Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Uqasha Senrose Mula Jaga Adab Selepas Bertudung
- Wanita Brunei Bakal Isteri Azlee Khairi
- "Sudah-Sudahlah Rita Jangan Asyik Cari Salah" - Aidil Zafuan
- Azadan Berhasrat Tinggalkan Rabbani
- Bengang ibu solat, mengaji
- Amy Search kecewa dengan Nabila?
- Netbook untuk guru, bukan menolak tapi...
- Aeril, Wawa tolak babak bersentuhan
- Produk idaman lelaki maskulin
- Cerita Izzue Islam tentang kecantikan wajah
- Zikrullah tenangkan hati
- Permainan tradisional gamatkan suasana
- Dazrin Kamarudin & Amyra Rosli Nikah 8 Ogos Depan
- Informasi Piala Dunia Dalam Kecoh Bola Suria FM
- Zul Ariffin Tepis Tuduhan Pernah Jadi Mangsa Kekasaran Abby Abadi
- Raja Azmi Mengaku Berhijab Kerana Bisnes Tudung
- Rita Rudaini Kesal Aidil Tidak Jenguk Anak
- Bekas Isteri Gembira Hubungan Nedim & Nora Danish
- TV3 & TV9 Sajikan 100 Program Ramadan, Syawal
Uqasha Senrose Mula Jaga Adab Selepas Bertudung Posted: 19 Jun 2014 07:41 PM PDT | |||
Wanita Brunei Bakal Isteri Azlee Khairi Posted: 19 Jun 2014 07:40 PM PDT | |||
"Sudah-Sudahlah Rita Jangan Asyik Cari Salah" - Aidil Zafuan Posted: 19 Jun 2014 07:39 PM PDT | |||
Azadan Berhasrat Tinggalkan Rabbani Posted: 19 Jun 2014 07:37 PM PDT | |||
Posted: 19 Jun 2014 07:31 PM PDT
KUALA TERENGGANU - Seorang penganggur tergamak mengugut mahu membunuh ibunya hanya kerana bengang dengan wanita itu menunaikan solat dan mengaji al-Quran setelah mendakwa dirinya telah mengamalkan serta bertukar agama kepada Kristian. Ismail Mansor, 34, dari Kampung Sungai Ikan, Tepoh, di sini, mengaku salah melakukan ugutan jenayah iaitu mengancam hendak mendatangkan cedera kepada ibunya, Mek Azizah Yusof, 55, dengan niat menyebabkan mangsa merasa cemas di Mahkamah Majistret, di sini, semalam. Kesalahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan itu dilakukan di kediaman mereka di Kampung Sungai Ikan, Tepoh, di sini, pada 13 Jun lalu, kira-kira jam 9 malam. Susulan pengakuan bersalah itu, anak kedua daripada tiga beradik itu berdepan hukuman penjara selama boleh sampai dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan. Bagaimanapun, Majistret Nurunaim Abdullah menetapkan 1 Julai depan sebagai tarikh jatuh hukum dan membenarkan Ismail diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin. Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda. Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, semasa ibu malang itu berada di rumah menonton televisyen, secara tiba-tiba datang Ismail yang hendak menghentak kepalanya dengan lesung batu sambil berkata 'aku hendak bunuh mu' beberapa kali. Terkejut melihat keadaan anaknya yang seperti dirasuk, suri rumah terbabit terus melarikan diri masuk ke dalam bilik tidurnya sebelum mengambil keputusan melarikan diri ke rumah jiran bagi mendapatkan bantuan. Difahamkan, Ismail bertindak sedemikian kerana marah dan melarang mangsa solat serta mengaji kerana mendakwa telah mengamalkan dan bertukar agama kepada Kristian. Bimbang keselamatan diri dan ahli keluarga pada masa akan datang, mangsa membuat laporan polis dan susulan itu pada 15 Jun lalu, kira-kira jam 2.15 pagi, Ismail ditangkap di rumahnya. | |||
Amy Search kecewa dengan Nabila? Posted: 19 Jun 2014 07:29 PM PDT BAPA merupakan ketua dan pemimpin yang berdepan dengan tanggungjawab berat dalam memastikan kesejahteraan keluarga. Namun, apabila setiap kali nasihatnya itu dipandang sepi, sudah pasti ia memberi kesan buat dirinya sendiri. Begitulah situasi yang dialami oleh legenda rock terkenal, Amy Search, dalam menggalas tugasnya sebagai bapa. Sebelum ini, dia pernah menasihati dan menegur anak perempuannya yang juga pelakon, Nabila Huda, namun kali ini dia enggan. Walaupun ramai mula berbicara mengenai anaknya itu, namun Amy mengambil pendekatan untuk tidak memberikan sebarang komen dan nasihat lagi. Menurut Amy, berita mengenai anaknya yang diajak pengikut laman sosial, Instagram, untuk menukar agama itu hanya diketahui pada hari ini (semalam). "Sebenarnya, saya baru tahu perkara ini. Saya dah malas! Saya tidak mahu komen apa-apa. Saya hanya akan berkongsi perasaan bersama isteri saya sahaja. Saya tidak akan bercerita kepada media. "Dengan siapa dia bersama, di mana dia berada, saya tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu. Biarlah dia,' kata Amy lagi. Mendengar butir bicara Amy, jelas menunjukkan penyanyi ini begitu kecewa dengan kelakuan Nabila yang merangkul gelaran, Selebriti Wanita Paling Seksi, di majlis Anugerah Stail Eh! 2014, baru baru ini. Ini bukanlah kali pertama Nabila dilanda kontroversi malah, kebanyakan daripada pengikut laman sosial pelakon ini sentiasa meninggalkan pesanan dan komen yang kurang enak di setiap foto yang dimuat naik. Terbaru, melihat kepada kehidupan peribadi Abil yang gemar bersosial dan bercuti bersama kekasih, seorang pengikut laman Instagramnya, bernama, Darian Christ telah meninggalkan komen berbaur sinis kepada pelakon drama, Masih Ada Cinta, ini. Antaranya, pengikut itu mengajak Abil untuk menukar agama kerana Islam dilihat sudah tidak relevan dengan kehidupannya. Bagaimanapun, usaha untuk mendapatkan kenyataan daripada Abil tidak berhasil apabila pelakon ini kini sedang bercuti di Barcelona. Simpati dengan Wings Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai lagu-lagu baharu kumpulan, Wings, yang menjadi mangsa cetak rompak, Amy berkata ia gejala yang perlu diberi perhatian. Menurut Amy, walaupun gejala ini sudah berleluasa sejak zaman kegemilangan mereka lagi, namun ia satu perkara merunsingkan. "Kalau dulu, jarang sangat kita dengar lagu dicetak rompak sebelum album dikeluarkan. Kalau ada pun, hanyalah membabitkan kumpulan indie sahaja. "Sekarang, ianya terjadi sebelum ianya dilancarkan. Saya sendiri bingung memikirkan perkara ini. Bagaimana ia boleh terjadi dan siapa yang perlu bertanggungjawab? "Pada saya, siapa yang diberi kuasa memegang karya itu, dialah yang perlu bertanggungjawab," katanya lagi. Jelas Amy, dia bersimpati dengan nasib rakan seangkatannya, Wings, yang terpaksa berdepan dengan masalah sebegini. "Saya bakal muncul dengan album solo tidak lama lagi setelah 13 tahun tidak menghasilkan sebarang album buat peminat. "Namun, perkara ini tidak menghantui saya, saya tidak akan membiarkan lagu baharu saya dipromosikan secara keseluruhan di Youtube. "Cukuplah separuh sahaja, tanpa lagu penuh dan saya akan menggunakan platform secara fizikal sebagai promosi," katanya. | |||
Netbook untuk guru, bukan menolak tapi... Posted: 19 Jun 2014 07:27 PM PDT
SHAH ALAM - Tidak mahu pisang berbuah dua kali, demikian reaksi Ketua Gerak Kerja Suara Guru Masyarakat Malaysia, Mohd Nor Izzat Mohd Johari terhadap peruntukan sebanyak RM400 juta untuk pemberian Netbook 1Malaysia kepada guru di negara ini. Menurutnya, sebelum ini pelajar sekolah menerima Netbook 1Malaysia yang hanya mampu bertahan beberapa bulan saja. "Saya mewakili guru-guru, mengucapkan jutaan terima kasih kepada Menteri Komunikasi Dan Multimedia kerana memperuntukkan RM400 juta untuk pemberian netbook kepada semua guru. "Tapi kami guru-guru tidak mahu pisang berbuah dua kali seperti mana (berlaku terhadap) pemberian netbook kepada murid sekolah yang kualitinya hanya bertahan beberapa bulan sahaja. Kebanyakkannya rosak dan tidak boleh digunakan lagi," katanya dalam satu kenyataan. Bukan berhasrat untuk menolak pemberian kerajaan itu, namun menurutnya, majoriti guru di negara ini sudah memilik komputer riba sendiri. Sehubungan itu, beliau menyarankan peruntukan itu digunakan untuk prasarana lain yang lebih berguna. "Sekali lagi saya menyatakan pendirian bahawa bukan kita menolak pemberian ini tetapi majoriti guru sudahpun memiliki notebook masing-masing disebabkan keperluan semasa. "Mungkin kementerian boleh menyediakan prasarana yang baik dengan menggunakan bajet RM400 juta ini," katanya. Mengulas lanjut, beliau mendakwa, hanya guru dari Gred DG29 hingga Gred DG44 sahaja akan menerima netbook tersebut. "Dengan baget RM400 juta membolehkan 420 ribu guru dapat menerima hadiah hari guru ini. Akan tetapi, jika diikutkan pengumuman Menteri, hanya guru tertentu sahaja menerima hadiah ini," katanya. Semalam, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek memberitahu sebanyak RM400 juta dibelanjakan oleh kerajaan bagi pemberian Netbook 1Malaysia kepada guru sepertimana yang dijanjikan bersempena sambutan Hari Guru baru-baru ini. Bagi pembiayaan tersebut kerajaan menggunakan dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) dan pemberian akan dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan. | |||
Aeril, Wawa tolak babak bersentuhan Posted: 19 Jun 2014 07:25 PM PDT MENYAKSIKAN pelakon, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal hadir berpimpin tangan ke majlis ulang tahun TV3 yang ke-30 di Sri Pentas Bandar Utama Damansara, Kuala Lumpur baru-baru ini, jelas membayangkan pasangan suami isteri itu sedang bahagia menjalani fasa kehidupan berumah tangga. Tiada lagi garis-garis luka pada wajah Wawa, sebaliknya wanita berusia 22 tahun itu cukup berseri berkongsi cerita mengenai kehidupan bahagia yang dilalui mereka pada hari ini. Cukuplah kontroversi yang melanda dirinya dan suami ekoran menyembunyikan perkahwinan pada tahun lalu itu lenyap di telan masa. Cinta mereka, cinta duka yang berakhir dengan bahagia. "Saya tidak berasa sedih atau terkenang lagi kejadian yang berlaku sebelum ini. Saya bahagia sangat dengan kehidupan sekarang di samping suami dan anak, Ahmad Fakhruddin Attar yang kini sudah menginjak usia sembilan bulan," luah Wawa sambil memeluk erat lengan suaminya. Menganggap semua yang terjadi sebelum ini sebagai sejarah silam, kata Aeril pula, semua orang pernah mengalaminya. Cuma apa yang menjadi persoalan sama ada kita mahu mengenangkan ia buat selama-lamanya atau menuju ke hadapan dengan menjadi manusia yang lebih baik. Bergandingan buat pertama kali dalam drama setelah disatukan sebagai suami isteri, Aeril mengakui kekok bercinta dengan Wawa dalam drama Cerita Cinta Kita terbitan TV3. Namun sebagai hal yang bukan tabu, Aeril dan Wawa tetap memberikan lakonan semula jadi di hadapan kamera demi kepuasan penonton. "Saya bawa watak Adam yang bercinta dengan Salmah iaitu Wawa dalam drama ini, namun ibu Salmah cuba memisahkan kami dan mengahwinkan Salmah dengan Dr. Khairuddin (Dazrin)," ungkap Aeril mengenai wataknya dalam drama yang ditayangkan setiap Rabu dan Khamis, pukul 9 malam itu. Jaga batas Membenarkan Wawa berlakon di samping Dazrin, Aeril percaya Wawa tahu menjaga batas-batasnya sebagai seorang isteri. Pelakon berusia 26 tahun itu juga tidak risau andai Wawa bakal bergandingan dengan lelaki lain dalam drama tanpa dirinya berada di lokasi kerana sebagai pelakon dia tahu keadaan sesebuah drama itu dihasilkan. "Saya tidak perlu risau andai saya tidak bersama Wawa dalam sebuah drama kerana sebagai seorang pelakon, saya tahu keadaan penggambaran. Pengarah tahu untuk mendapatkan babak mesra tanpa perlu bersentuhan hanya dengan menggunakan teknik kamera. Saya juga percaya Wawa tahu batas lakonan dia sampai mana," jelasnya yang tidak meletakkan syarat ke atas mana-mana penerbit andai ingin mengambilnya perlu mengambil Wawa juga. Biarpun Aeril memberi sepenuh kepercayaan, sebagai isteri yang sudah bertudung, Wawa juga menolak untuk berlakon babak-babak yang memerlukannya bersentuhan dengan lelaki. Malah, pelakon berasal dari Lahad Datu, Sabah itu mengakui kena lebih selektif dalam lakonan. "Tidak semua babak boleh saya lakonkan memandangkan kini saya sudah bertudung dan menjadi isteri. Macam Cerita Cinta Kita, ada babak yang memerlukan saya dan Dazrin berpegangan tangan. "Saya minta supaya tidak diadakan babak tersebut dan Dazrin terima. Kalau setakat babak dia tolak saya itu tiada masalah," ujar Wawa menjelaskan lebih lanjut mengenai pendiriannya. Tidak risau pendiriannya dan isterinya itu bakal mengehadkan tawaran lakonan yang hadir, Aeril percaya rezeki Allah itu sentiasa ada jika mereka sentiasa menjaga adab dan hukum. Bukan hanya pada bidang lakonan, Aeril memberitahu, rezeki yang hadir mungkin dalam pelbagai cabang bidang seperti pengacaraan atau menjadi duta sesuatu produk. "Saya percaya dengan rezeki Allah. Apabila kita menjaga hukum, lebih banyak rezeki yang Allah akan bagi. Jadi kita tidak perlu takut," tuturnya. Bakal bergandingan bersama sekali lagi untuk beberapa telefilem dan drama pada masa akan datang, Aeril mengakui risau kekerapan berlakon dengan Wawa akan menimbulkan rasa jemu dalam kalangan penonton. Akan cuba mengehadkan gandingan bersama di dalam kaca TV, namun Aeril juga tidak menolak rezeki lakonan yang hadir untuknya dan isteri. Enggan dedah anak Berkongsi mengenai hal anak, kata Wawa, dia sudah berani membiarkan anaknya dijaga oleh ibunya sejak dua bulan lalu. "Selepas drama Cerita Cinta Kita, kami akan muncul bersama sekali lagi dalam sebuah telefilem raya arahan Mawi AF. Alhamdulillah, sejak mula bekerja dua bulan lalu, ibu banyak membantu menjaga Attar di rumah," ungkapnya mengenai anaknya yang sudah pandai merangkak itu. Tidak mahu memikirkan cahaya mata kedua, kongsi Wawa lagi, rasa penat melahirkan dan menjaga Attar masih terasa. Sebaliknya, bagi Aeril pula, dia sudah bersedia menimang cahaya mata kedua pada tahun depan. Tidak jemu-jemu berkongsi perihal Attar, namun pasangan suami isteri itu menolak andai ada mana-mana media yang ingin mengadakan sesi fotografi bersama Attar. Bagi Aeril, cukuplah sekadar anaknya itu ditonton dalam laman sosial Instagram. "Buat masa ini saya belum bersedia bawa anak saya ke mana-mana media. Sesiapa yang dapat tengok anak kami pun hanya di Instagram. Sebabnya, saya tidak mahu dia terdedah dengan publisiti," lantunnya. Menyambung bicara Aeril, Wawa memberitahu, suaminya itu tidak mahu mendedahkan anak mereka dalam bidang seni. Cukuplah sekadar mereka berdua sahaja yang terdedah dalam bidang seni. "Aeril tidak mahu apabila muka Attar sering terdedah di media, ia akan menjejaskan Attar di kemudian hari," kata Wawa. | |||
Posted: 19 Jun 2014 07:22 PM PDT MASALAH jerawat di muka dan leher menghantui kehidupan Mohd. Fahmy Othman, 28, sejak menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor pada tahun 2009. Ke mana-mana sahaja dia pergi, pasti dibawanya tisu basah sebagai persediaan jika kulit mukanya terlalu berminyak. Ini kerana, masalah jerawat bukan sahaja memberi kesan negatif pada wajahnya malah dia turut tertekan apabila sering menerima teguran daripada rakan-rakannya. Bagaimanapun, masalah tersebut hanya tinggal kenangan apabila guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Islamik Tawau, Sabah itu menggunakan produk keluaran syarikat barangan kesihatan dan kecantikan, Aurawhite Global Sdn. Bhd. (Aurawhite). "Selepas tamat pengajian di UiTM pada tahun 2012, masalah jerawat semakin teruk membuatkan saya terpaksa menyorok di dalam bilik selama enam bulan kerana malu untuk berdepan dengan orang ramai. "Kulit muka dan leher kemerah-merahan kerana dipenuhi jerawat selain ada yang bernanah. Saya telah berjumpa doktor pakar kulit dan membelanjakan kira-kira RM3,000 untuk antibiotik dan ubat lain. Rawatan tersebut memberi impak positif tetapi tidak berpanjangan," katanya. Ekoran itu, Mohd. Fahmy sentiasa mencuba rawatan lain mengakibatkannya mudah terpengaruh dengan iklan berkaitan penjagaan wajah. Ujarnya, sifat tidak putus asa itu akhirnya membuahkan hasil apabila dia mencuba produk Kolagen Beri Aurawhite pada tahun 2013. Jelasnya, selepas tiga bulan mengambil minuman Kolagen Beri Aurawhite dengan konsisten, jerawat di wajah dan lehernya menjadi kecut dan hilang secara berperingkat. Selain itu, perubahan positif bukan sahaja dapat dilihat pada kulit wajahnya, tetapi juga kesihatan tubuh badan. Keadaan itu membina kembali keyakinan dirinya untuk tampil di khalayak ramai. Namun, anak kedua daripada enam adik-beradik itu tidak berhenti di situ sahaja kerana dia turut mencuba pula produk terbaharu Aurawhite iaitu Kolagen Turbo Auramen. "Kolagen Turbo Auramen ini memberikan tenaga berpanjangan kepada diri saya dan membantu meningkatkan produktiviti harian sebagai tenaga pengajar. "Tambah pula, formula terbaharu itu menepati cita rasa lelaki maskulin dengan nilai tambah protein whey (dadih susu) untuk membina otot secara semula jadi," katanya kepada Kosmo! baru-baru ini. Penyelidiikan Dalam pada itu, Pengasas Aurawhite, Nur Furyna Azmir berkata, produk minuman tambahan Kolagen Turbo Auramen merupakan hasil penyelidikan yang dijalankan selama setengah tahun menerusi pusat penyelidikan dan pembangunan Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. "Sebelum ini, Aurawhite memperkenalkan Kolagen Beri yang sesuai untuk lelaki dan wanita. Namun, selepas dua tahun sejak pengenalan minuman tambahan itu, kami mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pengguna lelaki untuk menghasilkan produk khusus untuk mereka. "Justeru, pada pertengahan tahun lalu, kami telah mengambil langkah progresif dengan mencari formula sesuai yang dapat membantu meningkatkan keperluan luaran dan dalaman lelaki," ujarnya ketika ditemui di Wisma Aurawhite, Cheras. Beliau yang mesra dengan panggilan Furyna berkata, minuman tambahan Kolagen Turbo Auramen dirumus khas dengan campuran kolagen bersama bahan pembakar lemak. Ia juga dihasilkan daripada formula campuran pelbagai beri dan ekstrak buah-buahan yang kaya dengan vitamin A, B, C, D, E dan antioksidan. Antara manfaatnya ialah kulit akan kelihatan lebih cerah, bersih, dan jerawat akan berkurangan. Kolagen Turbo Auramen juga membantu mengawal berat badan dan membuang toksin serta lemak dari badan. Bagaimanapun, Furyna memberitahu, selain bekalan tenaga, minuman tambahan Kolagen Turbo Auramen mempunyai kandungan protein whey, sebagai keperluan lelaki metroseksual. "Ramai lelaki, terutama di kawasan bandar, pada hari ini berusaha keras untuk mendapatkan lengan dan perut yang berotot. Jadi kami telah menyediakan kandungan protein whey dalam minuman ini supaya dapat memberikan pulangan lebih kepada mereka, di samping menjaga kesihatan diri. "Namun, kandungan protein whey tidak terlalu tinggi bagi mengelak otot terbentuk secara tidak natural," katanya. Sementara itu, Pengarah Urusan Bersama Aurawhite, Saiful Safwan Mohamed Ghazi memberitahu, minuman menjana tenaga itu tidak mempunyai rasa pahit atau payau malah didatangkan dengan perisa istimewa iaitu beri liar. Kolagen Turbo Auramen sesuai diminum sebelum sarapan dan sebelum tidur. "Cara minumnya sangat mudah. Pengguna hanya perlu meletakkan dua skup ke dalam 150 mililiter air sejuk dan kemudian menggoncangkannya menggunakan bekas penggoncang minuman yang diberikan secara percuma. "Jika minuman ini diambil secara konsisten, pembeli akan dapat merasai perubahan dalam tempoh masa tujuh hari," jelasnya sambil memberitahu Kolagen Turbo Auramen dihasilkan menggunakan teknologi Korea. Tambahnya, ketika ini, pihaknya membungkus kira-kira 1,500 Kolagen Turbo Auramen setiap hari. Ia disediakan dalam pek 900 gram untuk penggunaan selama sebulan dan dijual pada harga RM160. Sabun muka Dalam pada itu, Saiful memberitahu, selain minuman tambahan, Auramen turut memperkenalkan sabun muka lelaki Auramen dengan formula skrub dan bunga-bungaan. Sabun tersebut sesuai digunakan untuk semua jenis kulit. Ia diperkaya dengan ekstrak stem sel epal phytocelltec yang membantu menyingkirkan sel kulit mati dan mencerahkan serta menghaluskan kulit wajah. Sabun itu turut dilengkapi dengan keperluan kulit wajah, iaitu vitamin C, E dan A yang membantu melembapkan kulit. Selain itu, ia membantu membersih kulit wajah dengan lebih dalam dan mengawal penghasilan minyak. Keberkesanan sabun ini dapat dilihat dalam tempoh penggunaan yang konsisten selama dua minggu. Setiap satu pek mengandungi dua buku sabun pencuci yang dijual pada harga RM60. Tambahnya, kini pihaknya turut menganjurkan pertandingan melibatkan pembelian sabun muka lelaki Auramen menerusi Peraduan Cari 10 Kelainan bersama Kosmo!-Auramen sempena Piala Dunia 2014. Ujarnya, pengguna hanya perlu mengumpul empat siri peraduan tersebut yang digunakan dalam akhbar Kosmo! dan menghasilkan slogan RentapBrazil Kosmo!-Auramen 2014 secara kreatif dalam borang asal yang disiarkan pada setiap siri keempat bermula 6 Jun hingga 15 Julai. Setiap penyertaan juga mesti disertakan satu kotak produk sabun muka lelaki Auramen sebagai bukti pembelian. Lapan peserta bertuah bakal membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai sebanyak RM10,000 bersama hamper eksklusif Auramen dan cenderamata Kosmo!. Hadiah kedua berbentuk i-Pad Mini turut menanti lapan pemenang, manakala penyertaan terbanyak akan memenangi wang tunai bernilai RM5,000. Aurawhite telah mengeluarkan lebih 10 produk kecantikan dan kesihatan termasuklah Kolagen Stemcell, Auramagique, Aurashine, Auraslim Shake, gel Auraslim Icycool dan tablet Smart Kiddies. Untuk maklumat lanjut tentang produk terbaharu Aurawhite, orang ramai boleh melayari laman rasmi www.aurawhite2u.com atau instagram di Auramenofficial dan menghubungi talian ibu pejabat di 014-2388 884 atau 014-2399 995. | |||
Cerita Izzue Islam tentang kecantikan wajah Posted: 19 Jun 2014 07:21 PM PDT APABILA bercerita tentang produk kecantikan, ramai yang mengajukan topik itu kepada golongan wanita dan tidak mengaitkannya dengan lelaki. Bagaimanapun, kini kecantikan bukan sahaja menjadi keutamaan bagi wanita, tetapi juga lelaki maskulin yang mementingkan keterampilan diri. Menurut selebriti dan duta barangan kesihatan dan kecantikan Aurawhite Global, Auramen, Izzue Islam, lelaki masa kini mula menitikberatkan soal kecantikan luaran mereka, termasuklah wajah dan bentuk badan. "Jika dilihat, ramai lelaki yang ke gimnasium untuk membina otot dan mengikuti perkembangan fesyen terkini. Bagaimanapun, kecantikan kulit wajah juga antara elemen yang diambil kira oleh lelaki metroseksual ini. "Justeru, lelaki juga memerlukan produk-produk kecantikan bagi memenuhi keinginan dan keperluan hidup mereka," jelasnya kepada Kosmo! baru-baru ini. Mengulas lanjut tentang peranannya sebagai Duta Auramen, Izzue memberitahu, dia telah mencuba dan sedang menikmati manfaat yang ditawarkan Auraman Kolagen Turbo. "Sejak menggunakannya pada awal bulan lalu, saya rasa lebih bertenaga ketika menjalani lakonan dan melihat kesannya pada kulit wajah serta rambut saya. "Kini, muka saya tidak lagi berminyak walaupun seharian ditutupi dengan bedak dan pelbagai jenis bahan solek. Struktur kulit saya lebih kering dan lembut manakala masalah keguguran rambut saya semakin berkurangan," ujarnya sambil memberitahu sebelum ini dia merupakan pengguna produk Kolagen Beri Aurawhite selama setahun dan Auramen pula enam bulan. Tambahnya, produk Auramen Kolagen Turbo yang mempunyai protein, dalam masa yang sama mengandungi pelbagai jenis vitamin A, B, C, D dan E merupakan pilihan terbaik untuk lelaki maskulin yang sibuk dengan kehidupan seharian. Izzue mendapati kebanyakan lelaki pada hari ini cenderung membeli produk protein untuk membina otot. Namun, malangnya bukan semua produk itu membekalkan manfaat lain seperti membantu membuang toksin, mencerahkan kulit dan mengatasi masalah jerawat. "Atas faktor tersebut mereka terpaksa membeli dan mengambil produk sokongan kesihatan secara berasingan. "Namun, menerusi produk Auramen Kolagen Turbo, semua khasiat berada di dalamnya. Pengguna hanya perlu mengambil 300 mililiter minuman produk itu dalam sehari," jelas Izzue Islam. | |||
Posted: 19 Jun 2014 07:03 PM PDT Jiwa yang sentiasa mengingati Allah melalui zikrullah sama ada ketika berdiri, duduk, tidur atau berbaring mampu merasai ketenangan jiwa yang hakiki. SALAM dari Madinah Al-Munawarrah. Di Masjidilharam, Masjid Nabawi atau di sekitar ke dua-dua tanah suci ini, tiada siapa yang hairan apabila melihat jemaah, penjaga kedai, pengawal keselamatan, polis atau pencuci lantai memegang tasbih. Berzikir sama ada dengan mengira butir tasbih ataupun tidak adalah lumrah. Sesiapa sahaja tanpa mengira jawatan, bangsa, warna kulit dan bahasa pertuturan, kebanyakannya membasah lidah dengan zikrullah. Hati sentiasa disibukkan dengan mengingati Allah. Sepanjang masa, pagi, tengah hari, petang, malam sehingga ke subuh sama ada ketika duduk, berdiri, berjalan atau ketika berbaring mengiring. Itulah mereka yang benar-benar hadir di sini dengan niat yang satu iaitu mahu beramal ibadat secara khusus kepada-Nya. Subhanallah! Alhamdulillah! Allahu Akbar! Barakah Bertanyalah kepada setiap jemaah yang hadir di kedua-dua Tanah Haram tentang perasaan mereka, maka jawapannya sungguh seragam: "Tanah suci ini sungguh barakah. Di sini kami menemui ketenangan jiwa dan kedamaian hati. Tiada resah dan gundah. Kami menghirup sepuas-puasnya kemanisan beramal ibadat tanpa perlu memikirkan sesuatu. Kami boleh bertahajud dan membaca al-Quran. Di sini kami ternanti-nanti waktu solat. Hati lapang mahu bersedekah." Namun, pada hujungnya mereka sering bertanya, "Kenapa tidak di negara sendiri?" Jawapannya sungguh mudah. Ketenangan dan kedamaian hati kurniaan Allah kepada mereka yang sering mengingati dan menyebut-nyebut kebesaran-Nya. Allah menggembirakan hati mereka yang hampir dengan-Nya. Dia berfirman melalui ayat 28-29 surah ar-Rad' yang bermaksud: "(Iaitu) orang-orang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia. "Orang-orang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat menggembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya." Duhai wanita solehah yang dirahmati Allah... kebahagiaan itu dikecapi oleh orang-orang beriman dan beramal soleh. Fahami dan renungilah dua frasa terkenal beriman dan beramal soleh ini. Pertama, mereka yang beriman percaya kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka istiqamah melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang ditegah oleh Allah. Maka, kitab suci al-Quran menjadi rujukan lalu berikhtiar membaca, memahami dan mengamalkannya. Kedua, kita meyakini kehadiran malaikat di kiri kanan yang mencatat amal kebaikan dan keburukan untuk dihisab di akhirat. Dengan perintah Allah SWT terdapat malaikat pencabut nyawa, tukang soal di alam kubur. Malah ada malaikat penjaga syurga. Ada pula malaikat yang mengheret manusia untuk dihumbankan ke dalam neraka. Ketiga, kita mempercayai kematian akan muncul. Kehidupan di dunia hanya sementara. Ia tempat menguji mereka yang beriman dan sang pendusta. Seluruh amalan di dunia dipersembahkan di dalam mahkamah Allah di akhirat. Lalu manusia akan mengetahui di mana negeri kekal mereka melalui huluran buku amal sama ada melalui tangan kanan atau dari belakang. Keempat, kita semua percaya betapa setiap kejadian itu berlaku mengikut aturan-Nya. Istilah qada dan qadar sudah kita dengar sejak kecil lagi. Perhalusilah aspek ini agar kita berada di landasan keimanan yang sebenarnya. Bersyukurlah Duhai wanita yang dikasihi Allah SWT... bersyukurlah dengan hidayah Allah yang telah memberikan cahaya Islam kepada kita. Dia telah berfirman melalui ayat 68, surah al-Qasas yang bermaksud: "Dan Tuhanmu menciptakan apa yang dirancangkan berlakunya dan Dialah juga yang memilih (satu-satu daripada makhluk-Nya untuk sesuatu tugas atau keutamaan dan kemuliaan); tidaklah layak dan tidaklah berhak bagi sesiapapun memilih (selain daripada pilihan Allah). Maha Suci Allah dan Maha Tinggilah keadaan-Nya daripada apa yang mereka sekutukan dengan-Nya." Begitulah... kita dapat merasai dan menikmati kemanisan iman ketika berada di Tanah Suci kerana bersungguh-sungguh mengingati dan menghampirkan diri kepada Allah SWT. Hakikatnya kita cuba berbaik-baik dengan-Nya bukan sekadar di tikar sembahyang. Berapa ramai yang sanggup berkongsi sejadah dengan jemaah yang lain ketika terpaksa solat di atas marmar yang sejuk? Berapa ramai pula yang sanggup bersedekah atau menghulurkan sebiji tamar berserta segelas air zam-zam kepada jemaah yang beriktikaf lama di masjid? Bukankah kita semua menutup aurat dengan sempurna di Mekah dan Madinah? Berapa ramai pula yang bangun malam dan bertahajud? Apakah kita meninggi suara sepanjang berada di Tanah Suci? Mahukah kita memakan daging saudara sendiri ketika menunaikan ibadat haji dan umrah? Itulah rahsia ketenangan dan kedamaian berada di Mekah dan Madinah. Biar kami bertanya, apakah segala amalan ini sukar dilakukan di tanah air sendiri? Kenapa? Misalnya, kenapa ramai pakaiannya sudah tidak boleh dibawa solat sejurus selepas meninggalkan hotel di Tanah Suci? Duhai wanita solehah yang dirahmati Allah... hiruplah manisan keimanan ini sepuas-puasnya ketika di Tanah Suci. Lalu bawalah bersama pulang ke tanah air. Teruskan amalan yang terlangsung di sini hingga tiba saat bernama kematian. Semoga Allah menempatkan kita bersama orang-orang beriman dan beramal soleh. Bertemu lagi pada minggu hadapan. Insya-Allah. | |||
Permainan tradisional gamatkan suasana Posted: 19 Jun 2014 07:01 PM PDT Penganjuran Karnival Caring UIAM 2014 bertujuan untuk meraikan anak-anak yatim dan golongan kurang berkemampuan dalam suasana santai tapi penuh keceriaan. BALING selipar, galah panjang, teng-teng dan batu seremban merupakan antara permainan tradisional yang amat popular satu ketika dahulu. Namun, jika ditanya pada kanak-kanak zaman ini, pasti ramai yang menggelengkan kepala tanda tidak tahu mengenainya. Sebaliknya, permainan video dan aplikasi yang dimuat naik dalam gajet dan bersifat pasif tanpa melibatkan sebarang aktiviti fizikal menjadi kegemaran generasi muda hari ini. Baru-baru ini, melalui penganjuran Karnival Caring 2014, permainan tradisional kembali diangkat untuk diperkenalkan kepada anak-anak remaja yang terlibat. Dinamakan Caring Jaguh Kampung, ternyata aktiviti ini berjaya mengembalikan nostalgia zaman silam mengenai keseronokan bermain permainan tradisional bersama rakan-rakan. Salah seorang peserta, Nor Anida Anasipudin mengakui, acara itu memberi satu pengalaman yang mengujakan buat mereka. "Peluang bermain batu seremban bersama anak-anak yatim yang menyertai program ini membuat saya belajar menghargai diri dan orang di sekeliling. "Malah, melalui aktiviti ini, saya dapat mengenali dan bertukar-tukar pandangan dengan mereka dalam pelbagai aspek kehidupan," ujar Nor Anida yang datang bersama ahli keluarganya. Berlangsung pada 12 hingga 26 April lalu, karnival ini dianjurkan oleh Kelab Caring Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Selangor dalam usaha untuk mengumpul dana bagi tabung kelab tersebut. Program tersebut melibatkan penyertaan para pelajar, kakitangan dan golongan anak-anak yatim yang dijemput khas. Membantu Selain mengutip dana, karnival ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga universiti dan masyarakat untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan. Pengarah Program Karnival Caring 2014, Mohammad Ikmal Hisham Ashari berkata, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat sekitar. Antaranya, pertandingan Golden Talent Show 2.0, Caring Jaguh Kampung, Spiritual Talk on Bicara Iman, Caring Theatre Night dan Caring Charity Dinner. "Bagi Golden Talent Show 2.0, ia berlangsung pada 12 April lalu di Auditorium Mini UIAM. Acara ini menyaksikan beberapa pertandingan seperti nasyid, hafazan al-Quran, azan dan bercerita sirah nabi yang disertai oleh anak-anak yatim dari rumah kebajikan berbeza. "Pertandingan permainan tradisional seperti teng-teng, galah panjang dan batu seremban pula diadakan di Kompleks Sukan Wanita UIAM," ujar Mohammad Ikmal Hisham. Turut dianjurkan ialah majlis ilmu yang dinamakan Spiritual Talk on Bicara Iman di Dewan Eksperimental, UIAM. Program bual bicara tentang percintaan, pelajaran serta pengurusan kehidupan melalui cara yang dibenarkan Islam yang menampilkan Ustaz Abah Mkhairi dan Ustazah Dr. Raudlotul Firdaus sebagai penceramah. Acara Caring Theatre Night di Auditorium Utama UIAM pula mempersembahkan lapan buah teater daripada produksi universiti tersebut. Akhir sekali, karnival ini melabuhkan tirainya melalui program Caring Charity Dinner bertempat di Restoran Hadramawt, Ampang, Kuala Lumpur pada 26 April lalu. Persembahan khas Kesemua peserta makan malam ini, telah dihiburkan dengan persembahan khas kumpulan nasyid UNIC, pemenang pertandingan Golden Talent Show 2.0 dan persembahan terbaik dari Caring Theatre Night. Tambah Mohammad Ikmal Hisham, secara keseluruhan pihaknya berpuas hati kerana matlamat penganjuran karnival ini dapat dicapai. "Alhamdulillah, kita dapat mengumpulkan orang awam dan pertubuhan bukan kerajaan dalam satu majlis yang memberi kesedaran terhadap keadaan anak-anak yatim dan golongan yang memerlukan bantuan. "Moga usaha yang kecil ini memberi kegembiraan pada mereka yang diraikan sekali gus mendapat keredaan Allah," tutur pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan ini. | |||
Dazrin Kamarudin & Amyra Rosli Nikah 8 Ogos Depan Posted: 19 Jun 2014 03:52 AM PDT | |||
Informasi Piala Dunia Dalam Kecoh Bola Suria FM Posted: 19 Jun 2014 03:51 AM PDT | |||
Zul Ariffin Tepis Tuduhan Pernah Jadi Mangsa Kekasaran Abby Abadi Posted: 19 Jun 2014 03:50 AM PDT | |||
Raja Azmi Mengaku Berhijab Kerana Bisnes Tudung Posted: 19 Jun 2014 03:49 AM PDT | |||
Rita Rudaini Kesal Aidil Tidak Jenguk Anak Posted: 19 Jun 2014 03:47 AM PDT | |||
Bekas Isteri Gembira Hubungan Nedim & Nora Danish Posted: 19 Jun 2014 03:46 AM PDT | |||
TV3 & TV9 Sajikan 100 Program Ramadan, Syawal Posted: 19 Jun 2014 03:44 AM PDT |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan