RSS

Nuffnang

OHBULAN!

sumber :-

OHBULAN!


21 Foto: Nora Danish Dan Rayqal Bercuti Di Dubai

Posted: 17 Dec 2012 10:05 PM PST


Nora Danish dan anaknya (Rayqal) memang begitu rapat sehinggakan tidak boleh dipisahkan. Baru-baru ini Nora Danish dan anak lelakinya melancong ke Dubai. Apa yang menariknya, ini adalah percutian mereka bersama keluarga Rizal Ashram iaitu bekas suaminya yang juga suami kepada Fasha Sanda sekarang.

Ini bukan kali pertama Nora bercuti bersama-sama dengan bekas keluarga mentuanya. Apa pun jelas terpancar kegembiraan di wajah anaknya dan juga seluruh anggota keluarga bekas suaminya.

Jom kita lihat foto-foto percutian mereka di sana.

Diddy Sangkal Status Sudah Berkahwin Punca Popularitinya Menurun

Posted: 17 Dec 2012 09:25 PM PST


Pelakon dan penyanyi Diddy Hirdy atau lebih dikenali dengan Diddy AF4, kini lebih fokus dalam bidang lakonan. Terbaru, dia sedang menjalani pengambaran filem seram "Sunti@Facebook" yang juga merupakan filem keduanya selepas filem "Paku".

Ketika dilokasi penggambaran baru-baru ini, OHBULAN! sempat menemubual pelakon dan penyanyi ini mengenai perkembangan kerjayanya yang dilihat semakin menyepi dalam arus seni.

Menurutnya, dia hanya menyepi dari segi publisiti tetapi masih lagi bergiat aktif dengan memenuhi jemputan-jemputan untuk persembahan dari badan-badan tertentu dan jadualnya juga agak padat setiap bulan dengan pelbagai aktiviti.

Dalam masa yang sama Diddy juga sedang melanjutkan pelajarannya di Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam Kursus Ijazah Komunikasi secara separuh masa. Bukan itu sahaja, dia juga sedang mendalami seni vokalnya di Royal School Of Music.

"Buat masa sekarang saya memang sibuk dengan pembelajaran saya dan mungkin itu salah satu sebab saya kurang publisiti dalam industri hiburan. Walaupun saya kurang dari segi publisiti, Alhamdulliah rezeki tetap ada. Saya masih lagi menerima permintaan untuk membuat persembahan dan tawaran berlakon," ujar Diddy.

Beberapa bulan lepas, Diddy Hirdy telah dilantik secara rasminya oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sebagai Ikon Pembelajaran Sepanjang Hayat kerana pencapaiannya dalam bidang akedemik begitu memberangsangkan dan mendapat anugerah dekan setiap semesta.

Menurut Diddy, dia perlu memperkemaskan kerjayanya dan tidak tertumpu kepada satu bidang sahaja kerana mempunyai tanggungjawab yang lebih besar setelah bergelar suami dan bapa kepada anak perempuannya (Nadra Arissa Jauza). Baginya popularitinya menurun bukan kerana sudah berkahwin tetapi bukan rezekinya lagi.

"Saya tak setuju populariti kurang disebabkan saya sudah berkahwin kerana masih ada yang meminati saya bukan kerana saya 'single' tetapi bakat nyanyian dan lakonan yang saya miliki. Saya sentiasa sabar dan berusaha dengan pembelajaran," ujar Diddy lagi.

Terbaru Diddy telah bekerjasama dengan Pekin dalam proses menghasilkan 'single' baru untuk 'soundtrack' filem "Paku".

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan