Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Jimmy Shanley Sah Bernikah Dengan Sekali Lafaz
- Kejutan Setiap Hari Petua Bahagia Izzue Islam & Isteri
- Johan As'ari Akan Bersikap Professional Dengan Nabila Huda
- Shamsul Ghau Ghau Jadi Deejay KLFM
- Amar tak campur urusan Erra
- Diberkas beri dadah kepada tahanan
- Polis palsu terpaksa tangguh kahwin
- Cikgu didakwa rogol anak murid usia 11 tahun
- Buah mempelam 'gergasi', berat cecah 3kg sebiji
- 'Pengail' tabung masjid dicekup
- Dua beradik dicekup khalwat
- Mega Final kejutan terakhir Kilauan Emas
- Kanak-kanak 9 tahun terima ganti rugi RM2.78 juta
Jimmy Shanley Sah Bernikah Dengan Sekali Lafaz Posted: 07 Jun 2014 04:10 AM PDT | |
Kejutan Setiap Hari Petua Bahagia Izzue Islam & Isteri Posted: 07 Jun 2014 04:09 AM PDT | |
Johan As'ari Akan Bersikap Professional Dengan Nabila Huda Posted: 07 Jun 2014 04:08 AM PDT | |
Shamsul Ghau Ghau Jadi Deejay KLFM Posted: 07 Jun 2014 04:06 AM PDT | |
Posted: 07 Jun 2014 04:04 AM PDT SEBELUM ini, pelakon yang lahir daripada rancangan realiti Anak Wayang (2009), Amar Baharin pernah digosipkan bercinta dengan pelakon jelita, Erra Fazira. Malah, pelakon berusia 29 tahun itu juga pernah dikatakan menjadi punca keretakan rumah tangga Erra bersama Engku Emran. Bagaimanapun, pelakon berusia 29 tahun itu sudah menafikannya dan menganggap gosip yang timbul disebabkan gandingannya bersama pelakon itu menerusi drama Shopaholic arahan Erma Fatima. Reda dengan sebarang kontroversi cinta selepas itu, Amar yang ditemui di lokasi penggambaran drama Kerana Terpaksa Aku Relakan di Kota Damansara, Selangor, baru-baru ini ada meluahkan perasaan mengenai gosip yang mengaitkan Erra dengan penyanyi Shahir. Ikuti luahan kata-kata Amar itu kepada Kosmo!. Kosmo!: Boleh kongsikan mengenai watak Amar dalam drama Kerana Terpaksa Aku Relakan arahan Azma Aizal Yusoof? AMAR: Saya membawakan watak sebagai Tajul Razin, anak sulung dalam keluarga kaya. Drama ini merupakan adaptasi daripada novel karya Umie Nadzimah dengan judul yang sama. Dalam drama ini saya berlakon di samping Izreen Azminda, Syafiq Kyle, Iqram Dinzly, Ika Nabella dan Nadia Aqilah. Adakah anda gementar membawakan watak Tajul yang menjadi kegilaan pembaca novel Kerana Terpaksa Aku Relakan? Sudah tentu penonton, lebih-lebih lagi mereka yang membaca novel tersebut menaruh harapan yang tinggi terhadap watak Tajul. Walaupun tidak begitu gemar membaca novel tetapi saya terpaksa membacanya demi membina watak Tajul yang disukai penonton. Memang pada mulanya agak takut sebab karakter itu besar dan ia menjadi kegilaan pembaca namun setelah mendapat reaksi yang baik daripada penonton, saya berasa lega. Adakah watak Tajul menyamai diri sebenar anda? Saya bukan anak orang kaya dan hidup mewah. Bagaimanakah perasaan anda dapat bekerjasama dengan Izreen dan Azma? Saya rasa diri cukup kecil kerana kedua-dua mereka pernah memenangi anugerah di bidang masing-masing. Izreen dan pengarah, Azma banyak memberi tunjuk ajar dan sokongan. Bila pasangan memberi sudah tentu kita akan memberi lebih banyak lagi dalam lakonan. Saya juga serasi berlakon bersama Izreen. Kami bercinta dalam drama ini. Pengalaman putus cinta dan tidak ingin lagi memikirkan mengenai wanita sedikit sebanyak membantu saya mendalami watak Tajul. Adakah pengalaman putus cinta yang dimaksudkan itu berkaitan Erra? Tiada kena mengena dengan Erra. Maksud saya pengalaman bercinta di zaman universiti dahulu. Saya pun tidak tahu kenapa saya dikaitkan dengan dia (Erra). Bagaimanakah gosip timbul mengatakan anda pergi ke Eropah bersama Erra? Kami ke sana (Eropah) bukan berdua sebaliknya bersama 11 orang artis lagi bagi menjayakan drama arahan Erma Fatima. Apakah perasaan anda apabila kini Erra dikaitkan dengan Shahir. Adakah anda lega selepas ini nama anda tidak lagi dikaitkan dengan Erra? Saya tidak mahu campurlah. Biarlah dia (Erra) hendak bercinta dengan sesiapapun. Saya doakan kebahagiaan dia. Baiklah. Beralih pada soalan lain. Kenapakah nama anda tidak begitu popular walaupun sudah membintangi banyak drama? Mungkin saya tidak diberikan peluang macam ini (pegang watak utama dalam slot drama popular). Ini baru pertama kali TV3 hubungi dan tawarkan watak utama kepada saya. Peluang yang hadir seperti ini tidak akan disia-siakan dan saya akan buktikan kemampuan lakonan saya. Sedih atau tidak nama tidak begitu popular? Saya tidak sedih. Itu rezeki yang Allah bagi pada saya. Bagaimanapun saya bersyukur, sejak keluar Anak Wayang tawaran berlakon sentiasa ada. | |
Diberkas beri dadah kepada tahanan Posted: 07 Jun 2014 04:02 AM PDT
KLANG - Berani tidak bertempat, malah tindakan seorang lelaki akhirnya memakan diri sendiri apabila dia diberkas polis gara-gara mengedar bungkusan dadah kepada seorang pesalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam. Dia didakwa memberikan bungkusan mengandungi 37 kapsul dadah disyaki ganja kepada pesalah berkenaan. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, ketika kejadian pada 11.30 pagi itu, suspek tiba-tiba menghampiri pesalah berkenaan yang sedang diiring keluar oleh polis dari kamar mahkamah untuk ke lokap sementara. Katanya, suspek dilihat menyerahkan satu bungkusan beg plastik putih kepada pesalah itu bagaimana pun anggota yang bertugas berjaya merampas bungkusan itu. "Hasil pemeriksaan mendapati, bungkusan tersebut mengandungi 37 ketulan berbentuk kapsul disyaki dadah jenis ganja dengan anggaran berat 160 gram," katanya. Kamarul Zaman berkata lelaki yang berumur 25 tahun dan berasal dari Raub, Pahang itu ditahan untuk siasatan lanjut berhubung tindakannya selain mengenal pasti hubungan suspek dengan pesalah berkenaan. Terdahulu, Mahkamah Majistret Klang mengeluarkan perintah reman tujuh hari bermula semalam terhadap suspek bagi siasatan kes di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952. | |
Polis palsu terpaksa tangguh kahwin Posted: 07 Jun 2014 03:59 AM PDT
SEREMBAN - Seorang penghantar surat terpaksa menangguhkan hasrat mendirikan rumah tangga akhir tahun ini selepas dia dijatuhkan hukuman penjara lima tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam. Muhammad Shafiq Abu Hassan, 25, yang sudah bertunang empat bulan lalu, dijatuhkan hukuman berkenaan atas dua pertuduhan iaitu merompak dua remaja lelaki dan menyamar sebagai anggota polis dalam kejadian 4 April lalu. Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh turut memerintahkan hukuman ke atas tertuduh bagi setiap pertuduhan tersebut dijalankan serentak dari tarikh ditangkap pada 23 April lalu. Terdahulu, Muhammad Shafiq membuat pengakuan bersalah atas dua pertuduhan yang dihadapi selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah. Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merompak seorang remaja, Muhammad Haziq Azman 15, membabitkan wang tunai RM5 dan sebuah motosikal Yamaha 125ZR. Semasa merompak, tertuduh turut menggunakan sebilah pisau yang boleh mendatangkan cedera parah atau kematian. Manakala bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa merompak seorang lagi remaja lelaki, Mohd Fiqri Azli, 15, membabitkan wang tunai RM20, sebuah telefon bimbit jenis Samsung Galaxy Y dan sebuah topi keledar berjenama MS88. Kedua-dua perbuatan tersebut dilakukan di tepi jalan berhampiran Kolej Vokasional Dato' Undang Haji Mohd Shariff, Rembau kira-kira jam 11.15 malam pada 4 April lalu. Berikutan itu, tertuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 Kanun Keseksaan dengan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun serta sebatan. Tertuduh turut boleh dihukum dibawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh boleh sampai dua tahun, denda atau kedua-duanya kerana menyamar sebagai anggota polis. Muhammad Shafiq yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu agar mahkamah meringankan hukuman terhadapnya memandangkan ia kesalahan pertamanya. "Saya juga baru bertunang dan bakal mendirikan rumah tangga akhir tahun ini," katanya. Ketika ditanya Jagjit Singh punca tertuduh menyamar sebagai anggota polis, Muhammad Shafiq bagaimanapun gagal memberikan alasan kukuh. "Saya tidak tahu nak cakap apa. Keadaan terdesak," katanya. | |
Cikgu didakwa rogol anak murid usia 11 tahun Posted: 07 Jun 2014 03:57 AM PDT SELAYANG - Seorang guru dihadapkan ke mahkamah majistret di sini, semalam atas dua tuduhan merogol anak muridnya tiga tahun lalu. Bagaimanapun Majistret Nurliana Ismail tidak merekodkan sebarang pengakuan daripada Mohd Ezlie Azram Mohammad Khasasi, 34, kerana kes itu akan dituduh semula di Mahkamah Sesyen pada Isnin ini. Ezlie Azram didakwa merogol murid berkenaan yang ketika itu berusia 11 tahun lapan bulan, dalam bilik di rumahnya, Taman Aman Siara, antara jam 1 petang hingga 3 petang, 3 Disember 2011. Tertuduh didakwa mengulangi perbuatan sama terhadap mangsa pada pertengahan Ogos 2013. Guru berkenaan didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Zulia Balqish Syed Agil manakala tertuduh diwakili peguam Farhan Read dan Donny Abdullah. Tiada sebarang jaminan dibenarkan terhadap tertuduh. | |
Buah mempelam 'gergasi', berat cecah 3kg sebiji Posted: 07 Jun 2014 03:55 AM PDT
BESUT - Kediaman seorang staf Jabatan Kerja Raya (JKR) di Kampung Jabi, Jerteh, dekat sini menjadi tumpuan penduduk setempat apabila pokok mempelamnya mengeluarkan buah bersaiz luar biasa dengan berat purata 2.5 hingga tiga kilogram sebiji. Ahmad Tajuddin Nordin, 50, berkata lazimnya mempelam jenis itu yang dikenali 'mempelam kelo' oleh penduduk setempat hanya seberat sekilogram sebiji. "Benihnya dibeli di Pasar Tani Kuala Besut kira-kira empat tahun lalu dan kami ingat pokok ini mandul sehinggalah ia berbunga pada April lepas dan menghasilkan 15 biji buah," katanya kepada Bernama, di sini. Katanya beliau hanya menyiram pokok berkenaan dengan air sisa makanan dan langsung tidak menduga mempelam tersebut yang ditanam di halaman rumah akan mengeluarkan buah sebesar itu. Ahmad Tajuddin yang bertugas di JKR Kota Baharu, Kelantan, berkata setiap sebiji buah berukuran 30 hingga 35 sentimeter panjang. Menurutnya rasa buah itu kurang manis berbanding dengan yang dijual di pasaran. "Semalam saya mengadakan kenduri kahwin anak, ramai yang terpegun tengok buah itu. "Ramai yang minta biji mempelam itu untuk dijadikan benih selain ada yang mencadangkan saya buat kaedah 'kawin batang pokok' (tut), tapi saya tidak tahu cara melakukannya," kata Ahmad Tajuddin. | |
'Pengail' tabung masjid dicekup Posted: 07 Jun 2014 03:53 AM PDT
CHUKAI - Walaupun berjaya meloloskan diri selepas disergah ketika sedang mencuri tabung masjid, namun hanya dalam tempoh dua jam seorang penganggur akhirnya berjaya dicekup hasil kecekapan anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) dan ahli jawatankuasa (AJK) Masjid Pengkalan Pandan, di sini, awal pagi kelmarin. Suspek berusia 27 tahun yang juga penagih dadah jenis pil kuda ditangkap kira-kira jam 3 pagi selepas memecah masuk Masjid Pengkalan Pandan lebih kurang jam 1 pagi. Perbuatan suspek yang menceroboh masuk masjid disedari empat anggota SRS kampung itu yang sedang melakukan rondaan apabila ternampak kelibat lelaki di dalam masjid yang berkunci sebelum mereka mengarahkan suspek menyerah diri. Timbalan Pengerusi SRS Pengkalan Pandan, Kamri Ngah berkata, suspek pada awalnya berjaya melarikan diri, bagaimanapun dia tidak sempat mengambil motosikal yang dinaiki diletakkan di pekarangan masjid. "Kita berusaha cari maklumat pemilik motosikal itu dengan pihak polis trafik dan berjaya mendapatkan alamat tuan punya motosikal tersebut yang beralamat di Kerteh sebelum dua AJK masjid berjumpa dengan pemilik. "Tapi rupa-rupanya motosikalnya dipinjam rakannya yang tinggal di Gong Pauh, Chukai. Dengan bantuan pemilik motosikal itu kita berjaya kesan suspek di sebuah kedai makan di Gong Pauh, namun sebaik menyedari kehadiran pihak SRS dan AJK masjid, lelaki itu sekali lagi cuba melarikan diri," katanya. Bagaimanapun, suspek akhirnya berjaya diberkas sebelum dibawa ke Masjid Pengkalan Pandan. Selepas disoal, suspek mengaku dia memecah masuk masjid itu bersama dengan seorang lagi rakannya berusia lingkungan 20-an dan sempat mengambil wang sebanyak RM40 dari dalam tabung masjid. Rakan suspek yang bertubuh kurus masuk ke dalam masjid dengan membengkokkan batang besi tingkap cermin nako sebelum membuka pintu masjid dari dalam untuk membolehkannya masuk ke dalam masjid. Kamri berkata, suspek mengaku sudah banyak kali 'mengail' tabung di masjid lain sekitar Kemaman selain di Masjid Pengkalan Pandan. Suspek kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan laporan polis dibuat di Balai Polis Chukai oleh pihak SRS. | |
Posted: 07 Jun 2014 03:52 AM PDT
PARIT BUNTAR - Ketiadaan ibu bapa di rumah diambil kesempatan oleh dua beradik dengan membawa pulang teman lelaki untuk melakukan maksiat. Perbuatan tidak bermoral remaja yang masih bersekolah itu bagaimanapun berjaya dihidu pihak berkuasa dan mereka ditahan bersama pasangan masing-masing ketika serbuan pencegahan maksiat di sebuah rumah di Taman Kerian Permai, awal pagi 2 Jun lalu. Setiausaha Pertubuhan Sukarela Keselamatan dan Kebajikan Kerian (PSKKK), Abdul Sukur Ahmad berkata, serbuan pada kira-kira jam 2.20 pagi itu dilakukan oleh 20 anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kerian (PADK) dengan kerjasama PSKK) dan polis setelah menerima aduan daripada orang awam. Difahamkan, kedua-dua remaja perempuan itu berusia 15 dan 17 tahun dan mereka masih bersekolah di sebuah sekolah menengah di Parit Buntar. "Dua remaja perempuan terbabit hanya membuka pintu selepas kira-kira setengah jam anggota penguat kuasa PADK meminta mereka berbuat demikian. "Hasil pemeriksaan kami, terdapat dua lelaki berusia lingkungan 18 dan 20 tahun yang tidak mempunyai hubungan mahram dengan kedua adik-beradik terbabit ditemui dalam rumah," katanya kepada Sinar Harian. Abdul Sukur berkata, keempat-empat pasangan remaja ditahan itu dibawa ke Balai Polis Parit Buntar dan kemudiannya dihantar ke Pejabat Agama Daerah Kerian untuk tindakan susulan. Beliau berkata, golongan remaja diingatkan supaya tidak melakukan sebarang perlakuan tidak bermoral manakala ibu bapa diminta sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak mereka. "Paling penting, kami minta kerjasama orang ramai untuk turut serta membanteras gejala sosial dan maksiat terutama menjelang Ramadan yang semakin hampir. "Sebarang aduan melibatkan gejala sosial boleh disalurkan terus kepada anggota penguat kuasa PADK atau menghubungi pihak kami untuk tindakan sewajarnya," katanya. | |
Mega Final kejutan terakhir Kilauan Emas Posted: 07 Jun 2014 03:50 AM PDT TERPEDAYA. Itulah reaksi yang diterima daripada penonton dan peminat program realiti Kilauan Emas musim keempat (KE-4) apabila program yang sepatutnya berakhir pada malam Rabu lalu dilanjutkan ke minggu hadapan. Lima orang peserta yang layak ke peringkat akhir iaitu Nordin, Nas, Ben, Zain dan Arip juga tidak menyangka dengan kejutan tersebut. Selepas mengumumkan Nas memenangi tempat kelima dan Nordin tempat keempat, pengacara program itu, Raja Azura mengumumkan tiga peserta lagi, Ben, Zain dan Arip akan kembali berentap untuk berebut gelaran juara pada minggu hadapan dalam Konsert Mega Final. Pengumuman itu membuatkan ramai penonton tidak berpuas hati kerana ada yang datang dari jauh semata-mata mahu menonton final KE-4 pada Rabu lalu. Menurut pengurus saluran Astro Prima, Namanzee Harris yang ditemui usai Konsert Final KE-4, kejutan itu sudah dirancang sejak awal lagi. "Musim sebelumnya peserta hanya ada 10 orang tetapi musim ini kami mengambil 13 orang. Sebabnya, memang kami sudah merancang untuk mengadakan Konsert Mega Final. "Pada musim ini, kami mendapat bakat yang amat luar biasa dan program ini menjadi fenomena. Rasanya dengan mengadakan Konsert Mega Final akan menambahkan lagi kehangatan program KE-4," ujar Namanzee. Namun, timbul persoalan adakah kejutan itu adil buat Nas dan Nordin sedangkan pihak juri merasakan kedua-dua mereka layak sebagai peserta final. Ini jawapan mereka berdua. "Sejujurnya, kalau boleh saya mahu bersama dengan tiga peserta lain yang dapat sekali lagi peluang untuk membuat persembahan. "Adil atau tidak, saya percaya itu rezeki mereka. Kami sudah diberitahu daripada awal, jika ada sesuatu yang berlaku jangan terkejut cuma perlu reda. Jadi, saya reda sahaja dengan keputusan ini," beritahu Nas yang memperolehi wang tunai RM10,000. Meskipun tidak menyangka dengan kejutan itu, tiga peserta yang mara ke peringkat akhir tetap meluahkan rasa syukur kerana mereka dapat lebih masa dan peluang untuk memperbaiki diri. "Saya terkejut tetapi pada masa yang sama saya bersyukur kerana ada lebih masa untuk berlatih dan memikirkan lagu yang sesuai untuk persembahan final. "Nama pun program realiti, jadi apa sahaja kejutan yang dilakukan oleh pihak produksi, sebagai peserta saya harus terima dengan lapang dada," ujar Zain yang juga seorang bekas vokalis kumpulan Arrow. Bagi sistem pemarkahan di Konsert Mega Final, hanya 30 peratus undian penonton akan dibawa ke minggu hadapan, manakala 70 peratus markah daripada pihak juri diperbaharui semula. Selain isu kejutan terbaharu itu, Konsert Final KE-4 juga dicemari dengan rusuhan penonton di pintu utama Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Kebanyakan mereka berang apabila tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan. Ada yang memukul poster dan memaki hamun tanda protes. Akhirnya pihak Astro membenarkan mereka masuk walaupun terpaksa berdiri sepanjang konsert. Kapasiti dewan yang hanya dapat memuatkan 700 penonton itu dirasakan tidak sesuai sebagai lokasi sebuah konsert yang besar. Walaupun begitu, pihak Astro tetap akan mengadakan Konsert Mega Final di lokasi yang sama pada 11 Jun ini. "Tempat sangat terhad. Kami akan memberi keutamaan kepada kelab peminat peserta. Hanya 200 tempat akan diberikan kepada peminat yang ingin hadir tetapi melalui kuiz di radio dan portal online di bawah Astro. "Saya harap penonton dapat memberi sokongan dengan menonton dari rumah sahaja," ujar Namanzee. Konsert Mega Final KE-4 yang akan berlangsung pada Rabu minggu hadapan menyaksikan tiga peserta akhir, Ben, Zain dan Arip merebut gelaran juara sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 beserta sebuah kereta Toyota Camry. | |
Kanak-kanak 9 tahun terima ganti rugi RM2.78 juta Posted: 07 Jun 2014 03:49 AM PDT KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memberi RM2.78 juta kepada seorang kanak-kanak berumur sembilan tahun sebagai ganti rugi dalam satu saman ke atas kerajaan, hospital dan 28 yang lain berhubung kecuaian perubatan kerana didakwa menyebabkan dia mengalami kerosakan otak. Peguam Manmohan S Dhillon yang mewakili Nurul Husna Muhammad Hafiz berkata, Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera memerintahkan wang itu dibayar kepada ibu bapa kanak-kanak itu Muhammad Hafiz Abd Wasit dan Dr Nor Azalina Mohd Songib yang bertindak sebagai pemegang amanah kanak-kanak itu. Mahkamah memberi ganti rugi wang sejumlah itu selepas mendengar testimoni tentang kuantum ganti rugi daripada ibu bapa dan tiga pakar perubatan, katanya kepada pemberita. Manmohan berkata, pada 3 September tahun lepas, kerajaan, hospital dan semua defendan mengaku bertanggungjawab atas kecuaian itu. Beliau berkata, RM2.78 juta itu adalah RM345,031.9 untuk ganti rugi khas, RM151,330 bagi ganti rugi praperbicaraan, RM350,000 bagi ganti rugi kesakitan dan penderitaan dan RM1,937,810 bagi ganti rugi masa depan. "Mahkamah memberitahu bahawa kedua-dua ibu bapa bahawa mereka adalah pemegang amanah dan mesti menggunakan wang itu untuk kanak-kanak itu," katanya sambil menambah bahawa mahkamah juga memerintahkan defendan membayar kos RM213,864 kepada plaintif. Bapa kanak-kanak itu, Muhammad Hafiz, yang bekerja sebagai pegawai bank, ketika ditanya berhubung keputusan itu berkata, beliau berpuas hati dengan kuantum itu dan wang itu akan digunakan untuk menjaga anaknya pada masa depan. Pada Disember 2012, Nurul Husna memfailkan saman melalui ibu bapanya. Nurul Husna dan ibunya, Dr Nor Azalina tidak hadir di mahkamah hari ini. Dalam pernyataan tuntutannya Dr Nor Azalina mendakwa Nurul Husna mengalami kerosakan otak yang teruk dan tidak boleh dipulihkan berikutan kecuaian defendan. Dr Nor Azalina berkata, beliau melahirkan Nurul Husna di Hospital Selayang pada 22 Julai, 2005. Dalam saman itu, mereka menamakan kerajaan, 21 doktor dan lapan kakitangan perubatan termasuk jururawat, yang terbabit dalam merawat dan menguruskan kanak-kanak itu di hospital, sebagai defendan. Dr Nor Azalina berkata, kecuaian dan pelanggaran tanggungjawab kontraktual untuk melaksanakan kemahiran dan penjagaan yang sewajarnya menyebabkan dia mengalami kebimbangan dan penderitaan mental. Katanya sepanjang hayatnya Nurul Husna akan bergantung kepada orang lain untuk semua aktiviti kehidupan hariannya. Peguam kanan Persekutuan Zaliha Mohd Janis mewakili defendan. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan