereta kebal tentera rejim Presiden Bashar Al-Assad membedil sebuah kampung di wilayah utara Kahtaniyeh semalam, kata Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia untuk Syria. "Sekurang-kurang 20 orang termasuk lapan kanak-kanak dan tiga wanita terbunuh selepas tentera rejim Bashar menyerang sebuah ladang di kampung Kahtaniyeh, barat bandar Raqa," kata kumpulan pemerhati itu. Sebuah video amatur yang dimuat naik ke Internet oleh kumpulan aktivis menunjukkan beberapa mayat berlumuran darah dan mayat seorang kanak-kanak ditutup dengan selimut di dalam sebuah rumah. "Berpuluh-puluh orang lagi dilaporkan cedera di ladang itu," kata aktivis di Raqa. Sementara itu, menurut kumpulan pemerhati sama, lebih 45,000 orang dilaporkan terbunuh di Syria sejak penentangan terhadap Presiden Bashar Al-Assad meletus pada Mac tahun lalu. "Secara keseluruhan kami telah mendokumen kematian seramai 45,048 orang," kata pengarah badan pemerhati berkenaan, Rami Abdel Rahman. Tambahnya, lebih 1,000 orang dilaporkan terbunuh sepanjang minggu lepas. Katanya, mereka yang terbunuh termasuk 31,544 orang awam, 1,511 orang berpaling tadah, 11,217 tentera dan 776 tidak dapat dikenal pasti. | |||
| Dipukul sampai mati kerana kebakaran Posted: 26 Dec 2012 03:18 PM PST ![]() SEKUMPULAN penduduk pulang ke rumah mereka yang hangus terbakar di kawasan setinggan di Bandar San Juan, Manila Filipina. MANILA, Filipina - Lapan orang terbunuh manakala 5,000 penduduk tinggal sehelai sepinggang selepas satu kebakaran berlaku di sebuah kawasan setinggan di bandar San Juan ketika sambutan Hari Krismas, kata beberapa pegawai semalam. Pegawai Kanan Bomba, Domingo Cabog berkata, seorang penduduk dipukul sehingga mati oleh jirannya selepas dituduh memulakan kebakaran itu kelmarin. Lelaki itu dilaporkan mabuk tetapi bukan penyebab kepada kebakaran tersebut. Cabog berkata, kebakaran bermula di dalam sebuah rumah apabila sekumpulan kanak-kanak bermain dengan lilin. Seramai 13 orang turut dilaporkan cedera. Mangsa yang cedera termasuklah dua anggota bomba dan sukarelawan akibat dibaling batu oleh penduduk yang marah, kata Cabog. Polis kini menjalankan siasatan mengenai kejadian lelaki yang dipukul sehingga mati. Sehingga kini belum ada sebarang tangkapan dibuat. | |||
| Landasan kereta api laju terpanjang beroperasi Posted: 26 Dec 2012 03:17 PM PST ![]() SEBUAH kereta api laju G802 menuju ke Beijing dari Shijiazhuang semalam. BEIJING - Landasan kereta api laju terpanjang di dunia yang dibina di China mula beroperasi semalam, sekali gus menjadi pencapaian terbaharu sistem rel di negara berkenaan. Laluan sejauh 2,298 kilometer (km) itu menghubungkan bandar raya ini dan kota metropolitan Guangzhou di selatan China. Landasan itu membolehkan perjalanan antara kedua-dua kota metropolitan berkenaan dipendekkan kepada hanya lapan jam berbanding 22 jam sebelum ini. Media tempatan, Televisyen Pusat China, menyiarkan perjalanan kereta api laju pertama dari Stesen Kereta Api Beijing Barat di sini pada pukul 9 pagi semalam. Tren tersebut bergerak pada purata kelajuan 300 kilometer sejam dan akan berhenti di 35 bandar utama di sepanjang laluan itu termasuk Zhengzhou, Wuhan dan Changsha. Siap pada 2007, rangkaian landasan kereta api laju China kini berkembang sebagai yang terbesar di dunia. Agensi berita Xinhua melaporkan China kini mengendalikan laluan kereta api laju sejauh 9,300 km. | |||
| Bunga bangkai mekar pada Hari Krismas Posted: 26 Dec 2012 03:16 PM PST
MELBOURNE - Sekuntum bunga bangkai atau nama saintifiknya, Titan Arum mekar sepenuhnya pada Hari Krismas di Taman Botani Diraja di sini, lapor akhbar dalam talian Daily Telegraph semalam. Media berkenaan melaporkan, orang ramai mempunyai masa cuma 48 jam untuk melihat bunga itu sebelum tumbuhan tersebut layu dan mati. "Saya dapat menghidu bau bunga itu walaupun berada di luar rumah kaca taman botani ini," kata koordinator tapak semaian taman botani berkenaan, David Robbins. Berukuran setinggi 1.8 meter, Titan Arum mengeluarkan bau busuk seperti mayat reput. Tumbuhan yang berada dalam keadaan dorman dari satu hingga tiga tahun sebelum berbunga itu merupakan yang pertama di negeri Victoria. | |||
| Posted: 26 Dec 2012 03:15 PM PST
BINTANG atau individu yang bernaung bawah tiket selebriti sering digilai ramai dan memiliki kapasiti peminat yang akan menyalurkan sumber pendapatan terhadap hasil kerja mereka. Resipinya mudah - semakin bertambah bilangan peminat, semakin bernilai seseorang individu dalam industri. Peningkatan nilai atau harga selebriti itu sekali gus akan mendorong ke arah pertambahan tawaran dan peningkatan jumlah pendapatan. Populariti pula secara tidak langsung mempengaruhi corak pandangan dan pemikiran umum kepada individu yang dipanggil selebriti itu. Fesyen mereka akan menjadi ikutan, gaya hidup akan dijadikan panduan. Magis populariti itu melanda industri hiburan saban tahun dan pada tahun ini kita melihat beberapa selebriti antarabangsa mencuri tumpuan global antaranya bintang pop Korea Selatan, Psy yang tampil dengan fenomena Gangnam Style dan sudah tentu kejayaan penyanyi tempatan yang melakar nama di peringkat antarabangsa tahun ini, Shila Amzah. Tidak adil untuk membandingkan populariti bersifat antarabangsa Psy dan Shila Amzah kerana kejayaan itu berbeza sifat dan cara liputan. Psy atau nama sebenarnya Park Jae Sang terkenal hanya dengan sebuah lagu iaitu Oppa Gangnam Style di laman sosial YouTube yang kini mencatat bilangan penonton muzik video paling tinggi di dunia iaitu satu bilion pada 21 Disember lalu. Lagu, gerakan tarian dan video menarik melonjakkan prestasi terbaik dunia Psy dan sejak kemunculannya pada 3 Oktober 2012 hingga hari ini, Psy masih relevan melakar populariti sehingga ditabalkan Raja YouTube Dunia. ![]() SHILA AMZAH dan Psy membanggakan negara masing-masing dengan melakar kejayaan hebat masing-masingdi peringkat global dengan cara masing-masing. "Saya tidak boleh membandingkan ia (Oppa Gangnam Style) dengan sebarang lagu lain, tahun 2012 adalah tahun yang hebat dan memberikan pelbagai pengalaman baharu. "Sejujurnya saya membuat video muzik itu tanpa sebarang jangkaan untuk mendapat perhatian lebih satu bilion penonton, saya tidak terfikir pun untuk memasuki pasaran antarabangsa. "Cuma saya membuat kerja saya, menunggu dan melihat sehinggalah hari ini saya masih tertanya-tanya dan menganalisis kejayaan itu. Saya mahu tahu kenapa ia menjadi begitu popular jadi saya boleh buat lagi pada masa akan datang," ujar Psy kepada MTV News berkenaan kejayaannya baru-baru ini. Oppa Gangnam Style telah mengalahkan video muzik Justin Bieber berjudul Baby dengan setakat ini hanya mampu mengumpul sebanyak 810 juta penonton. Shila ke peringkat global
Berkat penghijrahan Shila Amzah pada tanggal 4 Ogos 2012 untuk mengenakan tudung sepenuhnya, tuah puteri kepada penyanyi terkenal ND Lala semakin bersinar selepas itu. Kejayaan terbesar yang belum pernah diraih oleh penyanyi tempatan sebelum ini, penyanyi lagu Patah Seribu itu mengharumkan nama negara menerusi kejayaannya menjuarai Asian Wave 2012 di Shanghai, China pada 21 September lalu. Memetik kenyataannya terdahulu, kata Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah, pencapaian itu adalah yang terbaik sepanjang 12 tahun usia kariernya. "Sebaik sahaja saya memakai hijab, keyakinan diri semakin bertambah dan pelbagai rezeki datang tanpa diduga. Sebelum ini sukar untuk membuat semua orang memberi fokus kepada saya seorang. "Asian Wave boleh dikatakan seperti Olimpik dunia muzik. Semua peserta yang bertanding bukannya penyanyi amatur sebaliknya sudah mempunyai kejayaan di negara masing-masing. Penting untuk peserta menyanyikan lagu yang terbaik pada setiap peringkat. Impak kemenangannya sebagai juara, Shila ditawarkan kontrak dana pembangunan kerjaya di China oleh Shanghai Media Group (SMG) sebuah syarikat media terbesar di China sebanyak RM5 juta yang akan dikongsikan bersama pemenang tempat kedua, Chang Shilei (China) dan ketiga, Huo Jun (China). Bunohan & Songlap Dua buah filem tempatan yang turut mencuri perhatian dari segi mutu pada tahun ini sudah tentu Songlap dan Bunohan - kedua-duanya berjaya tercalon dalam beberapa kategori sempena Festival Filem Asia Pasifik ke-55 (FFAP 55) di Macau baru-baru ini. ![]() FILEM Bunohan turut tercalon untuk merebut lima tempat bagi pencalonan untuk kategori Filem Asing Terbaik merebut Anugerah Oscar. Selepas berjaya membolot tiga anugerah di Anugerah Skrin 2012 dan Breakthrough Local Feature Award di Shout! Awards, Songlap tercalon untuk kategori Lakon Layar Terbaik dan Muzik Terbaik di FFAP 55. Bunohan yang sebelum ini diiktiraf sebagai filem terbaik Anugerah Skrin 2012 pula tercalon untuk kategori Pengarah Terbaik dan Sinematografi Terbaik dalam festival yang sama. Filem itu juga tersenarai untuk merebut lima tempat pencalonan Academy Awards ke-85 untuk kategori Filem Asing Terbaik yang bakal berlangsung pada 10 Januari depan di Academy's Samuel Goldwyn Theater, Amerika Syarikat. Biarpun tidak berjaya menggondol sebarang anugerah pada FFAP 55, kedua-dua filem itu ternyata memberi tamparan hebat buat pengkarya tempatan untuk tampil lebih agresif pada tahun akan datang. | |||
| Mampu bertahan, bakal menyerlah 2013 Posted: 26 Dec 2012 03:14 PM PST ![]() HUGH JACKMAN dijangka mengekalkan auranya sebagai antara pelakon terhangat di Hollywood pada tahun depan. TIRAI tahun 2012 bakal berlabuh dan lembaran baharu tahun 2013 akan diselak bersama harapan, azam dan impian positif untuk menggapai prestasi cemerlang industri seni. Jika tahun 2012 memaparkan pelbagai kisah kontroversi, coretan suka dan duka, ada yang terbaik dan tercorot, tahun 2013 juga pasti menyajikan seribu satu rona warna dalam kanvas hiburan sama ada tempatan atau antarabangsa. Berikut disenaraikan beberapa nama selebriti dan karya yang dijangka menjadi perhatian pada tahun 2013 berdasarkan pencapaian pada tahun 2012. Pucuku muda Emma Maembong Mula dikenali sejak membintangi drama rantaian Kau Yang Terindah sekitar bulan Ogos 2012, pelakon kacukan Melayu-Scotland itu tidak terlepas daripada terpalit kontroversi. Masalah disiplin serta gambar bercium, sedikit sebanyak membantu melonjakkan momentum nama pucuk muda industri lakonan Malaysia sehingga namanya pernah tersenarai antara carian tertinggi di Google Malaysia. Bakal tampil bersama beberapa naskhah drama baharu pada tahun depan, pastinya tahun 2013 menjadi tahun bermakna Emma Maembong. Selain Emma, beberapa nama lain tersenarai antara pelakon tempatan yang bakal mencuri tumpuan pada tahun 2013, antaranya Shah Iskandar, Azlee Khairi dan Dazrin Kamarudin. Nama yang tiba-tiba menjadi perhatian umum sekitar hujung tahun 2012, pelakon, penyanyi dan model terkenal tahun 1980-an, Raja Ema juga dijangka tersenarai antara selebriti yang akan meledak tahun 2013. Beralih kepada sisi seni muzik, kemunculan beberapa nama penyanyi baharu sekitar tahun 2012 antaranya Asmidar, Kaka dan penyanyi Singapura Tengku Adil dijangka lebih bersinar pada tahun depan. Aura berterusan Aaron
Wajah yang tidak perlu diperkenalkan, Aaron Aziz antara selebriti yang dijangka mengekalkan pencapaian terbaik tahun 2012 pada tahun depan. Masih relevan bersama naskhah drama rantaian adaptasi novel Adam & Hawa yang akan bertemu penamat sekitar bulan Januari depan, Aaron juga akan muncul dengan filem KL Gangster 2 sekitar bulan Mac yang sudah pasti menjamin keunggulan namanya sepanjang tahun 2013. Aktres yang sedang meniti transisi remaja menjadi dewasa, Elfira Loy dijangka masih kekal antara yang terbaik tahun depan. Begitu juga pelakon genit Nad Zainal yang dikhabarkan bakal muncul bersama beberapa buah filem tahun 2013. Prestasi cemerlang masih dikekalkan oleh bintang YouTube, Najwa Latif yang merencanakan perjalanan seni yang lebih matang pada tahun depan. Pertarungan tiga diva Tiga diva dunia, Lady Gaga, Britney Spears dan Beyonce tersenarai antara bintang yang akan terus mengekalkan populariti global pada tahun depan. Ketiga-tiganya akan muncul bersama album terbaharu yang disifatkan seolah-olah 'berperang' untuk menjadi yang terbaik pada tahun 2013. ![]() KETIGA-TIGA Beyonce, Britney Spears dan Lady Gaga bakal muncul dengan album terbaharu pada tahun depan. Barisan nama seperti Rihanna, Taylor Swift, Kelly Clarkson, Bruno Mars dan Justin Bieber pasti akan mencuba untuk kekal terbaik sepanjang tahun. Dalam pada itu, Kelly Clarkson dirasakan antara yang paling bakal menyinar apabila pemenang dua anugerah Grammy pada tahun 2006 ini meraih empat pencalonan Grammy 2013 yang bakal berlangsung pada 10 Februari depan iaitu bagi kategori utama Rekod Tahunan, Lagu Tahunan, Persembahan Solo Terbaik dan Vokal Album Pop Terbaik. Begitu juga beberapa nama baharu seperti Rita Ora, One Direction, Carly Rae Jepsen yang dijangka popular tahun depan. Pelakon kelas A Hugh Jackman, Chris Hemsworth dan Robert Downey Jr. antara barisan bintang ternama kelas A yang akan terus mendapat perhatian sepanjang tahun 2013 sementelah beberapa naskhah filem terbaik hanya menanti untuk ditayangkan tahun depan. Bakal mencuri tumpuan, pelakon remaja Josh Hutcherson yang pernah membintangi filem Hunger Games tahun ini akan sekali lagi muncul pada tahun 2013 bersama francais terbaharu filem tersebut. Begitu juga heroin filem yang sama, Jennifer Lawrence. | |||
| CMCF kawal kandungan siaran Malaysia Posted: 26 Dec 2012 03:13 PM PST
PADA usia 15 tahun, Shahrul (bukan nama sebenar) mengakui, dirinya ketagih untuk melayari laman web yang memaparkan kandungan pornografi seperti gambar-gambar lucah. Kecanggihan teknologi masa kini memudahkan lagi proses untuknya berbuat demikian. Apatah lagi memiliki telefon pintar yang dihadiahkan oleh ibu bapa, membolehkan Shahrul mengakses laman tersebut tanpa sebarang kekangan. Bukan itu sahaja, komputer riba yang diletakkan di dalam bilik turut memudahkan pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah menengah di ibu kota itu melayan nafsu kotornya. "Pada mulanya saya sekadar suka-suka atas ajakan rakan sebaya. Lama-kelamaan saya terus ketagih hingga setiap hari saya pasti akan melayari laman lucah tersebut. Tambahan pula, laman yang dilayari tiada sebarang kawalan untuk menyekat pengguna daripada menontonnya," ujar Shahrul tanpa sebarang rasa kesal atau malu. Situasi yang dihadapi Shahrul mungkin turut dialami oleh ramai remaja di negara ini. Oleh itu, menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memantau setiap anak mereka daripada terjebak dengan aktiviti tidak sihat tersebut. Pengarah Eksekutif Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF), Mohd. Mustaffa Fazil Mohd. Abdan, 39, berkata, bagi mereka yang mementingkan nilai kesopanan dan adab menjaga kehormatan, kandungan lucah boleh menimbulkan rasa jijik lantaran gambaran memberahikan yang bertentangan dengan hukum agama serta norma masyarakat Timur. Pengaruh negatif ![]() TEKNOLOGI yang semakin canggih membolehkan masyarakat memperoleh maklumat di hujung jari. - Gambar hiasan Kandungan lucah sebenarnya mendatangkan pengaruh negatif dan merosakkan pemikiran masyarakat terutamanya generasi muda. "Teknologi kini berkembang pesat pada kadar yang terlalu pantas. Di sebalik kelangsungan proses ini, pasti ada bahaya yang menanti. Justeru, CMCF mahu mendidik orang ramai tentang kepentingan mengamalkan kawalan kendiri dalam mengakses kandungan multimedia. "Pada waktu dahulu, kandungan disiarkan hanya melalui radio atau televisyen, tetapi sekarang terdapat pelbagai cara penyampaian pesanan dan kandungan. "Kami di CMCF menggesa semua pengguna multimedia supaya berwaspada apabila mengakses sesuatu kandungan multimedia," ungkap Mustaffa dalam satu temu bual bersama Kosmo! di Petaling Jaya baru-baru ini. Tambahnya, dengan pengenalan TV kabel dan internet (IPTV, Video on Demand dan lain-lain), khalayak kini terdedah kepada liputan kandungan yang lebih luas. Maka, pertimbangan yang sewajarnya perlu bagi memastikan masyarakat hanya mengakses kandungan yang positif dan sihat. "Saya amat berharap orang ramai akan memainkan peranan aktif dalam memastikan masyarakat kita khususnya generasi muda bebas daripada kandungan negatif, berbahaya dan merosakkan," ujarnya. Badan pemantau Mula ditubuhkan secara rasmi pada 2001, CMCF adalah sebuah badan pemantau di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang terletak di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Ia bertanggungjawab menggubal dan membangunkan satu Kod Kandungan negara yang bukan sahaja untuk pengamal industri malah buat pengguna awam. Tujuan utama Kod Kandungan adalah untuk mencadangkan garis panduan dan tatacara berhubung peruntukan kandungan melalui kawalan diri oleh industri dengan cara yang praktikal. Selain itu, ia boleh dilaksanakan secara komersial. Pada masa yang sama, ia merangsang, mempromosi dan menggalakkan pertumbuhan serta pembangunan industri. ![]() ANTARA contoh iklan CMCF yang dipaparkan melalui medium internet dan televisyen yang bertujuan mendidik masyarakat agar lebih memahami kepentingan Kod Kandungan. "Pada tahun 2004, Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Kod Kandungan) telah didaftar oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan berkuat kuasa pada tahun yang sama. "Pembangunan Kod Kandungan mengambil masa selama tiga tahun hasil kerjasama semua pihak yang menggembleng tenaga. Secara am, mereka terdiri daripada pihak yang terlibat dalam industri elektronik dan khusus bagi pengamal, pembekal serta pengguna. "Kod Kandungan ini menggabungkan semua tatacara dan jenis panduan sedia ada dimasuk dan diolah semula. Ia membantu usaha industri komunikasi dan multimedia ke arah kawalan kendiri sebagaimana yang dinyatakan dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA)," jelas beliau. Dalam usaha untuk meningkatkan lagi kesedaran masyarakat mengenai kewujudan Kod Kandungan, CMCF telah melaksanakan pelbagai program. "Antaranya untuk menjadikan Kod Kandungan lebih mudah difahami, pihak kami telah menerbitkan buku dalam empat bahasa iaitu bahasa Malaysia, Inggeris, Mandarin dan Tamil secara dalam talian. "Selain itu, sejak ditubuhkan lebih 11 tahun lalu, CMCF telah mencapai beberapa sasaran penting yang membantu khalayak memahami dengan jelas mengenai Kod Kandungan terutamanya dari segi mengenal pasti kandungan yang tidak sesuai dan melanggar undang-undang," katanya lagi. Tidak ketinggalan, CMCF juga telah berjaya mewujudkan Biro Aduan serta menganjurkan program kesedaran untuk pelbagai sektor sama ada awam mahupun swasta. Operasi Biro Aduan adalah untuk menerima dan menyelesaikan aduan yang diterima daripada orang awam. Secara purata setiap tahun terdapat lebih 100 aduan yang diterima merangkumi pelbagai medium utama seperti televisyen, internet dan radio. Program kesedaran CMCF turut mengadakan sesi jelajah program kesedaran di seluruh negara dengan kerjasama SKMM serta Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. "Di samping itu, pelaksanaan Program Kluster Sekolah pula bertujuan untuk mendidik pelajar tentang Kod Kandungan agar mereka lebih bertanggungjawab dan berhati-hati ketika memuat turun atau menghantar sesuatu kandungan yang negatif. ![]() DUA kakitangan Biro Aduan CMCF meneliti aduan yang diterima daripada orang ramai. "Terdapat dua fasa dalam program ini iaitu Fasa I bagi pelajar sekolah menengah manakala Fasa II untuk pelajar sekolah rendah," ujar Mustaffa lebih lanjut. Tegas beliau, penggunaan gajet dalam kalangan kanak-kanak kecil atau pelajar tidak patut disekat, tetapi mereka perlu dibimbing untuk menggunakannya ke arah kebaikan. "Oleh itu, kawalan kendiri sebenarnya bermula di rumah yang memerlukan pembabitan ibu bapa secara langsung dalam memantau aktiviti pelayaran internet anak-anak. "Sebagai contoh, ibu bapa perlu membeli perisian yang boleh menyekat anak-anak daripada menonton atau melihat kandungan lucah yang banyak terdapat di pasaran. Jangan sesekali membiarkan mereka melayari internet sendirian. Walaupun sedikit kawalan kendiri dapat diamalkan, ia mampu memberi kesan besar dalam kehidupan anak-anak," tuturnya melahirkan harapan terhadap ibu bapa agar tidak memandang remeh tentang perkara ini. | |||
| Kelangsungan hidup enggang di Thailand Posted: 26 Dec 2012 03:12 PM PST ![]() TERDAPAT 13 spesies enggang di Thailand, manakala 10 jenis di Malaysia. PROF. DR. PILAI POONSWAD, 66, dari Jabatan Mikrobiologi, Fakulti Sains, Universiti Mahidol, Thailand sudah mengabdikan diri selama 34 tahun daripada keseluruhan usianya dengan melakukan kajian terhadap burung enggang. Baru-baru ini, beliau bertandang ke Malaysia untuk berkongsi pengalaman menjalankan usaha memelihara dan memulihara burung tersebut di sana. Menurut Pilai, burung enggang sangat istimewa kerana beberapa ciri yang dimilikinya iaitu saiznya yang besar antara 60 hingga 150 sentimeter. Burung enggang juga merupakan sejenis haiwan yang bersifat monogami dan terkenal dengan sifat kejujuran terhadap pasangannya. "Paling menarik ialah burung enggang betina mengurung dirinya sendiri dalam sarang manakala burung jantan memberi makan kepada pasangan," katanya dalam sebuah seminar yang diadakan di ibu pejabat Pencinta Alam Sekitar Malaysia (MNS), Kuala Lumpur. Di Thailand terdapat 13 spesies yang boleh ditemui antaranya seperti burung enggang papan (Buceros bicornis) yang berukuran 15 sentimeter, burung enggang kedut (Aceros leucocephalus), dan burung enggang jambul putih (Berenicornis comatus). Musuh semula jadi burung enggang ialah marten berleher kuning, musang dan binturong. Ancaman yang sering dihadapi oleh enggang ialah kegiatan memburu, pembalakan haram dan pencerobohan kawasan hutan selain kehilangan pokok-pokok berongga yang sesuai untuk sarang enggang. Cabaran terbesar yang dihadapi pasukan Pilai adalah untuk meyakinkan pihak pemburu berdekatan Taman Negara Budo-Sungai Padi yang berkeluasan 340 kilometer persegi agar meninggalkan pekerjaan mereka. Siri penerangan mengenai kepentingan tidak memburu enggang dan tanggungjawab para pemburu untuk tidak memperdagang burung tersebut juga giat dijalankan. Kemudian, para pemburu yang telah meninggalkan pekerjaan mereka diberi tunjuk ajar supaya dapat menjadi pembantu penyelidik. "Kami juga menjalankan pelancongan eko dan program anak angkat terhadap burung enggang. Mereka juga sudah menurunkan ilmu kepada anak-anak masing-masing," ceritanya lagi. Ubah suai pokok Dalam pemantauan yang dilakukan dari tahun 1994 hingga 2008, bilangan pokok yang ditemui menjadi sarang burung enggang adalah sebanyak 168 batang. Bagi memudahkan pembiakan burung enggang, pasukan Pilai dan orang kampung banyak melakukan pengubahsuaian pada pokok-pokok yang sedia ada. Mereka menambah baik atau mengubah suai sarang dengan meletakkan platform pada rongga pokok supaya senang dihinggapi enggang jantan. Bagi rongga yang terlalu besar, pihaknya memasang papan bagi mengecilkan sedikit, manakala bahagian lantai yang terlalu dalam, pasir diisikan ke dalam rongga itu supaya arasnya dapat dinaikkan, terang Pilai. ![]() MARTEN berleher kuning ini merupakan antara musuh semula jadi enggang di Thailand. Bagi pokok yang sesuai untuk dijadikan sarang tetapi tidak mempunyai rongga, pasukan pengkaji itu memasang sarang buatan supaya memudahkan enggang membiak. Terdapat juga rongga pokok yang semakin mengecil kerana sarang burung enggang itu merupakan tumbuhan hidup yang membesar seiring masa. "Kamu mungkin tidak kaya sekarang tetapi anak-anak anda akan berterima kasih atas apa yang telah dilakukan pada hari ini," kata Pilai ketika memberi nasihat kepada penduduk tempatan. Sepanjang berada di Malaysia, Pilai turut mengadakan sesi taklimat Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dan di jabatan-jabatan perhutanan di sini. | |||
| Lawak MLM Kurang Menyengat Hanya Strategi Jozan Posted: 26 Dec 2012 04:51 AM PST Zizan RazakSalah seorang ahlinya, Zizan Razak berkata, berdasarkan pengalaman yang dilalui, idea membuat lawak semakin kurang memberi impak apabila mereka berada di peringkat akhir dalam sesebuah pertandingan dan ia sekaligus membuatkan penonton tidak berpuas hati dengan persembahan yang dilakukan. "Diakui, persembahan lawak kami agak kurang menyengat dalam MLM sejak kebelakangan ini, namun semua itu adalah strategi. "Berdasarkan kajian yang kami buat, apabila terlalu banyak idea yang dikeluarkan pada awal pertandingan, kami terus kering idea untuk membuat lawak pada penghujung pertandingan. "Jadi, kami belajar daripada kesilapan dengan mencuba strategi baru pula," katanya. JozanSementara itu, Zizan kini mempunyai minat baru iaitu menunggang motosikal berkuasa tinggi sejak dia berlakon dalam filem Bikers Kental, terbitan Tayangan Unggul. Katanya, sejak penggambaran filem itu, dia mula jatuh hati dengan motosikal tersebut dan berhasrat untuk membeli jenis Aprilia RSV4 tidak lama lagi. "Sebenarnya saya agak takut untuk menunggang motosikal gara-gara pernah kemalangan dahulu. "Bagaimanapun, selepas diberi peluang mencuba untuk hilangkan rasa takut, ia bertukar menjadi seronok. "Tambah pula dalam filem tersebut, kebanyakan babak melibatkan saya menggunakan motosikal berkuasa tinggi dan perasaan takut dah tidak ada langsung. Rasa macam nak beli adalah," selorohnya. Bikers Kental melibatkan sebanyak sembilan pelakon utama iaitu Zizan razak, Awie, Harun Salim Bachik, Bront Palarae, Amerul Affandi, Sufian Mohamed serta dua pelakon wanita Thailand iaitu Pornwipa Watcharakaroon dan Julangtip Sukkasem. Filem berkonsepkan pengembaraan konvoi ke Thailand itu diarahkan oleh Helmi Yusof itu mengisahkan tentang seorang anak muda bernama Bidin Al Zaifa (Zizan), mempunyai minat yang mendalam dengan motor berkuasa tinggi. Impiannya adalah untuk menunggang motosikal besar itu dari Kuala Lumpur sehingga ke Thailand. Walaupun merupakan seorang yang cuai, sikap Bidin amat disenangi ramai, dan telah ditawarkan untuk berkonvoi bersama–sama dengan kumpulan motosikal Eddie Cuardo, salah seorang pelanggan garaj Aidil. | |||
| Pementasan Teater Muzikal Tan Sri Arshad Ayub 25 Januari 2013 Posted: 26 Dec 2012 04:50 AM PST Pensyarah Kanan Fakulti Teater Filem dan Animasi UiTM, Mazlan Tahir(kiri) bersama Ketua Pengarah Projek teaterm Aminah Abd Rhapor dan Noraini menunjukkan poster Teater Muzikal "Destini Anak Bangsa Tan Sri Arshad Ayub"Pementasan selama empat hari di Dewan Agong Tuanku Canselor UiTM, Shah Alam itu antara lain mengisahkan suka duka kehidupan Arshad yang merupakan pengarah pertama Institusi Teknologi Mara dari 1967 hingga 1975. Arshad, 84, kini Pro-Canselor UiTM. Pengerusi Jawatankuasa Publisiti teater itu, Noraini Ahmad Shariff berkata teater muzikal selama dua jam itu menampilkan watak utamanya dibawa beberapa pelakon terkemuka selain 70 pensyarah dan pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi serta Fakulti Muzik UiTM. "Teater ini diarahkan oleh pensyarah Fakulti Filem, Teater dan Animasi UiTM, Mazlan Tahir," kata Noraini kepada Bernama. Menurutnya watak Arshad ketika dewasa akan dilakonkan oleh pelakon Tony Eusoff, watak Puan Sri Zaleha Mohd Arshad dibawa oleh Intan Ladyana manakala Isma Daniel memegang watak Datuk Sahul Hamid Abu Bakar selaku naib canselor UiTM dan Azizah Mahzan membawa watak Kalsom, ibu Arshad. Antara perjalanan hidup Arshad yang dimuatkan dalam teater itu ialah kehidupannya sebagai pelajar miskin di Muar, detik ibu beliau meninggal dunia sebelum beliau menerima gaji dari pekerjaan pertamanya serta perkenalannya dengan Zaleha. "Diharapkan pementasan teater muzikal ini akan memberi motivasi dan kesedaran kepada golongan muda supaya mengutamakan ilmu dan pendidikan. "Kita juga berharap mereka dapat mencontohi ketabahan dan kesungguhan Arshad," kata Noraini. Tiket pementasan itu berharga RM15, RM25, RM50, RM80 dan RM100 boleh dibeli di UiTM dengan menghubungi 03-79622186, 03-55227461 dan 03-55444860. Hasil kutipan pementasan teater itu akan disalurkan ke Tabung Destini Anak Bangsa UiTM bagi membantu pelajar UiTM yang kurang berkemampuan untuk menyambung pelajaran di luar negara. | |||
| Siti Nurhaliza Jadi Pengacara 'Game Show' Pula Posted: 26 Dec 2012 04:49 AM PST Datuk Siti NurhalizaSiti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Taruddin, 32, berkata, percubaan kali kedua sebagai pengacara tetap memberikan cabaran yang tersendiri namun masih lagi terkawal memandangkan konsepnya lebih santai, berbeza dengan Siti, dimana ia sebuah program yang serius. "Dah lama sebenarnya saya ingin mengacara program gameshow seperti ini kerana saya sukakan aktiviti riadah. "Alhamdulillah, satu lagi impian saya mengendalikan program berbentuk gameshow berjaya dilaksanakan," katanya. Siti bersama para selebriti yang turut serta dalam program Siti Ooo...Som. "Alhamdulillah, Nabil dan Shira banyak membantu saya menjadi lebih santai dalam program ini. "Lebih seronok lagi, apabila melihat gelagat para artis serta peserta-peserta lain dikenakan dengan permainan yang setengahnya dicipta sendiri oleh saya. "Bagaimanapunm, permainannya tidaklah terlalu berat kerana ia lebih kepada konsep keseronokan bekerjasama dalam sebuah kumpulan," ujarnya. Siti Ooo...Som yang diterbitkan sebanyak 13 episod oleh Global Station Sdn Bhd ini melibatkan seramai enam orang dibahagikan kepada dua buah kumpulan. Para peserta perlu melalui cabaran permainan yang dibahagikan kepada enam segmen iaitu Sepantas Kilat, Riuh Rendah, Siapa Hebat, Kebaboom, Siti Cabar dan Huru Hara. Program ini bakal ditayangkan pada Januari tahu depan. | |||
| Posted: 26 Dec 2012 04:33 AM PST Dari kiri, Sandi dan Heri diiringi anggota polis (kanan) keluar dari kamar mahkamah sebelum dihantar ke penjara menjalani hukuman selepas mengaku bersalah atas tuduhan rogol. Namun masa depan dua kanak-kanak Orang Asli itu dibimbangi terjejas berpunca daripada satu insiden awal pagi 13 Disember lalu apabila mereka jadi pemuas nafsu dua warga Indonesia yang bekerja di Ladang Rompin Seong Thye Plantations, Muadzam Shah, Rompin. Mengikut fakta kes, kejadian yang pasti meninggalkan kesan yang mendalam terhadap dua kanak-kanak itu dan juga keluarga mereka berlaku antara jam 1.30 hingga 5 pagi. Pada mulanya, kehilangan dua beradik itu disedari keluarga mereka kira-kira jam 6 pagi, 15 Disember setelah mendapati mereka tiada di bilik tidur. Susulan itu, bapa mangsa keluar mencari dan mendapati dua anaknya berada di dalam bilik hadapan rumah dua warga Indonesia itu, Sandi, 23, dan Heri Huswandi, 22. Kedua-dua tertuduh bagaimanapun sudah melarikan diri. Selepas keluarga malang itu membuat laporan polis, Sandi dan Heri dikesan dan ditahan di hadapan sebuah stesen minyak di Jalan Masjid, Muadzam Shah kira-kira jam 1 petang hari yang sama. Kedua-dua lelaki itu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan semalam atas tuduhan mengikut Seksyen 376(2)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun dan sebatan. Dua pekerja kilang itu masing-masing dihukum penjara enam tahun dan tiga sebatan selepas mengaku bersalah oleh Hakim Jamaludin Mat yang juga memutuskan hukuman terhadap mereka dikira bermula tarikh mereka ditangkap 15 Disember 2012. Tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuan mereka merayu agar hukuman diringankan memandangkan mereka masuk ke negara ini secara sah demi mencari rezeki untuk membantu keluarga. Mereka juga berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu dan sedia mengaku salah atas kesalahan yang dilakukan sebagai tanda keinsafan walaupun terpaksa berdepan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan. Timbalan Pendakwa Raya, Norazlin Mohd Yusoff bagaimanapun memohon supaya hukuman setimpal berbentuk pengajaran dikenakan terhadap tertuduh memandangkan mangsa masih di bawah umur dan sepatutnya dilindungi. "Dalam kes ini, salah seorang mangsa (adik) merupakan murid cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini apabila memperoleh keputusan 2A 3B dan disebabkan kejadian itu, masa depannya mungkin agak gelap," katanya. | |||
| Posted: 26 Dec 2012 04:29 AM PST
BERTEMU mata dengan dua pemilik nama Shah Indrawan Ismail atau Tomok dan Hanifah Mohd Hanafiah (Black) di Restoran Nosh, Bangsar baru-baru ini tidak mengubah pemikiran bahawa kedua-duanya masih memiliki aura untuk menarik mata sekeliling seraya mohon bergambar bersama. Masih jelas pesona yang dimiliki seorang juara pertandingan realiti nyanyian One In A Million dan seorang lagi juara Mentor musim ketiga tidak terhakis walau sedikit pun meski masa beredar dan sisi kehidupan kedua-duanya kian beralih fasa. Tomok, 28, yang kini sedang meniti detik indah bersama cahaya masa sulungnya, Arrian Shah Akid, 7 bulan, tidak meletakkan sebarang sasaran untuk menambah bilangan ahli keluarganya buat masa sekarang. Katanya, fokus utama perlu diberikan untuk Arrian sehingga masa membenarkan pasangan Tomok dan Rahayu Abas betul-betul bersedia. "Kami tidak merancang untuk menambah anak tapi jika ada rezeki kami tak tolak. Cuma buat masa sekarang biar kami besarkan Arrian sebaik mungkin memandangkan Ayu juga telah mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada kariernya. "Semahunya kami ingin menjaga Arrian dengan cara kami sendiri tanpa bantuan pengasuh atau pembantu rumah, biar dia membesar di depan mata kami dan pastinya kami lebih berpuas hati. "Saya tidak menghalang Ayu untuk menyambung kerjayanya semula tapi syukur Alhamdulillah, rezeki saya mampu menyara kehidupan kami sekeluarga," jelasnya. Arrian, kata Tomok kini sudah boleh meniarap dan cuba untuk merangkak perlahan-lahan. Lebih indah, adakalanya mendengar gelak tawa Arrian sudah cukup mengubat resah dan tekanan bekerja. Melihat perkembangan kerjayanya sepanjang tahun 2012, ujar Tomok perjalanan yang dilaluinya tidak terlalu pahit untuk ditempuh. "Alhamdulillah, tahun 2012 tahun yang gembira buat saya. Keluarga sudah semakin berkembang begitu juga kerjaya. Senang cerita penutup tahun 2012 adalah penutup yang berjaya," panjat Tomok bersyukur. Rangka karier Tomok Mengharapkan lebih banyak kejayaan dan pengalaman manis pada tahun 2013 yang bakal menyusul tidak lama lagi, Tomok mendoakan kebahagiaan keluarga dan rezeki kerjayanya. Perkembangan terkini jelas Tomok, dia sedang dalam rangka kerja untuk menyudahkan produksi album keduanya yang dijangka keluar pada tahun depan. "Saya baru merakamkan single terbaharu berjudul Penipu yang bakal keluar tidak lama lagi hasil komposer AG Coco dan lirik pula oleh saya sendiri.
"Untuk album yang akan datang, saya mungkin akan memuatkan tujuh buah lagu termasuk single Aku Datang. Konsep album itu masih sama iaitu pop," katanya. Tidak gusar mempertaruhkan album terbaharu tahun depan ketika era perkembangan dan sambutan album penyanyi sedang berdepan krisis penjualan, Tomok ada sasarannya. "Saya yakin masih ada pembeli dan masih ramai yang menyokong industri tempatan. Tugas berat untuk saya sebenarnya meyakinkan peminat supaya membeli album saya tapi sejujurnya, album ini berbaloi untuk dimiliki," tambahnya yang menggunakan bajet sendiri untuk keseluruhan album ini hasil kemenangannya dalam One In A Million. Selektif dan mahukan kualiti, Tomok mengaku dia terpaksa cerewet memilih lagu daripada para komposer terbaik supaya tidak menghampakan peminat dan dalam masa yang sama memuaskan hatinya. Beralih kepada bidang lakonan pula, anak kelahiran Kuala Lumpur itu mendedahkan dia baru disunting untuk berlakon dalam sebuah filem pada awal tahun depan. "Ramai yang memberikan komen positif hasil daripada lakonan menerusi filem Istanbul Aku Datang dan syukur Alhamdulillah rezeki berlakon masih terbuka untuk saya tahun depan," ujar Tomok. Azam Tomok tahun 2013, bekerja lebih kuat dan meningkatkan kualiti dalam setiap lapangan yang diceburinya. Tidak berjaya melangkah ke pusingan akhir Anugerah Juara Lagu bukan penamat karier nyanyiannya, sasaran Tomok, memandang ke hadapan dan melangkah lebih laju. Black ketepi kontroversi Usai menjalani penggambaran sebuah filem berjudul Longkai terbitan Metrowealth baru-baru ini, kata Black dia tidak menduga pertama kali menerima tawaran berlakon filem daripada pengarah Hashim Rejab. "Babak saya cuma menuntut saya berada di set penggambaran selama tiga hari saja dan penampilan saya pun sebagai cameo, tapi watak bernama Ketum itu berat kerana harus memberikan impak biar sekejap. "Saya mencuba peluang yang datang dan tidak salah rasanya, memandangkan watak itu juga kena dengan saya. Selain itu, saya turut mendapat tawaran berlakon teater muzikal Tirai Merah arahan Pat Ibrahim awal tahun depan," kata Black membuka bicara. Prioriti masih kepada bidang nyanyian dan tambah Black dia enggan dinilai sebagai seorang penyanyi yang cuba menyekat peluang pelakon lain cari makan. "Keutamaan saya masih menyanyi dan untuk berlakon, rasanya masih jauh lagi. Tidak salah untuk cuba terbang tinggi tapi semahu-mahunya saya masih ingin kekal menjadi diri saya sekarang. "Alhamdulillah karier saya masih berada di atas dan sedang meningkat naik, jadi tidak perlu saya kacau perjalanan yang sedang saya lalui kini," ulasnya. Black bakal tampil dengan sebuah single baharu yang menjadi runut bunyi filem Lemak Kampung Santan lakonan Hans Isaac dan Neelofa yang belum diberikan judul. Selain itu, pelantun lagu Sofea Jane itu sedang mengumpul material untuk album terbaharunya yang bakal keluar penghujung tahun 2013. Anugerah Juara Lagu Ditanya mengenai persiapannya menjelang Anugerah Jura Lagu 27 pada 6 Januari nanti, kata Black dia menyerahkan tanggungjawab merancang dan membuat keputusan kepada pengurus merangkap rakan duetnya dalam lagu Teman Pengganti, RJ (Rapper Jambang). "Mujur saya ada pembantu peribadi yang sangat memahami dan hampir keseluruhan persiapan dibuat oleh RJ. "Sejujurnya saya melihat lagu ini memberikan impak yang sangat luar biasa pada tahun ini, pengikut saya di Twitter juga bertambah mendadak semenjak lagu ini mula popular," tuturnya bersulam tawa. ![]() DIHARGAI. Tomok dan Black dikelilingi peminatnya yang menghargai bakat seni mereka berdua. Black bakal mempersembahkan lagu ciptaan Malique berjudul Teman Pengganti bersama RJ yang menggantikan tempat penyanyi asalnya iaitu Malique. Tahun 2012 mengikut pandangan Black merupakan tahun yang mendewasakannya dalam kehidupan mahupun kerjaya. "Saya sudah lebih bersedia untuk menghadapi lebih banyak cabaran dan kemungkinan yang akan datang pada tahun depan dan secara ringkasnya boleh dikatakan tahun 2012 mematangkan saya. "Tapi lebih elok kalau kita selalu beringat. Seperti kata orang lama, sediakan payung sebelum hujan dan sentiasa beringat sebelum kena," kata Black. Menyelak kembali lembaran tahun 2012, Black tidak terlepas daripada kontroversi atau kejayaan karier. Menyertai program realiti Versus berbekalkan kudrat Black & Parallax memberikan pengalaman berharga baginya. Tidak juga terlepas daripada kontroversi tinggal sebilik bersama teman wanita ketika bercuti pertengahan tahun ini, Black melihat isu itu memberikan tamparan hebat baginya. Begitu pun, tahun 2013 kata Black bakal dimulakan dengan langkah yang lebih yakin dan berwaspada. "Saya akan memulakan perniagaan servis hidraulik bersama bapa saudara saya dan hujung tahun 2013 akan muncul dengan album baharu. Saya juga sudah membelikan sebuah rumah untuk keluarga saya. Semoga tahun 2013 tidak mencacatkan landasan seni saya," ujar Black penuh harapan. | |||
| Posted: 26 Dec 2012 04:28 AM PST ![]() UNSUR humor daripada trend terkini menjadikan teater Ali Baba kali ini agak segardan berjaya menarik fokus penonton. PEMENTASAN teater muzikal Ali Baba yang telah bermula sejak Jumaat lalu sehingga 29 Disember ini di Istana Budaya ternyata agak berlainan daripada apa yang telah dipentaskan buat pertama kali pada tahun 2006 lalu. Versi kali ini lebih kepada sasaran untuk penonton remaja hingga kanak-kanak kerana tenaga utama lakonan teater kali ini merupakan pelakon pelapis terkenal seperti Fizo Omar sebagai Ali Baba dan Elfira Loy sebagai Marjina. Berbanding versi 2006, teater Ali Baba lebih tertumpu kepada pelakon kanak-kanak apabila seramai 80 orang kanak-kanak yang berusia antara lima sehingga 12 tahun telah menjayakan pementasan berkenaan. Dalam kedua-dua versi teater berkenaan, pengacara dan selebriti terkenal Aznil Nawawi masih menjadi tulang belakang kepada pementasan itu apabila menggalas tugas sebagai ketua penyamun. Aznil boleh dikatakan menjadi tulang belakang kepada pementasan itu kerana lakonannya cukup menghiburkan dan berjaya mencuit hati penonton dengan lawak bersahaja dan beberapa elemen kejutan yang ditonjolkan. Teater muzikal hasil adaptasi filem karya Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Ali Babab Bujang Lapuk ini mengandungi banyak kelainan yang cuba ditonjolkan dan unsur humor yang ditampilkan juga mengikut trend zaman sekarang. Mana tidaknya, apabila babak ketua penyamun lakonan Aznil bersama 40 orang penyamun tiba-tiba menari lagu Gangnam Sytle yang dipopularkan oleh penyanyi rap, Korea Selatan, Psy yang cukup menjadi fenomena sekarang. Mereka telah menari bersama irama lagu berkenaan ketika babak ketua penyamun hendak membuka pintu gua yang menjadi tempat menyimpan hasil samun mereka. Babak tidak diduga itu cukup mencuit hati penonton di samping Aznil sendiri dengan solekan ketua penyamun ala Kapten Jack Sparrow seperti pelakon Johnny Depp dalam siri filem pecah panggung Hollywood, Pirates of the Caribbean. Bagi memberi suntikan moden dan lebih dekat dengan hati penonton yang terdiri daripada kanak-kanak dan remaja, menerusi pementasan Ali Baba itu, ketua penyamun tidak lagi menggunakan basikal asal seperti yang dilakonkan oleh P. Ramlee iaitu jenis Chopper Raleigh. Sebaliknya, ketua penyamun yang direalisasikan Aznil dalam teater muzikal itu telah menggunakan skuter elektrik dan Ali Baba semasa kaya pula telah menggunakan motosikal serbaguna atau jenis ATV. Kata pengarah pementasan teater berkenaan, Lokman Ghani, beberapa elemen itu diterapkan dalam teater itu bagi memberi suasana keseronokan kepada kanak-kanak walaupun babak itu sekejap sahaja. "Tarian Gangnam itu walaupun sekejap, ia akan diingati, kami memang sengaja buat begitu kerana kami tahu ia akan membuatkan penonton terhibur," jelasnya ketika ditemui selepas pementasan pertama teater muzikal itu. Ujarnya lagi, dia cuba lari daripada babak yang sedia diketahui ramai dalam filem Ali Baba Bujang Lapuk bagi mengelakkan penonton bosan. "Semua orang tahu babak yang sedia ada dalam filem jadi bila ada elemen kejutan ia memberi kelainan," katanya yang turut menukar babak Kassim Baba lakonan Ebby Yus mati kena pancung dengan mati akibat gas beracun. Dalam teater itu juga hanya Aznil, Ebby dan Najua P. Ramlee (sebagai Aloyah) menggunakan suara mereka sendiri untuk menyanyi dalam pementasan berkenaan. Bagi Fizo pula, dia mengakui telah jatuh cinta dengan dunia pementasan teater sejak memegang watak Ali Baba. "Walaupun gemuruh pada awalnya, rasa satu kepuasan selepas menjayakan satu pementasan, saya rasa lega sangat," ujarnya yang tidak mahu disamakan dengan lakonan Ali Baba yang dibawakan oleh Datuk Aziz Satar. Tiket bagi menyaksikan pementasan teater muzikal ini yang berharga RM30, RM50, RM70 dan RM100 boleh ditempah menerusi talian 03-4026 5558 atau layari www.ticket2u.biz. |
| You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





































0 ulasan:
Catat Ulasan