Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Petronas Kongsi Kekayaan Budaya Warisan Kaamatan & Gawai Posted: 29 May 2014 08:37 PM PDT Pada 19 Mei yang lalu, Budiey telah dijemput untuk menghadiri Sidang Media Pelancaran Tayangan Filem Web Pesta Kaamatan dan Gawai Dayak di GALERI PETRONAS, KLCC. Budiey sangat teruja kerana dapat menjadi antara yang pertama menonton filem web ini. Untuk info pembaca, Pesta Kaamatan dan Gawai Dayak merupakan dua perayaan penting bagi meraikan dan menghayati kekayaan budaya warisan dan tradisi masa lampau yang dimiliki Malaysia. Tahun ini, PETRONAS tak lupa untuk meraikan kedua-dua perayaan hari menuai yang diraikan oleh pelbagai komuniti di Sabah dan Sarawak ini. Budiey kira, ianya satu usaha yang sangat bagus. Sekurang-kurangnya, perayaan ini dapat difahami dengan lebih mendalam dan dihargai oleh semua rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang dan peringkat usia. Ye lah tak semua antara kita yang tahu apa itu Pesta Kaamatan dan Gawai Daya, kan? Untuk memeriahkan lagi sambutan, sebuah filem web yang mengetengahkan kekayaan budaya dan ritual-ritual dalam Pesta Kaamatan dan Gawai telah dihasilkan oleh PETRONAS dan akan disiarkan di kaca TV dan laman YouTube rasmi PETRONAS bermula 26 Mei ini. "Kempen Pesta Kaamatan dan Gawai ini merupakan usaha PETRONAS untuk meningkatkan kefahaman tentang kedua-dua perayaan yang merupakan komponen budaya warisan, sekali gus memupuk perpaduan sosial di Malaysia," kata Pengurus Besar Kanan, Bahagian Komunikasi Strategik Kumpulan PETRONAS, Norliza Kamaruddin. "Filem web yang telah kami hasilkan tidak hanya mengisahkan intipati daripada Pesta Kaamatan dan Gawai, tetapi turut memberi pesanan supaya mengingat masa silam dalam menempuhi kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang," tambahnya. Norliza berucap pada majlis pelancaran kempen Kaamatan dan Gawai 2014 PETRONAS dan penayangan filem web bagi menyokong kempen tersebut di Kuala Lumpur hari ini. Selain daripada filem web, kempen ini akan turut diperhebatkan dengan pelbagai aktiviti termasuk menjalinkan kerjasama dengan syarikat penerbangan komuniti MASwings, PETROSAINS dan Galeri PETRONAS. Kedua-dua syarikat (MASWingd dan PETRONAS) telah membawa 45 pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah dari Sabah dan Sarawak bermalam di Lembah Klang sambil menyertai program pengembaraan yang menyeronokkan bagi mendedahkan pengalaman baru yang dapat membuka minda mereka. Selain itu, para pelajar berpeluang menyertai ceramah motivasi dan melawat fasiliti penyediaan makanan penerbangan Malaysia (MAS), lawatan ke Menara Kembar PETRONAS dan menyertai aktiviti-aktiviti menarik di PETROSAINS dan Galeri PETRONAS. Sementara di Negeri Sabah dan Sarawak pula, PETRONAS meraikan Pesta Kaamatan dan Gawai menerusi program kemasyarakatannya – Sentuhan Kasih, yang bertujuan meraikan dan membantu komuniti-komuniti yang kurang bernasib baik semasa musim perayaan. Program ini melibatkan sukarelawan kakitangan PETRONAS yang mana mereka bersama masyarakat tempatan di Papar, Bintulu dan Miri akan menjalankan kerja-kerja gotong-royong dan membaik pulih termasuk membersihkan rumah-rumah panjang sebagai persiapan menyambut perayaan tersebut. Selain itu, PETRONAS akan menyalurkan bantuan berupa keperluan asas seperti beras, tangki air, dapur gas, tong gas, vitamin dan bantuan makanan kepada komuniti di luar bandar dan keluarga miskin tegar bagi menjadikan hari perayaan mereka lebih bermakna. Pesta Kaamatan diraikan setiap tahun oleh masyarakat Kadazandusun di Sabah sebagai ungkapan kesyukuran ke atas hasil tuaian yang melimpah, sekali gus mendoakan hasil tuaian yang lebih baik lagi di tahun yang akan datang. Di Sarawak, Pesta Gawai melibatkan ritual yang telah diamalkan sejak turun-temurun serta upacara penghormatan kepada leluhur bagi menandakan akan berakhirnya musim menuai dan menyambut esok hari yang dilimpahi dengan kebaikan. Perayaan ini diraikan oleh masyarakat Dayak, seperti Iban, Bidayuh, Kayan, Kelabit, Murut dan Orang Ulu di Sarawak. Google+Komen via Facebook |
Aiman Hakim Ridza Jadi Duta Produk Garnier Men Posted: 29 May 2014 06:03 PM PDT Tahniah Budiey ucapkan buat Aiman Hakim Ridza yang telah dilantik menjadi duta terbaru produk Garnier Men. Sebuah jenama No.1 terlaris* dalam penjagaan kulit lelaki, ini membuktikan bahawa Garnier Men memahami keperluan penjagaan kulit lelaki Malaysia dan ia menjadikan jenama tersebut menerajui kedudukan pasaran hari ini. Ia dinyatakan oleh Christina Low, Pengarah Pemasaran Garnier Malaysia di dalam ucapannya kepada media semasa majlis jenama tersebut hari ini. Menurut Low, Malaysia merupakan pasaran yang pertama di dunia yang Garnier Men perkenalkan dengan rangkaian penuh produk penjagaan kulit dengan formulasi khas untuk lelaki.
Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh L'Oreal Malaysia ke atas lelaki Malaysia pada 2012**, secara puratanya lelaki Malaysia mengguna kurang daripada 20 minit untuk merapikan diri dalam sehari. Secara amnya, lelaki Malaysia merapikan diri untuk tampil kemas dan berasa hebat. Kajian ini melaporkan bahawa 56% daripada lelaki menyatakan bahawa 'keyakinan' adalah motivasi mereka yang teratas; 52% merapikan diri atas sebab kebersihan; dan 39% secara amnya merapi diri untuk nampak hebat dan lebih profesional atas sebab kerja. Kebanyakan lelaki (86%) yang menggunakan produk perapian membeli produk sendiri. Menurut Low, penemuan ini menunjukkan bahawa "jejaka hari ini tidak lagi menggunakan sabun mandi sahaja untuk membersihkan diri dari hujung rambut ke hujung kaki. Masyarakat kita telah berubah dan menerima peranan produk penjagaan kulit dalam memastikan tahap keyakinan seorang lelaki. Lelaki moden memahami akan kepentingan menjaga kulit dan penampilan supaya mereka tampil yakin, profesional dan rapi. Mereka semakin sedar cara-cara untuk menjaga diri dan akan memilih serta membeli produk penjagaan kulit mereka sendiri tanpa bergantung kepada pasangan mereka".
Sewaktu menyimpulkan apa yang menyumbang kepada kejayaan Garnier Men dalam pasaran, Low berkata: "Pengetahuan kami dalam penjagaan kulit dan perapian di kalangan lelaki Malaysia membantu kami mendapat kedudukan teratas dalam pasaran, kami juga pasti kejayaan kami adalah hasil pengaruh duta jenama kami. Menurut kajian, lelaki di Malaysia berasa senang dikaitkan dengan jenama dan persona jenama tersebut dengan adanya perwatakan tempatan; oleh itu, kami memperkenalkan seorang lagi duta Garnier Men hari ini". Low kemudiannya memperkenalkan Aiman Hakim Ridza sebagai duta jenama Garnier Men yang baharu. Aiman Hakim mewakili jejaka Malaysia pada amnya. Aiman merupakan pelakon yang kian popular di Malaysia, mengejar impian hidupnya setiap hari. Pada usia 25 tahun, atlet yang menjadi penyanyi dan pelakon ini sentiasa mencabar diri sendiri dalam apa jua yang diceburinya. "Terpilih untuk menjadi duta baharu Garnier Men semestinya merupakan suatu pencapaian dalam kehidupan saya, saya berbangga yang saya boleh menjadi model peranan untuk semua jejaka di Malaysia. Tiada perlunya saya segan mengaku yang saya suka produk-produk penjagaan kulit dan saya sayangi diri dengan menjaga kulit saya!" kata jejaka peramah yang mempunyai ketinggian 182sm ini.
Sertailah peraduan Garnier Men "Take Control & Win" dan berpeluang memenangi hadiah-hadiah bernilai lebih daripada RM20,000! Anda hanya perlu membeli mana-mana produk Garnier Men, jawab kuiz bola sepak, lengkapkan slogan tidak melebihi 20 perkataan dan sertakan bukti pembelian. Antara hadiah yang boleh dimenangi termasuklah SONY PlayStation 4, 47" SONY Bravia TV dan permainan EA FIFA 2014. Tarikh tutup peraduan adalah 30 Jun dan borang peraduan boleh didapati di semua kedai runcit seluruh negara. Produk-produk penjagaan kulit Garnier Men boleh didapati di semua kedai runcit utama di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, 'like' Facebook Garnier Men di www.facebook.com/GarnierMenMalaysia. *No. 1 dalam jumlah nilai di Semenanjung Malaysia dalam segmen Lelaki bagi Kategori Toner, Pembersih, Pelembab, Masker Wajah & Mata. Berdasarkan Perkhidmatan Indeks Runcit bagi Kategori Penjagaan Kulit selama 12 bulan berakhir Januari 2014 dari segi jumlah Semenanjung Malaysia (Hak cipta 2014, The Nielson Company (M) Sdn Bhd) **Data kajian adalah kombinasi kajian Penggunaan dan Sikap 2010, Nielsen; laporan IpsosAsiaBus 2012; dan Data Pasaran Nielsen, 2013. Google+Komen via Facebook |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan