RSS

Nuffnang

borak kosong

sumber :-

borak kosong


Fenomena Cara Berpakaian Wanita Vietnam Yang Menuai Kecaman

Posted: 11 May 2014 09:00 PM PDT

Vietnam, negara komunis yang pernah hancur lebur kerana dikoyak-moyak oleh Perang Vietnam pada dekade 1960-an sampai 1970-an, merupakan salah satu negara yang mempunyai pertumbuhan yang amat pesat di Asia Tenggara. Sektor pelancungan merupakan penyumbang terbesar bagi pertumbuhan ekonomi Vietnam.

Banyak yang awalnya memandang Vietnam dengan sebalah mata kerana stigma negara komunis yang serba tertutup. Namun semua pandangan itu akan sirna apabila kita mengunjungi Vietnam. Bayangan negara komunis yang serba kelam langsung sirna, kerana di negara ini amat kental dengan aroma barat.

Datanglah ke ibukota Hanoi dan ke Ho Chi Minh City, pemandangan aroma barat langsung bisa terlihat dari cara berpakaian para wanita Vietnam. Banyak wanita setempat yang tanpa segan berpakaian serba minim, bahkan sambil mengendarai  motor. 

Sekarang yang menjadi mode di kalangan wanita Vietnam adalah memakai pakaian serba minim yang memperlihatkan bra mereka. Dilihat dari etika, cara berpakaian mereka merupakan sebuah bencana. Namun pemerintah komunis Vietnam bersikap cuek terhadap fenomena yang trend di kalangan wanita seluruh negara ini.

Para wanita Vietnam berpakaian buka-bukaan

Pemandangan seperti ini sudah lumrah terlihat di jalanan kota-kota besar Vietnam dari pagi, siang, sore dan malam hari

Apakah hal tersebut merupakan siasat pemerintah Vietnam agar rakyatnya tidak terlalu terkekang dengan sistem politik dan ideologi negara sehingga dapat melestarikan pemerintahan komunisme mereka ataukah ini merupakan tanda bahwa mereka sedang menuju transformasi negara kapitalis?

trend Buka-bukaan Para Wanita Vietnam
Bahkan saat di tempat umum seperti mall atau taman pun mereka percaya diri tampil seperti ini

fenomena para wanita Vietnam yang kini gemar berpakaian berpakaian terbuka ini memicu kecaman dan olok-olok dari negara tetangganya, Tiongkok, khususnya di jejaring sosial Sina Weibo. Bahkan, salah satu media nasional di China pernah mengulasnya nyaris satu halaman penuh.

Cara Berpakaian Para wanita Vietnam yang buka-bukaan
Tidak jelas apa motif mereka mempamerkan pakaian dalamnya, sehingga hal ini menimbulkan olok-olok

Yang pasti, suka atau tidak, fenomena inilah yang menjadi salah satu daya tarik Vietnam yang menyedut devisa dari para pelancung yang kini mulai mengalihkan perhatiannya dari Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia.

Ini dua orang wanita Vietnam saat sedang berada di salah satu mall di Hanoi, bukan di Indonesia atau Singapura. Penampilan mereka sungguh kental dengan aroma barat

Seorang teman yang pernah travelling ke Vietnam dengan berungguh-sungguh bahkan mengatakan bahwa kini Vietnam tk ubahnya seperti negara barat yang bebas.
(The Star, Straits Times, China Daily, Weibo, Instagram)

Tragedi potong sawi

Posted: 11 May 2014 05:57 PM PDT

Akibat ditegur caranya memotong sawi salah, seorang wanita sanggup menikam teman lelakinya hingga mati di sebuah bilik sewa di tingkat tiga, Bandaran Berjaya, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian itu, mangsa, Josyua Jesbon, 30, meninggal dunia di Wad Kecemasan Hospital Queen Elizabeth (HQE) akibat luka di dada kiri akibat ditikam menggunakan pisau sepanjang 20 sentimeter.
Wanita itu yang juga kekasih mangsa berusia 28 tahun kemudian menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu selepas dinasihatkan berbuat demikian oleh salah seorang rakannya.
Menurut sumber, siasatan awal mendapati cara wanita itu memotong sawi tidak disukai teman lelakinya.
"Selepas itu, berlaku pertengkaran dan wanita itu tidak mempedulikan apa yang dikatakan oleh mangsa lalu terus melakukan kerjanya.
"Sebaik saja selesai memotong sawi, dia kemudian duduk menghadap mangsa.
Ketika itu, mangsa masih tidak berpuas hati lalu memukul dan menumbuk kekasihnya bertubi-tubi.
"Wanita itu pada awalnya hanya menahan kesakitan, tetapi apabila berterusan dibelasah, dia yang sudah tidak tahan terus mengambil sebilah pisau dan menikam dada kiri mangsa.
"Berikutan tikaman itu, mangsa rebah dan wanita itu bergegas keluar dari bilik lalu mengetuk bilik sewa lain untuk meminta pertolongan," katanya.
Seorang penghuni bilik itu kemudian keluar lalu memberikan telefon bimbit kepada wanita itu untuk menghubungi ambulans.
Mangsa dibawa ke Wad Kecemasan HQE, tetapi disahkan sudah meninggal dunia.
Polis juga sudah merampas sebilah pisau berukuran 20 sentimeter dipercayai digunakan untuk menikam mangsa.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Jauteh Dikun ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Bilik Forensik di HQE untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Foto

sumber : mymetro

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan