OHBULAN! |
Sharifah Sakinah Dikritik Kerana Repost Foto T-Shirt Kempen Kanser Payudara Posted: 08 May 2014 10:54 PM PDT Isu & Kontroversi 'Cantik Tak Bontot Saya' dan 'Jogging Sampai Kentut' yang menjadi tagline t-shirt keluaran Sharifah Sakinah pernah mencetus kontroversi di dada-dada akhbar. Artikel Berkaitan: Cantik Tak Bontot Saya – Sharifah Sakinah Lancar Baju Baru Dengan Tagline Keterlaluan? Menegaskan bahawa tagline sedemikian adalah tidak sesuai digunakan, orang ramai mengecam tindakan tersebut dan mendakwa bahawa pelakon itu sengaja mahu mencari publisiti murahan. Terkini, nama pelakon ini sekali lagi menjadi buah mulut orang ramai apabila sekeping foto t-shirt berimejkan gambar payudara mula tersebar di media sosial dan dipercayai foto tersebut diperolehi daripada Instagramnya. Foto yang tersebar di laman sosial
Menurut pengurusnya lagi, foto tersebut tidak mempunyai kaitan langsung dengan t-shirt yang dikeluarkan oleh program kesihatan yang dikendalikan oleh Sakinah seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.
Dalam pada itu, Sakinah yang kini sedang sibuk dengan penggambaran filem Pekak dan telemovie arahan Michael Ang ini juga dikatakan bakal mengeluarkan produk penjagaan muka dan badan. Dijangka dilancarkan pada bulan Jun, Sharifah Sakinah Active adalah produk yang direka khusus untuk individu yang aktif bersukan. |
Benda Macam Ini Hanya Orang Psiko Saja Buat – Rita Rudaini Posted: 08 May 2014 10:05 PM PDT Isu & Kontroversi Nama Rita Rudaini sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Malah, setiap tindak tanduk pelakon jelita ini pasti akan mendapat perhatian media. Tetapi, baru-baru ini kami dikejutkan dengan berita penyebaran nombor telefon palsu 10 janda berhias membabitkan golongan artis popular di internet, termasuklah Rita sendiri. Kesal dengan perkara tersebut, Rita tampil dan menyifatkan individu tersebut mempunyai masalah jiwa dan dia turut pelik dengan mentaliti sesetengah orang yang suka menjatuhkan maruah orang lain. Menerusi laporan Harian Metro, Rita berkata penyebaran maklumat palsu bukan sahaja mengaibkan dirinya dan rakan lain malah ia boleh mengelirukan sesetengah pihak.
Selain Rita, antara pelakon lain yang turut terkena perkara sama adalah Erra Fazira, Nora Danish, Sarimah Ibrahim, Maya Karin, Jasmin Hamid, Nabila Huda, Noniswara dan Fauziah Latiff. Apapun, kami harap aktres-aktres ini tabah dan semoga penyebaran nombor telefon palsu ini dapat dibanteras secepat mungkin. |
You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan