OHBULAN! |
Suami Fasha Sandha Mahu Anak Lelaki Lagi Untuk Tubuh Pasukan Polo Posted: 11 May 2014 10:02 PM PDT Kini Trending Nampaknya makin cerialah kehidupan pasangan romantis, Fasha Sandha dan Rizal Ashram Ramli ataupun lebih dikenali sebagai Jejai selepas ini. Artikel Berkaitan: Anak Sulung Belum Cecah 1 Tahun, Fasha Sandha Dikatakan Hamil Lagi Dikurniakan Putra Rayfal kira-kira setahun yang lalu, usia kandungan kedua Fasha kini sudah pun mencecah tiga bulan dan dijangka bersalin pada pertengahan November depan. Namun, apa yang lebih menarik, menerusi laporan Mstar Online, Fasha memberitahu bahawa suaminya berharap agar kandungan keduanya itu adalah bayi lelaki kerana ingin menubuhkan sebuah pasukan Polo yang memerlukan empat orang pemain. Kandungan Fasha kini sudah mencecah usia tiga bulan
Bersikap berdiam diri di awal kehamilannya, Fasha memberitahu bahawa dia berbuat sedemikian kerana merasakan berita tersebut masih terlalu awal untuk dikongsi bersama peminat. Nasib baik mahu tubuhkan pasukan polo sahaja. Buatnya Jejai mahu buat pasukan bola sepak pula bagaimana agaknya ya? Apapun, jom kita lihat foto-foto terbaru Fasha di bawah! Kredit Foto: Instagram Fasha Sandha |
Inai Di Jari Kuatkan Spekulasi Pernikahan Jue Aziz & Gitaris Dari Indonesia Posted: 11 May 2014 08:50 PM PDT Isu & Kontroversi Pernah menjalin hubungan cinta dengan Jehan Miskin, pelakon yang terkenal dengan imej seksi ini didakwa telah bernikah secara senyap di Indonesia dengan seorang gitaris kumpulan DV8, Bayu Daniels. Malah, pelakon itu dikatakan bersikap lebih terbuka di kalangan rakan sekerja dan kru produksi apabila sering membawa jejaka tersebut ke lokasi penggambaran dan sekaligus memperkenalkan Bayu sebagai suaminya. Terkini menerusi laporan Metro, inai di jari Jue yang dilihat ketika Bayu mengadakan persembahan di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur telah menguatkan lagi spekulasi bahawa mereka baru bernikah beberapa bulan yang lalu. Foto yang dikongsi oleh Bayu Daniels menerusi laman Instagramnya
Malah, apa yang lebih menarik, Bayu telah memuatnaik foto bersama Jue dengan caption ucapan bersempena sambutan hari ibu semalam. Apapun, jika benar bagai dikata, tahniah diucapkan kepada pasangan ini dan rasanya lebih molek jika mereka tampil mewar-warkan berita baik ini kepada orang ramai. Kredit Foto: Instagram Jue Aziz & Bayu Daniels |
You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan