OHBULAN! |
Isu Mahu Lempang Eina Azman, Afiq Muiz Selar Akhbar Tabur Fitnah Posted: 01 Jun 2014 10:34 PM PDT Isu & Kontroversi
"Daripada fitnah saya, lebih baiklah ludah dan bunuh saya". Itulah luahan Afiq Muiz dengan penuh nada kekesalan berikutan sebuah akhbar telah menuduh dia dan ibunya mahu melempang Eina Azman jika terjumpa bekas kekasihnya itu. Artikel Berkaitan: Afiq Muiz & Ibu Mahu Lempang Eina Azman? Menafikan sekerasnya dakwaan tersebut, terdetik juga rasa kasihan kepada pelakon ini apabila namanya sekali lagi menjadi perhatian ramai berikutan fitnah yang dilemparkan oleh akhbar tersebut. Afiq ketika dihubungi sebentar tadi memberitahu bahawa dia amat terkilan dengan isu ini dan mahu akhbar itu menunjukkan bukti kukuh terhadap tuduhan tersebut. Afiq Muiz dan ibunya, Hasliza Mohd
Ibunya, Hasliza Mohd juga dilihat tenang membidas gosip itu menerusi laman twitternya dan menasihati wartawan tersebut supaya menulis dengan ikhlas. Kemaskini Twitter ibu Afiq Muiz Dalam pada itu, Afiq juga memberitahu bahawa dia baru sahaja memulakan penggambaran drama 26 episod berjudul Diaspora Cinta. Khabarnya, dia bakal bergandingan dengan Fathiya dan drama ini juga bakal dirakamkan di Turki. P/S: Kisahnya, si wartawan pun tak tunjuk nama. Lols! |
Almy Nadia & Fizz Fairuz Tukar Dua Persalinan Untuk Majlis Resepsi. Cantik Bergaya! Posted: 01 Jun 2014 09:20 PM PDT Kini Trending Agak lambat juga baru pasangan selebriti ini mengadakan majlis resepsi sebelah pengantin perempuan selepas mereka diijabkabulkan pada 26 April lalu. Tapi lambat atau cepat bukanlah isu utama, yang penting kedua-duanya sudah selamat bergelar suami dan isteri selepas sekian lama mengharungi pelbagai dugaan selama ini. Kalau nak tahu, Almy dan Fizz baru sahaja diraikan dalam sebuah majlis persandingan penuh meriah di Hotel Vistana, Pulau Pinang pada 31 Mei lepas. Seronok melihat keceriaan pada wajah Almy dan Fizz sewaktu mereka sama-sama diarak masuk ke dalam dewan dan ketika duduk bersebelahan di atas pelamin. Nampak seperti bahagia sangat. Lebih menarik lagi, Almy bukan setakat menggayakan sepasang baju persandingan berwarna kuning diraja, tetapi turut mengenakan gaun perkahwinan rona putih dipercayai untuk acara memotong kek. Bukan main cantik dan bergaya lagi pasangan merpati dua sejoli. Al-maklumlah, bukan selalu nak diraikan sebagai raja dan ratu sehari, betul tak? Apapun, jom tengok gambar-gambar persandingan dan majlis khatam Al-Quran Almy yang berlangsung beberapa hari lepas. Kredit foto : The Permaisuris |
You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan