Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Nora Danish Kecewa Disindir Jadi Perampas Nedim Nazri
- TV AlHijrah Himpun 20 Program Terbaik Sepanjang Ramadan
- Aliff Aziz Tidak Mahu Jadi Contoh Masyarakat
- Irma Hasmie Bakal Dapat Bayi Perempuan
- Alibi Music Kecilkan Operasi, Kenalkan Lapan Artis Baharu
- Pekin Dikecam Kononnya Mahu Tonjolkan Budaya 'Skinhead'
- Isu Bikini, Maria Farida Anggap Pengikut Instagram Fikiran Kotor
- Rahsia Anak Dikandung Che Ta Hanya Untuk Astro
- Shah Iskandar Terkejut Dikatakan Sudah 'Naik Harga'
- Terpaksa ikat adik guna rantai besi
- Norman ajak Awie bersemuka
- Penyanyi dikir barat didenda RM1,000
- Hafiz, Akim giat promosi showcase di Instagram
- Mon Ryanti nikah September
- Kesenian asli Kuala Pilah
- Penyambung legasi Bongai
- Memorabilia Tanah Suci
- Kerangupan tepung pisang goreng keju
Nora Danish Kecewa Disindir Jadi Perampas Nedim Nazri Posted: 17 Jun 2014 08:56 PM PDT | |
TV AlHijrah Himpun 20 Program Terbaik Sepanjang Ramadan Posted: 17 Jun 2014 08:54 PM PDT | |
Aliff Aziz Tidak Mahu Jadi Contoh Masyarakat Posted: 17 Jun 2014 08:53 PM PDT | |
Irma Hasmie Bakal Dapat Bayi Perempuan Posted: 17 Jun 2014 08:52 PM PDT | |
Alibi Music Kecilkan Operasi, Kenalkan Lapan Artis Baharu Posted: 17 Jun 2014 08:51 PM PDT | |
Pekin Dikecam Kononnya Mahu Tonjolkan Budaya 'Skinhead' Posted: 17 Jun 2014 08:50 PM PDT | |
Isu Bikini, Maria Farida Anggap Pengikut Instagram Fikiran Kotor Posted: 17 Jun 2014 08:49 PM PDT | |
Rahsia Anak Dikandung Che Ta Hanya Untuk Astro Posted: 17 Jun 2014 08:47 PM PDT | |
Shah Iskandar Terkejut Dikatakan Sudah 'Naik Harga' Posted: 17 Jun 2014 08:45 PM PDT | |
Terpaksa ikat adik guna rantai besi Posted: 17 Jun 2014 08:34 PM PDT
RANTAU PANJANG – Sekali imbas, tindakan seorang kakak di Kampung Kuin Merah mengikat adik lelakinya dengan menggunakan rantai besi dilihat sebagai zalim. Namun, Rohani Abdul Rahman, 30, berkata, sekiranya dilepaskan, adik bongsunya, Muhamad Saiful Ridwan, 19, akan berkeliaran lari dan mengganggu penduduk di sini. Menurutnya, demam panas seterusnya sawan ketika berusia setahun menyebabkan perkembangan mentalnya terbantut. "Saya bukanlah zalim, saya terpaksa ikat dia kerana mengenangkan keselamatannya, ramai penduduk di sini marah saya sebab tidak jaga adik dengan baik. "Pernah sekali, dia lari ke arah jalan raya dan menahan lori yang sedang bergerak. Mujurlah pemandu lori sempat memberhentikan kenderaan," katanya. Bukan itu sahaja katanya, Muhamad Saiful memeluk lori berkenaan dan enggan melepaskannya kerana dia beranggapan ia adalah lori permainannya. Hanya selepas dipujuk suami, Anuar Mohamad, 38, barulah dia melepaskan lori berkenaan. Rohani berkata, setelah ibu, kakak dan abang sulung meninggal dunia, tanggungjawab memelihara Muhamad Saiful terletak di bahunya bersama adik perempuan yang lain. "Saya tidak pernah melayan adik saya seolah-olah saya ini ibu tiri yang jahat, tetapi kasih sayang saya kepadanya umpama memelihara anak sendiri," katanya. Rohani yang juga suri rumah, terpaksa bergantung harap kepada gaji suami sebagai buruh malah masih menyara empat anak yang masih kecil. Buat masa ini Rohani berkata, dia tidak mampu membawa Muhamad Saiful untuk menjalani pemeriksaan atau memohon bantuan kebajikan. "Dia suka cakar anak-anak saya dan adik perempuan yang lain. "Nak mandikan dia jangan cakaplah, payah sangat. Inikan pula nak bawa dia ke hospital atau Jabatan Kebajikan Masyarakat," katanya. | |
Posted: 17 Jun 2014 08:31 PM PDT
"SUDAH banyak kali saya berhubung dengan Joe (gitaris) untuk berjumpa dengan semua anggota Wings. Sehingga kini saya masih menunggu tarikh yang sesuai daripada pihak mereka," jelas Presiden Eksekutif KRU Music, Norman Abdul Halim ketika ditanya sama ada telah bersemuka dengan Wings mengenai kes cetak rompak album, Menakluk Kosmos daripada kumpulan itu. Baru-baru ini menerusi sebuah portal hiburan, penyanyi Wings, Awie akui kesal menjalinkan kerjasama dengan pihak KRU Music Group dan menganggap syarikat itu seperti tidak diambil peduli terhadap apa yang berlaku. Mengulas kenyataan itu, Norman berkata, pihaknya bukan sahaja membuat laporan polis, malah kes tersebut turut dipanjangkan pada Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk tindakan selanjutnya. "Kami telah membuat laporan kepada pihak berkuasa seperti mana yang saya nyatakan sebelum ini. "Malah laporan ke KPDNKK melalui RIM telah dibuat pada April lagi, sebelum pihak Wings sendiri membuat laporan polis. "Buat masa sekarang, kami sedang menanti tindakan selanjutnya daripada pihak berkuasa," ulasnya. Dalam pada itu, Norman bagaimanapun enggan memberi sebarang komen apabila ditanya mengenai kekesalan Awie terhadap kerjasama yang telah dijalinkan dengan syarikatnya. "Mengenai hal ini, saya memang tidak mahu memberi sebarang kenyataan lebih lanjut tentang masalah dalaman yang berlaku antara pihak kami dengan mana-mana artis lain atau kakitangan pihak kami sendiri. "Lagi pun kontrak kami bersama Wings hanyalah untuk satu album sahaja," ujarnya. Pada 20 Mei lalu, Wings telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Taman Malawati, Hulu Kelang, berhubung empat lagu dalam album terbaharu mereka iaitu Peti Pandora Mu, Ingatkan Dia, Bisa Yang Tertunda dan Hei Lihat Sini telah dicetak rompak. Nama terjejas? Sementara itu, Norman turut menafikan nama baik syarikat miliknya terjejas ekoran konflik yang berlaku. "Sudah 22 tahun KRU bertapak dalam industri. Sepanjang perjalanan itu juga banyak pencapaian yang kami catatkan sama ada di dalam mahupun di luar negara. "Bila perkara seperti ini berlaku, orang ramai boleh menilai sendiri," tegasnya. Norman juga memberitahu, biarpun isu ini masih belum menemui jalan penyelesaian, pihaknya masih menjalankan tanggungjawab sebagai penerbit album tersebut. "Apa yang penting, sehingga hari ini kami masih meneruskan tugas mempromosikan lagu-lagu dalam album tersebut. "Alhamdulillah sambutan album ini amat baik di pasaran sekarang," katanya. | |
Penyanyi dikir barat didenda RM1,000 Posted: 17 Jun 2014 08:28 PM PDT
GUA MUSANG - Rosalinda, penyanyi dikir barat wanita tersohor di Kelantan dikenakan hukuman denda RM1,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah Gua Musang, di sini, semalam, selepas mengaku salah memakai pakaian menjolok mata ketika mengadakan persembahan di Felda Aring Enam, Mei lalu. Hakim, Zubaidi Sulaiman menjatuhkan hukuman itu terhadap Rosalinda atau nama sebenarnya, Shahima Edayu Akma Mohd Alwi, 23, yang berasal dari Kemaman, Terengganu. Beliau tidak membenarkan tertuduh membuat persembahan dengan berpakaian tidak sopan, bertentangan dengan hukum syarak. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Syarie negeri, Ramlee Abd Rahman. Rosalinda membayar denda tersebut dan berjanji tidak mengulangi kesalahan tersebut. Mengikut kertas pertuduhan, Rosalinda ditahan sepasukan Penguat kuasa Agama Islam Gua Musang ketika membuat persembahan nyanyian dikir barat di Ekspo Padang Perumahan Felda Aring Enam, jam 11.50 malam pada 7 Mei lalu. Sebelum itu, Zubaidi turut menegur Rosalinda supaya hentikan persembahan melampaui batasan agama kerana ia menjejaskan imej Islam dan galak orang ramai melakukan maksiat. | |
Hafiz, Akim giat promosi showcase di Instagram Posted: 17 Jun 2014 08:23 PM PDT TIGA anak muda yang berjaya mencipta kejayaan menerusi program realiti TV, Akademi Fantasia (AF), Hafiz, Akim dan Hazama bakal bersatu dalam sebuah showcase berjudul Hafiz & Friends di Hard Rock Cafe, Melaka pada 22 Jun ini. Tanpa kehadiran Hazama, Hafiz dan Akim yang ditemui pada majlis pelancaran tersebut nyata teruja untuk bergabung di atas pentas yang sama. Ini sekali gus mengimbau detik-detik bersama ketika di AF dahulu. Biarpun Hazama lahir daripada program AF musim kesembilan manakala Hafiz dan Akim pula daripada AF musim ketujuh, namun ikatan persahabatan yang terjalin di pentas program yang sama menjadikan mereka bertiga akrab. Menggunakan nama Hafiz sebagai judul showcase, Akim mengakui dia tidak berasa kecil hati mengenai hal itu kerana sedar rakannya itu merupakan artis yang banyak menerima anugerah. "Saya tidak berasa kecil hati apabila showcase ini menggunakan nama Hafiz. Dia (Hafiz), saya anggap dia sebagai peneraju kepada bintang-bintang AF yang lain. Dia membuka mata khalayak apabila memenangi banyak anugerah," luahnya ketika ditemui di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Menyimpan impian yang lama untuk beraksi bersama Hafiz dan Aril di Hard Rock Cafe, ujar Akim, tempat Aril terpaksa digantikan dengan Hazama kerana kesibukan bintang AF7 itu sebagai penyampai radio Era FM. "Hazama bukan sekadar menggantikan Aril tetapi dia juga ingin berada di pentas yang sama dengan kami," ulasnya yang kini mempunyai band sendiri, Akim & The Majistret. Mengulas sedikit mengenai band baharunya, ujarnya, Akim & The Majistret hanya muncul untuk persembahan secara langsung di atas pentas. Bagaimanapun, Akim masih lagi kekal sebagai penyanyi solo. Namun, dia tidak menolak untuk bersama band tersebut sepanjang masa jika mendapat maklum balas positif daripada peminat. "Buat masa ini, Akim & Majistret telah mengeluarkan single berjudul Mewangi. Saya masih memikirkan sama ada ingin mengeluarkan album solo terlebih dulu atau album Akim & The Majistret," katanya lagi. Promosi di Instagram Sementara itu, Hafiz mengakui bersyukur kerana impian selama lima tahun untuk berkongsi pentas bersama Akim dan Hazama terlaksana. "Saya ingat lagi momen berbual dengan Akim ketika di AF dahulu. Kami mahu membuat konsert bersama. Akhirnya impian itu menjadi kenyataan," tuturnya yang bakal menyanyikan rantaian lagu-lagu popularnya pada showcase itu nanti. Bagaimanapun, Hafiz mengaku sedikit gementar menunggu sambutan peminat terhadap showcase tersebut rentetan daripada sambutan kurang memberangsangkan yang diterima oleh penyanyi Encik Mimpi ketika mengadakan persembahan di Hard Rock Cafe sebelum ini. Namun begitu, kata Hafiz, dia dan rakan-rakannya akan sentiasa melakukan promosi di Instagram masing-masing untuk showcase itu. Sementara itu, tiket persembahan berharga RM60 dan RM70 boleh dibeli dengan menghubungi 06-292 5188 atau menerusi enquiries@hardrockcafe-melaka.com. Dalam pada itu, Hafiz turut disoal mengenai keterbukaannya mempamerkan kekasihnya yang dikenali sebagai Fy di laman Instagramnya baru-baru ini. Tidak mahu berselindung kerana berasa peminat boleh menerimanya, namun telahan Hafiz silap apabila peminat-peminatnya marah dan kecewa apabila mengetahui Hafiz sudah berpunya. "Kali ini, saya berasa terbuka pula untuk berkongsi mengenai perihal kekasih. Disebabkan itu, saya memuat naik foto kekasih di Instagram dengan niat ingin memberitahu yang kini saya sudah berpunya. "Tidak sangka pula apabila ada beberapa peminat yang meluahkan rasa kecewa kerana foto itu. Bagaimanapun, saya percaya mereka akan faham dan akan terus meminati saya biarpun kini saya sudah mempunyai kekasih," ujarnya sambil ketawa. | |
Posted: 17 Jun 2014 08:22 PM PDT TANGGAL 7 Jun lalu, pelakon filem Keramat, Mon Ryanti, 26, telah mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya, ahli perniagaan, Mohd. Hasrul Ali, 26, di kediaman keluarganya di Johor Bahru, Johor. Majlis yang hanya dihadiri keluarga dan teman rapat itu memilih tema warna merah jambu dan biru firus serta pelamin berkonsepkan romantis. Mon dan Hasrul mula berkenalan sejak dua tahun lalu selepas jejaka itu yang merupakan teman rapat abangnya membeli kuih raya yang dijual semasa bulan puasa. Kosmo! mendapatkan kenyataan lanjut daripada Mon sendiri mengenai perancangan menuju hari bahagianya bersama Hasrul tidak lama lagi. Ikuti temu bual berikut. Kosmo!: Tahniah Mon kini sudah bergelar tunangan orang. Mungkin boleh kongsikan serba sedikit kegembiraan dan keterujaan menuju ke gerbang perkahwinan? MON RYANTI: Alhamdulillah, majlis pertunangan kami tempoh hari berjalan lancar dan insya-Allah, majlis pernikahan akan dilangsungkan pada bulan September ini di kampung Mon di Johor dan seminggu kemudian majlis di pihak lelaki di Selangor. Kenapa cuma mengambil masa tiga bulan sahaja bertunang dan terus berkahwin? Mengikut perbincangan antara kedua-dua buah keluarga, bulan September adalah waktu paling serasi untuk melangsungkan majlis itu. Lagipun, kata orang tak elok bertunang lama-lama nanti semakin banyak dugaan datang. Setakat ini, sejauh manakah persiapan menjelang perkahwinan anda? Alhamdulillah, sudah 70 peratus selesai dan sekarang pun saya kerap berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Johor untuk menyelesaikan beberapa keperluan yang penting. Insya-Allah, doakan majlis kami berjalan lancar. Adakah anda menerima sebarang penajaan untuk majlis perkahwinan nanti? Ada, tapi tidak semuanya kerana saya lebih suka menggunakan bajet sendiri untuk memilih baju pengantin, pelamin dan katering kerana lebih berpuas hati. Ini majlis penting kami dan saya mahukan ia berjalan lancar seperti yang diimpikan. Apakah kriteria yang dimiliki Hasrul sehingga membuatkan anda terpikat dan nekad memilih dia sebagai bakal suami? Hasrul merupakan seorang yang memahami, menghormati keluarganya dan sentiasa ada ketika saya susah. Kami selesa untuk berkongsi semua perkara dan mudah dibawa berbincang. Selepas berkahwin, bagaimanakah anda dan Hasrul merancang kerjaya masing-masing? Hasrul tidak menghalang saya untuk terus aktif berlakon tapi mungkin bagi pihak saya sendiri, perlu ada batasan dalam sesetengah adegan. Saya menghormati dia sebagai seorang suami dan perlu menjaga perilaku apabila berlakon dengan lelaki lain. Sudi kongsikan perkembangan terkini anda? Saya masih sibuk dengan kerjaya sebagai penyampai radio Ultra FM dan masih menantikan tarikh tayangan filem terbaharu lakonan saya dan Zul Ariffin berjudul Jin, hasil arahan Pierre Andre. | |
Posted: 17 Jun 2014 08:16 PM PDT PERJALANAN seni Mohd. Shah Abd. Rahman bermula sejak dia berusia 12 tahun. Bermodalkan RM15, Mohd. Shah membeli sebuah biola daripada seorang rakannya yang tinggal di Kampung Batang Pilah, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Sejak itu, dia mempelajari teknik bermain biola secara tidak formal di kediamannya di Kampung Tengkek, Kuala Pilah. Tamat zaman persekolahan, Mohd. Shah menubuhkan Kumpulan Gitar Rancak (Kugiran) Gemariah Hiburan Parti bersama rakan-rakannya. Kugiran tersebut aktif mengadakan persembahan di majlis-majlis keramaian di sekitar daerah Kuala Pilah pada tahun 1960-an. Bukan sekadar biola, Mohd. Shah juga bermain akordian dan saksofon dalam kugiran itu. Masa berganti masa, Mohd. Shah kini tidak lagi aktif dalam kugiran tersebut kerana faktor usia. Namun begitu, minatnya terhadap muzik tidak pernah padam. Mohd. Shah yang kini berusia 75 tahun dan lebih dikenali dengan panggilan Tok Shah atau Pak Lang merupakan individu penting yang memartabatkan muzik Bongai iaitu irama kesenian tradisi Negeri Sembilan. "Mohd. Shah merupakan guru kepada ramai murid yang terlibat dalam muzik Bongai di daerah ini termasuk saya. Setiap kali sesi latihan, Mohd. Shah akan memberi panduan kepada saya untuk menghayati muzik yang dimainkan," ujar Ahmad Mansor, 64. Ahmad yang berasal dari Kampung Tengkek merupakan pemain rebana dalam Kumpulan Bongai Seri Tengkek yang diterajui oleh Tok Shah sejak 24 tahun lalu. Perkenalan Ahmad dengan Tok Shah sudah lama. Selain itu, Ahmad juga merupakan pemain dram Kugiran Gemariah Hiburan Parti dan kerap mengadakan persembahan bersama Tok Shah suatu ketika dahulu. Pewaris tunggal Kebanyakan penggiat kesenian tradisi di Negeri Sembilan mengangkat Tok Shah sebagai pewaris tunggal Bongai di daerah Kuala Pilah. Kini, Tok Shah merupakan penyanyi, pemain biola dan akordian Kumpulan Bongai Seri Tengkek. Sebuah karya penerbitan bertajuk Bongai Nyanyian Tradisional Negeri Sembilan yang dikarang oleh Ismail Abdul Hadi pada tahun 1996 telah merungkai sejarah dan asal-usul muzik itu. Bongai berasal daripada perkataan Bong dan Aye. Bong bermaksud seseorang yang dihormati manakala Aye pula ditakrifkan sebagai saya. Muzik ini berasal dari Sumatera Barat, Indonesia dan ia dibawa oleh masyarakat Minangkabau semasa berhijrah ke Negeri Sembilan. Tok Shah merupakan generasi kedua yang masih aktif mendendangkan irama Bongai selepas Udin Husin, 80-an. Udin atau lebih mudah disapa dengan panggilan Tok Din merupakan penggiat generasi pertama muzik Bongai di daerah Kuala Pilah. Tok Din juga merupakan guru Tok Shah. Tok Din tidak lagi aktif mengadakan persembahan kerana faktor kesihatan yang tidak mengizinkan. Kini, hanya Tok Shah yang meneruskan legasi Tok Din memperjuangkan irama Bongai asli. Bapa Tok Shah mempunyai kumpulan Bongai suatu ketika dahulu. Bapanya juga sering mengajar teknik-teknik nyanyian dan instrumen Bongai kepadanya sejak kecil lagi. Berbalas pantun Jelas Tok Shah, Bongai merupakan nyanyian berbalas pantun pihak lelaki dan wanita dalam majlis keramaian seperti kenduri perkahwinan dan berkhatan. Bongai merupakan cara untuk menghiburkan tetamu yang hadir dalam majlis tersebut suatu ketika dahulu. Dengan alunan nyanyian yang asyik, Bongai turut dinyanyikan untuk mendodoi bayi. Menurut bapa kepada tiga orang anak itu, Bongai dimainkan oleh penduduk di daerah Kuala Pilah, Jempul dan Jelebu sejak 90 tahun lalu. "Alunan nyanyian Bongai mempunyai ciri-ciri sama seperti berpantun. Alunan daripada instrumen asas iaitu rebana, sebuah biola, gong dan tamborin merupakan tunjang belakang dalam penyampaian pantun dalam dialek Negeri Sembilan itu," ujarnya ketika ditemui Kosmo! di Seri Menanti baru-baru ini. Dengan alat muzik yang asas, Bongai dibezakan dengan irama nyanyian pantun yang disampaikan. Irama Bongai terbahagi kepada 10 jenis iaitu potasih, aduh, rentak kuda, gogar bacang, hitam manis Jempol, umpan bocik, dodoi anak, comporai, budu landai dan hitam manis. Jelas Tok Shah, perbezaan irama dan rentak dapat diketahui melalui jenis pantun yang disampaikan serta lenggok nyanyian. "Irama potasih, liriknya berunsurkan pantun budi yang menceritakan mengenai nilai-nilai dalam masyarakat. Irama aduh pula menyentuh elemen-elemen berkasih sayang yang sesuai untuk pasangan suami isteri mahupun kekasih," ujarnya. Setiap bait lirik yang dinyanyikan oleh Tok Shah dalam persembahan merupakan hasil nukilannya sendiri berdasarkan pengalaman hidup. Tok Shah tetap mengekalkan rentak dan irama Bongai seperti yang dipelajari sejak turun temurun. Penglibatan Tok Shah dalam muzik Bongai turut mendapat sokongan padu daripada isterinya, Norpipah Mohd. Noor, 65. Setiap malam minggu, Tok Shah akan mengadakan persembahan bersama kumpulannya di Restoran Warisan, Kampung Terachi, Kuala Pilah sejak tiga tahun lalu. Selain alat muzik, Tok Shah turut membawa lirik 10 irama Bongai tulisan jawi yang disimpan rapi dalam fail miliknya untuk ke pentas persembahan. Norpipah juga merupakan penyanyi utama Kumpulan Bongai Seri Tengkek sewaktu mengadakan persembahan di Restoran Warisan. Penglibatan Tok Shah dalam muzik Bongai tidak pernah dipandang enteng. Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Sembilan mengiktiraf Tok Shah sebagai Tokoh Bongai 2013 kerana usaha tanpa jemunya memperjuangkan kesenian asli dari negeri itu. Tok Shah dilantik sebagai jurulatih muzik Bongai di Sekolah Padang Lebar, Kuala Pilah dalam Program Perantisan yang dianjurkan oleh JKKN sepanjang tahun lalu. Memulihara Program Perantisan merupakan usaha JKKN untuk memulihara kesenian dan kebudayaan yang semakin pupus dengan kaedah mengajar golongan generasi muda di sekolah dan di kawasan kampung. Selain mengadakan persembahan di Restoran Warisan, Tok Shah dan Kumpulan Bongai Seri Tengkek turut diundang ke majlis-majlis keramaian di Negeri Sembilan. Walaupun berstatus ikon, Tok Shah tidak pernah memilih apatah lagi menetapkan harga untuk setiap persembahan. Sifat rendah dirinya itu membuatkan ramai penganjur persembahan kebudayaan mengambil kesempatan. Kebanyakan penganjur hanya membayar kadar rendah kepada Tok Shah. Sudahlah bayaran yang sedikit, jumlah itu terpaksa diagihkan kepada ahli kumpulan yang lain. "Saya menyertai Tok Shah dalam Kumpulan Bongai Seri Tengkek sejak dua tahun lalu. Saya kenal Tok Shah sebagai seorang yang komited tidak kira sewaktu latihan atau persembahan. Soal bayaran tidak pernah diambil peduli. Baginya, dia mahu persembahan Bongai ditonton oleh setiap lapisan masyarakat," ujar Ruswan Abd. Latib, 33. Ruswan yang juga merupakan penyanyi lagu-lagu rakyat Negeri Sem bilan banyak belajar teknik nyanyian Bongai daripada Tok Shah. Baginya, bukan semua penyanyi dapat mengalunkan irama Bongai sambil bermain biola atau akordian dengan sempurna seperti Tok Shah. Baginya, walaupun peranan Tok Shah dalam muzik Bongai dipandang mudah oleh masyarakat, Ruswan tetap menyanjung ikon kebudayaan itu. "Sebagai generasi belia, saya bertanggungjawab untuk meneruskan legasi Tok Shah. Bongai terkenal sebagai seni dari Kuala Pilah. Sebagai anak jati daerah ini, saya tidak mahu kesenian Bongai sekadar tinggal nama sahaja suatu hari nanti," ujar Pembantu Bahagian Bimbingan Seni Kebudayaan JKKN Negeri Sembilan itu. | |
Posted: 17 Jun 2014 08:15 PM PDT Warisan Pusako Kumpulan Anak Bochek menyelitkan elemen kontemporari sebagai usaha untuk menarik minat golongan belia masakini mengenali Bongai. MENYERTAI Program Perantisan yang dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Sembilan pada tahun lalu merupakan titik tolak pengenalan Zarith Ariesya Bakri, 11, kepada muzik Bongai. Zarith Ariesya merupakan salah seorang murid yang terlibat dalam program itu di Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Lebar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Dia juga mendapat bimbingan daripada Tok Shah. Tok Shah atau nama penuhnya Mohd. Shah Abd. Rahman merupakan tokoh muzik Bongai yang aktif mengadakan persembahan di Negeri Sembilan selain memberi tunjuk ajar kepada generasi baharu. Sejak itu, Zarith Ariesya mula meminati irama tersebut. "Bongai menggambarkan keindahan dialek Negeri Sembilan lebih-lebih lagi apabila ia dilagukan. Saya meminati kesemua lagu yang dinyanyikan oleh Tok Shah terutamanya irama umpan bocik," ujar anak sulung daripada empat adik-beradik itu. Zarith Ariesya merupakan salah seorang daripada lima murid SK Padang Lebar yang menyertai persembahan Kumpulan Bongai Seri Tengkek pada setiap malam minggu di Restoran Warisan. Berperanan sebagai pemain gong, dia menyertai kumpulan yang diterajui oleh Tok Shah itu sejak dua bulan lalu. Murid tahun lima itu juga bercita-cita untuk membawa muzik Bongai ke pentas dunia suatu hari nanti. Signatur Bagi masyarakat di Kuala Pilah, Bongai bukanlah sesuatu yang asing kepada mereka. Selain Tok Shah, banyak pihak cuba untuk mengetengahkan Bongai sebagai signatur kesenian Negeri Sembilan. Warisan Pusako Kumpulan Anak Bochek merupakan salah satu kumpulan yang meneruskan legasi Tok Shah dalam memartabatkan irama Bongai dalam konteks moden. Kumpulan yang ditubuhkan di Kuala Pilah itu sejak lapan tahun lalu aktif mengadakan persembahan di sekitar daerah tersebut. Kumpulan yang diterajui oleh sembilan orang yang berusia lingkungan 22 tahun hingga 63 tahun telah menghasilkan dua album irama Bongai. Penyanyi dan pemain perkusi Warisan Pusako Kumpulan Anak Bochek, Abu Bakar Mustafa, 63, memberitahu, kedua-dua album dihasilkan untuk mempromosikan kebudayaan dan kesenian yang kian dilupakan di Negeri Sembilan itu. Matlamat utama penubuhan kumpulan itu adalah untuk mengimbau kembali lagu-lagu warisan dan lagu-lagu rakyat Negeri Sembilan yang telah dipinggirkan. Jelasnya, kumpulan tersebut menambah elemen kontemporari untuk menepati cita rasa halwa telinga masyarakat masa kini. "Album pertama Warisan Pusako Kumpulan Anak Bochek, kami tampil dengan konsep 100 peratus irama Bongai. Album kedua, kami selitkan elemen kontemporari dengan menambahkan bunyian instrumen gitar, bass dan akordian. "Walaupun menambah elemen kontemporari, kami tidak mengubah struktur asal irama dan lagu Bongai. Setakat ini, kami banyak menerima undangan persembahan dan masyarakat di luar Negeri Sembilan mula mengenali muzik Bongai," ujarnya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini. Lagu-lagu Antara lagu dalam kedua-dua album Warisan Pusako Kumpulan Anak Bochek yang sering dimainkan dalam setiap persembahan ialah Kapeh, Anak Bochek, Ghontak Kudo Bomban, Sepet Buto, Cak Tun Tun, Joget Limau Manih dan Donak Didonai. Kumpulan tersebut juga memperkenalkan konsep teromba iaitu ungkapan berirama mengenai adat sebagai panduan atau amalan sesuatu masyarakat dalam setiap lagu yang dihasilkan. Jelasnya, muzik tradisional dari negeri lain seperti dikir barat dan ghazal sememangnya popular dalam kalangan masyarakat di negara ini. Kurangnya publisiti dan platform untuk penggiat seni Bongai tampil di khalayak ramai juga merupakan salah satu faktor kesenian ini kurang mendapat sambutan. Sementara itu, seorang lagi ahli kumpulan tersebut, Zainudin Sulaiman, 57, berkongsi pendapat, JKKN Negeri Sembilan merupakan antara agensi yang membuka jalan kepada Warisan Pusako Kumpulan Anak Bochek untuk mempromosikan kesenian tersebut. "JKKN Negeri Sembilan banyak mengundang kami dalam majlis dan acara-acara yang dianjurkan. Ia merupakan platform terbaik untuk kami mempromosikan Bongai kepada masyarakat," ujar pesara tentera itu. Tambahnya, Warisan Pusako Kumpulan Anak Bochek pernah mengadakan persembahan di Johor, Kelantan dan Selangor. | |
Posted: 17 Jun 2014 08:13 PM PDT MENJEJAKKAN kaki ke Mekah dan Madinah bagi menunaikan ibadah merupakan antara impian utama seorang Muslim. Bagi sesetengah individu yang berpeluang, kehadiran di Tanah Suci boleh dilihat sebagai satu penyerahan jiwa kepada Allah SWT di samping menghayati ajaran Nabi Muhammad SAW. Walaupun, saat menjadi tetamu Allah merupakan sesuatu yang sangat mengujakan, namun kita tidak lari daripada mendengar pelbagai kisah pengalaman para jemaah di sana. Penulis buku, Syed Mahadzir Syed Ibrahim, 53, berkata, kisah-kisah yang dikongsi ada yang bersifat suka, duka dan penuh misteri. Malah, ada yang jelas membuktikan kebesaran Yang Maha Pencipta. "Cerita-cerita dari Tanah Suci sering menjadi perhatian dan ini telah memberikan saya inspirasi untuk membukukan pengalaman segenap individu yang diberi penghormatan untuk menjejakkan kaki ke sana," katanya kepada Kosmo! dalam satu pertemuan di Kuala Lumpur baru-baru ini. Buku terbitan Green Dome Publications Sdn. Bhd. (Green Dome) yang berjudul Saat Menjadi Tetamu Allah itu memaparkan 43 pengalaman menarik jemaah sebelum, semasa dan selepas mengunjungi Tanah Suci. "Isi kandungan buku diperoleh daripada pelbagai sumber termasuk golongan ilmuwan agama, rakan-rakan dan bahan bacaan. Saya telah mengolah pengalaman tersebut agar menjadi lebih menarik," ujarnya. Beliau menambah, walaupun sumber buku tersebut pelbagai, kebanyakan cerita yang terkandung di dalamnya adalah kisah yang sering dikongsi dalam kalangan masyarakat tempatan "Tujuan sebenar penghasilan buku ini ialah agar ia memberi pedoman dan iktibar kepada pembaca, sekali gus menjadikan mereka umat yang lebih baik. "Ini kerana ada segelintir pihak yang takut menjejakkan kaki ke Tanah Suci kerana berasa dirinya bergelumang dengan dosa dan bimbang diberi balasan Allah di sana. Namun, hakikatnya Allah sangat menyayangi hamba-hamba-Nya dan hanya golongan terpilih yang 'dijemput' ke sana," katanya sambil memaklumkan beliau mengambil masa selama setahun untuk menghasilkan buku tersebut. Bagaimanapun, Syed Mahadzir menegaskan, segala kesukaran yang dihadapi jemaah di Tanah Suci seharusnya dilihat sebagai satu ujian dan peringatan Allah. Antara kisah yang dikongsikan menerusi buku yang mempunyai 218 halaman itu adalah pembuat tatu menjadi imam, misteri di sebalik Kota Mekah, akibat memakan harta anak yatim, gagal masuk ke dalam Masjidilharam dan pertemuan di Masjid Nabawi. "Penghasilan buku ini boleh dianggap sebagai satu memorabilia Tanah Suci oleh segenap individu terlibat, termasuk diri saya," ujarnya. Pengalaman Walaupun telah menghasilkan lebih 100 buah buku dalam pelbagai genre, menurut anak kelahiran Sungai Tawar, Kedah itu, buku Saat Menjadi Tetamu Allah itu merupakan karya sulung bersifat keagamaan bersama Green Dome yang khusus dalam penerbitan buku-buku Islam. "Selain Saat Menjadi Tetamu Allah, saya juga menghasilkan buku berjudul Menulis Atas Pasir bersama Green Dome. Ia telah memasuki pasaran sejak awal tahun ini," kata beliau yang juga dikenali menerusi nama pena, SMahadzir atau SMSI. Bercerita mengenai kecintaannya terhadap bidang penulisan, bapa kepada tujuh orang cahaya mata itu berkata, segalanya bermula ketika menuntut di Institut Teknologi Mara (kini dikenali sebagai Universiti Teknologi Mara), Shah Alam dalam bidang kajian reka bentuk. "Mula-mula saya banyak menyumbang karya dalam majalah pusat pengajian untuk mencari wang saku. Namun, pendedahan yang diberikan telah menyebabkan saya jatuh cinta terhadap bidang ini dan memasang impian untuk bergelar seorang penulis berjaya suatu hari nanti," kata lelaki yang pernah memenangi pelbagai hadiah pertandingan mengarang cerpen, puisi dan seloka tempatan ini. Menariknya, novel Syed Mahadzir yang berjudul Lestari Bukit Menghijau telah dipilih Kementerian Pelajaran sebagai teks komponen sastera di sekolah menengah Zon Timur (Pahang, Johor, Terengganu dan Kelantan) bagi pelajar tingkatan dua mulai tahun 2011 dan sajak Kita Umpama Sehelai Daun untuk kegunaan tahun hadapan. Antara hasil karya beliau yang lain adalah Api Tidak Membakar, 365 Hari Dalam Sejarah, Tokoh-Tokoh Ilmu Dan Pejuang Kebenaran, Di Bawah Lembayung, Ritma Seorang Ekspatriat dan Seri Kencana Dewi. Sungguhpun kini menjawat jawatan Ketua Fasilitator Program Penghayatan Sastera dan Budaya, Dewan Bahasa Pustaka dan Jabatan Khidmat Negara serta Exco Majlis Kebudayaan Negeri Selangor, Syed Mahadzir terus bergiat aktif dalam bidang penulisan dan merancang untuk menghasilkan sehingga 10 buah buku pelbagai genre bersama Green Dome kelak. Buku Saat Menjadi Tetamu Allah dijual pada harga RM25.90 senaskhah dan boleh didapati di rangkaian kedai buku utama di seluruh negara atau melalui laman Facebook Green Dome. | |
Kerangupan tepung pisang goreng keju Posted: 17 Jun 2014 08:12 PM PDT PISANG goreng merupakan antara makanan yang digemari dalam dalam kalangan rakyat Malaysia. Makanan yang sering disaji pada waktu petang ini telah ditransformasikan mengikut cita rasa golongan muda melalui penghasilan pisang goreng keju. Mungkin nama itu agak pelik bagi sesetengah orang, namun di negeri Jelapang Padi pisang goreng keju yang dijual di Jalan Gunung Keriang, Alor Setar menjadi satu fenomena luar biasa sejak awal bulan ini. Lebih menarik, ada dalam kalangan pelanggan yang sanggup menunggu lebih dua jam untuk menikmati pisang goreng keju malah terdapat juga pelanggan yang membuat tempahan menerusi Facebook empat hari lebih awal. Pengusahanya, Izham Ahmad, 36, berkata, dia turut terkejut dengan sambutan pelanggan sehingga ada dalam kalangan mereka yang membuat tempahan menerusi panggilan telefon kira-kira lima jam sebelum pihaknya memulakan operasi. Perniagaan yang diusahakan sejak dua tahun lalu itu pada mulanya hanya menjual pisang goreng sama seperti peniaga lain. Rahsia tepung "Masa berniaga pisang goreng dahulu banyak persaingan di kawasan ini. Ia menyebabkan saya berfikir jalan untuk memberi suatu kelainan kepada pelanggan. "Dari situ, kami mula mencipta pisang goreng coklat, pisang goreng sarung dan pisang goreng rangup, namun pisang goreng keju lebih mendapat sambutan. "Atas sebab itulah, kami fokuskan kepada satu jenis pisang goreng sahaja," katanya kepada Kosmo! ketika ditemui baru-baru ini. Beliau hanya menggunakan pisang awak, pisang abu atau pisang raja bergantung kepada bekalan daripada pembekal. Sebagai seorang chef yang berpengalaman di beberapa buah hotel di negara ini, Izham memberitahu, walaupun terdapat pisang goreng keju di negeri lain seperti Sabah, Kuala Lumpur dan Johor Bahru, Johor tetapi apa yang membezakan goreng pisang kejunya ialah tepung yang digunakan. Menurut Izham, tepung segera yang diolah daripada resipi keluarga mertuanya itu merupakan bahan asas utama yang merangupkan pisang goreng beliau. Selain itu, kombinasi gula perang di atas parutan keju memberi rasa yang berbeza berbanding pisang goreng keju yang lain. "Taburan gula perang di atas parutan keju menambah keenakan pisang goreng keju kerana rasa gula itu yang kurang manis," ujarnya. Izham memberitahu, dalam sehari dia mampu menjual sebanyak 200 set pisang goreng keju dengan memperuntukkan kira-kira 50 hingga 60 sikat pisang awak dan abu. Katanya, dia amat menghargai pelanggannya yang sanggup menunggu lama untuk membeli pisang goreng keju yang dihasilkan. "Kami juga berharap agar pelanggan menghubungi kami terlebih dahulu di antara pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari untuk membuat pesanan dan mengambil nombor giliran," katanya yang menjalankan perniagaan di Jalan Langgar, belakang bangunan Universiti Antarabangsa Unitar, Alor Setar, Kedah. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan