OHBULAN! |
Pelakon Didakwa Bercinta Dengan Isteri Orang, Si Kekasih Kini Sudah Sah Bercerai? Posted: 14 May 2014 09:28 PM PDT Isu & Kontroversi Jika disebut nama sebenar pelakon ini, nescaya ramai yang mengenalinya. Boleh dikategorikan sebagai aktor senior, lakonan jejaka ini dalam setiap naskhah yang dipertanggungjawabkan kepadanya tidak pernah mengecewakan. Bagaimanapun, nama pelakon ini mula menjadi buah mulut orang ramai apabila dia dikatakan menjalin hubungan cinta dengan isteri orang. Namun, jejaka itu dilihat mengambil langkah untuk tidak memberi sebarang komen kepada pihak media mengenai status sebenar kekasihnya itu. Terkini, menurut sumber-sumber terapat, kekasihnya itu dikatakan sudah pun sah bercerai dengan suaminya kira-kira dalam sebulan yang lepas. Dengar khabarnya, bekas suami kepada wanita itu pun bukan daripada kalangan orang biasa-biasa. Namun, ajal maut jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Cuma, yang menjadi persoalan, adakah si pelakon ini sememangnya menjalinkan hubungan cinta semasa status wanita tersebut masih bergelar isteri orang? Anda nak tahu? Hanya pasangan sejoli itu sahaja yang mampu menjawab tanda tanya tersebut. |
Penyanyi Lagu Kau Pergi Jua, Adam Ahmad Meninggal Dunia Posted: 14 May 2014 08:50 PM PDT Isu & Kontroversi Kau pergi jua, setelah cinta ku kini membara, belum sempat kucurahkan kasihku, kau pergi tak kembali. Begitulah bait-bait lagu yang pernah didendangkan oleh Adam Ahmad. Hari ini, kita dikejutkan dengan berita pemergian penyanyi yang cukup popular dengan lagu 'Kau Pergi Jua' iaitu Adam Ahmad yang menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 12 tengah malam tadi. Menurut laporan Utusan, difahamkan Adam Ahmad meninggal dunia akibat penyakit darah tinggi, di Hospital Ampang. Kami difahamkan Allahyarham sudah ditempatkan di Unit Rawatan Rapi selama dua minggu dan sudah lama menghidap penyakit tersebut tetapi menyembunyikannya dari pengetahuan umum. Ketika hayatnya, Allahyarham banyak mencipta lagu-lagu hit seperti 'Di Hari Persandingan Mu', 'Di Pantai Cinta Berahi', 'Janji Manismu' dan 'Teratai Layu Di Tasik Madu'. Allahyarham meninggalkan seorang balu bernama Norliza Ayat serta dua anak tirinya. Apapun, takziah dari kami dan marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah. Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Bagi yang tak kenal siapa Adam Ahmad, ini lagu yang pernah dipopularkan oleh beliau. |
You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan