OHBULAN! |
Saya Single Dan Available – Remy Ishak Posted: 28 May 2014 09:34 PM PDT Isu & Kontroversi Rasanya lama juga tak dengar berita pelakon kacak Remy Ishak kan? Kalau dulu, jejaka ini sering sahaja dihimpit kontroversi yang meletop-letop. Namun, akhir-akhir ini, anak kelahiran Negeri Sembilan ini seakan-akan sunyi dari gosip hiburan. Kenapa ya? Kalau anda masih ingat, awal tahun lalu, Remy dikatakan bercinta dengan anak kepada pelakon Wan Hanafi Su, tetapi Remy sudahpun menjelaskan hubungan mereka sekadar kawan. Remy ketika ditemui di tayangan media filem CEO berkata dia selesa dengan keadaan sekarang dan mengakui statusnya kini single. Barisan pelakon filem CEO Nampaknya, buat masa sekarang, aktor kacak dan hero idaman Malaya ini tak mahu memikirkan soal cinta dan hanya ingin fokus terhadap kerjayanya sahaja.
Bercerita mengenai kerjaya, Remy baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama 13 episod iaitu Kasih Berbisik bersama Tasha Shilla dan Keith Foo. Akibat dari tekanan kerja, Remy kini sedang berehat dari sebarang aktiviti penggambaran. Iyalah, pelakon juga manusia, pasti perlukan rehat. Tak gitu? |
Sumber Dakwa Abby Abadi Dapat Cerai Melalui SMS Posted: 28 May 2014 06:42 PM PDT Isu & Kontroversi Kecoh di dada-dada media semalam, pasangan yang baru melangsungkan perkahwinan pada 9 Julai tahun lalu ini akhirnya mengaku rumahtangga mereka sudah goyah. Selebriti popular Abby Abadi melalui sebuah akhbar semalam memberitahu bahawa dia bakal memfailkan cerai terhadap suaminya, Farhan, hari ini. Artikel Berkaitan : Abby Abadi Failkan Cerai Terhadap Farhan Esok Namun, menerusi akhbar Harian Metro sebentar tadi, sumber mendedahkan bahawa lafaz cerai melalui sistem pesanan ringkas (SMS) telahpun berlaku antara mereka. Abby ketika dihubungi oleh wartawan HM enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut Untuk pengetahuan, perbicaraan kes cerainya dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar sedang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur lebih kurang jam 9 pagi tadi. Apa pun, pada para peminat diluar sana, mari kita sama mendoakan Abby dan Farhan. Mungkin sekarang kita doakan mereka, tapi lepas ini, orang lain pula yang mendoakan kita. Siapa tahu, kan? Latest Update Abby Abadi memaklumkan kepada Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur bahawa Muhammad Noor Farhan pernah melakukan dua kali lafaz cerai terhadapnya, termasuklah salah satu yang tidak dimaklumkan kepada mahkamah. Mereka kemudiannya meminta nasihat mengenai perkara itu daripada bapa saudara Farhan dan kemudian mereka merujuk semula tanpa melaporkan kes berkenaan kepada mahkamah. Susulan itu, Hakim Syarie Shaiful Azli terpaksa menangguhkan permohonan pengesahan lafaz cerai sehingga 11 Jun depan bagi membolehkan lafaz cerai kali pertama difailkan. Sumber : Mstar Online |
You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan