RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Kamal Adli Terkilan Liyana Jasmay Temukan Intan Ladyana Kekasih Baharu

Posted: 02 Dec 2014 09:48 PM PST


Kamal mengakui terkejut apabila mendapat tahu Intan kini sedang berkawan dengan seorang jejaka yang diperkenalkan oleh aktres Liyana Jasmay.
PETALING JAYA: Pelakon Kamal Adli terkejut selepas mendapat tahu aktres Intan Ladyana sudah menemui pengganti selepas tiga bulan hubungan cinta mereka putus iaitu pada akhir Ramadan lalu.

Kamal, 28, berkata, dia mendapat tahu perkara itu apabila pengikut di Instagram Intan meletakkan tanda 'tagged' gambar pelakon itu dengan seorang lelaki di akaun laman sosial miliknya.

"Saya masih dalam proses memulihkan perasaan daripada terus merindui Intan tetapi saya benar-benar terkejut apabila seorang peminat telah "tagged" gambar Intan bersama teman-teman termasuk seorang lelaki ketika percutian mereka di Venice.

"Saya tidak menyangka dalam masa terdekat ini dia sudah boleh meneruskan hidupnya dengan orang lain," katanya kepada mStar Online.

Kamal ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri #Antidot di Sri Pentas, Bandar Utama di sini pada Selasa.

Kamal dan Intan menyulam cinta selama enam tahun.

Terdahulu mStar Online pada Isnin menyiarkan pengakuan teman baik Intan iaitu Liyana Jasmay yang mendedahkan telah memperkenalkan Intan dengan seorang pemuda iaitu teman kepada suaminya.

Namun Liyana menafikan dia menjadi punca keretakan hubungan Intan dan Kamal kerana pertemuan wanita itu dengan individu berkenaan berlaku selepas pasangan tersebut putus cinta.

Dalam pada itu, Kamal mendedahkan sebelum mendapat tahu Intan sudah menemui pengganti, dia masih menghantar mesej kepadanya hampir setiap hari kerana mahu memujuk biarpun tidak pernah dibalas.

Bagaimanapun kata Kamal, dia berhenti daripada terus menghantar mesej selepas menyedari kedudukannya selain mahu menghormati privasi kehidupan Intan.

"Saya cuba perbetulkan keadaan tetapi semakin lama kami semakin jauh... jadi sudah tiba masanya saya perlu lupakan dia. Bukan mudah kerana sepanjang enam tahun kami bercinta saya bahagia bersama dia. Mungkin sudah tertulis dia bukan jodoh saya," jelasnya.
Lelaki (berbaju kotak) di sebelah Intan dikaitkan dengan Intan ketika ini. 

Sementara itu, Kamal memberitahu dia terkejut apabila mendapat tahu intan mengenali lelaki berkenaan melalui rakan baiknya sendiri iaitu Liyana Jasmay.

Jelas Kamal, biarpun terasa hati dengan tindakan Liyana itu namun dia yakin niat aktres itu baik untuk melihat Intan gembira dan bahagia.

"Terus terang saya terkejut kerana Liyana rakan baik saya dan ada bermain dalam fikiran saya mengapa dia sanggup buat begitu ketika saya sedang berusaha memenangi hati Intan.

"Tetapi saya tidak salahkan Liyana kerana saya tahu dia berniat baik dan sebab itu saya tidak mahu berusaha lagi kerana enggan merosakkan kebahagiaan Intan sekarang," katanya.

Dalam perkembangan lain, bercakap mengenai #Antidot, Kamal memberitahu dia teruja menjayakan drama bersiri itu yang menampilkan jalan cerita berbeza mengenai  serangan virus sehingga menimbulkan kekecohan dalam masyarakat.

Malah kata Kamal, bekerja di bawah arahan Kabir Bhatia juga memberinya banyak input tentang selok belok produksi dan gaya pengarahan yang baik.

"Drama bersiri ini sangat menarik dan Kabir bersama penulis skrip berjaya menampilkan sebuah karya yang berbeza daripada drama aksi sedia ada.

"Pengalaman yang saya dapat kutip daripada #Antidot juga cukup banyak tambahan pula Kabir seorang pengarah berkaliber," katanya.

Tambah Kamal, selain #Antidot dia kini sedang sibuk dilokasi penggambaran drama bersiri Pergilah Airmata untuk siaran RTM sebanyak 28 episod.

Selain Kamal drama ini turut menampilkan barisan pelakon seperti Remy Ishak, Nad Zainal, Nabil Huda dan Shahriza Mahmud.

Ia bakal bersiaran menerusi slot Aksi (TV3) bermula 9 Disember ini pada setiap hari Selasa pada pukul 10 malam.

AJL 29: Komposer Minta Tidak Tuduh Akim Lalok

Posted: 02 Dec 2014 09:47 PM PST


Peminat lagu Mewangi salahkan Akim Ahmad kerana gagal layak ke AJL 29.
PETALING JAYA: Komposer lagu Mewangi, Zul (2 By2) berharap peminat tidak terus menyalahkan Akim Ahmad kerana kegagalan lagu tersebut dipilih ke Anugerah Juara Lagu 29 (AJL 29).

Zul atau nama sebenarnya, Zulkefli Majid, 42, berkata, penyanyi tersebut telah menyampaikan lagu itu pada malam Separuh Akhir Muzik Muzik  pada 28 November lalu dengan baik.

"Jangan salahkan dia, bagi saya dia sudah menyampaikan lagu tersebut dengan sempurna. Kalau nak dinilai dari segi vokal pada malam itu, tidak semua penyanyi dapat beri 100 peratus kehebatan sama seperti lagu yang didengar ketika proses rakaman.

"Sebelum dia buat persembahan pada malam itu, dia sudah beritahu saya terlalu gemuruh dan tertekan kerana harapan peminat terlalu tinggi untuk melihat lagu tersebut berjaya ke AJL 29," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, pada Selasa.
Zul akui kecewa kerana lagu Mewagi gagal ke AJL 29.
Zul selaku penulis lagu itu berkata demikian ketika diminta mengulas pendapat segelintir peminat yang menganggap Akim tidak membuat persembahan terbaik sehingga karya itu gagal ke Anugerah Juara Lagu 29  yang akan berlangsung pada 18 Januari 2015.

Malah, ada juga yang mendakwa penyanyi itu berada dalam pengaruh dadah atau 'lalok' ketika membuat persembahan.

Akim dalam satu kenyataan kepada akhbar Harian Metro pula menafikan tuduhan itu selain meminta orang ramai tidak memfitnahnya.

Dalam pada itu tambah Zul, Akim menyampaikan lagu tersebut dengan penuh perasaan dan penghayatan yang cukup baik pada malam tersebut.

"Saya tidak nampak pula dia seperti lalok, apa yang saya nampak dia telah menyampaikan lagu itu dengan baik dan menghayati lirik lagu itu penuh perasaan.

"Dia sangat kecewa dengan keputusan itu, jadi jangan tambahkan kekecewaan dia dengan tuduhan yang bukan-bukan," ujarnya.

Dalam pada itu, Zul mengakui agak kecewa apabila lagu yang diharapkan layak ke AJL29  itu tidak dipilih oleh juri.

Jelasnya, ia tidak adil bagi komposer jika pemilihan tersebut dilakukan berdasarkan persembahan yang dilakukan oleh penyanyi pada malam separuh akhir itu.

"Kalau ramai peminat yang kecewa dan marah, apatah lagi saya sebagai pencipta lagu tersebut. Mereka sepatutnya beritahu awal-awal bahawa persembahan artis pada malam separuh akhir itu turut diambil kira.

Ia juga tidak adil bagi komposer kerana Anugerah Juara Lagu merupakan pertandingan yang menilai karya lagu dan lirik, bukannya penyanyi. Apa-apa pun saya hormat dengan keputusan pengadil," katanya.

Amelina Sangkal Bakal Berduet Dengan Mas Idayu

Posted: 02 Dec 2014 09:44 PM PST


Amelina tiada niat untuk bersaing dengan mana-mana artis dalam industri seni.
PENYANYI Amelina belum merancang untuk berkerjasama dengan mana-mana artis termasuk rakan penyanyi dangdut iaitu Mas Idayu sempena kemunculan semulanya dalam industri hiburan.

Amelina atau nama sebenarnya, Nurazlina Amir Sharifuddin, 40, berkata, buat masa ini dia hanya mahu menumpukan perhatian kepada single solo pertamanya bersama komposer Ajai.

"Saya tidak diberitahu apa-apa untuk bekerjasama dengan Mas Idayu, kemunculan semula saya adalah dengan sebuah lagu solo bersama Ajai sahaja.

"Namun, selepas lagu solo ini mungkin akan ada perancangan untuk bekerjasama dengan artis lain tetapi yang berbeza genre," ujarnya kepada mStar Online.

Amelina berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kenyataan penyanyi Mas Idayu di sebuah akhbar harian dia akan berduet pada kemunculan semula ratu dangdut itu tidak lama lagi.
Mas Idayu memberitahu sebuah akhbar harian bahawa akan muncul dengan Amelina pada kembunculan semula penyanyi itu tidak lama lagi.

Sementara itu, ditanya tentang hubungannya dengan penyanyi tersebut yang sebelum ini dikatakan kurang baik, Amelina berkata ia hanya tanggapan segelintir pihak.

Jelas Amelina, dia dan Mas Idayu tidak pernah bergaduh, namun sering dilaga-lagakan oleh pihak tertentu yang kurang senang dengan mereka.

"Saya dan Mas Idayu baik-baik sahaja, kami tidak pernah bergaduh pun, cuma sejak dulu ada sahaja pihak yang cuba burukkan hubungan kami sehingga orang sangka kami bermasalah.

"Dia ada menyapa saya di laman sosial, cuma kami tidak rapat berbanding hubungan saya dengan artis dangdut lain," ujarnya.

Bagaimanapun, Amelina berkata, kemunculannnya kali ini bukan bertujuan untuk bersaing dengan mana-mana artis dalam industri seni.

Dia juga hanya mahu memeriahkan dan mengembalikan muzik dangdut yang sudah hampir mati di negara ini.

"Saya tidak mahu cerita lama diungkit kembali, apa yang sudah lepas biarlah berlalu. Saya kembali dalam industri untuk menambahkan kemeriahan sahaja. Saya tiada niat untuk bersaing dengan mana-mana artis lama atau baru sekali pun," ujarnya.

Ada apa Izreen-Amar?

Posted: 02 Dec 2014 09:41 PM PST


  • Izreen dan AmarIzreen dan Amar

PENANGAN drama Kerana Terpaksa Aku Relakan (KTAR) lakonan Amar Baharin dan Izreen Azminda benar-benar meninggalkan impak buat penonton siri yang diadaptasi daripada novel itu.

Bahkan dek kerana drama itu juga, populariti kedua-dua pelakon ini mencanak naik, terutamanya nama Amar yang sebelum ini kedengaran suam-suam kuku sahaja.

Bukan itu sahaja, kerana drama KTAR itu juga, Amar dan Izreen juga dikaitkan bercinta sehingga ada yang mendoakan pasangan ini mendirikan rumah tangga.

Meskipun pernah mengeluarkan kenyataan rimas dan bosan kerana asyik dikaitkan dengan Amar, Izreen menjelaskan, dia tetap berkawan baik dengan aktor berusia 29 tahun itu.

"Saya akui kadang-kala saya rimas bila ramai sangat orang kaitkan kami dan ada peminat fanatik yang akan marah bila saya menjalani penggambaran dengan pelakon lelaki lain. Mereka akan persoalkan, kenapa tak berlakon dengan Amar?

"Tapi sejujurnya saya selesa berkawan dengan dia, namun hubungan kami hanya sekadar kawan rapat. Saya selesa berkawan dengan dia kerana sikapnya yang kontra dengan saya. Satu perkataan yang saya boleh gambarkan pasal Amar, dia charming," ujarnya yang ditemui, baru-baru ini.

Mengakui lebih fokus pada anak dan kerjaya, Izreen menafikan sekeras-kerasnya dia cuba bermain tarik tali mengenai perihal hubungannya dengan Amar.

"Bagi saya tidak ada apa-apa yang perlu didedahkan. Tapi selepas bercerai, saya memang fokus pada kerja dan anak. Pasal pintu hati saya, saya tidaklah tertutup sangat.

"Sebaliknya saya sentiasa dalam keadaan sedia. Apatah lagi, tidak ada apa-apa yang saya trauma menerusi perkahwinan terdahulu.

"Insya-ALLAH suatu hari nanti, pintu hati saya akan terbuka juga dengan orang yang sesuai, pada masa yang sesuai," jelas ibu kepada Adrian Umar, setahun.

Tidak tolak jodoh

Bagi Amar pula, dia mengakui senang berkawan dengan Izreen dan mereka sering berkongsi masalah serta bertukar pandangan sama ada mengenai kerja ataupun hal peribadi.

"Saya ada juga kawan rapat lain tetapi dia adalah kawan perempuan yang paling rapat dengan saya. Dia baik dan comel serta banyak menolong saya dalam industri ini," katanya.

Menyifatkan Izreen sebagai rakan yang 'ting tong', Amar berkata, dia dan Izreen ada keluar jika ada kelapangan.

"Kami memang jarang berjumpa kerana sibuk dengan tugas masing-masing. Tapi kalau ada kelapangan, adalah kami keluar setakat minum kopi.

"Tapi sebenarnya saya lagi takut jika jatuh cinta dengan kawan baik sebab apabila berkawan, kita tidak perlu terlalu control. Jika persahabatan bertukar rasa cinta, akan timbul rasa janggal.

"Jadi, rasanya baiklah jadi kawan baik sampai bila-bila," katanya yang sering mendoakan kebahagiaan Izreen dan tidak menolak jika ada jodoh antara mereka.

Kamal Adli: Terpaksa tipu diri sendiri

Posted: 02 Dec 2014 09:40 PM PST


  • Kamal AdliKamal Adli

PERPISAHAN aktor, Kamal Adli dengan pelakon berdarah kacukan, Intan Ladyana pada akhir Ogos lalu sememangnya mengejutkan peminat pasangan itu.

Apatah lagi, pasangan ini telah bercinta selama enam tahun dan Kamal sendiri sudah memberi bayangan untuk menyunting Intan pada sesi pratonton filem Mael Lambung beberapa bulan sebelum perpisahan tersebut berlaku.

Akur keputusan Intan, Kamal berkata, dia kini meneruskan kehidupan seperti biasa dan menyibukkan diri dengan kerja.

"Tipulah kalau saya kata saya okey. Tapi saya terpaksa tipu diri sendiri, menipu diri bila berhadapan dengan orang luar bahawa saya sudah okey kerana saya tak mahu kisah kami dipanjangkan lagi.  

"Enam tahun punya cerita, bukan mudah untuk saya buang dalam masa yang singkat. Lagipun saya tengok pihak sebelah sana macam okey, jadi lebih baik saya teruskan hidup," katanya kepada Zass, baru-baru ini.

Bagaimanapun ujar Kamal, apa yang paling dikesalinya apabila ada pihak tidak tahu kisah sebenar, menghentamnya secara membabi buta.

"Saya agak kecewa bila ada blogger yang hentam saya. Buat kesimpulan sendiri dan kemudian hentam saya.

"Saya manusia biasa, ada perasaan, malah perasaan sayang masih kuat lagi. Tapi saya tak boleh buat apa-apa. Apa yang saya boleh buat hanyalah sibukkan diri dengan kerja," katanya.

Menafikan khabar bahawa dia membawa diri selepas perpisahan itu, Kamal berkata, dia banyak terlibat dengan penggambaran filem dan drama sejak dia berpisah.

"Ketika kami berpisah, saya terlibat dengan penggambaran filem komedi seram, Cut arahan Pierre Andre. Masa itu saya rasa agak 'ting tong', bila saya kena bawa watak lelaki lembut yang agak komedi dalam keadaan jiwa kacau.

"Selain itu drama lakonan saya bersama Remy Ishak dan Nabila Huda, Antidot sudah mula bersiaran di TV3.

Dalam masa yang sama, dua filem saya iaitu Apartment, baru selesai menjalani penggambaran, manakala filem Cerita Hantu Malaysia dijangka akan ditayangkan bulan ini.

"Kini saya sibuk menjalani penggambaran drama 26 episod untuk siaran RTM iaitu Pergilah Air Mata," akhirinya.

Mood bulan madu

Posted: 02 Dec 2014 09:38 PM PST


  • Fauziah & ZhafranFauziah & Zhafran

SELEPAS setahun mendirikan rumah tangga, aktres cantik, Fauziah Gous mengakui masih berada dalam mood berbulan madu bersama suaminya, Md Zhafran Md Yusof.

Menurut pelakon Rindu Bertamu di Abu Dhabi ini, dia dan suaminya masih menjalani proses mengenali diri dan tidak terlalu merancang untuk menimang cahaya mata.

"Menjalani fasa bercinta selepas berkahwin amat berbeza. Setiap hari ada sahaja perkara baru yang kami lalui bersama.

"Kami lebih teruja menjalani fasa ini sehingga tidak sedar sudah lebih setahun kami bersama.

"Mengenai zuriat, saya dan suami tidak terlalu tergesa-gesa tapi jika ada rezeki, kami tidak tolak dan itu bukanlah tekanan buat saya. Saya lebih teruja untuk mengenali suami dengan lebih baik," jelasnya.

Bercerita lanjut mengenai perkembangan terbarunya, Fauziah memberitahu dirinya kini sibuk menguruskan perniagaan produk berasaskan sarang burung.

"Sebenarnya sudah lima bulan saya tidak terlibat dengan bidang lakonan kerana beri tumpuan pada bisnes sarang burung.

"Bagi saya tempoh lima bulan itu agak lama kerana sebelum ini jadual lakonan saya memang pernah tidak putus.

"Tapi tidak bermakna saya akan terus berhenti, jika ada tawaran yang bersesuaian, saya tidak tolak. Memandangkan masa yang saya ada sekarang agak terhad, saya terpaksa memilih tawaran lakonan yang diberikan kepada saya," ujarnya mengakhiri perbualan.

Bila Hati Berbicara: Rosyam Nor sedia dikritik

Posted: 02 Dec 2014 09:35 PM PST


  • Rosyam NorRosyam Nor

SELEPAS tujuh minggu ditayangkan di TV3 untuk slot Akasia, drama adaptasi novel terbitan Buku Prima, Bila Hati Berbicara karya Antasyah Balkis, semakin mendapat perhatian penonton.

Drama bersiri 32 episod ini diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd, diarahkan oleh Amie Maziah dan nukilan skrip oleh Sharifah Abu Salem.

Diterajui pelakon muda iaitu Syafiq Kyle dan Atikah Suhaime, serta dibantu oleh Hafreez Adam, Azwan Kombos dan Raja Ilya, drama ini ditayangkan setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 7 malam sejak 28 Oktober lalu.

Walaupun pada awalnya, lakonan Syafiq dan Atikah menerima kritikan hebat daripada penonton, penerbitnya, Datuk Rosyam Nor berkata, ianya perkara positif untuk drama itu.

Katanya, menyedari keserasian antara kedua-dua bintang muda itu agak kaku mulanya, dia berbangga dengan usaha pengarah drama itu yang banyak membantu perjalanan penggambaran.

"Saya akui mereka masih baru dan banyak kelemahan dari segi lakonan dari awal lagi. Sebagai penerbit, saya membuka peluang kepada bakat baharu untuk menonjolkan kelebihan mereka dalam drama ini," katanya ketika dihubungi Zass.

Jelasnya, selepas beberapa minggu penggambaran dijalankan, chemistry antara mereka semakin baik dan penonton kini turut menerima lakonan mereka.

"Saya sedar isu ini akan dibangkitkan, namun saya yakin dengan kebolehan mereka kerana kedua-duanya adalah pelakon yang berbakat besar," ujarnya.

Bila Hati Berbicara mengisahkan tentang percintaan antara dua insan yang berasal dari latar belakang yang berbeza.

Emir Qasya (Syafiq) seorang pemaju hartanah yang berjaya dan amat mementingkan darjat dan keturunan, manakala Tania Katsura (Atikah) pula seorang gadis biasa yang tinggal di kawasan setinggan dan sentiasa bekerja keras untuk mengejar cita-citanya.

Gandingan menjadi

Biarpun lakonan Syafiq dan Atikah dikritik ramai, berlainan pula pendapat penulis novelnya, Antasya Balkis yang memuji gandingan kedua-dua pelakon tersebut.
Baginya, pemilihan muka baharu adalah tepat seperti yang digambarkan menerusi novelnya itu.

Katanya, Atikah berjaya menghidupkan watak Tania Katsura yang perwatakan manis dan comel dengan baik.

Begitu juga dengan Syafiq, Antasya teruja dengan lakonan jejaka itu yang mampu menjiwai karakter playboy Emir kepada lelaki yang lebih beremosi selepas bertemu dengan Tania.

Dalam masa yang sama, dia turut berkongsi rasa bertuah apabila karyanya itu terpilih untuk diadaptasi ke drama.

"Sudah bertahun novel ini diterbitkan dan apabila ia ditawarkan ke skrin TV, saya gembira dengan tawaran daripada pihak stesen TV," ujarnya.

Berpuas hati dengan hasil drama adaptasi tersebut, Antasya mengharapkan drama itu mampu beri impak baik kepada penonton.

Setem Bersadur Emas Pertama Di Malaysia

Posted: 02 Dec 2014 09:22 PM PST



KUALA LUMPUR: Peminat setem di negara ini berpeluang mendapatkan koleksi setem bersadur emas yang dikeluarkan buat pertama kalinya di negara ini.
Ketua Unit Setem dan Filateli Pos Malaysia Berhad, Diyana Lean Abdullah berkata setem bertemakan 'Baba & Nyonya' itu boleh didapati pada harga RM50 sekeping.
"Setem bersadur emas ini pertama kali dikeluarkan di negara ini. Ia adalah susulan pengeluaran setem tersebut dalam bentuk kertas pada November tahun lalu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Pameran Setem Belia Dunia Kuala Lumpur (KLwyse) 2014 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, Selasa.
Diyana berkata, setem tersebut memaparkan motif buah-buahan tempatan sulaman kebaya Nyonya iaitu pakaian tradisional Peranakan Cina di Melaka yang boleh digunakan untuk tujuan pengeposan.
Bagaimanapun, katanya, setem tersebut adalah terhad kerana dicetak sebanyak 5,000 keping sahaja dan boleh didapati bermula Selasa.
Diyana menunjukkan setem sulaman Kebaya Nyonya yang bersadur emas dan berbentuk kertas.
"Setem ini amat terhad. Jadi bagi peminat setem bolehlah datang ke ruang legar pameran setem antarabangsa ini bermula hari ini (Selasa)," katanya.
Jelas beliau, sambutan terhadap setem tersebut amat memberangsang dan ia akan menjadi antara setem paling laris sepanjang pameran yang akan berakhir Sabtu ini.
"Saya percaya setem ini memang akan jadi rebutan. Ini kerana ia (bersadur emas) pertama kali dikeluarkan di negara ini," katanya.
Sementara itu, Diyana berkata setem Empat Annas (empat dominasi) iaitu Separuh Anna, Satu Anna, Dua Anna dan Empat Annas antara yang terawal digunakan dalam negeri-negeri Selat dicetak semula bagi memperingati genap 160 tahun penggunaan setem di Malaysia.
"Setem tersebut antara yang terawal digunakan di Malaysia, kira-kira 160 tahun dahulu. Ia susah dijumpai dan kita cetak semula pada kali ini," katanya.
Beliau berkata, setem tersebut yang juga milik seorang warganegara Singapura itu mampu mencecah $AS1.5 juta di pasaran.
Setem bertemakan 160 tahun penggunaan setem di Malaysia.
"Koleksi setem Empat Annas itu hanya dicetak sebanyak 60,000 keping sahaja. Jumlahnya juga amat terhad. Bagi peminat setem, saya syorkan datanglah ke pameran ini untuk mendapatkan koleksi ini," katanya.

Koleksi setem Empat Annas itu boleh didapati pada harga RM1, RM2 dan RM3.

Pameran yang berlangsung di KLCC bermula 1 hingga 6 Disember ini mempamerkan lebih 100,000 koleksi setem termasuk setem wajah Queen Victoria ketika berumur 15 tahun yang digunakan di Negeri-negeri Selat yang berusia 160 tahun.

Selain itu, lima set setem lembaran mini khas turut dikeluarkan pada setiap hari pameran dengan tema berbeza iaitu Bangunan Warisan, Flora, Fauna, Tarian Kebudayaan dan Cerita Legenda Melayu.

Hutan 'berhantu' lokasi popular bunuh diri

Posted: 02 Dec 2014 09:04 PM PST




  • Hutan Aokigahara yang terletak di Jepun ini dikatakan punyai rekod dan sejarahnya yang tersendiri. Hutan Aokigahara yang terletak di Jepun ini dikatakan punyai rekod dan sejarahnya yang tersendiri.

FUJI - JEPUN. Tidak seperti hutan biasa, Hutan Aokigahara yang terletak di Jepun ini dikatakan punyai rekod dan sejarahnya yang tersendiri.

Menurut sumber daripada penduduk tempatan, hutan tersebut dijadikan lokasi terkenal bagi individu yang ingin membunuh diri.

Ia terjadi selepas penerbitan novel Kuroi Jukai pada tahun 1960 iaitu novel percintaan yang mengisahkan sepasang kekasih membunuh diri di hutan tersebut, menjadikan lokasi tersebut popular bagi individu yang mempunyai tujuan yang sama.

Dilaporkan lebih kurang 50 hingga 100 orang membunuh diri dalam setahun dengan menggunakan pelbagai cara di hutan tersebut.

Hutan tersebut dikatakan 'menyimpan' begitu banyak mayat atau rangka manusia.

Keadaan itu bagaikan memberi peluang kepada kumpulan kongsi gelap Yakuza.

Kumpulan ini akan mengupah pengemis atau gelandangan masuk ke hutan untuk mengambil barangan berharga yang ada pada individu yang mati di situ.

Selain menerima kunjungan daripada individu yang bertujuan membunuh diri, hutan yang terkenal ini turut menerima kehadiran pelawat atau pengembara yang ingin merasai dan mengetahui misteri yang menyelubungi hutan tersebut.

Lebih dari itu, antara objek lain yang ditemui adalah nota-nota ucapan selamat tinggal atau surat terakhir, menerangkan punca mereka mengambil jalan mengakhiri nyawa masing-masing.

Antara yang pernah dijumpai pengunjung yang memasuki hutan tersebut termasuklah mayat tergantung pada dahan atau batang pokok, tersepit di celah pokok atau rangka manusia di lantai hutan.

Memetik sumber dari pada Wikipedia, hutan Aokigahara terletak di bahagian barat laut Pergunungan Fiji dengan keluasan 35 kilometer persegi.

Keadaan hutannya begitu tebal sehingga mampu menyekat laluan angin, menjadikan suasana hutan tenang dan sepi.

Tiada pemantauan ketat dilakukan untuk menghalang mana-mana individu masuk ke hutan tersebut bagi membunuh diri.

Ia kerana lokasinya yang agak jauh daripada petempatan dan keadaan hutannya yang begitu tebal, gelap licin dan menakutkan, sekali gus menjadikan kawalan hutan adalah sesuatu yang mustahil dilakukan!

Pada kebiasaannya pihak berkuasa akan melakukan 'pembersihan' mayat sekurang-kurangnya sekali pada setiap tahun.

Sehingga kini, hutan tersebut masih kekal terpelihara kehijauannya dan masih ada individu memasuki hutan tersebut untuk tujuan membunuh diri.

Antara nama lain hutan Aokigahara adalah Suicide Forest atau 'Hutan Berhantu'.

14 kenderaan terbabit nahas

Posted: 02 Dec 2014 08:57 PM PST


  • Tumpahan minyak kelapa sawit berlaku di atas jalan raya.Tumpahan minyak kelapa sawit berlaku di atas jalan raya.

KUALA PILAH - Sebanyak 14 kenderaan terbabit dalam kemalangan di Kilometer 23 Jalan Seremban - Kuala Pilah, berhampiran Kampung Sawah Liat, di sini, semalam.

Kemalangan kira-kira jam 11 pagi itu berlaku apabila sebuah lori tangki membawa muatan minyak sawit dari arah pekan Kuala Pilah ke Seremban, melanggar belakang sebuah kereta Perodua Myvi di laluan sama.

Kemalangan turut melibatkan sebuah lagi lori tangki yang juga membawa muatan minyak kelapa sawit, lapan kereta , dua lori satu tan dan masing-masing sebuah treler tanpa muatan dan bas ekspres.

Pemandu Perodua Myvi, Lee Ziong Keat, 25, berkata, kemalangan dipercayai berpunca daripada masalah brek pada lori tangki itu.

Katanya, ketika kejadian, semua kenderaan bergerak perlahan dari arah Kuala Pilah ke Seremban kerana terdapat kerja membaiki jalan rosak.

"Saya berada di barisan paling belakang dan sempat melihat cermin sisi kanan, ada sebuah lori tangki muatan sawit dipandu laju.

"Belum sempat saya elak, belakang kereta saya dirempuh lori itu hingga kereta saya bergerak ke depan, lalu melanggar belakang sebuah Kia Rio menyebabkan kedua-dua kereta kemek," katanya.

Menurut Ziong Keat, akibat hilang kawalan, lori tangki itu masuk ke laluan bertentangan dan melanggar sebuah lori satu tan yang membawa muatan minyak hitam menyebabkan berlaku tumpahan minyak di bahu kanan jalan.

"Lori tangki itu terus bergerak dan merempuh sebuah treler kosong yang berhenti kerana ada kerja-kerja baiki jalan.

"Akibat rempuhan kuat, treler kosong itu menggelongsor ke hadapan dan melanggar sebuah lori tangki muatan minyak sawit yang berada di hadapan menyebabkan tangki bahagian belakang pecah serta berlaku tumpahan minyak sawit," katanya.

Dalam masa sama, katanya, terdapat enam kereta pelbagai jenis dari arah Kuala Pilah ke Seremban berlanggar antara satu sama lain.

Dalam pada itu, limpahan minyak sawit itu turut menye-babkan air sungai Terachi tercemar lebih tiga kilometer dari lokasi kejadian, sementara kesan minyak dikesan merebak ke empangan air di Terachi.

Bagaimanapun, bekalan air untuk skim pengairan tidak terjejas.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah, Penolong Kanan Penguasa Bomba Jaafar Yusuf berkata, tujuh pegawai bomba dan penyelamat bergegas ke tempat kejadian untuk menyembur air serta menabur habuk kayu bagi membersihkan kesan tumpahan minyak.

"Tiga mangsa yang menaiki Honda Civic dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah menggunakan ambulan. Keadaannya stabil," katanya.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Azmi Abdul Rahim mengesahkan kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Didakwa ceroboh bilik ketika majlis kahwin

Posted: 02 Dec 2014 08:56 PM PST


  • Tertuduh (depan) ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, semalam. Tertuduh (depan) ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, semalam.

AYER KEROH -  Seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, semalam atas pertuduhan menceroboh bilik tidur sebuah rumah yang sedang melangsungkan majlis perkahwinan di Bukit Rambai, minggu lalu.

Tertuduh, Mastura Ramli, 33, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Norina Maludin terhadap pertuduhan dibacakan jurubahasa dan yang didakwa ke atasnya.

Berdasarkan pertuduhan, Mastura didakwa menceroboh masuk ke dalam bilik tidur milik seorang wanita di sebuah rumah di Lorong Bilal Karim, Bukit Rambai, kira-kira 1.20 petang pada 29 November lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun, denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Norshazwani Ishak ketika pendakwaan meminta mahkamah memberikan jaminan sebanyak RM3,000 terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, peguam bela, Farid Aziz merayu supaya mahkamah mengurangkan jaminan dengan alasan tertuduh merupakan suri rumah yang mempunyai empat anak.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak, Norina kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM1,500 dan sebutan semula kes ditetapkan 12 Disember ini.

Mata berulat dihinggapi lalat

Posted: 02 Dec 2014 08:47 PM PST


  • Keadaan mata Mohd Zain yang kini buta, bernanah selain berulat selepas dijangkiti kuman sejak beberapa tahun lalu.Keadaan mata Mohd Zain yang kini buta, bernanah selain berulat selepas dijangkiti kuman sejak beberapa tahun lalu.

DUNGUN - Kedaifan hidup menyebabkan seorang wanita warga emas terpaksa berjalan kaki kira-kira tiga kilometer setiap hari, mengelilingi beberapa kampung berhampiran bagi menjaja kuih untuk menyara kehidupan.

Tidak kira cuaca hujan atau panas, demi memastikan dia dan suaminya dapat mengisi perut, wanita ini terpaksa menguatkan dirinya, walaupun adakalanya dia rebah tertiarap selepas pitam kerana badannya yang uzur itu sudah tidak bertenaga.

Khatijah Mohamed, 71, yang menjalani kehidupan di sebuah pondok usang bersama suami, Mohd Zain Ismail, 64, berkata, sebelum ini, mereka menyewa sebuah rumah papan di celah lorong berdekatan Jalan Kubur, Tanah Lot, di sini dengan kadar sewa RM100 sebulan.

"Selepas suami makcik jatuh sakit, kehidupan makin susah, kami tak mampu bayar sewa rumah sehingga tunggakannya mencecah ribuan ringgit.

"Suami makcik pula alami masalah jangkitan kuman pada mata dan terpaksa berulang-alik ke hospital menyebabkan makcik tak dapat cari wang kerana terpaksa jaga suami," katanya.

Kata Khatijah, pernah beberapa hari mereka alas perut dengan hanya makan nasi bubur tanpa sebarang lauk kerana ketiadaan wang.

"Dua tiga hari makan nasi bubur sebelum ada orang beri sikit wang untuk membolehkan makcik beli barang dapur lain," katanya.

Katanya, dia ada menerima wang bantuan daripada JKM sebanyak RM200 sebulan selain sumbangan beras daripada Pejabat Ahli Parlimen Dungun.

"Dengan wang sebanyak itu apalah sangat yang dapat makcik belanjakan kerana sebahagiannya terpaksa diperuntukkan untuk biayai kos rawatan suami yang kini mata kanannya tidak boleh melihat," katanya.

Sementara itu, Mohd Zain atau lebih dikenal sebagai Pok Jin berkata, dia sudah putus harapan untuk ubati penyakit matanya yang kini sudah tahap kritikal.

Lebih menyedihkan apabila bahagian matanya itu sudah berulat dan sering dihinggapi lalat menyebabkan dia rasa malu untuk bertemu orang ramai, apatah lagi ingin menagih bantuan.

"Mata saya buta, isteri pun sudah uzur, tak larat nak kerja lagi. Kami pula tiada anak...sepatutnya kami layak dapat bantuan lain, tapi hanya RM200 itu sahajalah bantuan yang kami terima.

"Saya dengar Dungun ni ramai orang kaya, pemimpin ramai, tapi tak ada seorang pun yang bantu kami," katanya.

Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan atau mendapatkan maklumat lanjut mengenai kisah pasangan ini boleh hubungi talian 013-9629449.

Penemuan ikan tilapia diberi makan babi

Posted: 02 Dec 2014 08:44 PM PST


  • Seorang penduduk masuk ke dalam kolam bagi membantu menangkap ikan untuk dianalisis oleh Jabatan Perikanan Negeri Perak.Seorang penduduk masuk ke dalam kolam bagi membantu menangkap ikan untuk dianalisis oleh Jabatan Perikanan Negeri Perak.

KUBU GAJAH - Julai lalu, negara digemparkan dengan penemuan tulang yang disahkan babi dalam sebuah kolam di Jalan Ipoh-Batu Gajah dekat Ipoh selepas tersebarnya lima keping foto di laman sosial.

Kini gambar bangkai yang dipercayai babi diletakkan di tengah-tengah kolam ternakan ikan tilapia pula menjadi viral di internet.

Kolam ikan yang terletak di Bukit Tinggi, Redang Panjang, di sini itu dimuat naik dalam laman Facebook oleh seorang individu.

Sebaik mendapat tahu mengenainya, Jabatan Perikanan Negeri Perak dan beberapa agensi berkaitan seperti Jabatan Agama Islam Perak, pentadbir daerah Selama dan polis segera menyerbu lokasi itu semalam.

Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Perak, Dr Bah Piyan Tan berkata, pihaknya sudah pun mengambil sampel ikan di kolam berkenaan untuk dianalisis.

Katanya, antara sampel diambil termasuk enam ekor ikan tilapia dan enam ekor ikan baung yang terdapat dalam kolam itu.

"Sampel yang kita ambil akan dianalisis dan dihantar ke Jabatan Kimia. Kita akan beritahu hasilnya selepas keputusan diterima," katanya, semalam.

Sementara itu, Adun Kubu Gajah, Hasbullah Alias yang turut berada di lokasi tersebut berkata, terdapat enam kolam ikan ternakan tilapia terdapat di kawasan terbabit.

Hasbullah berkata, jika benar ikan-ikan dalam kolam berkenaan diberi makan babi, tindakan akan diambil terhadap pemiliknya.

Difahamkan, kolam-kolam terbabit tidak didaftarkan di bawah Jabatan Perikanan.

Mengulas isu itu, Timbalan Ketua Pemuda Pas Perak, Mohd Akmal Kamaruddin berkata, berdasarkan pemerhatian dilakukan, tiada bukti menunjukkan bahawaikan di dalam kolam itu diberi makan bangkai babi.

"Pelampung yang terdapat di tengah-tengah kolam seperti dalam gambar dipaparkan dalam Facebook juga tidak ada lagi hari ini. Mungkin ia telah dialihkan oleh pemilik kolam," katanya.

Bagaimanapun seorang saksi yang enggan dikenali memaklumkan, Ahad lalu, kira-kira jam 10 pagi, dia bersama tiga rakan menyaksikan sendiri ikan-ikan dalam kolam itu diberi makan bangkai babi.

"Saya lihat sendiri di depan mata dengan jarak kira-kira 10 meter dan saya cuba untuk mengambil gambar sebagai bukti," katanya.

Katanya, selepas tersebarnya gambar tersebut, pemilik kolam mungkin segera membersihkan kolam ternakan ikannya.

"Sebab itu kita tidak menemui apa-apa dalam serbuan ini. Malah saya sendiri turun ke dalam kolam untuk menangkap beberapa ekor ikan untuk diuji oleh Jabatan Perikanan.

"Apa pun kita serahkan kepada jabatan yang berkenaan untuk membuat analisa dan penyelidikan terlebih dahulu untuk membuktikannya," katanya.

Bagaimanapun pemilik kolam terbabit yang enggan dikenali menafikan dakwaan yang tersebar dalam internet itu.

Katanya, dia hanya memberikan ikan-ikannya makan bangkai kambing dan ayam setiap hari.

Gadis dicabul, penumpang lain diam diri

Posted: 02 Dec 2014 08:42 PM PST


  • Gadis dicabul, penumpang lain diam diri

HARYANA - INDIA. Situasi dua orang gadis yang dikatakan diserang secara seksual berjaya dirakam oleh seorang penumpang bas di Haryana, utara India.

Dua gadis berkenaan, Arati dan Pooja Kumar membelasah sekumpulan pencabul dengan tali pinggang selepas tiada penumpang yang menolong meleraikan kejadian tersebut.

Klip rakaman amatur tersebut yang dirakam oleh seorang wanita yang sedang mengandung telah dimuat-naik ke laman popular Youtube.

Wanita berkenaan memberitahu Times of India bahawa dia juga diserang secara seksual oleh kumpulan lelaki terbabit.

Sementara itu, Arati memberitahu wartawan, kumpulan lelaki berkenaan menyentuh Pooja yang juga adik beliau dan membuat aksi cium.

"Saya beritahu dia supaya jangan kacau atau saya akan ajar dia. Kemudian dia panggil seorang lelaki lain.

"Tidak lama kemudian, seorang lagi rakan mereka menaiki bas ini," katanya.

Tiga lelaki yang terlibat dalam kejadian tersebut telah ditahan dan pemandu bas juga telah digantung kerja kerana gagal mengambil tindakan ketika kejadian berlaku.

Video tersebut menjadi sensasi internet dan disiarkan di televisyen.

Kejadian tersebut memaksa langkah keselamatan diambil untuk memastikan keselamatan wanita di India.

Kes toreh muka: 'Kejam dooh nih'

Posted: 02 Dec 2014 08:37 PM PST


  • Mazlan (dua, kanan) menyampaikan buah tangan kepada mangsa yang diwakilkan Lah.Mazlan (dua, kanan) menyampaikan buah tangan kepada mangsa yang diwakilkan Lah.

KOTA BHARU - "Kejam dooh nih (terlalu kejam)." Itu luahan bapa mangsa samun, Lah Hassan, 59, terhadap tindakan ganas perompak yang menoreh muka anaknya, Nur Shafiqa, 22, dalam kejadian di Wakaf Berangan, Sri Aman, Pasir Puteh, Ahad lalu.

Lah berkata, ketika kejadian dia tiada di rumah kerana keluar bekerja dan hanya mengetahui melalui jiran yang menghubungi kira-kira jam 2.15 petang.

"Jiran memberitahu ada dua lelaki menceroboh masuk ke dalam rumah saya dan berkata anak serta isteri, Hat Tema Mat Zin, 58, sudah dikejarkan ke hospital kerana mengalami kecederaan akibat diserang penjenayah," katanya ketika ditemui di Hospital Universiti Sains Malaysia, di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim turut melawat mangsa, Hat Tema di hospital berkenaan, manakala Nur Shafiqa pula sudah dibenarkan pulang, hari ini.

Hat Tema turut cedera di kepala, dahi, mata dan bibir dipercayai ditumbuk dan diserang dengan pisau oleh penjenayah.

Lah berkata, dia tidak mengesyaki sesiapa, namun berharap pihak polis dapat mengesan penjenayah berkenaan untuk dihadapkan ke muka pengadilan.

"Perbuatan mereka memang sangat kejam sehingga anak bongsu saya, Nur Shafatini, 18, trauma selepas kejadian itu, namun keadaan dia dan kakaknya kini semakin pulih," katanya.

Sementara itu, Mazlan menyifatkan tindakan dua penjenayah terbabit sebagai melampau kerana bukan sahaja bertindak merompak, malah menggunakan kekerasan dengan tanpa perikemanusiaan menoreh muka mangsa.

"Gerakan memburu dua suspek lelaki Melayu yang terbabit dalam kejadian itu sedang giat dijalankan. Motif sebenar masih dalam siasatan, namun pihak kami percaya mereka memang berniat untuk merompak. Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana samun dan menyebabkan cedera," katanya.

Gaduh ala mafia di balai polis

Posted: 02 Dec 2014 08:35 PM PST


  • Lapan daripada mereka yang ditahan dikenakan perintah reman di mahkamah. - Foto Sinar Harian oleh ADILA SHARINNI WAHIDLapan daripada mereka yang ditahan dikenakan perintah reman di mahkamah. 

KOTA BHARU - Hasrat sekumpulan warga Pakistan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan hal kebajikan dan khairat kematian bertukar pergaduhan ala mafia apabila saling tidak berpuas hati antara satu sama lain.

Kejadian berlaku di sebuah rumah di Panchor, Kemumin ketika kira-kira 20 lelaki warga Pakistan berkenaan sedang bermesyuarat, pada jam 8.30 malam, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaim Md Isa berkata, perbicangan itu bagaimanapun bertukar kekalutan apabila satu pihak dipercayai menuduh satu lagi pihak lain membuat laporan berkait kesalahan tidak memiliki dokumen dalam kalangan mereka.

Katanya, pertengkaran mulut kemudian bertukar pergaduhan besar apabila ada yang memukul menggunakan kayu selain menumbuk dan menendang rakan masing-masing.

"Mereka kemudiannya datang untuk membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah, di sini, namun pergaduhan bersambung di sana.

"Berlaku tumbuk-menumbuk sehingga keadaan menjadi tidak terkawal di balai terbabit menyebabkan polis bertindak menahan kesemua lapan mereka yang ada di situ ketika itu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, hari ini.

Rohaimi berkata, kesemua mereka ditahan reman dan akan dituduh mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh. Akibat pergaduhan itu, mereka mengalami lebam di mata, luka dikaki, tangan dan sebagainya.
 

Johan As’ari selesa solo

Posted: 02 Dec 2014 08:31 PM PST


BEBERAPA kali terjebak cinta sesama artis, Johan kini selesa solo. Selepas putus dengan Lana Nordin, sehingga kini Johan tidak menjalin hubungan istimewa dengan mana-mana wanita.


NAMA aktor kacak, Johan A'sari atau nama sebenarnya Johan Ariff As'ari sering dikaitkan dengan kisah cintanya bersama beberapa artis wanita. Kisah jodoh yang terputus di tengah jalan bersama pelakon cantik Lana Nordin awal tahun ini benar-benar memuncakkan kepanasan namanya dalam dunia hiburan tempatan.
Seiring dengan kisah cinta yang tidak kesampaian tersebut, nama dan kelibat pelakon yang sinonim dengan watak Botak yang dipegangnya dalam drama Juvana itu seperti hilang daripada pandangan. Tiada lagi kisah cinta dan tiada lagi gosip panas mengaitkan dirinya dengan mana-mana artis wanita. Situasi itu ada baiknya, namun, pada yang masa yang, aktor berusia 28 tahun itu turut sepi ditenggelami arus hiburan yang memadamkan kepanasan namanya.
Menafikan popularitinya hanya bersandarkan kisah cinta yang tidak kesampaian semata-mata, anak kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu sebenarnya punya rencana sendiri untuk mengembalikan kebangkitan reputasinya ke persada dunia hiburan tanah air.
KOSMO!: Jika dahulu, nama Johan As'ari berada pada posisi yang tinggi, sama ada dari segi kemantapan lakonan serta cerita hangat. Namun, momentum itu tidak kekal. Apakah hanya kerana kisah kontroversi membuatkan populariti anda mencanak naik?
JOHAN: Sejujurnya, saya tidak merasakan kisah kontroversi sebelum ini membantu menaikkan nama saya dalam persada dunia hiburan.
Sebaliknya, jika dikira semula, nama saya mula dikenali setelah memegang watak Botak dalam drama Juvana. Tidak lama selepas itu barulah nama saya sering dikaitkan dengan gosip panas (ketawa). Jadi, salah sekiranya ada pihak yang mendakwa, saya dikenali kerana bersandarkan kepada cerita gosip semata-mata. Saya bekerja keras untuk sampai ke tahap ini, jadi jangan letakkan saya pada kedudukan seperti itu.
Sejak kebelakangan ini, mengapa wajah dan nama seolah-olah hilang daripada publisiti. Adakah sekarang perjalanan karier anda semakin perlahan?
Tidak. Saya masih di sini. Saya akui memang jarang keluar di mana-mana media sama ada elektronik atau cetak dalam tempoh beberapa bulan ini. Tapi itu bukan bermakna saya hilang. Sebenarnya sekarang saya sangat sibuk menjalani penggambaran sebuah drama terbaharu berjudul Cinta Ilahi untuk slot di TV3. Dalam drama itu, saya akan bergandingan dengan pelakon Diana Amir.
Selain itu, boleh kongsikan apa perkembangan terbaharu anda?
Selain drama, sekarang ada empat buah filem lakonan saya sedang menunggu masa untuk ditayangkan di pawagam iaitu Ophilia, Juvana II, Juvana III dan Tujuh. Filem Ophilia yang turut menampilkan lakonan saya juga menemui penonton pada 18 Disember nanti. Filem Tujuh kemungkinan besar akan ditayangkan pada tahun hadapan. Filem Juvana II dan III pula masih belum mendapat tarikh untuk ditayangkan, namun saya sangat berharap filem-filem hebat seperti itu akan dapat menemui penonton dalam kadar segera.
Menyentuh sedikit sisi peribadi, acap kali diri anda sudah melalui jalan kecundang dalam percintaan dan dengan usia yang semakin menjangkau kini, apa komen anda mengenai ini?
(Senyum). Jujur, tiada apa mahu disorokkan. Sekarang saya masih sendiri, masih tiada bertemu pengganti. Bagi saya, belum masanya untuk saya bercinta. Sekarang saya selesa hidup secara solo.
Apa yang penting, saya mahu fokuskan kepada kerjaya. Saya betul-betul mahu mencari motif sebenar, mengapa saya menceburi bidang lakonan. Soal hati dan perasaan, saya mahu tolak ke tepi dulu. Kalau diikutkan, kawan perempuan memang ada, tetapi mereka semua hanya rakan sekerja, bukannya teman yang istimewa. Kalau sudah kekasih nanti, saya tidak keberatan untuk berkongsi dengan semua orang. Sejak dahulu, saya letak target mahu tamatkan zaman bujang paling lewat pada usia 30 tahun. Tetapi, jika jodoh saya datang awal daripada sasaran itu, saya tidak menolak. Jika jodoh saya tiba ketika usia saya sudah melebihi 30 tahun, saya tidak akan merungut. Itu semua kerja Tuhan.


Sharnaaz mahu keluar dari Malaysia

Posted: 02 Dec 2014 08:30 PM PST

SHARNAAZ (kanan) dan Amyra Rosli digandingkan sebagai suami isteri dalam drama Suamiku Encik Sotong.


aktor kacak dan bertubuh sasa, Sharnaaz Ahmad memang sinonim dengan kisah panas dan kontroversi sebagai penghias perjalanan seninya sehingga ke hari ini.
Sering dilabel sebagai artis yang bermasalah sehingga mendapat gelaran aktor kontroversi, itu semua langsung tidak menggangu gugat kehidupannya. Bagi pelakon drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta itu, sebagai manusia biasa yang tidak sempurna, semua orang punya kelemahan.
Siapa sangka, jika dilihat pada mata kasar dan dihidangkan dengan cerita panasnya, pasti tidak menduga, pemegang Ijazah Logistik dari Kolej Olympia, Kuala Lumpur itu juga punya sisi yang berlainan sekali dengan karakter luarannya. Sharnaaz juga seorang yang mahu sebuah kehidupan tenang dan sukses pada masa depan.
Berkesempatan bertemu jejak kacak kelahiran George Town, Pulau Pinang itu dalam majlis pratonton filem lakonan terbaharunya, Gila Baby baru-baru ini, Sharnaaz terlihat mesra, tenang serta matang. Melanjurkan perbualan, aktor berusia 29 tahun itu berkongsi sisi peribadinya yang selama ini barang-kali kerap disalah tafsir.
Lakonan
Bercakap soal lakonan, bakat Sharnaaz mula mendapat perhatian melalui watak Lan Todak dalam filem Juvana The Movie. Seiring dengan keberkesanan lakonannya itu, karyawan layar perak mahupun drama tempatan mula memburu wajah Sharnaaz sebagai watak antagonis.
Pernah mengumumkan untuk berhenti daripada bidang lakonan sekitar hujung tahun lepas, ternyata berita pengundurannya itu terpadam perlahan-lahan apabila saban waktu, dia dihujani tawaran lakonan.
Memandang itu semua sebagai limpahan rezeki daripada Tuhan, Sharnaaz mengakui, keputusan yang dibuat pada waktu itu bercampur dengan faktor emosinya yang tidak tenteram.
"Ketika saya umumkan mahu berhenti berlakon, waktu itu saya dalam keadaan yang sangat tertekan. Diasak dengan cerita kontroversi yang tidak sudah-sudah, itu semua membuatkan saya kecewa. Namun, perkara yang buatkan saya kembali bangkit ialah semangat tidak pernah putus asa.
"Saya lupakan dan tolak ke tepi semua kata-kata tohmahan kepada saya. Kalau pedulikan apa orang mahu kata tentang saya, sampai bila-bila pun tidak akan habis. Selepas itu, saya tanamkan dalam diri untuk kembali bangkit. Semangat baru datang dalam jiwa kerana saya benar-benar mahu berjaya dalam hidup.
"Saya juga tidak tahu, apakah rezeki yang datang kepada saya selepas dihujani dengan kontroversi itu adalah sebagai hikmah atas kesabaran saya selama ini. Atau mungkin, boleh jadi juga sebelum ini lakonan saya sendiri yang telah beri kepercayaan kepada pihak produksi untuk mengambil saya berlakon," ujarnya panjang lebar.
Luar negara jadi sasaran
Satu pencapaian yang boleh dibanggakan untuk anak muda sepertinya, Sharnaaz kekal optimis tidak akan berhenti dalam bidang yang diceburinya sehingga mencapai target yang diinginkan.
"Dalam hidup, apabila sampai pada satu-satu tahap, semua orang ada target masing-masing. Begitu juga dengan saya.
"Jika dalam pasaran tempatan saya sudah cuba banyak perkara, saya mahu jadikan itu sebagai pengalaman dan kunci untuk saya mencuba pasaran luar pula. Saya teringin untuk berlakon di negara luar seperti Hong Kong atau Jepun. Saya tidak kisah watak apa sekali pun, asalkan saya dapat lebarkan lagi sayap kerjaya ke luar.
"Saya mahu keluar dari Malaysia. Bukan maksud untuk meninggalkan negara sendiri, tetapi atas dasar mahu mencari pembaharuan kepada karya tempatan. Itu sebenarnya hasrat saya. Saya sayangkan industri seni tempatan, sebab itu saya mahu ambil kesempatan belajar daripada karyawan di luar negara.
"Sebenarnya, saya mahu jadi seperti Datuk Michelle Yeoh. Walaupun anak Malaysia, tetapi beliau tidak pernah melupakan asal usul dari mana beliau datang. Lihatlah sekarang siapa beliau di mata dunia, berjaya harumkan nama Malaysia. Saya mahu jadi seperti itu jika diizinkan Tuhan.
"Saya tahu perkara itu bukan benda mudah untuk dicapai, sekurang-kurangnya, niat dan hajat saya itu ada dan disertakan dengan kesungguhan. Sekarang apa yang perlu saya buat ialah lebihkan usaha dan kerja keras, biar bakat dan kesungguhan saya dapat membuka mata orang luar.
"Ini hajat saya, saya mahu sayap kerjaya tidak hanya di takuk lama. Jika rezeki memihak, suatu hari nanti, insya-Allah giliran saya untuk melakukan yang terbaik dan membawa nama Malaysia ke persada luar negara akan tiba," tutur bekas finalis Anak Wayang itu penuh semangat.
Sisi lembut

SHARNAAZ kini berada di Jepun untuk penggambaran drama sebuah drama bersiri bertajuk Cinta Di Okinawa.


Jika sebelum ini, pelakon drama Tari Tirana itu sering muncul di layar perak dengan pelbagai watak, termasuklah watak gengster, lelaki romantik atau suami orang, kini Sharnaaz menambah satu lagi warna dalam sisi karakternya apabila memegang watak lelaki lembut dalam drama Suamiku Encik Sotong.
Bergandingan dengan pelakon cantik Amyra Rosli, Sharnaaz mengakui, drama Suamiku Encik Sotong menjadi drama pertama yang menyaksikan karakter lakonannya sebagai lelaki lembut.
Mendapat pelbagai reaksi daripada peminat sehingga ada yang mengatakan watak yang dibawanya itu terlalu canggung di bahu Sharnaaz, pelakon itu hanya melemparkan senyum lebar.
"Memanglah karakter itu tidak menjadi, sebab saya bukan lelaki lembut," ujarnya sambil ketawa.
"Saya faham dan tidak kisah jika ada suara-suara yang mengatakan pembawaan watak lembut saya dalam drama itu tidak menjadi. Bukan senang mahu tukar diri saya yang keras ini menjadi lelaki lembut. Apa yang anda lihat dalam televisyen, itu sahajalah yang terbaik, yang mampu saya bawakan.
"Saya tahu, saya tidak boleh puaskan hati semua orang. Bukannya saya tidak mencuba. Saya sudah mencuba banyak kali untuk betul-betul jadikan diri saya sebagai lelaki lembut, tetapi apa boleh buat, sebab saya bukan macam itu.
"Sebelum saya mula menjalani penggambaran drama itu pun, awal-awal lagi saya sudah meminta maaf sekiranya saya tidak berjaya transformasikan watak itu dengan baik.
"Kalau ada yang kata lakonan saya tidak bagus, alhamdulillah, daripada situ saya dapat tahu apa kekurangan dalam lakonan saya. Insya-Allah selepas ini saya akan belajar dan terus belajar dalam memperbaiki mutu lakonan saya," hurai pelakon drama Setitis Kasih Darmia itu panjang berjela.
Peribadi
Berkisar tentang kisah peribadi, namanya pernah mencanak naik sekitar tahun 2012 gara-gara kisah cinta yang tidak kesampaian dengan seorang penyanyi wanita.
Dua tahun berlalu dan seiring purnama silih berganti, bunga di taman hati pelakon filem Sembunyi: Bisikan Azazil itu juga sudah berganti. Mengakui sedang serius dalam proses mengenali hati budi seorang wanita, Sharnaaz terbuka mendedahkan hubungannya dengan kekasih hati, Anis Al-Idrus.
"Tiada apa yang saya nak komen mengenai perkara (hubungan) itu. Saya dengan dia (Anis) okey macam biasa.
"Saya malas mahu nak komen lebih-lebih mengenai status hubungan kami. Tentang perancangan masa depan pula, saya rasa tidak perlu untuk bercakap mengenai perkara itu buat masa sekarang.
"Jika sampai masa dan ada jodoh antara kami, satu hari nanti akan jadi juga. Jika masanya sudah sampai, insya-Allah saya umumkan kepada semua tetapi untuk bercakap lebih-lebih mengenai perkara ini, saya rasa cukuplah setakat itu sahaja," ujarnya mesra tetapi dalam nada sedikit tegas.
Baru selesai menjalani penggambaran drama Suamiku Encik Sotong, Sharnaaz kini sedang berada di negara matahari terbit, Jepun bagi menjalani penggambaran drama terbaharu berjudul Cinta Di Okinawa.
Drama arahan sutradara Amor Rizan itu menggandingkan Sharnaaz sebagai teraju utama bersama pelakon cantik Hanis Zalikha. Drama bersiri itu akan menemui penonton menerusi saluran Astro Mustika HD.


Tom salahkan diri sendiri

Posted: 02 Dec 2014 08:28 PM PST


SINGLE terbaharunya, Lagu Cinta Buat Rockers kedengaran sedikit agresif berbanding dengan lagu-lagu dalam album pertamanya.


BAROMETER kontroversi penyanyi Tom atau nama sebenarnya, Raja Farah Afzal Raja Ikram, 27, pernah memuncak apabila dia dipukul oleh ahli keluarga isteri bekas kekasihnya dalam satu pertemuan di hadapan pihak media, sekitar empat tahun lalu.
Perbalahan tersebut tercetus apabila keluarga wanita itu tidak berpuas hati dengan kenyataan Tom yang mengaku dirinya difitnah atas tuduhan mendera seorang wanita yang sarat mengandung. Tom juga menafikan dakwaan bahawa dia menjalin hubungan sulit dengan suami wanita berkenaan.
Akibat kemarahan yang tidak tertahan, Tom yang juga juara pertandingan MyStarz LG musim ketiga itu telah dipukul dan ditendang oleh abang wanita terbabit.
Walaupun namanya masih panas diselimut kontroversi, karier seni Tom masih berjalan seperti biasa. Setahun selepas kejadian hitam itu, Tom muncul dengan album pertamanya berjudul Redha. Namun, entah di mana silapnya, percubaan Tom itu tidak mampu meraih perhatian pendengar.
Tidak mengenal erti putus asa, Tom kini kembali dengan single terbaharu berjudul Lagu Cinta Buat Rockers. Selain kontroversi, penyanyi itu mengakui, sifat mementingkan diri sendiri banyak menyumbang kepada kegagalannya untuk memacu karier dalam bidang nyanyian secara komersial.
Salahkan diri
"Selepas album pertama diterbitkan oleh syarikat rakaman, Warner Music Malaysia, saya tidak merebut peluang tersebut untuk terus dikenali.
"Ada beberapa kali saya tidak muncul ke majlis promosi yang diaturkan oleh syarikat rakaman. Pada waktu itu, saya lebih pentingkan band dan kerjaya nyanyian di kelab malam," katanya.
Tambah penyanyi genit itu, disebabkan sering mengambil remeh terhadap peluang yang telah terbuka di hadapan matanya, karier nyanyiannya selepas memenangi pertandingan MyStarz LG tidak mampu bertahan lama.
"Saya akui, disebabkan sifat endah tak endah, nama saya kurang dikenali.
"Namun, saya bersyukur kerana masih ada yang sudi menyokong saya walaupun selalu dihimpit kontroversi," katanya yang turut aktif menyanyi bersama band E6 membuat persembahan di dalam dan luar negara.
Kontroversi
Bercakap mengenai sorotan kontroversi yang pernah melanda dirinya, penyanyi bersuara serak-serak basah itu enggan memikirkan kritikan dan tohmahan yang pernah diterima. Kontroversi yang pernah terpalit dalam diari hidupnya disusun sebagai pengajaran untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang.
"Saya faham, kontroversi demi kontroversi yang dialami bukan satu perkara yang baik. Lebih-lebih lagi ia berlaku ketika saya baru sahaja memenangi pertandingan MyStarz LG musim ketiga.
"Namun, dugaan itu membuatkan saya lebih kuat dan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan pada masa akan datang," jelasnya.
Melanjutkan perbualan mengenai kehidupan peribadinya, Tom kini bahagia bersama suami baharunya, Ahmad Khairul Mizan dan anaknya, Putera Adler Iesta yang baru berumur setahun.
"Saya bernikah dengan Ahmad Khairul pada Mei 2012 dan dikurniakan Putera Adler setahun kemudian.
"Hubungan saya dan Adler sangat rapat kerana saya masih lagi memberikan susu badan kepadanya.
"Jadi, setiap kali pergi menyanyi atau menghadiri majlis, saya pasti akan membawanya bersama," ujar Tom sambil memberitahu, dia masih lagi berhubungan dengan anak pertamanya, Megat Arieal Shakur Mohd. Farhan, 6, yang dipelihara oleh bekas suaminya.
Pilih lagu
Berbicara mengenai single terbaharunya, Lagu Cinta Buat Rockers, Tom melahirkan rasa gembira kerana masih diberi kepercayaan dan peluang oleh syarikat rakaman terbaharu yang menaunginya, Dream Music sepanjang memilih sendiri lagu kegemaran untuk dirakamkan.
Jelas Tom, peluang tersebut dapat memberi kelebihan kepadanya untuk menonjolkan sisi sebenarnya sebagai seorang penyanyi.
"Lagu ciptaan Hadi Hassan dan lirik oleh Amy G dan J. Looi ini memang kena dengan jiwa rock dalam diri saya.
"Walaupun kedengaran agak agresif, namun, saya yakin lagu itu mampu menjadi sebuah platform untuk saya menjenamakan semula diri sebagai seorang penyanyi rock," ujar Tom yang bakal mengeluarkan lapan buah single sepanjang kontrak empat tahun bernaung di syarikat berkenaan.


Lojing diceroboh dengan rakus

Posted: 02 Dec 2014 08:26 PM PST

Sebuah kawasan kelihatan gondol akibat aktiviti penerokaan hutan untuk tanaman sayur-sayuran di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang baru-baru ini.


GUA MUSANG – Penerokaan tanah untuk aktiviti pertanian yang semakin berleluasa di ta­nah tinggi Lojing di sini dikhua­tiri bakal mengulangi tragedi banjir lumpur seperti yang berlaku di Ringlet, Cameron Highlands, Pahang baru-baru ini.
Lojing, tanah tinggi ter­kenal di Kelantan, yang terletak kira-kira 20 kilometer dari Kampung Raja, Cameron Highlands turut ditarah dan digondol untuk dijadikan kawasan tanaman sayur-sayuran oleh pekebun sama seperti kes di Cameron Highlands.
Tinjauan Kosmo! mendapati landskap hutan tanah tinggi itu telah digantikan dengan khemah-khemah plastik yang didirikan untuk melindungi tanaman sayur-sayuran di lereng-lereng bukit.
Lebih memburukkan kea­daan, penerokaan tanah tersebut turut menyebabkan air Sungai Brooke yang jernih pada tahun 1980-an kini bertukar menjadi keruh.
Sungai yang keruh itu mengalir ke Sungai Nenggiri sebelum memasuki Sungai Kelantan. Sungai itu kemudian mengalir terus ke Kuala Tumpat dan Kuala Besar di Laut China Selatan dekat Kota Bharu di timur Kelantan.
Menurut Penghulu Penempatan Orang Asli (Pos) Blau, Salleh Ngah, 52, pada awal tahun 1980-an sungai tersebut masih jernih tetapi mula bertukar menjadi keruh sejak aktiviti pembalakan haram dilakukan di kawasan Lojing.


India beli 126 jet pejuang Rafale Perancis

Posted: 02 Dec 2014 08:24 PM PST



 GAMBAR fail menunjukkan sebuah jet pejuang Rafale keluaran Perancis.


NEW DELHI – Menteri Pertahanan India dan Perancis kelmarin kini di peringkat akhir persetujuan bagi pembelian seba­nyak 126 buah jet pejuang keluaran Perancis yang dianggarkan bernilai AS$15 bilion (RM51.4 bilion), kata pegawai.
Sebelum ini syarikat Perancis, Dassault Aviation cuba menjual jet-jet Rafale yang dikeluarkan pada 2012 kepada India tetapi berhadapan dengan masalah apabila gagal mencapai persetujuan mengenai harga selain India sendiri berdepan dengan krisis ekonomi menyebabkan kekurangan peruntukan bagi pembelian berkenaan.
Kelmarin, Menteri Pertahanan Perancis, Jean-Yves Le Drian mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Manohar Parrikar yang dilantik sebagai Menteri Pertahanan India bulan lalu.
"Kedua-dua pihak telah bersetuju untuk mengadakan kerjasama strategik termasuk membincangkan isu jet Rafale. Kita juga memutuskan bahawa jika wujud sebarang perbezaan pandangan, suatu jalan penyelesaian segera perlu diambil," kata jurucakap Menteri Pertahanan India, Sitanshu Kar.
Berdasarkan perjanjian, sebanyak 18 buah pesawat yang dibina di Perancis akan dihantar ke India, manakala baki 108 buah pesawat dipasang oleh syarikat tempatan, Hindustan Aeronautics Ltd di India.
Peringkat akhir rundingan kontrak perjanjian antara dua negara itu akan dimasukkan dalam bajet India yang bakal dibentangkan pada Mac 2015, jelas Ketua Eksekutif Dassault Aviation, Eric Trappier pada bulan lalu.


Nenek 77 tahun muncul juara angkat berat

Posted: 02 Dec 2014 08:22 PM PST



Agensi - AKSI Murphy ketika menjalani satu latihan angkat berat.


NEW YORK – Seorang nenek berusia 77 tahun muncul juara satu pertandingan angkat berat selepas berjaya mengangkat bebanan seberat 97 kilogram pada bulan lalu.
Nenek tersebut, Willie Murphy muncul juara kategori wanita dalam pertandingan yang dianjurkan oleh Persekutuan Angkat Berat Dunia di Riverdale di Georgia, Amerika Syarikat.
Selain kemampuan mengangkat bebanan, Murphy juga mampu melakukan senaman dengan sebelah tangan seperti tekan tubi dan senaman tangan yang lain.
Murphy yang mempunyai berat badan 47 kilogram berkata, dia mula menceburi sukan angkat berat selepas melihat satu iklan pertandingan angkat berat amatur beberapa tahun lalu.
"Saya bertanya kepada penganjur adakah wanita seperti saya boleh memasuki pertandingan ini dan mereka berkata tiada masalah jika saya mampu melakukannya.
"Sejak itu saya mula berlatih mengangkat berat dan saya gembira kerana ramai golongan muda mendapat inspirasi daripada kejayaan saya," katanya.


Realiti hidup penduduk Mentawai

Posted: 02 Dec 2014 08:20 PM PST

Darul Muwahhidiin dibina untuk membela nasib anak-anak Muslim di Kepulauan Mentawai melalui bimbingan agama dan dilatih sebagai pendakwah.


HUJAN lebat diiringi angin bersiul menyebabkan Lautan Hindi bergelora. Feri yang dinaiki Hazzierah Syaffieqah An Nadiah Azlan, 27, terumbang-ambing sementelah cuaca sedikit demi sedikit beransur gelap.
Lampu feri yang terpadam dinyalakan semula tetapi keadaan itu tidak dapat meredakan gelora yang sedang bermain di dalam hatinya.
Tambahan pula, tiada jejak daratan yang mampu dilihat sepanjang perjalanan itu. Air laut yang sesekali menerjah ke cermin feri menyebabkan Hazzierah Syaffieqah An Nadiah yang mesra disapa Hazzierah bersama beberapa penumpang lain sukar melelapkan mata.
Keadaan ombak yang semakin ganas memaksa kapten kapal mengarahkan setiap penumpang duduk di tempat masing-masing. Mendengar arahan itu, Hazzierah kembali ke biliknya yang menempatkan katil dua tingkat.
Anak kelahiran Sungai Petani, Kedah itu bingkas membaluti tubuhnya dengan selimut sambil membaca beberapa potongan ayat suci al-Quran untuk menenangkan hati. Dia memohon semoga misi kemanusiaan membantu saudara baharu Islam di Kepulauan Mentawai bersama pasukannya terlaksana.
Ombak
"Kami bertolak pada pukul 8 malam dari Pelabuhan Teluk Bungus, Padang di Indonesia dan awal-awal lagi sudah dimaklumkan bahawa perjalanan ini memakan masa sehingga sembilan jam.
"Mengikut perancangan awal, kami perlu tiba di Dermaga Muara Pulau Siberut, Kepulauan Mentawai sebelum subuh untuk memberi ruang kepada pasukan sukarelawan berehat. Kami hanya berada di sana selama empat hari bermula hari Isnin hingga Khamis.
"Dalam tempoh itu sebanyak tiga pulau perlu dilawati yang memakan masa tiga jam dengan menyusuri sungai. Namun, dalam keadaan ribut seperti ini, perjalanan mungkin memakan masa selama 12 jam," katanya yang merupakan sukarelawan Global Peace Malaysia (GPM).
Selain Hazzierah, dua lagi sukarelawan GPM turut terbabit dalam misi mendekati saudara Muslim di Kepulauan Mentawai.
Bagi menjayakan misi itu, pihaknya bekerjasama dengan empat sukarelawan dari Sekolah Perguruan Islam Darul Muwahhidiin dan Dewan Da'wah Indonesia yang berpangkalan di Padang Panjang, Barat Sumatera, Indonesia.
Sejurus tiba di Pulau Siberut, Kepulauan Mentawai, mereka disambut golongan agama di kepulauan itu dan meneruskan misi melawat perkampungan dan pulau yang menempatkan penduduk Islam di situ.
Tepat pukul 7 pagi, mereka tiba di destinasi dan mula mengangkut beberapa kotak yang mengandungi peralatan persekolahan seperti buku, alat tulis dan beg untuk diberikan kepada kanak-kanak di Kepulauan Mentawai.

KEADAAN surau di Kampung Madinah Mangorut yang usang menjadi tumpuan utama penduduk kampung menjalankan aktiviti kemasyarakatan dan keagamaan.


"Saya difahamkan, penduduk Muslim di sini merupakan pribumi Kepulauan Mentawai. Mereka menampung kehidupan dengan mencari hasil laut dan hutan. Memburu adalah rutin harian bagi memperoleh sumber protein.
"Terdapat kira-kira 80,000 penduduk di kepulauan itu. Pada tahun 1980-an agama Islam berjaya disebarkan ke Kepulauan Mentawai sehingga hampir 80 peratus masyarakat di situ memeluk agama Islam.
"Malangnya, jumlah penganut Islam di kepulauan ini turun mendadak sehingga tinggal 12 peratus sahaja. Lebih buruk apabila mereka tidak pernah menerima sebarang bantuan terutama guru yang pakar mengenai selok-belok agama untuk mendidik mereka," jelasnya.
Bergelar komuniti minoriti di kepulauan itu, golongan Muslim terdedah dengan aktiviti kemurtadan. Di sebalik faktor kemiskinan, mereka mudah disogok dengan wang dan bantuan. Bagaimanapun, masih wujud saudara baharu yang mempertahankan agama mereka.
Namun, kewujudan Islam di kepulauan tersebut hanya pada nama. Hazzierah menceritakan, menerusi program berkenaan, sukarelawan berpeluang mengenal pasti keperluan yang diperlukan penduduk Islam di Kepulauan Mentawai.
"Walaupun menetap di kawasan pedalaman dan hidup serba kekurangan, mereka mudah didekati. Golongan ini bukan sahaja memerlukan bantuan tetapi sokongan moral daripada saudara seagama," kata penuntut Sarjana Bioteknologi Mikrob di Universiti Putra Malaysia, Serdang di Selangor itu.
Layan tetamu
Perkampungan sebesar padang bola sepak seluas 0.8 hektar (dua ekar) itu mempunyai sembilan buah rumah panjang yang menempatkan kira-kira 40 penghuni kampung berkenaan.
Hilai tawa kanak-kanak girang yang sedang bermain dilihat berlari tanpa memakai kasut. Kulit mereka kasar tetapi senyuman mereka tidak menggambarkan keperitan hidup yang terpaksa ditempuhi.
Dalam kedaifan itu, mereka tetap menyambut tetamu dengan layanan yang baik. Air kelapa muda bersama sagu menjadi santapan Hazzierah dan pasukannya pada petang itu.
Sepanjang dua jam beramah mesra dengan penduduk setempat, tiada seorang pun wanita di situ yang tidak memakai hijab. Sekiranya tiada tudung, golongan wanita di situ menutup bahagian rambut hingga dada dengan kain.
Sementara itu, 155 kilometer (km) dari Kepulauan Mentawai, sebuah institusi pendidikan agama pengajian Islam giat dibina. Sekolah Perguruan Islam Darul Muwahhidiin (Darul Muwahhidiin) umpama sinar baharu syiar Islam di Kepulauan Mentawai.
Terkumpul Dana

BAHAN binaan pusat pengajian Darul Muwahhidiin disediakan sendiri oleh penduduk kampung Padang Panjang.


Sekolah itu dibina untuk membela nasib anak-anak Muslim di Kepulauan Mentawai melalui bimbingan agama dan dilatih sebagai pendakwah. Sasaran Darul Muwahhidiin ialah melahirkan pendakwah yang mesra dengan masyarakat setempat bagi mengembalikan kegemilangan Islam di kepulauan itu.
Komuniti Muslim di Padang Panjang banyak menyumbang tenaga dan mencari sumber kewangan bagi membantu membina bangunan yang bernilai kira-kira RM20,000 seunit. Pusat pengajian itu menempatkan bangunan seperti surau, asrama dan kelas pembelajaran.
Persatuan Teknologi Makanan (Pertema) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor merupakan institusi pengajian tinggi yang terpanggil untuk membantu pembinaan Darul Muwahhidiin.
Dalam tempoh sebulan sebelum 23 Mei lalu, seramai 14 mahasiswa Fakulti Sains Gunaan (FSG) bertungkus-lumus mengumpulkan dana untuk disalurkan ke projek itu. Aktiviti kutipan derma, sumbangan dan hasil jualan produk dikumpulkan.
Syiar Islam
Diselia oleh Koordinator Program Ijazah Sarjana Muda Sains dan Teknologi Makanan, Dr. Aida Firdaus Muhammad Nurul Azmi merangkap Penasihat Pertema, persatuan itu berjaya membawa RM5,308 ke Padang Panjang bermula dari 23 hingga 27 Mei lalu.
Seorang peserta, Nordalila Diyana Mohd. Rodzi, 22, berharap usaha itu mampu mengembalikan semula syiar Islam kepada golongan Muslim yang murtad di kepulauan.
"Sepanjang mengecat dan menyusun batu-bata, hati saya berdoa semoga suatu hari nanti golongan Muslim di Mentawai kembali ke jalan Allah dan mempunyai pegangan agama yang kukuh," jelasnya ketika ditemui Kosmo!
Seharian bersama dengan penduduk membina Darul Muwahhidiin, Pertema sempat berkongsi pengetahuan mengenai cara membuat mi kuning.
Ketua Program Misi Kemasyarakatan yang juga Setiausaha Pertema, Nur Hidayah Mohd., 23, memberitahu, pembelajaran itu bertujuan membantu penduduk tempatan untuk menjana pendapatan tambahan atau menghasilkan sumber makanan di rumah dengan kos yang minimum.
"Sebagai mahasiswa yang mahir dalam teknologi makanan, menjadi tanggungjawab kami berkongsi ilmu dengan masyarakat di sini. Sambutan yang diterima amat menggalakkan," katanya yang menambah program itu disertai para isteri masyarakat setempat di Padang Panjang.
Berbeza pula dengan Nadiah Amirah Mohamad, 23, ketepatan menunaikan solat dalam kalangan penduduk di Padang Panjang berjaya mencuri perhatiannya.
"Ketika itu, kami sedang sibuk membina rumah. Para wanita menyediakan makanan manakala golongan lelaki pula mengangkat batu-bata dan bahan binaan.
"Jam telah menunjukkan masuknya solat Zuhur. Sejurus azan dilaungkan, kesemua petugas termasuk golongan wanita meninggalkan kerja masing-masing dan berpusu-pusu menunaikan solat secara berjemaah," katanya.
Kesemua peserta yang terdiri daripada wanita menjalinkan usahasama erat dengan GPM. Selain dana, Pertema menyampaikan sumbangan 10 naskhah al-Quran, telekung dan kain sarung.


Sardin bukan lauk orang miskin

Posted: 02 Dec 2014 08:18 PM PST


SARDIN yang dimasak bersama cili dan bawang mampu membuka selera.


"Kalau susah-susah masak saja ikan sardin." Ungkapan ini mungkin tidak asing bagi kebanyakan orang apatah lagi untuk orang bujang atau mereka yang kesuntukan masa untuk memasak.
Malah, ada yang menyimpan stok ikan sardin tin ini untuk tujuan kecemasan jika ada tetamu datang tanpa dirancang.
Memasak ikan sardin ini sama ada yang di dalam tin atau segar sememangnya mudah. Tidak memerlukan banyak bahan. Sama ada dijadikan sambal, dimasak kari atau digoreng bersama bawang dan halia, hidangan ini sudah cukup untuk mengalas perut yang lapar.
Ada juga yang menjadikan ikan sardin ini sebagai inti sandwic atau karipap.
Rakan Facebook (FB), Rosie Hashim memberitahu, untuk menjadikan masakan sardin lebih sedap beliau akan menambah air asam jawa dan hirisan cili merah.
"Masak lemak pun sedap," tambahnya.
Penulis sendiri berasa nostalgik dengan ikan sardin, ikan yang sering dikaitkan dengan rakyat marhaen.
Membesar dalam keluarga yang ramai dengan gaji bapa yang sederhana, ikan sardin adalah sajian lumrah buat kami adik-beradik.
Untuk menjadikannya banyak, emak akan menambah ubi kentang. Cukuplah makanan pada hari itu.
Ikan sardin segar pada masa itu harganya mungkin kira-kira RM1 sekati (kira-kira 600 gram) dan itu pun boleh berkongsi dengan kucing.
Itu kisah puluhan tahun dahulu. Ketika ini, kalau disebut ikan sardin, ia lebih membayangkan keadaan bas atau tren yang sesak dan padat dengan penumpang.
Anak zaman sekarang pun mungkin lebih mengenali ikan tuna daripada ikan sardin.
Hari ini, kalau nak makan ikan sardin tin mungkin lebih elok beli ayam.
Baru-baru ini penulis membeli setin ikan sardin berjenama. Tin leper yang paling besar harganya mencecah RM9.30 dengan isi tiga tongkol ikan sahaja.
Di sebuah pasar raya lain, harga sardin tin yang sama RM9.99. Teringat minggu sebelumnya beli ayam, sederhana saiz, harganya kira-kira RM10 sahaja.
Nampaknya, ikan sardin bukan lagi semurah semasa saya kecil dahulu.
Imbau kenangan
DI Kyoto, Jepun, ikan sardin menjadi snek yang cukup digemari.


Rakan FB, Eta MT memberitahu, air matanya menitis tatkala mengimbau kenangan makan ikan sardin semasa belajar di menara gading.
"Ikan sardin antara memori yang tak akan dapat saya lupakan semasa belajar dengan rakan seperjuangan," katanya.
Menurut Eta, yang berasal dari Batu Gajah, Perak, beliau dan lima rakan sebiliknya memasak ikan sardin dalam periuk nasi elektrik dan periuk itu juga digunakan untuk memasak nasi.
"Kami hanya tambah bawang dan cili. Makan dengan nasi panas-panas. Biasanya kami masak sardin ketika kewangan semakin menyusut.
"Kami akan kutip duit, yang ada banyak bagi banyak. Dapat beli ikan sardin pun dah syukur. Ada duit lebih, kami beli telur. Adalah menu tambahan, telur dadar.
"Kami makan berjemaah dan menu sardin menu istimewa kami, Sedap, masya-Allah," kata Eta dan menambah harga setin pada tahun 1997 ialah sekitar RM2.50 yang mengandungi dua tongkol ikan sardin.
Ikan sardin segar yang pada satu ketika dahulu dibeli hanya untuk habuan kucing pun tidak kurang mahalnya.
Harga ikan sardin segar yang pernah penulis beli sedikit masa dahulu di pasar tani adalah antara RM7 hingga RM9 sekilogram.
Walau apapun, ikan sardin atau nama lainnya pilchard yang ada kaitan dengan ikan herring kaya dengan pelbagai vitamin dan galian.
Istilah sardin dipercayai digunakan orang Inggeris pada awal kurun ke-15 dan mungkin berasal daripada nama Pulau Sardinia di Laut Mediterranean yang dikatakan kaya dengan ikan sardin suatu ketika dahulu.
Ikan ini juga dikatakan hidangan popular di merata dunia termasuk Kanada, Perancis, Itali, Maghribi, India dan Jepun.
Mungkin ini agaknya yang menyebabkan ikan dikaitkan dengan rakyat marhaen semakin mahal harganya.
Meskipun mahal, bagi yang menggemari ikan sardin dalam bentuk apa juga masakan mungkin akan menutup sebelah mata.
Ikan sardin tetap jadi pilihan. Dahulu, kini dan selamanya.


Kilang lahir juara dunia ski

Posted: 02 Dec 2014 08:16 PM PST



SCHLIERENZAUER antara atlet sukan ski dunia yang berjaya dilahirkan STSS.


SEKOLAH Tinggi Ski Stams (STSS), Austria yang terletak di sebuah perkampungan kecil di kaki bukit bersalji Tyrolean cukup terkenal dengan kejayaan melahirkan ramai jaguh dunia dalam sukan ski.
Antara nama-nama besar yang berjaya dilahirkan ialah Stephan Eberharter, Anita Wachter, Toni Innauer, Gregor Schlierenzauer, Marlies Schild dan Felix Gottwald.
Pada Sukan Olimpik Musim Sejuk 2014, bekas pelajar sekolah yang beroperasi hampir setengah abad itu menyapu bersih 12 pingat emas yang ditawarkan.
Kejayaan tersebut menarik minat ramai pelajar untuk melanjutkan pelajaran di sekolah itu. Mereka menaruh harapan untuk melakar kejayaan yang sama seperti ikon-ikon tersebut.
Jadual padat
Bagaimanapun, memasuki sekolah tersebut tidak semudah yang disangka kerana setiap pelajar perlu mengharungi jadual pembelajaran yang padat termasuk kelas selama enam jam setiap pagi diikuti latihan di gimnasium atau di lereng-lereng bukit pada sebelah petang dan perlumbaan pada setiap hujung minggu.
Bagi pelajar-pelajar yang mengimpikan gelaran juara dunia dan pingat emas Olimpik, semua itu bukan halangan.
"Saya lebih suka berlatih daripada pergi ke sekolah, sebab itu saya berada di sini.

SETIAP pelajar perlu mengharungi jadual padat termasuk latihan di lereng-lereng bukit pada waktu petang.


"Walaupun kadang-kadang saya agak tertekan, semua itu perkara biasa," jelas pemain ski acara lompatan, Johanna Haselwanter, 15.
STSS turut memberi bayangan bahawa setiap pelajar berdepan tekanan yang lebih tinggi pada masa depan.
Salah seorang pelajar ski pergunungan, Pascal Fritz, 17, memberitahu, setiap pelajar perlu melakukan yang terbaik dalam latihan atau perlumbaan kerana persaingan sangat sengit.
"Begitu besar harapan yang diletakkan kepada pelajar-pelajar ini.
"Bagi menjadi seorang juara, mereka perlu menjalani jadual harian yang padat ketika berada di sekolah," ujar jurulatih ski, Martin Kraetschmer.
Di asrama, setiap bilik dihuni empat orang pelajar lelaki manakala dua orang untuk setiap bilik bagi pelajar wanita.
Beg, kasut dan alatan sukan perlu disusun rapi di atas almari serta sut perlumbaan tergantung kemas pada penyangkut baju yang disediakan.
Seramai 60 orang guru dan 27 pelatih ditugaskan untuk mendidik 170 hingga 180 orang pelajar yang akan berada di sekolah tersebut selama empat atau lima tahun bergantung sama ada mereka mengambil diploma sekolah tinggi atau kolej perniagaan.
STSS merupakan salah sebuah daripada lima sekolah khas ski di Austria yang paling berjaya.
"Resipi kejayaan kami adalah konsisten. Seluruh pasukan menyokong program ini termasuk bidang akademik atau sukan," tegas jurulatih ski dan bekas pelajar sekolah berkenaan, Thomas Reiter.
Setiap kali menjelang musim sejuk, pelajar-pelajar mula sibuk dengan latihan dan perlumbaan manakala sebahagian lagi bersaing pada kejohanan di peringkat Persekutuan Ski Antarabangsa atau Piala Eropah.
Luar negara

STss terletak di kaki bukit lembah hijau Tyrolean yang dikelilingi gunung bersalji.


Ketika ini, tiada sebarang ujian persekolahan dan guru akan kembali mengajar menjelang akhir musim sejuk selepas jumlah pertandingan semakin berkurang.
Kebanyakan pelajar bukan sahaja penduduk tempatan tetapi berasal dari Itali, Liechtenstein dan Switzerland. Pemain ski Piala Dunia, Sandro Viletta dan Tina Weirather turut tidak ketinggalan.
"Pelajar luar menambah baik program, kami lihat mereka sentiasa memberi persaingan kepada pelajar-pelajar dari Austria semasa proses pemilihan dilakukan. Mereka juga sentiasa membantu antara satu sama lain," ujar Reiter.
Sementara itu, Keegan Sharp, 17, memilih STSS berbanding akademi ski lain di Amerika Utara dan berharap untuk mempelajari kemahiran di negara kuasa besar sukan tersebut.
"Jelas sekali, sekolah ini melakukan sesuatu yang menarik dengan melahirkan pemain-pemain hebat dunia," ujarnya.
Tambah Sharp, kos kemasukan ke sekolah berkenaan juga sangat tinggi iaitu mencecah AS$6,600 (RM22,150) setahun tidak termasuk 10 pasang but, papan luncur dan sut perlumbaan yang perlu dibeli sendiri oleh pelajar.
Namun, kos berkenaan masih dianggap rendah berbanding negara lain kerana kebanyakan pelajar mendapat peralatan daripada penaja.
Selepas tamat pengajian, dianggarkan hanya sekitar 10 orang graduan akan bergelar atlet kompetitif, namun ia tidak sesekali mematahkan semangat para pelajar lain untuk mencuba.
"Ia merupakan satu perjalanan yang panjang (untuk meraih pingat emas Olimpik) tetapi saya mempunyai impian dan matlamat. Jadi saya perlu bekerja keras," kata Fritz.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan