OHBULAN! |
Angkat Karya Prof Hamka, Teater Di Bawah Lindungan Kaabah Penuh Emosi Posted: 15 May 2014 09:21 PM PDT Kini Trending Bagaikan isi dengan kuku, kepentingan adat dan orang Melayu seakan-akan tidak dapat dipisahkan. Namun, di manakah rasionalnya jika adat tersebut diagungkan melebihi kesucian agama itu sendiri? Naskhah asal yang ditulis oleh Prof Hamka ini dilihat telah memberi visual realiti bahawa rakyat Malaysia sering dimomokkan dengan kepentingan adat dan kasta dalam kehidupan seharian. Menampilkan teraju utama seperti Nasha Aziz dan Adi Putra, teater Di Bawah Lindungan Kaabah (DBLK) ini memaparkan kisah percintaan yang tidak kesampaian antara watak Zainab dan Hamid. Saleh dan Rosnah merupakan sahabat baik kepada Hamid dan Zainab Berkisarkan kisah sekitar zaman 1930an, teater ini digarap menerusi peredaran masa yang dipaparkan melalui kisah Zainab dan Hamid daripada kecil sehingga dewasa. Kisah bermula apabila keluarga Zainab (lakonan Nasha Aziz) telah menanggung segala kos pembelajaran Hamid (lakonan Adi putra) daripada sekolah pondok sehinggalah dihantar untuk menyambung pengajian di Padang Panjang bersama sahabat baiknya Saleh (lakonan Fizo Omar). Bagaimanapun, dek kerana perbezaan status, Hamid dan Zainab masing-masing hanya memendam perasaan cinta mereka sehinggalah mereka diuji dengan kematian ibu Hamid dan juga ayah Zainab. Teater DLBK berlatarkan masyarakat kampung Minangkabau Masa terus berlalu, ibu Zainab telah bertemu dengan Hamid bertujuan untuk meminta Hamid memujuk anaknya mengahwini lelaki lain yang juga sepupu Zainab. Kerana terhutang budi dan amat menghormati ibu Zainab, Hamid mengutarakan hajat tersebut kepada Zainab, namun ditolak mentah-mentah oleh Zainab. Enggan meluahkan perasaan sebenarnya kepada Zainab, Hamid telah membawa diri ke Mekah untuk mencari ilmu agama dan sekaligus mengubati hatinya yang bersedih. Elemen jenaka turut disuntik ke dalam beberapa babak Pada pendapat penulis, beberapa pelakon seperti Adi Putra dan Elfira Loy dilihat kurang beremosi ketika membawa watak mereka. Malah, kadang-kala watak pembantu seperti Fizo Omar, Dafi, Zahid dan Yasmin Hani lebih menonjol daripada watak utama. Namun, pujian harus diberikan kepada Nasha Aziz kerana berjaya mendalami emosi Zainab dengan begitu baik sehinggakan ada babak yang berjaya membuatkan penonton berlinangan air mata. Bagaimanapun, ada juga kelopongan dalam beberapa babak sehinggakan penulis tertanya-tanya adakah babak seperti itu perlu dalam teater tersebut kerana ianya seperti tidak memberi apa-apa input kepada jalan cerita yang ingin disampaikan. Malah, busana yang dipakai oleh para pelakon juga dilihat tidak seiring dengan zaman tersebut, lebih-lebih lagi apabila mereka mengenakan tudung rekaan moden. Antara babak yang menyayat hati dalam teater DBLK Namun, penulis tidak dapat menafikan bahawa ianya memerlukan ketelitian yang tinggi daripada pihak produksi untuk mengangkat karya daripada Prof Hamka ini ke dalam bentuk teater. Oleh itu, pujian harus diberikan kepada pengarah teater, Rosminah Tahir kerana berani mengambil risiko untuk memaparkan kisah yang mempunyai jalan cerita yang berat ini. Secara keseluruhannya, teater DBLK ini adalah sebuah teater yang berbaloi untuk ditonton buat individu yang gemarkan permainan emosi dan jalan cerita yang unik. Pada mereka yang berminat, teater ini masih lagi ditayangkan Panggung Sari Istana Budaya sehingga 18 Mei ini dan tiket boleh didapati bermula dengan harga RM35. |
Aiman Hakim Ridza Ganti Fahrin Ahmad Sebagai Duta Garnier Men? Posted: 15 May 2014 09:15 PM PDT Kini Trending Jangan terkejut jika tiba-tiba anda melihat wajah pelakon kacak, Aiman Hakim Ridza terpampang menghiasi produk penjagaan wajah khusus buat lelaki iaitu Garnier Men. Ini kerana, pelakon yang popular menerusi drama 'Projek Memikat Suami' ini telah dilantik menjadi duta dan jurucakap terbaru bagi produk penjagaan kulit lelaki ini. Namun, bagi pengguna setia produk ini, sudah pasti anda tertanya-tanya dimanakah kelibat duta Garnier Men sebelum ini iaitu Fahrin Ahmad bukan? Macam mana, kacak tak? Adakah perlantikan Aiman ini bakal menggantikan Fahrin atau sebaliknya, sama-samalah kita nantikan jawapannya nanti. Bagi kami, siapa pun yang menjadi duta tak menjadi masalah kerana baik Fahrin ataupun Aiman, kedua-dua pelakon ini mempunyai aura dan peminat mereka yang tersendiri. Apa yang pasti, perlantikan Aiman ini sedikit sebanyak bakal meningkatkan lagi hasil jualan Garnier Men. Tak gitu? Apapun, tahniah kami ucapkan kepada Aiman diatas perlantikan terbaru ini. Nampaknya, lepas ini makin bertambahlah seri pelakon yang sedang hangat bercinta dengan Fathia Latiff ini. Kami harap Aiman dapat menggalas tanggungjawab sebagai duta produk dengan baik. |
You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan