Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Acong (Sweet Child) Nikah Peminat Selepas 14 Tahun Terpisah
- Shila Amzah Akui Buat Silap, Sharnaaz Lamar Jadi Isteri
- Jaja foto kaut RM500,000
- Fauziah Latiff Bawa Diri Ke Lombok
- Perkahwinan Tidak Jejaskan Kerjaya Amar Asyraf
- Kelly Clarkson Bukan Lesbian, Pilih Untuk Bertunang
- Hillary Duff Akui Penat Besarkan Anak Sulung
- Jackie bimbang susahkan orang lain
- 2 lelaki ‘curi’ kepercayaan hawa
- Sibuk menyanyi dan urus syarikat
- Sonakshi tak gelap mata
- Alyah rasa terhina
- Juri AJL 27 dijamin telus
- Remaja cuba rompak ditembak
- Derita ibu tunggal anak lapan
- Peserta Soulstar 2012 gamatkan Riverside
- Bakal PM Jepun mahu bertegas dengan China
- Psy menari tarian kuda di Toronto
- Pertandingan cari duta lelaki keturunan Sikh
- Bandar kecil Sweden bakal miliki lapangan terbang angkasa lepas
- Cabar diri menjadi manusia berani
- Menanti panda Fengyi dan Fuwa
- Duit RM2 juta lesap
| Acong (Sweet Child) Nikah Peminat Selepas 14 Tahun Terpisah Posted: 17 Dec 2012 03:44 PM PST Acong dan isterinya Marya selepas majlis pernikahan mereka pada Sabtu lalu di Masjid Sultan Abdul Halim Sungai Petani, Kedah. Marya atau nama sebenarnya Siti Zuraida Zahari, 31, berkata, dia yang mengenali Acong kira-kira 14 tahun lalu ketika penyanyi itu terlibat dalam sesi promosi album kumpulan Sweet Child di Kuantan, Pahang kembali rapat menerusi laman sosial Facebook pada 2010. Marya berkata, pintu hatinya terbuka untuk berumah tangga semula selepas lima tahun bergelar ibu tunggal kerana dia terpikat dengan sikap Acong yang kuat bekerja dan menerima anak perempuannya Qistina Yasmin yang berusia enam tahun. "Kami kenal ketika saya berusia 17 tahun pada 1998 di Kuantan, Pahang. Pada waktu itu, saya dan rakan-rakan membantu Acong dan kumpulan Sweet Child menjual album ketika mereka mengadakan promosi di sana. "Bagaimanapun, kami hanya kawan biasa ketika itu dan tidak lagi berjumpa. Kami bertemu semula pada dua tahun lalu menerusi Facebook. "Pada peringkat awal perkenalan kami, saya tidak terfikir ia akan jadi serius sehinggalah Acong meluahkan hasrat untuk memperisterikan saya pada Disember tahun lalu," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, pada Isnin. ![]() Acong menghantar tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang oleh pengantin perempuan sementara mas kahwin pula sebanyak RM2,000. Bagaimanapun, kedua-dua mempelai enggan mendedahkan jumlah wang hantaran. Majlis pernikahan di kampung halaman Marya yang juga seorang pelakon tambahan dan krew produksi itu mendapat tajaan Azie De' Touch dan dihadiri lebih 400 tetamu. Acong atau nama sebenarnya Ahmad Fauzi Manan, 39, pula berkata, hatinya terbuka untuk berumah tangga selepas 10 tahun menduda selepas melihat ramai kenalan rapatnya memiliki keluarga sendiri. Ujarnya, selepas mengenali hati budi Marya kira-kira dua tahun lalu, dia mengambil keputusan tersebut kerana keserasian dan sikap memahami di antara satu sama lain. "Saya ambil keputusan untuk berkahwin kerana keinginan untuk berumah tangga semakin memuncak apabila melihat rakan-rakan saya sedang bahagia dengan anak-anak dan keluarga mereka sedangkan saya masih hidup seorang selepas 10 tahun menduda. ![]() Pasangan ini bakal mengadakan majlis resepsi kedua di sebelah pihak lelaki pada 24 Disember ini di Pusat Komuniti Bukit Damansara dekat sini. Majlis resepsi ketiga bagi meraikan rakan-rakan industri dan media akan diadakan pada 3 Januari 2013 di Shah Alam. Mereka dijangka terbang berbulan madu ke Beijing, China pada 1 hingga 6 Februari 2013. | |||
| Shila Amzah Akui Buat Silap, Sharnaaz Lamar Jadi Isteri Posted: 17 Dec 2012 03:43 PM PST Shila Amzah dan Sharnaaz Ahmad Shila berkata, gurauannya dengan mengatakan kekasihnya itu mungkin cemburu melihat dia berduet dengan penyanyi Singapura, Taufik Batisah bukanlah dengan niat untuk memperkecilkan Sharnaaz. "Selepas saya berbincang dengan abah (ND Lala), katanya gurauan seperti itu tidak patut saya ungkapkan secara umum, apatah lagi ia merupakan acara siaran langsung. "Walaupun perkara itu hanyalah gurauan, tetapi ia telah dilihat daripada sudut berbeza setiap penonton. Maka saya akui dengan kesalahan itu. Sharnaaz menegur Shila menerusi Twitter selepas wanita itu terlepas cakap dalam APM2012.Shila ditemui pada sidang akhbar Konsert Shila Amzah sempena Gala Amal Pamoga-Gaza di Hotel One World dekat sini, Isnin. Kata-kata Shila pada acara APM2012 itu menyebabkan Sharnaaz kurang senang sehingga membuatkan dia memuat naik entri Twitter yang agak kasar terhadap Shila pada malam Ahad. Bagaimanapun kira-kira pukul 6.30 pagi Isnin, Sharnaaz telah memadam entri tersebut dan mendakwa terdapat individu yang tidak bertanggungjawab telah menceroboh akaun Twitter miliknya itu. Shila mengesahkan Sharnaaz telah melamarnya. Bagaimanapun entri ini telah dipadamkan beberapa jam selepas ia dimuat naik pada Isnin kira-kria pukul 7.30 malam."Saya rasa perkara ini tidak perlu dipanjangkan kerana ia sudah pun selesai. Apa yang ditulis Sharnaaz dalam Twitter, saya tidak akan komen," katanya. Sementara dalam perkembangan lain Shila mengesahkan Sharnaaz telah melamarnya untuk dijadikan isteri. Perkara itu disahkan Shila dalam Twitter miliknya yang dimuat naik kira-kira pukul 7.30 malam Isnin tetapi telah dipadamkan tidak lama kemudian. Usaha mStar Online untuk mendapatkan komen terbaharu itu tidak kesampaian apabila pasangan tersebut tidak menjawab panggilan telefon. | |||
| Posted: 17 Dec 2012 03:42 PM PST BUKTI...Azri menunjukkan laporan polis dan gambar suspek. Lebih malang, lelaki berusia 26 tahun itu turut menyamar sebagai anak bongsu pemilik cicak tokek berkenan, menjaja gambar keluarga warga emas itu, menyebabkan hidup keluarga terbabit kini tertekan kerana disalah anggap sebagai penipu. Pemilik sebenar cicak tokek itu yang mahu dikenali sebagai Manaf, 70, berkata, perbuatan suspek terbongkar selepas beberapa mangsa penipuan lelaki itu menghubungi dan datang berjumpanya. Manaf berkata, keluarganya mengenali suspek dikenali sebagai Zaid itu sejak September tahun lalu apabila dia datang ke rumahnya bersama seorang kenalan keluarga. "Saya sebenarnya berasal dari Singapura tapi kini menetap di Skudai. Sejak berkenalan dengan Zaid, empat kali dia datang ke rumah saya, namun sejak kali pertama datang dia begitu berminat dengan dua cicak tokek yang dipelihara keluarga saya. "Malah, dia juga merakam gambar haiwan itu dengan alasan mahu menyimpannya sebagai kenangan dan saya tidak menghalang kerana menganggap ia perkara biasa," katanya yang memelihara dua cicak tokek itu sejak tiga tahun lalu. Manaf berkata, kegiatan penipuan Zaid itu mula terbongkar 30 November lalu apabila seorang lelaki datang ke rumahnya dan bertanya mengapa dia masih belum menerima cicak tokek yang dijanjikan Zaid sedangkan dia sudah menyerahkan lebih RM300,000 kepada lelaki itu. Menurutnya, keadaan menjadi lebih rumit apabila suspek turut menyamar sebagai anak bongsunya, Azri, 40, yang juga seorang seorang ahli perniagaan. "Saya difahamkan sebahagian mangsa penghidap HIV kerana cicak tokek dikatakan mujarab merawat penyakit berkenaan," katanya. | |||
| Fauziah Latiff Bawa Diri Ke Lombok Posted: 17 Dec 2012 03:41 PM PST Fauziah atau Jee, 42, berkata, dia membawa diri kerana mahu meneroka dan melihat sendiri budaya dan masyarakat yang menjadi kontroversi di Malaysia. "Nama Lombok agak sinonim kepada kita kerana sikap segelintir masyarakatnya yang gemar melarikan gadis-gadis Malaysia tetapi saya tidak pernah mengetahui kehebatannya sehinggalah saya menjejakkan kaki ke pulau ini," katanya. Selain rombongan pihak media, percutian yang turut ditaja Tourism Lombok itu turut disertai Pembantu Khas Kepada Pengerusi dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Edd Razhe, Pengurus Komunikasi Korporat AirAsia X, Fairuz Majid dan Eksekutif Komunikasi AirAsia, Nazatul Ekma Mokhtar. Jee berkata, walaupun pulau itu masih belum maju berbanding Bali yang terletak berdekatan dengannya namun apa yang lebih penting pantai-pantainya masih belum tercemar. Sebagai pencinta alam sekitar Jee berkata, keaslian pulau-pulau kecil di Lombok juga mampu memberi ketenangan jiwa kepada mereka yang benar-benar mencintai laut. Dalam percutian itu Jee turut berpeluang menginap di sebuah pulau kecil iaitu Gili Trawangan yang antara lain mendedahkannya kepadanya pengalaman menaiki kuda yang dijadikan sebagai kenderaan rasmi di pulau kecil itu. Kata Jee, percutian berkenaan dapat menghilangkan stres akibat tekanan kerja yang dihadapinya selain panorama indah pantai turut memberinya ketengan jiwa. Jee juga turut diberi peluang menginap di hotel dan resort bertaraf lima bintang iaitu Villa Queen dan Kebun Villas Resort. Katanya sehingga kini sambutan yang diterima daripada penumpang syarikat penerbangan itu amat menggalakkan khususnya kepada masyarakat pulau ini yang bekerja di Malaysia. "Dengan perkembangan ini, pihak kami bercadang untuk menambah lagi jumlah penerbangan seerta menggalakkan pelancong Malaysia memilih Lombok sebagai destinasi terbaharu selain lokasi lain yang diperkenalkan AirAsia ke Indonesia," katanya. | |||
| Perkahwinan Tidak Jejaskan Kerjaya Amar Asyraf Posted: 17 Dec 2012 03:40 PM PST Amar AsyrafAmar atau nama sebenarnya Amar Asyraf Zailuddin, 26, berkata, dia percaya bahawa keputusan untuk memperisterikan wanita bernama 'A' yang dikenali sejak dua tahun lalu itu akan menambahkan rezekinya dalam bidang seni kelak. "Saya percaya perkahwinan tidak akan menghalang kerjaya saya daripada terus berkembang. "Benar, nama dan kerjaya saya baru bermula tetapi kalau diperhatikan ramai sahaja pelakon atau penyanyi yang semakin berjaya selepas berkahwin," katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini. Pelakon yang berasal dari Masjid Tanah, Melaka itu berkata, dia merahsiakan status pertunangannya sebelum ini demi menghormati keputusan tunangnya yang enggan menghebohkan perkara itu kepada khalayak. Kata Amar, majlis pertunangan pada Aidilfitri ketiga lalu berlangsung secara kecil-kecilan tanpa sebarang hebahan kerana keluarga tunangnya belum bersedia untuk mendapat publisiti dan perhatian umum. Amar bergandingan dengan Nelydia Senrose sebagai pasangan suami isteri dalam drama bersiri terbaru Setia Hujung Nyawa."Lainlah kalau majlis perkahwinan kami nanti, sudah tentu saya akan beritahu semua," katanya yang tertarik untuk memperisterikan 'A' kerana sikapnya yang memahami. Mengenai kerjaya lakonan, Amar berkata, kehadirannya di persada seni semakin mendapat perhatian penerbit dan pengarah apabila dia mula ditawarkan watak penting dan utama dalam drama televisyen (TV) dan filem. "Alhamdulillah, orang mula nampak kewujudan saya. Sekarang saya sedang terlibat dalam penggambaran drama bersiri Setia Hujung Nyawa untuk TV3 sebagai watak utama. "Insya-Allah, selepas komitmen drama ini selesai pada hujung Januari depan, saya ditawarkan watak utama untuk sebuah filem arahan Shirin Khuzaimi pada Februari depan pula," katanya. Drama Setia Hujung Nyawa arahan Amie Maziah turut membariskan antaranya Nelydia Senrose, Raja Ema, Zila Bakarin, Hilal Azman, Talha Harith dan Bea Rameshan. Ia akan ditayangkan bermula 24 Disember ini pada setiap Isnin hingga Khamis pukul 7 malam menerusi slot Akasia di TV3. | |||
| Kelly Clarkson Bukan Lesbian, Pilih Untuk Bertunang Posted: 17 Dec 2012 03:39 PM PST Kelly Clarkson dan Brandon BlackstockMenurut laporan portal Dailymail, penyanyi berusia 30 tahun itu mengumumkan pertunangannya dengan Brandon yang juga pengurus peribadinya itu selepas sembilan bulan menjalinkan hubungan cinta. "Saya dah bertunang! Saya ingin semua orang tahu ia benar-benar perkara yang paling membahagiakan. Cincin pertunangan Kelly Clarkson. Foto Dailymail.co.ukBukan sekadar mengumumkan pertunangannya, pelantun lagu Because Of You itu mempamerkan cincin bertatahkan berlian di jarinya. Pasangan rasmi bertunangan pada Jumaat lalu. | |||
| Hillary Duff Akui Penat Besarkan Anak Sulung Posted: 17 Dec 2012 03:38 PM PST Hillary Duff anggap pengalaman membesarkan anak pertama memenatkan dirinya.Bagaimanapun, Duff berkata, dia dan suami tetap berusaha memperuntukkan waktu berkualiti bersama. "Keadaan sangat berbeza sekarang. Saya berasa terlalu penat pada setiap malam selepas seharian menguruskan anak. "Saya bergerak ke sana sini di dalam rumah kerana dia (anak) semakin lasak. Dia cuba untuk bercakap dan agak agresif," katanya seperti dipetik laman contactmusic.com. Duff dan anaknya, Luca yang kini berusia sembilan bulan."Secara dasarnya, saya dan Mike terlalu obses dengan Luca. Dia anak yang sempurna. "Saya fikir apabila anak anda semakin membesar anda pasti merindui fasa ketika dia masih bayi dan mula merancang untuk anak seterusnya," katanya. | |||
| Jackie bimbang susahkan orang lain Posted: 17 Dec 2012 03:37 PM PST Terkenal dengan keupayaannya melakonkan aksi 'bahaya', aktor kelahiran Victoria Peak, Hong Kong ini mengakui lebih selesa dan puas melakonkan aksi lagak ngeri bagi sesebuah drama atau filem itu sendiri. Namun, sebagai hadiah terakhir daripadanya khusus buat peminat, filem Chinese Zodiac 2012 (CZ12) yang menemui penonton di pawagam seluruh Asia pada 20 Disember ini bakal mengubati rindu peminat yang ingin menyaksikan persembahannya bersama dua pelakon baru jelita, Zhang Lanxin dan Yao Xintong. Memulakan karier sejak berusia 5 tahun, Jackie yang dilahirkan pada tahun 1954 turut dikagumi bukan saja di kalangan dewasa malah peminat remaja dan kanak-kanak juga. Bagaikan satu kejutan kepada peminat mengenai keputusannya untuk berhenti melakonkan aksi lagak ngeri sendiri, Chan tampil membuat penjelasan pada pertemuan bersama media untuk melancarkan filem CZ12 di Kuala Lumpur, Ahad lalu. Menurutnya, faktor umur memaksanya mengambil keputusan untuk berhenti daripada melakukan aksi lagak ngeri. "Usia yang semakin meningkat membuatkan saya mengambil keputusan untuk berhenti. Jika dulu saya muda dan bertenaga, apa saja aksi yang diberikan saya mampu melaksanakannya. "Sekarang bukan tidak boleh, saya bimbang perkara tidak diingini berlaku dengan keadaan stamina yang tidak mengizinkan, saya terlalu lasak bimbang akan menyusahkan pihak lain justeru saya tidak mahu perkara ini terjadi," katanya. Jackie berkata, jika dia nekad melakonkan watak ngeri, bimbang risiko dia harus menghabiskan masa tua di kerusi roda dan itu tidak mungkin dilaluinya. "Saya tidak akan berhenti daripada berlakon walaupun harus berhenti berlakon watak lagak ngeri, namun sama seperti pelakon lain jika sampai waktunya saya akan berhenti juga dan menghabiskan masa di rumah saja," katanya. Mula terbabit dalam lakonan berjudul Little Fortunes dan Big And Little Wong Tin Bar, siapa sangka dia berjaya meletakkan hampir ke semua filem lakonannya setanding dengan industri perfileman antarabangsa. Kemudian bapa kepada dua cahaya mata ini semakin mendapat perhatian pengarah di negaranya dan tampil menerusi pelbagai filem seperti The Love Eterne, King Hu's dan Come Drink With Me selain filem Kung Fu, A Touch of Zen. Menginjak ke usia 17 tahun, bintang filem The Tuxedo ini melangkah jauh dengan bergelar pelakon lagak ngeri berdampingan dengan mendiang Bruce Lee, menerusi filem Fist of Fury dan Enter The Dragon. Di situlah bermula kariernya sebagai pelakon lagak ngeri sehingga ke hari ini. Selepas itu, barulah bakatnya berjaya dikesan sehingga ditawarkan untuk membintangi filem pertamanya yang berjudul, Little Tiger of Canton. Filem itu mengetengahkan seni mempertahankan diri yang mana memerlukan Jackie memainkan peranan sebagai Ah Lung yang dalam misi membalas dendam terhadap pembunuh ayahnya. Dia akhirnya berjaya membuka mata banyak pihak dalam industri seni Hong Kong menerusi lakonan mantap dan bertenaga sebagai Ah Lung. Dalam pada itu, antara filem yang berjaya menaikkan namanya adalah Police Story, Drunken Master, Heart of The Dragon dan Rumble In The Bronx. Selepas 50 tahun berlalu, seiring dengan usianya, Chan yang kini berusia 58 tahun sudah membintangi lebih 150 filem. | |||
| 2 lelaki ‘curi’ kepercayaan hawa Posted: 17 Dec 2012 03:34 PM PST Mungkin ini antara luahan pendapat beberapa pelanggan yang mula menjalankan urusan pembelian menerusi dalam talian. Sesetengahnya pula berasa kurang yakin kerana barang yang diingini tiada di depan mata, tidak mampu dipegang dan dicuba terutama membabitkan barangan wanita seperti pakaian, kasut dan beg tangan. Namun, walau apa juga tanggapan ramai, urusan membeli di alam maya kini menjadi satu gaya hidup terkini masyarakat kota terutama wanita yang sentiasa sibuk dengan urusan seharian. Keadaan ini menyebabkan 'butik' dalam talian bak cendawan tumbuh selepas hujan. Tumpuan asasnya mudah saja, menjual keperluan wanita dari hujung rambut sehingga kaki bagi memastikan barang dipasarkan mendapat perhatian. Namun bagi meyakini dan mewujudkan kepercayaan pelanggan bukanlah sesuatu yang mudah. Ini kerana barang yang ingin dibeli hanya mampu dilihat menerusi skrin tanpa dinilai kualitinya. Di sinilah letaknya kebijaksanaan penjual melakukan promosi. Mungkin bagi pemilik butik alam maya wanita tiada masalah kerana mereka lebih memahami kehendak wanita. Tetapi bagaimana pula sekiranya empunya butik itu lelaki dan menjual pakaian wanita? Bagi pemilik Allya Mysara Couture (AMC), Wan Iskandar Zulkarnain Wan Ismail, 26, atau mesra disapa Kimi, detik perniagaan dalam talian bermula selepas menemani ibu ke Tanah Abang, Indonesia. Melihat pelbagai jenis pakaian pada harga murah menyebabkan dia membeli beberapa rekaan busana untuk dijual di pejabat. Daripada situ, dia melihat masa depan perniagaan ini yang mampu berkembang sehinggalah dia menjual menerusi dalam talian menggunakan nama Allya Mysara Couture bersama sahabat karib, Ahmad Yusri Ismail, 30. "Ketika itu, saya masih bertugas sebagai pegawai teknologi maklumat di sebuah syarikat swasta, begitu juga Yusri sebagai pensyarah kolej. Berbekalkan minat dan sedikit pengetahuan, kami memulakan perniagaan dengan hanya menjual kaftan, telekung dan sejadah," katanya yang berkelulusan kejuruteraan mekanikal daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor. Menyedari kedua-duanya lelaki dan langsung tiada pengetahuan asas mengenai jahitan dan fesyen, Kimi menjalankan sedikit kajian mengenai kesukaan wanita ketika berbelanja serta mencari strategi mendapatkan kepercayaan pelanggan. Dengan menyamar sebagai pelanggan wanita, dia menyedari kepercayaan hanya dapat diwujudkan menerusi kesahihan maklumat serta barang dipasarkan. Berbekalkan semangat dan wawasan untuk mengetengahkan fesyen busana Muslimah elegan, eksklusif serta mampu milik, mereka mengorak langkah menawarkan jualan secara borong bagi kaftan, jubah dan blaus sehingga berjaya menambat hati pemilik butik Muslimah di seluruh Malaysia sehingga mampu memperoleh pendapatan bersih sebanyak RM10,000 sebulan. "Sedikit demi sedikit kami membina kepercayaan pelanggan terutama wanita dengan menyediakan rakaman video di YouTube mengenai pakaian dipasarkan, komen daripada pelanggan serta mencari seberapa banyak tajaan untuk artis. Alhamdulillah, selepas empat bulan membuka butik di rumah di Setapak, Kuala Lumpur, kami berjaya menaja Fauziah Ahmad Daud dan beberapa selebriti lain," jelasnya yang percaya pelaburan dikeluarkan untuk tajaan menjanjikan pulangan lumayan pada masa depan. Menurut Kimi, cabaran sebagai pemilik butik lelaki apabila pelanggan berasa kurang selamat untuk berurusan. Ini kerana ada yang ingin datang ke rumah untuk melihat baju dan apabila mereka mengetahui jantina pemiliknya, ramai yang membatalkan hasrat untuk bertemu. "Apa yang saya lakukan adalah menyediakan kaki tangan wanita supaya urusan pembelian dilakukan sesama mereka. Pelanggan berasa lebih selesa terutama ketika mencuba pakaian dan memilih fesyen mengikut bentuk badan wanita. Mereka juga rasa selamat memandangkan wanita lebih memahami dan jarang melakukan penipuan," ujarnya. Selepas empat bulan menjalankan perniagaan alam maya, Kimi mulai nampak masa depan dalam bidang ini sehingga sanggup melepaskan jawatan sebagai penasihat teknologi maklumat. Berbekalkan modal RM2,000 dengan hanya 40 baju, Kimi dan Yusri melangkah setapak dengan membuka butik di Shah Alam, Selangor. Jelasnya, walaupun masih menjalankan perniagaan secara dalam talian, pembukaan butik terbabit untuk memberi keselesaan kepada pelanggan terutama daripada segi memilih dan mencuba baju. Walaupun 70 peratus hasil keuntungan diperoleh daripada jualan alam maya, membuka butik mampu memberikan kepuasan berbeza terutama bagi mengembangkan perniagaan pakaian. Pada masa sama, mereka turut menganjurkan kursus borong Indonesia terbuka kepada sesiapa saja yang ingin menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan. Bagi Kimi, tidak salah berkongsi ilmu terutama di kalangan ibu tunggal serta wanita yang ingin mencari pendapatan tambahan. "Kami ingin berkongsi maklumat dengan sesiapa saja yang berhasrat menjalankan perniagaan dalam talian. Dengan berbekalkan modal yang sedikit, sesiapa juga mampu mencipta kejayaan yang besar dalam perniagaan. Apa yang penting, ilmu serta bertindak menjual barangan yang berbeza daripada peniaga lain," ujarnya yang kini menjual hasil rekaan sendiri yang dipelajari menerusi laman YouTube. | |||
| Sibuk menyanyi dan urus syarikat Posted: 17 Dec 2012 03:21 PM PST
NAMA penyanyi Noorsyarmila Jirin atau lebih popular dengan panggilan Mila Jirin seperti tenggelam apabila kisah mengenai diri dan kerjayanya kini, agak jarang diperkatakan. Apatah lagi dengan kemunculan ramai penyanyi baharu sekarang, penyanyi tersebut terus senyap tanpa sebarang publisiti sehingga menimbulkan pertanyaan ramai pihak sama ada dia sudah meninggalkan dunia nyanyian atau tidak. Bagaimanapun, penyanyi yang juga merupakan juara rancangan Akademi Fantasia 5 itu menyatakan, dia tidak pernah meninggalkan bidang seni, sebaliknya masih lagi terus aktif menyanyi. "Memang sekarang cerita mengenai diri saya jarang keluar di media, tetapi itu tidak bermakna saya sudah tidak lagi menyanyi atau menceburi bidang lain. "Setakat ini saya masih lagi aktif menyanyi dan kerap mendapat undangan membuat persembahan. Cuma tiada cerita menarik mengenai diri saya yang boleh dikongsikan, jadi disebabkan itu kisah mengenai saya jarang dipaparkan," ujarnya. Ditanya mengenai perkembangan terkini, Mila memberitahu, dia baru sahaja selesai menjalani rakaman sebuah lagu duet bersama Nubhan berjudul Cinta Qaseh. Menurutnya, lagu yang diterbitkan Nova Music itu bakal menjadi sebuah lagu runut bunyi sebuah drama yang akan disiarkan di TV3 dalam masa terdekat ini. "Pada tahun hadapan saya sudah ada perancangan menghasilkan album baharu, tetapi buat masa ini saya mahu fokus untuk mempromosikan lagu Cinta Qaseh terlebih dulu. "Selepas lagu tersebut saya bakal menghasilkan dua buah single lagi dan selepas itu barulah saya akan tumpu kepada pembikinan album baharu," ujarnya yang kali terakhir melahirkan album pada tahun lalu. Selain jadualnya yang agak padat dengan aktiviti nyanyian, Mila memberitahu, dia juga kini sibuk menguruskan syarikatnya yang ditubuhkan sejak tahun 2008 iaitu Luvmila Corporation Sdn. Bhd. (LCSB). Ujar Mila, pada mulanya dia menubuhkan syarikat tersebut untuk menjalankan perniagaan produk kecantikan, tetapi hanya beroperasi separuh jalan kerana beberapa masalah yang timbul. "Sekarang ini syarikat saya lebih cenderung kepada operasi event management (pengurusan majlis) dan sepanjang empat tahun ditubuhkan syarikat saya semakin berkembang," ujarnya. Disebabkan kesibukannya itu juga, Mila yang akan mencecah usia 25 tahun pada 23 Disember ini memberitahu, dia sehingga kini masih belum memiliki teman lelaki. Menurutnya, buat masa ini dia masih selesa dengan keadaannya sekarang dan hanya akan memikirkan mengenai teman hidup ketika usianya mencecah 27 tahun nanti. "Sibuk dengan kerjaya nyanyian dan menguruskan syarikat merupakan salah satu faktor saya tidak mempunyai teman lelaki sehingga sekarang. Lagipun kehidupan saya banyak dihabiskan di pejabat, rumah atau memenuhi undangan nyanyian. "Namun begitu, ia tidak bermakna saya tidak pernah memikirkan tentang kehidupan berumah tangga. Kalau boleh saya tidak mahu bercinta terlalu lama sehingga bertahun-tahun, sekiranya ditakdirkan bertemu dengan lelaki yang sesuai saya akan terus berkahwin," jelasnya. Kami Histeria ![]() SUDAH lama tidak diberi perhatian oleh media cetak ataupun elektronik, Mila Jirin mengakui dia tidak berkecil hati. Sementara itu, penyanyi berkenaan menyatakan dia juga baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem pertamanya, Kami Histeria dengan membawakan watak utama sebagai Airin. Ujarnya, dalam filem terbitan Red Film itu, dia turut berlakon dengan beberapa pelakon popular lain seperti Diana Danielle, Sara Ali, Nad Zainal dan Afdlin Shauki. "Boleh dikatakan saya agak berdebar-debar juga menantikan tayangan filem berkenaan yang dijadualkan pada tahun hadapan. "Ia merupakan sebuah filem genre seram komedi dan saya membawakan watak seorang pemain keyboard dan penyanyi kedua bersama band Kami Histeria," jelasnya. Bagaimanapun akui Mila, selepas membintangi Kami Histeria, setakat ini, masih belum ada tawaran lakonan baharu yang diraihnya. Mila juga mendedahkan sebelum berlakon Kami Histeria, dia pernah mendapat beberapa tawaran lain tetapi terpaksa menolaknya kerana watak yang diberikan kurang sesuai buat dirinya. "Saya bukannya mahu menjadi terlalu selektif terhadap sesuatu tawaran yang diterima, tetapi kebanyakannya memerlukan saya memegang watak yang agak berat dan di luar kemampuan saya. "Mengenai lakonan saya dalam filem Kami Histeria pula, saya menerimanya kerana jalan ceritanya lebih kepada muzik kerana ia menceritakan tentang perjalanan sebuah band dan agak sesuai dengan kerjaya saya sebagai penyanyi," jelasnya. Menurutnya, dia pernah menolak berlakon sebuah filem yang memerlukannya membawakan watak seorang gadis kelab malam. Penyanyi itu menyatakan dia lebih selesa membawakan watak yang ringan. Sate percuma
Pada masa yang sama, Mila memberitahu, syarikatnya, LCSB baru-baru ini telah diberi peluang sekali lagi untuk menguruskan acara Karnival 1001 Rasa Sate Kajang 2012 yang akan diadakan di Stadium Kajang, Selangor pada 21 hingga 23 Disember ini. Menurut Mila, ia merupakan kali kedua syarikatnya telah diberikan kepercayaan oleh pihak penganjur, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) untuk menguruskan acara sepanjang tiga hari berlangsung. "Antara acara utama yang akan diadakan semasa karnival tersebut iaitu acara bakar sate terbesar yang akan direkodkan dalam Malaysian, Book Of Records pada 22 Disember dan pengunjung dapat menikmati sate percuma bermula pukul 4 petang hingga 8 malam. "Selain itu, beberapa penyanyi undangan turut membuat persembahan pada sebelah malam seperti Jay Jay, Mus May dan Ezad Exist. Namun begitu, saya tidak akan menyanyi kerana sibuk dengan pengurusan acara," ujarnya. Sementara itu, Pengarah Projek Karnival, Ali Khair Abd. Ghafar berkata, pihaknya yakin seramai 50,000 pengunjung bakal hadir pada acara karnival berkenaan. "Semasa karnival ini dianjurkan buat kali pertama dua tahun lalu, ternyata maklum balas yang diterima sangat baik apabila dikunjungi kira-kira 20,000 orang. "Pada tahun ini kami menjangkakan lebih ramai pengunjung yang akan datang memandangkan ia dilakukan semasa cuti sekolah serta promosi besar-besaran yang dilakukan," jelasnya. | |||
| Posted: 17 Dec 2012 03:20 PM PST ![]() SONAKSHI menganggap Salman sebagai mentor lakonannya. SUATU ketika dahulu, nama aktres Sonakshi Sinha begitu asing dalam kalangan penggemar Bollywood. Namun kini, situasi tersebut cukup berbeza. Aktres itu kini berada dalam lingkungan antara penerima bayaran yang mahal untuk penampilannya dalam sesebuah produk. Nilai Sonakshi mampu mencecah RM600,000 untuk sebuah filem dan melalui tiga buah filem lakonannya pada tahun ini iaitu Dabangg, Rowdy Rathore dan Son of Sardaar, dia memperoleh sebanyak RM1.8 juta. Dia bagaimanapun tidak mahu gelap mata dengan apa yang diperoleh kini. Katanya: "Apabila saya ditawarkan untuk terbabit dalam sesebuah naskhah, saya tidak pernah terfikir tentang pulangan yang bakal saya terima. Saya hanya bersyukur kerana terlibat dalam sesebuah produksi yang dikelilingi oleh orang-orang hebat." Sonakshi dikenali sebagai seorang pelakon yang bermula tanpa asas lakonan profesional. Dia belajar berlakon secara semula jadi dan banyak dibantu oleh orang sekeliling. Salah seorang individu yang menjadi tulang belakangnya ialah aktor Salman Khan. Dia yang menjadi pelakon kesayangan Salman itu, juga memberitahu, hubungan baik antara dia dengan Salman tidak pernah disalahgunakan supaya dia pantas meraih populariti. Menganggap Salman sebagai seorang mentornya, Sonakshi berkata, aktor tersebut telah banyak membantu dia untuk menjadi seorang pelakon yang baik. "Salman merupakan pengkritik tegar saya, namun pada masa yang sama, dia mentor saya selama ini. Saya mempelajari banyak perkara yang positif dan menjadi lebih profesional sehingga ke tahap ini kerana dia," ujar Sonakshi. | |||
| Posted: 17 Dec 2012 03:20 PM PST ![]() ALYAH enggan menjadikan perselisihan faham dengan Hatta Dolmat dan Rizman Ruzaini mencecah ke tahap lebih serius. ALYAH, bukan satu nama baharu dalam industri seni muzik tempatan. Alyah, atau nama sebenarnya, Noor Hasliah Abu Hasan, 31, juga terkenal dengan cita rasa fesyennya yang sering mengikut trend terkini. Selama ini, tidak pernah tercetus cerita Alyah mempunyai masalah dengan sesiapa termasuklah pereka fesyen. Namun baru-baru ini, timbul satu isu kontroversi Alyah dan pereka fesyen terkenal tanah air. Tidak dinafikan, selain laman sosial Facebook, laman Twitter juga kini menjadi tempat luahan perasaan kebanyakan masyarakat termasuklah pereka fesyen terkenal, Rizman Nordin dan Wan Mohd. Ruzaini Wan Jamil yang merupakan tonggak di sebalik jenama Rizman Ruzaini serta Hatta Dolmat. Tiga pereka fesyen tersebut dikatakan tidak puas hati berhubung pakaian Alyah yang ditaja mereka pada majlis Anugerah Planet Muzik (APM 2012) yang berlangsung di Max Pavilion, Singapura, pada Sabtu lalu. Menerusi laman Twitter, Alyah disifatkan sebagai seorang yang tidak menghargai jasa pereka fesyen dan mereka telah serik untuk bekerjasama dengan penyanyi itu. Alyah sebelum ini dilaporkan telah meminta Hatta dan Rizman Ruzaini serta seorang pereka fesyen iaitu Amir Luqman bagi menghasilkan busana untuk acara berkenaan. Namun sebaliknya, dia dikatakan hanya memakai pakaian rekaan Amir sahaja untuk persembahan pentas serta miliknya sendiri bagi acara karpet merah. Alyah bagaimanapun telah meminta maaf melalui laman Twitter kepada Hatta Dolmat sejurus pulang dari Singapura. Namun, ketika menghubungi Alyah, suara kecewa jelas terserlah ketika menjawab persoalan yang diberikan. Ikuti luahan perasaan Alyah terhadap isu tersebut. Kosmo!: Anda pasti sudah ketahui sebab ramai media mencari Alyah. Jadi boleh anda, jelaskan isu berkaitaan baju tajaan Hatta Dolmat dan Rizman Ruzaini pada Anugerah Planet Muzik 2012? ALYAH: Saya tahu dan sebenarnya sudah letih untuk jelaskannya lagi. Saya akui ia merupakan kesalahan daripada pihak saya juga. Saya kini sedang jelaskan bagi pihak orang lain. Apa yang pasti, baju tersebut memang tidak boleh pakai langsung. Saya memang berniat ingin jelaskan semua setelah sampai di Kuala Lumpur. Namun, semuanya sudah terjadi begini.
Adakah Alyah kecewa dengan apa yang terjadi. Mungkinkah Alyah tidak akan bekerjasama lagi dengan Hatta Dolmat dan Rizman Ruzaini selepas ini? Saya tidak kisah sebenarnya, saya masih lagi boleh bekerjasama dengan mereka. Bagaimanapun, jika orang sudah tidak mahu kita lagi, mana mungkin kita mahu pergi pula kepada mereka. Saya bukan riak tetapi itulah hakikatnya. Pada majlis itu juga, Alyah berjaya membawa pulang sebuah trofi hasil dari kemenangan Lagu Terbaik Serantau Anugerah Planet Muzik 2012. Bolehkah kongsi perasaan anda ketika itu? Ia bercampur baur sebenarnya antara positif dan negatif. Sepatutnya saya berasa gembira dengan kemenangan tersebut kerana setelah 12 tahun ceburkan diri dalam industri, itu merupakan anugerah kedua saya. Namun disebabkan banyak perkara yang tidak diingini berlaku, tambahan pula masalah kesihatan yang masih belum pulih, saya tidak dapat meraikan kemenangan tersebut. Ditambah pula dengan isu ini, saya tidak dapat meraikan kemenangan itu. Mungkinkah Alyah mempunyai perancangan ingin berjumpa mereka dan selesai secara baik? Memang saya ingin jumpa mereka selepas pulang dari Singapura, namun belum sempat saya jelaskan apa-apa, mereka sudah bertindak sedemikian. Mereka kata saya tidak hargai mereka, ia tidak benar sama sekali. Saya sangat hargai jasa pereka yang mana bukan semua baju saya ditaja 100 peratus, ada juga yang dibeli daripada mereka. Saya tidak mahu jawab dengan mendalam (cuma memohon maaf) melalui Twitter kerana tidak ingin mengaibkan sesiapa. Namun sejujurnya, untuk minta maaf (secara berdepan) mungkin tidak. Ia bukan kerana saya riak atau apa, namun saya rasa dihina dan maruah bagaikan dipijak. Sepatutnya ini menjadi momen penting buat saya kerana saya tahu, sejak 12 tahun lalu memang susah saya ingin menggondol apa-apa anugerah. Siapa yang mahukan perkara buruk yang terjadi. Tidak mengapalah, mungkin ini dugaan saya untuk menempuh dugaan pada tahun ini. Saya sentiasa berdoa agar Tuhan berikan yang terbaik buat saya. | |||
| Posted: 17 Dec 2012 03:19 PM PST ![]() SEBANYAK 12 pencalonan lagu yang layak ke final AJL 27 akan diadili oleh 10 orang juri profesional. Setiap juri tidak mempunyai perkaitan dengan lagu-lagu yang dipertandingkan agar keputusan yang diperoleh kelak lebih telus. ADAT bertanding, sebelum bermula pasti ada suara sumbang yang mempertikaikan banyak aspek dan kali ini giliran Anugerah Juara Lagu 27 (AJL 27) pula menjadi mangsa. Selain pertikaian mengenai beberapa lagu yang dianggap kurang berkualiti terpilih untuk mara ke peringkat akhir pada awal tahun depan, percakaran mengenai pemilihan juri turut timbul. Mengambil langkah drastik, kata Pengurus AJL 27, Muhamad Sufian Che Isa, pihaknya sudah mengenal pasti 10 orang juri profesional untuk mengadili pertandingan pada tahun ini. Tambahnya, selain bilangan juri yang telah dikurangkan daripada 15 orang menjadi 10 orang, pihaknya turut mempertimbangkan latar belakang juri-juri yang bakal terbabit. "Juri-juri tersebut terdiri daripada komposer, penulis lirik, penyanyi dan individu yang terlibat dalam bidang muzik dari Malaysia, Indonesia dan Singapura. Kami cuba menilai dan memilih juri yang ada kredibiliti tinggi supaya tidak akan ada pertikaian selepas ini," katanya yang ditemui ketika sidang akhbar AJL 27 di Hotel Empire Subang, Selangor baru-baru ini. Ujarnya, 10 orang juri yang masih dalam peringkat perbincangan itu tiada kena mengena dengan mana-mana lagu yang bertanding tahun ini secara langsung atau tidak. Juri juga terdiri daripada kombinasi orang lama dan baharu. Kredibiliti lagu Wujud juga perbalahan mengenai kualiti lagu-lagu yang dipertandingkan pada tahun ini. Selain terdapat beberapa lagu berbahasa slanga (bahasa pasar), timbul juga persoalan mengenai konsep populariti lagu dan penyanyi. Menurut Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar, pemilihan lagu untuk bertanding pada AJL 27 bukan saja lagu yang memberi impak kepada pendengar tapi menepati kriteria lagu berkualiti. "Populariti sesebuah lagu adalah satu bonus dan kebanyakan lagu yang bertanding pada tahun ini sudah diterima ramai. "Setiap lagu ada kekuatan dan ia adalah kombinasi kualiti dan populariti. Sesebuah lagu akan dipanggil lagu apabila ia berjaya menggerakkan sesuatu generasi," jelasnya. Pilihan penonton Sementara itu, AJL 27 turut mengetengahkan konsep undian melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada penonton untuk kategori Persembahan Terbaik. Keputusan kategori itu terletak pada undian seratus peratus. Langkah itu dirasakan sesuai untuk mendekatkan penonton untuk memberikan pandangan masing-masing malah, kata Izham penonton juga perlu diberikan peluang untuk bersuara. Dalam pada itu, AJL 27 membawakan elemen Ekspresi Seni sebagai konsep dan tema persembahan tahun ini. AJL 27 masih mengekalkan Faizal Ismail dan Cheryl Samad sebagai hos manakala, acara Purple Carpet pula akan menampilkan gandingan Miera Liyana, Sazzy Falak dan Kamal Adli sebagai pengacara. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan 12 buah lagu yang berentap dalam AJL 27 pada 6 Januari 2013, dibawakan secara langsung dari Stadium Putra Bukit Jalil bermula pukul 9 malam. | |||
| Posted: 17 Dec 2012 03:18 PM PST
KUALA LUMPUR – Hajat dua penjenayah merompak sebuah kedai serbaneka KK Mart di Taman Sri Rampai di sini dengan mengacukan parang ke arah juruwang tidak kesampaian apabila sepasukan polis tiba-tiba muncul di premis itu dan menembak mati seorang suspek. Dalam kejadian pada pukul 4 pagi, suspek yang maut ditembak merupakan remaja berusia 19 tahun. Remaja itu mati di depan kedai rangkaian 24 jam itu akibat cedera di dada. Difahamkan, suspek dipercayai anak kepada seorang anggota polis berpangkat Sarjan Mejar yang bertugas di Melaka. Rakan suspek yang bersenjatakan parang sempat melarikan diri. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, rancangan dua suspek merompak kedai 24 jam itu disedari pasukan polis yang secara kebetulan membuat rondaan di kawasan tersebut. "Salah seorang suspek yang sedang mengacukan parang ke arah juruwang panik apabila dia melihat kehadiran polis. Suspek terus mengacukan parang ke arah anggota polis sebelum melarikan diri," kata beliau ketika dihubungi. | |||
| Posted: 17 Dec 2012 03:13 PM PST ![]() NAHATUL SHIMA (kanan) melihat pokok besar yang menghempap rumahnya di Kota Bharu semalam. KOTA BHARU - Seorang ibu tunggal terpaksa menerima hakikat apabila sebahagian besar daripada rumahnya runtuh dihempap sebatang pokok jati di Kampung Wakaf Mek Zainab di sini petang kelmarin. Kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 5.30 petang ketika hujan renyai-renyai yang menyebabkan pokok itu menghempap rumah berkenaan sehingga merosakkan keseluruhan dapur. Lebih menyedihkan, ibu tunggal berkenaan, Nahatul Shima Seman, 43, hilang punca pendapatan apabila segala peralatan untuk membuat kuih yang terletak di dapur rumahnya itu turut tidak dapat diselamatkan. Nahatul Shima berkata, semasa kejadian, dia tidak ada di rumah kerana keluar untuk membeli barang untuk membuat kuih di kedai runcit berhampiran rumahnya. Menurutnya, kejadian tersebut diketahuinya selepas mendapat panggilan daripada anak keempatnya, Nur Izzatul Farisya Zaidi, 11, yang memaklumkan rumah mereka telah dihempap pokok. "Terkejut dengan perkhabaran itu saya terus bergegas pulang untuk melihat sendiri apa yang telah berlaku. Sampai di rumah saya dapati seluruh dapur rumah telah musnah. "Walaupun dapur rumah saya musnah namun saya tetap bersyukur kerana semua anak-anak saya selamat kerana semasa kejadian, mereka semua berada di rumah ibu saya yang terletak berhampiran," katanya ketika ditemui di sini semalam. | |||
| Peserta Soulstar 2012 gamatkan Riverside Posted: 17 Dec 2012 03:13 PM PST ![]() PARA peserta Soulstar 2012 membuat persembahan pada sesi bertemu peminat di pusat beli-belah Riverside, Kuching semalam. KUCHING - Para peserta Soulstar 2012 menggamatkan suasana di pusat beli-belah Riverside di sini pada sesi bertemu peminat kelmarin. Para peserta program tersebut meluangkan masa kira-kira sejam bertemu peminat di ruang legar pusat beli-belah itu bermula pukul 4 petang. Pada sesi tersebut, lima peserta terbaik pada konsert minggu keenam Sabtu lalu turut membuat persembahan dan mendapat sorakan pengunjung. Penyelaras Acara Soulstar 2012, Alyaa Mastura Noorjaya Chew berkata, sesi tersebut merupakan salah satu cara untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai cabaran membuat persembahan secara terbuka. "Sambutan yang diterima daripada pengunjung menggalakkan malah terdapat pengunjung yang tidak segan silu menari bersama-sama pelajar Soulstar kita," katanya di sini kelmarin. Juara Soulstar 2012 bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 serta hadiah-hadiah lain. Pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing akan menerima hadiah wang tunai RM3,000 dan RM2,000. Soulstar 2012 dianjurkan oleh Kampung Budaya Sarawak dan E-One Dasri Talent Management manakala Kosmo! menjadi rakan media rasmi. Bagi urusan pembelian tiket, orang ramai boleh menghubungi talian 082-846 108. | |||
| Bakal PM Jepun mahu bertegas dengan China Posted: 17 Dec 2012 03:10 PM PST
TOKYO - Bakal Perdana Menteri Jepun yang baharu, Shinzo Abe yang mewakili Parti Liberal Demokratik (LDP) berkata, beliau tidak akan berkompromi dengan China terhadap tuntutan sebuah kepulauan di Laut China Timur. Kenyataan itu dibuat sehari selepas LDP memenangi pilihan raya Jepun kelmarin dengan memperoleh 294 daripada 480 kerusi parlimen di Dewan Perwakilan. Pemerintah China kini lebih berhati-hati dengan Abe selepas kemenangan beliau. "Kepulauan Senkaku merupakan wilayah yang diwarisi Jepun," kata Abe pada satu sidang akhbar. Kepulauan Senkaku yang menjadi perebutan itu turut dikenali sebagai Diaoyu di China. Abe juga berikrar untuk memulihkan kembali ekonomi Jepun ke landasan yang betul selepas setahun mengalami deflasi. Memburukkan lagi apabila mata wang yen melambung tinggi sehingga menyebabkan harga barang yang dieksport turut naik. Menurut Pengarah Institut Pengajian Jepun di Seoul Korea Selatan, Park Cheol-Hee, Abe, 58, memiliki semangat nasionalisme yang tinggi dan kadangkala mengeluarkan kata-kata kontroversi. Abe yang merupakan Presiden LDP ialah Perdana Menteri ke-90 Jepun yang mula berkhidmat pada 26 September 2006 sebelum meletak jawatan pada 27 September 2007. Jawatan beliau diambil alih oleh Yasuo Fukuda sebelum LDP kalah pada pilihan raya pada tahun 2009 kepada Parti Demokratik Jepun (DPJ). Parti LDP hanya memenangi sebanyak 118 kerusi dan parti pembangkang DPJ berjaya memperolehi sebanyak 230 kerusi pada tahun itu. Dalam pilihan raya kelmarin, DPJ hanya berjaya memenangi 57 kerusi sahaja. Kekalahan teruk parti DPJ pimpinan Perdana Menteri Yoshihiko Noda itu disebabkan pentadbiran beliau gagal menangani pelbagai masalah termasuk bencana gempa bumi, tsunami dan kebocoran loji tenaga nuklear di Fukushima. Rakyat Jepun juga marah apabila Noda bertindak meluluskan kenaikan cukai jualan sebanyak 10 peratus pada Jun lalu. | |||
| Psy menari tarian kuda di Toronto Posted: 17 Dec 2012 03:08 PM PST ![]() SALAH satu gaya Psy. TORONTO, Kanada - Penyanyi rap Korea Selatan yang terkenal dengan tarian kuda, Psy menggegarkan sebuah stadium di Toronto menerusi persembahannya kelmarin. Dia menari tarian itu semasa perlawanan bola sepak Amerika antara kelab Buffalo Bills dan Seattle Seahawks berhenti rehat. Psy, 34, yang memakai cermin mata hitam, seluar panjang dan jaket berwarna hitam menari tarian tersebut di atas sebuah pentas kecil bersama beberapa penari latarnya. Menurut portal berita CBC News semalam, para penonton turut menari tarian tersebut selepas diminta oleh penyanyi tersebut. Muzik video penyanyi tersebut yang menunjukkan dia menari tarian kuda di laman YouTube, Gangnam Style telah ditonton lebih 969 juta kali sejak dimuat naik pada 15 Julai lalu. | |||
| Pertandingan cari duta lelaki keturunan Sikh Posted: 17 Dec 2012 03:07 PM PST ![]() DUA peserta memakai pakaian pengantin lelaki sambil memegang pedang. AMRITSAR, India - Seramai 26 lelaki menyertai pertandingan bagi mencari duta kebudayaan kaum Sikh yang diadakan di sini kelmarin. Seramai 26 peserta akhir bertanding pada pertandingan peringkat antarabangsa itu termasuk Tejinder Singh dari Jammu yang kemudian dinobatkan sebagai pemenang. Pertandingan itu diadakan sejak 2005 bagi mempromosikan kebudayaan dan tradisi Sikh. Beberapa peserta dari Britain, Kanada, Mauritius dan Australia turut bertanding pada pertandingan itu. Para peserta itu bertanding pada pusingan fizikal, pakaian tradisional, pakaian diraja dan bakat. Sebahagian peserta itu tidak memakai baju dengan mempamerkan dada mereka semasa pusingan fizikal berlangsung. | |||
| Bandar kecil Sweden bakal miliki lapangan terbang angkasa lepas Posted: 17 Dec 2012 03:07 PM PST ![]() GAMBAR lakaran artis menunjukkan sebuah lapangan terbang untuk penerbangan ke angkasa lepas di Kiruna. KIRUNA, Sweden - Bandar kecil di utara negara ini merancang untuk menawarkan penerbangan angkasa lepas komersial dalam tempoh sedekad lagi. Terletak di kawasan artik, Kiruna dilengkapi sebuah lapangan terbang antarabangsa dengan penerbangan tetap ke London dan Tokyo. Penerbangan angkasa lepas itu akan dikendalikan oleh syarikat tempatan, Spaceport Sweden dari lapangan antarabangsa di sini. "Kami sedang berusaha untuk mewujudkan penerbangan komersial dari Sweden bagi tujuan pelancongan dan penyelidikan dengan membina tempat berlepas di lapangan terbang tersebut," kata Pengarah Spaceport, Karin Nilsdotter. Perancangan itu melibatkan sekumpulan pelancong yang akan terbang selama dua jam ke angkasa lepas dengan menaiki sebuah kapal angkasa yang masih diuji. Kapal angkasa tersebut boleh membawa sehingga enam orang penumpang. Penerbangan itu akan menghantar para penumpang sejauh 100 kilometer dari Bumi untuk membolehkan mereka memperoleh pengalaman berada dalam keadaan graviti sifar selama lima minit. | |||
| Cabar diri menjadi manusia berani Posted: 17 Dec 2012 03:05 PM PST
MENANGKAP ular tedung selar, memanah sambil menunggang kuda, memancing ikan di Kuala Rompin dan melicin kulit kayu balak. Itu antara cabaran yang dihadapi oleh pengacara rancangan Hidden Cities: Extreme, Simon Yin ketika melakukan penggambaran di Malaysia. Ironinya, semua perkara tersebut tidak pernah dilakukan oleh pengacara kelahiran Los Angeles, Amerika Syarikat itu. Bagaimanapun, berbekalkan semangat yang tinggi Simon berjaya melaksanakan tugasan yang diberi. Menurut Simon, melalui rancangan yang disiarkan di History Channel saluran 551 Astro itu, dia berpeluang mencabar kemampuan diri sekali gus meningkatkan keyakinan menjadi manusia yang berani. "Saya gembira dan rasa amat berpuas hati dengan perjalanan keseluruhan program ini. Jujurnya, sebelum ini, saya pernah menghadiri uji bakat sebagai pengacara rancangan Hidden Cities, namun gagal. "Justeru, apabila mendapat tawaran bergelar pengacara untuk musim kedua, saya begitu teruja dan berazam melakukan yang terbaik dalam setiap tugasan," ujar Simon sambil memberitahu, kebanyakan penggambaran Hidden Cities: Extreme dilakukan secara spontan tanpa sebarang skrip khusus. Mengulas lanjut, Simon mengakui cabaran melakukan aksi memanah sambil menunggang kuda antara pengalaman berharga yang dikutipnya melalui rancangan tersebut. Pada zahirnya, ia kelihatan mudah tetapi apabila mencubanya, jelas ia satu perkara yang amat sukar. Pengalaman memanah
Memanah dan berkuda bukan sahaja dua sukan yang berbeza, malah memerlukan kekuatan fizikal serta kemahiran tersendiri. "Bayangkan kali pertama duduk di atas kuda, saya perlu bijak mengimbangkan diri memandangkan kedua-dua tangan memegang busur dan anak panah. Ketika melepaskan panahan pertama, ia langsung tersasar. "Maklum sahaja dengan badan yang bergerak-gerak, sudah pasti sukar untuk mengenai sasaran yang ditetapkan. Tetapi, saya tidak berputus asa, sebaliknya terus berusaha melakukan cabaran tersebut," jelas Simon ketika ditemui di Bukit Kiara Equestrian Resort, Petaling Jaya baru-baru ini. Dalam aktiviti itu juga, Simon perlu bersaing dengan Anita Woo, seorang pemanah berkuda profesional yang sudah bergiat lama dalam bidang tersebut. Sebagai persiapan, Simon turut dibantu Zaharudin Rastam Yeop, 50, yang berpengalaman lebih dua dekad dalam sukan memanah. Menurut Zaharuddin, dia gembira kerana dapat bekerjasama dengan Simon yang mampu belajar menunggang kuda dan memanah dengan baik walaupun dalam masa yang singkat. "Simon seorang lelaki yang penuh dengan humor. Dia sering membuat jenaka ketika berlatih memanah dan menunggang kuda yang diberi nama Samurai. "Tetapi, lelaki berusia 35 tahun itu tetap serius ketika mahu beraksi. Meskipun tewas dengan Anita kerana panahan Simon kurang menepati sasaran, namun dia berjaya melaksanakan tugas dengan baik," kata Zaharudin yang berpengalaman lebih empat tahun dalam sukan memanah berkuda. Menikmati durian ![]() SIMON terpaksa bekerja keras sebagai buruh kasar di sebuah kilang arang di Perak. Tambah Simon, antara pengalaman menarik yang tidak dapat dilupakan ketika berada di Malaysia ialah menikmati buah durian di sebuah dusun di Pulau Pinang. "Sebelum datang ke sini, saya tahu mengenai durian yang dianggap sebagai raja buah oleh rakyat Malaysia dan kebanyakan pelancong pasti akan cuba merasai keenakan buah tersebut. "Sewaktu mula mendekati durian, baunya sangat menyesakkan hidung saya. Memang saya tidak tahan dengan bau itu, namun sebaik menjamah isinya ternyata ia sungguh sedap. Rasanya seperti kek keju dan saya terus jatuh cinta pada durian," tutur Simon sambil ketawa dan memberitahu, dia berjaya menghabiskan beberapa biji buah durian di dusun tersebut. Apa yang pasti, kedatangan kali pertama ke Malaysia membuatkan Simon tidak keberatan untuk menjejakkan kaki ke negara ini pada masa hadapan. "Malaysia sebuah negara yang unik untuk dikunjungi. Selain masyarakat berbilang kaum yang hidup aman dan harmoni, negara ini juga kaya dengan adat dan budaya serta memiliki banyak destinasi pelancongan menarik. "Sudah tentu saya akan kembali semula ke sini suatu hari nanti. Tambahan pula, perempuan di Malaysia comel-comel belaka," kata Simon berjenaka. Selain Malaysia, Simon juga membawa penonton mengembara ke beberapa buah negara sekitar Asia seperti Filipina, Thailand, Indonesia dan Korea Selatan. ![]() PERLUMBAAN kerbau antara cabaran yang perlu dijayakan Simon di Jembrana, Indonesia. Di negara-negara itu, Simon perlu melakukan pelbagai cabaran yang belum pernah dihadapinya sebelum ini. Antaranya termasuklah memanjat pokok kelapa untuk mendapatkan tuba di Argao, Filipina; bertinju dalam lumpur dan mengawal kerbau di Bali, Indonesia; menjadi penari kabaret di Chiang Mai, Thailand dan melakukan aktiviti terjun menjunam di sebuah sungai yang deras di Korea Selatan. Kesemua cabaran tersebut yang dipilih sendiri oleh pihak produksi Hidden Cities: Extreme berjaya dilakukan Simon sekali gus mengenepikan rasa takut yang bertandang dalam diri. "Sepanjang dua bulan menjalani penggambaran bermula Ogos hingga September lalu, saya berjaya mencabar kemampuan diri untuk memberikan yang terbaik buat penonton," katanya. Rancangan Hidden Cities: Extreme telah ditayangkan bermula 29 Oktober lalu di saluran Astro 555 (Histrory) pada setiap hari Isnin pukul 9.30 malam. Untuk maklumat lanjut, layari laman facebook.com/HiddenCities atau www.simonyin.com. | |||
| Posted: 17 Dec 2012 03:04 PM PST ![]() MALAYSIA perlu memberi buluh yang sesuai sebagai makanan untuk Fengyi dan Fuwa. WALAUPUN belum diketahui dengan pasti bilakah dua panda gergasi bernama Fengyi dan Fuwa akan tiba di Taman Wetland Putrajaya, namun demam panda atau 'pandamania' sudah mula dirasai di Malaysia. Fengyi dan Fuwa adalah antara lapan ekor panda yang mendapat perhatian ramai kerana turut menyerikan Sukan Olimpik Beijing 2008. Dua haiwan unik itu akan dipinjamkan kepada Malaysia selama 10 tahun. Kerajaan China menawarkannya untuk memperingati ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik negara berkenaan dengan Malaysia pada 2014. Fengyi dan Fuwa dilahirkan pada 23 Ogos 2006, di Pusat Pemuliharaan Panda Gergasi Wolong di wilayah Sichuan. Kini dua ekor panda itu tinggal di Ya'an Bifengxia Panda Base. Fengyi, panda betina berusia enam tahun, sama saiznya dengan manusia dewasa, manakala Fuwa adalah panda jantan. Fengyi dan Fuwa masing-masing mempunyai berat badan lebih 100 kilogram. Ditanya bagaimana hendak membezakan antara Fengyi dan Fuwa, penjaga dua panda itu Fuzhi, berkata, Fuwa mempunyai hidung yang lebih ketara, berdahi bulat dan kelihatan kuat. "Fengyi pula bermuka bulat dan bermulut luas. Dia lebih mudah naik berang berbanding Fuwa," ujar Fuzhi mula bertugas di Ya'an Bifengxia Panda Base sejak 10 tahun lepas. Habitat berbuluh Ketika rakyat Malaysia tidak sabar menunggu ketibaan Fengyi dan Fuwa, ramai orang tertanya-tanya mampukah Malaysia menyediakan habitat dan makanan yang sesuai untuk haiwan itu. Ini kerana, pertama, Malaysia tidak memiliki iklim dan pohon buluh yang sesuai untuk kedua-dua ekor Panda itu. Bagaimanapun, seorang pegawai di Pusat Pemuliharaan dan Penyelidikan Panda Gergasi, Tang Chunxiang, memberi jaminan bahawa terdapat cara untuk mengatasi masalah berkenaan. Ahli veterinar kanan itu berkata, Malaysia perlu mencontohi cara Singapura menanam buluh yang mampu membolehkan panda tersebut menyesuaikan diri dengan cuaca tempatan. Ditanya tempoh yang perlu diambil oleh panda untuk menyesuaikan diri dengan rumah baharunya, Tang berkata: "Selalunya, panda akan mengambil masa setengah tahun hingga satu tahun untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu." ![]() PANDA yang akan dipinjamkan Kerajaan China kepada Malaysia, Fengyi dan Fuwa sedang bermain di Pusat Pemuliharaan Panda Gergasi Wolong di Wilayah Sichuan. "Setiap hari, panda gergasi menghabiskan 70 peratus masanya untuk makan. Ini kerana ia memiliki sistem penghadaman yang sama dengan haiwan karnivor. Jadi, mereka boleh menghadamkan makanan dengan cepat dan ini menjadikan mereka cepat lapar," katanya kepada petugas media yang melawat Ya'an Bifengxia Panda Base baru-baru ini. Lagipun, kata beliau, jenis buluh yang menjadi makanan panda mempunyai khasiat makanan yang rendah. Oleh itu, panda perlu makan kira-kira 50 kilogram buluh sehari untuk memberinya cukup tenaga. Beliau berkata, bagaimanapun panda makan hanya 10 peratus daripada 50 kilogram itu kerana ia hanya makan bahagian tertentu sahaja daripada tumbuhan itu iaitu daun, batang dan pucuk. Di Ya'an Bifengxia Panda Base, penjaga itu juga memberi Fengyi epal dan kek panda yang diadun daripada nasi, telur, kacang soya, jagung, serbuk buluh dan air suling. Tang bagaimanapun berkata, beliau tidak pasti sama ada lima jenis buluh yang dikenal pasti di Malaysia memenuhi keperluan Fengyi and Fuwa. Membiak panda Namun, dia yakin Taman Wetland Putrajaya adalah habitat sesuai bagi panda berkenaan. Oktober lepas, sekumpulan penyelidik dan delegasi daripada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia melawat Ya'an Bifengxia Panda Base untuk meninjau habitat panda. "Kami memberi beberapa idea dan mengesyorkan pengubahsuaian yang perlu dibuat terhadap kandang panda di Taman Wetland. China menghantar panda ke banyak negara dan sehingga kini, belum ada laporan tentang kematian haiwan ini. Oleh itu, kami yakin akan sama juga halnya dengan Malaysia," kata Tang sambil menyuarakan harapan agar seekor anak panda akan lahir di Malaysia. Beliau berkata, Fengyi dan Fuwa sudah cukup dewasa untuk mempunyai anak. Mereka juga sihat dan subur untuk membiak. Akuinya, Fengyi dan Fuwa bukan sahaja akan mengeratkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan China, tetapi juga mencetuskan kesedaran orang ramai tentang perilaku panda dan proses pemuliharaan haiwan itu. | |||
| Posted: 17 Dec 2012 03:03 PM PST
KUCHING - Seramai 20 penduduk Kampung Menjau, Batu 21 dekat sini mendakwa kerugian wang tunai hampir RM2 juta selepas terperdaya dengan tawaran dividen lumayan sindiket skim pelaburan beras yang dianjurkan oleh seorang lelaki tempatan sejak dua bulan lalu. Kesemua mangsa menyedari ditipu dalam skim berkenaan selepas mereka tidak menerima bayaran dividen dalam tempoh dua bulan sebagaimana dijanjikan oleh syarikat berkenaan. Mangsa yang tidak berpuas hati tampil membuat laporan di Balai Polis Sungai Maong di sini semalam. Sebelum ini, seorang lelaki dikenali sebagai Zeplin Uteh Jacob, 33, mendakwa menjalankan skim pelaburan beras menggunakan nama syarikat Dynamic Wira Marketing di Kota Padawan. Menerusi skim itu, Zeplin menawarkan pulangan wang tunai atau dividen antara 50 hingga 90 peratus kepada mana-mana individu yang melabur dalam syarikat itu. Lebih menarik mangsa tidak perlu membeli beras berkenaan iaitu beras jenama Lim Guan Seng seberat 10 kilogram (kg) sekampit. |
| You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


































0 ulasan:
Catat Ulasan