RSS

Nuffnang

OHBULAN!

sumber :-

OHBULAN!


Belum Mahu Anak, Jericho Rosales Ingin Berbulan Madu Sepuasnya

Posted: 19 May 2014 10:03 PM PDT

Isu & Kontroversi

Belum Mahu Anak, Jericho Rosales Ingin Berbulan Madu Sepuasnya

Siapa di sini yang masih ingat dan pernah mengikuti drama Filipina, Pengako Sayo? Drama tersebut dianggap mencetus fenomena pada zaman tersebut dek kerana babak-babak romantis yang dilakonkan oleh jejaka kacak ini.

Walaupun drama tersebut sudah lama ditayangkan, nama Jericho Rosales masih lagi meniti di bibir peminat, lebih-lebih lagi di kalangan pengikut setia siri telenovela.

Bergelar suami kepada pengacara terkemuka Filipina, Kim Jones, jejaka berusia 34 tahun ini memberitahu bahawa dia dan isteri sudah sepakat untuk menimang cahaya mata dalam dua tahun lagi.

Belum Mahu Anak, Jericho Rosales Ingin Berbulan Madu SepuasnyaJericho Rosales dan Kim Jones mahu bulan madu ke Eropah

"Kami mahu berbulan madu sebanyak mungkin sebelum mempunyai anak. Untuk sesi pertama, kami mahu ke beberapa negara Eropah pada bulan Ogos nanti.

Jika sudah ada anak, agak sukar untuk kami berbulan madu. Lagipun, buat masa ini masing-masing sibuk dengan kerjaya. Bagaimanapun, kami masih mempunyai waktu untuk menikmati kehidupan sebagai suami isteri."

Ditanya adakah dia tidak takut populariti yang dimilikinya jatuh dek kerana sudah berumah tangga, Jericho memberitahu bahawa dia percaya bahawa para peminat tetap akan menyokong kariernya.

Belum Mahu Anak, Jericho Rosales Ingin Berbulan Madu Sepuasnya

Jericho Rosales bakal beraksi dalam 'Kusinero Cinta'

Beralih kepada soal karier, Jericho akan muncul dalam drama terbarunya di Malaysia berjudul 'Kusinero Cinta' dan bakal bergandingan Tiz Zaqyah dan Aaron Aziz.

Dalam drama ini, Jericho bakal membawakan watak Fredo, seorang anak muda yang mengejar cita-cita untuk menjadi chef terkenal.

Menarik bukan? Jadi jangan lupa untuk tonton drama 60 episod ini bermula pada 26 Mei depan setiap hari Isnin hingga Rabu jam 10.00 malam di Mustika HD (saluran 134).

Serik Bercinta Dengan Bad Boy, Shila Amzah Cakap Pasal Siapa?

Posted: 19 May 2014 09:17 PM PDT

Isu & Kontroversi

Serik Bercinta Dengan Bad Boy, Shila Amzah Cakap Pasal Siapa?

Beberapa hari lepas, sebuah rancangan bual bicara di Astro, Chat With VVIP musim kelima telah menjemput Shila Amzah sebagai tetamu undangan pada episod kali itu.

Sepanjang temubual tersebut, Shila banyak bercerita tentang awal penglibatannya di industri hiburan China serta kesungguhannya mempelajari bahasa Mandarin demi mengembangkan kerjaya seni.

Bagaimanapun beberapa minit sebelum tamat, pengacara program tersebut bertanyakan kepada Shila mengenai kisah cintanya.

Serik Bercinta Dengan Bad Boy, Shila Amzah Cakap Pasal Siapa?

Shila pula dengan terbuka menceritakan tentang bekas teman lelakinya yang disifatkan sebagai sangat mengongkong dan dikategorikan sebagai bad boy.

Dia tak menyokong saya, dia tak beri saya ruang. Saya sering berada dalam kesedihan setiap hari. Dia tak suka saya menyanyi dan jika dia tak suka saya pakai sesuatu baju, dia akan suruh saya tukar. Dia lebih tegas dari keluarga saya.

Selain daripada itu, Shila juga mengakui dirinya telah dikaburi dengan cinta hingga sanggup berjauhan dari keluarga sewaktu kisah cintanya ditentang banyak pihak suatu ketika dulu.

Serik Bercinta Dengan Bad Boy, Shila Amzah Cakap Pasal Siapa?

Bila saya balik rumah, keluarga saya faham tentang keadaan saya yang memerlukan ruang dan masa. Tapi saya gembira kerana sekurang-kurangnya saya dah pernah buat macam tu.

Persoalannya, bekas teman lelaki Shila mana satu yang dimaksudkan? Menerusi komen peminat, ada yang mengandaikan lelaki itu adalah Sharnaaz Ahmad.

Serik Bercinta Dengan Bad Boy, Shila Amzah Cakap Pasal Siapa?

Biarpun ramai tidak bersetuju dengan tindakan Shila menceritakan sikap buruk bekas teman lelakinya, namun ada juga peminat yang masih menyayangi penyanyi bertaraf antarabangsa itu dan sentiasa memberi kata-kata semangat.

Apapun, OHBULAN! harap Shila akan dipertemukan dengan seorang lelaki yang jauh lebih baik sebagai cinta hatinya suatu hari nanti.

Kredit foto: Instagram Shila Amzah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan