OHBULAN! |
Jualan May-Rathon di Reebonz Tawar Hadiah RM4000 Untuk Pembaca OHBULAN! Posted: 13 May 2014 10:04 PM PDT Gaya Hidup Setiap bulan pastinya ada keistimewaan dan tarikh perayaan sendiri tapi ada apa dengan bulan Mei? Jawapannya, ada May-Rathon! Err apa May-rathon tu? Pertandingan lumba lari? Dah tentulah bukan, May-Rathon adalah sebuah kempen anjuran laman web membeli-belah terkenal, Reebonz yang bakal membuatkan anda rambang mata dengan promosi-promosi dan ganjaran hebat sepanjang bulan ini. Untuk pengetahuan anda, Reebonz menawarkan lebih daripada 300 barangan berjenama mewah yang dijual dengan diskaun ekstra sebanyak 10% hingga 20%. Menariknya lagi, anda mampu berjimat hingga RM1,500 untuk beberapa jenama terkenal seperti Prada, Balenciaga, Ferragamo, Gucci dan banyak lagi! Tak cukup dengan itu, Reebonz juga akan mengadakan jualan 12 jam istimewa di waktu-waktu tertentu di mana anda berpeluang menikmati tawaran diskaun hingga 42%. Fuhh, menarik kan? Atau, anda boleh muat turun aplikasi Reebonz untuk mengetahui berita dan barangan menarik dimana saja anda berada. Bagi pembaca OHBULAN! pula, anda juga layak mengambil bahagian dalam pesta membeli-belah ini dan berpeluang memenangi baucar Shopping Spree dari Reebonz bernilai RM4,000 untuk dua orang. Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu membuat pembelian berjumlah RM1,500 di laman web Reebonz.com dari sekarang hingga 31 Mei 2014. Masukkan kod "Shopping Spree x Ohbulan" di ruangan Comment dan buat pembayaran sama ada menerusi kredit kad, debit kad atau IPP. Kemudian, emailkan penyertaan anda ke conciergemy@reebonz.com dan CC kepada rakan yang ingin anda kongsikan keistimewaan ini bersama. Selepas itu, lengkapkan ayat : "Saya ingin memenangi Reebonz Shopping Spree bersama XXX kerana…..". Sila pastikan ayat anda tidak melebihi 20 patah perkataan. Kesemua pemenang akan menerima kiriman email daripada Reebonz. Jadi, apa tunggu lagi? Selamat membeli-belah dan semoga berjaya! |
John Travolta & Emma Watson Bakal Berlakon Filem Bollywood Posted: 13 May 2014 09:18 PM PDT Hollywood Bukan senang sebenarnya untuk menerima tawaran berlakon dalam filem luar negara melainkan seseorang pelakon itu benar-benar berbakat, popular atau mempunyai ciri-ciri tertentu yang dicari oleh syarikat produksi berkenaan. Bagaimanapun, OHBULAN! percaya bakat lakonan yang tiada tolok bandingnya telah menyebabkan John Travolta dan Emma Watson terpilih untuk membintangi sebuah filem Bollywood berjudul Paani. Menurut pengarahnya, Shekhar Kapur, Emma yang popular menerusi filem Harry Potter telah dirisik untuk menjadi watak utama dan berlakon di samping aktor Bollywood, Sushant Singh Rajput. Emma bakal digandingkan dengan Sushant Singh Rajput dalam Paani Dalam pada itu, John Travolta telah mengumumkan bahawa dirinya juga ditawarkan sebuah watak di dalam filem berkenaan.
Untuk pengetahuan anda, Paani mengisahkan tentang krisis dunia pada masa hadapan yang mengalami masalah kekurangan bekalan air. Lebih parah lagi apabila sebuah syarikat antarabangsa menguasai bekalan air dan menggunakannya sebagai senjata untuk menindas golongan yang lemah. Bagaimanapun, kisah cinta antara seorang pemuda dari India dan gadis dari luar negara akhirnya menamatkan krisis air dan perang berkenaan. Walaupun jadual penggambaran dan tayangan masih belum diumumkan, namun pastinya ramai peminat tak sabar untuk menyaksikan sekiranya Emma dan John akan menyuntik budaya Hindi di dalam diri mereka untuk filem ini. Sumber: Digital Spy |
You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan